Friday, 19 August 2016

BAGAIMANA MAHU JADIKAN ZAHID HAMIDI PERDANA MENTERI?

Tiba-tiba saja Najib Razak bercakap soal pengganti dan berundur diri. Entah betul, entah tidak dan boleh dipakai cakapnya itu atau sengaja mahu bagi "geli-geli" kepada Zahid Hamidi.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, tentu Zahid Hamidi dan sekalian penyokong serta pendokongnya merasakan Ahli Parlimen Bagan Datoh itulah calon pengganti bila Najib benar-benar mengundurkan diri.

Tapi bila Najib mahu berundur diri dan benarkah Zahid Hamidi penggantinya yang beliau berjanji tidak akan mengganggunya bila bersara nanti?

Dengan berulang kali mendakwa dirinya Pahlawan Bugis yang pantang mengalah, bukan sekadar ketika layar dikibar dan sauh dilabuh serentak atau sampai tanah berkeping-keping, tetapi juga sehingga halilintar membelah bumi, mustahil Najib akan berundur sebelum pilihanraya umum diadakan.

Berundur sebelum pilihanraya tidak lebih umpama menghadiahkan trofi kemenangan kepada Tun Mahathir secara sukarela.

Namun, jika selepas pilihanraya baru mahu berundur, kemungkinannya sama ada ketika itu BN terus berkuasa atau sudah hilang kuasanya.

Kiranya BN sudah hilang kuasa, memang Najib tidak mungkin berani mengganggu penggantinya, sebaliknya lebih mungkin penggantinya pula yang akan memburunya atas pelbagai skandal yang terpalit kepadanya.

Zahid Hamidi dan semua pemimpin dalam UMNO yang berangan-angan mahu jadi Perdana Menteri,  hanya mampu menggigit jari saja ketika itu.

Kalau BN terus menang pula, siapa pengganti pilihan Najib?

Meskipun sekarang ini Zahid duduk di kerusi nombor dua, majoriti rakyat dan ahli UMNO tidak percaya beliau masih mampu kekal di situ lagi sekiranya Najib terus berkuasa.
Dengan terus memegang kuasa, sekalian yang waras percaya bahawa Najib mampu mengatur pelbagai cara  untuk lebih menonjolkan sepupunya, Hishammuddin Hussein dan dalam masa yang sama membuatkan Zahid Hamidi terpinggir secara perlahan-lahan.

Sebagaimana yang turut diberitahu Najib semalam, banyak perkara yang ingin dilakukannya selepas bersara seperti bermain bola, menulis buku dan melawat negara-negara yang belum pernah dilawatinya. 

Tentu sekali Najib lebih aman dan selesa melakukan semua perkara tersebut jika Perdana Menteri waktu itu ialah sepupunya sendiri.

Jadi, macam mana nak jadikan Zahid Hamidi Perdana Menteri? tanya seorang penyokong Timbalan Perdana Menteri yang kebetulan sempat berbual-bual dengannya malam tadi sambil menikmati sate kambing di sebuah gerai di pinggir ibukota. (SH 19/08/2016).

50 comments:

  1. Masalahnya zahid hamidi pun dah jumpa penderma2 arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main bola? Tulis buku? Lawat negara2? Gila ke?? Jgn bermimpi la najib..kau boleh buat semua tu dalam penjara. Kau boleh jadi mcm bekas presiden tunisia zine el abidine ben ali..lari ke arab saudi bersama bini kau. Bawak harta sekali mana yg sempat. Khadem al qubaisi pun dah kena tangkap, KPN bila pulak nak bwk pulang penyamun negara..jho low & riza aziz??

      Delete
    2. Kenapa tidak ada orang buat laporan polis Teuku adnan menipu guna gelaran Tengku?

      Delete
    3. Jangan bimbang, Gagasan Sejahtera (Pas+Ikatan) semakin kuat dan akan mengambil alih pentadbiran negara selepas kemenangan PRU14 nanti.

      Keahlian PAS sudah melebihi 1juta dan Ikatan mempunyai ahli yg segak dengan "bow tie" seramai 3juta dgn bantuan masyarakat jin akan menguasai sekurang kurang nya 200 kerusi parlimen dlm PRU14 nanti.

      kikikiki...kenapa ketawa?
      Tak percaya ya!!!

      Delete
    4. Risau juga kalau Najib bagi "geli-geli" kerap sangat kat Zahid ni....takut terpancut sebelum sampai ke destinasi.
      Akhir-akhir ini kita tengok Zahid dah banyak buat latihan public speaking dalam bahasa omputeh....kadang kala geli hati juga......
      Kalau Zahid jadi PM maknanya orang Melayu belum dapat jadi PM lagi...mula2 Siam dikuti Bugis, Turki, Kerala, Arab Bedewi, Bugis lagi dan Kemudian Jawa-Minang...

      Delete
  2. Masalahnya zahid hamidi pun dah jumpa penderma2 arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah...akal penyamun. najib nak tgk reaksi sama ada penggantinya boleh kawtim atau tak lepas letak jawatan. Jangan harap kau boleh bersara dengan tenang..salah tetap salah. Pengikut tegarnya mesti digantikan sekali kalau najib bersara. Pandi, khalit, bnm..

      Delete
  3. Jangan lak lain orang yang gusar runsing lain lak yang tak boleh tidor malam!

    ReplyDelete
  4. Take payahlah nak berangan dulu. Najib wajar diberi peluang dan ruang utk terus pimpin negara. Kerana masih banyak perkara yg beliau boleh lakukan utk membangunkan negara ini. Najib seorang pemimpin berkalibar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon sokong dia kekal sampai PRU nanti....bukan apa, seronok dengar komen pembesar2 umno yang sokong dia....

      Delete
    2. membangunkan negara..? contoh..? alloo kawan, baik kau pegi buat medical check up laa..

      Delete
    3. Kawan, lupa makan ubat ke? Orang gila mana mengaku dia gila!

      Delete
    4. Kawan, lupa makan ubat ke? Orang gila mana mengaku dia gila!

      Delete
    5. Pahlawan Bugis di Melaka Idris Haron kata Najiblis anugerah Allah kepada umat Melayu!!!

      Delete
  5. Ahmad maslan 4 PM. Ahmad Bashah 4 TPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis tu Nawawi ngan Idris haron nak letak mana?

      Delete
  6. "Sebagaimana yang turut diberitahu Najib semalam, banyak perkara yang ingin dilakukannya selepas bersara seperti bermain bola, menulis buku dan melawat negara-negara yang belum pernah dilawatinya."

    Bang Din, Sg. Buloh @Malaysia ada fasiliti2 ke?

    ReplyDelete
  7. bersetuju !!!
    supir saya menteri kewangan.

    hancus jawab nya.

    ReplyDelete
  8. Hihihi paling lawak.
    Bersara xkacau orang.
    Hihihi kecut la tu.
    Apakah darah pahlawan ini?
    Lupakah ia ttg
    "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"

    ReplyDelete
  9. Seorang gadis dari Pekan, Pahang menceritakan bagaimana Najib memeluk erat neneknya yang berusia 80an dgn penuh kasih saying. Neneknya orang susah dan Najib telah memberikan bantuan sewajarnya. Begitulah prihatinnya PM kita. Najib melakukannya tanpa kehadiran jurugambar dan wartawan TV3 mahupun Utusan Malaysia. Beliau bagaikan Sayidina Umar yang menyamar pads waktu malam utk melihat sendiri kesusahan rakyat. Kampung Pulau Keladi Pekan menjadi saksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh heh heh

      Delete
    2. Eh!....berani ke Najib masuk kampong,jalan sorang-sorang tengh malam........????
      Tidor sorang-sorang pun takut, nak jalan malam-malam ketok pintu rumah orang miskin sorang diri, lagi tak boleh aku shadowkan dalam kepala. Mungkin ini angan-angan gadis tu tak - mengangkan PM datang malam-malam panjat masuk bilik dia, bila nenek terdengar bunyi kecoh dalam bilik tu, nenek pun masuk. Itu yang dipelok erat-erat......HEHEHE

      Delete
    3. Ha ha ha. Robin Hood? He he he!

      Delete
    4. Bila Najib nak datang ke Estet dan kampung Melayu yang dekat putrajaya? Ada Ramai yang miskin melarat, makan sekali sehari kerana gaji tak cukup...Masuk syurga ker Najib jika dia tidak peduli dengan jiran2nya yang tidur perut kosong

      Delete
  10. Kenapa nak turunkan najib. Nape seme org selalu sgt marah2 beliau? Bukankah beliau seorg pm yg hebat dan terkenal pernah msia miliki!?

    Antara jasa dan sumbangan pm najib yg tersemat kukuh dlm sanubari org kpg ialah..brim...tunai haji percuma..krim..dan prima.


    Ada pm sebelum ni buat kerja2 hebat tersebut...ade?? Tengok banyak jln raya baru dibina. Jalan rosak dibaiki. Itu le pembangunan dan kemajuan namanya!

    Ada pm sebelum ni pernah ketuk bola golf dgn mr. President of usa. Ada..?? Itu bukti beliau diiktiraf oleh kuasa dunia..!!

    Beliau telah menjadikan msia terkenal dan jd sebutan seluruh dunia. Sapa tak kenal pm msia?? Hatta kucing diceruk dapur di negara Samoa di kepulauan Caribean sana pun kenal akan beliau...!

    Oleh itu...menjatuhkan pm najib hanyalah agenda org kapir yahudi krabi yg didokong oleh dap di msia. Mereka cemburu kejayaan msia di bawah pentadbiran pm najib...

    Yang nyata...DOJ telah berjaya dipengaruhi oleh parti dap dan pan utk selongkar pasal 1mdb. Tapi obama akan halang proses mahkamah itu nanti...sebab beliau teringat kemesraan ketika bermain golf dgn DS Najib yg kita sayangi...

    Ohyeeahhh..

    Hidup dato sri...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pendapat kau aje. Teruskan mimpi kau orang kampong pandang tinggi kpd Najib.

      Kasi duit BRIM, sapa pun takkan tak ambik. Tapi orang kampong dah ramai yang tahu PM yang bagus bukan main kasi duit aje. Tengok polisi nya jugak.

      Mana bagus nya bila Najib senyapkan DEB yang di zaman Tun M dah dapatkan 23% kekayaan Melayu (Najib 6 tahun merintah tak berani nak kira dah tinggal berapa % sekarang).

      Peruntukan duit biasiswa yang sepatut nya untuk kaum yang ketinggalan di belakang ekonomi dan pelajaran nya pun Najib kasi kpd bebudak Cina kaum yang terkaya di negara ini sejak berpuluh puluh tahun, yang beratus jutawan Cina kasi derma utk biasiswa hingga UTAR tak mahu terima RM30 juta sabelom PRU13.

      Betapa susah anak orang kampung nak dapat biasiswa sekarang. Di suruh Najib bertanding dengan budak Cina di padang yang tak sama rata. Mengarut punya PM.

      Delete
    2. agenda org kapir yahudi? Mengarut lagi kamu.

      Najib yang panggil bank Yahudi Zionis Goldman Sachs beroperasi di Malaysia. Kasi lesen, kasi projek besar, upah nya saja berjumlah US$500 juta = RM2 bilion.

      Bank Yahudi Zionis itu bantu Najib bikin bond tapi jugak kasi peluang dia seleweng 1MDB dan songlap berbilion Ringit masuk akaun dia, anak tiri dia, kroni dia dll.

      Auditor General kata US$7 bilion (RM28 bilion) lesap dari akaun 1MDB. Dept of Justice USA kata US$3.5 billion (RM14 bilion) di "misappropriated and money laundered" di US, dalam proses rampas.

      1MDB terhutang RM53 bilion, IPIC pulak tuntut RM28 bilion, membebankan rakyat sebab 1MDB gomen punya dan tanggungjawab semua hutang.

      Delete
    3. Saya SOKONG Anon 17.18.......hehehehe.
      Memang takda PM Malaysia setanding Najib yang pandai buat slogan 1M.....1 Malaysia, BR1M, PR1M, KR1M. TR1M,CR1M, DR1M,.... dan yang paling fames MO1.....HEHEHEHE
      MO1 ni, sapa tak kenal.
      Bukan je kucing kurap di dapor rumah orang SAMOA, bahkan juga di GUNEA, Afrika!
      MO1 yang pintar mencuci duit sampai bersih. Lagipun, bukankah Najib sudah beberapa kali menunaikan Haji, mengerjakan UMRAH dan menderma orang kampong miskin menunaikan Haji setiap tahun......?????
      Lihatlah DONIA, Najib yang bina PAN 1 Borneo - dari Sarawak ke Kalimantan. PM lainmana ada membangunkan Sarawak dan Sabah. Jasa-jasa Najib memang wajar dihargai. Dia patut terus jadi PM sampai mati!!!!!

      Delete
    4. Setuju dg anon 17:18. PM kita terkenal diseluruh dunia dan mendapat publisiti yg meluas di 53 media (???) seluruh dunia hinggakan rakyat malaysia yg berada diluar negara segan bila ditanya mengenai siasatan USDOJ.

      Saya juga bersetuju PM sekarang yg paling popular diseluruh didunia berbanding dg PM sebelumnya.

      Delete
    5. 1718, 919 dan 1047 orang yang sama. Dia banyak kali komen dan jawab sendiri di blog2 lain. Pemikiran dia, cara mengeluarkan hujah memang sama. Dia di panggil Jing Jibo di blog politikputramerdeka.blogspot.my.

      Dia main terjah saja. Takda punca malumat, link atau sebagai nya bagi apa yang di kata. Selalu membohong, menipu dan memfitnah. Jenis yang Najib kata di kempen PRU13 dulu sebagai bangang, hamjadah. Penyokong dia yang tak membantu dia mencari dan mengeluarkan fakta yang pengundi boleh percaya. Nayaris ingkup Najib di PRU13.

      Delete
    6. Anon 11.09......kamu ni mesti Anon 8.41 & 8.44..............????
      Anon 11.09, 8.41 & 8.44 kena belajar ilmu dan bahasa orang berblog. Kureng kefahaman bahasa, payah nak faham mesej tersirat. Mana boleh asik nak ngutuk je, cubalah belajar kefahaman ayat 'memuji'. Memuji ni ada pelbagai teknik.
      * Puji melambong
      * Puji-pujian
      * Puji & Puja
      * Puji menyindir.
      Yang mana satu mednggambarkan pujian Anon-Anon 17.18, 9.19 dan Anon 10.47...?

      Yg bena,
      Anon 919.
      cikminah kontot........(bukan Anon 17.10 & 10.47)

      Delete
    7. Anon 11:09 silap kami bukan org yg sama. He he he.

      Delete
    8. Anon 11:09 silap kami bukan org yg sama. He he he.

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. ketam mana boleh kritik anaknya jalan mengiring..sebab bapak ketam pun tak boleh jalan lurus kedepan..

    ReplyDelete
  13. Ye sokongla pik jib?
    Hutang rm700billio
    Skandal rm50billion

    Bagus bugis?

    KERIS

    ReplyDelete
  14. untuk selamat jalan dicari untuk jadikan sepupunya
    penggnati
    bugis sedang merintis jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok pok pok sepupu tu bapok

      Delete
  15. Beranike lepas jawatan sebelum waktunya. Tak takut ke kuasa pegun 1MDB Tun Mahathir selaku pembangkang no 1 Najib.

    ReplyDelete
  16. Ini semua nak pancing sokongan ja disaat krisis melanda dengan kata lain kalo mau berjaya sokong najib, ada harapan naik pangkat..boleh pecaya ke..

    ReplyDelete
  17. Komedi kena tunjuk dalang/bukti gred A +++ siapa sebenarnya MO1.

    ReplyDelete
  18. Letak jawatan? Tak mungkin. Melainkan Hishamuddin jadi Timbalan Presiden. Tak mungkin. Sebab dia tak bijak. Jadi Menteri Dalam Negeri, di gelar "Menteri Amaran". Tak ambik tindakan. Takut. Tak pasti. Tak berani. Mana boleh jadi PM macam tu.

    Tak mungkin letak jawatan. Sebab dia dah aturkan undian parti ha nya salepas PRU14. Sepatut nya undian parti tahun ini. Tapi dia tangguhkan selama 18 bulan dari hujung tahun ini. Jadi, lepas PRU14 lah.

    Jadi, apa kita nak buat? Kita teruskan kritik, caci, keji, sebat, belasah apa yg dia buat dan yang dia tak buat lah. 1MDB ia lah "flagship carrier" cacian itu. Bertan tan boleh sebat hari hari, siang malam. Supaya rakyat kampong semua faham dan dapat separuh saja di kampung paling tadah dari dia jadi lah. Mahukan dia lingkup di PRU14. Takda jalan lain, beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak letak jawatan sebab tajut yang ganti dia dakwa dia di mahkamah salah laku 1MDB, mauk pnjara, cell sabelah kawan baik dia Anwar Al Jub.

      Tak letak jawatan sebab Rozy tak kasi. nakkan terus boleh pakai eksekutif jet, shopping di Hawai, belanja berjuta Ringgit.

      Delete
  19. Tak payahlah lantik jadi PM jawabnya 2x5 sahaja kalau ketuanya begitu yg pasti anaknya akan ikut jejak ketuanya yg penting ubah dlm pru14 doakan parti pakatan pula memerintah itu lebih baik

    ReplyDelete
  20. Tak payahlah lantik jadi PM jawabnya 2x5 sahaja kalau ketuanya begitu yg pasti anaknya akan ikut jejak ketuanya yg penting ubah dlm pru14 doakan parti pakatan pula memerintah itu lebih baik

    ReplyDelete
  21. Chiiss..kue ngomong opo neh?? Ini..Kang Jahid laaa..keturunan palawan jowo dipo negoro bersusur galur sunan darajat kiyainya baphak bung soekarno tidak mundur sama skali..opo yang kelian harap sama palawan bugis?? Bukankah darik jaman dahulu lagik sudah terkenal di saantero nusantara sebagei lanun kaparat..hanya gue saja yang bisa kasi nyaman hidup kue..hidooop jowo!!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wong Jowo ono seng apik lo. Aqeh.

      Tapi wong Jowo Zahid kae tak tau lah. Dia di zaman Anwar Al Jub pun dah ada RM230 juta, kata Tun Mahathir. Tun tahu, sebab di zaman dia, orang kuat Kerajaan dan UMNO di minta declare assets.

      Anwar Al Jub Menteri Kewangan di zaman itu yang aturkan Zahid dapat beratus juta itu. Al Jub sendiri ada RM3 bilion. Google lah Surat Sumpah Abdul Murad Khalid, bekas Pegawai Tinggi Bank Negara Malaysia untuk butiran lanjut nya.

      Zahid lompat lompat taat setia nya. Sekarang dia mungkin nampak sebagai taat kpd Najib. Tapi ada yang kata dia menangguk di air keruh jugak. Rasa nya dia ada pengikut2 nya di Majlis Tertinggi UMNO. Kot menunggu masa sesuai untuk bertindak.

      Delete
    2. Wah!.Kalau Zahid berjaya jadi PM, Malaysia akan bertukar nama jadi BANGLAsia!!!!!

      Delete
  22. Kalau ya pun nak kritik pengganti senyap-senyap apa lah yang boleh dikritik selain aneh bin pelik. Nak kritik pengganti supaya jangan ada rm2.6b dlm akaun? Nak nasihat pengganti supaya jangan lucut jawatan ag hanya atas alasan dia x sihat?

    Sebenarnya dah ada orang yang kritik hang senyap-senyap dan nko sendiri dah tahu apa dah jadi pada pengkritik nko tu kan?

    Akhir kata nko ni bala pada negara maka ada siapa yang nak ambil pusing kritikan hang tu nanti? Usah khayal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang cakao kat Shahbudin ke? Kalau gitu aku nak tuding hang.

      Memang lah Nak kritik pengganti supaya jangan ada rm2.6b dlm akaun. Nak nasihat pengganti supaya jangan lucut jawatan ag hanya atas alasan dia x sihat.

      Kalu hang nag gertak orang mengkritik Jio dan konco konco nya, hang baca ini:

      Appeals court: No one should be afraid of criticising govt / public officers conduct

      http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/06/08/appeals-court-no-one-should-be-afraid-of-criticising-govt/

      Federal Constitution allows people to exercise freedom of speech, court says in written judgment when setting aside defamation suit by Pahang MB against newspaper.

      PETALING JAYA: The public should not be afraid to talk about government and public officers’ conduct, says the Court of Appeal.

      In a 31-page written judgment by Court of Appeal Judge Justice Idrus Harun, in the case of Pahang Menteri Besar Adnan Yaacob suing Utusan Melayu for defamation, he noted the people should discuss their government and public officials’ conduct without being subjected to civil actions for their opinion

      The panel .. that the Derbyshire principle, which rules that those holding office in public bodies .. cannot sue in their official capacity, should be applied and be adopted in the country’s defamation laws.

      Amacam, hang tau bahasa Englaaaaaand tak?

      Delete