Sunday, 25 September 2016

APAKAH SIJIL HALAL JAKIM TIDAK CUKUP HALAL?


Satu lagi cerita "karut" daripada Risda. 

Dulu cerita "karut"  Risda ialah nak tanam dan eksport ketum ke luar negara, kali ini Risda dengan kerjasama Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia atau Ikiam  "mengarut"  lagi dengan mahu mengeluarkan satu lagi logo halal baru.

Logo halal yang mahu dikeluarkan Risda dengan kerjasama Ikiam  ini ialah khas untuk produk keluaran Muslim  sahaja.
Menurut Pengerusi Risda, Zahidi Zainul Abidin, logo halal baru itu bertujuan mengesahkan produk berkenaan keluaran usahawan Muslim selepas mereka memperolehi sijil halal Jakim.

"Keperluan menambah satu lagi logo halal adalah bagi membezakan produk keluaran Muslim dengan bukan Muslim.

"Ia juga bertujuan meredakan keraguan segelintir masyarakat mengenai isu halal berkenaan," kata Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, Perlis.

Memang ini kerja "mengarut" oleh Risda. Buat apa nak dikeluarkan satu lagi sijil halal yang khas untuk usahawan Muslim?

Jika mereka sudah ada sijil halal Jakim, apa yang perlu diragui lagi dengan kehalalan produk itu?

Bukankah Jakim sebuah jabatan kerajaan yang diiktiraf untuk mengesahkan halalnya sesuatu produk?

Apakah sijil halal Jakim tidak cukup halal sebenarnya? Atau Risda sendiri meragui sijil halal Jakim itu?

Setelah sijil halal untuk produk Muslim, sijil halal apa lagi mahu diperkenalkan selepas ini?

Mungkinkah nanti akan ada pula produk halal Melayu, produk halal pinjaman bank tanpa riba, produk halal bantuan kerajaan UMNO atau macam-macam lagi?

Membanyakkan sijil halal untuk usahawan adalah kerja "mengarut", selain menyusahkan usahawan Muslim itu sendiri. Ini kerana sudah tentu bayaran tertentu akan dikenakan kepada mereka untuk memperolehi sijil tersebut.

Sijil halal Jakim sudah dikenakan bayaran, sijil halal Muslim Risda dengan kerjasama Ikiam pun kena bayar juga, sedangkan  jualan produk belum tentu meningkat lagi dengan adanya dua sijil halal itu.

Akhirnya, produk usahawan Muslim tidak ke mana, yang buat duit dan meniaga ialah Risda dan Ikiam  itu sendiri. (SH 25/09/2016).

62 comments:

  1. Contoh dpn mata dah ada...spad...apmm...lancau apa nak banyak2 sijil halal...baik lu orang pergi kilang2 cina spotcheck kandungan makanan lagi baik la taik...tau nak kedarah duit je!!!puihh...sorry din emosi skit!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah din

      Ini semua adalah ragam orang yg tidak ada kerja yg nak dibuat.

      Ingat tak dulu bila lagu Negara Ku ditukar ke rentak march.
      Lepas tu tukar balik ke rentak asal.

      Ini semua perbuatan orang bodoh saja. Orang yg tidak ada kerja.

      Delete
    2. SPAD dan JPJ adalah syarikat perniagaan yang sama,Persoalanya kenapakah SPAD di tubuhkan menjadikan pertindihan dengan prodak yang sama iaitu saman.

      Delete
    3. Tak lama lagi Rela pun boleh saman dan tangkap orang.
      Segala galanya dah jadi rojak sehinggakan rakyat pun keliru.
      Tengoklah siapa yg jadi PM

      Delete
    4. Kalau nak buat logo halal yg baru untuk dedak 1MDB bagus juga...lebai lebai musang berjanggut boleh tompang semangkuk....ha ha ha

      Delete
    5. Kenapa tak standardisedkan semua yang halal atas satu logo dan satu sijil?

      Apa banyak sangat temeneh? Apa punya bangang la.

      Delete
    6. Lebih baik ditambah anggota untuk mmbantu JAKIM mmbuat pemantauan ke permis2 berkenaan utk mengesahkn ke halal lan nya

      Delete
  2. Jom exchange bloglist :

    http://bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Selagi orang islam menggunakan agama tanpa fokus tertentu untuk tujuan politik dan perdagangan aksn gagal.

    Saya terbaca berita dari saudi arabia dan sedih dengan kedudukan negara ini (99% muslim)....namun tidak menampakkan kejayaan apa apa walaupun dianugerah Allah sumber kekayaan minyak dan gas.

    Kenapa dan mengapa? Sebab kits tak ikut apa yang diajar dalam al quran. Terlalu bergantung pada ajaran oleh orang bergelar ulama yang menginterpretasikan quran dan sumbet hadis yang salah mengikut nafsu politik dan kepentingan peribadi.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  4. Sijil halal lembu bhaiii yang turun temurun berjemur tengah panas dengan lembu kondo, tak ada ke?

    ReplyDelete
  5. Pemimpin UMNO ni buka mulut je....nampak bebal dan bangang mereka.....sama macam geng hj hadi juga kah kah kah.....

    ReplyDelete
  6. Tunggu dulu....PAS juga sedang meneliti cadangan untuk mengeluarkan sijil DEDAK HALAL dan ak Report film porno Jerman HALAL .....

    ReplyDelete
  7. Usaha RISDA untuk mengeluarkan sijil halal sendiri bukanlah satu benda yang memgarut dan pelik. Ianya adalah bentuk piawaian tambahan yang mana khusus untuk produk tani dan ternakan. Perkara ni suatu yang sudah lama ada di luar negara. Ada negara mempunyai dua atau lebih sijil halal. Tiada masalah mengenainya. Diharap buat study sikit terutamanya kaum awam agar jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang. Sikap mengkritik ala-ala pembangkang jelas menunjukkan pemikiran yang sempit. Diharap juga jangan jadikan dengan isu politik dan janganlah dikaitkan dengan UMNO-BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi, sijil halal risda khusus untuk produk tani dan ternakan, sebagai piawaian "tambahan". Kalau ikut logic awak:

      1. Piawaian JAKIM tidak mencukupi. Gitu?

      2. Kalau FELDA pula nak buat piawaian tambahan untuk produk makanan diproses (makanan dalam tin, bungkus, seperti biskut), boleh?

      3. Felcra pulak nak buat piawaian tambahan untuk produk kosmetik, boleh?

      4. FAMA pulak buat piawaian tambahan untuk semua makanan diimport, boleh? Yerrr lahh, kalau piawaian JAKIM pun perlu ditambah baik, apatah pula piawaian dari negara bukan islam, seperti thailand?

      5. IKIM buat piawaiam tambahan untuk restoran milik bukan warganegara tapi islam, bukan warganegara dan bukan islam, bukan melayu tapi islam, bumiputera bukan islam, melayu indonesia tapi bukan islam?

      Tak kerrr carca marba? Apa logicnya pemikiran kau? Fikiran siapa sempit bro?

      Delete
    2. Birokrasi yg akhirnya membelit pengusaha Melayu itu sendiri. Yg untungnya cina juga.

      Orang Melayu ni memang suka cari jln susah. Suka complicatekan diri. Suka jln yg berbelit2.

      Sebelum dapat keluarkan barang dipasaran kena pulak bayar permohonan sijil yg berbagai2 jenis, walhal benda yg sama juga. Untung belum nampak tapi duit beribu2 dah keluar.

      Macam ni nak tolong majukan pengusaha Melayu?

      Ni idea kepala bana.

      Delete
    3. Free ke atau kena bayar... Kalau kena bayar, kesian pengeluar muslim. Kena bayar dua kali. Yg bukan muslim pulak yg lebih mudah dan jimat.

      Delete
  8. Halal yang kita tahu adalah setakat binatang (yang harus) disembelih mengikut syarak (itupun entah ia entah tidak). Yang lain...pinggan-mangkuk, sudu-garfu, duit yang telah disentuh pemegang dan pemakan khizir yang dok berganti tangan...makan wang riba...tutup mata tentang kemungkaran yang terang-terang berlaku .... tak ambil kira ke?

    Ini tak lain nak cari peluang 'buat duit' gamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit nak kena cop halal supaya tidak digunakan untuk riba

      Delete
  9. Jakim dah keluarkan sijil halal utk duit yg najib curi ke belum?

    ReplyDelete
  10. Sibuk sangat dengan cop halal tapi makanan tidak berkhasiat. Makanan tak berkhasiat tu halal ke? Patut juga suruh peniaga Melayu mendapatkan sijil halal. Restoran Melayu banyak yang kotor. Tu halal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara, yang kita hendaki tu ialah yang halalan & tayyiban (berkhasiat)......

      Delete
  11. Kenapa lah bodohnya org beragama islam ini suka buat kecoh kalau dah iktiraf halal satu pihak cukuplah jgn bak keluar lagu satu logo halal macam mana org agama lain nak hormat kat islam klu org islam bercelaru sampai kiamat pun inilah dia sikap org islam yg tolol nak tunjuj pandai

    ReplyDelete
  12. Kenapa lah bodohnya org beragama islam ini suka buat kecoh kalau dah iktiraf halal satu pihak cukuplah jgn bak keluar lagu satu logo halal macam mana org agama lain nak hormat kat islam klu org islam bercelaru sampai kiamat pun inilah dia sikap org islam yg tolol nak tunjuj pandai

    ReplyDelete
  13. d Malaysia agama adalah suatu 'industry' yg senentiasa berkembang.

    logo halal saja bolih menjana pendapatan lumayan.

    jgn terkejut jika setiap negeri akan mengenakan syarat 'halal' yg sama n mengeluarkan pandangan yg logo drpd pihak berkuasa pusat sebagai tidak lengkap.

    selamat mengambil kesempatan utk membuat duit melalui agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup dengan GST, tambah satu jalan lagi untuk menjana duit atas angin yang dikenakan ke atas rakyat. Syabas Malaysia boleh!!!

      Delete
  14. pi mai pi mai wang masuk atas angin !!!

    ReplyDelete
  15. Tutup saja Risda....getah tidak lagi komoditi utama. Agensi2 lain bolih ambilalih tugas2 Risda yg berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong kalau PMO pulak nak keluarkan sijil halal tambahan untuk produk anti ageing.

      Delete
  16. Bila barisan pentadbir dikalangan puak bengong, inilah jadinya. Apa kata kita lantik PM satu lagi yang lebih HALAL THOYIBAN dan boleh dipercayai kerana PM Makaysia sekarang status "HALAL" nya telah diragui dalam dan luar negara seantero dunia. Tentu puak puak bengong dalam RISDA setuju kan kan kan. So dengan adabya PM satu lagi, maka rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya boleh berurysan dengan PM pilihan yang lebih diyakini "HALAL THOYIBAN" nya. Aku yakin Najib Razak mesti terima punya.

    ReplyDelete
  17. Air budu kita halal. Apakata risda tolong cari export market.

    ReplyDelete
  18. Sijil Halal dewasa kini bukan lagi sebab utamanya demi bagi memenuhi kehendak hukum tapi lebih kepada suatu bentuk perniagaan yang amat lumayan. Perkara yang amat mudah disukarkan demi memenuhi temolok golongan tertentu. Inilah Malaysia !

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi satu contoh ialah urusan birokrasi nikah kahwin pasangan islam
      yg mudah disusahkan semata mata nak tunjuk depa pegang kuasa dlm hal agama

      Delete
  19. Tapi realiti nya memang terdapat produk keluaran non Muslim terutama pengusaha kecil Dan sederhana yg diragui kebersihan Dan kehalalan nya walaupun punya sijil halal jakim.Bukan lah salah jakim 100% ,Keupayaan jakim pun agak terhad utk pastikan sentiasa halal bagi produk non Muslim,Tapi kalau produk keluaran muslim sudah tentu keyakinan kita tinggi memandangkan pengusaha nya seorang Muslim yg tenth faham pengertian halal haram.Rasa nya satu usaha yg baik Dari Risda

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau yakin ke produk muslim tu bersih
      tahun lepas bukankah sebuah kilang roti muslim di penang kena tutup 2 minggu sbb diperiksa tahap kbersihan
      aku saja x nak tulih nama kilang yg terkenal tu

      Delete
  20. US telah menutup kes IMDB. Sebabnya bukti tidak kukuh. So, penyokong madey tak payah ler nak buat spekulasi lagi dah. Tak payah ler nak dengar dakyah-dakyah pembangkang terutamanya DAP komunis sebabnya nak kan kuasa DSN. Apa pun saya tetap sokong DSN dari belakang. Lawan tetap lawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila US tutup kes 1MDB tu? Bagi link sumber beritanya...

      Delete
    2. Aik...pelik sekali anon 1418..bukan FBI baru mula siasatan terhadap 1MDB ke? Kalaupun nak pertahankan najib, biarlah 'masuk akal' sikit. Laporan drp MKini..https://www.malaysiakini.com/news/312887

      Delete
    3. Anon 1418....ko kalo nak nipu agok2 ler....ko ni bkn setakat terencat akai jer....ko ni gilo..esok call spital tanjung rambutan ea...tempah penginapan kt sane....

      Delete
    4. Hairan manusia mcm anon14:18 masih tak sedar diri lagi.Masih tak faham apa yg berlaku.

      Sekolah ke tidak ni????

      Delete
    5. Sekolah setakap SRP saja tu yg bijak sangat tu

      Delete
    6. Kahkahkah..

      Sampai kiamat pun dia xboleh bagi link yg kau mintak tu din.

      Alasannya dia lupa

      Sebab byk sgt layan porno jerman huhu..

      Delete
    7. Tak pun mamat bingai 3 suku tu kata link tu dah delete. Kelentong je...

      Delete
  21. Replies
    1. Mamat tu lahir tak cukup bulan

      Delete
    2. Ape lak...mamat tu terlepas dr Tanjung Rambutan ler...

      Delete
    3. Betul tu. Mamat tu buat PHD kat Tg. Rambutan.
      Lepas ni dia akan bergelar doktor

      Delete
    4. Dia bukan wat PhD (Doctor of Philosophy). Dia buat PhD (Permanent Head Damage)..lepas tu dia bole jd profesor utk org sakit jiwa...

      Delete
  22. Sdra Shah

    Apa nak diherankan...Bapak borek anak rintek. kalau Najib Ketua Kerajaan dah memang banggang...apa yang boleh kita harapkan dari Menteri Kabinet dan bawahannya termasuk Ketua Jabatan dan GLC...semua cari makan. Falsafah Kleptokrasi dari atas sampai ke akar umbi. Kalau PM ada projek billion billion...menteri pulak projek ratusan juta...Ketua Jabatan dan GLC pun tak mau kalah...puluhan juta...Tak ade projek besar macamana projek peribadi nak masuk?...Ketirisan disepanjang jalan...dari sepuluh yang sampai penghujungnya cuma satu paling paling pun tiga...Konsep sub-prime yang mejahanamkan sistem kewangan/pinjaman perumahan US satu masa dulu kini jadi ikutan.

    Satu lagi yang kita nak tanya...adakah produk yang dikeluarkan oleh seorang muslim itu benar benar halal? Halal bukan setakat bahan dan proses pembuatan sahaja...Kalau Jakim sebagai satu Badan yang diberi kuasa dan dipertanggungjawabkan kepada status "Halal" sudah memberi status "halal" kepada satu satu produk...kita harus menerimanya sebagi halal. Tak kira siapa pembuatnya. Kita sedar majoriti SMI yang mendapatkan sijil "Halal" adalah pengusaha bukan Muslim...tapi Jakim mesti bertanggung jawab.

    Apakah produk pengusaha Muslim lebih halal dari produk halal yang telah mendapat sijil Jakim?...Ianya sama seperti kita melabel sesaorang itu lebih muslim dari seorang muslim yang lain. Yang penting bagi saya ialah tawakal...kalau ragu atau was was tinggal sahaja.

    Saya bagi contoh...kisah benar dan banyak berlaku di negara kita...Ayam atau daging...memang dari haiwan yang kita dihalalkan untuk memakannya...dan menjadi makanan lumrah rakyat kita...Tapi ayam atau daging "kantau" (Ayam/daging yang lebih murah yang ada orang jual kerana dapat "kantau" dari kem tentera/sekolah)...halal ke? Yang membeli dan yang menjual kedua duanya muslim...Kalau tuan tuan ada buka kedai makan atau katering...pasti ada orang datang yang buat "offer" barangan sedemikian...bukan setakat ayam atau daging...ikan, sardin tin, susu, milo dan lain lain....saya bercakap dari pengalaman sendiri...kalau nak kira untung memang kita tibai je...tapi kita kena sedar dan bertanggung jawab...barang yang sedemikian adalah "haram" kerana ianya sama seperti barang curi. Pelanggan yang makan dikedai kita tak tau ape ape...bagi mereka lauk ayam dan daging tersebut adalah "halal"...kita tanggung dosa mereka semua.

    Ketahuilah...ketirisan dalam sistem kerajaan kita berlaku secara berleluasa...kenapa?...sebab kita selalu tanpa disedari menyokong tindakan tersebut. Saya telah lama menjauhkan diri dari projek kerajaan...tak tahan dengan kebocoran dan ketirisan disepanjang jalan...tidak membawa keberkatan.

    Halal dan haram itu telah Allah tetapkan...kita manusia mesti berilmu untuk memilih. Tiada yang lebih halal dari yang telah dihalalkan begitu juga yang halal dengan mudah menjadi haram kerana olahan manusia itu sendiri. Yang haram tetap haram...walau dilabel dan dikeluarkan oleh seorang muslim..ianya tetap haram.

    Waullahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman skg ni kebanyakan org menilai halal haram pada babi dan arak je

      Barang kebas jual balik.. Jadi HALAL..
      2.6B bagi semua rasa sprang sikit tmasuk la pak ostat2.. Kira HALAL..

      Sedangkan api neraka tu yg amat panas..

      Delete
  23. bykan Bhai,

    kalau logo baru ini telah diazan, dibaca alquran 30 juzu, dan disiram air zam2, lu org ingat berapa harga?

    ReplyDelete
  24. Pi 'halakan' JAKIM dulu!

    ReplyDelete
  25. Cerita pasal halal haram ni aku baca pelbagai komen seronok juga cuma aku teringat satu ketika dulu riuh tentang pihak berkuasa menyerbu rumah judi haram ,yg aku fikir peliknya ialah rumah judi haram entah bagaimana rupa rumah judi halal?......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol bro..last2 semua jadi HARAMJADAH...

      Delete
    2. Ada rumah judi halal kat Genting Highland. Drp cerita orang lesen casino tu orang melayu yg punya.

      Delete
    3. bro
      dibawah akta rumah judi malaisa..
      rumah yg bedaftar dan d beri lesen jd halal..rumah judi yg tidak d daftar dan blom mndpt lesen haram 4kali..yg juai..yg beli ..yg masok kedai.yg sewa kedai..
      amno sahaja yg bejuang pasal islam dan pasal mlayu..
      malaisa negara pebagai kaum jd logo halal pun kena ikot kaum yg pelbagai..adil dan saksama tampa pilehkasih..sbb amno saja boleh bwat benda haram jd halal dgn logo halal dan benda halal jd telebih halalnya ..tmpa was-was..

      Delete
  26. "Ia juga bertujuan meredakan keraguan segelintir masyarakat mengenai isu halal berkenaan," kata Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, Perlis.
    Najib salah jugak, serupa dulu Madey salah jugak,
    Bro tu fahamkan dan hadhamkan apa maksud, buat saya dari dulu pun kalu bukan muslim buat produk muslim dan dapat logo halal memang wa tak layan bro sebab hang pikiak hari2 ka pegawai nak siasak proses tu di buat, tak tahu la kalu dah terang2 muslin buat hangpa nak ragu2 lagi. Org Cer ni kalu tak ada pegawai mari hang boleh percaya ka setiap proses dilakukan. Depa ni kalu ada org mari periksa masa tu la depa buat molek2. Baca la secara rasional setiap berita.

    ReplyDelete
  27. mungkin selepas sijil halal risda utk org muslim akan ada lagi sijil halal utk org muslim yg sembahyang 5 waktu, maklumlah kita pun tahu ramai org "muslim" yg tidak sembahyang 5 waktu atau langsung tak sembahyang

    ReplyDelete
  28. Aku rasa elok risda ni wat sijil produk haram je la...yang tu xde lg. Kalo sijil halal skang dah banyak badan yg memantau dan mengeluarkannya..toksah dok kacau benda yg dah ada, nak glamer aje le zahidi ni...

    ReplyDelete
  29. Sebenar nya nak pecah belahkan rakyat.Nak tiup bara perkauman biar menjadi api kerana itu yang UMNO belajar dari sejarah cara untuk terus berkuasa.Jamal Tongkol ada melayu baju merah,Ali tinju ada geng melayu askar pencen tapi dua kepala ni tak cukup cerdas. Satu kaki gaduh cara terbuka dan satu lagi pakar serang hendap kedua nya tak boleh harap,usaha politik TAIK pun di beri pada JAKIM supaya ada cop muslim dan non muslim,ada perbezaan bangsa walau pun hakikat nya semua bangsa Malaysia.Ahli UMNO patut rasa malu kerana terlalu lurus sahingga nyawa dan masa depan mereka di pertaruhkan demi kepentingan politik.

    ReplyDelete
  30. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete