Monday, 8 August 2016

SIAPA LEBIH PATUT JAGA INSTITUSI PRESIDEN - AHLI BAWAHAN ATAU PRESIDEN ITU SENDIRI?

Semalam Najib Razak mengajak ahli-ahli UMNO untuk memelihara dan menjaga institusi presiden sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan parti itu terus kukuh.

Jaga institusi presiden, bukan jaga saya, kata beliau.

Mungkin Najib sekarang ini sedang tertekan dengan penubuhan parti baru oleh Tun Mahathir yang mula mendapat respon yang baik daripada orangramai, lantaran itu tiba-tiba saja meminta agar dijaga institusi presiden UMNO. 

Masalah UMNO cuma berkaitan Najib. UMNO tidak pernah ada presiden seperti beliau yang bukan saja dirinya dikaitkan dengan skandal, bahkan  isteri dan anak tirinya juga terkait sama menambahkan masalah kepada parti. Sebab itu Najib masih cuba berselindung agar yang dijaga bukan dirinya sebagai presiden,  tetapi institusi presiden.

Dengan parti baru yang bertunjangkan Melayu dan Bumiputera juga, ahli-ahli UMNO kini sudah ada pilihan. Tambahan lagi, semua orang sedar, selagi Najib memimpin parti itu, bukan saja beliau kena ditolak, bahkan dengan UMNO itu sekali mesti ditanggalkan kuasanya.

Jika tidak, masalah yang melingkari institusi presiden tidak akan berakhir. Kaum keluarga presiden juga akan terus menjadi beban kepada parti.

Najib yang menjadi punca segala masalah tentu sedar UMNO kini sedang berada di persimpangan hati orang-orang Melayu, tetapi adakah memadai dengan meminta ahli UMNO saja yang perlu menjaga institusi presiden? 

Bagaimana dengan presiden yang sedang mengetuai institusi presiden itu?

Adakah dia tidak perlu memelihara dan menjaga nama baik institusi presiden tersebut?

Jika presiden berperangai baik dan tidak menjadi cemuhan, memang diakui bahawa ahli-ahli perlu menjaga dan memelihara institusi presiden tersebut, tetapi bagamana jika presdien sendiri sering memudarat, mencemar dan menjahanamkan nama parti?

Apakah dalam keadaan sebegitu, ahli masih perlu menjaga dan memelihara institusi presiden?

Bagaimana jika perbuatan memudarat, mencemar dan menjahanamkan parti itu bukan sekadar dilakukan sekali, bahkan berulang-ulang kali, apakah ahli masih perlu menjaga dan memelihara institusi presiden tersebut?

Bukankah seorang presiden seharusnya lebih dulu menunjukkan teladan yang baik dan menjaga serta memelihara institusi presiden berbanding ahli-ahli bawahan?

Atau sudah jatuh hukum wajib bagi ahli-ahli UMNO untuk membuang presiden yang ada demi untuk menyelamatkan institusi presiden?

Mana yang lebih baik, terus memelihara institusi presiden meskipun presidennya berkelakuan buruk atau menggantikan presiden yang menjadi buah mulut seluruh dunia itu dengan pemimpin lain demi memastikan institusi presiden terus terjaga dan terpelihara? (SH 08/08/2016).

31 comments:

  1. Pemimpin bermaruah dan dihormati tentulah ahli dengan rela hati akan pertahankan presiden dan institusi presiden. Kalo da hilang maruah dan hilang malu utk pegang jawatan tentulah ahli akan desak letak jawatan. Kalo masih degi...bergayut pada kuasa presiden...ape yg ahli sendiri bole buat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya, bapak saya dah warga emas, perasaan syg umno terlalu mendalam, tp tak sanggup berketuakn pelahap harta... mohon diusahakn penerangan keatas kumpulan2 nie... sbb parti melayu baru mmpu mngubat hati dan perjuangan mereka...

      Delete
    2. Polisi Najiblis pun sesuai dengan PAS iaitu Sebattiyyah atau Sebatjelah.

      Delete
  2. Kita sokong Tun M tubuh parti politik melayu/bumi yg baru. Itu satu pilihan & tindakan yg strategik. Tun M yg tubuhkn UMNO baru, maka wajarlah juga beliau yg mjadi pemain utama memusnahkn sehabisnya secara total UMNO.

    ReplyDelete
  3. Jika kita baik dan amanah tak payah suruh2,RAKYAT akan lakukan dan pertahankan dgn rela hati.

    Namun kamu sebaliknya najib. Bagaimana pulak nak suruh RAKYAT? Kamu sewajibnya mencontohi yg terbaik,apa la BANGANG sangat kamu sebagai MO1...eh PM?

    ANDA BUKAN CUMA ADA 1,BANYAK LAGI! JAWAB LA.....
    PM - PERGI MAMPOS.

    ReplyDelete
  4. Sdr Budin,
    Najib buat ahli umno macam paria bangang,pasai apa cakap secara berselindung cakap terus la jaga saya dan Rosmah apa pula cakap instutusi presiden.Wahai ahli umno lebih baik tinggalkan parti UMNO ini nampak sangat najib anggap ahli umno ini bodoh nak mampos dengan main tipu dan putar ayat.

    kelmarin ada MB dari melaka kata kes 1MDB yang dibawa oleh DOJ US sama macam US serang Iraq , MB ini pun sama macam najib anggap orang melayu semua jenis Paria bodoh.Mereka tak habis nak menipu.

    Saya teringat sebuah hadis riwayat Abu hurairah,Rasullulah saw bersabda ,"Di akhir zaman akan datang pemimpin pemimpin yang bercakap bohong dan buat zalim pada rakyat ,maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka (pemimpin) maka ia bukan dari umat ku dan bukan lah aku daripada nya serta tidak dapat sampai di telaga syurga." Jadi ahli umno tinggal la parti najib ini serta orang melayu yang masih kelabu insaf la dengan hadis rasululah saw tersebut

    ReplyDelete
  5. Demokrasi kleptokrasi

    ReplyDelete
  6. Sdr Budin,
    Najib buat ahli umno macam paria bangang,pasai apa cakap secara berselindung cakap terus la jaga saya dan Rosmah apa pula cakap instutusi presiden.Wahai ahli umno lebih baik tinggalkan parti UMNO ini nampak sangat najib anggap ahli umno ini bodoh nak mampos dengan main tipu dan putar ayat.

    kelmarin ada MB dari melaka kata kes 1MDB yang dibawa oleh DOJ US sama macam US serang Iraq , MB ini pun sama macam najib anggap orang melayu semua jenis Paria bodoh.Mereka tak habis nak menipu.

    Saya teringat sebuah hadis riwayat Abu hurairah,Rasullulah saw bersabda ,"Di akhir zaman akan datang pemimpin pemimpin yang bercakap bohong dan buat zalim pada rakyat ,maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka (pemimpin) maka ia bukan dari umat ku dan bukan lah aku daripada nya serta tidak dapat sampai di telaga syurga." Jadi ahli umno tinggal la parti najib ini serta orang melayu yang masih kelabu insaf la dengan hadis rasululah saw tersebut

    ReplyDelete
  7. Mohd Najib Abd Razak sepatutnya menambah - memelihara institusi Presiden lebih penting dari memelihara Perlembagaan parti dan negara. Seperti kata Ketua Bahagian Presiden bagaikan nabi umat moden. Yang menjaga bangsa Melayu adalah Presiden bukannya negara, bukannya Perdana Menteri, bukannya Pegawai Tinggi Kerajaan, bukannya penjawat awam. Jika Presiden melakukan kesilapan demi kesilapan ahli wajib memaafkannya kerana beliau hanya manusia biasa. Namun jika Perdana Menteri dan Pegawai Tinggi Kerajaan melakukan kesilapan mereka harus dipindah, digantung, dipecat atau diambil tindakan undang-undang. Bantulah saya memelihara institusi Presiden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suruh ali tinju dgn jamal ikan tongkol jaga lah.
      Apa kena mengena dgn kami.

      Delete
  8. Institusi Presiden tu apa? Presiden, Tim. Presiden, 3 Naib Presiden....... mereka ni ka yg perlu dipertahankan ahli2 umno? Ka termasuk juga isteri presiden, anak tiri presiden, kawan rapat presiden....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiiiii...kami bukan ali tinju atau jamal ikan tongkol lah yg nak jaga ko.

      Delete
  9. Dlm umno, asalkan ada perkataan presiden dlm jawatan parti, itu mesti jaga sepenuhnya. Sebagai presiden yg bakal terjerumus kelubang biawak,dia tak ingin kesaorangan didlm lubang itu. Dia memerlukan teman yg bertitle presiden juga.. Biarlah presiden-presiden itu semua.. Yg penting ahli UMNO kena U turn sepenuhnya meninggalkan gagasan presiden yg tiada intigriti.

    ReplyDelete
  10. Saudara Budin,

    kedua dua pihak kena jaga institusi Presiden. Malangnya, kedua dua pihak gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing masing. Apabila Presiden sudah secara sengaja merancang dan melakukan khilaf yang teramat besar sehingga berpotensi menjatuhkan kebajikan dan maruah Islam, Melayu dan Malaysia, makanya adalah menjadi tanggungjawab ahli UMNO untuk menegur Presiden dan jikalau tidak ada juga perubahan, maka mesti melakukan perubahan (tak kiralah, undi tak percaya ke, apa apa sajalah yang perlu di buat) untuk membuang Presiden. Perbuatan Presiden itu sendiri telah mencemari institusi Presiden.

    So.....dua dua pihak salah.
    yang paling malaang adalah kedua dua pihak berlaku sombong untuk mengakui kesalahannya. This is, unfortunately, adalah asas untuk jatuhnya UMNO secara semulajadi dan tanpa bantuan pihak luar. Zahid Hamidi dah cakap juga pasal benda ini semalam, tapi dalam koonteks yang berbeza, ie dalam konteks unutk pertahankan Najib, dan bukan UMNO

    ReplyDelete
  11. Balik kepada persoalan asas...pertahankan parti melalui ahli atau mempertahankan presiden menggunakan parti

    ReplyDelete
  12. Dulu..najib saja yg munafik! Skarang semua menterinya jugak dh ikut perangai sama. Kaum munafikin dh jd kepala umno. Parti melayu diubah kp parti melayu bangsat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa dah kena nasi kangkang hantu Kak limah....hehehe...

      Delete
  13. Najib nak cakap apapun ,dah tak percaya lagi.....letak jawatanlah wahai Najib!!

    ReplyDelete
  14. Tongengkan president yg rasuah penyangak dan penyamun lebih baik tak ada president jaga DAP lagi baik

    ReplyDelete
  15. Tongengkan president yg rasuah penyangak dan penyamun lebih baik tak ada president jaga DAP lagi baik

    ReplyDelete
  16. Seseorang yg jadi ketua....tiba tiba dimaki hamun oleh orang bawahan nya...taraf nya sekarang TIDAK LEBIH TINGGI DARI ANJING KURAP....utu lah nasib manusia hidup didunia.

    ReplyDelete
  17. Pasal apa merayu sampai macam tu tuan presiden. Awat dah terasa duri pada kerusi kah. Sebut saja lah pertahankan saya. Jangan tinggalkan saya. Apa guna presiden sebuah parti kalu pengikut sudah tiada lagi. Ini lah "case too many chief but no indian".

    Kalau dah cm pun bercakap macam orang separuh sedar, tunggu apa lagi wahai sahabat2 ku ahli ahli umno yg masih waras, yg dah mabuk dengan dedak, ikut lah kami. biar kita sama bina sebuah parti baru .

    Ingat lah Kalu depa2 ni sanggup meninggalkan pangkat dan kedudukan, ada yang sanggup masuk lockup di hina dan diugut dengan berbagai cara, mengapa kita harus takut dengan hanya sedikit pengorbanan. Masih kah kita ingat bertapa datuk dan nenek kita dulu bersusah payah menghalau penjajah, kini sudah tiba masa giliran kita pulak menghalau pengkhianat dari menjajah kita.

    Kami sudah bersedia , kamu bila lagi. Usah dok bergayut lagi pada kapal yg dah nak karam. Jangan ingat depa2 ni akan menyelamatkan kita. Setiap orang untuk diri sendiri.

    Ingat lah air laut tidak akan mengelamkan kapal, melainkan kita menbiarkan air memasukki kapal tersebut.

    Terima kasih sdr. Roslan dgn hadith tersebut. Segala pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Kepada Nya kita berlindung dan kepada Nya kita memohon di ampun segala dosa, agar kita tidak termasuk golongan yang dimaksudkan, Insyaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya dan jutaan Lagi pun sudah bersedia

      Delete
  18. Franchise nasi kangkang berkembang maju

    ReplyDelete
  19. Demi menjaga institusi presiden maka semua ahli umno patut memilih seorang presiden yang baru dan bersih dari sebarang masalah. Malah presiden yang sedia ada wajib meletakkan jawatan demi menjaga nama baik istitusi presiden umno sendiri.

    ReplyDelete
  20. 1.Najib dengan angkuh berkata bahawa tiada siapa yang berhak untuk mendesak beliau berundur termasuk tun kecuali ahli umno
    2. Ahli umno yang bagaimana yang najib maksudkan? Tak habis-habis nak perbodoh minda ahli umno dan rakyat.
    3. Sewaktu tun mula mendesak najib undur, tun adalah ahli umno.
    4. Muhyidin, muhkriz dan shafie juga adalah ahli umno ketika mendesak najib undur kemudian dipecat dan digantung tanpa dipanggil bela diri.
    5. Dalam mensyuarat cawangan, juga terdapat beberapa cawangan yang mengusulkan supaya najib berundur.
    6. Begitu juga ada desakan dari ahli parti supaya pemilihan agong umno diadakan pada tahun ini dan tidak ditunda. Tetapi najib tetap tunda atas alasan perpecahan dalam parti.
    7. Sekiranya najib benar yakin bahawa beliau mendapat mandat dari ahli untuk terus menjadi presidan, maka kenapa takut diadakan pemilihan parti yang sudah cukup tempoh.
    8. Inilah cara najib bercakap, seolah-olah semua ahli umno itu bodoh.

    ReplyDelete
  21. Aaiihh..bkn ke maksud stiap huruf umno membawa pengertian spt berikut ni ke..??

    U - Untuk
    M - Mohd
    N - Najib
    O - Only

    Mohon pencerahan rakan2..

    ReplyDelete
  22. Bukankah lebih jujur utk cakap...

    "Pertahankan institusi Najib"

    Bukankah Najib tu sendiri memang sebuah institusi?? Semua sedia maklum bahawa agensi kerajaan, ketua jambatan dan jamban di bawah institusi Najib.

    ReplyDelete
  23. Bercakap bnyk pun tak guna,ibarat pukul bola tenis ke dinding, akhirnya melantun ke muka sendiri...makin ditutup makin terbuka tembelangnya...alahai bijan..

    ReplyDelete
  24. Selama nie buat apa plak? Sebok jaga tembolok dan laki sendiri....sempat plak main guli dengan presiden negara yang dikatakan masok campor urusan negara...kahkahkah

    ReplyDelete