Wednesday, 10 August 2016

"KALAU 'SAMPAH' JADI PRESIDEN UMNO, MAKA 'SAMPAH' JUGALAH PERDANA MENTERI KITA DAPAT"


Ramai yang bertanya, apa baiknya apabila sebuah lagi parti baru iaitu BERSATU diwujudkan?

Beberapa yang lain pula menanyakan, apa kelebihannya kepada Pakatan Harapan apabila BERSATU bekerjasama dengannya?

Sebagai parti politik yang akan ditunjangi oleh nama-nama besar seperti Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lain dengan iltizam untuk melakukan perubahan, bukan saja kepada kepimpinan negara, tetapi juga restormasi dalam sistem pentadbiran kerajaan, kewujudan BERSATU tentu saja banyak manfaatnya untuk rakyat.

Ia tidak semata-mata untuk merubah atau menyingkirkan Najib Razak, malah juga mahu memperbaiki mana-mana sistem yang telah rosak atau yang telah disalahgunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Dengan itu, jika kita merasakan negara di bawah kepimpinan Najib sejak tujuh tahun yang lalu begitu memalukan dengan pelbagai masalah dan onar yang ditimbulkannya, inilah masanya yang terbaik untuk melangkah ke hadapan dan sama-sama memperbaikinya.

Berdasarkan apa yang telah Najib lakukan untuk mengukuhkan kuasanya sejak timbul isu 1MDB dan skandal kewangan melibatkan dirinya, hanya pilihanraya satu-satunya jalan untuk melakukan perubahan dan pemulihan dalam negara ini.

Jika perubahan tidak dilakukan pada PRU 14 akan datang, percayalah bahawa sebarang perubahan akan menjadi lebih sukar, bahkan boleh jadi mustahil untuk dilakukan selepas itu.

Melalui kerjasama yang diwujudkan antara BERSATU dengan Pakatan Harapan pula, ia sekaligus menjadikan gabungan itu lebih baik dan lebih lengkap berbanding BN.

Dalam BN, seperti mana yang kita maklumi, jawatan Perdana Menteri adalah milik UMNO dan parti-parti komponen BN lain tidak berhak sama-sekali untuk jawatan tersebut.

Siapa yang jadi Presiden UMNO, maka dialah yang automatik akan menjadi Perdana Menteri. Ini menjadikan, jika  "sampah" sekali pun yang jadi Presiden UMNO, maka "sampah" jugalah yang rakyat akan dapat sebagai Perdana Menteri. Ia muktamad dan tidak ada pilihan.

Berbanding Pakatan Harapan, calon Perdana Menteri mereka boleh datang daripada PKR, DAP, Amanah atau BERSATU. Ia tidak menjadi hak kekal sesuatu parti sahaja.

Sudah tentu, oleh kerana komposisi orang Melayu mewakili lebih 65 peratus daripada penduduk Malaysia, calon Perdana Menteri yang sesuai mestilah daripada calon Melayu juga. Ahli Parlimen Cina pun tidak mungkin sedia untuk meniadi Perdana Menteri kerana mereka sedar kesukaran yang bakal dihadapi jika diberikan jawatan tersebut.

Ia seperti di Pulau Pinang, oleh kerana Cina majoriti di di negeri itu, baik BN atau Pakatan Harapan yang berkuasa, calon Cinalah yang sesuai sebagai Ketua Menteri.

Ia bermakna, jika Pakatan Harapan menang PRU 14 akan datang, rakyat akan mendapat pilihan calon Perdana Menteri yang lebih baik berdasarkan konsensus parti-parti dalam gabungan tersebut.

Jika calon daripada PKR yang dirasakan lebih baik dan sesuai, maka wakil parti itulah yang akan jadi Perdana Menteri. Begitu juga jika calon BERSATU atau Amanah yang difikirkan lebih layak dan dipersetujui, merekalah pula yang akan menjadi Perdana Menteri.

Tidak terkecuali, jika ada calon Melayu daripada DAP yang benar-benar layak dan lebih baik berbanding calon-calon lain, tidak mustahil mereka juga boleh mengisi jawatan Perdana Menteri itu.

Pokoknya, ia bukan mutlak milik sesuatu parti sebagaimana dalam BN. Meskipun begitu, calon Perdana Menteri itu tetap Melayu, sesuai dengan kedudukan Melayu sebagai majoriti penduduk negara ini.

Konsensus dalam memilih calon Perdana Menteri itu tidak saja menjadikan rakyat akan mendapat calon Perdana Menteri yang "terbaik daripada yang baik-baik", malah kedudukan parti-parti yang hampir seimbang dalam Pakatan Harapan akan menjadikan "check and balance" lebih berfungsi dengan baik dan tiada sesiapa boleh berbuat sesuka hati atas kuasa yang dimiliki.

Tidak seperti UMNO yang mendominasi BN, bukan saja BN itu seperti milik mereka, lihatlah lagak-lagak orang-orang UMNO, negara ini pun seperti hanya mereka yang punya.

Tanpa keraguan, dengan wujudnya BERSATU, inilah masa yang tepat  untuk orang-orang Melayu dan rakyat seluruhnya berhijrah dan meninggalkan UMNO serta BN, seterusnya menjadikan Pakatan Harapan sebagai payung baru yang lebih kukuh untuk sama-sama bernaung. (SH 10/08/2016).

27 comments:

  1. Sdr budin,
    sebelum pada ini ramai pemimpin pemimpin species lanun terutamanya suka memperbodohkan bodohkan orang melayu macam lembu yang sharizat bela...dengan menyatakan bahawa dengan banyaknya parti melayu melayu akan pecah dan DAP memerentah...cerita dan ugutan macam ini kalau dicerita pada sibahalol dan sibangang ok la akan diterima bulat bulat seperti lembu cucuk hidung.

    DAP boleh memerintah adalah melalui beberapa cara:
    1.Atas persetujuan semua MP terutama dari MP melayu yang sudah tentu majoriti kerana mendapat kerusi dari kawasan pengundian melayu yang lebih 60 % keatas. DAP tak akan memerintah kerana kerusi cina tidak mencukupi dan kerusi melayu dari Pakatan Harapan dan BN adalah majoriti,walaupun banyak parti melayu tapi mereka mewakili dua blok politik iaitu PH dan BN.

    2.Orang melayu sendiri sudah muak dengan ahli politik melayu dan terlalu beria ia mahukan MP bukan melayu dengan mencadangkan kepada DAP meletakkan calun bukan melayu dikawasan majoriti melayu jadi boleh la Tony pua dan Teresa kok jadi PM ( ini masuk akal ka).

    Jadi jangan tertipu dengan dakyah pemimpin rasuah dalam umno sekarang semua nya untuk kesenangan mereka ada pun kebaikan bagi orang melayu adalah sedikit itu pun dari polisi zaman PM dahulu yang sedar diri dan insaf dengan kesusahan orang melayu.Kalau diharapkan pemimpin umno sekarang tiada langsung polisi baru yang menyerlah untuk orang melayu semuanya tipu belaka kalau ada pun 10% untuk rakyat 90% keuntungan projek untuk mereka ,kroni dan keluarga.

    Semua polisi untuk pembangunan orang melayu bumiputra seperti MARA dan Agensi berkaitan yang sudah dipetri dan di gubal dalam perlembagaan semestinya diteruskan kerana ia melibatkan polisi dasar dalam perlembagaan mungkin pindaaan untuk menambah baikan sistem agar lebih tulus dan mungkin juga akan dibuat lebih adil untuk semua rakyat miskin semua kaum diujudkan satu agensi bantuan untuk semua rakyat malaysia yang beroperasi seperti MARA jadi tak yah la orang melayu nak ditipu berulang ulang kali dengan dakyah kalau umno hilang kuasa semua polisi yang termaktub selari dengan perlembagaan akan lupus ini cerita bahalol seperti sharizat mengajar lembu lembunya dan seperti MP p salak Tajjudin mengajar beruknya.

    ReplyDelete
  2. Tahniah
    Syukur
    Amin
    Moga rakyat akan terbela seadilnya

    ReplyDelete
  3. Buatlah parti lanchow apa pun, saya xdak masalah. Lantiklah lanun mana jadi kutua pun, xpa.

    Jangan PAS era post-TGNA memerintah, ini yg saya mau.. selagi kepimpinan PAS haprak yg ada terus memimpin PAS, sorilah yer. Gua mmg menyampah giler.

    ReplyDelete
  4. Rahmat allah selalu bersatu

    ReplyDelete
  5. Jawapan mudah.

    BERSATU ditubuhkan untuk mengajar UMNO. Maka datang PRU BERSATU akan bertanding di kerusi UMNO. Kerusi-kerusi ditandingi UMNO adalah kerusi majoriti Melayu. Calon UMNO adalah Melayu. Adalah suatu yang bodoh jika BERSATU meletakkan calon selain Melayu. Makanya, jika calon UMNO kalah calon BERSATU akan jadi Wakil Rakyat. Tidak berkurang wakil/kuasa Melayu di DUN dan Parlimen. Yang berkurang cuma orang UMNO dalam Dewan pengubal undang-undang Malaysia.

    Cumanya, selama ini kerusi ditandingi UMNO lawannya samada PKR atau PAS. Kini ada AMANAH dan BERSATU. Mampukah BERSATU mendapat restu PKR/PAS/AMANAH bertanding dikerusi 'milik' mereka?

    Ke semua parti tersebut harus sedar bertanding PRU bukan sekadar untuk mendapat semula deposit. PRU kali ini adalah untuk menjatuhkan Regim. Makanya matlamat hidup mati ke semua parti tersebut adalah untuk menang kerusi-kerusi yang ditandingi dan rampas Putrajaya, tiada lagi hujah matlamat aqhirat semata-mata dan sebagainya.

    PRU13 dan PRK selepasnya menjadi petunjuk keupayaan parti-parti di kerusi-kerusi yang ditandingi. Jika sebelum ini 2 kali kalah berturut-turut atau peningkatan undi Melayu tidak melebihi 10% berbanding pilihanraya sebelumnya maka ada baiknya mereka menyerahkan kerusi tersebut kepada BERSATU. Ini terpakai pada PKR dan PAS yang bertanding sebagai PR. Situasi PRU14 berbeda dengan PRU11-13. PAS kini bersendiri maka sokongan diraih mereka pada tiga PRU terdahulu tidak boleh dikira indikasi kekuatan dan peluang kemenangan.

    Sekiranya PKR dan PAS berdegil mahu bertanding di kerusi yang mana peluang kemenangan kepada mereka agak tipis maka pimpinan parti harus memikul tanggungjawab dan layak dicela dan dihukum rakyat kerana 'memenangkan' Regim dengan tidak memberi peluang parti yang berkeupayaan, 'fresh' dan makin beroleh sokongan rakyat seperti BERSATU/AMANAH untuk menewaskan UMNO.

    Perbincangan pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang harus dimulakan sekarang. Keputusan perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum sidang Parlimen penggal ini luput. Hanya dengan itu kita memgenali parti/pimpinan mana di antara pembangkang yang resamnya musang berbulu ayam/bebiri!

    ReplyDelete
  6. Umnor dan balaci najis
    Dah kalau bilau huru hara

    Buat macam2 spekulasi buruk
    Kedatangan BERSATU yang kuat pengaruh

    Ucapan dah berbaur fitnah tohmahan

    ReplyDelete
  7. Hapus umnor dan bn gang
    Musnah kecelupar dan ego jazlan johari noh omar kari keruak berok

    ReplyDelete
  8. Hancur terburai bisu najis balaci
    Sombong bongkak takbur

    Maka masa dah tiba jua
    BERSATU benteras dan cantas kebiadapan najis balaci dedak

    Gembar gembur isu remeh dan karut
    Sengaja buat isu lain

    ReplyDelete
  9. Saya seisi keluarga dan semua sanak saudara akan sertai Bersatu

    ReplyDelete
  10. Sila gugurkan ADUN dan MP sampah yg ada dlm pakatan skrg. Pastikan calon yg bersih berintergriti wibawa saja yg dicalonkan semula.

    Mula bergerak dari sekarang mendekati bakal pengundi. Pastikan bantu org susah. Ziarah jika ada org sakit atau berlaku kematian.

    Jgn terhegeh hegeh waktu parlimen dah bubar.

    Usahakan untuk guna satu lambang! Penting utk kerjasama mantap ketika kempen....

    Kipidap...Pakatan Harapan + Bersatu.

    Mulai sekarang nama kamu Atok namakan

    PAKATAN HARAPAN BERSATU

    Tok Uban

    ReplyDelete
  11. Pakatan sampah tak akan dapat perintah malaysia selagi fitnah caci mencaci dah jadi darah politik kau orang..skrg ujud lagi satu parti 'lelehan'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 14.36,
      Jadi kau menyokong penyelewengan mcm najib malah byk kali menipu...sampai hari ini takut saman WSJ dan Tun M bersabit 1MDB...apa yg berlaku bukan fitnah tapi fakta,cuma najib dan kuncu kuncu asyik menipu dan berlaku zalim,hanya orang orang fasik yg menyokong kepimpinan seperti ini iaitu tahu perkara mungkar itu salah tapi di sokong dan pertahankan....hidup dlm mungkar ada la fasiq walau pun kita beriman dgn allah swt.

      Delete
    2. Tak malu ke menyokong rasuah yg berbilion2 tu??? Kalau tak malu dengan Allah pun....malulah sikit dengan masyarakat.

      Rasuah bukan saja bercanggah dalam agama tapi juga bercanggah dengan tata susila manusia tu sendiri.

      Delete
    3. Jenis melayu haprak memang akan sokong orang melayu penyamun haprak..depa peduli apa rakyat..asal diri sendiri kaya raya dgn dedak atau apa saja yg halal atau tak halal.Ini jenis manusia tak ada nilai agama dalam dirinya sama sekali.Jenis ni mungkin tak solat atau solat sebagai adat saja..jenis inilah yang akan menjahannamkan bangsa agama dan negara.Jenis ini patut di hapuskan ...

      Delete
  12. 14:36....jadi...kau sokong lah Najib dengan dasar Cash is King dan budaya rasuah?

    ReplyDelete
  13. 'fish rots from d head' - ikan mula membusuk dari kepala.

    penjawat awam tidak begitu takut lagi dgn perbuatan jenayah rasuah kerana ketua kerajaan sendiri dgn jelas tlh terlibat dgn rasuah paling besar setakat ini.

    ini bukan bermakna ketua2 kerajaan sebelum nya tidak menyalah guna kan kuasa. beza nya ia lah mereka2 ini tidak tertangkap basah.

    sebalik nya najib d 'tangkap tangan' (caught red handed)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PM berkaliber sampah, lantik dia jadi Presiden kita sudah kurang ajar.

      Delete
  14. Macam mana agaknya kalau semua komponen parti dalam BN, keluar dari BN....tinggal umno aje...mungkin PAS akan masuk bersama2 dgn Ikatan...bayangkanlah...

    ReplyDelete
  15. Masalah dengan orang Melayu terlalu gairah untuk menjatuhkan sesama Melayu. Tak kira pembangkang mau pun kerajaan.

    Cina, walaupun dari parti mana namun bila sampai waktunya kulit kuning langsat juga menjadi keutamaan.

    Bangsa kulit sawo matang adalah spesis paling hebat menghina sesama sendiri. Sebab itulah paling dominen dalam sesuatu kumpulan tidak kira mana2 pihak ialah bangsa Kulit Kuning Langsat macam aku... Pi mampus keturunan Sawo Matang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap la kat luar kalau berani...nanti lu punca lancau hilang laa..

      Delete
  16. Sekadar cadangan untuk negara ku yang tercinta..

    1. Bersatu (majoriti Melayu bekas Umno) bergabung dengan Amanah (majoriti Melayu bkas Pas).

    2. Sebab idelogi Bersatu sama dengan Amanah?

    3. Inilah erti penyatuan Melayu pasca baru.

    3. Gabungan Bersatu & Amanah lawan kerusi Melayu Umno.

    4. Perlu berjiwa besar.. Penyatuan politik Melayu.

    terima kasih

    ReplyDelete
  17. Kah kah,,,,budin2. Nat sabu yg korang puja tu permata ke?? Kata dulang paku serpih,mengata orang dia yg lebih. Sampah daripada tong sampah pas je tu mat sabu dan geng diorang tu. Pengkhianat lagi dari sudut berparti dan adab berjamaah. Sesetengah mereka pula langgar bai'ah lagi,,, budin2,,,,

    ReplyDelete
  18. Terima dedak atau tidak berkerjasama dgn orang fasik adalah kerja orang fasik juga....Hadis nabi.."Apa yang aku takut ialah sejenis dajjal daripada dajjal yang betul".Sahabat bertanya.."Siapa mereka".."Merekalah ulama2 yang buruk"..Mengikut kajian Dajjal ialah orang Barat.Pemimpin2 Keristian Barat.Demokrasi berparti memang berasal dari barat..(Dajjal).. jadi ulama yang megamalkan demokrasi dari Barat dan terlibat dan melibatkan agama sebagai parti di dalamnya inilah yang Dajjal..Siapa lagii kalu tidak ulama2 parti Pas..???..Ketika UMNO elok dan bersih dulunya mereka nak rebut kuasa sangat2..bila ada kes penipuan yang besar terus pergi join..tak Dajjal mcm mana tuu !!!!!...Sabbda Rasul ternayata amat benar..Dulu tuduh ulama kerajaan setan bisu..sekarang ada kes besar yang perlu di percetulkan diam saja..Sekarang siapa yang setan bisu..? wallu aklam...sebab itu nabi kata jangan hina orang.sebab orang yang menghina itu takkan mati sebelum ia melakukan apa ynag di hinanya itu..Pemimpin2 Pas bukan saja lemah ilmu politik dan ekonomi..mereka juga lemah ilmu agama dan tak faham mana politik mana agama...Nabi pun cakap mereka ni ulama dajjal..Ulama Dajjal boleh di percayai kah..??..wallhu akalm.

    ReplyDelete
  19. Tanya diri sendiri, pernahkah mengundi calon untuk jawatan PM? Bila PM pilihan umngok maka peluang terbuka luas untuk rakyat ditipu dan dirompak.

    ReplyDelete
  20. Orang yang terima perompak sebelum ianya jadi perompak..dgn orang yang terima perompak sementara dia tahu ianya dah jadi perompak dan sedang merompak,siapa yang lebih hina..?

    ReplyDelete
  21. Perdana menteri sekarang memang sampah...terlalu banyak onar...warga mongolia d bom, peguam kanan d simen, duit dalam account berbilion, merompak 1mdb, rasuah makanan harian, semua harta negara tergadai ke china...memang patut d kenal sebagai bapak perosak negara...

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete