Tuesday, 9 August 2016

KENAPA PEMIMPIN2 UMNO KIAN MERAPU DALAM MEMPERTAHANKAN NAJIB?


Semakin masa berlalu, walaupun Najib Razak terus dipertahan dan disokong oleh para pemimpin UMNO, yang nyata hujah serta alasan dalam mempertahankan beliau juga kelihatan semakin merapu.

Sebut saja, daripada Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Nazri Aziz, Idris Haron, Aziz Kaprawi, Azalina Othman Said dan ramai yang lain, setiap kali mereka membuka mulut mempertahankan Najib, ia akhirnya lebih menjadi bahan ketawa dan perlecehan daripada rakyat.

Hujah, idea dan kata-kata yang dilontarkan seolah-olah bukan terzahir daripada mulut mereka yang bergelar pemimpin, yang seharusnya mesti memperlihatkan mereka lebih cerdik berbanding rakyat biasa, bukan menjadi lebih bodoh di mata umum.

Malah Khairy Jamaluddin yang terlihat pintar dan dikhabarkan bakal pemimpin masa depan juga seperti sanggup memperbodohkan diri sendiri apabila mengatakan "tak mengapa digelar macai, asalkan untuk mempertahankan Najib."
Jika diperhatikan, sejak timbulnya isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan saman Jabatan Kehakiman AS, kemandulan dan kemerapuan dalam memberi kenyataan di kalangan pemimpin yang menyokong Najib, jelas amat ketara.

Kenapa semua ini berlaku? Kenapa ramai pemimpin sanggup mengeluarkan idea-idea bodoh atau sedia kelihatan bodoh asalkan dapat dilihat menyokong Najib?

Kenapa semasa Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri misalnya, ketika kedua-dua pemimpin itu dikritik dan diserang, tidak kedapatan pula hujah-hujah dangkal dan merapu seperti sekarang daripada pemimpin bawahan yang mempertahankan mereka?

Begitu juga dengan ketua-ketua dalam parti pembangkang, mereka juga seringkali diserang dan dikritik, tetapi mengapa pemimpin yang mempertahankannya selalu tampil dengan hujah-hujah yang bernas, dapat diterima akal dan tidak bodoh di mata rakyat?

Apakah pemimpin-pemimpin yang melingkari Najib sekarang begitu rendah kualitinya berbanding era sebelumnya atau mereka yang berada di sebelah lagi satu?

Atau apakah ia disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan Najib begitu berat dan sukar untuk dipertahankan dan tindakan mereka mempertahankannya hanya semata-mata untuk menunjukkan masih ada yang setia bersama dengan Perdana Menteri?

Meskipun begitu, secara umumnya ada dua kelompok pemimpin yang mengelilingi Najib. Satu, mereka yang mulutnya lebih pantas bergerak daripada akalnya. Mereka inilah yang banyak merapu. Asal ada saja isu berkaitan Najib, terpacullah suara mereka. Yang penting bukan isi atau hujah yang dilontarkan, tapi kehadiran dalam memberikan sokongan.

Hujah selalu ditolak ke tepi. Sebab itu, dalam isu wang RM2,600 juta, macam-macam hujah lawak jenaka dapat kita dengar, sama ada sebelum atau selepas Najib mengakui wang tersebut benar-benar masuk ke akaun peribadinya.

Dalam kes saman Jabatan Kehakiman AS pula, sampai ada yang mengatakan ia kononnya percubaan campurtangan Amerika, Malaysia akan jadi Iraq kedua, mahu membunuh Melayu dan pelbagai hujah gila lainnya.
Kelompok kedua yang ada di keliling Najib juga ialah mereka yang diam dan hanya buat kerja sama ada sebagai menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC atau menjaga UMNO di bahagian masing-masing. 

Mustapha Mohamad dan Idris Jusoh adalah antara golongan kedua yang hampir-hampir tidak bersuara berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta atau saman Jabatan Kehakiman AS. Di kalangan timbalan menteri, Ahli Parlimen dan Ketua UMNO bahagian juga ramai kelompok kedua ini.

Ada yang berkata, mereka adalah pemimpin yang pandai "main selamat" tetapi kerana tidak bersuara, mereka adalah antara yang tidak kelihatan bodoh di mata rakyat.

Apakah yang main selamat dan tidak mahu kelihatan bodoh itu lebih berpaksikan kepada prestasi kerja sebagai tanda sokongan kepada Najib atau kerana mereka juga mendapati sukar untuk berbuat demikian, lalu berdiam diri adalah pilihan terbaik, manakala yang bising-bising itu kerana tiada apa-apa kelebihan yang boleh ditonjolkan untuk terus kekal dengan jawatan? (SH 09/08/2016).

38 comments:

  1. Mabuk dedak.. tok2 aji lebai serban pun, syok makan dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana taknya....90 juta beb...terangkat serban...tuh sampai guna keris dua depa potong pulut...

      Delete
    2. Ngucap gal wehhh..

      Delete
    3. Murshidul Amnya awal-awal lagi, sebelum merujuk maklumat siasatan, telah memperlekehkan dakwaan uwang berbillion masuk akaun peribadi MO1. Selepas terbukti benar dan diakui sendiri pemilik akaun, walaupon mulanya menafikan, geng Taliban mendakwa pula ada campur tangan asing dalam urusan negara. Tidak hairanlah umum mula mempercayai mereka ini mendapat bahagian.

      Demi menutup kecuaian, ketamakkan dan keterujaan menyokong MO1, perkara semudah memohon maaf kepada umum adalah terlalu berat buat mereka yang mengaku 'pewaris anbia'.

      Delete
    4. murshitul am itu tidak lain tetapi terus memundurkan orang Melayu. Sudah berdekad ia mengkafirkan masyarakat Melayu. Kini dia bersekongkol dengan orang zalim dari bogis. Celakaan!

      Delete
    5. Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut"kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90 juta dari PMNajib.


      Istilah "kecurigaan meluas" ini lah yang dikira nilai berita oleh Sarawak Report. Mengapa SR tidak menyebut ""keyakinan yang diyakini" ?

      Ini menunjukkan betapa nilai berita SR sekadar "sampah busuk yang lak dibakul sampahkan".

      Anda melihat betapa berbeza reaksi dakwaan SR terhadap PMNajib tentang isu 1MDB. SR tetap dengan dakwaan tanpa berganjak bahkan PMNajib masih tidak menyamannya.

      Tetapi bila PAS melalui Timbalan Presiden bersuara untuk menyaman SR,dengan pantas SR menjawab dengan istilah " kecurigaan meluas".

      Apa maknanya? SR takut dengan tuduhan jahatnya itu.

      Sarawak Report kini mengikut jejak Malaysiakini untuk bergabung memusuhi PAS.Melontar dan menyembunyikan diri.

      Menghairankan dakwaan itu berlegar di sekitar pengundi Cina. Siapa punya kerja ? Semestinya kerja DAP dan baruanya PAN.Motifnya supaya pengundi Cina semakin membenci dengan PAS.

      Delete
    6. Saman dulu, tengok betoi ke tidak.. takat sembang tak mengaku, mmg nmpk mcm elok aje.. jgn buat u tern, kona sana, kona sini udoh...

      Delete
    7. Politik vs law... kena cepat, betul dan meyakinkan...

      Delete
    8. Kalau tak betul Sawak Report punya cerita abang haji boleh saman. Atau abang haji boleh insist minta SR datangkan 4 orang saksi yang tidak makan babi, minum arak dan berzina. Gerenti dia orang tak dapat adakan sbb kebanyakan yg kerja situ orang kapir. Dengan itu abang haji bolehlah keluar FUCKWA bahawa abang haji dan kawan-kawan sume suci bersih umpama kain putih yang belum kena air pelir...

      Delete
    9. SR ini diuruskan oleh orang barat dan jarang sekali membuat berita palsu dan fitnah macam orang timur...mereka lebih beretika dari orang Islam sendiri dari semua aspek pemberitaan. bukan seperti akhbar timur yg lebih merupakan hasutan,fitnah dan propaganda. Mesti mereka ada bukti, baru disebarkan. kalau kita nk tau, kita sabarlah dan tunggu PAS mbawa hal ini ke mahkamah...baru yang tersorok tu akan kelihatan. Akhbar barat suka kepada prinsip pendedahan berperingkat supaya pelanggan mereka akan terus terikat untuk mengetahui perkembangannya. Kalau PAS tak terlibat, apa nak marah atau bimbang?....

      Delete
  2. Tang Idris Haron...DOJ dok ketawa sampai meleleh airmata kot! Biul punya statement!

    ReplyDelete
  3. Mereka tidak suka-suka berhujah hodoh dan dangkal dalam mempertahankan Mohd Najib Abd Razak dan 1MDB. Berhujah bodohnya mereka mampu mengalih perhatian sebahagian dungu dan pekak yang terkenal sebagai pengemar berita sensasi dari memahami kisah sebenar rompakan besar-besaran dana negara. Sedarkah kita kenyataan Idris Haron berjaya mempersendakan kewarasan pakcik makcik di Melaka, dan ramai juga termakan dakyahnya? Kenyataan Amerika mahu menjadikan Melayu bangsa Iraq kedua adalah terlalu low class untuk seorang berjawatan Ketua Menteri. Penduduk bandar dan warga berilmu sama sekali tidak dapat menerimanya. Idris tahu, tetapi beliau tetap berani mengambil risiko digelar bodoh kerana kebodohan yang dibuat-buat itu selain mendapat perhatian warga kurang berilmu jasanya berbalas habuan jawatan dan 'derma'. Salleh, Azalina, Khairy, Ahmad, adalah spesis yang serupa. Mereka adalah hulubalang institusi Presiden, dan ketaatan mereka tiada bandingan!

    ReplyDelete
  4. UMNO dah rosak dari hujung akar.

    Pemimpin sekarang telah LAMA melabur wang dan titik peluh untuk mendapat jawatan.

    Namun ketika era TDM, semua tak laku sebab prestasi mengatasi segalanya. Ampu bodek tak mujarab.

    Zaman paklah pula terlalu TERANG dia tidur, ampu bodek pun tak jalan.

    Zaman najib dicucuk hidung, senang bagi pengampu menyerlah - sebab najib memang kurang daya fikiran (lembab). Lagipun dia SUKA dipuji.

    Duit rakyat yang dicuri dibagi bagi pada pendedak -supaya taat setia. Pemimpin yang beramanah tidak akan terperangkap - namun terdiam sebab nak jaga jawatan.

    Alasan mereka adalah mereka tidak menerima suap tapi mereka lupa bahawa mereka bersekongkol dengan pencuri.

    Senang cerita UMNO tidak boleh pulih - politik wang sudah merebak ka hujung akar.

    ReplyDelete
  5. Yang bising2 dan cakap merapu tu...kalau di scan atau buat MRI kat kepala....otak depa penuh dengan dedak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benak itu kalau di scan gambar CT scan tak akan terbit. Takut2 mesin scan akan short-circuit diakibatkan gelombang bahlol yang radiasi kepala hotak macai...

      Delete
  6. Terlalu banyak sumbat dedak..duit haram yg diberi olih Najib membuatkan minda mereka menjadi tahap kebudak2an.

    Dosa makan duit haram atau rasuah adalh lebh besar dari makan daging khinzir.

    Bukan shj mereka ckp merapu tetapi kewibawaan mereka jatuh lebeh hina dari penagih dadah. Mereka hisap dan jilat pelir najib asalkan dedak diberikan.

    ReplyDelete
  7. KJ, ada perbezaan di antara macai dan kaucai....

    ReplyDelete
  8. Kalau bodoh, masih boleh di ajar
    Kalau bangang, masih boleh di betulkan
    Tapi pemakan2 dedak itu dah masuk kategori BEBAL

    Kalau tanya Zahid dia mesti tahu makna perkataan DABLEK, ertinya lebih kurang dgn BEBAL.

    ReplyDelete
  9. Dah terlebih makan dedak. Menteri2 Najib kan semua bodoh2. Asal setia macam lembu kena cucuk hidung cukup. Begitu rendahnya taraf pemikiran menteri2 ni. Bangun lah ahli2 umno dibawah tu. Sedar lah mereka ini hanya pentingkan kedudukannya, harta dan wang ringgit sahaja. Mereka hidup senang lenang, rakyat menderita, menanggung beban hidup dan hutang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh nya komen kau ni..macam orang nya jugak..

      Delete

    2. Serupa la dengan kau 12.33

      Delete
  10. Pemimpin yang bebal dan bangang sesuai untuk malaysia menjadi sebuah negara mundur.

    Seharusnya amalan kleptokrasi diharamkan dalam amalan demokrasi, barulah orang politik tidak mengambil kesempatan dan tidak menjadi orang yang terlebih berkuasa dari tuhan.

    ReplyDelete
  11. Dedak makanan untuk haiwan. Ianya dicipta untuk mengemukan haiwan tersebut bukan untuk mencergaskan otak. Sepatut nya diletakan lebel "BAHAYA UNTUK MANUSIA KERANA BOLEH MENCACATKAN OTAK DAN MEMBUNCITKAN PERUT".






    ReplyDelete
  12. Gara gara 1MDB dan mahu pertahankan Najib, ada pemimpin UMNO yang sanggup menjadikan diri bagaikan "babi" yang main menyondol saja tanpa peduli apa pun. Hinanya pemimpin jenis ini. Tapi hina lagi rakyat yang terus mendokong dan memuja orang orang jenis begini. Alahai!!!

    ReplyDelete
  13. Mereka merapu kerana nak menipu org melayu sebenarnya mereka pun tak tahu apa yg sedang berlaku dab tak tahu apa yg dia cakap maka merapulah dia dan org melayu yg makan dedak meliponglah mulut dia

    ReplyDelete
  14. Mereka merapu kerana nak menipu org melayu sebenarnya mereka pun tak tahu apa yg sedang berlaku dab tak tahu apa yg dia cakap maka merapulah dia dan org melayu yg makan dedak meliponglah mulut dia

    ReplyDelete
  15. Kok ya pun nak ngampu PM, YAB D S Ir Idris Haron tidak sepatutnya mengeluarkan statement yg memaparkan kelemahan dan kebodohannya begitu ketara sekali.

    Amat memalukan warga Melaka keseluruhannya.

    ReplyDelete
  16. Umno bn merapu tak dapat dah keparu jenahak siakap senohong

    Membohong mencuri terlopong kepompong

    Jadi cacing kepanasan

    Kelubang cacing najis dan balaci di hambat dan disumbat

    Tiba masa najis dipecat
    Semua balaci dah jadi pucat

    Merempatlah dia terkulat kulat

    ReplyDelete
  17. Tiga utama fungsi minda;-

    (1) Minda fikir bagaimana mentafsir dunia
    (2) Minda emosi adlah bagaimana ianya memberitahu perasaan
    (3) Minda keinginan/kehendak yang mendorong untuk kita bertindak

    Berfikir kepada perkara yang patut, lemparkan emosi pada tempatnya dan bertindak daripada buah akal yg cerdik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerdik menipu menyamun camna plak

      Delete
  18. Hehhee abg din. Kita semua dah lama dalam umno. Nampak macam2 hal ajaib yg berlaku. Org miskin jadi kaya. Org kaya jadi tambah kaya. Semuanya nikmat bang din. Bila pegang jawatan semua boleh buat. Nikmat yg dapat luarbiasa. Bila takut hilang nikmat org akan hilang pertimbangan. Datanglah hujah2 merapu yg luarbiasa. Org pandai pun boleh jadi bodoh. Takut hilang nikmat luarbiasa yg dah dapat sekian lama. Perkara yg tak betul pun mesti dipertahankan at all cost. Kita tunggu jelah bang din keputusan Allah swt. Saya pun dah nak putus asa dah tengok parti yg pernah saya perjuangkan lebih 20 tahun ni. Nampak macam nak punah kerana nikmat aka cash is king

    ReplyDelete
  19. Masih ramai pengundi2 yang nak mengundi menteri2 bebal ni...

    Ni lah nasib Malaysia... sedih dan memilukan

    ReplyDelete
  20. Akibat makan dedak, Hadi & pemimpin Pas juga ckp merapu utk mempertahan Najib. Hadi ckp:

    a. Saman DoJ utk sita harta2 Riza dn JLow yg dibeli dari duit curi 1MDB adalah tindakan campor tangan USA dlm negara Msia. Kan bengon lebai ni; dan
    b. jgn libatkan Raja2 dlm penyingkiran Najib. Satu duni tahu Najib kebas dan samun US$1billion duit 1MDB..lebai bengong ni ckp merapu pulak..

    ReplyDelete
  21. Terpaksa merapu, jadi bodoh sbb masing2 nak kekal jawatan, tidur beralaskan duit. Tanpa najib siapalah diorg ni. Kalau Najib hilang kuasa hilanglah segala2nya...

    ReplyDelete
  22. 1. Teloq diaorang semua dah kena ram oleh ibu nyut nyut. Tak caya...cuba selak rambut dia yang membesar macam sarang buaya tu...disitulah semua teloq teloq menteri dan macai termasuk teloq Najib diramkan. Kalau tak tak kan sampai RM 1200.00 setiap kali cuci dan set rambut. Dek kerana terlalu lama diramkan...semuanya dah busuk!...macam telor ayam kalau dah terlebih 21 hari dan tak menetas...apa jadi?

    2. Ibu nyut nyut ni kuat ilmunya...sampai Haron Din yang biasa bercakap dengan jin pun tak daya nak berkata betul...Hadi (A)Wang tak usah cakap...pakai je baju sedondon semuanya OK...

    Semuanya GOBLOK!..

    ReplyDelete
  23. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang dzolim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

    ornag pas pun dah lupa pesanan dari Allah
    akibat dari gila pangkat harta n wanita

    apo nak jadi pas ni

    dulu kato amno lani kawan amno

    ReplyDelete
  24. Ajiadi tanya 'Ade dok..'?
    Ajibgor pon bagi 'dedok'...
    Last2 dua-dua jadi 'the dog'..
    Jangan marah ye nanti kena jualllll.....

    ReplyDelete