Thursday, 21 July 2016

MARI TENANGKAN JIWA MENATAP HARTA2 KITA DI AMERIKA


Tentunya pelbagai perasaan menyelubungi kita berhubung tindakan Jabatan Kehakiman AS mahu menyita 17 hartanah dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan.

Barangkali ada yang marah, geram, panas hati, tertekan, malu dan berbagai-bagainya, berterusan sejak malam semalam sehinggalah kini.

Untuk menenangkan jiwa dan mendamaikan perasaan, apa kata kita tenangkan hati dan jiwa seketika dengan menatap sebahagian daripada hartanah dan aset yang bakal dirampas itu.

Setidak-tidaknya, dalam kita marah, geram, panas hati, tertekan dan malu, harta sitaan ini juga adalah lambang "kejayaan" dan "kehebatan" segolongan anak bangsa kita di Amerika sana.

Park Lane Hotel di New York bernilai AS$380 juta dan Time Warner Penthouse di New York berharga AS$30.5 juta.

Park Laurel Condo di New York bernilai AS$33.5 juta dan Warker Tower Penthouse di New York berharga AS$50.9 juta.

Viceroy L'Ermitage Hotel di Beverly Hills berharga AS$44.8 juta dan sebuah mansion juga di Beverly Hills berharga AS$31 juta.

Montalban House di Los Angelas berharga AS$38.9 juta dan sebuah town house di London berharga AS$41.8 juta.

Pelaburan Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street bernilai AS$100 juta dan sebuah jet Bombardier 700 berharga AS$35.3 juta.

Lukisan Van Gogh berharga AS$5.4 juta dan Monet berhara AS$35 juta.

Lukisan Monet berharga AS$57.5 juta.

Hebatkan Malaysia di era Najib Razak dan melalui 1MDB yang ditubuhkannnya!! (SH 21/07/2016).

70 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajunya kalau bab mengiklan. Tahu jer kalau ada new post..

      Delete
    2. Jenis melayu kuat mengiklan ni, dia bukan tau apa. Melainkan duit-duit-duit. Kira hal dedak ja sepanjang hayat yg dia tau..

      Delete
    3. Selalu juga pengiklan ni masuk blog Yong. Tapi sentiasa di delete. Menyusahkan jer.

      Menyampah!

      Delete
    4. Solat hajat perdana yg akan diimamkan oleh Tn Punasihat Lebai Musang Berjanggut, Ketua Cluster Multaqa Lebai akan diadakan di Putrajaya demi mendoakan kesejahteraan 1MDB dan kuncu kuncu nya.
      Semua dijemput hadhir beramai ramai, takbirrrrrrr!!!

      Delete
    5. Bapak, mak, anak, anak tiri, adik beradik...semua citarasa tinggi. Nak jadi kaya, jangan jadi penjawat awam, jangan jadi menteri. Terang2 kau makan duit haram. Bila kau sbg pemimpin makan duit haram, rakyat jadi susah & merana. Api neraka lah jawabnya bagi kau sekeluarga. Kubur pun jadi sempit.

      Delete
  2. this what all malaysian is waiting. the bomb hv already explode.
    now we c najib next move.
    kruak hv make a very stupid statement.
    its very exciting now.
    the game have begin...
    najib awak seorang PENCURI
    awak telah memalukan legasi bapak awak sendiri dan seluruh keluarga awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau najib boleh terlepas..ia seorang pahlawan bugis yg tulin
      kita tunggu dan lihat semaada pahlawan bugis boleh bertahan

      Delete
    2. Aku yakin Najib xdak apa2 punya. Persatuan bomoh dan persatuan ketua kampung dah boleh kowtim dedak. Org asli termasuk borneo, dedak jugak.

      Gomen serven 1.6 juta, sapa berani bersuara? Kenyang dgn dedak. Persatuan tok imam mufti kadhi pejabat agama pejabat zakat, mana ada yg cerdik boh. Sumer sembang kemaih pasal islam..pongpangpongpang.. teloq kerandut kene picit dan pemakan dedak tegaq jugak..

      Jgn mengharap lebih2.. babi pun lebih mulia drpd umat melayu.. nak kata apa lagi?? Paneh hati ja nak komen pun..

      Delete
    3. Woiii bangga la sikit RAKAT MALAYSIA melalui proxy hebat redza

      Ada hartanah 3billion usd.

      Kawan baik golf ajak melabur di Amerika.... Dan ahjib dah pun melabur... Bagus tuhu

      Bangga rakyat Malaysia ada harta 3b usd menggunakan duit epff Tabung uji mekah cemb gaybank flda dan petrollnusyus

      Banggaa !!! Sgt sgt tau.. Rekod Malaysia book

      Delete
  3. si bijan da terkencing dlm seluar..br nak lari luar negara..harta da kena sita huhu padan la muka..

    ReplyDelete
  4. 1 billion USD.. gile ape nie... tak pasal2 amerika kaya 1billion.. bodo la apundi, cube la kita yg amik action... harta tu boley malaysia rampas... beli simulator cricket ke, simulator hoki ke... harta tu boleh dipulangkn ke bang budin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang non , Najib and cronies kata who cares . Sitalah , rampaslah ..dia tak rugi apa apa . Semua nya beli dengan duit hutang dan hutang pula di jamin olih kerajaan . Maknanya kitalah rakyat semua yang akan bayarkan hutang hutang itu .

      Delete
  5. Bukti dah terpampang depan mata, tak nak mengaku lagi tu. Tiada bukti wang digelapkanlah, masih tidak dihubungi oleh DOJ lah, innocent until proven guiltylah, tiada bukti Najib terlibat, don't jump into coclusion.. Lagi mahu nak belit..Susahlah kalau macam ni. Memang takkan sudah jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warga TKI,Nepal,Bangla,Chennai mari,Myanmar,Vietnam, Filipina, Laos,Pattani, China doll, Paskistan karpet,Kemboja boleh le mereka tiupu.

      Delete
  6. Lihatlah betapa kayanya bumi Malaysia ni. Kerajaan buat syarikat. Hutang berpuluh-puluh billion. Berbilion-bilion kemudiannya dilesapkan dari kantung, dilarikan ke luar negara dan dijoli katak tapi negara masih utuh. Ekonominya masih belum gawat. Operasinya pentadbirannya masih lancar dan tidak terganggu. Projek-projek pembangunan masih lagi rancak berjalan, termasuklah projek -projek mega.
    Rakyat pula masih maintain. Masih lagi berduit. Masih lagi kaya. Masih lagi mampu berbelanja. Masih mampu lepak malam-malam di warung-warung dan kedai-kedai mamak. Masih mampu bergebang, bergurau-senda dan bergelak sakan. Shopping mall masih penuh dengan manusia apabila tiba hujung minggu.
    Rakyat masih mampu memiliki harta seperti rumah dan kereta walaupun tidak serancak dulu. Golongan pertengahan masih mampu tanggung anak belajar di universiti.
    Itulah senarionya sekarang sehingga ke hari ini. Esok atau lusa tak tahu lagi keadaannya macam mana. Lagi 5 tahun, 6 tahun, 10 tahun, belum tahu lagi macam mana.
    Aku tidak gusar pasal umurku dah menjangkau 70 lebih. Orang kata dah senja. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Kawan-kawan pun dah ramai yang 'hilang' bertemu dengan Penciptanya.
    Kalau ditakdirkan kehidupan bakal menjadi perit, susah dalam tempoh masa 5 tahun, 6 tahun atau 10 tahun akan datang, sekurang-kurangnya aku sudah dapat merasa nikmat hidup ketika masa mudaku. Ketika negara masih makmur dan kaya-raya. Aku sudah dapat rasai semua itu semasa hayatku namun jika semua itu sudah tiada lagi di bumi bertuah ni, aku pasrah dan redha cuma aku kasihankan para pewarisku.
    Apabila negara tidak lagi makmur dan jatuh miskin, rakyatlah yang paling terkesan. Aku bukan apa. Aku kesian kat anak dan cucu aku yang baru nak memulakan kehidupan. Yang baru nak kenal dunia. Macam mana la nanti kehidupan mereka apabila bumi Malaysia ni tak se-gah dan sekaya dulu, hidup pasti jadi mencabar.
    Pada masa itu, manusia akan melakukan apa saja demi sesuap nasi. Masyarakat akan terbiasa dengan jenayah dan kekerasan. Seperti yang kita lihat di negara-negara miskin, negara dunia ketiga apabila habis hasil bumi dan kekayaaanya dirompak dengan rakus oleh pemerintah zalim dan durjana, yang tinggal hanya sisa dan cebisan yang perlu dikongsi bersama jutaan rakyat. Dunia umpama neraka, hidup seperti layang-layang. Nauzubillah hi minn zaliq..minta dijauhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah nak lihat yang dekat depan mata segala penipuan dibuat. Tak yah lah nak alih perhatian...nak lihat negeri orang pak cik oiiiiio

      Delete
    2. Apa salahnya pakcik 22.17 bagi peluang la dia meluahkan perasaan, percaya la sekiranya najib dan bangsat bangsat pemimpin umno yang masih tinggal terus menerajui negara ,maka akan lebih ramai yang akan meluah kan perasaan dimasa masa mendatang ini....tunggu dan lihat.

      Delete
    3. tu yang pelik pakcik ...
      yang susah berpuluh juta..yang mewah sakan puak putaq alam tiga emapat kerat saja ..

      Delete
    4. Apa yang nak alih perhatiannya anon 23:23. Betul apa pal cik tu cakap. Dia orang lama. Pengalaman pun banyak. Dia dah hidup dari zaman Tunku lagi. Mesti dia lebih arif dan tahu dari setengah dari kita yang suka menunjuk pandai apabila memberi komen. Kau yang masih hingusan baik ambil iktibar dari nasihat dia. Bersama kita beroleh manfaat..

      Delete
  7. Macam main monopoly j3

    ReplyDelete
  8. Brother Budin,
    Macamana kita nak tenang hati
    Karabau sudah berkuak tadi
    Cover jibbo separuh mati
    Merapu bagai pemabuk todi

    Katanya nama jibbo tak sebut
    Bos tak salah apa nak takut
    Cuma disiasat tiga pengikut
    Katanya bos tidak terpaut

    'Msian official' langsung tak sentuh
    Ingat kan rakyat karabau bodoh
    Menipu asal bos tak jatuh
    Sama berbohong perangai pun hodoh

    Ini jenis manusia apa
    Sanggup berbuat apa sahaja
    Walau kebenaran di depan mata
    Janji bergayut pangkat dan harta






    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Salleh karabau pahlawan Sabah bah itu..orang Kota Belud.

      Delete
  9. Apa khabar Haji Hadi dan Harun Din? Ahli2 PAS dan ulama2 PAS kini mendapat kemaluan besar kerana bersekongkol dengan Pencuri Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Ha Ha Ha di mana kao? kasi nasihat le siket!

    ReplyDelete
  11. Ah Jib...mana mau lari haa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. You can run but you can't hide, and sooner than later the good cops will catch up with you jibby.

      Delete
  12. " larilaaa..hai kudaku, larilaaaa ayuh lari.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. kudaku lari gagah berani....bak pahlawan bugis...hahahahaha

      Delete
  13. Ini baru masuk bab civil case....nanti masuk la bab criminal case...kemudian bab red notice interpol....kemudian bab sanction against the officials and their family members....

    ReplyDelete
  14. Inikah asset yang dikatakan olig Najib 1MDB tidak bimbang kerana nilai assetnya melebihi hutang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1mdb di sabotaj dek Madey (bank negara dan melalui Udin laki Umi) sobab nak gagalkan usaha aset menjana duit, Aset disimpan makin mahal masa mendatang, harap2 harta tu milik 1mdb/rakyat M'sia cuma Najib kendalikan je. Esok2 kalu berjaya dipusingkan lagi ceghita serupa Altantuya. Eloklah kalu mengaku nak betulkan (sanggup buat dosa menipu) tapi sebena ea kroni org lama kena sekat, tu yg naik darah. Rupa2 ea Madey masih lagi berkuasa kot Pah Lah dan la ni Najib dipaksa jadi proxy dio, Ala biol betul politik murahan M'sia,

      Delete
  15. Baca thestar online malam ni, laporan Anifah menteri luar kata malaysia yet to receive request from US for evidence regarding lawsuit. Ni lagi sorang menteri dari sabah buat statement tak masok akal. Kalu dia paham omputih, paham apa DoJ dan FBI cakap, dia tak akan buat statement ni. US dah ada bukti la, sebab tu dia orang heboh bagi satu dunia tau, so nak request apa lagi dari kita. Electronic banking transaction.....sistem banking tu pon dari US.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh nya kau ni..us yang beribu batu jauh boleh dapat bukti kalau bukan puak2 yahudi kau yang beri maklumat palsu lagi fitnah..tak logik lah bahlol..

      Delete
    2. 01.00, kebodohan kau terserlah dari tulisan kau.

      Delete
    3. waaaahhh....hebat
      masih ada lagi yg defend najib macam anon 0100 ni
      takpun kau najib razak
      ataupun keruak himself yg komen di sini
      yelah tahap jilat bodoh tu terserlah sangat

      Delete
    4. anon 0100....simpan sikit bodoh kau utk anak cucu...sebab makan dedak...bodoh 7 keturunan...

      Delete
    5. Tak kan pihak DoJ Amerika nak berkongsi atau pun
      bekerja sama dengan pihak yg di-ketahui nya penyagak??

      Embassy Amerika di-KL sudah menyampaikan kes 1MDB
      kepada negara mereka tentang bagaimana pihak
      Malaysia/najib MENGGUNAKAN segala kuasa yang ada
      untuk menghalang bekas AG/SPRM/Bank Negara...
      memecat DPM TS Muhydin,DS Shafie Apdal etc..
      menarik balik hak bekas PM Tun M...dan pegawai
      kerajaan dari Cawangan Khas...

      Mereka lebih arif dalam perkara salah guna kuasa
      lebih dari orang UMNO...ketua2 Bahgian etc..
      Moral mereka lebih tinggi dalam bab2 rasuah dan
      "corporate governance"...yang Najib war warkan pagi ini di-FB nya.

      Dah terlambat buat Najib nak berundur sekarang.
      Tanpa pangkat sebagai PM Malaysia dan sebagai rakyat biasa pasti penangkapan terhadap nya semakin mudah...Pihak DoJ masih mengamalkan
      budaya halus bila mereka menakan nya sebagai MO1.

      Delete
  16. Hanya zaman Najib jadi PM ajalah benda-benda seperti ini berlaku:
    Bapa tiri dalam account ada 2.6Billion:Derma tok arab.
    Anak tiri dalam account ada 381 Miilion:Hadiah tok Arab.

    Memang hebat tok Najib kita ni Habis di TRANSFORMASI nya 1 mALAYSIA.dAH JADI MACAM dAVID COOPERFIELD pulak dah.

    ReplyDelete
  17. Mana pergi semua pembodek dan pembela PM penyapu ni,,kenapa senyap seribu bahasa?? Dari awal lagi kalau kita support Tun M & Tan Sri Muhyiddin maka kita akan berjaya menumbangkan kerajaan yang paling korup ini..!!!

    ReplyDelete
  18. Bapa dapat derma billion2...
    Anak tiri dapat hadiah billion2 jugak...
    Bini pulak surirumah je ada juta2 dlm akaun bank...itu pulak apa? Sedekah? Zakat?

    Jika benar itu duit haram yang disonglap, kami doakan penyakit2 pelik mula tumbuh dalam perut mereka yang terlibat termasuk para pemakan2 dedak mereka. Ameeeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi lebih dari tu lagi depa sapu

      Delete
  19. Yes, harta-harta peninggalan Ismit Ulam Raja di luar negara bakal menjadi milik kita. Syabas DOJ Amerika. You have done a good job. Tapi aku mintak kau jangan pulangkan harta-harta tu sekarang. Najib masih PM. Tak tahu lagi bila dia nak turun. Kalau kau kembalikan harta-harta sekarang, sia-sia kerja kerasmu selama ini. DOJ boleh 'park' harta-harta tu di sebuah pemegang amanah di US. Boleh jumpa sorang loyar namanya Sulaiman Akhlaken. Apabila si Abdul Wahub naik jadi PM, serahlah segala harta tu kat dia. Jangan risau, dia seorang jujur dan amanah. Tak seperti abangnya..

    ReplyDelete
  20. Ini semua ahmad albab yang punya hahahaha....

    ReplyDelete
  21. ..najib pemimpin berjiwa besar...kata seorang ahli sufi yang sering bermimpi di malam hari..btolla tu najib mmg pemimpin berjiwa besarrrrrrrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Sufi Nasaruddin Hodja

      "Mohon Pinjaman"

      Nasrudin mula bertutur dengan seorang yang tidak dikenalinya.

      Pada suatu saat, Nasaruddin pun bertanya, "Maka macam mana perniagaanmu sekarang?"

      "Langsung dengan baik!"

      "Kalau begitu, bolehlah pinjam saya $100?"

      "Maaflah, aku tidak cukup kenal kamu."

      "Pelik sangat! Tempat saya tinggal dulu, orang enggan pinjam duit kepadaku sebab dia kenal saya. Nah, sudah saya pindah ke sini, orang enggan pinjam wang kepadaku sebab orang tidak kenal saya pula?"

      Renungkanlah macai2@najib, mahu ke mana lagi?

      Delete
  22. Bila "cash is king" keluar dari mulut najib sendiri bermaksud memang najib mastermind sebenar di sebalik segala kepincangan negara kita. Orang mcm najib ni pijak semut pun tak mati. Dia akan terus buat2 tak tahu. Jho low ke, riza aziz ke serta konco2nya yg lain tu cuma pelaksana & perah otak bg idea. Mereka tukang buat keje dan yg kena cemuh. Najib kaut duit rakyat dari segenap cabang. Kementerian2 dipaksa subkan kerja asas atas nama "online", atas sebab "dah berpuluh tahun tak naik", atas sebab "nak elak ketirisan" dan mcm2 lg. Menteri melalak tukang canang, kabinet cepat2 kasi lulus. Gst, myeg, tol sampai ke parking pun nak dicedoknya. Punyalah terdesak. Duit dikaut melalui entiti kroni banyak habis utk bina pengaruh & hadapi pilihanraya. Tuan2 ingat najib nak isytihar pru14 dlm masa terdekat? Tak mungkin...duit dah byk habis & sumber kena block. Setahun dua ni kita sbg rakyat akan lg terhimpit sebab najib nak cari lbh byk duit. Mari kita sahut saranan tun m & pembangkang berkaitan 30 julai..

    ReplyDelete
  23. Bukan hanya najib harus letak jawatan dan didakwa, kasi cuci habis pentadbiran awam dari gejala tidak sihat termasuk kroni-kroni umno. Macam turki buat selepas cubaan rampasan kuasa. Sayangkan jawatan sampai sanggup backing geng penyamun. Cilaka punya orang

    ReplyDelete
  24. cakap tak serupa bikin....dapat dedak 2, 3 guni, kau orang pangkah dacing juga nanti......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  25. Malaysian Official 1 .... relative to Riza Aziz
    Kah kah kahhhh
    1 Mappu Dulong Bijan
    Kah kah kahhhhhhh
    Mati2 Geng Dedak pertahankan boss
    Nama betul tak disebut konon2nya
    Kah Kah Kahhhh Dasar Bangang Bebal Tolol

    ReplyDelete
  26. Orang ramai dh tak heran dgn lapuran Audit Msia yg diOSA sekarang sbb dh ada dokumen Jabatan Kehakiman Msia yg bolih dibaca seantara dunia.

    Bukan laporan tu tak berguna. Banayk gunanya. Justice Dpt lapor US$3billion telah dicuri dari 1MDB. Lapuran Audit ckp US$7billion telah hilang dari 1MDB.

    Dua2 dokumen Lapuran Audit dan dokumen mahkamah Jabatan Kehakiman US bolih dibawa olih Najib kedalam kubornya nanti.

    Tak kan Agong tidur lagi??????

    ReplyDelete
  27. Malaysian authorities should initiate fresh action against 1MDB, based on evidence gathered by the United States on the state-owned investment fund, PAS said today.

    PAS Deputy President Tuan Ibrahim Tuan Man in a statement, questioned how is it that the US authorities could find so much evidence against 1MDB, but Malaysian authorities couldn’t.

    “Is Prime Minister Najib Razak, as the Finance Minister and the step-father to Riza (Aziz) going to continue being mum on the issue?

    “What is interesting about the US civil suit is that they found that Good Star Limited is owned by Low Taek Jho (Jho Low) and not PetroSaudi, as claimed by the Finance Ministry in a parliamentary written reply on May 26,” he said, adding that it had also proved that Aabar-BVI is a company unrelated to Aabar Investment PJS, owned by Abu Dhabi’s International Petroleum Company (IPIC).

    “It is weird how the US Department of Justice (DoJ) can find evidence against the company, which the Malaysian authorities had failed to do.”

    Yesterday, US Attorney-General Loretta Lynch told a press conference that 1MDB officials treated the state investment fund like “a personal bank account” and “stole billions of dollars from the people of Malaysia”.

    The DoJ alleged offences were committed over a four-year period and involved multiple individuals, including Malaysian officials and their associates, who conspired to fraudulently divert billions of dollars from 1MDB.

    It specifically named Riza Aziz, Jho Low, and Abu Dhabi government officials Khadem al-Qubaisi and Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

    In its lawsuits, filed in Los Angeles, DoJ said it sought to seize assets “involved in and traceable to an international conspiracy to launder money misappropriated from 1MDB”, which include penthouses, mansions, artwork, a private jet and proceeds from the “Wolf of Wall Street” movie.

    Tuan Ibrahim then questioned whether the Malaysian authorities – the police, Auditor-General, the Attorney-General, the MACC, as well as Bank Negara Malaysia, would initiate fresh action against 1MDB based on the evidence gathered by the US.

    “The rakyat are waiting to see whether the authorities are working for the country and its people, or for certain individuals,” he said, urging 1MDB President and Group Executive Director Arul Kanda “to decide on the next course of action, for your own sake and the country’s”.

    Tuan Ibrahim then called for a Royal Commission of Inquiry (RCI) to be set up to look into the matter, comprising “ulama” who are well-versed in Islamic economy and finances.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree calling for a Commission of Inquiry. Need not be all ulama.

      Apa saja asalkan tambah tekanan supaya Najib undur atau di gantikan dek Majlis Tertinggi UMNO. Kalau tak, UMNO/BN akan lingkup di PRU14.

      Masih menunggu Raja Raja "beri perhatian" kapada Deklarasi Rakyat dan bertindak Selamatkan Malaysia. Dulu Majlis Raja Raja pernah bermesyuarat tanpa PM dan MB2 (sebagai Pre-Council meeting), keluarkan kenyataan akhbar mahukan isu 1MDB dan berbilion Ringgit dalam ekaun peribadi Najib di selesaikan secepat mungkin.

      Kemudian nya Majlis Raja Raja di laporkan ada bermesyuarat lagi, di Pengerusikan dek Sultan Selangor tapi tak keluarkan kenyataan akhbar.

      Kalau tak silap, pakar undang undang perlembagaan (constitutional law expert) Professor Emeritus Shad Saleem Faruqi pernah kata Raja Raja boleh buat begitu, memberi contoh "pre-Council meeting" itu.

      Tapi kerana dah ada jugak Raja Raja bermesyuarat di Pengerusikan oleh Sultan Selangor itu, di harap DYMM2 akan buat begitu lagi dan "beri perhatian" kpd DR dan Selamatkan Malaysia itu.

      Delete
  28. TEKA-teki mengenai satu pakatan parti pembangkang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah yang diumum Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis lalu nampaknya masih belum terjawab.


    Bekas Perdana Menteri itu dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini mengalih tumpuan kepada isu membabitkan syarikat pelaburan nasional negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding matlamat gabungan blok pembangkang dalam parti baharu itu.

    Buktinya, Dr Mahathir hanya menjawab ‘ASAP’ (as soon as possible) apabila diajukan soalan berhubung jangkaan masa mengenai pengumuman parti baharu itu.

    Beliau yang juga kini dilihat mengambil alih peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jurucakap pembangkang berkata, pihaknya masih lagi dalam proses untuk menubuhkan parti baharu itu yang dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat.

    “Kita sedar bahawa jika kita cuba untuk mendaftarkan parti baharu, (parti baharu) tidak akan diluluskan atau ditangguhkan (dalam tempoh) sebulan hingga setahun.

    “Oleh itu, kita cuba untuk mencari penyelesaian terhadap masalah itu (pendaftaran parti baharu), tetapi kita akan menubuhkan parti ini,” katanya dalam sidang media tersebut, sebentar tadi.

    Dr Mahathir sebelum ini berkata, penubuhan parti baharu itu adalah untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

    Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN dan UMNO sedia berhadapan dengan mana-mana parti baharu atau pakatan pembangkang kerana yakin ia semakin kukuh dan masih mendapat sokongan rakyat.

    Sementara bagi pihak pembangkang, Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah baru-baru ini menjelaskan pihaknya masih belum menyatakan sebarang pendirian sama ada mahu menyertai gabungan tersebut atau sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi residen PKR Azizah kata pihaknya masih belum menyatakan sebarang pendirian sama ada mahu menyertai gabungan tersebut atau sebaliknya, itu bagus.

      Bermakna mungkin besar dan luas lah kaum yg mendesak Najib letak jawatan, atau di ganti dek UMNO, atau di tumbngkan di PRU14.

      Delete
  29. Kenderaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilihat memasuki kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas tidak lama selepas beliau mengadakan sidang akhbar berhubung kemungkinan pilihan raya tergempar diadakan.


    "Kereta rasmi ketua menteri dilihat memasuki pintu masuk utama kediaman Yang di-Pertua Negeri pada pukul 4.15 petang.

    "Sebelum itu, kereta rasmi setiausaha kerajaan negeri juga dilihat memasuki kediaman Seri Mutiara," menurut posting di laman Facebook 'CM Lim Guan Eng', Rabu.
    Terdahulu pada sidang media, DAP menegaskan ia tidak akan membuat keputusan unilateral dalam mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.

    "Kami mahu teruskan perbincangan dengan rakan-rakan kami. Apabila membuat keputusan bersama, perbincangan mengambil sedikit masa.





    "Sudah tentu, ia tidak akan mengambil masa yang lama tetapi kami mahu memberikan masa yang mencukupi," katanya.
    Guan Eng dilihat meninggalkan kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri pada pukul 5.10 petang.

    Turut dilihat meninggalkan kediaman Seri Mutiara itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Farizan Darus.

    Cakap-cakap bahawa pilihan raya mengejut di negeri ini akan diadakan telah bertiup kencang selepas Guan Eng berdepan dengan dakwaan rasuah pada 30 Jun.

    Awal petang ini, ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Jawatankuasa DAP negeri telah diarahkan untuk menghadiri sesi perbincangan bersama yang diadakan di Komtar, dipercayai berhubung pilihan raya tergempar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lim Gongeng mahukan Penang terus dengan DAP bila dia masuk penjara atas tuduhan korapsi beli rumah berkait dengan jual tanah Kerajaan di Taman Manggis itu.

      Dia ingat dapat derma lebih RM sejuta dia amat popular. Pada hal jumlah besar di "sogok" dek tokeh2 yang dah dapat kontrek dan projek dari dia.

      Lantak lah dia nak adakan pilihan raya. Moga moga ada Limxit or shit, mcm Brexit dan Cameronxit di UK.

      Delete
  30. Yang pernah dapat sejuta dua tu pon pasti tak boleh tidur, melainkan terima cash...

    ReplyDelete
  31. BARU faham sekarang sebab apa laporan audit yang disuruh tunggu oleh najib itu diOSAkan..hmmmmmm

    ReplyDelete
  32. Pimpinan sayap kanan PAS Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan konsert ‘Selena Gomez – The Revival Tour’ yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai ini.


    Kekesalan itu dizahirkan apabila Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor Riduan Rahmat, Timbalan Ketua Pemudanya Hanafi Zulkapli dan Ketua Muslimatnya, Wan Hasrina Wan Hassan menghantar memorandum bantahan di pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam petang tadi.

    Ridzuan berkata, PAS tidak menolak hiburan tetapi konsert Selena ini dilihat boleh menjerumus kepada kehancuran dan mengundang masalah sosial di kalangan anak muda.

    “PAS ini sebenarnya membenarkan hiburan tapi bila mana hiburan yang datang itu (tidak) membawa kepada kemungkaran dan kehancuran.
    “Isu konsert ini bukan masalah hiburan tapi gejala dan diri penyanyi itu yang dikenali seorang yang membawa simbol seksi yang merosakkan anak muda kita hari ini.” katanya kepada pemberita di Pejabat SUK.

    Semalam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata konsert itu akan diteruskan, walaupun mendapat bantahan kerana pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan.

    Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata penampilan seksi artis itu bukan perkara penting dan tidak sepatutnya dijadikan isu.

    Kesal Azmin anggap isu remeh

    Mengulas lanjut Riduan berkata pihaknya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Azmin kerana menganggap konsert itu sebagai isu remeh.

    “Kita amat rasa sedih dan tidak puas hati seorang menteri besar yang beragama Islam anggap isu ini terlalu remeh,” kesalnya.

    Hanafi pula berkata konsert ini wajar dihentikan kerana ia hanya akan memberi kesan buruk kepada generasi akan datang.

    “Mewakili anak muda, kita tidak mahu anak muda terjebak dengan budaya hedonism yang melampau dan masalah sosial yang mereka ini akan memimpin negara kita di masa akan datang,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi apa yg boleh merenggangkan PKR dan PAS, biorkan le.

      Nanti deme' berpecah gomen Azmin lingkup, bagus le. Lagi senang Tun Madey bawak deme semua masuk barisan anti-Najib.

      Deklarasi Rakyat mesti di sanjung, mesti selamatkan malaysia dari Najib.

      Delete
    2. Kami pun kesal parti yang mengaku perjuang dan pertahan islam yang dipenuhi kununnya ulamak dan org pandai agama..sanggup bersetongkol dan mempertahan penyamun mega yang menjarah harta negara...

      Delete
  33. Mari kita tanya Bruak dn konco-konconya, Malaysian Official 1 itu siapa?
    Banyak cara boleh dapat wang juta-juta Rm, melalui derma, hadiah, sumbangan, sedekah, pemberian dll. Semua ini boleh ditakrifkan sebagai bukan rasuah. No case...., closed.

    ReplyDelete
  34. Mari kita tanya Bruak dn konco-konconya, Malaysian Official 1 itu siapa?
    Banyak cara boleh dapat wang juta-juta Rm, melalui derma, hadiah, sumbangan, sedekah, pemberian dll. Semua ini boleh ditakrifkan sebagai bukan rasuah. No case...., closed.

    ReplyDelete
  35. Sungguh malang, agaknya tiada satu pun antara aset-aset tersebut dimilikki oleh 1MDB atau Malaysia.

    Jika begitu, apa untungnya perniagaan 1MDB? Rakyat Malaysia pulak dapat apa?

    ReplyDelete
  36. Tulah bang din. Mati2 saya ingat saya ni miskin bandar. Rupanya kaya raya. Harta kat US lagi. Hebat rupanya saya ni. Kalau bang din dapat runding tolonglah jual painting kita tu. Duit susu anak takde ni.

    ReplyDelete
  37. Tak tahu macamana nak maki dah.Baik aku istighfar ajelah.Kes sudah terang lagi bersuluh.Malaysian official 1 itu merujuk kepada najib.Orang bodoh manalah yg pura2 tak faham maksud statement DOJ tu.

    Malu sangat2lah jadi orang Malaysia.Nama baik negara dipijak semahu2nya oleh najib anak-beranak dan kawan2nya di luar sana.Orang Malaysia buat apa?Orang luar orang amerika yg dedahkan kebejatan pemimpin kita dan orang kita pula aman2 saja macam dayus.

    Kalau ada perhimpunan aman mendesak najib turun,semua rakyat Malaysia yg masih ada maruah harus turun.Kali ini bukan atas nama pembangkang tapi atas nama anak2 Malaysia yg cintakan negaranya.Sepatutnya sekurang2nya 1 juta orang boleh kita kumpulkan memenuhi KL atau Putrajaya.

    ReplyDelete
  38. Rakyat dah tau pm tu iblis syaitan bertopengkan manusia jgnlah pergi undi lagi parti bn umno tempat syaitan tu mengatur gerak langkah.berikan saja undi2 anda pada pakatan harapan pru14 di semua kerusi dun dan parlimen nanti.setiap yg layak mengundi wajib keluar mengundi supaya juta pengundi pos dan juta pengundi hantu haram warga asing tidak dapat bantu bn umno kekal memerintah buat kerosakan yg rakyat terpakse tanggung sampai anak cucu cicit.tolak bn hapuskan umno supaya gst dimansuhkan minyak diturunkan semula serta hutang yg tak terbayar oleh bn umno dikurangkan seperti #PakatanHarapan buat di #Selangor & #Penang #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  39. Takpa JIB .jangan takut.akan datang seekor Jin yang akan menghilangkan kau anak beranak.kah.kah.kah.

    ReplyDelete
  40. Apakah Anda perlu 100% Loan?
    Saya dapat melayani kebutuhan keuangan Anda dengan lebih sedikit masalah pengembalian itu sebabnya kami mendanai Anda untuk hanya 2%. apapun Anda situasi, wiraswasta, pensiunan, memiliki peringkat kredit yang buruk, kami dapat membantu. pembayaran yang fleksibel lebih dari 2 sampai 20 tahun.
    Hubungi kami melalui: rinasusantiwealthsloanfirm@gmail.com

    1 Nama Lengkap: ............................
    2 Kontak Alamat: .......................
    3 Jumlah Pinjaman: ....................
    4. Durasi Pinjaman ...................
    5. Nomor Telepon Langsung: .................

    Salam,
    Ibu Rina Wealths

    ReplyDelete