Monday, 26 September 2016

CERITA DONGENG DEDAK MURAHAN


Di alam maya ketika ini bertebaran cerita mengenai Tun Mahathir Mohamad kononnya mahu berdamai dengan Najib Razak. Daripada blog, FB dan grup Whatsapp, cerita berkenaan terus berpanjangan disebarkan tanpa hentinya.

Dalam cerita itu, Tun Mahathir dikisahkan memilih untuk berdamai kerana telah menemui jalan buntu untuk menyingkirkan Perdana Menteri, selain timbulnya beberapa isu perpecahan dan berebut jawatan sesama sendiri dalam PPBM.

Dalam pelan damai itu dikatakan Tun Mahathir bersetuju agar Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi dengan syarat hendaklah melepaskan jawatan Menteri Kewangan yang disandangnya sekarang.

Untuk menyedapkan lagi cerita, Tun Mahathir diberitakan menetapkan syarat kepada Najib agar anaknya, Mukhriz dilantik sebagai Menteri Kewangan melalui lantikan sebagai Senator terlebih dahulu.

Hahaha....memang boleh ketawa dibuatnya....

Siapa pun yang waras pemikirannya, tidak makan dedak atau kalau pun ada  menerima dedak, gred yang diterima adalah berkualiti tinggi, mereka pasti ketawa besar dengan cerita damai antara Tun Mahathir dengan Najib itu.

Cerita itu tidak lebih kisah dongeng yang diimaginasikan ketika sedang menunggu dedak bulanan jatuh ke dalam poket, itu pun sebenarnya hanyalah dedak bermutu rendah atau gred C sahaja. Penerima dedak gred A tidak mungkin membuat cerita khayalan seperti itu, apatah lagi mereka yang mahu dikenali sebagai "orang perjuangan".

Membuat cerita dongeng seperti itu, bukan saja tidak membantu menguatkan lagi Najib, malah tidak juga membuatkan Tun Mahathir dan PPBM semakin lemah. Ia boleh dijadikan sekadar hiburan petang semata-mata.

Pertama, Tun Mahathir bukanlah jenis manusia yang boleh disuapkan dengan dedak oleh sesiapa pun. Rasa tanggungjawab dan sayangnya kepada negara begitu tinggi, melebihi rasa sayang kepada karier dan masa depan politik anaknya sendiri

Jika Tun Mahathir begitu mementingkan perjalanan karier Mukhriz, adalah lebih baik jika beliau kekal berbaik dan menyokong apa saja yang dilakukan Najib sejak dulu daripada berkelahi dengannya.

Kedua, Tun Mahathir kini sudah ada parti baru, PPBM dan sedang menjalin kerjasama yang erat dengan Pakatan Harapan menjelang PRU 14 akan datang. Malah beliau juga sudah berbaik-baik dan bersalaman dengan Anwar Ibrahim. Keahlian tidak rasmi PPBM juga sudah mencecah ratusan ribu orang.

Ini meletakkan perjuangan beliau sekarang ini sedang berada di landasan kemenangan dan semakin hampir untuk membuatkan Najib tersingkir daripada jawatannya. Tarikh PRU 14 adalah sesuatu yang amat menakutkan buat Najib.

Jadi, di mana logiknya Tun Mahathir mahu berdamai?

Ketiga, Tun Mahathir turut dikenali sebagai seorang yang sentiasa berpegang kepada prinsip apa yang diperjuangkannya dan tidak pernah mengalah ketika di pertengahan  jalan.

Dalam kes Najib, sasaran Tun Mahathir tidak pernah berubah. Jika diumpamakan seperti peluru berpandu, Tun Mahathir sebenarnya sudah "mengunci sasaran" yang hendak ditembaknya. Ke mana pun Najib lari, berlindung atau menyelinap, sasaran yang hendak ditembaknya  itu tidak pernah berubah. Malah, sesiapa yang melindungi Najib, termasuk UMNO sekali pun, bagi Tun Mahathir, ia perlu "dimusnahkan"  sekali.

Berdamai atau mengalah, lebih-lebih lagi kepada Najib yang banyak kali digelarnya sebagai "pencuri terbesar wang negara", boleh dikata amat mustahil sekali. Bukan Tun Mahathir orangnya yang boleh berbuat demikian.

Dalam cerita yang diimaginasikan itu, disebut juga dua nama "tauke Cina"  yang kononnya selama ini berperanan sebagai "funder"  dalam gerakan untuk menjatuhkan Najib bersama-sama dengan Tun Mahathir.

Lanjutan daripadanya, difahamkan juga satu laporan polis akan dibuat esok oleh seorang pemimpin Pemuda UMNO agar kedua-dua "tauke Cina" itu dapat disiasat oleh pihak berkuasa.

Sekali lagi, ini juga adalah cerita dedak gred C sebenarnya. Satu orang membuat cerita dongeng daripada imaginasi sendiri dan kemudian satu orang lain pula membuat laporan polis untuk menunjukkan ia seolah-olah kisah benar.

Motifnya tidak lain ialah dedak, sama ada mahukan tambahan dedak atau mengharapkan gred dedak akan datang dinaikkan kepada gred A atau B. SH 26/09/2016).

67 comments:

  1. Agama apakah mereka ini Din? Adakah mereka sebahagian dari kumpulan yang menjerit-jerit setiap kali berhimpun agung yang merekalah pembela bangsa, agama dan negara? Adakah ketua-ketua mereka yang pernah berkopiah dan berjubah putih bersalawat perdana sadar dan bersetuju dengan pekerjaan fitnah dan berdusta ini? Bagaimana pula kumpulan yang dahinya hitam banyak solatnya yang terus membisu, tidakkah mereka mahu mengeluarkan fatwa atau paling tidak hinaan? Dan pemganut bani Melayu pula adakah mereka akan memilih untuk mengabaikan pertintah Allah s.w.t untuk membaca dan melihat (mengguna mata, aqal dan hati)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la dah tahu dah cerita ini datang dari mana ini cerita dari pemfitnah no 1 negara malaysia Raja Petra Kamruddin jenis kaki Bru dengan air setan masa tengah stim mula syaitan penuh dalam minda dengan cerita pelbagai kemudian hantar kepada kepala penyamun najib aka rosmah dibayarnya cerita syaitan ini begitu la bagi sesetengah manusia yang syaitan menjadi pedoman...elok la simelayu tolol dan ketua lebai parti piss pun memberi sokongan dari belakang.

      Delete
    2. Raja Petra hidup senang lenang di London di sponsor oleh MO1........!!

      Delete
    3. Tuan Shahbudin,
      Nampaknya blog ni dah mula diceroboh oleh makhluk dedak. Ini sesuatu yang sihat. Maknanya blog tuan dah berjaya membuat dedakian upahan ni rasa terancam. Setiap post Tuan Shah mereka baca.

      Syabas, maknanya blog ni dah berjaya kena pada target sasarannya.

      Delete
  2. Ada sorang penglipur lara yang sedang giat menulis cerita dongeng dan hikayat demi sesuap dedak. Ada saja cerita-cerita menarik yang berjaya yang dikarangnya saban minggu. Maklumlah hidup di negara orang tak sama dengan negara sendiri. Kos sara hidupnya tinggi. Tanpa dedak bermutu tinggi, nak minum oren segelas pun tak lepas. Jadi mahu tak mahu terpaksalah kuis dedak yang ditabur dari negara tanah air nun jauh di Malaysia. Maka bergelarlah beliau putera dedak.
    Hidup dalam buangan di negara mat salleh tak seindah yang digambarkan. Segala-galanya perlukan dedak bergred tinggi. Patutnya cerita-cerita karut, merepek macam ni patut diserahkan kepada beliau. Kasi tambah perencah, rempah dan garam secukup rasa. Barulah ianya menjadi hiburan yang sangat mengasyikkan di kala tuan besar si penabur dedak berduka nestapa kerana semakin hari semakin terhakis sokongan rakyat kepada beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kerja toyol negara dgn karabau negara lah ni.

      Oiiii..dah habis modal ker

      Delete
    2. Lain kali baca dulu sampai abis baru komen bro.. Belum apa2 dah melompat macam kera kena belacan. Dia tak kata orang kat overseas tu. Dia kata kalau bagi kat 'mamat' yang duk UK tu, cerita macam ni akan jadi makin umphhh..Dah tak pasal nampak kebebalan diri tu..

      Delete
  3. dedak dah makan.. bukti kerja kena whatsapp la sebb pembekal dedak nak tengok.. tunM bukan jenis flip flop spt pakLah dan najib.
    TunM yakin..najib bukan pm yang bijak mentadbir negara. kalau dia tumbang, itu lebih selamat bagi rakyat dan negara. ramai lagi rakyat malaysia yang lebih bijaksana dari najib.

    ReplyDelete
  4. HAHAHAHAHAHA!..
    WEK....HAHAHAHAHAHA!
    Waduh!...sakit perut gelak...

    Bro...betul ke ade cerita camtu?
    Murahno Tun M dapat didedak...Iron Lady Margaret Thatcher pun tak dapat nak tundukkan Tun M...begitu juga George Soros akur dengan ketegasan dan kepintaran Tun M....George Bush pun tak tahan...Seluruh dunia respek dengan ketegasan Tun M.

    Najib?....HAHAHAHAHA!
    HAHAHAHAHA...HAHAHAHAHA!

    Korang gi tanya dengan Musa Hitam...dia percaya tak dengan cerita tersebut?

    Siapa gamaknya yang terdesak sangat sanggup buat cerita camtu? Tak kan budak pandai 3.85 Pontian tu?...atau Poad Gargasi?...atau Putra Buangan yang kehabisan dedak...maklum sejak Ringgit menurun berbanding Sterling...dia spin apa jua cerita nak tamponng kos yang berpound pound tu.

    Najib Oh Najib...itulah akibat takut berdepan. Dedak pon tertakluk kepada pasaran dedak antarabangsa...nilai dedak Najib menurun sejajar dengan RM....Eh! Ringgit...RM yang tu memang tak bernilai langsung.


    HAHAHAHA....HAHAHAHA....HAHAHAHA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrng ni karabau fitlot pun makan dedak.

      Delete
    2. Nanti kejap kang ada le posting saterawan negara, nakhoda lanun keluar. Kita tunggu penglipur lara tu berbicara......khkihkih

      Delete
    3. Nakhoda tu sakit jiwa,,jangan difikirkan sangat budak dungu tu..........!!

      Delete
  5. Najib Penjenayah Hebat,beliau terdesak dan akan melakukan apa saja asalkan beliau kekal berkuasa....!! Apa tujuan beliau untuk kekal Berkuasa ?? Satu sebab jika beliau dapat di turunkan maka sudah barang tentu beliau akan didakwa dan kemungkinan di penjara oleh sebab itu beliau akan berusaha bersungguh sungguh untuk kekal berkuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shima auww..auww pun teringin nak jadi PM.

      Auwwwwwwwww....

      Delete
    2. Cik Salwah, kalau nampak simen lari sekuat hati ye....

      Delete
    3. Ada aku kisah,,berani kerana benar..!

      Delete
    4. Cik Salwah, jangan marah cik salwah oii. Kita sekapal cik salwah. Cuma gurau je tu. Sokong penuh apa cik salwah cakap, berani kerana benar....!!!

      Delete
    5. salwah..pm penjenayah?..berat tuduhan tu..kau ni jenis makhluk perosak yang berotak penuh najis..elok kau berambus cepat..

      Delete
    6. Yang makan najis dan dedak itu specis macam kau,,otak udang tahap gaban

      Delete
  6. Assalamualaikum, ape Yg nak dihairankan tentang kabar angin sedemikian boleh dikarang. Tapi yg lebih menghairankan, ada yg percaya kabar angin lebih2 lagi la Saya tak paham. Itu lah akibatnya meletakkan otak ditempat yg tak sepatutnya.

    ReplyDelete
  7. saya percaya cerita ini ada kebenarannya.mahathir bukan seorang yang berperinsip dia hanya seorang yang bermetlamat dan sanggup menghalalkan yang haram untuk mencapai matlamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak percaya cerita fitnah ni. Tun Mahathir mentadbir kerajaan selama 22 tahun. 22 tahun bukan masa yang singkat. Kalau Tun Mahathir tak ada prinsip dah tentu dalam 22 tahun dia mentadbir kerajaan dah lama negara ni bankrap tergadai. Dah tentu bermacam skandal, cerita dan berita yang keluar di media tempatan dan antarabangsa. Tapi kita tak pernah dengar pulak cerita skandal Tun berlegar dalam media antarabangsa. Cuma yang selalu berbunyi ialah Amerika tak suka pendirian Tun terhadap Israel.

      Di masa kejatuhan ringgit di waktu Tun Mahathir dulu, Tun berjaya naikkan semula nilai RM. Sebelum itu Tun dgn tegas menolak pinjaman IMF (Bank Dunia) sebab Tun tak mahu bila terbelit dengan hutang kita terpaksa tunduk dan akur pada kuasa asing. Tapi kita tak ada dengar pulak kisah duit magik berbilion-bilion masuk dalam akaun peribadi Tun.

      Tun bukan sebarang pemimpin. Dia ada prinsip yg tersendiri. Lebih2 lagi bila sudah 22 tahun membangunkan Malaysia, apakah sewenang-wenangnya dia akan membiarkan apa yang dibangunkan dari bawah hingga ke tahap tinggi jatuh berkecai??

      Orang yang bermula dari bawah, dari kosong tak ada apa2......tentu lebih tahu menilai erti sebuah kejayaan. Orang begini tentu akan berasa ralat dan sedih bila apa yang dibina dari keringat bangsa dan tanahair menjadi rosak hanya disebabkan kerakusan manusia tamak.

      Pada yang tak suka....teruskan menegak benang yang basah. Tapi mesti diingat, menghalalkan wang haram, wang curi juga merupakan perkara haram.

      Delete
    2. Anon 21.11,
      Kau ini jenis suka cerita tahyol lepas ,sex ,gossip ini la standard otak melayu pemuja perkara karut marut ...aku rasa kau ini baru nak kenal politik kat malaysia ini.

      Delete
  8. orang najib pemakan dedak...orang mahathir penjilat kahak...apa nak jadilah orang melayu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak pulak penjilat tahi...
      Apa nak jadilah ada orang yang tak guna akal macam awak ni...

      Delete
  9. ini bererti pakatan harapan semakin kuat dan jadi pencabar bn/umno dalam pru14 yang pasti menggugatkan mereka. gabungan keadilan, dap, amanah dan bersatu sudah terasa bahangnya oleh najib, umno dan bn. oleh itu diciptalah cerita penghibur lara oleh pemakan dedak supaya ramai yang akan kah... kah... kah... dulu menteri botak (nazri aziz) kata, mahathir nak baling batu dekat gelas pun gelas takkan pecah. sekarang apa macam. gelas bukan sekadar akan pecah tapi hancur berderai. itu sebab buatlah cerita mahathir nak berdamai dengan najib. mana tau kot kot mengena. bn/umno kini benar-benar dalam bahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apapun sekiranya Mahathir dan Najib berbaik semula. Kalaulah itu bernar-benar berlaku. Aku kira takkan merubah kedudukan. Malah Pakatan Harapan akan menang besar. Ini kerana Mahyuddin Yassin (bersumpah takkan kembali ke Umno), Wan Azizah, Mat Sabu dan Lim Guan Eng sudah terpahat dihati berjuta rakyat Malaysia, dan mereka mau supaya Najib dinyahkan seberapa segera.

      Delete
    2. Mana mungkin segala kerosakan yg di lakukan najib akan terhapus dan menjadi spt sediakala andaikata tun berbaik semula denganya..secara peribadi berbaik baik perkara yg elok tetapi menangkap serta menghukum pencuri negara adalah kewajiban yg perlu didulukan..rasanya tun akan tangkap dulu najib pastu baru berbaik baik kot..

      Delete
    3. Benda yg baik, kita kata baik, benda yg salah kita kata salah...kalo DSN buat yg betul, kita kata betul le...masalahnya dah terang terang wat salah, masih nak kata betul..itu yg x betul...pastu pakat ajak pencacai lain mengatakan betul, satu kabinet dah jadi x betul, bila dah ramai menteri otak tak betul,lama lama hancur le negara ni..

      Delete
  10. Nakhoda dah ngaku dalam 2 posting lepas, english dia broken. Nasihat aku ialah, berhenti komen pasal saman DOJ dan saman husam + matthias. 2 saman ini berbeza. Kau tak faham english, tok sah mengarut pasal 2 saman tu lagi di sini. Tok sah komen pasal laporan WSJ juga. Kau dah ngaku, so fair enough, aku pulak jawab kau.

    Sekarang aku jawab siapa nakhoda pembangkang (kalau orang lain ada pandangan berbeza, tak ada masalah). Nakhoda aku ialah Tun. Mereka akan "berperang" di PRU nanti. Ada yang menang, ada yang tewas. Kalau Pakatan menang, PM adalah dari pemenang kerusi terbanyak. Mungkin tsmy, mungkin azmin, mungkin dari PAS (kalau mereka join pakatan), mungkin shafei, mungkin adnen satem (kalau BN sarawak gabung dengan pakatan). Tiada ketentuan dalam sistem westminster, tapi ianya bukan satu masalah. Dalam demokrasi westminster, the people elect their MPs. Next, the MPs form a government. Mungkin kerajaan simple majority, kerajaan campuran antara parti, mungkin kerajaan campuran di antara MPs. Di Perak dulu, BN tubuh kerajaan dengan bebas, ianya sah. The people dont elect a Prime Minister, the people dont elect a govt. It is a 2-step process. Anyway, i stand corrected kalau aku salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, that nakhoda not satisfied. If u bro, don't say his Daddy Nakhoda are clean and shiny, that nakhoda don't be happy because u don't want put the hashtag. U must put the hashtag u respect his Daddy nakhoda. If u do like that, he are happy u know. so, u put la. If u put, that nakhoda will show his teeth, happy, then he don't send here his poem and lyric anymore.

      Delete
    2. Saya lebih setuju individu yang mendapat majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat (lebih afdal majoriti sokongan rakyat) sebagai PM. Jika berkehendak calonnya dari parti yang menang majoriti PH hanya mengamalkan apa yang UMNO-BN lama praktikan, dan jika mengambil keputusan PRU13 sebagai benchmark nescaya wakil DAP layak jadi PM.

      Ini bukan isu ia parti DAP atau calonnya 'barua' Cina dan sebagainya. Jika jawatan PM dikhususkan kepada satu parti nescaya amalan-amalan yang rosak yang berlaku sekarang akan berulang dimana untuk mendapat sokongan lebih utuh uwang dan jawatan akan digunakan. Sebaliknya jika PM dilantik secara konsensus (semua parti-parti dalam gabungan yang menang dan kalah) nescaya sokongan lebih tulen dan kuat, politik wang dapat dielakkan serta pentadbiran baharu yang diwujudkan mampu bergerak dengan baik.

      Berjayanya PR sebelum ini kerana kuatnya konsensus (kecuali selepas kematian Haji Nik Abd Aziz). Walaupon PKR dan PAS menang kurang kerusi berbanding DAP di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negeri namun wakilnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan Menteri Besar. Pentadbiran berjalan licin. Konsensus perlu terus diamalkan jika mahu berubah dan berjaya.

      Delete
  11. Najib pencuri global yg diketahui satu dunia. Rakyat msia hendak dia disingkirkan dari jawtan PM. Kalau ada funder utk tujuan tu, apa masalah???? Jenayah ke???
    Pemuda Umno buat rpt sbb tahu Khalid Tweet adalah polis yg dicontrol of Najib. Nk buat Khalid melatah shj. Dia akan tweet. tangkap spt Sidek Misarno yg kesalahan tak bolih ditangkap. Tu shj nk buat Khalid tweet melatah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IGP Khalid sayang MO1 sangat sangat sehingga tiada sesiapa yang boleh jentik MO1

      Delete
    2. Semua jalan kebebasan dah disekat. Semua dah dibentuk mengikut acuan. Apa saja pandangan, pendapat, keputusan dan tindakan mesti ikut acuan yang diadunkan. Semua cabang kebebasan hak dah ditutup. Benteng dan kubu manusia yang tunduk mengangguk dah dibina di sekeliling. Siapa saja yang berani menyoal, bertanya, mengkritik semua akan dicantas. Sekarang semua ikut remote control yang diprogramkan.

      Jadi apa nak diherankan, itulah realitinya sekarang ni.

      Delete
  12. Dah dekat nak election macam macam lah pakat tunjuk hero. Nak tunjuk kasih sayang yg tidak berbelah bagi. Polis kena buka satu kaunter khas untuk belaci dan machai najib buat polis report. Sekoq ni kata dia dengar kata orang langsung pi buat polis report. Exco pemuda bukan nak keluaq pi cari orang muda melayu tambah ahli atau ganti yg dah cabut masuk PPBM. Ni sibuk dok tayang muka supaya najib notice. Toksah dok buang masa polis dok ambil laporan banggang hang tu. Umno dah jadi kilang mengeluarkan para banggang.

    ReplyDelete
  13. Saya menyeru kepada para pembaca blog sekalian agar kurang-kurangkan lah memperlekehkan DSN. Pemberian BR1M adalah salah satu daripada manfaat kepada rakyat Malaysia. Kita seharusnya bersyukur kerana diberikan Perdana Menteri yang sentiasa menyelami jiwa rakyat Malaysia. Masihkah rakyat tidak nampak? Tak cukup? Kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan bawah UMNO telah banyak mengubah wajah dan landskap negara. Cuba bayangkan kalau pembangkang? Hanya berjanji semata-mata malahan sukar diterima akal. Masih ingatkah manifesto Husampah masa PRU13 yang mana dia berjanji jika PAS menang, kerajaan negeri akan membina keretapi laju dari KL-Kota Bharu selama 1 jam. Cuba bayangkan di dunia masih belum ada keretapi laju sebegini. Pengundi pembangkang! Cubalah berfikir secara kritis sedikit tentang logiknya janji pembangkang. Walaupun UMNO BN mengamalkan korup, namun janji terhadap rakyat tetap terlaksana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang long, BRIM setahun dapat berapa?
      Cuba kira berapa jumlah GST dalam setahun yang dibayar untuk barang2 keperluan harian mereka?
      Berapa?
      Yang mana lebih, yang mana kurang?
      Kena ingat rakyat miskin pun dikenakan GST juga, ok.

      Berapa pula duit yang lesap secara diam2 di belakang rakyat?
      Berapa bilion duit rakyat hilang?
      Ada tak kita dapat balik duit yang disamun tu?

      Dengan kerugian yang besar, negara terpaksa menanggung hutang yang sebesar gunung hingga anak cucu pun belum tentu habis terbayar.
      Siapa yang tanggung hutang tu kalau tak negara kita.
      Negara kita tu kena mengena dengan siapa? Bukan kita rakyat Malaysia ke yang tanggung?


      Delete
    2. Dahla bukan semua org dpt brim pun

      Tp gst semua Org kena bayar

      Hatta oleh budak2 beli gula2 sekalipun

      Delete
    3. Sdr Anoy 23.15

      1. Nada bahasa Sdr sudah cukup halus dan kemas tulisan, tapi pikiran Sdr perlu diperkemaskan supaya JADI MELAYU (KALAU SDR MELAYU LAA) yang kuat, mantap peribadi dan bukan generasi pemintak dedak 1BRM,
      2. Kehilangan yang di dalangi UMNO Sdr tak pernah baca mungkin? terlalu panjang nak tulis dalam komen ringkas ni,
      3. Jangan salahkan Melayu2 berwawasan yang hebat mengkritik, mereka ini harapan bangsa dan negara dan bukan UMNO yang dah merosakkan negara sebegini dahsyat, sila baca balik beratus artikel serata blog dari pihak pembangkang,

      Insyallah kita sama2 membantu mereka yang semacam Sdr Din Blog ni dan lain2 melayu yang tinggi wawasan.

      Delete
    4. Saudara Ahmed Uthman,
      Betulkan kesilapan saudara. Saya rasa anonymous yang saudara maksudkan tu 22.54, bukan 23.15.

      Delete
    5. Saudara Ahmed Uthman,
      Saya rasa saudara tersilap. Bukan anonymous 23.15 yang saudara maksudkan tapi anon 22.54. Betul tak?

      Delete
  14. Eddie ah wang sdg berkira kira nak beli jet peribadi kot

    ReplyDelete
  15. Tindakan Tun M berdamai dengan DSN adalah satu yang baik dan juga merupakan perubahan politik yang tidak matang kepada politik matang. Sudah tentu Tun M tidak mahu hak milik Melayu tergadai jika meneruskan persengketaan dengan DSN. Begitu juga jika Tun M meneruskan persengketaan dengan DSN, kaum cina komunis khususnya DAP sudah tentu akan mengambil peluang dan ini akan memberi jalan kepada Yahudi untuk memerintah negara. DAP akan menjadikan Kem tentera Darat Port Dickson sebagai tempat latihan tentera Israel dan ini secara tidak langsung memberi laluan Israel menguasai Malaysia sedikit demi sedikit. Dilihatnya Anwar memiliki hubungan sulit dengan Israel, sudah tentu jalan Israel mencampuri urusan Malaysia dibuka ruang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 23.47,
      Cerita dongeng ciptaan umno era Najib dan regime tujuan menakutkan melayu ...kau masih tidor la.

      Delete
    2. Dia bukannya tidor

      Tapi tengah karang cerita baru

      Cuma skil xsetaraf rpk

      Delete
    3. Anon 23.47 ni budak sekolah rendah. Dah pi tidoq anon 23.47. Kang bapak rotan kang...

      Delete
    4. kesian anon 23.47....bila otak diracuni dedak...asyik pikir dedak aje...itulah melayu low class...takde benda lain nak pikir...dedak...dedak...macam ayam pulak....krukkkk....krukkkk.....

      Delete
  16. https://youtu.be/sriKuWncvGU

    ReplyDelete
  17. https://youtu.be/HiraSb2TGMg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang ringgit yang berbilion lesap bayar kat Aabar ciplak tu cam mana? Apa tindakan?

      Delete
    2. clip tu walaupun dulu busuk tapi skrg harum mewangikan...

      Delete
  18. Pertama, Tun Mahathir bukanlah jenis manusia yang boleh disuapkan dengan dedak oleh sesiapa pun.
    Kedua, Keahlian tidak rasmi PPBM juga sudah mencecah ratusan ribu orang.Ketiga, Tun Mahathir turut dikenali sebagai seorang yang sentiasa berpegang kepada prinsip.
    Patutnya kalu yakin keahlian ratusan ribu, baru tersada tak perlu
    salam org diya nayakan skrg sudah terlanggar prinsip termasuk ramah mesra dgn lks. Sdr Shahbudin tersilap sangka kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu umno tak sebulu dengan pas. Tapi sekarang dah sedondon. Dulu prinsip lain, tapi sekarang dah pakai prinsip sedondon pulak.

      Delete
    2. Harap semua parti-parti pembangkang BERSATU atas satu parti demi mempertahankan rakyat dan negara.

      Delete
  19. Dia orang dah panik dah wehhhh...banyak lagi cerita karut akan menyusul nanti. Yang bodoh akan terus diperbodohkan.

    ReplyDelete
  20. Lihatlah pru 14 sudah dekat
    Umno bn dah bejat
    Pakatan harapan ambik tempat
    Kerajaan baru pasti terpahat

    Keris pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakatan dajal tak akan di redai memerintah..ada faham?..jangan berangan..

      Delete
    2. barisan setan memerintah macam setan...

      Delete
  21. Ayuhh masuk bersatu
    Kerjasama jitu
    Halatuju satu
    Gemilang selalu

    Keris pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersatu menjahanamkan negara..orang bodoh saja yang terikut2..

      Delete
    2. negara dah jahanam di bawah barisan setan....rakyat hidup susah...ada faham setan 3.16???

      Delete
  22. Bagus lagi jadi mat jenin, walaupon kuat berangan-angan tapi dalam angan-angannya mat jenin memajukan diri atas usaha diri sendiri.

    Jangan pula jadi sang kelembai, APA saja disentuhnya menjadi batu.

    Siapa pula mahu jadi seperti pak pandir?

    Jangan dijadikan pak kaduk sebagai idol dalam politik, parti menang tapi negara tergadai.

    Jangan pula menjadi Si lebai Malang, kehulu dan kehilir menongkah arus ("u-turn")

    ReplyDelete
  23. mr syed albudin..
    amno terkini ibarat telog (b.zakar)dok dlm mulot..nak menelan perot dah boroi sbb kekenyangan mentekedarah..jd depa kulom sampe toa kalu boleh kulom sampe mampuih..
    nak betempik atau melawan kena pedopedo
    takot telog dlm kuloman jatuh kebwh..
    teman takot kalu kena tempik pun telog depa tepacul keluag..haru yob.
    ini naya punya kes ..jd jantan apa kalu takdak telog.. sepatutnya telog dok dlm kerandut.. bkn dlm mulot..pepatah mlayu biag pecah d kerandut..jgn pecah d dlm mulot..

    ReplyDelete
  24. khas buat yang terkesima dgn mantan,
    Balik2 muko diyo jo nak nentukan Malaysia, patut ei dah bersara tu duduk ontok2 layan cucu mcm Paklah. Takdo kojo lain asik2 nak jaga suku sakat diyo jo lopeh tu nak suruh boboi ambik alih, mahu sampai 2040 kroni2 diyo jo. 1mdb tu contoh sykt bosa yang bernaug dibawahnya jenis2 perniagaan utk rakyat M'sia keuntungannya lbh krg mcm Petronas kan milik rakyat M'sia khas utk bumiputra. Tak tahu la mangkok2 sokong berasaskan kebencian. Tak kemana2 lengok je la apo jadi pada Nuar dianiaya dan skrg bergabung semula sebab nak jaga diri jo, rakyat dah lamo di julapkan mamtan. Woi bangun la. Jgn ikut je buat la kajian mentelaah baca kisah2 yang lalu. Dulu bukan main kato Nuar itu ini last2 berpeluk balik dan yg masih bangkang asal bangkang tu la menjadi hobi korang dari azali, dulu sokong Nuar dulu kato Mahazalim la Mahafiraun la. Patut ei mantan ni la korang patut meluat. Apo toh skrg korang kono gula2 dek diyo lagi ko. Apo la siol politik murahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruk sekor ni dulu pakai nama "waghih"

      Tapi agaknya org2 kampung adik beradik sedara mara ipar duai dah tibai dia sebab pakai nick tu maka dia jadilah mat anon sahaja..

      Lama senyap Sekarang dah berkokok balik sebab dedak dah habis la tu apalagi..

      Delete
  25. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete