Saturday, 2 July 2016

NAJIB - PELAKON PALING MANTAP DI MALAYSIA, KALAH ROSYAM NOR & AARON AZIZ DEK KEHEBATANNYA!!


Najib Razak sebenarnya bukan tidak sedar rakyat semakin menceceh mengenai dirinya dan tidak kurang yang terus menolaknya secara terang-terangan berikutan pelbagai isu yang melingkari dirinya yang dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Sebab itu akhir-akhir ini beliau dilihat semakin kerap cuba menonjolkan dirinya seolah-olah seorang pemimpin yang zuhud, baik hati, merendah diri, tidak berbeza dengan rakyat biasa serta tidak kekok menyantuni golongan miskin yang tidak berharta.

Di Facebook dan Twitter miliknya, gambar-gambar "lakonannya"  itu boleh disaksikan dengan lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tidak lain yang diharapkan Najib, melainkan agar penonjolan berbagai watak baik yang "dilakonkan"  itu dapat membuatkan rakyat terlupa tentang skandal 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi, duit SRC International yang dibelanjakannya, kemewahan tanpa had, pembaziran merata-rata, penggunaan jet oleh isteri, pembelian hartanah mewah oleh anak tiri, pemecatan Peguam Negara, institusi awam yang penting dinodai dan seribu satu macam lainnya lagi.

Makin didedahkan onar dan kecurangannya, kita juga melihat semakin mantap "lakonan" sang Perdana Menteri ini. Boleh kalah Rosyam Nor atau Aaron Aziz dek kehebatannya!!

Tidak cukup dengan "lakonan"  membelikan pakaian raya untuk golongan miskin yang tahun-tahun sebelumnya hanya merupakan aturcara biasa untuk Wanita dan  Puteri UMNO atau mengucapkan selamat jalan untuk wargakota yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, malah ketika membayar zakat fitrah pun dijadikan "suatu persembahan"  juga oleh Najib.

Mari kita tonton satu demi satu watak "lakonan" Najib, di sebalik pelbagai onar dan seluruh dunia juga memperkatakan mengenai rasuah, penyonglapan dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.






Cuma satu, jika rakyat masih juga terpedaya dengan "lakonan demi lakonan" Najib ini dan tiada keberanian melakukan perubahan, maka makin rosaklah masa depan negara dan anak cucu kita. (SH 02/07/2016).

54 comments:

  1. Saya menangis teresak2 tengok semua gambar najib...pemimpin zuhud yang mempunyai 2600 juta dlm bank....sekali lagi airmata saya menitik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Director filem us member2 anak dia, ape adehal takat drama melayu nie..

      Delete
    2. Dicadangkan kita semua hentikan guna 'duit SRC' tetapi guna 'duit amanah Pencen' atau 'duit KWAP' lebih berkenaan dan mudah rakyat sedar.

      Delete
    3. RM4.2 bilion, bukan 2.6 bilion yang masuk dalam ekaun Najib, Bang. RM1 bilion masuk ekaun bini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia.

      Malumat dari Australian Broadcasting Corporation. Sebuah bank Australia ada pegang saham AMBank di Malaysia yang terima berbilion itu untuk di masukkan ke ekaun mereka.

      AmBank di katakan telah di denda RM56 juta berkaitan undang2 pergerakan wang besar besaran. Jadi, mereka kena lah buat laporan kpd rakan kongsi atau pemegang saham bank Australia itu. Mereka lah jadi punca malumat ABC tuh.

      Delete
    4. Jangan pula Sdr ulang gambar2 tu di sini.

      Delete
    5. Manyak sempoi maa aa , I LOVE PM.

      Delete
    6. Plus highway tu sesak teruk. Kenapa tak buat highway lain untuk rakyat?
      Cakap hebat sangat.
      Akai ada?
      Tak tau malu punya manusia

      Delete
  2. Jika hari ini tokoh tokoh besar berani turun buat bantahan seluruh negara. Pasti dengan sehari sahaja bn tumbang dan musnah najib


    Mana tokoh tokoh besar ayuh kita tumbangkan harini bn dan najib

    Sudah muak sudah tak tertanggung segala kebobrokan dan seksanya rakyat jelata


    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO Semporna telah menunjukkan keberanian suruh president parti yang terkait dengan skandal letak jawatan dan telah hacurkan gambar presiden parti.jika cawangan lain juga berani dan ikut sama, saya yakin presiden parti boleh dipaksa letapk jawatan, supaya parti tidak musnah kerana hanya satu pemimpin yang bermasaalah.

      Delete
    2. Kau orang mana ada tokoh besar,semuanya tunggu taik yg di buang dari Umno,baru kau orang nak ada tokoh besar.Ptuiii macam tu nak tawan Putrajaya,poooraaah.

      Delete
    3. Tokoh besar pun 2x5 jugak. Semua main wayang. Masing2 dah penuh poket. PRU 14 nanti tolong undi BN bagi mereka menang majoriti. Baru ada tokoh2 besar yang mula turun padang jengok rakyat maca tahun 2008 dulu.

      Delete
  3. Kalau dah tak malu dan boleh berlakon ini la yg disebut dlm al quran manusia jenis al munafiqun lebih hina dan laknat taraf lebih bawah dr firaun,tp di malaysia org melayu jilat pemimpin ini walaupun ramai beragama islam,fikir fikirkan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi lah berlakon dlm filem wolves of wall street 2

      Delete
  4. Ku pakai kan baju, ku pakai kopiah
    Orang kampung nampak kata " wah,wah"
    Berebutlah datang ku beri hadiah
    Snap gambar cepat hari ini sejarah

    Esok keluar utusan aku pun perasan
    Rtm tv3 pun cepat buat liputan
    Orang felda tengok ini hero Kamal Hasan
    Tahu ke dia orang duit aku bertan tan?

    Rakyat balik kg aku lambai dekat bas
    Buat2 prihatin rakyat tengok rasa belas
    Mesti rakyat ingat aku ni sgt ikhlas
    He,he..billion wang dia aku dah kebas!

    ReplyDelete
  5. " aku Penyamun di dalam ini negeri,
    Kerja merompak menipu dan mencuri,
    Menteri yg baik semua cabut lari,
    Aku Peeenyamun, Penyamun.."

    ReplyDelete
  6. Manusia jenis apa tak tahulah... umur dh senja.Tak takut ke pada allah?

    ReplyDelete
  7. Kalau negara ini bukan dari majoriti Melayu Islang yang mengamalkan agama mengikut semangat Hindusma, dah lama Najeeb ni meringkuk dalam penjara atau mati dalam penjara sahaja. Tapi Insyallah.....tak kan dia boleh hidup hingga 20 tahun lagi..? Kalau masih jadi PM lagi, kita rakyat akan berumah di atas rakit sahaja.

    ReplyDelete
  8. Takdeh paling baik sekali kasi Anak Beranak Korang jadi kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kerat kote kau nanti

      Delete
    2. Jangan kerat kote dia. Kerat bola dia. Supaya tak boleh ada ayaq duit yg jadikan anak. Dia jenis yg tak boleh berzuriat sebab jenis otak tak banyak.

      Delete
    3. Ashik nak kerat kote aje manusia jenis pono Kau orang ni. Poyo lah jangan2 dah cekik Sabu banyak kot.

      Delete
  9. Bila najib pencen dia join pulak TSMY & TM kalau umur pnjng..lwn PM baru, jaja seluruh negara keburukn PM baru, rakyat simpati lupa habis dosa2 lalu wpun masa berkuasa sampai digelar mahafiraun..punya jahat pd rakyat masa tu..itulah putaran hidup rakyat mlysia sampai kiamat..BN trus berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 18.29,
      Salah tu kau ingat skrip lakonan mcm tu ke,makna nya kau masih tak faham cerita la,cerita sah najib tak akan dan tak berani pencen mcm Tun M sebab,sg buloh sedang menunggu.

      Delete
    2. Kalau dia tak mahu pergi Sg Buluh, prospek di bilik sabelah Anwar Al Jub, dia perlu runding dengan pihak berkuasa lain dlm politik sekarang, benarkan dia hijrah selama lama nya dari negara ini dengan janji tak di dakwa.

      Tapi sebut aje cadangan ini, ada rakyat yang bantah - Najib kena di mahkamahkan, kata depa.

      Delete
  10. Quote: "Cuma satu, jika rakyat masih juga terpedaya dengan "lakonan demi lakonan" Najib ini dan tiada keberanian melakukan perubahan, maka makin rosaklah masa depan negara dan anak cucu kita. (SH 02/07/2016)."

    Sudah TERANG, lagi bersuluh pemimpin kamu adalah PENCURI. Akan tetapi sikap orang2 Melayu yg masih TAKSUB pada pencuri amatlah dikesali..

    "Dan kalau engkau melihat ketika org2 yg zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing2 tuduh menuduh antara satu dgn yg lain. Org2 yg tertindas berkata kpd org2 yg sombong takbur (yg menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi org yg beriman”. [31]

    Org2 yg sombong takbur itu menjawab kpd org2 yg tertindas: Kamikah yg telah menghalang kamu drp menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kpd kamu? Bahkan kamulah yg menyebabkan diri sendiri menjadi org2 yg berdosa”. [32]

    Dan berkata pula org2 yg tertindas kpd org2 yg sombong takbur itu: "Tidak! Bahkan perbuatan kamu memperdaya kami MALAM & SIANG, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kpd Allah dan mengadakan sekutu2 bagiNya. Akhirnya masing2 diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu2 pada leher org2 yg kufur itu. Mereka tidak dibalas melainkan dgn apa yang mereka telah kerjakan. [33]"

    ~ Al Quran Surah Saba ayat 31-33




    ReplyDelete
  11. Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadith Sahih Bukhari:

      Dari Abu Hurairah r.a., bahwa Nabi s.a.w. bersabda, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia mengingkari, dan jika diberi amanah ia berkhianat."

      Ada kah Najib bohong pasal pendapatan nya? Ada kah Najib mengingkari janji buat menjaga kemaslahatan rakyat? Ada kah Najib mengkhianti amanah jawatan Perdana Menteri?

      Delete
    2. Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.

      Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.

      ini pun tanda orang munapikkk

      Delete
    3. Hadis ke-enam dari Hadith40 Imam Nawawi

      "Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu terang dan jelas, dan yang haram itu terang dan jelas. Di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat(yang tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang menjauhi dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara2 haram. Laksana macam seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan ia termasuk ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat yang ia menjadikan larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya daging itu baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah yang dipanggil hati."

      Delete
  12. sejuk perut toh puan hajjah rahah tengok kezuhudan anaknya......

    kotak2 tisu di felda2 dan kampung2 kehabisan stok....

    nelayan dan penoreh getah berkabung tengok kerendahan hati pemimpin negara ini kerana amat sebak....

    pekerja kilang...... penjual nasi lemak..... peniaga pasar sujud syukur atas keprihatinan pm ....

    puteri gunung ledang mengangis air mata darah menonton buletin tv3.25 sejak seminggu dua ini....

    orang bunian jemput pm kita ini lawat ke perkampungan mereka utk sama2 berqiamulail...

    sesungguhnya... insan bernama najib amat tinggi akhlaknya...... sangat merendah diri......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21:00, memang tidak dinafikan lagi DSN adalah pemimpin agung akhir zaman. Namanya bukan sahaja diknali penduduk Bumi..malahan penduduk langit juga menyayanginya..

      Delete
    2. Makhluk di planet of the apes pun kenal dia

      Delete
    3. Ada yang kata emak dia sendiri kata Najib tak boleh jadi PM yang bagus.

      Delete
  13. Boleh menang Pelakon Terbaik (Pura2an) di Cannes....

    ReplyDelete
  14. Oscar pun bole sandiwara pe em ni.mgkn dulu dia penyangak sekarang tukar jadi pelawak buat org ketawa.pasal wang maruah pun tergadai.

    ReplyDelete
  15. INI DIA CIRI2 HIPOKRIT..... JELAS....

    ReplyDelete
  16. Bismillahirahmanirahim.Ya Allah ya tuhan kami,Kau yang maha besar kau yang maha agung ,pencipta sekelian alam dan berkuasa seceruk dunia.Pada mu kami pohon kan lakhanatkan lah Najib bte Raha ini diatas perbuatan nye mengkhianati Rakyat Malaysia ini ya Allah ya tuhan.Campak kan lah bapak nye Abdul Razak kedalam NERAKA yang amat dalam diatas kesialan beliau menjadi serta laknatkanlah mak yang masih hidup melahirkan PENGKHIANAT sebegini rupa .Ya Allah dibulan Ramadan yag mulia ini kami pohonkn tabur kan lah doa kami Ya Allah tuhanaku.Kami rakyat Malaysia kini yang cukup sengsara diatas perbuatan pentadbiran PENGKHIANAT ini serta bersama menteri menteri nye ya Allah ya tuhan ku.Hapuskan kan lah semua zuriat dan keturunan PENGKHIANAT ini Ya Allah ya tuhan ku.Hapuskan lah anak bini PENGKHIANAT ini Ya Allah ya tuhan ku,bala bencana lahkan PENGKHIANAT ini Ya Allah Ya tuhan ku.Aamiin,Aamiin,Aamiin tabur kan lah doa kami Ya Allah ya tuhan ku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mohon 00.11 beristighfar banyak-banyak. Islam tidak pernah mengajar penganutnya memohon kerosakan dan kebinasaan ke atas seseorang apatah lagi setelah seseorang itu telah meninggal dunia. Agama mengajar kita memohon keringanan kepada yang telah pergi. Kepada yang masih hidup pula wajarlah kita mendoakan agar Allah kurniakan hidayah agar seseorang itu menjadi insan yang lebih baik dan bertaqwa. Kita sendiri pun bukan insan yang sempurna. Semoga doa kebinasaan saudara tersebut dipersiakan Allah jua. Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin.

      Delete
    2. Saya mohon 00.11 beristighfar banyak-banyak. Islam tidak pernah mengajar penganutnya memohon kerosakan dan kebinasaan ke atas seseorang apatah lagi setelah seseorang itu telah meninggal dunia. Agama mengajar kita memohon keringanan kepada yang telah pergi. Kepada yang masih hidup pula wajarlah kita mendoakan agar Allah kurniakan hidayah agar seseorang itu menjadi insan yang lebih baik dan bertaqwa. Kita sendiri pun bukan insan yang sempurna. Semoga doa kebinasaan saudara tersebut dipersiakan Allah jua. Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin.

      Delete
  17. Sapalh punya idea suruh najib biat cmni.sujujurnya berjaya buat org tua tp bkn org muda ekk

    ReplyDelete
  18. MELAYU HARBI dendangan bn umno same bahaye dengan ISLAM HUDUD HARBI dendangan pas.rakyat dan pengundi2 yg ade jgnlah bazir buang undi anda untuk 2 parti perkauman ini jike taknak malaysia ketinggalan dan hancur mase depannya.umno yg ade ni bukan umno yg wujud sejak merdeka pun tapi umno baru yg wujud sejak 1988.walaupun pas dah wujud berdekad sejak merdeka tapi perangainya langsung tak matang dgn usianya malah kebudak budakan adelah ituke yg nk perintah negara?negara tgh tenat nazak dgn rasuah dan hutang kau pas sibuk bersekongkol dgn bn umno pasal islam dan hudud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau dah nama pun nama omputih, sapa nak caya hang cakap pasai Islam?

      Delete
  19. najib bukan buat kerja PM tetapi hanya tukang buat kerja suruhan tuan punasihat..
    patutlah negara lintang pukang dgn karenah politik yang tak sudah..
    dia gagal menyakinkan ramai pemimpin termasuk pihak pembangkang..

    ReplyDelete
  20. Teramat-amat terharu sekali bila tengok gambar2 tu.....sayu rasa hati.....

    Ya Allah gandakanlah lagi wang ajaib 2.6b dan 42 juta tu. Rahmatilah orang yang zuhud, amanah dan ikhlas dengan berjuta-juta wang magic lagi dan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berganda pun, Beb - Australian Broadcasting Corporation bilang RM4.2 bilion yang masuk ekaun Najib, RM1 bilion masuk ekaunbini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia.

      Hang kena doakan depa pulang balik ke gomen Malaysia le. Atau dakwa depa di mahkamah. Atau sembahayang hajat supaya Tuhan balaskan kpd depa secept mungkin. Gantikan Presiden UMNO/PM esok lusa.

      Delete
  21. Sayang sangat sangat Allahyarham Tan Seri P.Ramlee tak sempat menimba ilmu lakonan dari Najib Razak.....!!!!

    ReplyDelete
  22. Dalam foto dia "beratuq" di belakang warga Pakistan, tu cuma setakat nak bayar zakat fitrah RM 7.00 sorang untuk dia, mem badak dgn anak bujang depa saja kot. Baru RM 21.00 bukan banyak mana pun. Ada dak foto Baitulmal yg tunjuk dia bayar zakat harta untuk bilion2 dlm akaun bank dan juga emas permata perhiasan si Rossy yg belambak simpan dlm bank tak berani pakai pasai tak mau bagi rakyat nampak.

    Dulu Tun M tanya, ada bayaq cukai income tax dak? Tak jawap pun. Lani bro Din cuba tanya, ada bayaq zakat harta dak untuk semua harta benda dia yang belambaq lambaq tu..???

    ReplyDelete
  23. Rakyat Malaysia perlu di ingatkan bahawa NAJIB adalah seorang PEMIMPIN yg membawah sunnah NABI...berkenaan dunia lakonan dia di atas pentas dunia adalah semulia tanggongjawabnya sebagai seorang yg mendapat WAHYU dari semua mahlaikat dunia selain dari sokongan rakyat yg perihatin dgn KEWANGANNYA....NAJIB PERLU DISEMBAH DAN DI WITIRKAN MENGIKUT WAKTU WAKTU YG DI ARAHKAN SUPAYA KAMU SEMUA TIDAK AKAN PERSOALKAN AKAN DTG...MASUK KE TAMAN FIRDAUSI bersamanya adalah JAMINAN yg di tentukan semua ULARMAK SERTA MUFTI MUFTI yg di anugerahkan RAJA MELAYU..terima lah lakonan sebagai hiburan hati yg LARA.

    ReplyDelete
  24. ...cik Din...watak najib nak kata apa....kerja buat dia...ana bimbang and sedih kot2 paklong and pakngah yg boleh baju raya tu balek rebus telok belanga bgi minum anak cucu jauh Din...ha..haah...jakat fitrah hampa bayak mana kali ni cik Din...Slmt beraya Din....

    ReplyDelete
  25. Klu dlm filem dan derama jika ada pelakon lelaki mesti ada pelakon wanita jadi klu dah ada heronya tentu ada heroinnya sama2lah kita tonton kan elok

    ReplyDelete
  26. Klu dlm filem dan derama jika ada pelakon lelaki mesti ada pelakon wanita jadi klu dah ada heronya tentu ada heroinnya sama2lah kita tonton kan elok

    ReplyDelete
  27. Drama-drama pencuri nak tunjuk baik,sebiji macam filem Tamil. Dasar MUKA TAK MALU

    ReplyDelete