Sunday, 14 August 2016

"TUNJUK PERASAAN MANA DAN BERKAITAN ISU APA ZAHID HAMIDI PERNAH TURUT SERTA?"

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang sinonim dengan beberapa aksi tunjuk perasaan pada tahun 70an berkata, beliau tidak ingat jika Zahid Hamidi turut pernah terlibat dalam mana-mana demonstrasi awam ketika itu.

Kena tanya dengan Zahid Hamidi sendirilah, kata beliau.

Antara demonstrasi yang pernah disertai oleh Ibrahim pada tahun-tahun 70an  ialah membantah kemiskinan di Baling dan menuntut ITM (sekarang UiTM) dinaikkan taraf sebagai universiti.

Berkaitan demonstrasi Baling, Ibrahim kemudian ditahan di bawah ISA bersama-sama dengan Anwar Ibrahim selama dua tahun.

Dalam politik pula, Ibrahim turut terlibat aktif dalam tunjuk perasaan sehingga tercetusnya huru-hara yang  menyebabkan UMNO dapat mengambil alih negeri Kelantan pada tahun 1978.

Ibrahim juga terlibat dalam tunjuk perasaan berkaitan isu pribumi dan menyebabkan sekali lagi ditahan di bawah ISA selama 60 hari pada tahun 1987.

Bagaimanapun kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, beliau gembira jika Zahid Hamidi dapat menunjukkan demonstrasi mana yang pernah disertainya serta berkaitan isu apa tunjuk perasaan tersebut.

Tetapi, saya tidak ingat dan tidak pernah berjumpa beliau dalam mana-mana demonstrasi tahun 70an, tambah Ibrahim lagi.

Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang mengatakan demonstrasi jalanan tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah dalam negara kerana pernah berpengalaman sebagai "bapa demo" pada tahun 70an dahulu.

Malah Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Lembah Pantai juga dipetik sebagai berkata, demonstrasi anjuran Bersih selama ini masih dikira kecil-kecilan saja.

Bukan nak menghina mereka, ini (merujuk dirinya) bapa demonstrasi dulu, ujar Zahid lagi.

Namun demikian, menurut Ibrahim, orang yang mungkin lebih mengetahui mengenai penglibatan Zahid dalam tunjuk perasaan ialah Hishammuddin Rais atau Ahli Parlimen Batu Pahat, Idris Jauzi yang mengetuai PKPIM ketika itu. (SH 14/08/2016).

46 comments:

  1. Komedi serba tahu bersuara.komedi tahu siapa dalang lahad datu dan siapa raja derma arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak beranak sembang berapi... bunyiny, masyallah... bedentam bedentum.. ingatkn keluar dr meriam... rupany merecun main dek menteri... kah3...

      Delete
    2. Zahid demonstrasi nombor 38, memasak, motorsikal mewah, kereta mewah dan pukul orang yang tidak terdaya.

      Delete
    3. KPI baru UMNOdoh mesti cium tangan pencuri duit rakyat, Bapa Klepet Negara yang promosi dasar Sebattiyyah dan Sebatjelah.

      Delete
    4. Budak zahid ni sekolah agama dulu sampai masuk universiti pun dia belajar agama.

      Salasilah tok nenek dia kat Bagan Datoh pun bertaraf kiyai.

      Budak ni lah yg hentam Tun Mahathir dulu dlm perhimpunan agong umno. Dia kata Tun Mahathir mengamalkan cronyism dan nepotism.

      Tunduhan ni memang berat. Tapi dia sanggup buat. Akhir sekali dia mengaku dsai yg suruh dia buat mcm tu.

      Tun Mahathir tak lah pula pecat dia daripada umno selepas dia tikam Tun drp belakang.

      Hairan ada pendidikan dan latar belakang agama yg kuat tapi hari ni dah jadi pembohong.

      Dia lah juga yg turut pecatkan muhyiddin yassin, mukriz dan shafie apdal drp umno. Skrng ni dia dah bergelar jutawan. Duit lagi besar drp agama.

      Delete
    5. PAS akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan ini.

      Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS akan memfailkan saman itu di England.



      "Kita telah membuat keputusan akan membawa kes itu ke mahkamah di England kerana kita difahamkan media tersebut berpusat di sana.

      "Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini.

      "Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan ini," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

      Isnin lepas PAS membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

      Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report kerana didakwanya berniat jahat dan mencemar nama baik parti serta dasar Islam yang menjadi teras kepada parti itu.

      Sementara itu, PAS mengulangi pendirian untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

      Abdul Hadi berkata, ini kerana sehingga kini parti itu belum berdaftar secara sah.

      "BERSATU belum daftar lagi, jadi kita tunggu dan lihat," ujar beliau yang juga ahli parlimen Marang.

      Bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu secara rasmi mendaftarkan BERSATU untuk menyaingi wadah politik lamanya Umno.

      ROS akan membuat keputusan sama ada meluluskan pendaftaran itu.

      Setakat ini, Umno menentang penggunaan nama BERSATU atas alasan ia sering digunakan dan mendatangkan kekeliruan masyarakat.

      Pemimpin-pemimpin BERSATU mungkin mengambil alih parti sedia ada jika pendaftaran mereka ditolak.

      Delete
    6. Gagasan Sejahtera (GS) telah dilancarkan. Secara realitinya GS yang menggabungkan PAS dengan Ikatan ini bukanlah suatu platform pembangkang yang mengancam sekurang-kurangnya buat masa ini. Kekuatan Ikatan belum meyakinkan. Orang hanya kenal Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Peminat politik tertanya-tanya sejauh mana beliau mampu menjadikan Ikatan sebagai sebuah parti yang mampu berdiri kukuh di persada politik negara.

      Selagi GS tidak mendapat rakan sekutu yang lebih strategik terutama di Sabah dan Sarawak, GS sukar pergi jauh dalam politik cacamarba Malaysia kini. Seiring dengan itu, Ikatan wajar bekerja keras untuk meguasai Parlimen dan DUN yang akan ditandingi.
      Walaupun GS bukan menjadi satu blok yang mencabar buat masa ini namun dengan kehadiran BERSATU, strategi politik PAS harus berubah. Mengikut kajian Sinar Harian, 30% undi UMNO akan berpindah kepada BERSATU. Kalau benar kajian itu, kekuasaan UMNO/BN akan tergugat di seluruh negara, lebih-lebih lagi apabila Dato Seri Shafie Afdal menubuh parti khusus untuk warga Sabah.

      Senario ini menatijahkan bahawa GS tak perlu lagi berkompromi dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai DAP dan sikap gergaji dua mata PKR. Malah GS juga tak perlu bekerjasama dengan BERSATU. Kenapa? Apakah ini semua perancangan Allah untuk memberi kemenangan besar kepada PAS dan GS kali ini? Wallahu’alam. Situasi ini tidak mustahil setelah Allah juga yang telah membersihkan dan menyelamatkan PAS dari tangan-tangan para durjana dan munafik politik.

      Watak-watak yang menggerakkan BERSATU kebanyakannya terdiri daripada mereka yang alergik dengan PAS dan Syariah. Sekiranya GS bekerjasama dengan BERSATU akan timbul masalah besar dalam menentukan kerusi yang akan dipertandingkan dan polisi bersama nanti . Mari kita ambil contoh di Terengganu. BERSATU akan minta untuk bertanding di beberapa kerusi. Kalau mereka hendak bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PKR semasa PRU13 dahulu, maka masalah tidak timbul. Penulis percaya bahawa BERSATU mahu bertanding di sebahagian besar kerusi di Terengganu. Apakah PAS bersedia untuk konflik baru yang saja dicari ini? PAS hendak menawarkan kedaulatan syariah. BERSATU hendak menawarkan apa?

      Justeru, bagi penulis bukan sesuatu yang bijak bagi PAS/GS cuba mendekati BERSATU. Tidak perlu pemimpin BERSATU diberi ruang untuk memperkenalkan citra politik mereka di pentas-pentas ceramah PAS sepertimana yang pernah diberikan kepada Semangat 46 dan PKR suatu waktu dahulu. Halatuju BERSATU belum jelas. Malah belum ada tanda-tanda pemimpin mereka lunak terhadap PAS. Jangan nanti salah percaturan menjadi ‘backfire’ yang tak diundang.

      Biarkanlah BERSATU ingin bergabung atau bekerjasama dengan PH. Itupun belum tentu PH akan terima. Perebutan kerusi dalam kalangan mereka akan berlaku. Siapa mahu bekorban kerusi untuk diberikan kepada parti Mahathir yang bernafsu besar? PKR? DAP? Andaikata BERSATU diberi ruang bertanding di kerusi-kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS, akibatnya nanti perang besarlah dengan PAN. PAN itu cacing yang hendak jadi naga. Maka dia akan cuba menghembus-hembus api dari mulutnya sampai terkencing.

      Sekiranya BERSATU bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh PAS, maka pertanding 3 penjuru PAS-UMNO-BERSATU akan berlaku. Inilah yang penulis katakan sebagai perancangan Allah. Sesuatu yang suatu ketika dahulu peminat politik melihat PAS akan kalah besar dalam PRU14, tiba-tiba Allah zahirkan BERSATU. Teringat firman yang membawa maksud manusia merancang, Allah juga merancang. Dan Allah-lah sebaik-baik perancang.

      Konklusinya, penulis hanya melontarkan pandangan akal yang cetek. Pemimpin di atas sana adalah mereka yang berilmu dan ada strategi yang tak perlu didedahkan. Justeru itu, keputusan pemimpin adalah yang terbaik. Penulis hanya taat dan istiqamah hingga kemenangan. Adapun motif tulisan penulis kali ini adalah untuk berkongsi pelbagai kemungkinan demi kemenangan Islam.

      Delete
  2. mamat ni dulu kena tahan lepas tu tak tahan terus jadi barua mahade dan diarah berucap dalam perhimpunan amno
    manada semangat juang harap tulang belakang orang ni punay orang tak boleh buat kawang

    ReplyDelete
  3. Lepas ni zahid midi ni akan declare yg dialah Bapak songlap duit dulu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang pernah jadi kapala demo,mewakili kesatuan penyamun tuntut kenaikan gaji dan elaun penyamun penyamun dalam kabinet Najib.

      Delete
  4. Pada aku siZahid ni muka tak boleh dipercayai,talam dua muka.....sebagai rakyat Malaysia aku sanggat2 bimbang sekiranya dia akan mengganti Najib nanti.Marilah weih kita sama2 pakat2 tolak petang lagi!!!.....

    ReplyDelete
  5. Zahid komedi memamg buat lawak
    Lawakla..70an boleh la
    Ni alaf 21
    Banyakla lawak
    Terburai la umno bn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Diperbodoh15 August 2016 at 11:20

      Maksud TPM - dia bercita2 nak galakkan anak dia masuk demo...
      Maka, jadilah dia 'bapak' pendemo tersebut...

      Delete
  6. Zahid Comedi ni mmg bapak dalam isu kelentong dan cakap bohong..

    ReplyDelete
  7. Mamat ni buka mulut je buat lawak bodoh,(1)bukti gred a(2)lahad datu(3)tok arab 1mdb(4)bapak demo ka bapuk ďe mo1?lebih temberang je klu jdi pm.

    ReplyDelete
  8. Dalam semua demonstrasi, dia berada di belakang sekali sebab tu hishamudin rais, idris jauzi dan ibrahim ali tak perasan dan nampak.

    Sebagai bapa demo, posisi belakang adalah sangat sesuai untuk pantau anak buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa...bapak perkudakan media massa tungangan umngok.Sehingga hari ini rakyat masih menunggu
      1. bukti gred A
      2. Dalang lahad datu
      3. Raja penderma arab
      4. Senarai demonstrasi yang pernah komidi sertai

      Delete
  9. Lanie segala bapak berada dalam umno. Kepala bapak.

    ReplyDelete
  10. hei hei.. sebagai bapak pendemo memang duduk belakang sekali.. cover smua orang.. memangla ibrahim ali x nampak.. hehe..

    ReplyDelete
  11. Apakah hukumannya kepada pemimpin yang melesapkan wang,menggadaikan negara dan mengkhianati negara kalau di China?

    ReplyDelete
  12. Penggal kepala

    ReplyDelete
  13. Di malaysia tak perlu penggal kepala
    Pancung je jawatan
    Ganti orang lain..
    KERIS*#

    ReplyDelete
  14. Seingat saya Zahid pernah ditahan ISA tahun 1998 bersama Anwar. Time tu dia KP Umno.
    Mungkin ini yg dimaksudkan beliau.

    ReplyDelete
  15. Bapak demonstrasi- anwar Ibrahim dn panglimanya ialah Hisam Rais. Brahim sekadar..kaki tompang shj.

    Baling..semua yg demonstrasi kena ISA. Hisham cabut lari luar negeri. Brahim kena ISA..dlm 1minggu dibebaskan. Anwar kena 2 th. Sebab apa Brahim cepat dibebaskan..kerana dia tompang shj.

    Zahid???? mana ada org dengar nama dia. Nama dia mula dikenal sbg Pengerusi BSN dan kereta2 mewahnya. Kalau dia ckp bapak demonstrasi kereta mewah sbg Pengerusi BSN..baru bolih percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hisam Rais lari kerana idealoji sosialis /Marxist dia .

      Ada beberapa demonstrasi lagi spt kes setinggan di JB , penolakan akta baru Universiti dan Kolej .

      Memang tidak dapat di sahkan adanya Zahid Hamidi di mana mana perhimpunan pun di sekitar 70 an .

      Delete
  16. Seorang lagi yg bolih d tanya kamarazaman yacob abang ismail sabryacob

    ReplyDelete
  17. tpm ini memang terkenal dengan autanya sebelum ini

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Kalau kita ini oranv islam tak terganak kita nak berbohong nak tipu rakyat kalau itu pun dah menipu apatah lagi lain2 hal yg yg rakyat tak tahu itulah dia pemimpin islam yg nak disokong terpulanglah kpd pengundi2 mekayu dan islam DAP lagi baik agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda bahwa sekalian para nabi pada zaman purba hingga ke zamannya sebulat menyatakan: "Jikalau kamu menghilang sifat malu dalam dirimu maka akanmu buat ikut nafsumu."

      Jaga2lah hati dan akal dari genggaman nafsu ammarah dan tuntunan syaitaniyyah.

      Delete
  20. Kalau kita ini oranv islam tak terganak kita nak berbohong nak tipu rakyat kalau itu pun dah menipu apatah lagi lain2 hal yg yg rakyat tak tahu itulah dia pemimpin islam yg nak disokong terpulanglah kpd pengundi2 mekayu dan islam DAP lagi baik agaknya

    ReplyDelete
  21. saya pernah menaruh penuh harapan agar ds zahid akan membuat sesuatu utk mengembalikan keyakinan rakayat terhadap pemerintahan sekarang.

    jawapan yg d beri kpd saya jelas membuktikan yg beliau lebih berminat utk 'play safe'. mungkin dlm perkiraan nya najib terlalu gagah perkasa utk d jadikan lawan.

    olih demikian kita tiada pilhan melainkan terus berusaha melalui "BERSATU"

    ReplyDelete
  22. Pas hari ini mengumumkan bahawa kerjasama politik parti itu, bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kini akan dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.


    Mengumumkan perkara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,perkara itu dipersetujui bersama antara Pas dan Ikatan dalam mesyuarat bersama pada dua Ogos lalu, di ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut.

    "Persefahaman politik ini menjadi satu gagasan baharu kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.

    "Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok Umno/BN: dan satu lagi jalur politik yang menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat," katanya dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Pas, di sini hari ini.

    Mengulas lanjut Hadi berkata, pendekatan Gagasan Sejahtera akan membawa budaya politik matang dan sejahtera.

    "Kita akan memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok...menyokong kebaikan berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata.

    "Politik damai dan Diplomasi serta politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif Gagasan Sejahtera adalah membawa penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat," katanya.

    Oleh itu ujarnya, pendekatan budaya politik matang dan sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidakstabilan sosial dan ekonomi.

    Terdahulu Pas dan Ikatan sebelum ini, menjalinkan kerjasama yang dikenali sebagai Blok Ketiga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woiiii...ini bukan blog pas lah.
      kau ni siuman ker tidak ni

      Delete
    2. Anon 14:07 @ Goblok ke tiga..sila buat blog sendiri..malas baca komen panjang lari topik...tuang amanat sendiri pung tak ulas manjang isu dedak 90 jota, malah tuang ngaku belum baca berita dedak ....sedar la wei...

      Delete
    3. agaknya dia ni teringin nak jalin kerjasama dengan BERSATU kot. Dah banyak kali kena halau pun dia tak mau pergi jugak.
      Woiii Parti Ajaran Sesat. Belah laaa

      Delete
    4. Dah kena sangat lah tu... Pas Ikatan Gagasan Sejahtera - PIGS...hahaha

      Delete
    5. Masih ada lagi di kampung-kampung di kelantan dan terengganu yang mempunyai masjid Pas dan masjid Umno gara-gara amanat hj hadi dulu. Bila agaknya tuang presideng nak settle benda tu? Mana pergi amanat tu skrg ni apabila golongan yg pernah dikafirkan hendak disekongkolkan pula?

      Delete
    6. Masih ada lagi di kampung-kampung di kelantan dan terengganu yang mempunyai masjid Pas dan masjid Umno gara-gara amanat hj hadi dulu. Bila agaknya tuang presideng nak settle benda tu? Mana pergi amanat tu skrg ni apabila golongan yg pernah dikafirkan hendak disekongkolkan pula?

      Delete
  23. Hahaha....pasal apa ko orang panggil dia komedi....kan dh betul2 jadi mat komedi...hahaha

    ReplyDelete
  24. Tenguk muka zahid komidi,
    Sebiji muka salman rhusdi
    Traitor islam sampai kini
    Sudah2 lah meninggi diri
    Fikir2 lah mati tetap terjadi
    Nama dan pangkatmu melupakan diri
    Baiklah cepat sedarkan diri
    Zahid mengampu mengabdikan diri
    Pada najib suruh dia berhenti
    Kami semua mahu dia diganti
    Nescaya negara bolih dibersihi
    Pandangan dunia baik pulih kembali.

    ReplyDelete
  25. Tak payah korang pening2.. nak gelaran tpm nie bapa ape... awal2 lg dia dah cop gelaran tu... biarkn aje... ehhh jd pm kah?

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete