Friday, 29 July 2016

INILAH HEBATNYA MAT MASLAN....


Hahaha....inilah sebenarnya salah satu kejayaan besar Ahmad Maslan yang kini mengetuai Biro IT UMNO dan bertanggungjawab khusus mengepalai pasukan media sosial untuk mempertahankan Najib Razak.

Dulu semasa beliau menjadi Ketua Penerangan UMNO, memang hari-hari kerjanya memberi kenyataan di media. Asal ada isu, adalah kedengaran suaranya. 

Yang paling popular ialah  jamiman dan keyakinannya bahawa harga barangan akan turun apabila GST dilaksanakan. Agaknya kerana harga barang tidak juga turun-turun sampai sekatang, maka Najib menukarkannya untuk menjaga media sosial pula.

Kini, suara Ahmad Maslan memang jarang kedengaran sehingga dalam sekian banyak isu yang timbul kebelakangan ini, ramai juga mula "rindu" kepadanya.

Tetapi, beliau tidak diam sebenarnya. Diam-diamnya adalah diam berisi. Melalui tugas barunya menjaga media sosial sekarang, salah satu kejayaannya sudah mula terserlah sehingga "orang sudah meninggal dunia" pun dijadikan kemeriahan untuk sama-sama menyokong Najib.

Sudah tentu ia suatu kejayaan yang amat-amat membanggakan Najib dan UMNO.

Siapa kata CGPA 3.85 tak hebat? (SH 29/07/2016).

21 comments:

  1. Kah..kah..kah.
    Tuan budin lagi hebat dgn tulisan berunsur sinis.
    Sesekali kena la mcm tuan budin.
    Baru lah hidup ceria.

    Apa pun,tahniah pada ahmad maslan.
    Malu wei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiga point lapan lima
      tapi belajar apa?
      gee es ti tak erti
      ayam mahal ini hari
      kini tukar main i.t.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Makin ramai merungut gambar mereka digunakan pada akaun FB/twitter/Insta palsu yang dicipta untuk memuji dan mempertahankan Mohd Najib Abd Razak. Mencari 'rezeqi' dengan menipu daya dan menimbul fitnah adalah kemahiran Najib dan rakan seperdosaannya. Hanya laknat Allah yang mampu mendidik mereka. Mari doakan.

    ReplyDelete
  3. Hebat apa tu bodoh namanya. Mungkin masa belajar takde duit nak makan so makan dedak sepanjang pengajian sebab murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Buka blog sendiri la.sapa mau baca.lari dari isu

      Delete
    3. Anon 8:57 adalah ahli jemaah Ahmad Maslan. Jemaah Ahmad bukan sahaja bekerja kuat mempertahankan Najib malah membantu meningkatkan imej suci geng Taliban parti 'ulama' serta memburukkan imej pemimpin dan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

      Pernah dengar atau terbaca serangan mereka ke atas Kelantan? Itulah hasil kerjasama rahsia UMNO-PAS yang dinafikan sekerasnya mereka-mereka yang beroleh habuan

      Delete

    4. O8.57,

      Aku tak tau la habat atau tidak analisis putar alam kau ni, tapi buat la research sikit sebelum komen.

      Contohnya, Anthony Loke tu Ahli Parlimen Seremban dan juga ADUN Kawasan Chennah.

      Boleh ke dia bertanding ADUN di Pulau Pinang?

      Delete
  4. ...sabit pun laa.. MatMasalahan tngah2 dok rancak..reyuhrendah..tngok2 sunyi sepi mcm mampuih x dak kubor....rupanya dok menuntut ilmu DAJAI haram ni...dashyat juga mat sekerap ni...

    ReplyDelete
  5. Bercakap pun bodo, diam-diam pun bodo.Ini dinamakan bodo yang hidup

    ReplyDelete
  6. Menteri BN ramai yg bangang.

    ReplyDelete
  7. Abg Din jangan underestimate mat maslan ni. Kejap lagi dia boleh spin cerita. Org dah meninggal pun masih sokong najib razak. Begitulah hebatnya najib ni. Itu tak masuk setan dan iblis yg sokong penuh najib razak ...hehehehe

    ReplyDelete
  8. Hidup Ahmad Maslan!!!!!!kah..kah..kah

    ReplyDelete
  9. Kesian Najib, tak cukup orang hidup, orang mati pun dia gunakan untuk selamatkan diri

    ReplyDelete
  10. Agaknya ahli umno yang 3 juta termasuk depa depa yang meninggal dunia kot. Cuba up-date. Yang terang dah takdak dah ahli baru.

    Kerja putar belit ni dulu pembangkang punya kepakaran. Lani govt. pulak dok belajar. Mungkin tengah dok practise nak jadi pembangkang lepas election ni kok.

    Hampa masih jauh lagi kalu nak main permainan ni.Tapi jangan risau yang hampa nak tipu hanya sakibaki ahli totok yg memang tak tau apa apa. Ada telinga tapi pekak, ada mata tapi buta, ada mulut tapi bisu. Ada kudrat tapi masih memilih untuk jadi pengemis. Ada maruah digadai untuk mendapat habuan yg tak seberapa.

    ReplyDelete
  11. Hahahaha....mungkin BN boleh belajar daripada pembangkang kut. Tapi biasa ler memula..awal-awal senang kantoi...lama-lama okey ler.....

    ReplyDelete
  12. bila waktu sudah berlalu ya berlalulah

    ReplyDelete
  13. Pemerhati babi30 July 2016 at 15:14

    Elehh apa nk hairan..nilah standard kerjabuat org umngok kini dan selamanya.
    Dulu tgh riuh pasal derma, ada org umno tu kata, derma tu dr pak arab..selidik punya selidik, pak arab tu dh meninggal pun..tp org umno tu mengaku dh ke arab jumpa "pak arab" berkenaan. Org umno tu agaknya boleh gali kubur unt bcakap dgn mayat tu dan arwah pak arab tu dh bg pengesahan serta dokumen pasal derma tu.
    Sebenarnya sejak kisah 1mdb ni, kerjabuat org umno jd bongok dan bebal.

    ReplyDelete