Wednesday, 13 July 2016

SETUJUKAH HADI AWANG DAN HARON DIN DENGAN GENJATAN SENJATA? ATAU SAMPAI MASANYA TUAN IBRAHIM JADI PRESIDEN PAS?


Menjelang penubuhan sebuah parti politik baru oleh Tun Mahathir Mohamad yang dijangka akan diputuskan dalam waktu terdekat ini dan seterusnya akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, saranan Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti-parti pembangkang melakukan genjatan senjata sesama sendiri dan menggembleng tenaga untuk menumbangkan BN, memang sesuatu yang tepat pada masanya.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas itu jelas menggambarkan kefahamannya yang sebenar mengenai peranan parti-parti pembangkang ketika berhadapan dengan permasalahan yang semakin kronik dalam negara yang dipimpin oleh Najib Razak sekarang ini.

Keinginan bersatu dan menggembleng tenaga menumbangkan BN itu juga adalah  hasrat sebenar majoriti ahli-ahli Pas di seluruh pelusuk negara yang telah ditarbiahkan sejak sekian lama.
Lantaran itu, tidak mengejutkan lontaran idea Tuan Ibrahim itu pantas mendapat sokongan daripada PKR dan DAP, bahkan jika ia benar-benar merupakan hasrat rasmi Pas, Amanah juga pasti tiada halangan untuk seia sekata dengannya.

Apa pun, Tuan Ibrahim kini seolah-olah sedang menunjuk jalan sebenar yang harus dilalui oleh Pas dalam mengisi perjuangannya.

Jika genjatan senjata ini merupakan langkah permulaan kepada saling bermuhasabah di kalangan semua parti-parti pembangkang, ditambah dengan kehadiran parti baru yang diterajui oleh Tun Mahathir dan kemudian dapat menjalinkan kerjasama yang lebih kukuh untuk melawan BN, ia pasti sesuatu yang bermakna untuk rakyat serta negara dan barangkali ucapan "bye bye"  sudah boleh diucapkan kepada Najib dan semua menteri-menteri 1MDB yang ada sekarang.

Cuma persoalannya, di sebalik saranan baik Tuan Ibrahim itu, beliau hanyalah pemimpin nombor dua dalam Pas dan bukan penentu kata putus parti itu?

Apakah saranan beliau itu merupakan pendapat peribadinya atau pendirian Pas secara rasmi?

Bagaimana dengan pendirian Presiden Pas, Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Dr Haron Din - dua tonggak yang paling berpengaruh dalam menentukan arah tuju parti itu?

Adakah kedua-dua pemimpin utama Pas itu turut setuju dengan genjatan senjata dan seterusnya membentuk penyatuan di antara parti-parti pembangkang atau masih ingin terus berbaik-baik dengan Najib seperti sekarang ini?

Bagaimana jika esok lusa, Hadi Awang dan Dr Haron Din tampil dengan pendirian bahawa Pas masih ingin kekal dengan amalan politik matang dan sejahtera serta tidak mahu berebut kuasa, sebaliknya memadai dapat menjadi penasihat kepada kerajaan sahaja?

Atau apakah ini merupakan isyarat kepada ahli-ahli Pas bahawa sudah sampai masanya untuk Tuan Ibrahim dijadikan Presiden parti yang baru menggantikan Hadi Awang menjelang pemilihannya pada tahun depan? (SH 13/07/2016).

36 comments:

  1. Tiba-tiba pulak...TITM melontarkan idea genjatan senjata? Sebelum ni...sombong, PAS boleh menang kalau bersendirian!

    Barulah TITM boleh berfikir secara waras...real politik di Malaysia ni, antara BN dan PH sahaja.

    PAS kalau tak pilih lagi dengan siapa dia nak berkawan sebelum PRU 14 nanti...sama ada BN ataupun PH, alamat nya PAS akan karamlah TITM ooiiii....

    Skrg ni...elok TITM piii jumpa Hadi Awang dan Haron Din tanya...mau BN ka ...atau mau PH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terpedaya dengan Pas. Mereka ada kepentingan diri. Bila gencatan senjata, bermakna penyokong PH terpaksa bagi undi pada calon Pas dlm PRU 14 nanti. Lepas mereka dapat kerusi, meteka jadi ularmak semula. Cukup.. jangan tertipu untuk kali ke dua. Baik bagi kerusi pada BN dari bagi pada PAS yang bermuka-muka. Cukuplah kita dah dikhianati mereka selama ini.

      Delete
    2. Cukuplah Pas@Pis sudah tipu gua kaw-kaw.
      Setiap kali PRU gua & isteri undi Pas@Pis.
      Harap dengan Pkr & Dap tumbangkan BN@Umno.
      Ini tidak bersekongkol pula dengan Najib.
      Nama saja parti Islam tapi pengkhianat.
      Pergi mampus Pas@Pis, setuju dengan Usry.

      Delete
    3. Tuan Ibrahim sama sj otaknya dgn Hadi dan Haron. Berlakon je tu...ni mesti taktikal dr UMNO. Cepat bebenor media buat cover up.

      Delete
    4. Pas dah terdesak, rakyat dah menyampah.
      Itu sebab mereka mahu genjatan senjata.
      Jangan percaya mereka, ULAR-MAK katakan.

      Delete
    5. PAS ni tak blh pakai. Perosak gabungan dan suka tikam belakang. Lupa kan utk kerja sama dgn PAS. Geng ulamak PAS perasan hanya mereka yg layak tadbir negara. Majority pemimpin PAS taraf hampas

      Delete
    6. Pas tak terdesak tapi ph yang terdesak jangan baca tajuk aja macam mat sabu cuba baca sampay habis dan fahami. Puak2 anti islam ni pandai spin tajuk.

      Delete
    7. Pas ni setakat main politik pop yeh yeh boleh lah.
      Apa yg mereka tahu tentang politik ni?
      Tahunya lepas beri ceramah maki hamun orang kenudian tadah sejadah tadah serban minta duit saja.
      Eddie Ah Wang tu kalau jadi presiden pop yeh yeh bolehlah.

      Delete
  2. TITM perlulah minta izin terlebih dahulu dengan Hadi Awang dan Haron Din. Pasal, PAS ni....terkenal dengan sifatnya U turn dan kluk klek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timnajib dan pan sama fahaman sekuler libral bersekongkol dangan dap tu yang hidup dengantujuan asal bukan pas umno ok

      Delete
  3. Terus terang saya tak begitu setuju dengan cadangan Tun untuk menubuh parti baru .Jika penyokong2 Tun benar2 setia tak apa, tetapi apa yang kita lihat setakat ini mereka ni tak ada yang setia,kalau pun ada hanya segelintir kecil sahaja....tetapi kebanyakannya bila Tun tidak berjaya dalam satu2 usaha untuk menjatuhkan Najib, Tun akan ditinggalkan kesaorangan dicaci dan dihamun tanpa pembelaan yang sewajarnya.....saya kesiankan Tun..kita tunggu sajalah kejatuhan Najib yang nampaknya seperti telor dihujung tanduk,dah tak lama dah...InsyaALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERTAWAKAL je ye, tanpa sebarang usaha.
      Ini ajaran ISLAM ke...........??????
      Nabi mahu kita BERUSAHA dulu, lepas tu baru bertawakal. Kamu pulak mahu semua orang bertawakal sahaja tanpa sebarang usaha - mudah-mudahan umno tumpas. Mana mu letak otakmu......???
      Kat lutut ke......?????

      Delete
  4. Suh hadi letak jwtan dgn haron din n zuhdi pukimak...barua tetap barua... mereka la punca pas hancur lebur..ini cadangan bekas ahli pas seumur hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bekas ahli pas seumur hidup tapi ahli umno seumur hidup masih aktif hentam pas. Politik suku agama Suku.

      Delete
  5. Pada pandangan saya, pas bukan ikhlas untuk berdamai. Mereka nak selamatkan periuk nasi Adun dan MP mereka dalam PRU 14 nanti. Jika mereka bertanding 3 penjuru, kemungkinan yang skan menang ialah BN atau Pakatan Harapan ( DAP, PKR dan PAN). So Adun Pas yang sedang menyandang kerusi Adun atau MP sekarang ni for sure akan kalah. Periuk mereka pun tak berasap. Projek pun tak masyuk. Tu yang tawar gencatan senjata tu. Bila tawar gencatan senjata, nanti akan timbul formula 1 lawan 1 spt PRU 13. Dan di sini kerusi Adun atau MP yang disandang oleh mereka tak terjejas. Periuk nasi mereka terus berasap. Silap2 lepas PRU 14, mereka kembali seperti sekarang.
    Harap pemimpin pakatan harapan tidak terpedaya. Jangan dipatuk oleh ular yang sama kali kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cukup setuju,setakat TITM sahaja yg cakap,saya tak berapa yakin,adakah issue ini dipersetujui oleh dewan ularmak? apa kata tuang president?apa cerita tuang Mursydul Am? Apakata nik bedoh? dan yg penting sekali apakata pakar strtegies PAS (BAPAK CAI PAS) TUANG ZUHDI)?
      sebenarnya titm dan sebahagian pemimpin2 pas yg celik dah terasa bahangnya bila Mahathir nak tubuhkan parti baru,ini maknanya PH akan dapat undi melayu dari group2 mahathir,muhyidin,mukhriz dan shaie Afdal.........Undi melayu PAS dah tinggal separuh..itupun kalau masih ada.Bargaining POWER PAS dah menguncup!!!DEDAK dari najib??ingat najib bodoh ka!! kalau PAS tak boleh bawa undi melayu..nak buat apa??dgn sebab adanya PAS,undi bukan melayu BN susut??Sekarang ni di Sabah,undi kaum pribumi dah lari dari BN..maknanya BN akan kehilangan fixed deposit.PAS tak menguntungkan BN di Sabah.PAS nak bersama PH,bersama kafir harbi DAP balik???MENGARUT-MENGARUT...kecuali PAS boleh buat dgn BUAT TOTAL OVERHAUL Keluarkan semua lobai-lobai yg MENGARUT tu dulu..

      Delete
    2. Jangan terperdaya dengan Pas@Pengkhianat.
      Biarkan jangan layan genjatan senjata itu.
      Pas@Pengkhianat akan ditalqin kaw-kaw.
      Selepas Pru14 diramalkan satu kerusi pun tarak.

      Delete
    3. Apabila kepercayaan pengundi2 dirobek.
      Tunggulah akibatnya, pasti go to hell...

      Delete
    4. Bagi saya pas tetap akan bertahan dalam arina politik negara ini kerana dasar dan asas politik yang jelas. Memandangkan kesedaran rakyat terhadap agama semakin nyata ini menyebabkan umno semakin tertekan dimana ahli akar umbi umno didapati cenderung kembali kepada mendekatkan diri kepada agama akibat dari krisis dalam umno mama kerisauan ini jelas keluhatan dimana tun m terpaksa bergiat aktiv semula bagi menarik semula kepercayaan akar umbi kepada sistem sekuler dan kerjasama dari parti2 politik yang sefahaman bagi mengagalkan agenda agama islam pas jadi kebimbangan inilah yang menjadikan puak2 sekuler mencipta bermacam2 fitnah kepada pas dan cuba memecah belahkan pemimpin pas dan cuba melaga2 antara titm dan tghh. Maka wajib kita umat islam kembali kepada al quran dan hadis supaya kita tidak sesat. Kesilapan memilih selama ni telah keligatan akan bencananya.

      Delete
  6. Suh hadi letak jwtan dgn haron din n zuhdi pukimak...barua tetap barua... mereka la punca pas hancur lebur..ini cadangan bekas ahli pas seumur hidup

    ReplyDelete
  7. Elok,cantik dan molek sgt lah kalau ada perasaan nk bergabung atau genjatan bersenjata.

    Buang yang jernih dan ambil yang keruh.Biar ada persefahaman dan buang jauh-jauh perasaan ego jika ada.

    Jika ada hasrat hendak menumbangkan BN,ayuh kembalilah semula pada Pakatan pembangkang.bersatulah semula dan rapatkan barisan.
    Hanya pakatan ini sahaja yang boleh menyelamatkan Malaysia.

    "saya sempat berbual dengan seseorang ahli politik di dalam perjalan pulang.
    Beliau amat gembira dengan perpecahan PH dan pergolakan antara parti PAS dan AMANAH.
    Dengan perpecahan dan pergolakan ini,pembangkang menjadi lemah dan sokongan pada BN bertambah."

    Jadi,kepada PKR,DAP,PAS dan AMANAH
    fikir-fikirkan lah jika ingin menyelamatkan negara tercinta MALAYSIA.


    ReplyDelete
  8. Percayalah,,ini satu muslihat kotor yang ditaja oleh BN untuk tujuan tertentu sahaja, Tuan Ibrahim ini pun ada record kotor juga jangan lekas sangat terpedaya...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan guru Eddie Ah Wang lagi kotor.
      Salwah abdat ko ambillah tuan guru pop yeh yeh ni buat laki ko.

      Delete
  9. kesian pas tehegeh hegeh nak kawan ngan pihak
    musuh yang dibenci
    tak ada keyakinan sendiri nak cepat menang saja
    pas dah gagal dalam istiqomah perjuangan Islam
    cakap lain buat lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tetap akan perjuangkan islam tak kira walau apa gabungan pun.

      Delete
    2. Hahaha...pas nk perjuangkn islam ? Dgn cara ape. Klu asyik kalah pilihanraya mampukah islam dtegakkan..pikir la sndiri...nk menang mesti ada strategi bkn dgn cara tikam kawan dr belakang. Hadi tu ulama islam ke? Ularmak ade la kot. Klu btil ulama islam keperibadian hadi dh tentu xmcm skrg, maki hamun, sumpah seranah dgn prkataan ¥£€%÷×, malah brani menuduh pil kuda....

      Delete
  10. a. Dalam tempoh tahun 2009 hingga 2015, beberapa keputusan pelaburan penting dengan nilai pelaburan yang tinggi dibuat melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB tanpa perbincangan dan penilaian secara terperinci. Beberapa pertimbangan berhubung pelaburan dibuat dalam tempoh yang singkat dan berisiko tinggi. Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB telah memaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negera (PAC) pada 19 Januari 2016 bahawa perbincangan ada dibuat sebelum kelulusan diberi melalui resolusi.

    b. Dalam beberapa keadaan, pengurusan 1MDB telah membentangkan maklumat yang tidak lengkap/tidak tepat kepada Lembaga Pengarah 1MDB sebelum sesuatu keputusan penting dibuat malah telah mengambil tindakan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.

    c. Terdapat juga keadaan di mana pengurusan 1MDB memberikan maklumat yang tidak tepat atau berbeza kepada pihak yang berkepentingan.

    d. Pengurusan 1MDB mengambil tindakan yang bertentangan atau tanpa mengikut sepenuhnya keputusan Lembaga Pengarah/pemegang saham dalam beberapa peristiwa berkaitan pelaburan.

    e. Pengurusan penyelenggaraan fail dan rekod 1MDB adalah tidak sistematik dan kurang memuaskan.
    BUKA MATA RAKYAT SEMUA HOI

    ReplyDelete
  11. ust haron din tokoh agama dan bukan orang yg berpolitik. pas parti politik seharusnya lupakan saja mursyidul am nya. hadi dedak biarkan dia dgn buah labu nya..

    ReplyDelete
  12. Kemungkinan kesederan yang timbul dalam pemikiran Tuan Ibrahim adalah Pas menang bagitu besar di Selangor kerana mereka berkerjasama dengan lain-lain parti pembangkang pada PRU 13.Bila PRU 14 nanti beliau bersendirian atau sondol menyondol dengan Umno adakah orang-orang yang memberi undi pada Pru13 maseh setia dengan mereka.Perasan gunah gulana dalam pemikiran beliau mula active,terpaksalah mencari jalan bagi mensetabilkan keadaan.Yang diatas tah perlu lagi nak berfikir mungkin lepas PRU14 akan diberi mandat oleh BN untuk menjadi duta seumur hidup keArab saudi/negeri yang berdekatan.Siapa tahu kompormi politik.

    ReplyDelete
  13. Khas untuk sahabat-sahabat PAS :
    Mengapa DAP di jadikan Sasaran Permusuhan?
    Sejak tewasnya BN dalam memenangi 2/3 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat, berlaku kekecohan khususnya di kalangan Bani Melayu bahawa kononnya Ahli Parlimen Malaysia kini ramai yang Bukan Melayu. Untuk lebih menakutkan, kononnya DAP sudah mula menguasai segalanya walaupun hanya menang 38 kerusi dari 222 kerusi! Aduhai sayang aduhai...
    Adakah kita mengalami kerosakan minda yang semakin parah? DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.
    Jika DAP kalah sekalipun Melayu tidak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malahan, kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah kerusi dalam Parlimen dan DUN.
    Saya bagi FAKTA berikut :
    (7 Kerusi Parlimen PR)
    1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
    2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
    3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
    4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
    5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
    6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
    7. Khairil K. Johari (DAP) menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA
    KESIMPULANNYA?
    Menang Pakatan Rakyat, bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 Ahli Parlimen Melayu.
    SETERUSNYA, berikut pula adalah sedikit FAKTA berkaitan 8 Kerusi DUN :
    1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
    2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
    3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
    4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
    5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
    6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
    7. Aminul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
    8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor.
    Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, DS GHANI OTHMAN boleh kalah kepada Sdr LIM KIT SIANG?
    Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan pengundi (Cina 52%) (Melayu 34%), manakala selebihnya India. Parlimen ini juga dulunya adalah milik MCA.
    Kalau Umno masih terus membangkitkan isu Melayu dan Bukan Melayu seperti ini, Saya mahu bertanya bagaimana pula Kawasan Majoriti Pengundi Melayu, tetapi menyaksikan Calon BN yang Bukan Melayu boleh menang?! Melayu Umno itu undi siapa?
    Mahu lihat FAKTAnya, mari saya senaraikan :
    1. PARLIMEN Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
    2. PARLIMEN Tanjung Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
    3. PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
    4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
    5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
    6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
    7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
    8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
    9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
    10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
    11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
    12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
    13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN).
    TUNGGU!
    Mengapa DAP dimusuhi Umno BN dan PAS dan kemudian mengheret semua pihak termasuk rakan-rakan DAP dalam PR dulunya untuk memusuhi DAP?
    JAWAPAN saya mudah.
    Ia kerana musuh dan ancaman sebenar BN adalah 1)DAP dan kemudian diikuti oleh 2)PKR. Khususnya bagi kerusi-kerusi yang lawan mereka adalah MIC, MCA dan GERAKAN.

    ReplyDelete
  14. MENGAPA?
    Ia kerana survival BN terancam akibat kedua-dua parti ini khususnya DAP. Dua kali PRU yang terkini bagi negara ini iaitu PRU12 (2008) dan PRU13 (2013) menyaksikan parti-parti komponen BN iaitu MIC, MCA dan GERAKAN mengalami kekalahan yang sangat teruk. Mereka tewas di tangan PR khususnya oleh DAP!
    Maka, melemahkan PR dengan menjadikan PAS sebagai khadam UMNO dan seterusnya bagi memastikan survival BN adalah melalui cara menghapuskan atau melemahkan DAP, yang seterusnya melemahkan dan menghancurkan PR.
    BAGAIMANA?
    Kaedah serangan paling mudah dan cepat bagi menghancurkan lawan adalah dengan membuat SERANGAN PERSEPSI dan merekayasa ketakutan demi ketakutan ataupun saya sebut sebagai strategi "Instill Fear", menanamkan rasa takut.
    MEMPOTRETKAN lawan dengan sehodoh-hodoh dan sejahat-jahatnya melalui pelbagai instrumen, agensi dan proksi. Kemudian ia dilakukan secara BERULANG-ULANG bertujuan menanamnya di minda bawah sedar setiap orang.
    CONTOHNYA?
    DAP anti Islam.
    DAP menindas bangsa Melayu.
    DAP adalah proksi PAP dari Singapura.
    DAP menjalankan misi kristianisasi terancang.
    DAP benci ulamak.
    DAP giat menghancurkan PAS.
    DAP mahu jadikan Malaysia macam Singapura
    DAP jahat.
    DAP jahat.
    DAP jahat dan macam-macam lagi, agaknya sehingga dunia kiamat.
    Itulah ratiban UMNO kemudian di sambut oleh khadamnya iaitu PAS dan kini menjadi ratiban bergema oleh kebanyakan yang lebih suka serta percaya kepada Auta daripada FAKTA. Mereka berfikir dengan emosi, bukan dengan akal yang sihat.
    Justeru, selepas meneliti FAKTA dan bukannya hanya mempercayai AUTA, apakah anda masih percaya dakyah UMNO dan khadamnya PAS?
    UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentimen perkauman.
    Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO yang di beri tongkat oleh khadamnya iaitu PAS.
    Hentikan bermain isu perkauman jika anda tidak tahu fakta sebenar.

    ReplyDelete
  15. Pas tetap perjuangkan Islam. Bergabung dgn parti rasuah janji Islam.
    Jangan percaya dgn org pas mereka boleh uturn, menipu bila tersepit.
    Ini semua tindakan terdesak demi survival parti. Percayalah lepas rakyat sokong semula pas dlm pru 14, mereka akan tikam semula dan kembali bergaduh.
    Ini bahaya bila si lebai cuba berpolitik!

    ReplyDelete
  16. Jgn trpedaya dgn rentak PIS(parti kencing 1malysia) trutama hadi. Punca hadi bawa kluar pis dr pakatan dlu adalah krn merasa trhina bila DAP umun tiada krjasama dgn hadi tp bukan pis. Rupa2nya hadi ni lebih brsikap penting diri sndiri dr parti pis dia. Mana tonggak islam yg d laungkan dulu. Hadi dh biol....hahaha. pi jahanam lh lu hadi oooo... Dulu buat kluar fatwa yg entah ape2 dgn harapan akan menang dn dpt printah malysia dn skrg buat lg....piiraaahhhhh.

    ReplyDelete