Tuesday, 2 August 2016

PARTI BARU, TUN M SENDIRI AKAN PERGI KE PENDAFTAR PERTUBUHAN


Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia sekarang ialah bilakah parti baru yang mahu ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad akan menjadi kenyataan.

Sehingga ini bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu difahamkan telah mengadakan beberapa pertemuan serta perbincangan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan mengenainya, malah hasrat menubuhkan parti baru itu turut dibincangkan dengan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan.

Tidak saja Pakatan Harapan menyambut baik kewujudan parti baru itu serta menyatakan kesediaan untuk saling bekerjasama, malah Anwar Ibrahim yang sedang berada di penjara juga turut sama mengalu-alukannya.

Tun Mahathir, Muhyddin Yassin dan Mukhriz Mahathir pula sudah beberapa bercakap mengenai parti baru itu yang bukan saja ditubuhkan untuk menyaingi UMNO, bahkan diyakini mampu menumbangkannya.

Setelah masa kian berlalu, bilakah parti baru itu akan menjadi kenyataan?

Esok? Minggu depan? Bulan depan? Tahun hadapan?

Semua dalam debaran.
Bukan saja rakyat ternanti-nanti, malah pemimpin-pemimpin UMNO juga sedang berdebar-debar menunggunya.

Jika dilihat berdasarkan komen-komen melalui media, pemimpin UMNO yang "lurus bendul"  akan berterus-terang mengatakan parti baru itu tidak perlu diwujudkan kerana akan memecah-belahkan rakyat, perjuangan Tun Mahathir yang dulunya hanya mahu menyingkirkan Najib sudah tersasar jauh dan pelbagai lagi nada yang mirip sepertinya.

Tetapi, bagi pemimpin yang "malu-malu kucing"  dan ingin menutup kerisauan dalam hati, mereka akan berkata, parti baru itu akan menambahkan perpaduan ahli-ahli UMNO, memberi motivasi untuk UMNO lebih berjaya, UMNO tetap keramat di hati rakyat dan seumpamanya lagi.

Hakikatnya, baik yang "lurus bendul" atau yang "malu-malu kucing", mereka sedar akan kemampuan dan daya fikir Tun Mahathir dalam mengalahkan musuh-musuh politiknya.

Lalu, kenapa sehingga sekarang masih belum ditubuhkan lagi parti baru itu?

Apakah Tun Mahathir akan membuat pendaftaran baru atau mengambil alih mana-mana parti yang tidak aktif dengan menukar nama dan perlembagaannya?

Meskipun Tun Mahathir  lebih digalakkan mengambil alih mana-mana parti yang sudah wujud dan tidak aktif kerana ia lebih menjimatkan masa, bahkan sudah bertemu dengan beberapa pemilik yang sedia berbuat demikian, bekas Perdana Menteri itu dikatakan mempunyai pertimbangan lain setakat ini.

Tun Mahathir difahamkan lebih berminat untuk mendaftar sebuah parti politik baru di mana beliau bersama ahli jawatankuasa penajanya akan pergi sendiri ke pejabat Pendaftar Pertubuhan bagi maksud tersebut.

Tujuan Tun Mahathir pergi sendiri itu bukan saja untuk menunjukkan kepada rakyat kesungguhannya untuk menumbangkan UMNO dan BN, malah untuk melihat sejauh mana kerajaan benar-benar bersikap terbuka, demokratik dan sedia meluluskan parti baru tersebut.

Difahamkan sehingga ini itulah pilihan utama Tun Mahathir berkenaan parti baru itu. Hanya jika pendaftaran itu ditolak atau tidak diluluskan, barulah pilihan lain akan dilakukan. 

Namun demikian, meskipun Tun Mahathir akan menjadi penggerak utama penubuhan parti baru itu, beliau tidak akan memegang apa-apa jawatan, jauh sekali untuk bertanding semula dalam pilihanraya akan datang.

Hampir pasti parti itu akan diketuai oleh Muhyiddin Yassin dan Mukhriz sebagai pemimpin nombor duanya, sementara Shafie Apdal akan menubuhkan sebuah parti lain yang berkonsepkan "Sabah untuk rakyat Sabah."

Tun Mahathir hanya akan menjadi penasihat serta pembimbing kepada pemimpin-pemimpin baru yang bakal mengambil alih pentadbiran negara bersama-sama dengan Pakatan Harapan. (SH 02/08/2016).

30 comments:

  1. Parti baru atau Parti haru biru. Status quo umno-bn mesti dilemahkan. Kerajaan pro-rakyat mesti dinaikkan sbg "kerajaan memerintah". Tunggu fajar menyinsing.ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti orang yang telah kenyang macam lembu kenyang, kemudian nak jaga bisnes anak beranak yg telahpun cecah berbillion2. Duit pencen dedak pun, mentekendarah sampai ke cucu cicit pun tak abes2.

      Rakyat macam lalang. Tiup sana, sana pergi. Tiup sini, sini pergi. Macam anak ayam. Macam main boleh kat kampung, tak ada defender, tak ada striker, sumer 20 orang hambat bola.

      Sudahlah melayu ooi. Sedar diri sikik. Tak kemana pun melawan hangat2 taik ayam gini.

      Delete
    2. Haha.. lepas berdoa, nganga. Lepas berdoa, nganga. Berbuat perkara yang sama, sambil mengharapkan perubahan = KERJA YANG BODOH!!

      Delete
    3. Knp lu goyang ka sama itu org tua .

      Delete
    4. Ni baru gentle . Suma buat sendiri . Bkn suruh org lain bercakap utk pertahan diri sendiri . Ada teloq ka xdak ?

      Delete
    5. Parti baru? Semoga dia bertuah kepada Rakyat...jangan jadi macam ketuanan sanranbone najibgor. Takkan ruh tok nenek moyang najib tak rasa malu sangat - di sebalik tabir kewujudan?

      Delete
    6. Insyaallah ayahanda Tun, bila parti baru ini ditubuhkan dan bergabung dgn parti2 yg sedia ada kecuali pas dan umno, negeri2 yg dipegang oleh bn kecuali sarawak pasti akan tumbang.
      Sabah negeri yg menjadi fixed deposit akan terlepas daripada gengaman bn
      Kami anak anak Kedah akan sehidup semati dgn ayahanda tun.
      Semenjak mukriz disingkirkan daripada jawatan menteri besar kedah, kegiatan membalak semakin berleluasa di Kedah.
      Begitulah tamaknya dan tidak berhati perut mereka ini.
      Khazanah alam yg menjadi hak milik rakyat kini telah menjadi hak milik persendirian.
      Ya Allah Ya tuhan kami. Lanjutkanlah usia ayahanda tun. Berikanlah dia kekuatan untuk memulihkan kuasa negara, keamanan, kemakmuran, kesopan dan kesusilaan.
      Aminnn Ya Robillalamin.

      Delete
    7. kat kedah la ni umno dgn pas perintah sama saja
      yg tau tebang balak
      yg naya rakyat akan dilanda banjir
      nasib la masa mukhriz dulu dia pelebaq dan pedalam sungai

      Delete
  2. Buat parti baru, rebranding parti yg dah berkubur. Kahkahkah.. eloklah tu..

    Tak ada parti fresh. Parti yang trending. Parti yg chic. Parti yg cool.

    Kendian, selepas diserang UMNO, jadi suam2 kuku mcm Pakatan Harapan. Walaupun UMNO lemah, walaupun lembik macam mana sekalipun UMNO. Ada berangan UMNO akan kalah?? No way man.

    Selagi rakyat selesa hidup bacul. Selagi rakyat menyembah ahlulbait2. Selagi rakyat dan anak muda ketagih hiburan dan menangis esak2 dengan mak bapak sekali bila gagal AF, One in A million mahupun Bintang Kecil RTM je pun...

    Minta maaflah. Lu sendiri boleh pikiaq, tapi mengapa susah sangat nak terima kebaculan dan kedayusan diri sendiri sama2 melalak dalam blog konon untuk melawan. Bila datang hari melawan, berapa kerat turun ke jalanraya?? Walaupun turun sejam dua pun, awal2 lagi dah mati pucuk.

    Phui!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil muka2 lama, yang terkenal korupsi. Lantik jadi kutua. Mmg cerdik sungguh.

      Kemudian, kumpul lagi kumpulan yang terkenal korupsi, lembik, penipu rakyat, penuh dengan skandal bukan juta2.. berbillion!!!. Lantik jadi sayap parti baru. Kemudian mengharapkan perubahan.. ayoyo.. belajar degree-MASTER-PHD dari mana ni?? dari sintok ka, dari UKM? Ah, lupa pulak..dari ITM?

      Mahathir, Muhyiddin, Shapei Apdal, Sanusi Junid, Ling Liong Sik, sapa lagi??.. the names speak for itself.

      Delete
    2. Anom 11.41,11.56
      Barangkali hidup kamu senang skrg sebab banyak makan dedak.
      Kamu tudak ada rasa marah negara kamu hancur...semoga Allah beri petunjuk kp kamu berdua.

      Delete
  3. Pasti tewas . Macai tunggu je la

    ReplyDelete
  4. Anon 11.56,
    Awat hang ni, dah habis modal kah. Baguis sungguh otak hang nooo. Kami nak suruh hang jadi ketua tapi tak kenai pun. Masa najib to selongkak duit raayat hang dok buat apa. Main goli kot. Bercakap semua orang boleh tapi nak buat ada susah sikit kawan oii. Kalu kita dok pikiaq macam hang sampai ayam balik kereban pun apa satu tak jadi. Nak cari orang baik dan suci macam hang ni susah sikit sebab otak kurang cergas sikit mungkin banyak sangat dok tidoq kot. Sori laa kalu aku tak blh terima pendapat dan tuduhan hang tu. Kalu dua dua buruk pilihlah yang terbaik diantara kedua nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12.51 saya setuju dengan pendapat anda.
      Orang yang macam anon 11.56 ni kalau bual kat kedai kopi, kopi pun minta orang bayar. Kalau hisap rokok pun minta kat orang.
      Sebab orang yang berfikiran seperti dia lebih banyak "mempersoalkan" dari buat kerja.

      Delete
    2. Anon 1156 tu pun kaki selongkar sama. Muka mcm muka pecah rumah orang saja. Bukan ada kerja apa pun tu.

      Delete
  5. Aku. Isteri aku dan 3 lagi anak aku yg dulunya mengundi umno akan bagi undi kami seikhlas hati kepada parti baru tun mahathir.
    Hidup ayahanda tun!!!! Hidup melayu!!!!

    ReplyDelete
  6. Adalah menjadi kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia mendokong usaha menyelamatkan Malaysia.Mereka yang jujur dan melihat dengan ikhlas muiabah yang dikendong UMNO tentu jelas dapat melihat gelombang nun jauh di sana yang bakal datang menghempas negara jika tidak segera dibena benteng yang kukuh.

    ReplyDelete
  7. insya'allah. sebaik saja ROS memberi kelulusan, saya akan memohon utk menjadi ahli. olih kerana saya anak kelahiran Pekan Pahang, saya akan bantu gempur kawasan parliament Pekan.

    saya akan dedahkan apa yg saya tahu mengenai tun razak; najib n apatah lagi ROSMAH. beliau wajib d jatuhkan melalui kejatuhan Najib.

    Negara wajib juga d selamatkan.

    ReplyDelete
  8. Adakan ROS memberi izin pada parti baru ini, dgn sambutan dari ahli umno sendiri yg ramai akan mengikuti mantan pm yg berjasa ini tak mungkin ROS akan meluluskan. Nak tenguk mereka yg bercakap berdegar dulu pada mahathir,kecut atau pulas perut akan nasib mereka selepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. The time has come for to choose between turning the pages or closed the book.

      Bagi kami sekeluarga termasuk kebanyakan keluarga dan sahabat handai memilih untuk menutup buku on umno.

      Delete
  9. AG kata nak pergi US dan lantik lawyer watching brief kes DOJ sebab US nak bagi duit. Bunyi sinis dan main2 je kpd tindakan DOJ. Ingatan Kita Bila IGP bergegas ke Thailand Secara big deal di lihat lebih Utk interview Justo fokus dokumen yg bocor dipalsukan.


    Agak malanglah jika rakyat berharap sebab2 yg lebih regal dan legal spt mempertahankan kepentingan Negara kerana hasil siasatan pihak luaran DOJ melalui bukti forensik money trail yg tidak dilakukan penyiasatan dalam negara, duit rakyat telah dirompak Dari 1mdb.

    Mgkin sebab2 yg Lemah begini diinterpretasi DOJ dlm Nada beza dan menyebab mereka protes dan tolak permohonan watching brief selain Daridari faktor tiada keperluan locu standi.

    Tiada keraguan DOJ/FBI dok memantau dan menilai tiap2 reaksi kerajaan Malaysia dan yg bersangkutan Dari seawal pengumuman kes ini oleh DOJ.

    Bukan roket sains Utk mereka merumuskan apa dan siapa yg membantu dan tidak membantu tugas mereka . Bahkan ada juga reaksi2 yg bersangkutan seolah membela situduh dan mempertikai DOJ.

    Pihak America ni begini cekap baca yg tersurat dan tersirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begini lah jadi nya jika dilantik orang2 with third world mentality memegang jawatan tertinggi negara. Infact these clowns or morrons as some refer are not stupid by chance but by choice.

      Delete
    2. Begini lah jadi nya jika dilantik orang2 with third world mentality memegang jawatan tertinggi negara. Infact these clowns or morrons as some refer are not stupid by chance but by choice.

      Delete
    3. Tak pandai mana pun AG Msia ni. Kuat temberang saja

      Delete
  10. Minta en budin nyatakan cara sertai parti baru tun m
    Bila dah sah ditubuhkan

    ReplyDelete
  11. UMNO TERKESAN DENGAN SKANDAL 1MDB. UMNO GAGAL MENTENTERMKAN KERESAHAN ORANGRAMAI YG AMBIL BERAT TENTANG ISU YG MELANDA NEGARA. SEBENARNYA RAMAI YG PASTI MENUNGGU MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN UMNO.
    NAK DENGAR APA UCAPAN KOMEN PERWAKILAN TERHADAP PARTI UMNO SEKARANG.BOHONG KALAU PERWAKILAN TAK KISAH TENTANG SURVIVAL UMNO, SELEPAS ISU BESAR 1MDB NI TELAH MENDAPAT TEMPAT DIHATI RAKYAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tahun lepas jugak ler
      tak sentuh lgsung pasal 1mdb padahal it is the biggest elephant in the room (pwtc)

      hehehe
      what do u expect

      Delete
  12. only moron among malaysia voters will keep voting pariah bastard like najib razak bn umno and gang of thieves.with national debt already unpaid at more then rm 800 billions malaysia is heading into destruction like greece zimbabwe if voter keep voting bn umno in next ge14.cant pay debt then force everyone to pay gst haram jadah for all your haram jadah activity what the fuck. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  13. Sebenar nya ramai ahli umno Dan pemimpin umno peringkat cawangan & bhg hanya menunggu mass saja untuk menyertai parti baharu

    ReplyDelete
  14. Sbenarnya kepala gomen skrang mmg perlu ditukar.sgt2 desperate.aku skrang ni gaji rm900 nk hidup apa berdua?dgn cukai sana sini.Serius aku trasa sempit yg amat sgt.barang tiap2 taun naik.yg turun hujan dgn buah kelapa je.

    Untuk ini aku scara individu,aku trus trang yg aku x tau brapa lama aku boleh tahan.jgn sampai aku bako je putrajaya tu.aku ni alhmdulillah x ada la sampai nk buat kerja haram lagi untuk isi perut.

    ReplyDelete