Daripada 1 Ogos hingga 15 September depan, semua UMNO bahagian akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing. Pemimpin tertinggi UMNO, khususnya yang berjawatan menteri dan timbalan menteri akan bertebaran pada setiap hujung minggu untuk melakukan perasmian di sana sini.
UMNO bahagian yang tertentu pula, mungkin bernasib baik dapat menjemput Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikannya.
Selain kehadiran pemimpin itu bertujuan untuk melakukan perasmian, udang di sebalik batunya ialah untuk menonjolkan kepimpinan dan meraih undi bagi pemilihan UMNO yang akan datang. Ada yang ingin mengekalkan jawatan, ada juga yang mahu naik lebih tinggi daripada jawatan sekarang.
Maka, ucapan bercorak mempertahankan Melayu dan mengecam Cina adalah lumrah yang biasa kedengaran. Tun Mahathir yang akan menubuhkan parti baru serta mereka yang keluar UMNO, pasti sekali akan menjadi kecaman ramai kali ini.
Dalam masa yang sama, UMNO akan digambarkan sebagai parti yang terbuka, sedia menerima kritikan, manakala yang meninggalkan parti dilabel sebagai penderhaka kepada Melayu.
Oleh kerana tahun ini juga panas dengan isu saman Jabatan Kehakiman AS, isi-isi ucapan akan dilebarkan lagi kepada mengajak orang Melayu untuk mempertahankan negara daripada campurtangan negara asing.
Memandangkan pemimpin yang bercakap itu memakai baju Melayu, bersongkok dan lengkap bersampin, malah ada juga memakai tengkolok, maka bertepuk soraklah yang mendengarnya seolah-olah mereka itulah penyelamat Melayu.
Sedarlah wahai Melayu, sebenarnya mereka itulah pengauta Melayu.
Di sebalik bercakap berkenaan Melayu, menjaga Melayu, hak Melayu mesti dipertahankan dan sebagainya, siapakah di antara pemimpin-pemimpin Melayu tersebut yang tidak ada tauke Cina di belakang mereka?
Siapakah yang menjadikan tanah rizab Melayu semakin pupus sejak puluhan tahun lalu?
Siapakah yang menjual IPP, tanah 1MDB, memberi kontrak berpuluh ribu juta kepada negara China serta tunduk kepada kemahuan Singapura dalam beberapa perkara yang mahu dilakukan di negara sendiri?
Jika tindakan Jabatan Kehakiman AS cuba digambarkan kononnya sebagai percubaan campurtangan asing, siapakah yang menjemput APCO, meletakkan pegawai orang putih di Jabatan Perdana Menteri, menandatangani TPPA dan bangga bermain golf dengan Barack Obama?
Sementara rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih kepada AS kerana tindakan mereka itu bertujuan mengembalikan harta curi kepada kita, pemimpin yang bersongkok dan berbaju Melayu tadi dalam masa yang sama seolah-olah mahukan kita menyokong aktiviti pencurian dan penyamunan melakukan pencucian wang dengan membeli harta-harta di luar negara.
Yang kelakar, Najib sendiri lupa apa yang telah dilakukannya. Setelah membuang, menggantung dan memecat mereka yang menegur dan mengkritiknya, di Selangor semalam, beliau berkata, perbezaan pendapat bukanlah sebab mereka perlu menolak UMNO yang telah berjasa besar kepada negara.
Janganlah disebabkan perbezaan pendapat, kita boleh tolak parti yang begini besar jasanya. Kalau tak setuju, buatlah secara proses dalam parti, kata beliau.
Apakah Najib lupa, daripada timbalan presiden UMNO sehingga kepada ketua cawangan, habis semua digantung atau dipecat hanya kerana menegurnya secara dalaman?
Kenapa baru sekarang bercakap soal proses dalam parti?
Selain itu, dulu ramai pemimpin UMNO yang mengatakan agar menunggu pilihanraya jika ingin menyingkirkan Najib, kini setelah Tun Mahathir menubuhkan parti baru dan semakin hampir ke arah itu, mereka yang sama berlainan nada dengan menyatakan, tindakan tersebut hanya akan memecah-belahkan rakyat dan terbukti mahu menjatuhkan kerajaan.
Adakah suatu kesalahan menjatuhkan kerajaan melalui pilihanraya?
Apakah menjatuhkan Najib bermakna tumbang Melayu dan tumbang UMNO bermakna jatuh Melayu?
Inilah antara auta-auta kepada Melayu dinseluruh negara sepanjang mesyuarat perwakilan UMNO tahun ini.
Menjelang tarikh akhir mesyuarat perwakilan UMNO pada 15 September nanti, pasti macam-macam lagi pengautaan akan terus kedengaran untuk melekakan orang Melayu yang dilakukan oleh pemimpin yang berwajah seperti duit syiling, depan Melayu lain penampilannya, depan tauke Cina dan depan Obama lain pula rupa wajahnya.
Hakikatnya, pemimpin-pemimpin UMNO adalah jenis manusia yang tidak pernah melihat cermin untuk melihat perilaku mereka sendiri. (SH 07/08/2016).
Dah tahu kena auta pun, masih lagi ikut. Siap ada gelek lagi kat kota bharu. Bodohnya melayu2 Ni.bukannya kaya pun kau orang. Untuk dapat sesuap nasi pun, sanggup dibodohkan.
ReplyDeleteDulu masa kecik2 mak kau org Dah suruh belajar rajin2. Pasal degil jadi macam Ni.
Saki baki yg pandai2 masih dlm UMNgok , jom join parti Tun.
Yang belukang atas pentas tu naik juling mata tgk persembahan dangdut hijab free..khas utk belukang kat atas pentas..apa persaan org tua2 yg dtg..?org tuaNama fail:
DeleteWAPSPOT.MOBI_Jutawan Fakir 2003.3gp
Saiz:
134MB
Laluan penyimpanan:
/storage/sdcard0/BaiduDownloads/WAPSPOT.MOBI_Jutawan Fakir 2003.3gp
Muat turun URL
https://r7---sn-h5mpn-30al.googlevideo.com/videoplayback?type=video%2F3gpp%3B+codecs%3D%22mp4v.20.3%2C+mp4a.40.2%22&itag=36&expire=1470221982&mime=video/3gpp&source=youtube&sver=3&lmt=1469209477325194&upn=ItC7FZNnSRI&signature=258A813AD1CE95B0C27F6DD51700664C8FAB3824.0582A6ACB21853C09B5E83E04D3DBFFE7934DC7C&pl=22&id=o-AFOHRmmMWrbphgNvAhz2-vdBb-6Tj1AlCS3qJDsXNWg6&ipbits=0&ip=113.210.204.102&key=cms1&dur=5065.154&fexp=9408208,9413209,9416179,9416891,9419452,9422596,9428398,9431012,9431476,9432564,9433096,9433223,9433946,9435526,9435876,9436565,9437066,9437552,9438327,9438662,9438898,9438956,9439257,9439580,9439652,9439747,9440376,9440880,9441463,9441651,9441839,9442424,9442917&requiressl=yes&sparams=dur,expire,id,initcwndbps,ip,ipbits,ipbypass,itag,lmt,mime,mm,mn,ms,mv,nh,pcm2cms,pl,requiressl,source,upn&fallback_host=tc.v12.cache1.googlevideo.com&quality=small&title=WAPSPOT.MOBI_Jutawan%20Fakir%202003&redirect_counter=1&req_id=69c9aceae4a3a3ee&cms_redirect=yes&ipbypass=yes&mm=31&mn=sn-h5mpn-30al&ms=au&mt=1470200053&mv=m&pcm2cms=yes2 yg berpegang ajaran islam,memperjuangkan hak melayu.ini perjuangan melayu skrg ni..perjuangan Melayu hape mcm ni..
Jadi ketua bhg pon syok dok dlm opis,pekena aircond siap goyang kaki..dtg turun ke majlis,mknan siap terhidang,tarian gelek anak dara ade orang persembahkan,beri ucapan tukang sorak beri tepukan,kasut kotor ada org kilatkan,nak tambah bini dan gundik,ada betina miang yg tawarkan diri.nak naik pangkat,ade penjilat yg tlg kipaskan.dpt tender projek,cuma beri tandatangan pun dah ade komisen.tokey2 cina nak buat bisnes haram pon xde masalah,janji ade cash envelope under table..janji cover line Bagus punya..
Wow!! Hebat betol jd ketua bhg ni..duit dan kuasa ana yg punya..ketawa berdekah2..rumah mcm istana,kereta mewah,bini dan gundik berkepit sana sini,makanan lazat sampai perut memboyot tak terbawak..
Ini lah hakikat,tak dpt dinafikn lagi..anda semua mencerminkan sikap dan peribadi yg spt ini..ttg perjuangan anda semua simpan dlm poket..org bwhan anda pijak,beri bantuan yg sikit celah gigi,tp ungkitan nya mcm memberi duit sejuta..
Cina keling dok gelak..bertepuk tgn..dia kata Melayu punya org tak boleh pakai pnya orang..kerja mls tp mau untong lebih..bodek banyak kuat..
Siapa yg membusukkan nm agama dan bangsa..?sedar sikit lah wahai pemimpin..anda bekerja untuk rakyat,bkn rakyat bekerja utk tembolok kamu saja..
Saya cadang masukkan syarat utk jadi ahli umno mestilah bodoh
ReplyDeleteSaya cadang masukkan syarat utk jadi ahli umno mestilah bodoh
ReplyDeleteSyarat kebodohan sahaja tidak lengkap tanpa ada sifat bangan dan penjilat tegar,inilah kesenian yang wajib ada untuk menjadi ahli umno yang berpangkat.
DeleteUmno ni parti ikutan, ikut jiran, ikut kawan, seban parti melayu...org suruh tepuk gelak, gelek ikut je....
ReplyDeleteHakikat nye parti ini lah yg menjahanamkan ugama,kuasa & harta org melayu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSdr Bahar,
DeleteSatu ja ayat nak label paria paria pemimpin umno ini "MUNAFIK"yang buruk dari orang fasiq dan kufur.Tapi kita dah tak tahu nak kata apa melayu masih suka kena bodoh dan kena main.
Seperti sdr budin seban tahun nak dekat mesyuarat agung pemimpin pemimpin mula start reka hujah dan karangan retorik memperbodoh orang melayu terutama ahli yang masih bangang.
Sdr Bahar,
DeleteSatu ja ayat nak label paria paria pemimpin umno ini "MUNAFIK"yang buruk dari orang fasiq dan kufur.Tapi kita dah tak tahu nak kata apa melayu masih suka kena bodoh dan kena main.
Seperti sdr budin seban tahun nak dekat mesyuarat agung pemimpin pemimpin mula start reka hujah dan karangan retorik memperbodoh orang melayu terutama ahli yang masih bangang.
Tepat sekali huraian Sdr Din. Tak silap lagi.
ReplyDeletesaya tak salahkan najib for being absentminded. Otak dia lanie dah berceramok. He has not been himself lately. He has made himself a complete fool in Indonesia.
Nak harapkan orang sekeli dia nasihat atau tegur dia depa tak berani, takut senasib dengan TSMJ,DMM, SA dan lain2. Mau tak mau berdiam atau yang berani jual muka buat statement bodoh in defence of him. Paling ahkir sekali Bung Mokthar, when are you people going to learn. Berhentilah memperbodoh diri sendiri. Tak payah lah dok mempertahankan orang yang dah tak blh nak dipertahankan lagi. Dia dah nak lemas janganlah dia tarik umno dan kamu semua kedalam. Dia seperti didalam quicksand, jangan lah ada yg gatal gatal dok sua tangan cuba nak selamat dia. He is a goner.
Sudah pasti lagu warisan "Anak kecil main api" akan didendangkan dlam dewan perhimpuanan. Lagu ini sudah menjadi lagu wajib pada setiap perhimpunan. Hayati lah lirik lagu tersebut. Semoga perwakilan sekelian menjadi kuasa pendesak bagi memulih maruah umno yang telah tercalar. Kalu tak berani jangan dihalang atau menyekat dari kami memcuba nasib dengan parti baru yang akan ditubuhkan. UMNO sudah tidak relevan lagi bagi memperjuangkan bangsa kerana nampak umno lebih berminat mempertahankan individu.
lagu anak kecil main api tu dimainkan utk tipu ahli2 bawahan jerr
DeleteUmno dan Pas kedua2 auta belaka. DAP dan Amanah yang jadi sasaran.
ReplyDeleteHehehe ..good posting abg din. Auta (1) takutkan org melayu yg dap akan perintah ..daaa .. Auta (2) mahathir nak perintah balik dan naikkan mukhriz ...daaa..Auta (3) campurtangan asing mesti ditolak ..daaa .. Auta (4) presiden tak terlibat langsung pasal 1mdb ..dàaa paling besar. Ngangalah org umno kena temberang ..selamat bersidang
ReplyDeleteBukan besalam kosong tu. Salam ada isi
Deleteoff topic jap. nak tanya sapa yg tau, mana perginya blogger moundweller. lama tak update blog dia. tak kan kedalam kot?
ReplyDeleteoff topic jap. nak tanya sapa yg tau, mana perginya blogger moundweller. lama tak update blog dia. tak kan kedalam kot?
ReplyDeleteKapten kapal sudah sasau....alamat kapal sudah nak karam....anak kapal akan terjun bersama labu labunya YANG DI CURI DARI RAKYAT MALAYSIA.
ReplyDelete....doa rakyat ditindas dikabulkan Allah Yang Maha Adil...
Bulatan pengaruh tak besar mana dah. Luar negara dah kecam hebat shingga melabelkan negara pelbagai ungkapan yg memalukan. Mampukah PM hadir dipersidangan PBB nanti.
ReplyDeleteYg kerabat raja Arab pun satu, orang dah pulangkan sebahagian duit derma,mengakulah dah trimo,ini songap jo.
Hanya org melayu yg makan dedak yg jadi tukang ampu yg menerima rasuah dan org melayu yg tolol saja yg sokong umno ug jilat umno hina sungguh org melayu sebegini
ReplyDeleteLepas ni bila salam kaut (salam berisi) kena angkat sumpah taat setia pulak... macam kat PRK...
ReplyDeleteHmmm sumpah kerana rahsia boleh terima ke? Macam nak mempermainkan Tuhan aje.
** sumpah kerana rasuah
DeleteApa kurang pan,,auta sama dgn umno. Islam inklusif termasuk cina kafir Dap. Pecacai Dap, tapi auta pejuang islam konon...
ReplyDeletepema orang besau amno tipu orang kecik amno
ReplyDeletedah lama budaya ni
kesian orang kecik amno
hidup dalam kobodohan ada yang sampai mampuih
Masa inilah masa yang sesuai untuk berbincang pasai panjang/lebar keris, berapa kilo/besar kek pulut.Majulah kleptokrasi demi dedak nasional.
ReplyDeleteMaka bermulalah musim auta-mengauta, kencing-mengencing dan angguk-mengangguk.
ReplyDelete