Friday, 5 August 2016

AHLI UMNO SAMAN KERAJAAN


Seorang ahli UMNO daripada Melaka, Muhammad Zahid Md Arip hari ini tampil mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan keputusan kerajaan meletakkan Laporan Audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Kata Zahid, beliau mengemuakan saman itu bagi pihak rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, selain sesuai dengan janji kerajaan sendiri sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu laporan audit untuk mengetahui fakta sebenar mengenai 1MDB.

Dalam samannya yang difailkan melalui peguam Hanif Khatri, Zahid menamakan Perdana Menteri, Najib Razak,  Ketua Audit Negara, Ambrin Buang dan kerajaan Malaysia sebagai responden-responden.

Alasan-alasan yang dikemukakan dalam tuntutannya ialah:-

- bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan Laporan Audit 1MDB di bawah OSA adalah bercanggah dengan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Ketua Audit  Negara mengemukakan laporan itu kepada Yang Dipertuan Agong, yang kemudian hendaklah ia dibentangkan di Parlimen, sekaligus menjadikannya dokumen awam;

- bahawa terdapat pertembungan kepentingan yang jelas dalam keputusan itu di mana responden pertama (Najib) terpalit secara langsung dalam skandal salah laku kewangan 1MDB, justeru atas prinsip keadilan asasi, responden pertama tidak berhak untuk memberikan sebarang kuasa kepada responden kedua (Ambrin) untuk mengklasifikasikan laporan audit itu di bawah OSA;

- bahawa responden-responden telah melangkaui kuasa yang sepatutnya kerana Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan pilihan, sebaliknya meletakkan kewajipan untuk menyemukakan laporan audit 1MDB kepada Yang Dipertuan Agong, kemudian hendaklah menyebabkan ia dibentangkan di Parlimen dan sekaligus dijadikan dokumen awam;

- bahawa ia suatu keputusan yang tidak munasabah kerana telah meninggalkan untuk mengambil kira perkara penting yang sepatutnya diambil kira iaitu berkenaan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, selain menuntut Laporan Audit 1MDB itu dibebaskan daripada cengkaman OSA dan dijadikan dokumen awam yang boleh ditatap oleh semua rakyat, Zahid juga menuntut kos permohonan, kos sampingan dan lain-lain relief yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah daripada responden-responden yang dinamakannya itu. (SH 05/08/2016).

Zahid bersama peguam Hanif Khatri dan Khairuddin Abu Hassan menunjukkan surat saman yang dikemukakannya itu.

Zahid diiringi oleh kira-kira 100 penyokongnya ketika ditemubual media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Salinan muka depan saman yang dikemukakannya.

42 comments:

  1. Semoga berjaya.

    Sudah cukuplah rakyat malaysia dipermain-mainkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjaya? Saya sedia bunuh diri andainya berjaya. Berpuluh2 kes cukup serius MO1 sblm ni, bertahun2 pun.. xdak apa2 boleh gugat.

      Makin melampau lagi ada. Najib ni tiru Basyar AlAssad. Mati dihujung senjata pun, xpa dari dibicarakan di mahkamah

      Delete
    2. Dengan izin Allah.. Insha Allah tiada yg dpt halang.

      Sedia bunuh diri tu termasuk dlm engkar nikmat tuhan atau tak percaya pada qada dan qadar.. Hati2 walau utk komen.. Malaikat kiri kanan.. Saman adalah usaha yg patut. Berjaya atau tidak bukan manusia yg tentukan.. Manusia disuruh usaha dan tawakal utk berubah.. Hasil tuhan yg tentukan.. Allah maha mengetahui segala sesuatu.. Kepada Allah kami berserah

      Delete
    3. Doa saja lah usaha ini menjadi.
      Najib dan kuncu2 akan bekerja "overtime" untuk mengagalkan usaha ini.

      Delete
    4. Doa saja lah usaha ini menjadi.
      Najib dan kuncu2 akan bekerja "overtime" untuk mengagalkan usaha ini.

      Delete
    5. bunuh diri??? agak la Anon 18:15... org lain yg kaye raye, ko nak bunuh diri.. ko dah kenape...? cakap pun tak boleh jugak... lain kali jgn buat statement mcm tu...

      Delete
    6. Apa pun bro,jgn lah sampai nak bunuh diri plak. Tu rock sangat tu! Mana tau kali ni dia kantoi,kuasa Allah takkan dia buleh lawan kot? Tiap yg mula PASTI berakhir... Dah jgn cakap mcm tu,tak baik. Malu kat anak2.

      Delete
    7. Anon 18:15...
      Janganlah bertaruh bunuh diri kerana semua agama melarang pengikutnya bunuh diri.
      Bunuh orang yang menyamun dana MDB saya sokong dan sedia membantu jika diperlukan....

      Delete
    8. Anon 18:15...
      Janganlah bertaruh bunuh diri kerana semua agama melarang pengikutnya bunuh diri.
      Bunuh orang yang menyamun dana MDB saya sokong dan sedia membantu jika diperlukan....

      Delete
  2. Ahli UMNO yg terbuka fikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.....masih ada ahli UMNO yang ada maruah dan berakal.

      Delete
  3. Najib memang tak ada maruah, tak ada rasa malu, menyalahgunakan kuasa. Semoga usaha ini keadilan dapat ditegakkan. Tahniah Sdr Zahid Md Arip. Kepada Zahid seorang lagi tu, Zahid Hamidi, masih memmpertahankan Najib muka tak malu, buat nama sahaja belajar agama.

    ReplyDelete
  4. Sdr budin,
    Apa punya jadah la kerajaan malaysia sekarang,rakyat nak baca laporan audit negara pun kena buat permohonan dimakamah,tiap tiap tahun laporan audit mengikut perlembagaan akan menjadi laporan umum bila sampai waktu tapi yg melibatkan najib secara terus dibuat OSA,tak habis nak lembukan orang ramai.

    Memang wajar la UMNO ni senasib dgn utusan malaysia semakin hari makin nasak semuanya kerana kemungkaran pemimpin dalam umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa perlu laporan audit negara diOSAkan kalau betul telus, jujur dan tiada penipuan...????

      Apa yg perlu sangat disorokkan kalau tak ada penyelewengan...???

      Delete
  5. Saman ok..

    Tapi kebayakan Hakim melayu makan dedak...taku kat org politik yg pegang jawatan. Contoh terbaik Pandi Dobi..ada ke melaun ni bolih satu masa dulu jadi Hakim Mahkamah Persekutuan?????. Tu lah kaliber Hakim2 melayu kat Msia ni...

    ReplyDelete
  6. Ini macam baru betul zahid.
    Tuan sebagai presiden tibai mesti mau tibai kaw kaw punya sama itu worang.
    Dia sana cakap bohong sini cakap bohong byk busuklah itu worang.
    Apa dia ingat ini rakyat Malaysia lembu ker? Karabau ker? Tarak baca ka?
    Mesti mau kasi tibai kaw kaw punya...sampai dia insaf dan bertaubat.

    ReplyDelete
  7. Sorang jer.... nanti teruk lah dia & keluarga dia kena kacau maka tariklah balik saman macam kes yapeim.

    ReplyDelete
  8. Betul tu,,Hakim melayu yg islam semua pemakan dedak,,yg betul2 amanah ialah Hakim cina dan India,, buktinya cina dan India sume sokong pan masa Prk sg besar dan kkangsar. " Mampus melayu dan hidup bangsa lain " adakah ini slogan pan?

    ReplyDelete
  9. Inilah antara beberapa kerat ahli umno yg ada intergriti

    ReplyDelete
  10. Inilah antara beberapa kerat ahli umno yg ada intergriti

    ReplyDelete
  11. Jgn biarkan saudara zahid,ni sorang2 je saman demi mewakili rakyat! Seorang utk 30 juta! Ramai2 saman kerajaan yg dah tak ada hala tuju ni. Baru penuh mahkamah.
    Seorang wakil satu negeri pun dah berapa? Apa tunggu lagi bro,balun jgn tak balun. Bantai je biar dia rasa pukulan dari rakyat pulak. Asyik2 bagi peluang kat dia je,sekali kita balun kiok terus tu.
    TKO terus nazak terus jalan! Mati muda sbb makan ubat anti penuaan!Hahaha...
    Abis cerita. Yg tinggal tu jawab la bagi pihak. Ke dalam ke keluar ke dia punya pasal. Berani utk berubah!

    ReplyDelete
  12. BEKAS BEKAS NAJIS UMNO NI TAK BOLEH PAKAI CERTA APA PUN TAK BOLEH PAKAI.BUAT PARTI BARULAH DAN BELBAGAI LAGI.KONONNYE UNTUK KEBENARAN DAN KEDILAN YANG RAKYAT MAU KAN.PUAK NI KALAO MATI HIDUP BALIK PUN TAK BOLEH PAKAI. BEKAS KAKI SONGLAP PENGKHIANAT DURJANA NEGARA YANG MENGINAYA RAKYAT MALAYSIA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang Hang merepek dan merapu.
      Dah banyak makan DEDAK jadi bangang kot.
      Tak lama lagi dibangsatkan pula.

      Delete
    2. Sudahlah anon1858 kau pun tak boleh pakai. Ketinggalan zaman punya manusia.

      Delete
    3. 18.58...macam mana boleh sesat ni?
      Merapu tak tentu arah,dah makan ubat ke belum ni..kesian teruk dah minda awak ni!
      Abis apa lagi yg kau mahu? Kena tipu seumur hidup? Harap umur je tua tapi bangang!

      Delete
    4. Budak 18.58 tu budak pas.
      Patutlah fikiran bercelaru
      Jiwa kacau..
      Itulah bersahabat lagi dgn syaitan.

      Delete

    5. Kahkahkah 18.58.

      Seronok kena balun kaw-kaw?

      Tu lah.

      Lain kali gunakan akal sebelum bagi komen.

      Bukan semua orang spesis bangang macam kau.

      Sekarang mana nak letak muka.

      Delete
  13. Tahniah mohamad zahid berani kerana benar tetapi rakyat malaysia terutama org melayu ni ibarat anjing menyalak bukit tetapi tak apa allah akan makbulkan doa rakyat yg teraniaya mohamad teruskan perjuangan anda

    ReplyDelete
  14. Tahniah mohamad zahid berani kerana benar tetapi rakyat malaysia terutama org melayu ni ibarat anjing menyalak bukit tetapi tak apa allah akan makbulkan doa rakyat yg teraniaya mohamad teruskan perjuangan anda

    ReplyDelete
  15. Tibai Tuan jangan tak tibai
    Dia rasa terlajak pandai
    Tibai dek rakyat hingga goodbye
    Termasuk pencacai bersifat keldai

    Beraja dimata bersultan dihati
    Harta negara disapu pergi
    Depan rakyat buat tak reti
    Lembutnya lidah darilah gigi

    Semua sistem diganggu gugat
    Hanya mahu diri selamat
    kuasa mahu berkurun berdekad
    Pegang kuasa halal matlamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemudian pandai kata kat orang lain tak bertanggung jawap kerana membawa campur tangan asing.
      Hoiii...siapa yg bisu selama ini. Tanya pun tak reti nak jawab.
      Sekat sprm dan Ag daripada menjalankan tugas.
      Buat undang2 osa kan keputusan PAC.
      Apa semua ni?
      Demokrasi atau kuku besi???
      Dengan lembu dan karabau bolehlah tunjuk pandai.
      Dgn rakyat Msia susahlah nak tipu.
      Mana kau belajar peribahasa " manusia dipegang pada janji. Binatang dipegang pada ekornya"
      Gilak punya manusia.

      Delete
  16. Terbukti jantan sebagai salah seorang pahlawan rakyat Malaysia.Tak perlu tunggu hari selasa

    Pahlawan boges itu pahlawan sulawesi.

    ReplyDelete
  17. Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

    Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.

    Allah pun suruh manusia tengok kat mana yang ada tak kena pada penciptaanya

    manusia buat laporan mau sorok takut untuk ditengok oleh orang ramai
    tentu ada yang tak kena

    ReplyDelete
  18. Ini yg sepatutnya berbaris ahli umno yg xpuashati lakukan.tekanan berhemah

    ReplyDelete
  19. Test market ke?. Tunggu Apa kata pej. loyar kerajaan yg dibarukan dengan orang baru. Dah tahukan siapa yg mengOSA kan laporan Audit Negara tu.
    Apakah jawapan serupa terhadap Pn Ainina berlaku lagi kali ini......... balik2 tiada locus standi.
    Teringat akan cerita betapa berkuasanya sang kelembai yang boleh mebatukan apa shj.

    ReplyDelete
  20. ...semua pakat saman...Saman1M

    ReplyDelete
  21. Amin alhamdullilah syukur
    Ahli umno telah buka mata
    Demi negara bangsa

    Sokong sokong
    Rakyat malaysia yang buka mata
    Mesti bangkit tegakan kebenaran

    Biar najib dan balacinya bogel dalam penjara

    Dia keluar negara siap sedia
    Nak cari suaka politik

    Tangkap dan dakwa dia sekarang
    Humban dalam tangki najis

    Pecat najib
    Guling najib
    Tangkap najib

    ReplyDelete
  22. MursidulAm TIBAI pun dah saman najib & the geng...maknanya tak lama lagi lingkuplah umno...

    ReplyDelete
  23. Hebat sungguh seekor setan tu mempermainkan dan memperbodohkan 30 juta rakyat Malaysia.Doa dia mampus cepat.

    ReplyDelete
  24. Hebat sungguh seekor setan tu mempermainkan dan memperbodohkan 30 juta rakyat Malaysia.Doa dia mampus cepat.

    ReplyDelete
  25. Lapuran Audit Negara tu bkn hak najis sorg, ia hak semua rakyat masia, hak pembayar cukai, saya cadangkan lain kali tukar istilah duit kerajaan, sebut duit pembayar cukai, biar sampai melekat dlm palahotak seluruh rakyat.. pemacam!

    ReplyDelete