Monday, 11 July 2016

TERBURU-BURU PULAK? GANTUNG DULU BARU SIASAT TIDAK TERBURU-BURU KE?


Tindakan Shafie Apdal mengumumkan keluar UMNO nampaknya mula meninggalkan kesan yang menakutkan bagi UMNO. Tapi segala-galanya bak kata pepatah, "sudah terantuk, baru tengadah."

Setelah bekas Naib Presiden UMNO itu berbuat demikian dan diikuti dengan tindakan majoriti pimpinan UMNO Bahagian Semporna serta sebilangan lagi di Batu Sapi juga keluar UMNO, nada pimpinan UMNO sudah lain jadinya.

Melalui beberapa maklumat, beberapa pemimpin UMNO dan ahli-ahli di beberapa bahagian lain di Sabah juga bakal mengikut jejak Shafie dalam tempoh terdekat ini.
Dua pemimpin tertinggi  yang juga ahl Majlis Tertinggi UMNO, Mustapha Mohamad dan Ismail Sabri Yaakob antara yang awal tampil menyifatkan keputusan Shafie itu sebagai terburu-buru.

Kata mereka, kedudukan Shafie hanyalah digantung sementara menunggu laporan Jawatankuasa Disiplin UMNO dan bekas menteri itu tidak seharusnya terburu-buru membuat keputusan keluar daripada UMNO.

Kenapa baru sekarang mengatakan keputusan Shafie itu terburu-buru?

Siapa yang terburu-buru sebenarnya?

Adakah Shafie yang membuat keputusan keluar UMNO setelah digantung tanpa dipanggil membela diri itu sebagai terburu-buru atau UMNO yang menggantung beliau terlebih dahulu tanpa memberi surat tunjuk sebab dan memanggil membela diri sebagai pihak yang lebih terburu-buru?
Adakah dalam mesyuarat MT UMNO yang membuat keputusan penggantungan itu, Mustapha dan Ismail Sabri ada bercakap dan memberi pandangan agar Shafie diberikan surat tunjuk sebab dan dipanggil membela diri terlebih dahulu sebelum digantung?

Adakah hanya setelah melihat keadaan yang berlaku di Sabah selepas Shafie keluar parti dan mungkin berlaku kesan lebih besar daripadanya, maka pemimpin-pemimpin UMNO mula berubah nada? (SH 11/07/2016).

51 comments:

  1. Yang main gantung dulu tu sebelum siasat bukan TAK SABAR namanya? Cakap ikut mulut macam tak ada gigi!
    Bengong betul ketua-ketua UMNGOK ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah menjadi tradisi politik melayu sekarang, sesiapa yang mengkritik dan tidak wala'un kpd Presden parti dan juak juaknya akan dipecat atau digantung.

      Mereka juga dilabelkan sebagai jebon, barua dan pengkhianat.

      Delete
    2. Tak payah berselindunglah ismail sabri yg aku kenali dari dulu.

      Bukan kah ko pun bercita cita nak pegang jawatan naib presiden umno dan presiden umno.

      Sayangnya hari ini ko dgn tok pa dah jadi pengkhianat bangsa.

      Delete
    3. Pemimpin UMNO semua dah tak boleh berfikir waras.

      Delete
    4. Tak payah nak tunjuk baik sgtlah ismail sabri oiiii. Kau sendiri pun tak betul. Ada hati nak nasihatkan orang lain.
      Nak cari publicity murahan pi kat tv3 sukulah macam biasa

      Delete
  2. Aku dulu respek habis dengan tok pa. Aku tengok dia PM material. tapi selepas tengok dia butakan mata pekakkan telinga terhadap rompakan si lanun bugis, semata-mata nak jaga jawatan dia, aku dah hilang respek sama ini tok pa.
    Tok Pa, sedarkan tok pa bahawa kabinet hari ini dilihat sebagai kabinet penyamun sebab ketuanya menyamun dan ahlinya tutup mata ja.
    Syabas TSMY, DSSA dan DSMM, anda bertigalah wira yang sebenar, sanggup hilang jawatan demi kebenaran mengatakan yang benar kepada PM yang zalim dan pencuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyatanya, ramai orang2 besar Kelantan telah termakan Isle cara si Nik dan si Awang ... kecekpan ugama tidak melepasi kerongkong ke hati. Termakan dunya kut...

      Delete
    2. He is also the man of TPPA and responsible to sell it to the rakyat except they had DECIDED long before putting it under the microscope for the rakyat to see.

      Well, if TTIP between US & EU not finalised with some member-countries starting to have second thoughts, Malaysia will be toast just as the famous Prime Minister of 1MalaysiaDB....

      Lets hope Syawal nih we see some sunshine over this Daylight Robbery in Malaysia!

      Delete
    3. setuju...aku memang tak setuju TPPA dan aku letakkan pada bhu Tok Pa atas segala malapetaka ekonomi yang bakal di kenakan oleh orang putih kat kita. sejak bila kita tengok orang putih boleh di percayai?

      Delete
    4. Sudahlah mail dan tapa. Rakyat lebih cerdik drp ko orang.

      Orang kampong bolehlah korang tipu.

      Delete
    5. Memang cakapbicara ini ditujukan khas kepada orang orang kampong malangnya korang terbaca dulu. Apa nak buat.

      Delete
    6. Memang cakapbicara ini ditujukan khas kepada orang orang kampong malangnya korang terbaca dulu. Apa nak buat.

      Delete
    7. Saya pun sangat kecewa dengan Tok Pa. Dulu, dia pun merupakan salah seorang menteri yang paling saya hormati. Sekarang ni dah tak hormat dia lagi kerana jelas dia juga berpihak dengan Najib Al Korup.

      Delete

  3. Dulu aku respek jugaklah pada Tok Pa nih sebab dia menonjolkan imej Mr Clean.

    Tapi itu dulu.

    Sekarang ni dah jadi Mr Dedakman dah, habis hancuuuss.

    Pak Mail ni tak patah cakap la.

    Dulu, kini, selamanya dedakman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mail sabri@mail ayam dgn mustapa
      Tak payah nak tunjuk simpati sgtlah kat shafie Apdal sorang.

      Knp tak tunjuk simpati kat husni hasnadlah????? Ko orang berdua ni mmg pariah.

      Delete
  4. Mcm Tun M ckp, umnu skrang ni bukan mcm umnu dulu. Yg skrang ni parti mengarut, mata duitan dan semuanya untuk duniawi. Langsung takde belas kasihan dan hati perut.
    Keluarlah semua dari parti duniawi ni.

    ReplyDelete
  5. Baik Tok Pa baik Pok Wei..duo-duo tu oghe klate ganey..oghe klate ni gak..buleh buak gapo sajo..janji buleh pitih..daghi dulu sapa ko lor nie.

    ReplyDelete
  6. Pak Mustapha dia tu terburu-buru berikat Malaysia masuk perjanjian dagangan TPPA ... jadi habislah kedaulatan negara tercinta kita. Baik jaga tanggung jawab sendiri molek-molek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan saya TPPA adalah urusan besar membabitkan masa depan negara...ini ada contoh Yg nyata seperti perumpamaan baling batu sembunyi tangan...ini adalah keputusan pm tidak bolih dibantah terutama bg gulongan Yg menjaga periok nasi sendiri bukan negara...maka tok pah sanggup menerima risiko... Apa Yg terjadi dimasa hadapan akan ditanggung sepenohnya olih tok pah...Najib lepas tangan...inilah Nasib pemakan dedak

      Delete
    2. TOKPA TAKPA TPPA....selaras.

      Delete
  7. Cara pemimpin umno sekarang memberi pandangan langsung tiada nilai kebijaksanaan,semua macam malaoun,beruk dan bandut tua nak mampos,buka mulut asyik nak cakap putar alam lepas tu jadi bangang dan tuli.

    ReplyDelete
  8. Rakyat Sabah harus cerdil dan bijak mengajar UMNO serta Najib Razak,bspsk penyamun dan kepala korupsi di Malaysia. Shafie telah cuba menjalankan tanggungjawab beliau terhadap rakyat Sabah dan Malaysia amnya, meminta Najib Razak dan UMNO memberi jawapan hitam putih tentang skandal 1MDB tetapi ini gagal ditunaikan Najib Razak dan UMNO. Dosa Shafie Afdal hanya kerana berkata dan menegur secara benar. Tapi malangnya pemimpin yang berkata benar dan mementingkan rajyat marhaen dianggap musuh dan petosak oleh UMNO Najib Razak.rakyat Sabah serta ahli UMNO BN di Sabah mau pun di Malaysia yang terus memberu sokonfan kepada UMNO Najib Razak adalah tak ubah umpama haiwan dan binatang yang tidak berakal kerana gagal membezakan antara petualang rakyat dan pejuang rakyat. Mereka yang akur bahawa duit berbilion yang disalurkan ke akaun peribadi Najib Razak adalah derma dan bukan satu kesalahan adalah manusia manusia yang berjiwa dan berhati bangkai, tidak peduli apa kah mereka ini menteri atau apa pun taraf mereka. Manusia begini layak mampus saja dari dibiar memimpin negara tercinta ini.

    ReplyDelete
  9. yb dato Mustapha,

    u know me as I was d secretary when u were d chairman of d min of finance tender committee.

    I knew u 2 b a very straight forward n transparent person.

    u r also very intelligent n xperienced. a lot hv been exposed abt d 1MDB heist. I m still puzzled as 2 why u r still plodding 'wth d pirates of d carribean'?

    b4 yr reputation as a honest 2 goodness person is tarnished pls do d right thing. follow yr good friend d wahid - jump ship.its not worth d money; status n power.

    ReplyDelete
  10. Sesal dulu pendapatan
    Sesal kemudian tidak berguna
    Keluar umno beribu angkatan
    Parti yg busuk tidak bermakna

    Tok Pa tolong fikirkan
    Jahat baik jadi sempadan
    Jangan kerana wang jawatan
    Hawa nafsu mengikut syaitan

    Bila tiba mengadap Ilahi
    Kain putih pakaian resmi
    Tak kira rakyat atau menteri
    Takkan terlepas ditimbang diadili..



    ReplyDelete
  11. Kekecohan dan ketegangan sentimen perkauman yang ditimbulkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dilihat bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kes rasuah melibatkan pemimpin DAP.

    Presiden Jaringan Melayu Ma­laysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan dangkal Kor Ming bermain isu perkauman demi kepentingan politik adalah langkah yang salah dan telah mengundang kebencian semua kaum terhadap parti itu.
    "Jika pemimpin Melayu mengeluarkan kenyataan untuk melin­dungi kaum Melayu tanpa menyentuh kaum lain sudah tentu dituduh rasis dan ektremis kaum, tetapi mereka lebih melampau.

    "Dalam pelbagai perkara yang boleh dijadikan isu, saya pelik mengapa beliau mahu menyentuh agama dan kaum yang merupakan isu sensitif untuk mengalihkan pandangan orang lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Sele­pas Kor Ming memuat naik gambar tertera bendera Amerika Sya­rikat dan rumah api untuk mengucapkan selamat hari raya kepada penduduk Islam negara ini di laman Facebooknya 5 Julai lalu, Kor Ming sekali lagi cetus kontroversi de­ngan muat naik gambar ka­rikatur umat Islam me­minta derma dedak daripada UMNO.

    Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

    Sementara itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, keangkuhan pemimpin DAP itu yang mempermainkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hari kebesaran bagi umat Islam adalah satu tindakan yang tidak dapat diterima.

    "Semua agama termasuk Kristian tidak mengajar umatnya melakukan kejahatan lebih-lebih lagi yang melibatkan pergaduhan. Dalam kes beliau menghina Aidilfitri ini, kita dapat lihat kaum Cina dan India juga melahirkan rasa kesal dan marah kepadanya," katanya.
    Dalam pada itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, isu penghinaan sudah menjadi semakin serius kerana ada pe­mimpin yang seolah-olah menggugat Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan beragama.

    "Aidilfitri adalah antara elemen keagamaan umat Islam dan merupakan medium bermaaf-bermaafan, te­tapi pemimpin yang tidak matang ini muncul menimbulkan provokasi dan mempolitikkan perkara itu," ujarnya.

    Bagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Ismail Sualman pula, tindakan Kor Ming itu sengaja direka untuk mewujudkan ‘ha­voc' dan sudah pasti mempunyai agenda tersendiri bagi meraih perhatian masyarakat.

    "Kita pasti Kor Ming faham tentang sensitiviti masyarakat tetapi beliau sengaja lakukan semua itu untuk tunjukkan bahawa DAP masih relevan dengan cuba me­nimbulkan polemik," kata­nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bodoh satu lagi akai takda.bendera amerika dan rumah api isu apa plak??nga tu bkn islam dan mengucap selamat hari raya dgn cara dia salah???kesalahan pemimpin korang tutup je mata pasal wang mashuk yg dap ni tak bgi wang rasuah jdi lompat mcm beruk.spesies mcm ko sat bole berubah mcm chameleon.kemungkaran ko tak nampak bangang2

      Delete
    2. Banjir di pantai timur jibon main bola obama dgn diplomasi golf ko tak marah 1355,mem badak shopping dgn wang pencen kwap ko tak marah.pegang tangan netanyahu tak marah,jual aset pada consortium cina ko tak marah.memang ko dayus..

      Delete
  12. Tok pa, mu ken spik english, yes or no, tok pa? Mu always mit forener. Mu know wak dey say about our kantri? Mu fil malu or nok? Mu study high high, spik intelijeng a bik, don be like demo...

    ReplyDelete
  13. Saya telah menulis 2 bahagian berkenaan surat terbuka Mejar Zaidi Ahmad kepada Presiden PAN Mohamad Sabu. Bahagian akhir mengenai surat terbuka berkenaan akan saya perincikan pada artikel ini.

    Pada bahagian akhir surat terbuka bertarikh 19 Jun 2016 tersebut Mejar Zaidi melahirkan rasa kekecewaannya kepada Mat Sabu atau pengurusan parti berkenaan di Pulau Pinang.

    Petikan akhir surat berkenaan seperti berikut:-

    Akhir sekali bang Mat orang Penang, adakah Amanah Penang adalah Amanah terbaik dari segi keahlian, aktiviti, pentadbiran dan sebagainya untuk menjadi contoh kepada Amanah di tempat2 lain?

    Jika tidak kenapa, sedangkan di Penang Amanah adalah sebahagian dari kerajaan?
    Pemimpin yang hebat ialah yang mampu menyelesaikan masalah bukan menjadi sebahagian dari masalah itu sendiri.
    Mejar Zaidi sebelum menjadi ahli DAP adalah ahli parti PAN Kepala Batas. Dia adalah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.

    Saya tak ada maklumat yang tepat mengenai bilangan ahli PAN di Pulau Pinang tetapi mengikut sumber yang rapat ahli PAN di Pulau Pinang sekitar 1000 orang sahaja.

    Tapi saya mempunyai maklumat untuk Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor kerana saya ada kenalan rapat di sana yang saya pernah bantu untuk PRU-12 bagi menumbangkan kerajaan BN. Seorang kenalan saya kini dah jadi orang kuat PAN.

    Kenapa Mejar Zaidi marah sangat kepada Mat Sabu?

    Cuba anda fikir ahli PAN yang berdaftar bagi Bahagian yang diwakili oleh Mat Sabu iaitu Bukit Mertajam hanya 50 orang sahaja. Dun Berapit, Dun Mat Sabu hanya 14 orang yang berdaftar sebagai ahlTergelak saya bila diberitahu Dun Berapit hanya 14 orang ahli PAN berdaftar. Nak tubuh AJK pun masih tak cukup kouta! INIKAH TARAF PRESIDEN PAN??

    Saya juga dimaklumkan oleh kawan-kawan rapat termasuk seorang orang kuat PAN bahawa kawasan Mujahid Yusof Rawa iaitu Bahagian Bukit Gelugor hanya ada 40 orang ahli. Ahli PAN di Dun yang diwakili oleh Mujahid iaitu Dun Air Itam hanya ada 3 orang ahli PAN yang berdaftar. HAMPIR PECAH PERUT saya gelak!
    i PAN!Mejar Zaidi tak bengang pasal apa, dia mampu menarik lebih kurang 200 ahli PAN berdaftar untuk Bahagian Kepala Batas tapi tokoh hebat PAN hanya mampu tarik 3 orang ahli!!

    Saya kata persatuan orang-orang buta di Dun Air Itam pun lebih daripada 10 orang. Ini hanya 3 orang. MANA NAK LETAK MUKA MUJAHID??

    Kedua Mejar Zaidi ada menyebut tentang Mat Sabu adalah masalah kepada parti PAN di Pulau Pinang. Yang ini saya tak nak huraikan malam ini. Rasanya lebih baik tanya Mejar Zaidi sendiri biar dia terangkan.

    Saya pun nak tidur awal malam ini, harap-harap dapat mimpi bertemu Mat Sabu dengan ahli dunnya 14 orang tersebut. Tapi saya tak boleh fikir bagaimana orang hebat berpidato macam Mujahid hanya dapat tarik 3 orang ahli... Baik saya berhenti sebelum perut saya sakit kerana terlalu banyak gelak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la anon 14.06 kamu pi tidoq pasai cerita kamu ni hanya kaki jilat jubor najib je yg minat baca org dlm blog ni tak minat,kamu silap tempat la

      Delete
    2. Hei, hari ni oghang Melayu sangat perlukan jenis stret macam Sarjan Hassan p ramlee untuk melawan si lanun negara dan macai2 pengangkat bodek.

      Delete
  14. Ahli2 polituk mangkok bi semua ingat kita rakyat Malaysia ni suka ke nak dengar cerita sampah dia sesama sendiri ?
    Kerja dia orang ni sepaptutnya memajukan apa apa yang patut dimahukan di Malaysia ni. Banyak lagi perkara yang Dr.Mahathir tak sempat nak buat tapi dah dimulakan. Pembangunan insan misal nya..jangan cakap aje..tapi tak buat.
    Bagi la kita berita yang mengembirakan sekali sekali bukan sampah 1mdb, felda, kwap..ini semua dosa dosa manusia yang dilantik tapi gagal memunaikan tanggungjawab dengan sempurna.
    Setiap tuduhan kena dibuktikan. Bila cukup bukti bentang kertas tuduhan dan panggil orang yang dituduh jawab tuduhan. Bukan gantung dulu. Ini Naib Presiden..takkan la dia tak tahu tatacara umno.
    Gantung Naib Presiden, buang Timbalan Presiden bukan hal kecik kecik. Siapa yang terburu buru ni, tokpa & ismail ?


    ReplyDelete
  15. Apa nak hairan kata bukan ke ramai anak muda melayu yg nak jadi ahli umno yg dah tak sudi biarlah mereka cari parti yg sesuai dgn jiwa mrreka dap pkr amanah semua ada

    ReplyDelete
  16. Mls nak tau jwpn bodoh yg keluar dari menteri2 ni..buang masa ambil tahu..tak pyh lyn dgn menteri2 ni..jwpn tetap sama,NAJIB ADALAH DEWA KU,dulu kini dan selamanya,yg betol hanya najib sorang,yg lain2 tu, salah..
    Tindakan pecat tsmy oleh najib - betol
    Pecat mukhriz- betol
    Shafie apdal digantung-betol
    Shafie apdal keluar umno-salah(terburu2)
    Tun Mahathir hentam najib-salah(nepotisma dan kroni alasan najib n dedakian)
    Jadi apa yg nak perlu diungkapkan lagi..?buat apa di temubual si penagih dedak..menyakitkan hati..
    Ahli umno yg menyokong xubah menjadi penyembah PM..almaklumlah panglima islam paling ulung mengalahkan kehebatan khalifah 4 sahabat,khlifah uthmaniyyah..dah mengalahkan ajaran ayah pin pulak fahaman penyokong PM ni..maksum semaksum2 nya dua laki bini tu..tak ade sekelumit pon salah di mata pendedak ni..ampu selagi boleh,selagi belom dpt tanah berekar,selagi belom cukup koleksi bini dan gundik,selagi belom memiliki mahligai istana,kereta mewah,koleksi barangan international branded kat umah selagi tu la pendedak ni sujud dan terus mengampu mengharap ihsan sedekah dedak..hina sungguh orang mcm ni..

    ReplyDelete
  17. Sebenarnya apabila Shafie digantung, maka UMNO berharap beliau akan merayu, dan sekiranya beliau merayu maka beberapa syarat akan dikenakan untuk melemahkan beliau. Maka dengan ini beliau akan jadi Pak Turut. UMNO memang maklum dengan pengaruh Shafie di Sabah dan beebrapa bahagian di Semenanjung, sebab itu beliau tidak terus di pecat kerana akan memberi kesan yang besar. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya dan ini memang memberi kesan pada kekuatan UMNO terutama di Sabah. MT membuat percaturan yang salah kerana mereka ingat semua orang boleh ditundukkan dengan dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidupkan kembali USNO shafie tengok apa umno boleh buat

      Delete
  18. Pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Nga Kor Ming telah memadamkan poster provokasi menghina agama Islam di laman Facebook miliknya ekoran kecaman teruk oleh netizen.


    Berdasarkan pemerhatian Ismaweb.net hari ini, poster dan kenyataan provokasi itu telah dipadamkan oleh Ahli Parlimen Taiping itu.

    Nga telah memuat naik poster ucapan Hari Raya Aidilfitri bertemakan Amerika apabila ia berlatarbelakangkan bendera negara itu serta gambar rumah api yang diambil menerusi laman web DrJamesDobson.org, pengasas organisasi konservatif Kristian Amerika.

    Malah poster yang dimuat naik pada 5 Julai lalu itu turut diselitkan perkataan ‘In God We Trust’ serta ‘Lord Guide Our Nation Back To You’ dan simbol tangan berdoa.

    “We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya,” kata Nga dalam kenyataan yang dimuat naik bersama poster berkenaan.

    Netizen berang dengan poster itu dan menyifatkan tindakannya sebagai menghina Islam dan umatnya dan langsung tidak menghormati perayaan Aidilfitri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woit bangang kalo ko tak suka nga kor ming jgn sibuk skodeng page dia.ko jaga tepi kain hang sudah.klu nga kor ming rasis tak mgkn dap semua bangang?mcm tu isis huru hara dan pancung sana sini jdi adakah semua org islam dlm dunia sebangang bangang mcm isis.otak dedak nak alih isu tu je.bodoh akai tara 1702.

      Delete
  19. Pemimpin umno ni asyik test water aje...bukan cari kebenaran aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laki2 yang langsung hilang ciri2 keperwiraan .....

      Delete
  20. Muhyiddin dengan Mukhriz terus dipecat dari Umno tanpa bagi peluang bela diri itu dianggap tidak terburu-buru pula? Bila Shafie ambil tindakan pre-emptive dengan mengambil tindakan terlebih dahulu sebelum MT dapat buat keputusan adalah satu tindakan yang terburu-buru. Inilah dinamakan demokrasi dan keadilan ala Umno. Dia buat boleh, orang lain buat tak boleh.

    Depa ni pandai. Nak pecat depan-depan tak berani sebab tu gantung dulu. Bila dah gantung jadi Muhyiddin ngan Mukhriz tak boleh hadir mesyuarat. Bila tak ada dalam mesyuarat barulah senang nak buat kerja pecat-memecat.

    Mahathir pecat Anwar depan-depan dalam mesyuarat MT. Anwar tepuk meja, bangun menjerit-jerit lepas tu bingkas tinggalkan mesyuarat. Lepas mesyuarat beratus penyokong Anwar tunggu Mahathir dekat pintu utama. Kawalan keselamatan bimbang akan keselamatan Mahathir. Mahathir berkeras untuk balik melalui pintu utama. Mahathir muncul, penyokong Anwar memaki hamun Mahathir. Mereka mengeluarkan kata-kata kesat. Ada yang baling botol mineral. Mahathir jauh lebih berani dari orang yang mengaku ada darah pahlawan. Nak pecat melalui saluran yang betul pun tak ada telur. Prosedur disiplin dan tatertib entah ke mana asalkan matlamat tercapai.

    Hukuman berbentuk pilih kasih. Kesalahan Ahmad Said bekas MB Terengganu yang mengusulkan undi tidak percaya kepada pemimpin dari parti beliau sendiri iaitu MB Ahmad Razif jauh lebih serius dari Muhyiddin dan Mukhriz yang hanya duduk satu pentas dengan pembangkang tapi beliau tidak pula dipecat. Inilah dinamakan demokrasi dan keadilan ala Umno. Yang menjadi isu bukan pelanggaran disiplin parti tapi keselamatan diri sendiri.

    ReplyDelete
  21. Dewi aja download pantat kau lah

    ReplyDelete
  22. Orang MELAYU memangnya BANGAP DAN BAHALOL...inikan MENTERI MENTERI UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini menteri2 umno sudah kena beli oleh najib. Keruak sanggup jadi barua

      Delete
  23. ada malayu nak jadi boddo apa boleh buat
    janji dapat dedak bnayak

    ReplyDelete
  24. Semporna boleh ...........jadi kenapa bahagian lain tidak?
    Pecat atau gantung pekerja bawahan tanpa sebab kukuh adalah sikap buruk seorang ketua. Betul punye sikap buruk siku...

    ReplyDelete
  25. Hanya masa tiba runtuh nya umno parti kuno

    Muncul parti baru yang lebih progresif

    ReplyDelete
  26. Selagi ramai ketua bahagian dan ketua cawangan makan dedak, selagi tu la Umno akan rosak. Tun M dah terlalu tua. Harap beliau sempat memulihkan Umno sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  27. di sabah ade 25 kerusi parlimen dan 60 kerusi dun pade pru 13 yg lalu.di johor pula 26 kerusi parlimen dan 56 kerusi dun ade,di kedah pula ade 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi dun.semuanya ade 65 kerusi parlimen dan 152 kerusi dun untuk 3 negeri ini sahaja.memandangkan bn umno sudah menang besar jumlah kerusi parlimen dan dun di sarawak prn yg lalu make pakatan harapan pkr - dap - pan/amanah perlukan bantuan shafie afdal untuk merampas semua baki kerusi parlimen dan dun yg tinggal pru14 tahun depan.diharapkan kerjasama dato dengan pakatan harapan nanti dapatlah bn umno ditewaskan di sabah dan semenanjung.kami yakin dato dapat sapu bersih kerusi parlimen dan dun disabah bagi menguburkan terus bn umno di sabah.andai dato berjaye kuburkan bn umno di sabah pru 14 bermakna segale kerusi yg bn umno sapu bersih di sarawak sudah jadi tidak bermakna kerna kelebihan mereka akan terhapus serta merta.di semenanjung yg peluangnya 50-50 akan jadi sebaliknya bile muhyiddin membantu mengasak bn umno di johor dan mukhriz pula di kedah.sabah dan sarawak yg dulunya fixed deposit bn umno tinggal sejarah lalu lepas ni.gabungan shafei,mukhriz,muhyiddin dan pr lebih dari mampu untuk menumbangkan bn umno di pru14 nanti.setiap undi diambil kire bagi mengalahkan jutaan penundi pos dan jutaan pengundi hantu/warga asing ciptaan bn umno sejak sekian lama.semua yg layak mengundi harus turun beramai ramai2 untuk mengundi pru14 dengan matlamat mengalahkan umno bn dari terus menjahanamkan negeri2 dan negara ini.undi anda penentu halatuju mase depan diri,agame,bangsa dan negara.pikirkan same nasib anak2 cucu cicit anda bukan diri anda sahaja.lawan tetap lawan,ALLAH HU AKHBAR !!!

    ReplyDelete
  28. Ismail ni cakap macam tu aku boleh paham. Tapi Tok Pa ni patut dok diam. Nampak sangat otak dia tu dah tak betul malah rosak. Bangang sangatkah dia sampai tak tahu siapa yang sebenarnya terburu-buru nak memalukan Shafie dengan digantung ? Bodoh pintu ni ingat Shafie akan balik dan merayu dan bolehlah mereka menyuruh Shafie menyapu "sampah" dan menyoroknya kebelakang ? Nyata gagal !!

    ReplyDelete