Friday, 8 July 2016

TIADA MAKNA LAGI LAPORAN AUDIT 1MDB TERUS DIOSAKAN


Meskipun Laporan Audit 1MDB masih diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA, laman pendedah maklumat Sarawak Report terus mendedahkan beberapa butiran yang dianggap sulit mengenainya kepada umum.

Laman itu menyebut bahawa mereka mendapat akses meluas kepada laporan audit itu bersama dokumen-dokumen utama serta pelbagai kebimbangan yang diluahkan oleh Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berkaitan beberapa pemindahan dana 1MDB yang sebelum ini dipersoalkan.
Sarawak Report juga mengatakan, mereka akan  menerbitkan butiran lanjut berkaitan laporan audit itu dalam penulisannya di beberapa hari akan datang.

Bagaimanapun, oleh kerana sekatan undang-undang OSA, tidak ada sesiapa berani menyiarkan atau memetik maklumat yang disiarkan Sarawak Report itu.

Tetapi, dengan capaian internet yang semakin meluas serta Sarawak Report yang disekat SKMM juga begitu mudah diakses, maklumat audit itu bukan lagi merupakan sesuatu "rahsia besar"  bagi rakyat negara kita.

MengOSAkan laporan audit itu dengan tujuan ia kekal sebagai rahsia atau sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum hampir tidak bermakna lagi sekarang ini. Sesiapa saja boleh membaca dan meneliti pendedahan Sarawak Report itu asalkan mereka ada kemudahan internet.

Malah dengan kerajaan terus meletakkannya di bawah OSA dan Sarawak Report pula mendedahkannya, maklumat itu lebih menjadi buruan untuk diketahui.

Dalam waktu yang sama, apabila orangramai mengetahui kepincangan 1MDB melalui laporan audit yang didedahkan oleh Sarawak Report, ia akan menyebabkan imej kerajaan menjadi bertambah buruk lagi kerana ia secara langsung mengesahkan memang ada keburukan yang cuba diselindungkan.

Lagi pun, ketika isu berkaitan syarikat pelaburan bermasalah itu tengah panas dan dipersoalkan dahulu, jawapan yang sering diberi oleh Najib, pemimpin kerajaan dan 1MDB sendiri ialah agar orangramai menunggu laporan audit untuk mengetahui kebenarannya.

Namun setelah laporan audit disiapkan, kemudian diletakkan pula dibawah OSA,  tidak lain menggambarkan bukan saja ada kepincangan yang berlaku, malah meletakkan kerajaan dalam label "cakap tak serupa bikin."

Untuk itu, sebagai membuktikan ketelusan dan tidak takut berdepan kenyataan, Najib seharusnya mengarahkan agar laporan audit 1MDB itu dibebaskan sepenuhnya daripada OSA dengan segera sebelum Sarawak Report terus mendedahkan satu persatu mengenainya.
Sekurang-kurangnya dengan membebaskan laporan itu daripada OSA, kerajaan lebih diyakini rakyat sebagai berpegang kepada janji-janjinya serta dilihat berani berhadapan dengan kritikan dengan telus dan terbuka.

Jika ada kesalahan di mana-mana yang memerlukan jawapan, langkah terbaik ialah memberi penjelasan dengan sebaik-baiknya, bukannya dengan menyembunyikannya atau  mengelak daripada memberi jawapan.

Mengekalkan laporan audit 1MDB dalam OSA, tetapi orangramai dapat juga mengetahuinya melalui saluran lain, hanya menghodohkan lagi wajah kepimpinan Najib yang sudah sarat dengan sekian banyak isu dan masalah.  (SH 08/07/2016).

35 comments:

  1. malang nye orang melayu umno masih menyokong seorang PENCURI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju apa yang saudara katakan. najib seorang pencuri tapi orang melayu umno memberi sokongan teguh kepada seorang pencuri. apa dah jadi dgn orang melayu umno.
      melayu pas lagi tak boleh percaya.

      Delete
    2. Buang saja Najib dari jawatan Presiden UMNO. Desakkan dan gesakan UMNO adakan pemilihan parti di lakukan pronto.

      Pengecut Najib takut di kalahkan kalau ada pemilihan jawatan Presiden. Jadi, dia gunakan kuasa sapenuh nya. Pemikiran feudal. Ahli2 dan pemegang jawatan dlm UMNO yang bodoh bangang kalau diamkan selama yang Najib mahukan.

      Delete
    3. Kerajaan dan parti politik tidak salah tetapi yang salahnya segelintir individu yang memimpin parti seperti Mahathir dan Najib.Kalau pemimpin mengemudi parti politik dan kerajaan dengan baik dan amanah maka baiklah imej dan nama baik parti dan kerajaan serta begitulah sebaliknya.

      Delete
  2. Salah org melayu jugak...khasnya 3 juta ahli2 umno minus minoriti yg diketuai oleh Tun M, TSMY, DSSA dan DSPM...yg lain2 tu nak kata bebal dan bodoh pun iya...bacul pondan pun iya...kaki rasuah dan nak kaya cepat pun iya...kaki subsidi pun iya...tak kira la org kg ka...bandar ka...mufti2 kecuali Perlis...tok2 lebai...ustad2 yg glamer2 masuk astro...semua2 tu melayu bersifat mcm salah satu yg saya sebutkan tadi. Setakat standard melayu mcm nie...pupus pun ok jugak...tak layak nak bela agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  3. Selagi Laporan Odit 1MDB di rahsiakan selagi itu lah bermakna ada salah laku yang gomen tak mahu rakyat tahu.

    Amat kudut lah cara itu. Dan dengan itu rakyat terus memikirkan apa yang di soalkan dan di katakan salah laku 1MDB dan berbilion ringgit masuk ekaun bank Najib, bini dia dan anak tiri dia itu semua nya betul berlaku.

    ReplyDelete
  4. Beri peluang kepada Najib, Hadi Awang sedang menasihatnya..
    Haron Din mampu membantu Najib memacu ekonomi negara...
    Kerjasama UMNO dan PAS menjadikan Melayu perfect.. !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana nak beri peluang lagi? Nakkan dia melanda landa?

      RM4.2 bilion masuk ekaun bank dia, RM1 bilion masuk ekaun bini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia bukan sikit duit, beb.

      Delete
    2. Suatu renungan: Burung unta berat yang terikat kepada bumi boleh menjelma jadi burung candrawasih di langit kah?

      Delete
    3. Boleh. Suruh disney buat..jadi angry bird pon buleh.

      Delete
    4. Sorry la bro....tuan punasihat tidak sempat nak beri nasihat sebab terlalu sibuk sukat dedak/kira duit.

      Delete
  5. Lepas ni tan sri ambrin buang pulak kena pencen awal..

    ReplyDelete
  6. Tuan Shah, jelasnya ada ramai orang Melayu yang bijak dan lurus demi menguruskan negara Malaysia. Malangnya, budaya umum taksub kepada keturunan bangsawan masih menggengam minda masyarakat (sedangkan Nabi Ibrahim a.s. sendiri pun tak dapat menjaminkan keturunannya akan jadi manusia yang berakhlak mulia sebagaimana Al-Quran telah menyatakan). Najib dan orang sehaluan dengannya terlalu lalai dan takabbur dengan bapak nenek moyang mereka.

    Akhlak haprak tidak dapat membina negara mulia!

    ReplyDelete
  7. sebelum... kita di jalan yang betul. 1 mdb tiada masalah. tunggu laporan audit.

    selepas...OSA kan laporan.

    cukup dengan itu sahaja sudah membuktikan najeeb dan konco2nya adalah penipu.

    sekarang..apabila terdedah laporan itu, masih nak kata itu semua fitnah? 'fitnah2' sebelum ini pun terbukti semua benar belaka. najeeb dan konco2nya difitnah ke atau najeeb dan konco2nya penipu besar? takkan tak tahu kot?

    ReplyDelete
  8. Tak payah tunggu laporan sarawak repot pun rakyat dah benci menghina mereka2 yg terlibat cuma anjing2 yg dibela saja yg menyokong dan menjilat 1mdb biarlah mereka ini nangi dimasukan keneraka jahanam diakhirat nanti dunia lrpas tetapi............allah lebih mengetahui

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepay sekali apa yg saudara katakan...melayu umno semua nye bodoh..pencuri pun d sanjung

      Delete
  9. Tak payah tunggu laporan sarawak repot pun rakyat dah benci menghina mereka2 yg terlibat cuma anjing2 yg dibela saja yg menyokong dan menjilat 1mdb biarlah mereka ini nangi dimasukan keneraka jahanam diakhirat nanti dunia lrpas tetapi............allah lebih mengetahui

    ReplyDelete
  10. Ketahui lah anda bahawa mengikut undang2 Msia, Najib yg kaki rasuah sebagai PM tiadalah bagitu kuat dan kebal.
    Dia hanya 2 kuda tunggangan iaitu Pandi Dobi dan Khalid Tweeter yg dia guna sepenuhnya. Dua melayu bangang ni lah yg melindungi Najib dari didakwa diMahkamah.

    Kalau ada melayu cedik yg tulus ikhlas yg memegang jawatan AG dan IGP, besok pagi, Najib jalan ke Sungai Buloh. Cash is King. Mengikut Audit Report US$7bil wang 1MDB telah dicuri olih Najib & the geng. Tak tahu berapa RMjuta telah diberi utk Najib tambat Pandi dan Khalid sehingga bolih dipergunakan olih Najib.

    ReplyDelete
  11. Ada kemungkinan sarawak report nt tak dpt diakses oleh pembaca kerana sekatan kerajaan... Tutup lubang... Maka diam balik rakyat malaysia.. Begitula kitaran kita.. Semangat ada.. Kekuatan belum cukup utk bergerak bersama.. Agak susah nak lawan umno yg berakar dlm ahlinya yg terima apa saja bulat2. Cara terbaik.. Ikot cara tun m (saya bukan taksub tun m)(hanya pandangan saya).. Kempen tolak najib.. Bukan najib (susuk tubuh) yg kita benci... Tetapi perbuatan salah tu yg kita kena kempen pada org ramai.. Tolak najib dulu. Baru soalan2 besar yg lain boleh dijawap (contoh siapa penganti najib.. Nasib anuar.. 1mdb.. Org2 yg bersekorongkol..) hanya najib yg ada berbilion.. Bukan umno atau bn.. Tanpa raja duit umno sgt lemah dgn barisan kepimpinan yg ada sekarang.. Bygkan nazri jadi pm.. Atau saleh keruak.. Atau ahmad maslan pm atau hishamudin jadi pm atau adnan.. Atau tpm zahid.. Bagi pendpat saya.. Mereka takda kekuatan utk bawa... Kalu kena asak mcm2 masalah susah bertahan. Penting bagi gerakan anti najib jatuhkan najib di pekan.. Buat masa sekarang teruskan kumpul deklarasi byk2. Dekat pru persembahan pada agong.. Kalu ada parti baru utk bekas ahli umno joint lagi bagus.. Semua fokus lawan najib di pekan.. Di pekan hanya najib sorg saja yg ada utk pertahan kerusi sendiri.. Org lain (kawan2 yg slalu memyokong tak dpt tolong sbb sibuk kerusi masing). Letak calon bebas utk kalah kan najib yg popular yg org kenai dgn kebaikan.. Saya cadang (pendapat saja) ustaz azhar idrus. Org pantai timur.. Parti2 lain kena bantu calon ini kempen.. Hanya satu lawan satu.. Utk effect lebih baik.. Dap kena rebranding.. Tukar logo.. Dan dasar.. Org melayu tak suka dap hanya sebab hudud saja.. Pakatan harapan wajib tukar dasar semua parti.. Buat rebranding.. Tukar nama parti ejaan melayu.. (contoh dlm bn ada gerakan (cina).. Pakatan harapan kena adakan dasar hudud yg lebih adil utk kegunaan islam dan bukan islam.. Kunci penyatuan parti pembangkang adalah hudud.. Kunci tarik undi melayu juga adalah hudud.. Utk bersih nama dap (seperti yg slalu dituduh umno sbg parti kaum cina atau anti melayu dan islam juga adalah... Hudud.. Terima hudud.. Kembalikan kepercayaan org ramai.. Kalu dap tak boleh berkorban dasar.. Tun m kena tubuh parti baru yg menjuarai hudud..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amacam awak nak dapatkan sokongan? Awak tulis takda berperanggan susah orang nak faham.

      Delete
    2. Assalaamualikum hang, kalu dema tak erti nak menghuraikan pasal perundangan Isle di sisi maqasid al-shariah jange hang dok berkepala besar melaungkan hukuman hudud...

      Delete
    3. aku pun baca sekerat
      tulis la mcm tun M
      buat nombor perenggan
      terima kasih

      Delete
    4. Elok hang imbas balik cara2 buat karangan masa ambik SPM dulu.

      Delete
    5. Rasanya tulis komen guna hp.. Susah nak view.. Nak komen panjang kena guna komputer... Senang view buat perenggan dan sebagainya

      Delete
    6. Bila sebut sahaja nama Ustaz Azhar Idrus, saya terus hilang minat nak baca komen ini seterusnya.

      Delete
  12. Yang nak baca laporan audit ni golongan kelas pertengahan ke atas, yang berpendidikan, peka dengan suasana ekonomi semasa. Golongan ini tau cam nerr nak akses SR. Kalu laporan ni dibebaskan dari OSA pon, bukan nya tv3 atau rtm atau utusan nak lapor. Lapor pon bukan orang kampong dan felda paham. Orang PAS lagi tak paham. Pakatan kena cari kaedah bagi orang kampong paham. Orang bandar dah paham. Azmin dan mat sabu, ada paham?

    ReplyDelete
  13. Tukar klassifikasi Laporan Odit Negara dari status OSA biar rakyat baca spt dijanjikan masa umum odit dulu terbuka dan tulus diseliakan oleh PAC yg dwipatisan kerajaan dan pembangkang dan yg bersalah akan diambil tindakan.

    Lagi pun semua Laporan Odit Negara dibuka kpd umum sebagai faktor akauntabiliti kpd rakyat.

    Kalau dedah boleh nilsi samada laporan SR itu palsu dan betul konspirasi nak jatuhkan kerajaan yg dilantik secara demokrasi. Sekali pukul habis semua terbukti semua pendedahan SR selama ini adalah palsu dan diubahsuai, jika kita ingat serupa kes Justo dulu lagi.

    Soal siapa salah itu soalan keadilan itupun kalau Laporan Odit yg sebenar merumuskan ada salahlaku. Husni pun dulu dah umum tiada salahlaku 1MDB selepas Laporan Interim Odit Negara cuma kelemahan tidak serah beberapa dokumen.

    Jadi logiknya tak perlu OSA lagi spt disarankan Tuan Shahbudin.

    ReplyDelete
  14. Itulah sebabnya PM dipanggil Pencuri Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Kasihan ds najib...siang mlm sentiasa dcari kesalahannya...biarlah najib perintah dlm aman...ds najib tidak bersalah...ds najib bnyk membantu rskyat...saya telah dibantu dgn brim dll bantuan...saya tetap sokong ds najib n isteri...ayuh rakyat melayu..kita sokong bangsa kita ds najib...pm terbaik stakat ini...x pernah ada skandal...slalu ke masjid n ziarah kubur...penyokong melayu ds najib n datinseri rosmah mansor...ingatttt...saya x makan dedak ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish...ish...ish...pada ramalan patek, kamu ni udah nak mampus tau! Baik bertaubat nasuha cepat sebelum terlambat.

      Delete
  16. Seorang ketua yang sedang dipertikai oleh rakyat tetapi masih tidak mengaku kalah atas beberapa pertuduhan salah laku. Badan kehakiman perlu bantu menyelesaikan pertikaian ini secra adil dan saksama demi untuk sebuah negara tercinta. Takkan rakyat hanya tertakluk kepada sistem PRU sedangkan kes duit berbiliun ni seharusnya diputuskan segera tanpa campurtangan kuasa politik. Sekarang ramai sangat yg alpa terminum air ketum ...tak buat kerja atau hanya menurut membabi buta perintah ketua kalau tidak akan dibuang koje.

    ReplyDelete
  17. Rasanya petang ni mungkin hujan. Kalau hujan lega la sikit. Dua tiga hari ni terlalu panas tak selesa nak tidur dibuatnya.

    ReplyDelete
  18. Malangnya skandal 1MDB tidak diketahui dgn sejelas-jelasnya oleh org kampung. Bila ditanya apa itu 1MDB? Ada yg jawab 1MDB itu BR1M kah? Jgn gelak itulah hakikatnya.

    ReplyDelete
  19. Terlalu banyak keladak yang telah dilakukan oleh PM sehingga sudah tidak dapat ditutup lagi......!!!!

    ReplyDelete
  20. Orang kampung susah nak faham isu ni. Mereka takde masa nak browse internet sokmo. Mereka sibuk cari rezeki, mengurus hidup, jaga famili semampu yg mereka boleh, pergi surau, etc etc. Gst nak kena byr. Bila dpt brim kita tak salahkan mereka sbb memang kebykan mereka perlu dibantu.

    1MDB terlalu complicated untuk mereka. Kita pun kdg2 tak berapa faham especially on the transaction. Those yg cuba membongkar 1MDB mostly tulis dlm Bahasa Inggeris lagilah diorang tak faham.

    Secara peribadi, saya kecewa dgn pemimpin2 UMNO yang tidak punya keberanian utk mencari kebenaran. Mereka lebih sanggup jadi pak turut. Padahal ada menteri yang ahli ekonomi, ada yg pakar agama. If ahli cabinet melayu dianggap tak guna, tu yang komponen BN pun takkan sama jugak. MCA orgnya pandai pasal bab duit.. kenapa senyap.. MIC pun byk yg educated and intelligent. Pun tak berbunyi...

    Kita tak boleh salahkan melayu sahaja. Dlm fiasco ni ada arab ada cina. Semua berpakat tipu kita satu Malaysia.. pada saya semua mereka ni perlu dibawa ke muka pengadilan. Cuma masa ni kita tak tau. Tapi balasan dr Yang Maha Berkuasa itu pasti. Doa orang yg teraniaya akan makbul juga satu hari nanti.

    ReplyDelete