Sunday, 11 September 2016

CEPAT ATAU LAMBAT TARIKH PILIHANRAYA, KEPUTUSAN TIDAK BANYAK BERBEZA


Beberapa bulan sebelum ini, berikutan Najib Razak dilihat tidak lagi tergugat kedudukannya kerana semua musuh-musuhnya sudah dikeluarkan daripada UMNO, dibayangkan beliau akan mengadakan pilihanraya umum secara mengejut untuk memastikan pegangannya terhadap kuasa terus berlanjutan.

Jangkaannya ialah beliau dikhabar-anginkan akan memanggil pilihanraya mengejut atau "snap election" pada Mac atau April 2017.

Bagaimanapun, apabila timbul isu saman Jabatan Kehakiman AS berkaitan dana 1MDB yang dilencongkan, isu pilihanraya mengejut itu senyap daripada diperkatakan.

Wujudnya saman itu dilihat  telah memberi kesan yang besar kepada "mood"  pengundi, khususnya di bandar, kalangan orang muda dan mereka yang ada telefon pintar dalam genggaman. Maka, diberitakan tidak mungkin Najib berani mengawalkan tarikh pilihanraya.

Sehari dua ini, setelah Tun Mahathir Mohamad bersalaman dengan Anwar Ibrahim dan kemudian diikuti dengan lulusnya pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM, sekali lagi timbul kemungkinan Najib akan mengadakan pilihanraya secara mengejut.

Tarikh yang disebut tetap tidak berubah, iaitu sebelum April 2017. Najib dikatakan tidak mungkin menangguhkan lagi tarikh pilihanraya kerana ia akan memberi ruang kepada PPBM untuk bertapak dengan lebih kukuh.

Najib kini dikatakan terdesak untuk memanggil pilihanraya sebelum PPBM dapat menyusun struktur partinya di peringkat negeri dan bahagian-bahagian. Selain itu, parti-parti pembangkang masih berpecah, belum ada kata putus dari segi pembahagian kerusi dan kesepakatan satu lawan satu juga belum muktamad. Ini menjadikan suatu kelebihan bagi BN jika diadakan pilihanraya secara tiba-tiba.

Lagi Najib menangguhkan tarikh pilihanraya atau menunggunya sehingga Mei 2018 iaitu tarikh akhir yang dibenarkan, dikatakan lebih banyak isu bakal timbul dan menambah-sukarkan lagi peluang BN. Saman Jabatan Kehakiman AS mungkin sudah ada keputusannya dan beralih kepada tindakan jenayah pula, manakala beberapa negara lain yang sedang menyiasat 1MDB juga tidak mustahil ada tindakannya masing-masing. Tentu saja, ia merupakan "detik maut" bagi BN ketika itu nanti.

Oleh itu, melewatkan pilihanraya dikatakan bukanlah pilihan yang baik bagi Najib. Kalau mahu menang dan terus berkuasa, kena dipercepatkan, demikian antara ungkapan pakar-pakar politik di kedai-kedai kopi dan coffee house hotel di seluruh negara.

Benarkah begitu?

PRU 14 sebenarnya adalah menentukan pilihan berkaitan Najib. Semua isu yang terbentang dalam negara adalah berkaitan dengannya. Tidak ada isu yang terlepas kaitannya dengan Najib. 1MDB, derma ribu-ribu juta, Jho Low, Riza Aziz, Rosmah, penyelewengan, penyonglapan, rasuah, pembaziran, kemewahan, hutang, OSA, Akta MKN dan segala macam lainnya adalah segala-galanya berkaitan dengan Najib.

Belum pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini menghadapi sebegini sarat isu membeliti dirinya dalam tempoh sesingkat cuma tujuh tahun memegang kuasa. Dengan itu, Najib boleh ditafsir dengan bermacam-macam kelemahan berkaitan diri dan kepimpinannya.

Sukar untuk dipastikan dengan mengadakan pilihanraya lebih awal mampu menyelamatkan Najib. Kemarahan dan rasa menyampah rakyat boleh dianggap merata dan dapat didengar di mana-mana. Tidak pernah berlaku sehingga restoran mamak sanggup mengalih siaran berita televisyen yang menyiarkan berita mengenai Najib semata-mata kerana tidak mahu pelanggan terganggu selera makannya.

Pengundi bukan Melayu, bandar, separa bandar dan golongan muda boleh dikatakan konsisten menolak Najib dan tidak mahu lagi BN terus berkuasa. Adanya Tun Mahathir bersama barisan pembangkang harus diakui suatu kelebihan kepada mereka.

Apatah lagi dengan Tun Mahathir sudah berbaik dan bersalaman dengan Anwar sekarang ini, momentum itu menjadi semakin nyata. Andainya Najib mengadakan pilihanraya mengejut, bahang terjalinnya perdamaian Tun Mahathir - Anwar yang masih terasa pasti akan melonjakkan lagi semangat ke arah perubahan itu.

Pengundi Melayu di kampung dan luar bandar mungkin turut melihatnya sebagai detik penting untuk merealisasikan perubahan. Jika dengan gandingan Tun Mahathir - Anwar ini, perubahan tidak juga dilakukan, bermakna ia lebih mustahil pada masa depan. Sama seperti pengundi bandar, pengundi luar bandar juga sebenarnya teruja dengan ungkapan "ini kalilah!"

Orang kampung dan Melayu luar bandar bukan tidak faham tentang rasuah, songlap duit, makan duit kerajaan dan lain-lainnya, tetapi ramai yang sukar untuk meninggalkan UMNO. UMNO sudah sebati dengan mereka. Namun, dengan kegigihan Tun Mahathir memberi penjelasan bahawa UMNO kini sudah menjadi parti Najib, sambil bukti dan perlakuan mengenai perkara itu semakin terang di depan mata, semakin ramai yang dapat menerima kebenaran itu.

Kelebihan kepada BN, kiranya pilihanraya diawalkan hanyalah tiada jaminan kesepatan dapat dicapai di antara parti-parti pembangkang. Namun, jika masing-masing lebih mengutamakan untuk melihat kejatuhan Najib melalui kekalahan BN, tidak mustahil kesepakatan  dan tolak ansur dari segi pengagihan kerusi dapat dicapai dalam sekelip mata.

Melewatkan pula, tentu saja memberi banyak kelebihan kepada parti-parti pembangkang. Mereka ada banyak masa untuk merundingkan pembahagian kerusi dan menentukan hanya satu lawan satu yang berlaku.

Melewatkan sehingga Mei 2018 juga mungkin menyaksikan Anwar sudah dibebaskan dari penjara. Walaupun dihukum penjara selama lima tahun, biasanya atas sebab kelakuan baik, hukuman hanya berjalan tidak sampai tiga tahun.

Walaupun jika dibebaskan, Anwar masih terikat kepada peraturan tidak boleh bertanding selama lima tahun, tetapi keberadannya di luar dan bebas berceramah bersama Tun Mahathir boleh saja membuatkan Najib dan Zahid Hamidi sesak nafas dibuatnya. Bayangkanlah betapa gegak gempitanya jika Tun Mahathir berada sepentas dengan Anwar membelasah Najib dalam kempen pilihanraya.

Dengan itu, kelebihan untuk menumbangkan BN adalah lebih terbentang luas kiranya pilihanraya diadakan pada 2018. Namun demikian, mengawalkan juga tidak memberi jaminan wujudnya keselesaan. Mungkin  pada Mac atau April 2017 Anwar masih dalam penjara, tetapi surat dan perutusannya pasti bebas menemui pengundi. Bermakna, gandingannya dengan Tun Mahathir tetap juga wujud, tidak kira bila tarikh pilihanraya diadakan.

Isu PRU 14 bukan cepat atau lambat. Isunya ialah Najib dan segala hal berkaitan dirinya. Selagi Najib ada, lebih-lebih lagi dengan wujudnya PPBM bergandingan bersama parti-parti pembangkang lain, kemungkinan BN kalah lebih terbuka berbanding mampu mengekalkan kuasanya. 

Malah, jika kebarangkalian Najib menawarkan pengunduran selepas pilihanraya juga tidak mungkin mampu memberi kelebihan kepada BN kerana hanya kekalahan sebaik-baik hukuman serta pengajaran kepadanya. (SH 11/09/2016).

32 comments:

  1. Atlet oku mengharumkan nama negara..

    Najeeb? Memalukan negara..

    Kesimpulan..najeeb lebih hampeh dari orang oku..

    Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tlg jgn buat perbandingan Najib dgn OKU. Tuan sebenarnya telah menghina OKU!

      Delete
    2. Presden UMNO yang terulung yang berjaya mendedakkan Presden Parti Lebai Musang Berjanggut sehingga pakatan pembangkang hancur terbarai separuh jalan.
      Samada suka atau tidak suka itulah fakta tentang kehebatan bijaN yang tidak dapat dinafikan dan akan tercatat dlm sejarah politik Malaysia.

      Delete
    3. "Orang kampung dan Melayu luar bandar bukan tidak faham tentang rasuah, songlap duit, makan duit kerajaan dan lain-lainnya, tetapi ramai yang sukar untuk meninggalkan UMNO. UMNO sudah sebati dengan mereka."

      Apa yg saya nampak, bani Melayu ni hanya suka 2 perkara. Senang saja kategorinya.

      1. Golongan suka giler budaya Hedonism. Terutama bawah 50an. Ada yg atas 50an. Tak ramai. Tua kutuk walau x ramai, tapi ramai jugak kalo pegi bilang.

      2. Golongan suka dan stim beribadat utk akhirat. Gua bukan bermasalah dgn stim beribadat. Tetapi mentaliti golongan stim beribadat ini, sama mcm stim dadah, menganggap siksaan dunia satu ibadah menuju akhirat. Kesusahan yg wajib diterima serta membuahkan pahala bergunung ganang berlipat kali ganda tak henti2.

      Kedua2 golongan ini mencecah belasan juta dari 17 juta umat melayu yg ada. Sebati dgn hedonisn ini sudah cukup membuatkan mereka sayang dgn UMNO. Bayangkan PR atau PH ambilalih kekuasaan Malaysia, hidup Melayu menjadi gelap gulita. Tiada Astro, tiada RTM, tiada TV3, TV9 menyebabkan Melayu hidup dlm kebingungan. Mereka bersyukur sangat2 dgn media hiburan ini. Malah tidak keterlaluan, inilah sistem TV hiburan adalah tuhan kpd melayu hedonism.

      Bagi golongan stim agama, mereka tidak peduli pasal politik. Ratiban agama cukup mengkhayalkan mereka dgn indah beribadat dan kehidupan akhirat. Kecanduan akhirat ini tidak salah. Malah sukar untuk org biasa untuk terjemahkan. Jika silap gaya tulis, tak semena2 kita akan dituduh kapir.

      Kedua2 pembudayaan ini, cukup membodohkan akal melayu untuk celik dlm politik Malaysia. Jgn pula kita cuba2 pegi tegur ya golongan ini. Kedua2nya mcm harimau tidur stim ganja.

      Delete
    4. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

      Delete
  2. Regarding your last paragraph, it is just a bait for the people to vote umno-bn. I bet my bottom ringgit that that guy shall not step down in case umno-bn were to be able to form the federal government after the next general election. These people are good at cheating the masses. Time and again. Time and again. And we still want to believe them when they say their beloved leader will step down following their win in that GE? What would it take for us to stop being fools?

    ReplyDelete
  3. Inilah bumi Msia.Peminpin yg mengsonglap berjuta juta dolar serta mengkhianati rakyat negara ini masih segar lagi menerajui negara.Pembangkang se olah olah sudah tidak ada maya tidak ada idea untuk mengerakan acaman najib ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib masih berkuasa bukan salah pembangkang sepenuhnya. Cuba tengok DAP, pelbagai bentuk isu yg membabitkan salahlaku/idea bodoh kerajaan, mesti ada ahli parlimen mereka yg follow up buat report polis, tanya dlm parlimen, desak menteri suruh jawab. Ahli parlimen PKR pun ramai yg bersuara. Cuma ahli parlimen PAS senyap macam tikus..mcm org bodoh & makan gaji buta. Yang jadi masalah besar @ batu penghalang sebenarnya ialah pihak berkuasa..malas nak siasat, kalau siasat pun tak jumpa hasil. Kesalahan politik lebih berat di mata mereka berbanding jenayah.

      Delete
    2. 5.29 <= bravo!!! Ringkas dan padat. Padu sungguh komen tuan.

      Delete
  4. makcik pasai apa tak tukar amno
    makcik takut kena tukar
    makcik keja apa
    motong getah
    alahai makcik kalau potong getah
    amno tak boleh tukar makcik
    amno boleh tukar orang yang kerja
    denagn kerajaan saja
    la makcik tak tau la baru makcik tau

    lama sungguh orang kampung yang maseh
    tak tau apa
    ni yang amno cukup suka senang diboddokan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau la Saya jumpa org Mcm ni, golongan lelaki je la. Memang aku sumbat tekak Dia Dan susu getah, biar hilang sikit taksub nya. Kalau makcik 2 lak, aku Cuma doa kan je la,.Harap Dia berubah, tak pun mintak 2, Kat tuhan agar Dia tak pegi memangkah.

      Delete
  5. Sebelum cakap pasal PRU, saya lebih excited atau teruja pasal DOJ. Musim panas summer dah habis....ramai dah masuk ofis di new york, l.a., wash dc...sambung balik kerja.

    ReplyDelete
  6. Biarkan dia buat pru awal, biar macai dia yg nasihatkan. Lebih awal lebih chun, sbb dia hanya akan ada duit dan persiapan yg kelam kabut

    ReplyDelete
  7. Isu pru ke,isu inilah,isu itu lah dan kini timbul pulak isu Husni kononye sakit isu 1MDB itu sebab bersara.Nak ketawa sampai cirit birit rasa dengarkan mamat pengkhianat durjana ini.Memang peminpin Umno suka mwnipu tak brani kepada kebenaran.Tempoh hari nak konon nye nak belajar Quran kononye.Quran apa dia belajar pun kita tak tahu.Nak belajar Quran pun kena menipu memang jenis pengkhianat lakhantullah punya husni ni.Dibulan Baik sempena aidul adha ini.Aku doa kan kamu husni dibaham ayat ayat suci Al Quran itu kerna kamu menipu.Aamiin

    ReplyDelete
  8. Najib tak perlu bimbang dan risau. Kedudukannya semakin kukuh dan mantap.

    Apa nak hairan. MKN kan ada...

    Ini yg membuat pembangkang kehampaan.

    ReplyDelete
  9. Boleh makan ker lembu korban yg diagihkan oleh najib di serata masjid???
    Mufti Pahang tolong jawap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sponsor haji pun hasil curi..inikan pulak lembu.

      Delete
  10. Tun dan dsai akan buat jibong kepit atas pentas.mimpi ngeri jibong n the gang da bermula.cuma bawa ketiak bik mama dia rasa selamat.cuci malaysia

    ReplyDelete
  11. Andaikata si bijaN sudah mengumumkan tarikh pilihanraya...ini bermakna si bijaN sudah bersiap sedia dgn segala mak nenek bom & jerangkap samar nya bagi terus memastikn dia akan terus berkuasa. Dia bukan bodoh..dia tau ramai rakyat tolak dia. Andaikata anda adlh si bijaN...sudah pasti anda akan menyediakn segala peluru & bom yg ada utk menang pilihanraya. Sy x pelik andaikata Umno menang PRU14...ini kerana semua sudah maklum iaitu semua badan2 berkuasa yg ada dlm malaysia ni..semua nya di bawah telunjuk Umno. Org yg dlm terdesak mcm si bijaN ni dia akan gunakn semua cara yg ada utk menyelamatkn diri dia. Ini kerana..lumrah manusia..bila sudah terdesak..apa jua pasti akan dilakukn utk selamatkn diri. TiPu PiLiHaNRaYa..TuRuN JaLaNRaYa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum tau lagi dia boleh menang..gaji kakitangan ibu pejabat umno pun dah tertangguh berbulan..jgn cepat lemah semangat.

      Delete
    2. Yup...mmg sy x patah semangat. Sblm ini pun sy ada bgtau yg sy akan tunaikn tanggungjwb sy seperti biasa. Cuma andaikata PRU14 hasilnya masih sama...usah lah berasa pelik. Walaupun kebanyakan rakyat telah sedar dgn kepimpinan2 yg sedia ada ini adlh KORUP, MENYAMUN DUIT RAKYAT & HARTA NEGARA SERTA SALAH GUNA KUASA. Cuma andaikata tewas..apa langkah seterusnya untuk gulingkn si bijaN & konco2nya? Xkn nk tggu PRU15 pulak kan?

      Delete
  12. Yes....Tipu Pilihan Raya, Kita semua mesti turun jalan raya....berjuang sampai mati.

    ReplyDelete
  13. Awas parti lalang PAS akan selamatkan umno!!

    Bn menang pas jd penasihat. PH menang dia untung jugak. Sb dia kata dia pun pembangkang. Cuma mereka pembangkang blok ke-3.

    Parti bangsat ini le jd penyelamat nyawa bn. Mereka parti oportunis. Kiri kanan nak makan!

    Yakinkan org kampung bahawa pas dan umno itu satu team. Satu lawan satu. Umno lawan pas. Kalah atau menang sama saja. Sikitpun tak membantu.

    Dalam parti inilah paling ramai manusia hipokrit. Ilmu dan akhlak umpama langit dan bumi. Kalau puak2 ini diberi amanah jd kerajaan...alamat punah ranah msia dikerjakan puak2 ni.

    Kalau bab belit2 pusing2 dan uturn pas lah juara yg diikuti rapat oleh kembarnta amno!!

    ReplyDelete
  14. Maka hancurlah bn
    Lenyaplah umno dari catatan sejarah
    Malaysia

    Kerajaan baru sistem urustadbir baru
    Progresif
    KERIS
    pahang

    ReplyDelete
  15. Satu perkara sahaja penentu masa depan rakyat malaysia...pru 14 nanti biar 1 lawan 1 antara pembangkang dan bn. Kalau pas berdegil perasan kuat taknak kerjasama dgn pembangkang dan letak calon lawan 3 penjuru, tolong baling batu ke muka lebai dan bilik gerakan mereka.

    ReplyDelete
  16. Amat bagus punya analisa politik semasa SH yang di keluarkan di pos di atas. Terang pro dan con nya PRU awal dan di saat akhir. Walau pun apa yang di ramalkan tak dapat nak di pastikan sebab ramalan memang begitu bentuk nya.

    Saya fikir Najib akan tunggu hingga ke saat akhir bagi mengadakan PRU14. Risiko kalah nya lebih kurang sama kalau di buat March 2017 atau di Mei 2018. Jadi, Rosmah tentu akan "memujuk" Najib mengadakan PRU14 di saat akhir supaya boleh mengecap kesenangan dan keselesaan hidup dengan eksekutif jet dsb nya, serta menghirup angin dan suasana bahagia sebagai FLOM selama mana yang dia boleh.

    ReplyDelete
  17. Setuju bahawa tindakan Jabatan Kehakiman US memain peranan besar di PRU14. Jika di ada kan mengejut di March 2017 atau pun di saat akhir di Mei 2018.

    Kesan nya mungkin tidak begitu ketara jika PRU14 di adakan awal. Sebab ha nya anak tiri Najib dan kuncu kuncu nya spt Jho Taek Lo saja yang telah di kenal pasti. MO1 belom di kasi nama penuh. Namun demikian, mengawalkan PRU14 ada risiko2 lain yang mungkin Najib tak sanggup hadapi.

    Mungkin Najib memikir nama nya tidak akan di sebut dek Jabatan Kehakiman US itu hingga bila bila. Mungkin Najib memikir kalau Donald Trump jadi Presiden US, dia boleh buat "deal" dengan si Donald sebab seorang businessman sentiasa mahu deals. Jika demikian, tentu Najib mahukan PRU14 di saat akhir.

    Saya fikir

    ReplyDelete
  18. Betul ke orang orang kampong masih "sebati" dengan orang kampong? Jika betul, puak Bersatu perlu rancangkan kumpulan kumpulan kecil 1-2 orang pemuda membuat penerangan di kawasan kawasan yang terpilih.

    Pemuda2 yang cara bercakap dan gerak geri mereka boleh di terima dek orang2 kampong. Pemuda2 yang bersemangat dan komited mahukan Najib di ganti. Saperti mereka di demo #Tangkap MO1 yang lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan:

      Ayat pertama sepatut nya -

      Betul ke orang orang kampong masih "sebati" dengan UMNO?

      Delete
  19. Terbaru : WSJ lapor Rosmah (BAM) badak air malaysia belanjakan 6 juta dollar us menerusi kad kredit utk shopping. Jilake punya badak..engkau sedap shopping, rakyat malaysia kau suruh bayar hutang 1mdb.

    ReplyDelete
  20. Dulu dunia ada skandal watergate. Begitu masyhurnya skandal ini sehinggakan apa sahaja yang berbentuk skandal akan diletak oerktaan gate di belakangnya.
    Tapi untuk Najib ceritanya lain sekali. Dirinya sendiri adalah skandal. Daripada Rosmah (sebelum depa kahwin), tangkap basah di port Dickson, Scorpene, Altantuya, SRC, 1MDB, Kevin Morais, derma 2.6b, Taman Tugu 650m (banyak lagi kalau nak diperinicikan), maka satu2nya istilah yg sesuai untuk skandal kali ini ialah Najibgate.
    Saya sebut skandal dan tidak sebut dia memang salah dalam semua isu ni sebab semua cerita2 ini dan satu persamaan iaitulah semuanya tiada penutup dan hanya sekadar fade away atau disorokkan di bawah nyiru.
    Sumpah? Maaflah, Najib telah membuktikan apa saja yang keluar dari mulutnya ada kebarangkalian hanya dusta jadi Najib boleh sumpah apa saja tapi majoriti rakyat tak akan percaya dia lagi.
    Dedakians pun sokong bukan kerana percaya tapi semata mata demi sesuap dedak

    ReplyDelete
  21. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete