Tuesday, 20 September 2016

HUBUNGAN SEMULA TUN M - ANWAR TIDAK PERLU LAGI KATA2 MAAF


Setelah bertemu dan bersalaman pada 5 September lalu selepas 18 tahun bermusuhan, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sekali lagi membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan media bersama berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Dalam kenyataan bersama satu mukasurat yang mengecam Najib Razak kerana melaksanakan Akta Majlis Keselamatan Negara itu, tandatangan Tun Mahathir dan Anwar terpampang sebelah-menyebelah di atas sehelai kertas, suatu keadaan yang tidak dijangka akan dilakukan oleh kedua-dua tokoh itu.

Dengan seorang di luar dan seorang lagi dalam penjara, kenyataan bersama beserta tandatangan masing-masing itu seperti memperlihatkan gandingan Tun Mahathir dan Anwar sedang berpadu tenaga semula, bukan saja untuk menyingkirkan Najib, tetapi juga memulihkan imej negara.

Dua langkah besar Tun Mahathir dan Anwar, bertemu serta bersalam dan kemudian mengeluarkan kenyataan secara bersama beserta saksi tandatangan masing-masing, ia seharusnya menutup sama sekali semua cerita-cerita lama penuh duka antara mereka.

Sebelum Tun Mahathir mengunjungi Anwar, bekas Ketua Pembangkang itu sudah acapkali mengatakan beliau telah lama memaafkan kesalahan bekas Perdana Menteri itu selepas pemecatannya pada 1998 dahulu.
Melalui kunjungan ke mahkamah, bertemu, bersalam dan turut mengadakan perbincangan selama 30 minit, Tun Mahathir sebenarnya sudah dianggap bermaaf-maafan dengan Anwar. Genggaman erat tangan Anwar menyambut salam Tun Mahathir juga bererti Anwar sekali lagi menunjukkan kepada umum bahawa beliau sudah memaafkan dan melupakan sejarah lalu.

Perbuatan yang ditunjukkan jauh lebih bermakna daripada ungkapan maaf yang diluahkan melalu kata-kata.

Lagi pun kedua-dua mereka,  Tun Mahathir dan Anwar adalah pemimpin hebat. Tiada duanya seperti mereka di negara kita ini. Kepentingan negara yang ada dalam jiwa mereka sentiasa mengatasi dendam peribadi. 

Semalam Anwar sekali lagi melahirkan penghargaan kepada Tun Mahathir, tidak saja kerana sokongannya berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara, tetapi juga mengenai reformasi untuk negara.

Di sebalik  memahami derita yang mungkin ditanggung oleh keluarga dan anak-anaknya, terutama Nurul Nuha yang mahukan Tun Mahathir memohon maaf baru-baru ini, beliau turut mengatakan, "Cukuplah, saya sudah maafkan ramai orang tetapi yang saya bimbangkan ialah keadaan sekarang kerana pada masa ini rakyat harus hentikan gangguan dan ketidakadilan."

Kata-kata Anwar menggambarkan betapa iltizamnya ialah ingin terus bergerak ke hadapan bersama apa yang sedang diusahakan oleh Tun Mahathir dengan parti-parti pembangkang sekarang ini.

Dengan itu, sama ada perlu Tun Mahathir melafazkan kata-kata maaf atau Anwar secara terbuka memaafkan bekas Perdana Menteri itu, seharusnya tidak berbangkit lagi.

Sudah bergerak bersama untuk menyelamatkan negara, dalam erti kata lain, kedua-dua mereka telah saling memaafkan, melupakan peristiwa silam dan sedang membina tali persahabatan baru yang lebih bermakna. (SH 20/09/2016).

73 comments:

  1. Buang yang keruh,ambil yang jernih.

    Setiap manusia sentiasa ada salah.Bermaaf-maafan.
    Yang penting harus maju kedepan selamatkan Malaysia.

    Tukar kerajaan dan semua menteri kabinet yang telah merompak segala harta rakyat.

    Mari kita sama-sama maju kedepan dan bina Malaysia Baru yang lebih telus dan tiada penyelewengan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bergerak terlalu lambat..bantah di media sosial?? Tak jalan..tak nampak IGP terlalu berkuasa skrg? Tu belum lg najib. Ahli parlimen pembangkang patut ke depan bukan setakat bagi statement, semuanya harus turun ke jalan. Semua..bukan satu dua orang. Panggil media antarabangsa. Ini tak..student yg disuruhnya. Orang tak pandang. Berani ke polis tangkap keseluruhan ahli parlimen pembangkang bila media asing turut sama buat liputan? Buat bantahan berhari2..depan JPM. Rakyat ikut dari belakang tanpa ragu2. Jangan syg sgt jawatan anda.

      Delete
    2. Haa..yg ni cerdik. Pilihanraya kat malaysia ni kalau 100% telus..dah lama umngok haramkan dah. Fikir logik la adik2..abang2..pakcik2 semua.

      Delete
  2. Sdr budin,
    Saya berdoa agar dengan hubungan Tun M / DS Anuar kembali pulih semua barisan pembangkang akan menumpukan usaha merapatkan barisan seberapa segera dengan mengambil tindakan lebih berkesan untuk menumbangkan Rejim Najib / Rosmah.

    Berdoa agar semua sistem pentadbiran dan pemerintahan akan di "Reform" kearah ketulusan dan bebas Rasuah ,Jawatan PM dihad kepada 2 penggal dan banyakkan lagi golongan profesional dan pakar pakar terkenal yang bebas menyertai karbinet menteri dan GLC daripada dipenuhi oleh ketua ketua bahagian parti politik yang cuma hanya untuk membuncitkan perut .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ini adalah masanya kita bergerak ke hadapan. Tak perlu lagi kita nak sok sek sok sek perkara yang lepas.

      Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berjaya membawa perubahan jika kita semua tidak bersatu padu dan menyokong mereka 100%. Kalau ini berlaku maka sia sia sajalah perjuangan mereka. Yang akan mati katak ni adalah kita rakyat biasa.

      Delete
  3. Hidup Tun, hidup Anwar!!
    Dua tokoh hebat yg bergandingan demi menyelamatkan negara tercinta!
    Tun & Anwar..lakukanlah demi negara & rakyat Malaysia. Rakyat pasti menyokong Tun & Anwar sepenuh hati!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan penuh hormatnya ke hadapan Ayahanda Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar,

      Perkara yang lepas tak perlu disebut2 lagi.
      Perlu apa kita asyik memandang ke belakang saja??

      Bolehkah kita putar kembali jarum jam?
      Hari demi hari episod baru hidup bertukar ganti. Marilah kita bersama pandang ke hadapan, berhentilah memandang ke belakang.

      Letakkan kepentingan agama, bangsa dan negara di hadapan, di tahap paling utama.
      Bukankah itu perkara pokok sumpah amanah seorang bergelar pemimpin??

      Kepada Ayahanda Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar, ke atas bahu andalah kami rakyat Malaysia meletakkan harapan tinggi untuk melihat penyelewengan, penipuan, rasuah dan penyalahguanaan kuasa dihentikan.

      Kami rakyat cuma dapat melihat pembohongan, penipuan, harta dan wang kami diseleweng dan dirompak tanpa kami dapat berbuat apa2.
      Hak kami tidak dipertahankan malah kami di aniaya dengan segala himpitan kos hidup.
      Kami menanggung kesusahan demi memberi "kemewahan" kepada segolongan manusia rakus.

      Kasihani kami dan pertahankanlah hak kami hamba rakyat.
      Terima kasih dan wasalam.

      Delete
  4. Saling memaafkan adalah sifat terpuji seorang manusia.Dalam dunia ini tiada seorang manusia pun terlepas dari melakukan kesilapan / kesalahan sama ada kesalahan kecil atau kesalahan besar(bagi sesetengah orang) namun untuk memperbetulkan keadaan ianya hanya akan terjadi dilandasan yang betul dengan melakukan perkara yang benar-benar betul.Kita tidak akan dapat memperbetulkan keadaan dengan melakukan kesalahan demi kesalahan.

    Percayalah keadilan dunia akhirat.Hidup umpama berada diatas jalanraya, anda mungkin melakukan kesalahan lalulintas dan mungkin akan kena saman, memberi sogokan supaya tidak dikenakan saman tidak akan melepaskan anda tapi akan menyebabkan anda melakukan satu lagi kesalahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

      Delete
  5. Hanya yang manusia bangang bangang tu sajalah yang tak habis habis dok tanya betul kah Tun Mahathir dan Anwar sudah bermaaf maafan?

    ReplyDelete
  6. Tak perlu beretoik-retorik kosong.
    Yang penting, ACTION.
    Get rid of the Bugis lanon & his gang of thieves
    Lepas kerja siap, sambunglah balik kalu nak bergasak
    dalam dan luar mahkamah.
    Ini memang kerja orang politik.
    Kawan dan musuh tak pernah kekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Minah.
      Get rid of the bugis itu yg paling utama.

      Delete
    2. i like ur style..

      Delete
    3. Kasi hantar penyapu baru kat MO1

      Delete
  7. Cai2 najib kat mykmu tu punya la melalak mcm anjing gila panas bontot kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..mereka dibayar olih Najib utk melalak...so jangan heran. Yg panas bontot Najib shj.

      Yg kau pi baca mykmu tu apa hal??? tu blogger upahan semua yg dibayar Najib. Lebih teruk dari utusan.

      Delete
  8. Ini baru kena buku dengan ruas.......!!!
    Gadingan yang hebat & mantap...........!!
    Allah Karim

    ReplyDelete
    Replies
    1. termasuk LKS
      wlp ramai sangsi dgn dap
      tp demi negara tercinta kita wajib tumbangkan kerajaan najib
      jgn takut dgn bayang2 sendiri dgn mgatakan bn tumbang cina perintah
      dlm constitution tak memungkinkannya
      kita mesti yakin dgn jati diri sendiri

      Delete
  9. yes..yes..yes...Gerakkan tenaga kerja,diharap PKR,BERSATU,AMANAH,DAP..cepat2lah gerakkan team,bergeraklah dari awal,berbincang strtegy,jangan last minute.

    semoga maju jaya hidup front pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali. Ketepikan PIS. Buat sesak nafas je fikirkan PIS ni. Sesal aku undi PIS dulu.

      Delete
    2. PAS pun penting gak bro... utk bina kerajaan bkn senang... Bersatu semua.. singkirkan najib..

      Delete
    3. Pas dah kena ikat jamin bro RM90juta

      Delete
    4. Hadi bila mau saman daa..?

      Delete

  10. Memang betul kata Budin. Terlalu membangkitkan isu mohon maaf boleh menggagalkan usaha murni aspirasi rakyat.

    ReplyDelete
  11. Tuan Budin...saban hari kita (terutama orang Melayu/Islam) asyik mendengar bermacam cerita dari atau kepada kem DSNR.

    TIDAK ke orang Melayu/Islam ni yang dok mempertahankan kemungkaran yang begitu ketara ADA PENDIRIAN AGAMA?

    Saya hairan kenapa begitu banyak orang sanggup mengetepikan HUKUM dan terus ikut hanyut dalam gelombang kemungkaran yang amat dahsyat ni.

    Ramai dari mereka bukan calang orang....yang alim...yang haji...yang berpelajaran. TAPI tetap buta serta pekak dengan apa yang sudah dan masih berlaku.

    TAK TAKUT KE PADA HARRI PEMBALASAN?

    Nauzubilla Min Zalik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahabat, apa yg perlu kamu lakukan apabila datangnya khabar, selidiklah terlebih dahulu.

      prinsipnya jika khabar itu mulanya dari lidah si kafir maka kamu wajib "memberatkan" pada mereka akan pembuktian yg melampaui keraguan.

      lucunya kamu "memberatkan" kepada pemerintah yg seakidah dan sebangsa denganmu.

      lebih buruk lagi,lalu kemudian kamu menolak pula pada "pembelaannya".

      ya benar PAC,SPRM,PDRM hatta menteri luar Arab Saudi mungkin menyembunyikan sesuatu.. tetapi jangan lupa "siasatan" yg dijalankan telah dinoktahkan tiada bukti berlaku pecah amanah seperti yg didakwa.

      sejujurnya kamu kini wajib menghalakan kepada lidah sikafir itu pada "pembuktian" .. atas kesungguhan mereka mahu "membongkar" dan menyelamatkan kamu dari dirompak oleh pemerintah.

      laporan yg dinasabkan hanya berbekal -
      1. sumber yg boleh dipercayai
      2. penelitian dokumen yg diperolehi
      3. maklumat dalaman
      4. hasil siasatan sendiri
      5. spekulasi

      itu bukan hujah pembuktian wahai sahabat.

      berlaku jujurlah dengan keadaanmu sebagai si muslim.

      apakah kamu tidak mengetahui, apabila sikafir dalam keadaan sangat "menunjukkan" ehsannya pada simuslim ia tidak akan datang tanpa tuntutan agar kamu akan melutut dihadapannya kelak.

      demikianlah kebodohan negara2 Arab yg mengambil si kafir sebagai penolongnya.

      musim Arab Spring demi menumbangkan pemerintah yg "Zalim" .. membawa kepada kezaliman yg jauh lebih mudharat. itulah harga hasil dari pertolongan sikafir.

      dan benarlah janji Allahswt..tatkala kamu mengambil golongan kafir yg jelas permusuhannya pada islam, maka waktu itu Allahswt tidak lagi menjadi penolong pada simuslim itu. dan didatangkan gerombolan manusia2 yg jauh lebih zalim sebagai sahabat kamu.

      erm. cuba lihat benar atau tidak akan janji Allahswt ?

      bagaimana didatangkan kepada kamu puak2 yg sangat bertentangan roh dan matlamatnya, dan mereka menyintai lalu "memberikan" pelbagai pertolongan untuk kamu meruntuhkan "kezaliman" pemerintah.

      siapa itu DAP - sila rujuk roh penubuhannya.

      Siapa itu COMANGO - sila baca roh dan matlamatnya setiap NGO2 yg bersatu didalamnya.

      siapa itu WSJ, SR, MK - rujuk pemilik dan sejarahnya.

      siapa itu gerakan plurisme - kenali tokoh-tokoh utamanya.

      dan yang paling indah - siapa Nakhodanya pada kesepakatan kamu ?

      erm, jangan bicara mengenai agama andai kamu hanyalah si jahil yg sombong lagi jauh dari sifat syukur.

      selamat petang.




      Delete
    2. Setelah di perhalusi komen Tuan berulang-kali maka kesimpulannya ialah Tuan adalah penyokong tegar kerajaan BN yang begitu taksub sehingga menggunakan agama sebagai perisai walaupun saya yakin Tuan juga percaya akan salah laku dan rasuah yang sedang berlaku sekarang.
      Satu hal lagi kita hidup ber masyarakat dan berbilang kaum hendaklah saling hormat-menghormati dan wajib hindari dari sifat perkauman.Berbuat baik kepada semua insan walaupun mereka bukan beragama Islam sebab mereka juga hamba-hamba Allah Azza Wajallah.Tindak-tanduk Pemimpin kita tidak mercerminkan yang beliau tidak bersalah,,dengan berbagai-bagai alasan demi alasan yang tidak boleh diterima oleh akal manusia yang normal.Kesimpulannya Tuan walaupun kita sebangsa dan se agama dengan Pemimpin kita,,jika dia bersalah tetap bersalah,,"berani kerana benar", Sekian dan Wassalam

      Delete
    3. Tuan bertanya apabila datang satu berita waima dari org fasik sekalipun, maka hendaklah org beriman itu memeriksa.

      Jika tidak memahami sesuatu isu, bertanyalah kepada yang tahu. Jika semua soalan telah dijawab dengan benar dan kukuh, maka apa perlu berita tadi dieprcayai! Maka tuan ditanya sekali lagi, adakah tuan memahami permasalahan 1MDB? Adakah tuan menerima 42 versi Najib dan gengnya daripada menafikan wujudnya dana didlm akaun peribadi kepada dana derma utk memerangi isis dan pilihanraya?

      Lucunya ayat Quran itu byk sisi menghakimi tingkahlaku manusia. Kenapa tidak tuan tanyakan pada diri sendiri apa hukumnya pemimpin apabila bercakap, ia menipu. Apabila memegang amanah dia mungkir?

      Sygnya tuan umpama mencari agama utk memuaskan hati tuan, bkn kerana utk mencari kebenaran dan disini tuan nukilkan alasan tuan tp apakah tuan mendekati kebenaran?

      Wallahualam bissawab, semoga rakyat malaysia tidak mengikuti jln yg tuan ikuti ini!

      Delete
    4. Saya juga berdoa agar rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang berpegang kepada aliran ahli Sunnah wal-jamaah untuk jangan membiarkan kemungkaran berlaku di Negara sendiri dengan hanya berdiam tanpa melakukan perubahan demi Negara,bangsa dan agama untuk masa depan yang lebih baik untuk generasi-generasi yang akan datang............!! Ini lah pengharapan rakyat jelata,, Amiiin Yaa Rabbal A'lamin

      Delete
    5. selamat malam, berkait 1MDB, Najib dan isterinya serta pemerintah sekaligus. apa yg membuatkan org awam seperti kalian kelihatan seolah-olah sedang "menggenggam" bukti yg kukuh lagi nyata ?

      bukankah kalian hanya berpaut dari khabar yg dibawa lidah si kafir dan politikus berhati serigala.

      PAC, SPRM dan PDRM adalah badan yg diberi amanah serta akses penuh pada urusan dalaman 1MDB berhubung segala dakwaan. Dan hasil dari siasatan menemukan noktah tiada pembuktian yg bersabit pada segala dakwaan.

      PAC juga dianggotai oleh politikus berhati serigala yg terlibat secara langsung dan diberi akses sepenuhnya - mengapa berlagak ibarat ayam sakit tatkala turut bersetuju pada akhir hasil siasatan?

      dengan angka yg berubah-ubah dari 42b sehingga menjadi serendah 2.6b
      membayangkan bercampur baur antara yg benar dan fitnah.

      sejujurnya juga pada pandangan ku bukan soal 1MDB, Najib dan isteri atau pemerintah yg menjadi "pengikat" pada seluruh politikus berhati serigala melainkan habuan kuasa untuk puaknya kelak andai berjaya menumbangkan pemerintah.

      tidak pernah aku mengatakan Najib dan isteri adalah "sempurna" tidak juga aku katakan pemerintah ini adalah yg terbaik.

      aku tanyakan kepada kalian dan mengajak kalian berfikir.

      1. siapa nakhodanya didalam gerombolan "selamatkan Malaysia" ?
      2. lihat dan kenali si kafir bersifat bagaimana yg kelihatan menyintai dan menghulur "pertolongan" kepada kalian.
      3. NGO2 yg gerak nadinya bagaimana yg menjadi pendamping kalian ?

      tidak kah kalian belajar sedikitpun dari lahir dan kaitannya "tahaluf" sebelum ini
      1. BA - Barisan Alternatif
      2. PR - Pakatan Rakyat
      3. PH - Pakatan Harapan

      bagaimana kisah pengkhianatan disebalik tabir yg disingkap oleh tangan2 politikus berhati serigala itu sendiri.

      tiada satu pun dari pakatan2 yg dijalin itu terikat dengan dilantik nakhodanya, panglimanya, serta soldadunya.

      Ia karam hanya dengan gulungan kuasa yg kecil.

      sejujurnya pada fitrahnya .. PH bakal hancur dan apakah BERSATU akan bersifat penyelamat atau mempercepat kisah pengkhianatan sesama mereka kelak.

      Delete
    6. Tiada apa yang akan kekal di dunia yang fanak ini kecuali Allah Hu Rabbul Jalil...yang lain semua akan musnah termasuk BN,,sekian Wassalam

      Delete
    7. Ternyata tiada bukti2 hitam putih dikeluarkan bagi menunjukkan segala khabar berita tentang penyelewengan berbilion itu ialah satu "fitnah".

      Di mana bukti2 hitam putih yang boleh menyanggah dan menyangkal bahawa siasatan luar beserta dokumen2 yang ditunjukkan oleh media luar itu adalah satu "fitnah"??

      Kenapa tidak dikemukakan bukti2 yang boleh MEMATIKAN "fitnah" penyelewengan berbilion wang rakyat tersebut??

      Delete
    8. catatan sejarah hanya berharga dan memberi pedoman buat mereka yg mahu berfikir.

      dari detik jatuhnya Anwar bin Ibrahim hasil pendedahan PAS dan DAP.. yg kemudiannya menjadi pelindung kepada Anwar bin Ibrahim lalu lahirnya Barisan Alternatif. apakah sifatnya PAS diwaktu itu adalah selari dengan syariat?

      Kuasa Allahswt, B.A membuktikan "terikatnya" politikus berhati serigala adalah atas sifat mabukkan kuasa. sesudah itu B.A berkubur tatkala DAP mengisytihar keluar darinya.

      bebasnya Anwar bin Ibrahim, politikus berhati serigala sekali lagi menjalin "ikatan" songsang yg diberi nama Pakatan Rakyat dan hasilnya mereka diuji dengan kuasa yg jauh lebih besar..

      Kuasa Allahswt sekali lagi memperlihatkan betapa politikus berhati serigala itu hanya berdusta kepada sekalian pentaasubnya.

      Pakatan Rakyat luluh tanpa Nesan.

      kini mereka datang lagi dengan membawa pendustaan yg sama ..

      apa yang kalian harapkan ?

      apa yang kalian mahu buktikan ?

      tidak cukupkah kalian diperbodoh berulangkali ?

      di malam yg indah ini ... siapa dari kalangan kalian yg mampu memberikan kata putus pada persoalan ku yg paling mudah ini

      Siapakah Nakhoda didalam Pakatan Harapan ?

      Delete
    9. Tiada sesuatu yang akan kekal di dunia yang fanak ini kecuali Zat Allah Hu Rabbul Jalil............!!!

      Delete
    10. 22.11 marilah kita sama2 beri sokongan kepada penyeleweng yang melarikan berbilion bilion duit rakyat.

      Delete
    11. Tak kira lah sepandai mana kamu berbicara, kebenaran akan tetap memperbodohkan kamu..sekiranya kamu merasakan diri kamu lebih baik dari org lain, maka sifat iblislah yg menjadi junjungan kamu..wallahua'lam..

      Delete
    12. bukan niatku mempertahankan pemerintah tanpa dipandu akal dan ilmu.

      yang aku kesalkan dimana hilangnya pedoman kamu ?

      "menaiki" sebuah bahtera yg sarat dengan segala janji ibarat mahu belayar ke syurga. tetapi kalian tidak "berjumpa" nakhodanya.

      mengimpikan segala kelazatan dunia umpama akan hidup tanpa diuji tetapi tiada mengenali "roh dan matlamat" sahabat kalian.

      merasa aman dan tenteram bagaikan bayi yang sedang enak dibuai mimpi sehingga terlupa mengambil tahu apakah kalian berkongsi roh dan matlamat yg sama didalam bahtera tanpa nakhoda itu.

      kalian hanya tidak lebih dari soldadu yg digerakkan oleh politikus berhati serigala.

      sedangkan keadaan mereka tiada terikat pada nakhoda di dalam bahtera ciptaan mereka sendiri.

      Belajarlah wahai sahabat. tanyakan kepada politikus berhati serigala itu mengapa mereka tidak mampu melantik Nakhoda untuk kalian mentaati dan menurut pada ilmu dan usahanya sang nakhoda.

      aku sayangkan agamaku , aku cintai bangsaku. jangan diperbodohkan lagi dengan janji mesra politikus berhati serigala itu.

      Desak mereka melantik Nakhoda dari kalangan mereka. Bukan menyediakan kemudi haluan untuk setiap ketua puak didalam sebuah bahtera.

      Itu adalah pekerjaan syaitan




      Delete
    13. Cehhhhh budak sekolah pondok nak cakap pasal 1MDB? Piiiirah.

      Delete
    14. Apa kato ko jer yg jadi nakhoda?? Abes citer.

      Delete
    15. kalau aku yg jadi nakhodanya .. pasti aku akan mengajarkan kalian agar berwaspada dengan lisan sendiri.

      malang sekali keadaan kamu yg merasa berada di dalam "perjuangan" yg benar.. tetapi kelu lidahnya tatkala ditanya siapa ketua kamu ..

      apakah tamatnya perjuangan kalian hanya dengan runtuhnya pemerintah yg kamu sangat bencikan.. lalu kemudian kamu berubah menjadi sebodoh2 manusia ?

      tanpa ketua, tanpa haluan, tanpa apa-apa ?

      dan secara tiba-tiba kalian akan dihujani dengan segala macam kelazatan dunia tanpa keluh kesah dan rintihan ?

      kisah bercampur baur antara yg benar dan fitnah berkait 1mdb, Najib, isterinya dan pemerintah menjadi galang ganti terhadap segala tuntutan syariat yg telah dilaksanakan pemerintah ?

      dan kalian tidak "melihat" ketua kalian ?

      apa yg mengisi dada mu ?
      apa pula yg menghuni akal fikiranmu ?

      selagi belum kalian menemukan nakhoda didalam bahtera kamu,

      jangan menyombong diri laksana ilmuan terbilang.

      Jangan bermimpi seindah taman kayangan.

      Delete
    16. Bukti apa lagi,,pelawa debat takut, pecat menteri-menteri,AG,menteri besar dan sebagainya tanpa sebab yang munasabah,laporan PAC tonggang langgang,RM2.6 billion sekejap derma sekejap investment,Duit SRC lesap tanpa kesan,Jho Low & Riza Aziz punya keladak satu hal,rasuah pembelian kapal selam scorpene & peristiwa mendiang Altantuya, konspirasi liwat 2 & sebagainya,, Nauzubillah hi min zhalik.........!!! Moga- moga Allah Ta'ala melindungi kita serta anak dan cucu kita dari perbuatan mungkar lagi terkutuk ini......!!Amiiin Yaa Rabb

      Delete
    17. Semoga Allah Ta'ala melindungi diri kita daripada penyakit "gila esim" yakni gila dalam menuntut Ugama ...........!!

      Delete
    18. astaga.. aku fikirkan kamu hanya "beriman" pada khabar berkait 1mdb, Najib dan isteri serta pemerintah.

      rupanya kamu masih kekal "beriman" pada khabar yg telah pun dibuktikan hanya merupakan fitnah dan tidak lagi mahu diungkit oleh politikus berhati serigala.

      betapa besarnya kerosakan yg ditinggalkan pada pentaasub seperti awak. hmm .. sedihnya.

      Pembelian kapal selam Scorpene - disahkan oleh kerajaan Perancis dan Malaysia tiada berlaku rasuah 500juta. tiada sepina. tiada perbicaraan di makamah perancis.

      Kematian Altantuya menemui noktahnya apabila pelakunya dijatuh hukuman mati - salah seorang melarikan diri ke Australia -

      tahukah kamu politikus berhati serigala (mahfuz Omar) mengusahakan agar sitertuduh menceritakan kisah "sebenar" dengan arahan siapa mereka melakukan pembunuhan itu menerusi sidang video - sidang itu gagal berlaku -

      betapa hampa politikus sumbang itu apabila si tertuduh akhirnya hanya memberikan kenyataan - bukan Najib yg menjadi dalangnya - kemudian politikus berhati serigala terus melupakan si tertuduh seperti lazimnya sifat serigala.

      Kisah liwat Anwar juga dinoktahkan dengan belasan peguambela yg hebat hanya mampu menangguhkan perbicaraan selama yg mungkin, tanpa mampu melepaskan Anwar bin Ibrahim dari sabitan liwat.

      kini kisah yg paling hangat mengenai 1mdb sedaya-upaya cuba diangkat sebagai sandaran baru.

      apa yang kalian belajar ?

      Delete
    19. 00.38...umno suka orang macam kau...tulis berjela, habok pon tarak...tahap form 3

      Delete
    20. 00.46, bia lantak dia tulis merepek panjang berjela sampai ke subuuuhhh....asalkan dia bahagia bersama nakhodanya.....

      Delete
    21. Dia ini sakit bro tak normal,,aku suspect kuat "gila Esim " salah menuntut ilmu agama,,cuba kau perhatikan dia tulis merapu dan merepek-merepek bro....!!
      Jangan layan sangat bro

      Delete
    22. Kepada Salwah Abdat.
      Jgn dilayan mamat "nakhoda" ni. Da ramai tolong jawabkn. Jawab secara ilmiah sudah..jawab secara kasar pun sudah. Agaknya bapak dia ni dulu kongkek mak dia masa mak dia tgh keluar darah haid..sebab tu dapat anak benak akal & buta hati mcm dia ni. Bukti berlambak2 ada..melainkan mamat nakhoda ni sengaja x mau mencari bukti2 yg menjurus kepada kesalahan pemimpin2 yg ada.

      Delete
    23. kelihatan sukar untuk kalian menjawap pada satu soalan yg paling utama -

      1. Siapakah dari kalangan politikus berhati serigala yg diangkat sebagai nakhodanya pada bahtera yg diisi dengan segala macam janji yg meruntun nafsu ?

      A. Wan Azizah @ Anwar bin Ibrahim
      B. Mat Sabu
      C. Lim Guan Eng
      D. Muhyiddin Yassin
      E. Semua jawapan di atas

      Bukankah tatkala nafsu menguasai diri maka kita akan jauh lebih hina dari kawanan haiwan yg diternak.



      Delete
    24. Hai mamat "nakhoda"
      Apa komen anda tentang telah terbukti ada billion2 duit dlm akaun ambank si bijaN?

      Delete
    25. sila rujuk pada siasatan PAC dan SPRM serta pengesahan dari menteri luar Arab Saudi.

      Sejujurnya aku kagum melihatkan betapa kamu tidak punya sedikit sifat redha pada pemerintah yg kamu hidup didalam pemerintahan nya.

      kamu lebih rela diperbodoh dan ditunggang gerombolan politikus berhati serigala itu.

      beranikah kamu menjadi galang gantinya pada kerosakan, kezaliman, rasuah, kemungkaran yg mereka perbuat di negeri-negeri yg mereka kuasai sejak dari 2008 ?

      erm, teringat aku bagaimana politikus non muslim itu "meraikan" kemenangan mereka di Selangor dengan memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik kemenangan PR di lima buah negeri.

      mereka tidak segan untuk memansuhkan dasar DEB

      memansuh had dan saiz pembinaan rumah ibadat non muslim

      menganugerahkan tanah selama 999 tahun. ia dihentikan di Selangor dan penang setelah melihat runtuhnya kerajaan mereka di Perak atas campur tangan almarhum Sultan Azlan Shah.

      mengambil kembali tanah yg digazetkan untuk MARA (pusat giat MARA)

      Cubaan menuntut Badan Baitumal supaya mengagihkan dananya kepada non muslim

      cubaan menuntut setiap Universiti agar dihapuskan kouta dan membuka pintu pada bangsa lain (UITM).

      Cubaan menubuhkan jabatan agama untuk non muslim.

      Cubaan untuk mengiktiraf sijil persekolahan jenis kebangsaan.

      Mencampuri dan mengarahkan kepada jabatan agama agar tunduk pada kehendak non muslim - hassan Ali - merupakan politikus berhati serigala yg pertama dikorbankan.

      Memijak dan melangkah wajah 3 ADUN yg berpaling sehingga runtuhnya kerajaan songsang mereka di Perak.

      Juga terpalit dengan segala macam kemungkaran yg belum pernah terjadi

      1. i want touch a dog
      2. Oktober feast
      3. Si muslim menunduk tanda hormat sambil memegang lilin atas kematian si kafir. (hmm, apa yg didoakan?)
      4.si kafir melafaz ayat suci Al-Quran sambil disambut kalimah Takbir oleh si muslim. tanpa mereka beriman dengannya hanya atas tujuan politik.
      5.acara Candle vigil buat seorang pemimpin yg disabitkan atas jenayah meliwat.

      Dibebankan juga dengan segala macam skandal, rasuah, kronisme, ketirisan.

      Apa yang aku sebut diatas terakam didalam lipatan sejarah.

      Dan segala apa yg berlaku itu jelas menunjukkan betapa rakan tahaluf kamu tidak pernah "terikat" selain dari hanya untuk menumbangkan UMNO dan BN.

      Mereka menuntut satu persatu sehingga kamu berada dibawah tapak kakinya .

      hmm, kalian begitu senang diperdaya dengan segala macam janji yg membuai nafsu dan kehendak.

      katakan padaku apakah politikus berhati serigala itu tidak berkhianat sesama mereka ?

      jika kamu benar2 waras akalnya. apakah sifatnya hubungan antara ketiga-tiga puak serigala yg saling bermusuhan di Penang dan kelantan, tetapi masing-masing mengigit kuat pada kuasa di selangor?

      Nauzubillah itulah gambaran seburuk2 pemerintah.

      ketahuilah sesebuah tahaluf siasyi (atas niat yg Haq) terikat apabila dilantiknya ketua@nakhoda. agar kamu kekal bersatu dan menemui muafakat dengan adanya kuasa pemutus (ketua). ini terkandung didalam syariat.



      Delete
    26. "Alih tiang gol" ni memang ciri2 nyata pecacai mat najip.

      Yg herannya telor tadak nk guna nama sendiri. Cakap degar2 tapi guna nama anon je.

      Usaha terdesak pemakan dedak bagi menutup bangkai gajah menggunakan henbeg birkin.

      Bukak blog sendiri la woi toksah memekak kat sini.

      Delete
  12. erm, bersemangat sungguh sekalian soldadu yg taasubkan seni gerak politikus berhati serigala.

    sehingga soldadu itu terlupa siapakah nakhodanya didalam "pakatan" politikus berhati serigala.

    tidak sedikitpun diambil pengajaran walau berulangkali diperbodoh dan didustakan..,hanya dengan berbekalkan janji yg memuaskan hawa nafsu dan kehendak.

    tangan yg memberi digigit dan dicela,
    tangan yg membinasa dijulang dan dicium.

    sekalian soldadu yg ibaratnya bagai kawanan biri2 yg diternak untuk diraih daging dan bulunya buat politikus berhati serigala.

    mereka datang membawakan pelbagai janji yg membuai kehendak dan nafsu. lalu kemudian apabila tiba masanya sekalian politikus berhati serigala itu akan saling berkhianat sesama mereka.

    tanyakan jemaah yg berlabel islamik yg punyai jemaah paling ramai, pengalaman dan sejarah, lalu kemudian menjual ilmunya demi mahukan kuasa dunia yg sedikit sehingga sanggup berdusta akan terjalinnya sebuah "tahaluf siasyi"

    sedangkan mereka amat mengetahui "ikatan" tanpa nakhoda adalah pekerjaan syaitan.

    Maha Suci Allah .. disaat itu politikus berhati serigala sangat manis wajahnya, pujian2 setinggi langit, (seolah-olah mereka "meredhai" matlamat dan roh jemaah yg berlabel Islam)

    kemudian dibukakan aib para politikus berhati serigala sedikit demi sedikit, ironinya perbuatan adalah hasil pengkhianatan sesama mereka.

    jemaah islam itu menerima natijah yg paling besar dan berat,

    para ulama dan umara'nya dihina dan difitnah hatta diwaktu sudahpun terpisah jasad dan nyawa.

    perginya ulama diperlekehkan dan diaibkan dengan ucapan2 kata2 kesat. bukan dari "musuhnya" tetapi dari "bekas" sahabat yg mereka pernah dikatakan bertahaluf.

    dan ingatlah kamu wahai manusia yg jahil dan dungu, sesungguhnya tatkala ini kamu sedang didustakan sekali lagi oleh sekalian politikus berhati serigala. selagimana tiada terlantiknya nakhoda diantara mereka.

    alangkah ruginya mereka yg tidak mahu menggunakan akal.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang merepek ni haaa.....???

      Delete
    2. Bodoh Nak mampos. Banyak Sgt makan taik palat Najib.

      Delete
    3. Bia lantak dia merepek sampai tak tido....asalkan dia bahagia bersama nakhoda dan soldadunya......

      Delete
    4. Ana tanya, ante jawab.

      1. Bila pas nak saman SR??
      Jgn beralasan fitnah org kapir bagai. Jgn berselindung guna ayat2 agama dsb.

      Saman je..bersihkan nama parti kamu!(walaun kena jawab)

      2. Bila Najib nak saman wsj? Jgn guna alasan yahudi atau kuasa asing campur tangan dsb. Saman je kalau kamu benar...(macai kena jawab)

      Delete
    5. Beb ana rasa ini pun salah satu blogger upahan BN

      Delete
    6. Bukan rasa Lagi dah tp dh memang sah pun.

      Lepas tu dia screen shot ayat2 merapu dia buat claim dedak. Lepas tu dia mematukla sampai kembong temboloknya

      Delete
    7. selamat pagi,

      Erm, kenapa terlalu liar imaginasi kalian ?

      sudah ditemukan jawapan pada pertanyaanku ?

      sesungguhnya setiap celaan itu pasti kembali kepada tuannya (sipelafaz).

      Selamat mencari "nakhoda" (Pokemon Go) .. hehe ..

      Delete
    8. Selamat tgh hari abg mamat nakhoda,

      Malam ni mak u free tak?

      Delete
  13. Demi mencegah kemungkaran dan menentang kezaliman yg sedang berlaku, lupakan lah segala derita dan hapuskanlah perasaan dendam mendendam.

    Tahniah kpd dua insan yang berjiwa besar, jangan dilayan bisikan bisikan syaitan yang mendorong manusia membutakan mata dan memekakkan telinga keatas kemungkaran yang sedang berlaku
    sekarang ini.

    ReplyDelete
  14. Minta maaf, maafkan atau sebagainya..
    Itu antara Mahathir dan Anwar..biarlah mereka selesaikan isu peribadi.
    Kita sendiri tidak tahu apa "dalaman" yang terjadi sebenarnya antara mereka.

    Tidak akan ada sehati sejiwa dalam perjuangan politik ini tetapi sedikit perbezaan boleh diketepikan untuk satu missi yang lebih besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab maap2 ni teringat llak cerita khabi khushi khabi gham... hahaha

      Delete
  15. Bangsa melayu jangan jadi bodoh.jangan kerana utusex meloya & tvtegar Dan sewaktu dengannya tidak menyiarkan saman yang dimenangi oleh pembangkang Dan kemaafan oleh dsai kepada yang mfitnah dirinya maka rakyat tidak tahu APA yang berlaku.

    ReplyDelete
  16. www.bersatu.org
    Saya sudah anda bagaimana
    KERIS

    ReplyDelete
  17. Seumpama watak Zeus & Hades dlm movie Wrath of Titans..

    ReplyDelete
  18. Anon 1802 da jdi tukang kipas express najib.bagitau nakhoda bugis preet barara akn dtg juga.

    ReplyDelete
  19. 1mdb + altantuya kes yg longlai tak mudah menjadi sbb turunnya takhta najib hanya berlaku pada undi perwakilan umno dan pru14 je jadi madey akan cuba blackmail mana2 org kuat umno yg mudah terkesima dgn umpan yg diberi bagi melemahkan umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madey tak main nak blackmail2 ni. Dgn semua tipu, bohong dan alasan yg tak masuk akal tu, rakyat boleh fikir sendiri. Yg tak berakal je buta tak nampak. Yg berakal tu PRU akan datang dia orang memang nak kalih.

      Lagi satu hal, pehal yg ko risau sangat? Kan dulu korang kata madey orang tua nyanyuk. Sama orang tua nyanyuk pun ko nak bimbang takut ker??

      Delete
    2. Madey & Nuar byk kroni ko tak tahu lagi ke
      Najib masih selamat sehingga pru14 dan undi
      perwakilan je boleh turunkan diya.. cara lain
      doj tu kena suap ke .. tak dak apa2 pun.

      Delete
  20. Hubungan intim madey dan nuor ni mcm hubungan semacam je. Pengikut madey n nuor ni buto mato agok nya...

    ReplyDelete