Sunday, 28 August 2016

ADAKAH TUN RAZAK JUGA PENGKHIANAT KERANA BEKERJASAMA DENGAN PEMBANGKANG SELEPAS TRAGEDI 1969?


Berikut ini adalah tulisan seorang "bangsa Kelantan" yang menetap di luar negara berdasarkan tontonannya secara live ucapan Tun Mahathir Mohamad di Ketereh pada 26 Ogos lalu.

Tulisan ini sudah banyak tersebar di media sosial serta grup Whatsapp dan dikongsikan di sini untuk kebaikan kita bersama, mudah-mudahan perubahan semakin dekat dengan hati kita. (SH 28/08/2016)


1. Malam tadi saya menonton lintas langsung program Bicara Rakyat di kampung saya, Ketereh. Kelantan. Program tersebut menampilkan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

2. Saya bersengkang mata hingga jam 2:00 pagi waktu Hobart untuk menonton kesemua ucapan dimana Tun M menjadi penceramah terakhir.

3. Telah menjadi kebiasaan saya sejak dari kecil, saya cuba untuk tidak melepaskan peluang mendengar atau membaca ucapan Tun M, terutamanya dalam program-program politik.

4. Ini kerana ucapan beliau sarat dengan maklumat-maklumat dan fakta-fakta yang menarik.

5. Dalam ucapan malam tadi, beliau menyentuh tindakan pemimpin-pemimpin BN yang mengutuk beliau kerana bekerjasama dengan pembangkang.

6. Beliau menekankan bahawa di dalam politik, strategi amatlah penting. Menurut Tun M, selaku belas Pengerusi BN, rahsia BN menang di dalam pilihanraya ialah kerana mereka tidak bertanding melawan sesama sendiri.

7. Tun M menegaskan bahawa kita perlu ingat yang Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di waktu itu seperti Gerakan, PPP (People’s Progressive Party), SUPP dan juga PAS. Menurut Tun M, DAP pada masa itu juga dijemput untuk bersama, tetapi parti tersebut menolak.

8. Oleh itu, menurut Tun M, bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya BERSATU bersedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain. Tun Razak bekerjasama dengan pembangkang pada waktu itu untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kukuh.

9. Ini satu hujah yang amat menarik!

10. Jika kita imbas kembali, dalam Pilihanraya Umum 1969, Gerakan telah Berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Penang dengan merampasnya dari MCA. PPP pula hampir membentuk kerajaan di Perak (hanya kekurangan dua kerusi) manakala PAS pula membentuk kerajaan di Kelantan.

11.  Pada 1972, Gerakan dan PPP menyertai Parti Perikatan. Ianya kemudian diikuti oleh PAS. Akhirnya pada 1973, Barisan Nasional dibentuk. 

12. Oleh itu, jika pemimpin BN berkata tindakan BERSATU yang sedia bekerjasama dengan pembangkang adalah satu pengkhianatan kepada orang Melayu, bukankah ianya bermakna mereka berkata tindakan Allahyarham Tun Abdul Razak bergabung dengan pembangkang dalam membentuk BN juga satu pengkhianatan? Bayangkan jika DAP bersetuju untuk bersama BN ketika itu!

13. Bagi saya, ianya bukanlah satu pengkhianatan. Tetapi satu strategi politik yang ampuh untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil selepas negara melalui tragedi 13 Mei.
.
14. Sama-samalah kita fikirkan!

Dr Radzi Jidin
Hobart
Australia
27 Ogos 2016
Untuk FB Bicara Malaysia

63 comments:

  1. Replies
    1. Saya bangsa Perak, awak bangsa Johor.

      Sentimen bangang apakah ini? Kuar pulak bangsa Kelantan. Bangsa Perlis blum dengar lagi dari Raja Perlis. Kahkahkah..

      Delete
    2. Tak lama lagi akan keluar pula bangsa Perlis bangsa Kedah bangsa P.Pinang bangsa Perak dan merebak ke serata negeri di seluruh Malaysia.

      Kita pun hanya jadi anak negeri bukan anak Malaysia lagi dah.

      Lepas tu tiap2 negeri akan minta kuasa autonomi.

      Lama ke lamaan nak masuk ke setiap negeri ni pun dah kena gunakan passport.

      Nak kerja pun kena pakai work permit.

      Nak tinggal lama kena mohon permanent resident.

      Bagus sungguh idea perdana menteri skrng ni.

      Dia mansuhkan ISA dan gantikan dgn undang2 baru yg pelik2.

      Lepas ni kau nak mansuhkan apa lagi najib.

      Tak lama lagi tubuh pula bangsa2 bersatu dlm Malaysia ni

      Delete
    3. Biasalah PM lemah macam najib, perintah malaysia tapi ikut telunjuk rosmah & adenan satem. Rosmah suruh cedok selagi boleh, adenan pulak anggap sarawak macam bapak dia punya.

      Delete
    4. MO1 tulah sebenarnya pengkhianat agama, bangsa, rakyat dan tanahair.

      Delete
    5. 13.14....aku suka idea bangsa2 bersatu di malaysia...kelakar. Mohon kebenaran guna pakai dan ciplak idea ko, boleh?

      Delete
    6. Bangsa 2wd vs 4wd pon ada. Ari tu aku pi tengok kereta pick up, tanya itu ini kat salesman. Dia pon kata, tengok la apa bangsa lu mau, two wheel drive ada , four wheel drive ada.

      Delete
    7. Anon 18:38 tak ada masalah kalau nak pakai idea bangsa2 bersatu tu.
      Halal.

      Delete
    8. Pengomen-pengomen dalam blog ini memang best. Ramai yang kelakar-kelakar.

      Delete
  2. Hatta bekerjasama dgn yahudi demi mempertahanan kuasa najib pun mereka sanggup la...jangan hipokrit la wahai bangsat najib!!!!

    ReplyDelete
  3. Tak payah nak diagungkan tun razak sepatutnya..selepas lee kuan yew sendiri mengaku razak pernah tawarkan 2000 ekar tanah sbg hadiah kpdnya, pilih sahaja kawasan mana yg dia nak, razak tak patut dihormati. Lee kuan yew pun tau soal integriti. Sanggup tolak offer berkenaan. Skrg ni masa anaknya pulak berkuasa...lagi teruk. Mereka dan keluarga mereka adalah pengkhianat sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Razak, tun dr ismail, AG kadir yusof..3 org ni yg draf pemisahan singapura dr malaysia pada 1965. Ingin bicara lagi ke najib soal pengkhianatan?? Siapa khianat siapa skrg?? Atas nama 1malaysia anaknya pula khianat curi wang negara.

      Delete
    2. Umno sepatutnya dilenyapkan dari bumi malaysia. Rakyat disuruh kais pagi makan pagi, pemimpin umno pula ibarat tikus jatuh ke guni beras. Hidup bergelumang rasuah dan harta curi. Muka sikit pun takde rasa malu.

      Delete
    3. Najib bukannya tahu semua tu sebab dia bengong.
      Najib bukan tahu strategy tu apa. Perpaduan tu apa.
      Najib hanya tahu RM saja. Sekalipun RM tu hang orang lain dia bukan tahu.
      Yang dia tahu dia Perdana Menteri Malaysia.
      Dia ketua kerajaan.
      Wang ringgit kerajaan, harta benda kerajaan menjadi hak dia.
      Sebab dia ketua. Sebab dia boss. Sebab dia pm. Maka segala2nya menjadi hak dia.
      Dia hanya perlu signed saja. Tak perlu baca. Baca membaca ni kerja menteri. Bukan kerja dia.
      Kalau berlaku apa2 bukan dia yg salah tapi menteri2 yg salah.
      Sebab kerja dia signed saja. Kerja dia meluluskan saja.
      Menteri2 yg kena tanggung jawab. Jadi tanyalah menteri.
      Sebab tu lah dia tak berani marah kepada menteri2 terutamanya Adnan Mansor yg dikenali sebagai ular sawa umno tu. Ular sawa umno tu dinasour atau raksaksa sekalipun dia boleh telan gitu saja.
      Adnan Mansor ni cukup pandai buat bisnes. Tapi bisnes jolok jolok.
      Bisnes ni senang saja. Jolok satu projek kat taukeh maka taukeh akan jolok balik 15% sebab tu lah dia gemok. Sebab tu lah dia menjadi ahli perniagaan yg begitu berjaya yg begitu cemerlang gemilang dan terbilang.

      Delete
    4. Alhmdulilah....tq BRO...anonymous 08:16 bercerita betoi... mnyokong penuh...1000%...x payah sebut pasai kenangbudi...tanggungjwab ketua@pemimpin...jgn jdi ketua kalau nak khianati sukusakat...bukan Razak sahaja...melayu yg berkuasa dlm UMNO semua begitu...sehingga hari ini...ini fakta...sejarah akan tercatit dan dingati sehingga mati...renung pikiaq betoi betoi..terutama yg kerja gomen...yg pencen pencen tu...berani lah sikit...ini takut nak mampuih...x mati aaaii...kalau UMNO x dak pun...

      Delete
  4. TUN Razak mengadakan hubungan terus dengan negara China komunis ketika itu.
    Adakah TUN Razak juga seorang KOMUNIS...!!!

    ReplyDelete
  5. Rasuah...perbuatan rasuah...salahguna jawatan awam utk mengkayakan diri dan fmly...dan penyokong2 kaki rasuah..

    Ni lah punca masalah diMsia sekarang....mana ada rasuah dan penjawat awam menyalahgunakan jawatan mereka dizamam Tunku, dizaman Tun Razak dan dizaman Tun Hussein..

    Malangnya anak Tun Razak kaki rasuah..dan anak Tun Hussein penyokong kaki rasuah mega...

    ReplyDelete
  6. Bekerjasama dengan pembangkang lagi baik daripada makan duit haram. Dah lah makan duit haram lepas tu boleh pula buat muka seposen tak mengaku kata dia tak tahu pun juta-juta duit syarikat milik kerajaan tu ada dalam akaun dia. Duit tu pun abis dibelanjakan. AG pun cakap no case. Tak bersalah. Buang kes. Tiada pendakwaan.
    Duit juta-juta tak semena-mena masuk akaun menteri bukan satu kesalahan pasal dia tak sedar duit tu masuk akaun dia. Kalau dia belanja pun tidak menjadi satu kesalahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro....jangan lupa kes tandatangan dokumen pun tak baca....sign buta je....hihihi

      Delete
  7. Tepat sekali Dr Radzi Jidin. Penulisan ringkas ini sangat sesuai menjadi bahan renungan anak muda yang ditipu subjek Sejarah Kementerian Regim. Hujah Dr Radzi adalah fakta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu hujah Tun M..di tulis semula oleh Dr Radzi Jidin. Apa pun..terima kasih buat mereka.

      Salute Tun M...Genius sungguh. Patutlah terketar2 UMNO kondem Tun. Tak de senjata lain dah.

      Delete
  8. MO1 dan pemakan dedaklah pengkhianat negara sebenarnya...

    ReplyDelete
  9. Kenapa sebok citer sejarah? LA ni x yah citer pasal TDM. Citer pasal MO1 MO1 MO1 Dan Imelda Rosmah serta kuncu2 mereka. Kunci Kemenangan kepada keseluruhan rakyat Malaysia HANYA MO1 letak jawatan. Cabut lari ker ..dia Dan kuncu2nya punya pasal ler. Rakyat Malaysia semua lapisan.. MO2 kebawah UMNO ker PAS ker PH ker hatta BN kalau xle paksa MO1 letak jawatan PM x yah ler sambut MERDEKA tahun nie.... Merdeka konon..kici punya hal pung xle bersatu. MALU MALU MALU.... Syabas Syed Saddiq Syabas Sekretariat Tangkap MO1.

    ReplyDelete
  10. Kenapa sebok citer sejarah? LA ni x yah citer pasal TDM. Citer pasal MO1 MO1 MO1 Dan Imelda Rosmah serta kuncu2 mereka. Kunci Kemenangan kepada keseluruhan rakyat Malaysia HANYA MO1 letak jawatan. Cabut lari ker ..dia Dan kuncu2nya punya pasal ler. Rakyat Malaysia semua lapisan.. MO2 kebawah UMNO ker PAS ker PH ker hatta BN kalau xle paksa MO1 letak jawatan PM x yah ler sambut MERDEKA tahun nie.... Merdeka konon..kici punya hal pung xle bersatu. MALU MALU MALU.... Syabas Syed Saddiq Syabas Sekretariat Tangkap MO1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa x yah citer pasal TDM?Sejarah penting untuk kita bergerak ke depan,sebab tu kereta ada cermin belakang untuk kita bergerak ke depan dengan selamat.Bukan kah sepanjang hari bila ostad berceramah,membawa kita balik ke zaman nabi?

      Delete
  11. Bila kita sudah yakin kumpulan ini pengkhianat negara sedangkan kita tidak berdaya melawan mereka. Sebagai seorang muslim kita diberi senjata utama oleh Allah, iaitu Solat hajat dua rakaat minta pertolongan Nya.
    Marilah kita pakat pakat buat solat.....INI BUMI TEMPAT ANAK CUCU KITA NAK HIDUP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As a muslim I concurr, as an individual I need to call on everyone to do something such as CD for example, more than a million signatures are indeed very significant, it may have stalled, but we knew why it hasn't moved, not Tun M's fault. The Royals chose to ignore, well, at their own perils.

      Next, GE14 starting from now....Bugis-Pirate may well pre-empt to dissolve parliament and go for broke before BERSATU could gain traction, and that could spell pandemonium to the effort to dislodge that bastard Bugis-Pirate.

      Tun M must have Plan B but as rakyat we must be prepared for every surprises simply because we cannot fail to sent the Pirate and his band of 40 thieves along with their bandwagon UMNO to their demise, for good!

      Please understand, everybody FAILURE IS NOT AN OPTION or Malaysia will be set backed by at least 20 years and we will be grouped into the underdeveloped....., again....not convinced?

      Iraq, Syria, Libya were thriving before the devastation and its only been the past decade and see the difference now. Perhaps 20 years are conservative estimate but looking at Iraq, its been more than 15 years and its still fragmented in a big way!

      All the best to each and everyone taking their own initiatives whether big or small, the effort counts.

      Salam.

      MLN

      Delete
  12. kita ni, samada pemerhati politik,ahli politik, penyokong parti politik, nasionalis, agamawan, etc etc kenalah letak hujah kita pada tempatnya.

    Tun M sedang berperang. sebab itu dia lakukan dan cakapkan apa yang sedang berlaku sekarang. dia ada tujuan dan objektif.

    jom kita support dia. tapi jangan lupa asal usul perjuangan

    decaf guest

    ReplyDelete
  13. DAP tidak akan menyertai Barisan Nasional kerana tujuan utama penubuhan DAP adalah ingin mewujudkan sebuah negara sosialis dan cuba menyebarkan fahaman komunisme secara senyap-senyap di kalangan rakyat Malaysia..walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya mencapai matlamat peribadi beliau namun perkara ini akan memberi kesan terhadap rakyat Malaysia terutamanya dikalangan orang Melayu dan bumiputera Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1108 ni tinggal bawah tempurung ke.

      Delete
    2. 1108 ni tinggal bawah tempurung ke.

      Delete

    3. Hello 11.08

      Tolong bukak mata sikit.

      Sekarang rakan perdagangan utama Malaysia negara mana?

      IPP yang dijual oleh penyangak dan lanun 1MDB kepada syarikat negara mana?

      Bandar Malaysia dilelong kepada syarikat negara mana?

      Semuanya negara China Komunis kan.

      Cukup la contoh setakat itu dulu.


      Delete
    4. Budak 11;08 tu bukannya ada akal pun. Aku nak tau apa dia matlamat peribadi Tun Mahathir yg kau cakap tu.
      Tolong jelaskan.
      Lepas tu mai kita bincang kat sini.
      Jgn ikut orang. Orang kata Tun Mahathir ada matlamat peribadi kau pun ikut cakap juga.
      Apa dia? Tolong jelaskan

      Delete
    5. Wei anon 11;08 . Padan lah muka bila orang kata awak hidup bawah tempurong . Mana ada Negara berfahaman komunis sekarang ( melainkan Korea Utara dan Cuba ) . Negara Cina adalah bersandarka sosialis satu parti di dalam mentadbir Negara saja . Dari segi ekonomi sudah beralih ke kapitalis . Kerana itu Cina mempunyai paling ramai Billioner .Bagitu juga Russia

      Awat ni , tolonglah banyakkan membacha hal ehwal dunia . Janganlah ketinggalan zaman .

      Delete
    6. Kesianlah dia 11:o8...sikit, dia budak ULU, duduk di Felda, yang tak mampu nak langgan CNN, BBC atau Al Jazeera, kalau ada Astro,cuma basic untuk tengok drama Melayu dan AF... untuk access internet, coverage cuma satu bar dan gaji pulak tak cukup untuk top-up , maklum gaji dia cukup untuk beli Indomie....minyak kapcai kadang2 miss...ini contoh Melayu yang menjadi hamba di tanah air sendiri, minda pulak lama dah dipenjara oleh UMNO, benda2 yang dia tulis dicedok dari TV1 atau khutbah jummaat...

      Delete
  14. Fahaman komunisme...sosialisme..DAP.biar betul.walaupun saya bukan pro DAP tapi hujah di atas sesuai di era 70an

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP tak rembat duit rakyat dan negara spt mo1,riza aziz dan jho low dalam kes 1mdb!!!Sudah2lah pada pencacai pengampu nak bodohkan rakyat.....gua tak support DAP tapi gua jugak benci pada pengkhianat negara spt kes 1mdb!!!!

      Delete
    2. Najib adalah 'ancaman komunis' terbaharu kepada Malaysia.

      Delete
  15. Apa la 11:08 ni...socialism ideas dah lama tak laku dah..
    Daripada 1966 Lim Kit Siang memekak menyakitkan telinga dan hati rakyat Malaysia (orang Melayu twrutama nya), dia tak berjaya jugak nak ubah pendirian sekelian rakyat Malaysia. Namun ada sedikit kejayaaan la aekarang ni.

    Tahun 2016 Lim Kit Siang tertarik dengan idea Dr.Mahathir seteru tradisi nya dan dalam berjuang common objectives make it stronger. Dr.Mahathir kenal siapa dia Lim Kit Siang ni dan Lim Kit Siang ni pun kenal siapa Dr.Hahathir ni a lot longer than many of us have lived. The thing is they share many common objectives now and they both agree to exert their own influence to achieve these common objectives. To many of us rakyat, the meeting of minds of this 2 traditional enemies shall bring good things. Let's leave it at that and watch what develop before we have to say anything macam 11:08am cavemen-like thinking.

    Tun Haji Abdul Razak ada lah seorang lagi Pwrdana Menteri Malaysia yang berpandangan jauh dan mendekati Negara China jauh lebih dahulu daripada negara-negara lain di dunia. Banyak negara hari ini pun nak berbaik dengan China. Tun Haji Abdul Razak was ahead of everybody else by more than 40 years..

    Masalah Malaysia hari ni ialah mohd najib bin Tun Haji Abdul Razak tidak membawa kesinambungan kepada pembangunan dan kesejahteraan Malaysia tetapi lebih meruntuhkan apa yang telah terbina.

    Kalau nak kata khianat, ha ni la dia contoh terbaik..najib bin Tun Razak. Toksah bilang banyak banyak la..najib khianat sumpah lantikan dia. Habis cerita. Yang lain lain ti bukti bukti perbuatan khianat najib.

    Kita toksah kelahi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak ajak orang bertanding merebut jawatan presiden dgn dia
      Dia sangka orang masih suka dia lagi
      Orang2 umno tu semua dok suka duit dia saja
      Pencuri..

      Delete
  16. Bangsa Indonesia makin berhasil maju bawah Bapak Presiden Jokowi, bangsa Malaysia makin mundur bawah DS Najib. Adoi malu sungguh!
    Dulu masa Tun M, kita lah Bangsa Malaysia yang paling bangga di rantau ini dgn kemajuan negara Malaysia.

    ReplyDelete
  17. Ya arwah Tun Abdul Razak yang terhormat, apa lah terjadi dengan anakmu itu yang kini mempermain-mainkan perjuangan bangsa dan perundangan negara?

    ReplyDelete
  18. Cuba tambah "t"

    Samalah jadi dengan puak ghee hin dan haisan yg datang Malaya..

    ReplyDelete
  19. Saya dah kata awal2 lagi kita mesti sokong DAP kerana mereka ada prinsip bukan macam mca dan mic mereka cari makan bn mendokong biawak hidup alangkah bodohnya umno mca menang dlm kawasan melayu di kawasan cina bungkus yg bodoh melayu jadi itulahdia hebatnya Tun patahkan hujah melayu umno yg bodoh celah kelangkang je kita melayu mesti sokong DAP baru boleh maju org umno cari harta duit tipu dan rasuah saja yg dia tahu akhirnya mereka cari cina juga hidup Tun teruskan perjuangan kita bukan pemakan dedak srperti org umno

    ReplyDelete
  20. Saya dah kata awal2 lagi kita mesti sokong DAP kerana mereka ada prinsip bukan macam mca dan mic mereka cari makan bn mendokong biawak hidup alangkah bodohnya umno mca menang dlm kawasan melayu di kawasan cina bungkus yg bodoh melayu jadi itulahdia hebatnya Tun patahkan hujah melayu umno yg bodoh celah kelangkang je kita melayu mesti sokong DAP baru boleh maju org umno cari harta duit tipu dan rasuah saja yg dia tahu akhirnya mereka cari cina juga hidup Tun teruskan perjuangan kita bukan pemakan dedak srperti org umno

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. Semua parti politik di Malaysia ini mempunyai objektif yg baik iaitu utk menjadikan Malaysia sebuah negara yg lebih baik demi kesejahteraan rakyat.

    Saya tak nampak apa2 kesalahan berganding dan bekerjasama dgn DAP. Mereka tak kata mereka Chinese Malaysian, tapi Malaysian Malaysia. Malah jika kita hayati betul2, dasar dan perjuangan mereka banyak menjurus kpd tuntutan2 penting ajaran Islam sendiri. Cuma parti ini didokong pemimpin2 bukan Islam walaupun ianya sebuah parti politik yg islamik.

    Saya mencadangkan Amanah dibubarkan manakala pemimpin2 & ahli2nya kembali ke pangkuan PAS atau menyertai DAP. Daripada dicop sebagai kuda tunggangan DAP, baik terus berada dlm DAP.

    Ini dpt menambah jumlah tokoh2 Melayu Islam berkalibar dlm DAP dan seterusnya menjayakan nilai2 Islam yg murni.

    ReplyDelete
  23. Betul ke? Kalau betul sejarah tertubuhnya BN gitu cara..bermakna NAJIB patut di jatuhkan. Tetapi bagaimana dgn ROSMAH nanti ..siapa nak ceritakan sejarah dia menjatuhkan maruah isteri pertama NAJIB.
    Apa pun rakyat MALAYSIA bicarakan terang KECERDIKAN NAJIB Membatu diri dari segala bentuk tuduhan ianya hanya sebuah cerita sejarah yg tidak akan kekal lama.
    Mengapa boleh jadi gitu?..sebabnya NAJIB tengah memikul dan memeganggang kuasa yg HEBAT dalam dunia iT terkini.
    Sejarah akan datang akan terbitnya bagaimana NAJIB MENGGURUSKAN KUASANYA yg membuatkan orang orang bijak pandai menjadi HILANG AKAL dgn sebutan DUIT saja.
    Pada saya BAPAK NAJIB adalah seorang paling BODOH pada masa itu kerana tidak tahu menggunakan KUASA seperti anaknya.
    Kita sepatutnya menabik dada bangga dgn KUASA yg ada pada NAJIB sekarang kerana dia BENAR BENAR menjadikan KUASA DUNIA jatuh BODOH memikirkan cara dia MENEBALKAN KULIT MUKANYA.
    Kita kena berterima kasih pada isterinya yg BERANI MENEBALKAN KULIT MUKA DAN BADANNYA dari segala bentuk tuduhan terhadap SUAMINYA NAJIB utk meletakan MARUAH RAKYAT AMERIKA jatuh kerana kebodohan mereka membuat andaian tentang 1MBD dan ANAKNYA.
    So..mari lah kita DOA kan yg terbaik utk NAJIB dan isteri nya kerana tidak menjadi seperti BAPAKNY Tun Ab Razak yg BANGGAP tu.
    HIDUP MELAYU DAN HIDUP UMNO demi KEBODOHAN BAPAK PEMBANGUNAN si TUN RAZAK yg menistikan air maninya bagi seorang yg bernama. NAJIB RAZAK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak susah apa dgn Rosmah.
      Ali tinju dok ada
      Ali tinju akan jaga Rosmah seumur hidup dia

      Delete
  24. Tolonglah...hapuskan budaya kleptokrasi yang mencengkam negara malaysia.Kleptokrasi telah menyebabkan budaya dedak yang boleh membantutkan pembangunan pemikiran rakyat.Sesiapa sahaja yang mengamalkan kleptokrasi adalah pengkhianat kepada negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulangkan balik duit rakyat itu yg penting.
      Jgn jual harta benda negara sesuka hati.
      Kalau pandai sgt berniaga berhentilah jadi pm.
      Berhentilah jadi tpm
      Berhentilah jadi menteri
      Jadilah ahli perniagaan sepenuh masa.
      Siapa pun tak marah.
      Tidak ada siapa pun yg akan ambil peduli
      Kalau nak mampus pun boleh pergi mampus.

      Delete
  25. dulu ada malayu kerja denagn britis tangkap pejuang malayu anti britis
    apa kah tu buakn pengkhianat yang besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa zaman penjajahan jepun dulu pun ada melayu yg sanggup jadi tali barut jepun.
      Tangkat bangsa sendiri bagi jepun seksa sampai mati
      Bila jepun kalah perang dan balik negeri pengkianat bangsa ni lari sembunyi sana sani
      Ada yg mati beragan sebab masyarakat tak ambil peduli.
      Masa tu jadi kera sumbang sampai ke akhir hayat
      Lepas tu mati dgn penuh kehinaan
      Anak beranak pun malu nak hantar sampai ke kubur
      Sampai skrang kubur pun tak ada batu nesan
      Kubur pun hilang begitu saja

      Delete
  26. Tahniah DSN... cool biarkan mereka sedang memilih seorang maalaikat utk mengantikan tempat anda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah juga mr ash burn.
      Ambil lah DSN tu buat pak mentua ko

      Delete
    2. Rasanya kalau sampai nak beli beras pun dah tak mampu, baru si burn ni tersedar. Agak² apa burn akan buat masa tuu...

      Delete
    3. Jgn samakan manusia dgn malaikat..manusia pasti buat kesilapan dan itu lumrah..cuma jika sudah melakukan kesilapan sepatutnya memperbetulkan bukan membuat beberapa lagi kesilapan dan kesilapan dan kemudian menuding jari seolah2 tiada berlaku kesilapan...itu dah jadi satu kesalahan...adakah pemimpin sebegini perlu terus di sandarkan harapan rakyat sekelian untuk terus memimpin? Bila cuba di tegur dia tak peduli dan apa kata nya? Hanya pandai bermain kata2 dan berretorik sentiasa...karisma tiada..keberanian? Inilaah pwmimpin yg di agong2kan setengah2 orang melayu...setia? Buka minda anda...umno? Bukan umno yg sediakan rezeki..

      Delete
    4. Jgn samakan manusia dgn malaikat..manusia pasti buat kesilapan dan itu lumrah..cuma jika sudah melakukan kesilapan sepatutnya memperbetulkan bukan membuat beberapa lagi kesilapan dan kesilapan dan kemudian menuding jari seolah2 tiada berlaku kesilapan...itu dah jadi satu kesalahan...adakah pemimpin sebegini perlu terus di sandarkan harapan rakyat sekelian untuk terus memimpin? Bila cuba di tegur dia tak peduli dan apa kata nya? Hanya pandai bermain kata2 dan berretorik sentiasa...karisma tiada..keberanian? Inilaah pwmimpin yg di agong2kan setengah2 orang melayu...setia? Buka minda anda...umno? Bukan umno yg sediakan rezeki..

      Delete
  27. Memang benar selepas tragedi Mei 1969 pembangkang diperlukan untuk bersama-bersama bersatu untuk menstabilkan keadaan politik di Malaysia pada masa itu.Sekarang Malaysia ditimpa satu lagi musibat iaitu tregidi 1MDB 1916,maka tenaga keseluruhan parti pembangkang wajib digembeling untuk menyelamatkan negara.

    ReplyDelete
  28. Dahulu TUN Razak jalin hubungan diplomatik dgn China komunis.

    Sekarang anak dia perangai serupa "macam" komunis.

    Siapa agaknya yang komunis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangai dia menghalalkan cara..walau haram di jadikan halal..memang bukan kominis...tapi semua terangkum sekali kominis,facist,racist,sosialis,kapitalis,boogies...

      Delete
    2. Perangai dia menghalalkan cara..walau haram di jadikan halal..memang bukan kominis...tapi semua terangkum sekali kominis,facist,racist,sosialis,kapitalis,boogies...

      Delete
  29. Lebih teruk Dari komunis

    ReplyDelete