Monday, 1 August 2016

AMINNN...SAMA DAN SERUPA


Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dzulkifli Ahmad berikrar untuk menjalankan tugasnya dengan menjadikan firman Tuhan sebagai pegangannya.

Dalam kenyataan pertama bersama tugas barunya itu, Dzulkifli berkata beliau sedar akan perintah Tuhan yang menyeru orang-orang beriman agar tidak khianat kepada amanah yang diberikan.
Perintah Allah SWT itu akan sentiasa saya jadikan pegangan serta pedoman sepanjang melaksanakan amanah yang berat ini, katanya lagi.

Aminnn...

Pada 27 Julai lalu, Peguam Negara Apandi Ali berkata, beliau berpegang kepada falsafah Al-Quran  yang memerintahkan supaya manusia diadili sama rata tanpa memberi pertimbangan kepada pangkat atau hubungan kekeluargaan.

Katanya, falsafah itu bukanlah sesuatu yang asing kerana menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih adalah juga falsafah yang sungguh sinonim dengan fraterniti perundangan sejak sekian lama.
Falsafah Al-Quran itu juga memberikan saya inspirasi untuk mencipta slogan baharu Jabatan Peguam Negara "Bertekad Menegakkan Keadilan", tulis Apandi dalam sebuah akhbar.

Juga Aminnn...

Kedua-dua mereka nampaknya sama-sama berpegang kepada Al-Quran.

Tetapi, Dzulkifl didapati duduk bersebelahan Apandi ketika Peguam Negara itu mengadakan sidang media pada 26 Januari lalu yang membersihkan Najib daripada sebarang pertuduhan terhadap siasatan SPRM berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta serta dana RM42 juta milik SRC International yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Dalam kenyataannya semalam, Lim Kit Siang percaya Dzulkifli ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara telah memainkan peranan penting dalam membantu membersihkan nama Najib. Jawatan akhir Dzulkifli di Jabatan Peguam Negara sebelum dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM ialah sebagai Pengarah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara.

Mudah-mudahan dengan sama-sama menjadikan Al-Quran sebagai pegangan, kedua-dua mereka benar-benar berpegang kepada ajaran serta perintah Tuhan dan bukan sekadar memegang Al-Quran ketika membacanya saja. (SH 01/08/2016).

38 comments:

  1. Munafik tidak ada sikit pun masalah untuk putar belit Al-Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah masuk kangkang Rosmah aka Najib ,alquran pun depa boleh buat macam buku prono main main janji dan menipu nak kata kufur depa ini mengaku solat dan mengucap syahadah,nak kata munafik memang dah ada pun yang tepat "Fasiq" iaitu tahu salah tapi masih melakukan mengulangi kebatilan dan kemungkaran kerana habuan dan keseronokan duniawi.Ini la Apandi Dhobi ,Dzulkifli dan semua yang sewaktu dengan nya.

      Delete
    2. Manusia munafik tak ada rasa malu dengan Allah dan RasulNya. Mereka boleh menyebut nama Allah untuk tujuan kepentingan duniawi dengan tanpa rasa takut.

      Namun segala kata-kata dan sumpah sudah pun dicatit oleh malaikat disimpan sehingga sampai masanya akan dibacakan di hadapan Allah, Hakim yang maha adil lagi maha bijaksana. Maka di akhirat nanti jadilah manusia munafik itu manusia yang penuh dengan kesalan kerana amanah tidak ditunaikan secara hak. Malah menanggung siksa atas dosa bersubahat.

      Delete
    3. dont expect too much from this joker.

      Delete
    4. Dia buat semua kerja tu atas arahan Sounded yang kemudiannya buat pengumuman Najiblis tidak berapa. He3. Tengok muka dia pun tahu tak boleh dipercayai. Kalo betul bertuhankan Allah, mass tu dah buat. Skrg lebih kuat bertuhankan Najiblis.

      Delete
  2. Pernah gi kedai mamak tak? Bila mintak roti canai dan teh tarik, apa mamak cakap? Siapppp....

    Kahkahkah..kena tipu siang dan malam. Ini ayat nak bagi sedap dengar saja. Melayu, biasalah.. adab tu penting...

    Jangan senyum tengok video ni yer: https://www.youtube.com/watch?v=aeX6XxWD9WQ

    ReplyDelete
  3. Jangan terpedaya dg syaitan....
    Pengawal baru dimesti sumpah taat setia kp iblis...(contoh..ketua big ben yg baru itu pun sudah pandai buat report polis konon ada org bocor rahsia ben besar)
    ,,,,apa lagi yg boleh kita harap pada pegawai kita?
    Kita sama sama lah buat solat hajat memohon Allah lindungi negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petikan dari QURAN surah "Lembu"

      (8) Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

      (9) Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.

      (10) Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka balasan siksa yang pedih, di sebabkan mereka berdusta.

      (11) Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan

      (12) Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sadar.

      (13) Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman. Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak nampak!

      (14) Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sama pendirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok tadi".

      (15) Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka.

      (16) Mereka itu adalah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaannya dan tidak akan mereka mendapat petunjuk.

      (17) Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api; maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.

      (18) Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).

      Delete
    2. Wow! Straight to the point. It couldn't have been clearer.

      Allahu Akbar!

      And now we know who are the lembus (when all along they think we are the lembus)!

      Delete
  4. Ya Allah ..sikit2 pakai Al Quran. Berani betul org sekarang ni. Apandi dulu Al Quran jugak tapi buat lain. Dzul ni pun Al Quran jugak. Kita tengoklah apa pulak dia nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda :

      ‏أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه ‏ ‏خلة ‏ ‏منهن كانت فيه ‏ ‏خلة ‏ ‏من نفاق حتى يدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا وعد أخلف وإذا خاصم ‏ ‏فجر

      "Ada empat perkara bahwa sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan seorang Munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia telah bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya. Empat perkara itu adalah:
      1)apabila bercakap dia berbohong, 2)apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, 3)apabila berjanji dia menyalahi dan 4) apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas (pada tindakannya)"
      [Hadith sahih riwayat Muslim]

      Delete
    2. Yang boleh kita nampak semua 4 perkara yg di atas tu ada pada puak2 tu.

      Delete
  5. Sekarang dh sah duit RM2.6bilion yg masuk akaun Najib adalah duit curi dari 1MDB olih Jlow dan bukan derma Arab spt kata Pandi Dobi. Pandi Dobi siap halang Sprm utk siasat lanjut wang RM2.6bilion tu.

    Jadi Najib telah melakukan kesalahan rasuah dibawah sek.165 Kanun Keseksaan dan Apandi dibawah sek.212 & 218 Kanun keseksaan kerana melindungi Najib dan buat statement palsu.

    Kalau ikut perintah tuhan, dua2 Najib dan Apandi mesti dibawa kemuka pengadilan.

    Jadi apa kau nak buat Zuldifly????? Dari segi pengalaman pendakwaan, kamu lebeh pengalaman dari Pandi. Dan sebagai DPP, kamu pun ada kuasa utk izinkan pendakwaan tanpa perlu rujuk pd Pandi...Ikutlah arahan dan perintah Tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi nama tok arab tu Haji najib jho low.

      Delete
    2. From the DOJ documents its US$731 Million hence, its way beyond the 2.6 Billion RM. And that is what is known, what is not???

      UMNO dari memertabatkan melayu-Islam-bumis menjadi membangsatkan negara!

      Delete
  6. saudara budin, pada perenggan akhir artikel saudara ini, saya ucapkan...aaaaamiin

    ReplyDelete
  7. sumpah, yg berkaitan agama dan ya hanana kini makin jelas dijadikan topeng.

    sekarang AlQuran pula dijadikan perisai.

    ReplyDelete
  8. AMAT BAGUS KALAU DAH JANJI DGN ALLAH DAN SEKIRANYE MENIPU KITA DOAKAN MAK BAPAK DI DILAKHANATI SEBAB SIAL MENJADIKAN DAN MELAHIR KAN DIA APA BILA AMANAH DIBERI DIA GAGAL MELAKHSANAKAN,KITA JUGA DOAKAN ANAK ANAK ,BINI, ZURIAT SERTA KETURUNAN DILAKHANAT,AZAP SERTA DILENYAPKAN DARI MUKA BUMI INI SEKIRANYE DIA MENKHIANATI RAKYAT NEGARA INI DENGAN MEMBELA PENGKHIANAT DURJANA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan anda dalam memerangi Najib dan penyamun-penyamunnya.Namun,dengan rendah diri ingin dinyatakan bahawasanya dosa seseorang itu dirinya sendiri yang tanggung,bukan ibu bapa dan kaum keluarganya.Sila teliti Al-Quran.

      Delete
  9. Mungkin kita di- akhir zaman atau zaman Umno dan BN akan berakhir. Kalau dah tak boleh bezakan hitam dan putih,akhirkan lah zaman UMNO/BN. Amat memalukan dari Ku Li, Shahril hingga ke KJ tak ada kredibiliti dan maruah. Yang Kafir lagi mulia.

    ReplyDelete
  10. Cakap-cakap saja x guna, tunggu apalagi, siasatlah siapa sebenarnya MO1.

    ReplyDelete
  11. Kalau disiasat dah pasti tak dapat dedak

    ReplyDelete
  12. 2x5 saja itulah dia malaysia maka akan banyaklah dedak bertaburan

    ReplyDelete
  13. 2x5 saja itulah dia malaysia maka akan banyaklah dedak bertaburan

    ReplyDelete
  14. Din, ma'af lah, ckp spesis ni mmg aku tk percaya selagi dia bertugas di bwh ketua penyamun....dia akan ckp yg benar stlh bersara atau dibersarakan.

    ReplyDelete
  15. Din, ma'af lah, ckp spesis ni mmg aku tk percaya selagi dia bertugas di bwh ketua penyamun....dia akan ckp yg benar stlh bersara atau dibersarakan.

    ReplyDelete
  16. pandi pegang falasah Al Quran konon
    patutnya dia rujuk ayat mana
    telupa kot

    Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

    depa ni dah jumpa ka ayat perintah dari Allah ni
    dah penah baca kah
    atau hanya main sedap cakap saja

    tunggu n tengok
    bukan semua orang bongok

    ReplyDelete
  17. Yess,itu dia pelakon tambahan baru.watak pegawai2 kerajaan yg alim2 kucing ditambah dlm filem politik malaysia yg dah mcm filem politik Tamil ni..jln cerita,watak dah sebijik..cuma hero dlm filem politik malaysia ni Agak berusia..dah tak berapa nak sihat..tapi demi anak bangsa,perjuangan menentang kemungkaran tetap diteruskan..walaupun takde adegan bergasak,kena penumbuk tendang sampai melambung sana sini,tapi cukup menarik minat rakyat menonton nya..ending nya pulak Agak lambat..rakyat sentiasa menunggu debaran demi debaran yang akan dilakonkan oleh pelakon2 hebat ini..apa kesudahan nya nanti..apakah nasib hero kita ini..bagaimanakah penjahat2 ini semua dihukum..sama2 kita saksikan..






    #rakyat dah menyampah dgn pentadbiran sekarang ni..bila lah keadaan ni nak berubah..

    #respecttun
    #undurnajib

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know its an analogy, the difference is, this is not a feature film, its damn reality!

      Made worst when you have so called people with religious knowledge to come out with statement to echo some unknown Aussie attorney in defending of the master plotter Lanun-Bugis and the rest!

      It seems that Malaysia is to be in a state of destruction before the rehabilitation and redevelopment....from the ashes, although preferably not! But that's the way its heading!

      Well, what have we got if Islam cannot be defended vigorously, rightly and properly when even the sanctity of it are being stepped on by 'no-sense-of-guilt' daylight robbery yet, a petty theft could well be amputated by 'HUDUD"?

      Islam nih hukum di pilih pilih kah?

      Agung & the Majlis Raja Raja langsung tidak di endahkan apabila MKN dan issue 1MDB di Titah semak semula dan siasat dengan telus...but what have we seen the Agong is doing???

      1 Juta lebih signatures rakyat pun di buat bodoh nya Raja Raja nih!

      Apa salah nya Tun M bersoloroh "...Raja Raja under house arrest..."

      Delete
    2. Anon 2205,dlm malaysia ni ada sultan yg kita xtau.punyai wilayah sendiri yg Agak kecil tp jajahan takluknya satu malaysia..nama negeri tersebut ialah PUTRAJAYA.
      kuasa sultan itu juga makin bertambah kuat dgn undang2 dan akta yg diwujudkan baru2 ini..ada nama gelaran tersendiri yg diberi nama..





      Sultan MALAYSIA OFFICIAL 1

      Delete
  18. PENGKHIANAT DURJANA NEGAR INI LEBIH TERUK DARI YAHUDI

    ReplyDelete
  19. Bibir nampak sama...bakal MENIPULAH Tu.

    ReplyDelete
  20. Jangan jadi orang MUNAFIK sudah.
    BERTAKWALAH......... ITU YANG TERBAIK..

    ReplyDelete
  21. Atau pun di manakah quraan, keadilan, istqamah, amanah dan entah apa lagi sebelum DOJ?

    Sebelumnya, apa kah yang ada kalau bukan najis, bangkai, penutup nyiru, kejijikan dan entah apa lagi yang sewaktu dengannya.

    Mahu kah kita aminkan mantra orang munafik, kufur dan fasik? Tidak disedari, DOJ itu lah Tuhan mereka yang mereka takuti.

    Nak harap mereka mengaku kesalahan mereka? Ada nampak sekelumit keinsafan atau pun rasa hendak bertaubat atau meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas persekongkolkan mereka dengan pencuri?

    Atau pun mereka tak sedar langsung berapa juta rakyat Malaysia yang telah melafazkan frasa, "Aku tak redha walau pun satu sen yang telah dicuri"? Hanya selepas kesedaran itu sahaja lah maka baru lah mereka faham apakah itu quraan, keadilan, istiqamah dan amanah agaknya.

    Buat semnentara waktu sembah lah DOJ tu sebagai Tuhan nkorang!

    ReplyDelete
  22. Mula-mulanya semuanya janji manis semanis madu,,dah masuk dedak nanti firman Allah kemana,,Hadis Nabi Saw kemana????

    ReplyDelete
  23. Petikan dari QURAN surah "Lembu"

    (8) Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

    (9) Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.

    (10) Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka balasan siksa yang pedih, di sebabkan mereka berdusta.

    (11) Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan

    (12) Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sadar.

    (13) Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman. Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak nampak!

    (14) Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sama pendirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok tadi".

    (15) Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka.

    (16) Mereka itu adalah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaannya dan tidak akan mereka mendapat petunjuk.

    (17) Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api; maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.

    (18) Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).

    ReplyDelete
  24. OK lah ! Kita Wait & see ,Amanah siapa yg dia akan jalankan ,Amanah Allah ke atau amanah manusia nan satu tu

    ReplyDelete
  25. Ramai lagi pegawai-pegawai lebih senior yang ada di Jabatan Peguam Negara tu..tapi Apundek pilih junior kenapa? Jawabnya..SENANG..senang diperkotak-katikkan..senang diarah..senang dilembu kerbaukan..kalau ingkar..pangkat..gaji..elaun..kemudahan.......ditarik balik..cara naik pangkat dulu-dulu pun..cara membodek Gani..pijak senior-senior..apa lagi sekarang..Gani dulu pun guna cara yang sama..mana senior yang berbeza pandangan akan diketepikan dan naikkan junior jadi bos..sekarang orang-orang Gani di HQ dan post-post penting..habis kena pancong..kitaran ini akan berulang bila Apundek pencen. Kejayaan Gani selama tempoh jadi AG..hanyalah menternak burung-burung vultures pemakan bangkai yang berebut daging bangkai walaupun dalam mulut kawan sendiri. Apundek juga buat perkara yang sama..pegawai orang Kelantan naik pangkat mencanak-canak walaupun bercakap Bahasa Inggeris bunyinya macam cakap Kelantan..ingat..dunia ni sentiasa berputar..

    ReplyDelete