Tuesday, 23 August 2016

SELEPAS MOHON MAAF DARIPADA AGONG, SIAPAKAH MO1 SEBENAR DALAM PEMAHAMAN TERKINI NAWAWI?


Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad akhirnya akur untuk memohon  kemaafan daripada Yang Dipertuan Agong berikutan keterlanjurannya mengaitkan nama Baginda sebagai Malaysian Official 1.

Pada mulanya Nawawi agak berdegil dan cuba mempertahankan apa yang diperkatakannya itu, malah menyatakan hanya akan meminta maaf jika dititahkan oleh Agong.

Bahkan kata-kata Nawawi seperti dipetik Malaysiakini, "Kalau nak minta maaf, saya mestilah bersalah. Tetapi dalam kes ini saya tidak bersalah, saya nak mohon maaf buat apa", terselit unsur-unsur keangkuhan yang ketara dalam dirinya yang kerdil dan bersaiz kecil itu.
Tetapi, setelah semalam Majlis Kerabat Diraja Kedah sendiri tampil menyatakan rasa kesal terhadap tindakan Nawawi itu, barulah beliau nampaknya sedar keterlanjurannya sudah sampai ke peringkat begitu menyinggung  perasaan pihak Istana, lalu sedar tiada pilihan lain baginya selain meminta maaf.

Sebelum itu, pelbagai pihak turut tampil mengecam tindakan Nawawi mengaitkan nama Agong sebagai Malaysian Official 1, malah seruan agar beliau segera meminta maaf juga banyak kedengaran.

Meskipun demikian, yang menjadi persoalan ialah mengapa Nawawi hanya membacakan saja kenyataan meminta maaf itu, namun tidak ada sama sekali menyatakan hasrat mahu memohon mengadap Agong bagi tujuan tersebut?

Bukankah lebih manis dan beradab, selain memohon maaf secara terbuka, Nawawi juga perlu mengadap Agong, bukan saja untuk menyampaikan permohonan maafnya secara peribadi, malah rasa kesalnya juga terhadap Baginda atas keterlanjurannya itu?

Selain itu, dengan memohon maaf juga, bermakna Nawawi secara langsung dan sedar telah mengakui bahawa Agong bukanlah Malaysian Official 1 sebagaimana yang didakwanya sebelum ini.

Maka, bolehkah Nawawi, mulai sekarang berterus-terang kepada seluruh rakyat Malaysia, siapakah Malaysian Official 1 yang sebenar berdasarkan pemahamannya yang terkini?

Jika sebelum ini beliau begitu berani mengaitkan Agong, tetapi kemudian meminta maaf atas keterlanjuran itu, maka Nawawi juga semestinya tidak takut untuk menyebut nama lain yang lebih tepat kaitannya dengan Malaysian Official 1?

Atau mungkinkah bagi Nawawi, ada yang lebih "ditakuti" untuk dicemar namanya selain daripada Agong? (SH 23/08/2016).

36 comments:

  1. Angkuh dgn kebodohan.Kesombongan terlampau.Rasa diri dah cukup bagus. Itu cerminan para pemakan dedak yg duduk dibawah kelengkang MO1 yg sebenar. Mana ada rakyat yg sanggup menghina Agong sedemikian melainkan penderhaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak nawawi ni MP pilihan najib.
      Dah la bodoh. Mulut pula capoi.
      Ada harapan untuk dilantik sebagai menteri penuh dlm kabinet najib bagi mengantikan Nazri Aziz

      Delete
    2. Sebingai bingai Datuk Nawawi...

      Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Hassan Malek...tatap di hatikuuuuu

      Delete
    3. Yaaa...Datuk Mat Maslan is tip top and still number one in ranking!

      Delete
    4. muka hodoh macam nawawi mungkin kita boleh kata ciptaan Allah
      tp air muka hodoh ni asal dari dlm jiwa dia sendiri

      Delete
    5. Anon 13:32...

      Jgan cakap mcm tu bang. Kalau beliau dah sapu DEDAK byk2 kat muka tu..nescaya bercahaya cahaya le muka tu nanti.

      Cahaya DEDAK jenama oink oink...

      Delete
    6. Awatlah pak mat tak ajar dia ni masa kecik2 dulu

      Delete
  2. Dah sampai tahap begini nampaknya Negara Malaysia kita....Bulan Kemerdekaan pulak tu. Minda masih terjajah puak2 perkauman sempit,penipu,pencuri,pemaki hamun....bangkitlah saudara2 sekalian. Sedarkanlah saudara2 kita di seluruh pelusuk kampung2 tu.... Sampai bila kita nak macam ni?

    ReplyDelete
  3. Bila lupa diri akibat sifat bongkak dan bodoh sombong maka kita pun ludah kelangit tampa berfikir dengan akal fikiran yang waras,bahawa akibat perbuataan kita itu akan menimpa muka kita sendiri dan muka kita sekarang sudah menjadi hanyer.Sesal kemudian tiada ada guna lagi,mungkin lepas ini Langkawi pun tidak pijak akibat perbuatan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Ini manyak bodoh punya olang.

    Itu langkawi punya olang lagi pilih itu nalawi aaa...punya sama 2x5.
    Manyak bodah punya olang.makan ledak punya olang.

    ReplyDelete
  5. Dgn kelantangan yg tidak bertempat, tidak mustahil beliau akan dilantik menjadi menteri tak lama lagi. Kemungkinan kedua perlantikan sebagai pengurus kejuruteraan, repair and maintenance utk projek demo baju merah. Boleh pilih antara Ali Tinju atau Jamal Yunus.

    ReplyDelete
  6. Ada satu nama Nawawi
    Kepada Agong dia mengeji
    Dikaitkan MO1 skandal emdibi
    Beri malu Pulau Langkawi

    Semua ini kerana pangkat
    Jika tak cover boleh dipecat
    Kepada bos mahu dilihat
    Agar di pandang naik lah darjat

    Walau skandal semua dah tahu
    Tujuh negara sama setuju
    Terdapat perbuatan salahnya laku
    Berbillion wang terus ke saku

    Menteri pengikut tak ambil kira
    Butakan perut butakan mata
    melawan dipecat atau penjara
    Hanya wajib menurut kata

    Dia menagih taat setia
    Taat kepada presiden saja
    Parti keramat dah milik dia
    Berkubur parti apa nak kira

    Hanya angguk tunduk dan akur
    Menteri dah jadi burung tekukur
    Setia padanya wajib diukur
    Parti keramat biarlah hancur

    Rakyat susah jadi gelisah
    Barangan naik gst ditambah
    Dihulur sedikit sebagai hadiah
    Tapi berbillion dia dah dah ubah

    Di kampung dan felda penduduk dirayu
    Aku pembela sokong lah aku
    Jangan sokong parti BERSATU
    Amerika pula nak serang Melayu

    Allah mendengar Allah melihat
    Doa airmata rintihan rakyat
    Diberi amanah berbuat jahat
    Pemerintahan zalim tak panjang hayat













    ReplyDelete
  7. Apakah persamaan NAWAWI dan NAMAWEE? Hahahahaha.....sama2 bodoh dan sama2 angkuh. Kedua2nya suka menghina.Objek dlm bentuk manusia yg penuh perangai binatang! Semua tindakan anda mmg tidak bermoral dan tak berfaedah langsung. Mengapa kalian memilih utk menghinakan diri? Anda rasa anda hebat dan berkuasa? Anda silap!

    ReplyDelete
  8. 1. Gelarannya Dr tetapi lagaknya jelik dan tindakannya taraf budak rempit. Inilah baki pemimpin yang tinggal dalam UMNO hari ini.

    Bila dikatakan golongan cerdik pandai bersama pembangkang dan yang tinggal dalam UMNO si bodoh dan dungu ramai umat Melayu pendokong setia 'ketuanan' melompat bersilat. Tidakkah mereka (pendokong setia) ada aqal dan hati? Sukar sangat kah untuk mereka melihat?

    UMNO perintah negara semenjak merdeka. Melayu golongan teramai penerima BR1M. Melayu golongan teramai keciciran sekolah. Melayu golongan teramai penghuni pusat serenti dan penjara. Melayu golongan teramai bankrap. Melayu golongan teramai berhutang (dengan institusi kewangan dan ah long).

    Melayu golongan terpencil dalam kek ekonomi negara. Melayu golongan terkecil dalam struktur korporat. Melayu golongan terkedil dalam monopoli perusahaan utama.

    Apa yang hebdak mereka banggakan? Dengan kekuatan wabg ringgit dan jentera kerajaan di samping sokongan Istana, Melayu jauh terkebelakang dari kaum Cina.

    2. Ada ketua bahagian UMNO dan konconya yang sanggup bermandi darah mempertahankan hak-hak Melayu. Malah mereka telah dan akan menganjurkan sekali lagi himpunan Melayu, mengumpulkan makcik pakcik adik abang kakak yang kemahiran telahannya rendah dari desa dan pedalaman seluruh pelosok Semenanjung diberi habuan tajaan melancong dan sedikit wang saku dan diangkat sebagai pejuang-pejuang Melayu (untuk sejam dua).

    YDA adalah simbol kedaulatan dan kekuatan orang Melayu. Ketika Paduka Sultan dikaitkan dengan jenayah pengubahan wang haram oleh wakil rakyat Melayu sekaligus memalit arang ke sosok Baginda dan seluruh umat Melayu, di mana mereka para pejuang tadi? Tidakkah mereka ingin berkumpul dan menunjukkan 'muscles' mereka? Tidakkah mereka ingin merusuh di pejabat wakil rakyat tersebut? YDA itu Melayu!

    3. Mereka berdolak dalih. Mereka juga sentiasa ada jawapan kepada kerosakan dan musibah yang menimpa negara. Telunjuk mereka sentiasa terarah ke pembangkang.

    Mereka mengetuai kerajaan. Mereka mempunyai kuasa.

    Ketika aktiviti jenayah makin membarah mereka menyalahkan kelekaan dan kecuaian rakyat. Ketika ekonomi negara makin pincang mereka menyalahkan kuasa dunia. Ketika undang-undang negara gagal ditegakkan mereka menuduh kuasa asing mahu campur tangan.

    Bani Melayu yang gagal membendung kemasukkan pendatang asing sehingga pendatang menjadikan negara ini seperti negara mereka - berniaga sesuka hati, menubuhkan geng dan mempersenda undang-undang dan rakyat negara ini, bani Melayu salahkan Anwar Ibrahim dan pembangkang.

    Bani Melayu yang menciptakan DEB, Khazanah dan 1MDB, dan ciptaan mereka gagal mencapai matlamatnya bani Melayu salahkan Anwar Ibrahim dan pembangkang.

    Bani Melayu yang beriya-iya meliberalisasikan ekonomi negara dengan menandatangani perjanjian-perjanjian perdagangan yang berat sebelah bani Melayu salahkan semua orang kecuali diri mereka.

    Wahai bani Melayu, buta kah saudara/i? Terlalu banyak kah hasil yang haram masuk ke tubuh saudara/i sehingga menghitamkan hati dan terpisah dari hidayah kesedaran?

    ReplyDelete
  9. DAH PUAS KE HENTAM DLM MEDIA SOSIAL BARU LE NAK MINTA MAAF....APA PUNYA PEMIMPIN LE YANG UMNO ADA.

    SALAH KE DARI AWAL MOHON MAAF ........WAKIL RAKYAAT CAP AYAM MACAM MENTERI KABINET YG ADA SEKARANG DLM KABINET PM....

    ReplyDelete
  10. Orang Langkawi nak pilih lagi kah manusia macam Nawawi ini?....fikir fikirkan lah...

    ReplyDelete
  11. Hang ni buat malu orang langkawi la nawi.bodoh piang betoi.
    Dulu hang kata gaji hang bukan rakyat yang bayaq.lani ni hang pusin cakap pasai MO1.hqng jangan dok belit lagi la.
    Mai election sekali lagi,hang tau laa macam mana kami nak ajaq.
    Bodoh betoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo dia ni jugak ka...?
      sah la tahun depan dilantik oleh najib jadi ketua penerangan ganti annuar musa

      Delete
  12. Dlm usaha menjilat dan membodek Najib, Nawawi sanggup memperbodohkan diri dia dgn mengaitkan MO1 dgn Agong.

    Kalau MP ni bagitu bodoh, bayangkan mentaliti makcik dan pakcik Felda dan ahli2 biasa Umno yg masih menyokong kaki pennyamun duit rakyat Msia iaitu Najib Rosmah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik dan pakcik Felda tidak bersalah. Hanya kurang 50% yg masih sokong BN. Tapi spt orang lain mereka terpaksa berlakon macam menyokong. Nak cari makanlah katakan.

      Berdasarkan tinjauan saya ramai makcik dan pakcik Felda yg berfikiran jauh, tajam dan bernas. Apatah lagi anak2 dan cucu2 mereka ramai yg berjaya dlm pelajaran dan keusahawanan.

      Inilah buah tangan dari bapa kpd PM kita sekarang.

      Delete
  13. pelik ni... diam lak puak2 makan dedak pasal ni...

    takmo komen ke? nak jugak tau siapa pulak puak2 makan dedak ni nak salahkan pasal nawawi bengong ni..

    ReplyDelete
  14. Kami menyediakan perkhidmatan bagi menguruskan pinjaman perumahan bagi sektor awam di LPPSA secara percuma.
    Borang online!!!
    Semakan Kelayakan!!!
    Penghantaran dokumen secara terus ke kaunter proses LPPSA.
    Anda kakitangan awam??
    Anda peguam??
    Anda pemaju??
    Kami boleh bantu anda dengan perkhidmatan yang terbaik.
    Hubungi kami (Hidayah)
    019-7734574

    ReplyDelete
  15. Ahmad maslan mana?

    ReplyDelete
  16. Saya jawab.. esok saya pencen la bro budin... tak pun dalam tido terus dalam tong... keh3

    ReplyDelete
  17. Berani nawi nak nyatakan pok jib mo1?

    Ken pecat umno bn mentah mentah

    Tapi akan betul untuk makluman ydp agung...

    Tak gitu?
    KERIS

    ReplyDelete
  18. Kalau org Langkawi masih sokong mangkuk ayun ni tak tau la. Teruk benar org2 Langkawi tak hormat Sultan negeri sendiri & YDP Agong

    ReplyDelete
  19. Apa perkembangan doj budin?, hari ni dah 23 hb. Harta diorang dah kena sita ke belum?

    ReplyDelete
  20. Ikut fahaman kamu siapakah MO1 dlm pasca YDPA sekarang?

    Sebelum atau selepas minum air ketum?

    Kalo sebelum?

    Kalo sebelum, Mario Balotelli.

    Kalo selepas pula siapa?

    Pokemon.

    :P

    ReplyDelete
  21. Kadang2 aku macam tak percaya yang bangsat2 ni ada lah Melayu beragama Islaam.
    Mengucap 2 kalimah syahadah, sembahyang saf depan, tapi perangan mengalah kan setan.
    Tak habis2 dengan kemunafikan, Apa kalian rasa kalian semua tak mampos ke? bila mampos nanti ada Presiden kalian nak terjun sama dalam lubur ke?
    Coba2 lah muhabah diri kalian, sampai kemana kalian nak menegak benang basah tu.
    Tak ada yang kekal di alam fana ini melainkan hanya tipudaya.
    Sedar lah kalian akan Mengadap Sang Pencipta, akan diperlihatkan segala amalan kalian. Tiada Presiden, tiada Ketua bahagaia yang dapat menolong.
    Kalian bukan hanya berdosa ke pada Allah, tapi kalian juga akan menjawab kepada 30 juta rakyat yang kalaian zalimi.
    Semoga kalian akan di beri petunjuk kearah kebaikan. Insya Allah.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Kalau lah YDPA itu aku Budin, bukan main sikit aku rasai diri aku dihinai sebab menghubungkan aku ngan MO1.

    Sebenarnya x payah aku menitah apa-apa pun atau sesiapa pun buat lapuran sebab sepatutnya sekarang Polis dah buat sesuatu yang wajar terhadap penuduh demi martabat dan maruah Diraja.

    Tapi apa kan daya, dalam era sekarang begitu banyak sekali institusi-institusi negara dah mengalami banyak penyakit kronik yang disebari ---N- (jijik nak sebut) yang amat susah untuk diubati.

    Lagi sekali Budin kalau lah aku YDPA aku akan menitahkan Kerajaan Malaysia menyiasat siapakah sebenarnya MO1 supaya pembahasan tolol dan bangang dari Langkawi hingga lah ke Sabah tentang identiti MO1 boleh ditamatkan.

    ReplyDelete
  24. Sudah sampai masanya Kerajaan mengistiharkan siapa yg sebenarnya 'Malaysian Official 1'.

    YB Nawi takkan berani nak cakap siapa dia MO1. Dia sprt juga para pemimpin UMNO yg lain bukan tak tahu siapa dia MO1 tetapi semua takut, semua nak jaga kepentingan diri masing-masing bukan nak jaga kepentingan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Rahman Dahlan dah bilang sesiapa tak tahu siapa itu MO1 adalah bangang (dia kata idiot, harap terjemahan betul) tu kan dah hampir pengesahan siapa punya nama walaupun tak 100% tepat.

      Usah nak kata siapa nama MO1, nak buat kenyataan media sebagai sop (seperti yang selalu kita dengar) bahawa "kenyataan langkawi itu adalah kenyataan peribadinya dan bukan parti" pun tak berani. Dah kalut: nak luah mati emak, telan mati bapak. Ciri-ciri orang takut pada bayang-bayang sendirinya.

      Sebagai perbandingan polis ada ngap orang kat johor hari ini kerana menghina sultan johor melalui whatsapp.

      Delete
  25. Sudah sampai masanya Kerajaan mengistiharkan siapa yg sebenarnya 'Malaysian Official 1'.

    YB Nawi takkan berani nak cakap siapa dia MO1. Dia sprt juga para pemimpin UMNO yg lain bukan tak tahu siapa dia MO1 tetapi semua takut, semua nak jaga kepentingan diri masing-masing bukan nak jaga kepentingan negara.

    ReplyDelete
  26. Aduhai saudaraku, mestikah soalan teka-teki bahlol seperti begini di timpakan atas rakyat yang berakal waras dan berjiwa saleh?

    ReplyDelete
  27. Setakat ada IR apa lah sangat, klu still jadi urang melayu no otak u.m.n.o

    ReplyDelete