Monday, 25 July 2016

BERSIHKAN NAMA? KENAPA NAJIB TAK MINTA SAMA MALAYSIAN OFFICIAL 1 BERSIHKAN NAMANYA?

Berdepan asakan berterusan terhadap imej dan wibawanya sebagai Perdana Menteri berikutan tindakan hak perlucutan sivil yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS, Najib Razak meninta mereka yang disebut dalam kertas mahkamah itu agar segera membersihkan nama mereka.

Pada  masa yang sama, beliau mahu juga individu-individu tersebut bertanggungjawab atas tindakan yang  mereka lakukan.

Kerajaan berpegang kepada prinsip untuk memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan oleh mana-mana pihak, tegasnya.

Waduh, waduh...bersihkan nama dan bertanggungjawab sendiri kerana kerajaan berpegang kepada prinsip tiada wang rakyat boleh disalahgunakan kononnya.

Syahdunya kata-kata seumpama itu. Burung terbang pun boleh tiba-tiba jatuh ke bumi kalau mendengar  Najib mengucapkannya!!

Dua rakyat Malaysia yang disebut secara jelas dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman itu  tidak lain ialah Jho Low dan Riza Aziz, anak tirinya sendiri.

Bagaimana kedua-duanya mahu membersihkan nama mereka?

Untuk berdepan undang-undang Amerika yang secara jelas mengaitkan perlucutan hak sivil harta-harta itu atas inisiatif kleptokrasi atau pencurian harta negara, Jho Low dan Riza Aziz kini berdepan tugas berat untuk membuktikan ia benar-benar bersih daripada wang yang dicuri.

Tetapi, sementara menunggu tarikh perbicaraan di AS  yang kita tidak tahu bila tarikhnya lagi, Najib sendiri harus memainkan peranan membantu kedua-dua individu itu membersihkan nama mereka seiring dengan tindakan Jabatan Kehakiman AS itu.

Najib boleh melakukannya dengan mengarahkan siasatan dalam negara dibuka semula melalui sebuah suruhanjaya yang benar-benar bebas dan kemudian memastikan Jho Low dan Riza Aziz hadir untuk memberi keterangan mereka.

Tiada gunanya Najib sekadar bercakap yang dilihat semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat, tetapi tiada  apa-apa tindakan yang diambil untuk memperbaiki keadaan dalam negara sendiri.
Selain itu, jangan juga Najib lupa bahawa dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS itu, turut disebut ialah nama Malaysian Official 1 yang dilihat begitu berperanan besar dalam 1MDB.

Malaysian Official 1 bukan saja disebut sebanyak 36 kali yang memperlihatkan betapa besar peranan yang dimainkannya, malah turut didakwa menerima wang yang berasal daripada 1MDB secara keseluruhhannya sebanyak AS$731 juta atau melebihi RM3,000 juta.

Sehingga ini, bukan saja Malaysian Official 1 itu masih menyembunyikan identitinya yang sebenar, malah belum terdengar apa-apa penafian berkaitan nama itu yang turut disebut oleh Jabatan Kehakiman AS kerana menerima wang berbilion-bilion, juga ditaktifkan sebagai wang curi.

Tidak mahukan Najib meminta Malaysian Official 1 juga membersihkan namanya? (SH 25/07/2016).

75 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Lancaulah...
      hooiiiii orang cerita najib lah

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    5. Hello, tak reti bahasa ke? Bincang ikut tajuk dan isu la woi. Kalau pun awak macai Mad Maslan, Puad Blurr atau Salleh Said Lawak, jangan la ikut jadi bodoh dan bangang macam mereka.

      Delete
    6. Pencacai umno ni lebih buta dari org buta, lebih bangang dari org bangang....

      Delete
    7. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini merayu PKR supaya dapat membuat keputusan bersama-sama untuk menyokong diadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut.

      Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang secara terbuka merayu kepada kepimpinan tertinggi PKR agar menerima rancangan mereka untuk mengadakan PRN.

      “Saya rayu pemimpin PKR, bukan pemimpin di sini, tetapi yang lagi atas (pusat), buatlah keputusan bersama walaupun saya tahu mereka takut kurang kerusi,” katanya dalam majlis penerangan Kerajaan Pulau Pinang yang bertajuk “Masa Depan Pulau Pinang” di sini.

      Katanya, DAP juga bimbang akan perkara yang sama namun beliau mempunyai keyakinan terhadap rakyat Pulau Pinang.

      Delete
    8. TAK habis-habis hendak fitnah kepada PAS. Terbaru kata PAS bela DS Najib kerana isu kenyataan DOJ mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat. Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu.

      PAS hanya mengingatkan sahaja, kita tidak mahu Amerika menjadikan isu pendedahan DOJ menjadi sebab untuk melakukan sesuatu kepada negara. Siapa tidak kenal Amerika terhadap negara umat Islam.

      Kononnya Osama Bin Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. PAS konsisten mengenai hal kedaulatan negara.

      Mengenai pendedahan DOJ, sila bertindak kepada individu yang terbabit. Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti.

      Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab.

      Penentangan PAS mengenai isu TPPA adalah asas yang sama. Tidak mahu negara luar menguasai khazanah negara. Tidak mahu penjajahan ekonomi. Jangan pula penyokong Umno hendak membela isu pendedahan DOJ dengan alasan campur tangan asing. Sedangkan TPPA, Umno/BN menyokong kuat.

      Ketika TPPA dibentang di parlimen, ada pemimpin parti pembangkang yang lain puji kebijaksanaan Datuk Mustafa Muhammad kerana bijak menerangkan TPPA. PAS tak tuduh parti tersebut hendak UG dengan BN. PAS tidak tuduh parti mereka pertahankan Najib. Tidak letak parti mereka di blok BN. PAS tidak tuduh mereka proksi Amerika. Itu hak masing-masing. PAS matang, rasional dan tidak emosi.

      Terpulanglah hendak tuduh dengan berbagai gelaran yang tidak enak didengar kepada PAS. Biar rakyat menjadi saksi. Terpulanglah kepada mereka. Biarlah mereka tulis macam-macam sementara tangan boleh bergerak. Tangan dia kaku dia berhentilah. PAS bukan boleh larang. Kebebasan masing-masing, mungkin beliau yakin akan menjadi amalan untuk dibawa bertemu Allah SWT, sila teruskan.

      Delete
    9. Makan Dedak B***(MDB) menyebabkan manusia hilang pertimbangan agama.

      Dah tak tahu nak bezakan yg mana amar maaruf, yg mana nahi mungkar.

      Sudah sudahlah berlagak lebai, tapi duit haram pun tibaiiii.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Kes ni akan jadi mcm kes Altantuya ja. Semua akan selamat. Yg kene tangkap nanti mcm Sirul dan Azilah.

    Suka ke tak suka ka.. inilah reality politik dan sistem undang2 yg kita ada. Saya langsung x yakin walaupun nama terpampang lakukan kesalahan.

    Alih2 mereka2 ini dikatakan kurang siuman segala bagai dan terselamat la kot mana pun.

    Tak payah berdoa la. Buang masa ja. Allah Taala mcm kita xtau.. mcm biasa la. Sumer doa2 akan dihimpunkan dan dikabulkan di akhirat kelak. Kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu orang kata "mat sanggup", zaman sekarang ada pula "mat tantoya".Pak arab pun sanggup jadi "mat derma".Kita tunggu siapa pula yang sanggup jadi "mat MO no1"

      Delete
    2. 1510
      Aku rasa kalau kau x nak doa pun,kau x perlu cakap mcam prenggan last tu.doa tu ikhtiar.makbul tak makbul bukan urusan kita.kau sedar x apa kau tulis ni?silap2 terpesong akidah brother.cakap pakai akal,bukan nafsu.

      Delete
  4. Tak perlu bersihkan nama sendiri kerana diampu dan dikeliling oleh penjilat-pembodek.Merekalah yang akan menepis semua persoalan walaupun dengam jawapan bodoh dan dunggu.

    ReplyDelete
  5. Kenapa pihak berkuasa malaysia tidak berupaya siasat siapakah MO1 itu??

    Najib sebagai seorang PM yg ada segala kuasa...tak kan tak nak guna kuasa yg ada padanya utk mencekau MO1 yg secara jelas memalukan nama beliau sbg PM???

    Kenapa Najib tak nak arahkan PDRM seret MO1 kemuka keadilan...supaya beliau tidak dikaitkan lagi sebagai MO1 itu??

    Atau sekurang-kurangnya Najib maki hamun MO1 yg mencemarkan nama baik beliau... Boleh aje guna perkataan TOLOL..BARUA...KOMINIS...HARAM JADAH...sebagai tanda protes terhadap MO1 tu...!!?

    Setidak tidaknya Najib dan Salleh Kruak...boleh aje kata bahawa MO1 itu ialah...LIM KIT SIANG...atau LIM GUAN ENG ataupun ANWAR IBRAHIM..??!

    Bukankah lebih senang buat macam tu....!! Bukan tak biasa puuuun...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan nak cekau diri sendiri...peliklah nanti...

      Delete
  6. Siapa yg boleh buktikan Najib bukan MO1 akan dilantik AG yg baru sbb AG yg sekrg masih terkial kial

    ReplyDelete
  7. Malaysian official iblis tu 36× blow jo dn liza aziz brapa kali ya?bkn apa bole tau lebih kurang siapa dpat byk tu je.

    ReplyDelete
  8. Sya pernah dpat brim 3×.sya nak bgi balik kepada kerajaan baru.sya tak mau malaysia jadi negara berhutang.malaysia harus kembali seperti era tun.m

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. INI SEMUA AGENDA BEKAS PEMIMPIN BESAR SEBELUM NI YG INGIN MENJATUHKN NAJIB DENGAN SALURAN BUKAN DEMOKRASI.JIKA RAKYAT NEGARA SENDIRI YG MEMBERI SOKONGAN KEPADA NEGARA ASING YG INGIN MENGGUGAT DEMOKRASI MALAYSIA. PADAHNY AKAN DILIHAT NANTI. NEGARA ASING SUKA MENJATUHKN NEGARA ISLAM DISELURUH DUNIA.TOLONG JGN JD BARUA YAHUDI SEMATA MATA INGIN MENJATUHKN SESEORANG SHJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tu yg barua Najib...

      Delete
    2. Malas komen lembu ni

      Delete
    3. Frog lives under coconut shell punya species..........!!!!!

      Delete
    4. pernah dgr apco ke goldsacs ke...?

      Delete
    5. ramai tali barut yahudi kt malaysia ni..dah putus asa nak berkuasa terpaksa minta yahudi asing campur tangan..isu imdb hanya fitnah kuncu2 yahudi..

      Delete
    6. Timbul lagi cerita yahudi....terang2 org melayu curi duit yahudi juga jadi mangsa....lepas ni apa pula....teruskan wahai cai cai najib untuk hiburkan kita semua....memang lawak...he....he.

      Delete
    7. Timbul lagi cerita yahudi....terang2 org melayu curi duit yahudi juga jadi mangsa....lepas ni apa pula....teruskan wahai cai cai najib untuk hiburkan kita semua....memang lawak...he....he.

      Delete
    8. Orang melayu yg menjadi pencacai najib adalah yahudi yg sebenarnya.

      Delete
    9. 1605...knplah kawan n ank Najib buat jahat negara orang...padang muka..lepas tu ckp tun punya kerja...gila ke apa? Tp tabik pd Tun macai pemakan dedak mengakui bertapa besar pengaroh tun sampai us pun mengikut kehendak tun..takgitu... Macai nanti kawan golf pm marah tau

      Delete
    10. Anon 1605 tu orang pun bukan lembu pun bukan tapi kuda belang

      Delete
    11. Nak padah apa lagi Anonymous 16:05?
      Keadaan tidak akan menjadi lebih padah lagi kerana telah sahih andalah padahnya kerana terlalu lama dipimpin oleh Melayu UMNO.
      Itulah padahnya sehingga diberi fakta jelas pun minda anda masih tertutup dan anda masih terlena sedangkan beribu-ribu juta wang pinjaman 1MDB telah disonglap dan dijoli.
      Itulah padahnya. Sungguh kasihan!

      Delete
    12. Nak padah apa lagi Anonymous 16:05?
      Keadaan tidak akan menjadi lebih padah lagi kerana telah sahih andalah padahnya kerana terlalu lama dipimpin oleh Melayu UMNO.
      Itulah padahnya sehingga diberi fakta jelas pun minda anda masih tertutup dan anda masih terlena sedangkan beribu-ribu juta wang pinjaman 1MDB telah disonglap dan dijoli.
      Itulah padahnya. Sungguh kasihan!

      Delete
  11. DOJ dh siasat. Boleh lah AG dan KPN join siasatan. Kita tgk siapa lebih cepat umum nama MO1. Yezza....

    ReplyDelete
  12. So sickening.

    ReplyDelete
  13. MO1 ada lah Kassim Baba dalam cerita P.Ramlee

    ReplyDelete
  14. Anon 16:05

    Aku tk nak jatuhkan Najib. Aku cuma nak MO1 dibicarakan di US. Sebab MO1 tak dpt dijumpai di Msia.

    Malah Najib sendiri pun kata semua nama yg terlibat...dgn DOJ bersihkan nama masing2...!! Seruan tersebut dah tentu ditujukan jugak kpd MO1 sekali..!!

    Sila lah tampilkan diri MO1 woiii....!! Kesian PM kesayangan rakyat Msia...tak pasal2 kena tuduh...!!!

    Kalau dah sampai ketahap jilat paling extreme...silap2 SALLEH KRUAK akan mengMO1 kan dirinya...demi menjaga PM kesayangan kite..!!

    Jika itu berlaku...kita patut bersyukur mempunyai seorang menteri yg sanggup menjilat ke tahap berani mati demi...pemimpin agung yg sgt kite sanjungi...!!!huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak boleh tu... Bila pulak dia kawin dgn mak Riza Axix?

      Delete
    2. Si Karabau tu menang celaka. jilat garam boleh lah dia

      Delete
  15. Sudah tentu sekarang ini najib bertungkus-lumus mecari sesiapa yang boleh "memadamkan" kes di US ini.
    Sebelum ini pun kita dihidangkan irama yang sama iaitu tunggu audit. Tapi bila audit siap terus diOSAkan dengan alasan yang tidak munasabah.
    Harapan kita semoga DOJ dan FBI telus serta berani bertindak atas kebenaran.

    ReplyDelete
  16. Satu nasihat yg baik. Cepat lah cerita bagaimana duit yg begitu banyak boleh berada dlm acc. kamu. Siapa pertualang yg memasukan duit tersebut dan adakah kamu hanya proksi kepada pertualang atau pertualang2 dlm 1mdb. Siapa lagi terbabit.

    Nampak macam baton dah nak di passing dekat hampa. Selalunya orang yg handak lemas dah tak kira siapa dia tarik turun asalkan dia selamat.

    Kepada yg hanya pak sanggup pak sanggup, share sikit saja think of yourself 1st.Do the right thing, save yourself . Do it now before it's too late. Jangan ingat orang yg takda maruah macam MO1 tu nak selamatkan hampa semua. Diri dia pun mungkin tak blh nak selamat dah.

    ReplyDelete
  17. Org kate klu kena penyakit telor naik, telor kena sedut naik ke perut... tu tanda kena angin pasang... nie kes telor tiba2 hilang nie, nak kire mcm mana... kato panglimo, nie dari aritu main tepis-tepis je, aper citer, hari selasa bile lg nak serang...

    ReplyDelete
  18. Dipermulaan pendedahan kes 1mdb, kita lihat agak kerap soladiriti terhadap najib diadakan. Samada dalam bentuk perhimpunan rakyat atau pun peringkat umno negeri. Tak silap saya yang terakhir, umno kelantan yang diketuai oleh tunku ghazali.
    Tapi sekarang ini sudah senyap sunyi. Hanya muka-muka yang biasa-biasa saja memberi komen menyokong najib. Tungku ghazali pun sudah diam, samada tercekik dedak atau tidak, tak tahu lah pulak.
    Ura-ura lompat parti dari kalangan menteri kabinet dan pemimpin kanan umno juga sudah mula kedengaran.
    Samada berita ini benar atau sekadar perang saraf, biarlah masa yang menentukan.
    Apa pun hayat politik najib sudah berada dihujung tanduk.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Mana Mat Salleh pahlawan sabah tu @ karabau kota belud? Cakap la woiiiii...cakappppp.

    Suruhlah AG Pandir saman balik AG US tu.

    Bawa dan tunjuk bukti siasatan PAC Hassan Ariffin. Suruh zahid hamidi bawa raja arab saudi yang dia dah jumpa dan mengaku memberi derma kat najib.

    Nak takut apa kan. Steady lah zahid tak gentlemen lah macam ni.

    Rakyat Malaysia semua dah tahu. Hassan Ariffin ada bukti. Zahid Hamidi ada saksi

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. Bab macam ni Najib memang terrer.
    Muka selamba bodoh jea nasihatkan sahabat-sahabat dia.

    Mana Mat Maslan, Sharir, Nazri, alahai sapa dia yang nama perempuan tapi macam lelaki tuuu... bangun lah back up Najib dan nasihatkan MO1 supaya bersihkan nama.
    AG cepat-cepat sambar peluang ini untuk clearkan nama najib, Jawatan menanti.

    Yang confirm, Zahid tidur dengan mimpi yg indah2.

    ReplyDelete
  23. Tetap dengan nada selamba dan gaya seperti orang tak.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid jangan mimpi disiang hari sudah lah.

      Delete
    2. Apa bakal terjadi kepada kerajaan jika TPM menipu.

      Boleh kah rakyat menerimanya?

      Boleh kah majlis tertinggi dan ahli parti umno menerima naib presiden dan bakal timbalan presiden parti yg menipu?

      Dulu zahid berkata dia telah pun berjumpa dgn raja arab saudi yg mengaku menderma RM2.6 bilion.

      Sekarang macam mana zahid? Kali ni kau nak menipu apa lagi?

      Delete
  24. Shah,mana ada duit rakyaat Malaysia hilang,tak hilang hai itu kata menteri najib.Sekarang di Malaysia Menteri2 utama UMNO macam main2 ludah kelangit tetapi mereka telah lupa yang ianya akan jatu kembali dan kemungkinan jatuh atas muka sendiri.Kelentonglah selagi berdaya.

    ReplyDelete
  25. Buatlah muka selamba pun....semua orang kampung dah tahu. Bila mati sengeh sikit bior nampak gigi...tok alim PIS boleh cakap.' Tengok depa tu, mati dalam imam'....ini fitnah saja.

    ReplyDelete
  26. Hanya orang bodoh shj yg menyangka harta2 atas nama Reza diUSA yang akan disita olih DoJ adalah harts2 mutlak dia.

    Harta2 Reza yg nak disita tu adalah kepunyaan Najib dan Rosmah, iaitu kepunyaan MO1 & isteri dia.

    Ingat DoJ bangang ke????? Kalau ikut undang2 Msia,harta2 Reza tu juga dianggap harta Najib.

    ReplyDelete
  27. Kenyataan agar mereka yang terbabit supaya membersihkan diri dilaungkan di Masjid Tuanku Mizan K Trengganu dalam satu majlis anugerah tawaran menunaikan fardhu haji tajaan 1MDB.

    Mungkin dia x sedar dia berada dalam rumah Allah dan dalam satu acara penunaian fardhu haji untuk pergi menemui Allah jua.

    Dah teruk.

    ReplyDelete
  28. Kalau nak bersih nama pun tengoklah anak siapa bangsa apa agamanya apa klu org islam tak buat begitu jadi pencuri penyangak tak tahulah pula perangai emak bapaknya macam mana jadi siapa makan cili dia rasa pedas

    ReplyDelete
  29. Kalau nak bersih nama pun tengoklah anak siapa bangsa apa agamanya apa klu org islam tak buat begitu jadi pencuri penyangak tak tahulah pula perangai emak bapaknya macam mana jadi siapa makan cili dia rasa pedas

    ReplyDelete
  30. Daripada hari cerita pejabat 1mdb ni diselongkar polis dan rekod syarikat diambil untuk siasatan, rakyat Malaysia dah mula menuntut untuk dijelaskan sejelas-jelasnya apa pasal 1mdb ni disiasat. Tapi sampai hari ni rakyat Malaysia gagal mendapatkan jawapan yang memuaskan daripada 1mdb. Kenapa 1mdb payah sangat nak bagi jawapan yang se iklasnya ? Tiap tiap kali diberitahu mereka (1mdb) dah jawab. Dan "Malayian Official No.1" kata tunggu siasatan selesai. Bila siasatan selesai, peguam negara kata tak ada kes dan diarahkan siasatan ditutup. PAC merumuskan sejumlah wang 1mdb tidak dapat dipastikan apa dah jadi. Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1mdb di "rahsia rasmi" kan.
    Kami rakyat Malaysia ni menuntut pwrkara yang benar tapi tak dilayan.
    Soal nak jatuhkan najib razak ni sebenarnya bukan soal utama pada asalnya. Tapi bila kemusykilan rakyat Malaysia tak dijawab, kita mula bertanya apa yang nak disorokkan najib razak ni sampai Timbalan dibuang, menteri dibuang, peguam negara dibuang, ketua special branch dibuang. Kita semua nak tahu tapi kita kena main teka teki. Menteri menteri yang backing 1mdb kata ada konspirasi nak jatuhkan najib, tunjuk la sampai kita faham sesungguhnya dakwaan mereka benar. Toksah berselindung belakang technicality undang-undang.

    Sekarang apa dah jadi ?

    Ada jugak menteri macam salleh kerak ni cakap ini conspiracy nak jatuhkan najib. Najib yang biarkan perkara ni berlarutan. Dan apa yang dilaporkan DOJ berlandaskan siasatan terperinci FBI dengan segala banking records, email & perbualan telefon dikemukakan sebagai bukti. Apa kita nak cakap lagi ? Tuduhan salleh kerak ni maha berat dan kita bertanya ini satu badan penyiasatan yang hebat reputasinya dan adakah siasatan ni boleh disamakan dengan keputusan peguam negara kita yang masih penuh tandatanya ?

    Soal pokoknya kita rakyat Malaysia mahukan perubahan kepimpinan kepada kepimpinan yang lebih telus dan bertamggungjawab. Bukan yang cakap tak pakai akal yang menyangkal perkara yang jelas bersalahan undang undang. Kita mahu tindakan supaya pwrkara 1mdb ni segera diselesaikan.

    ReplyDelete
  31. Kalau pengikut dalam blog ramai anti najib
    Sebarkan tak payah ulasan banyak
    Bosan
    Sampai sekarang
    Bila rakyat nak turun
    Bantahan rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa masalah anda???
      Kepanasan ka....

      Delete
    2. Bukan saja kepanasan tapi dia tu dah gatal punggong

      Delete
  32. Tuan 20:00,
    Kita semua ni dah bosan jugak..dengan penyangkalan bukti after bukti the Edge, Sarawak Report dan sekarang pulak yang diperincikan DOJ.
    We are of this opinion, rebut with believable facts or own up. Itu aje yang tinggal untuk dikata oleh 1mdb dan pegawai pegawai nya dan menteri2 Malaysian Official No.1 ni.

    Jangan cakap konspirasi tapi tak bagi penjelasan macam mana boleh jadi konspirasi. Itu cakap kosong. Siapa pun boleh bersuara. Tak payah tunggu menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rakyat biasa mcm kita ni dah lama dah masuk dalam. Tangan pun bergari bila masuk kedalam kereta polis.

      Delete
  33. Eleh, ingat Mat Jebon itu bodo ke? Dia akan OSA kan dokumen DOJ tu...

    ReplyDelete
  34. apabila menghalalkan yg haram menjadi fasik,,kalau pemimpin fasik pengikut pun dikelas yg sama,nak ke kehidupan begitu, tak nak tolak umno bn dalam lombong .

    ReplyDelete
  35. apabila menghalalkan yg haram menjadi fasik,,kalau pemimpin fasik pengikut pun dikelas yg sama,nak ke kehidupan begitu, tak nak tolak umno bn dalam lombong .

    ReplyDelete
  36. apabila menghalalkan yg haram menjadi fasik,,kalau pemimpin fasik pengikut pun dikelas yg sama,nak ke kehidupan begitu, tak nak tolak umno bn dalam lombong .

    ReplyDelete
  37. Maaf lari tajuk...apa hukumnya pergi haji dgn duit rakyat?pelik tp benar hutang keliling pinggang tp bolih sponsor pergi haji!

    ReplyDelete
  38. apabila menghalalkan yg haram menjadi fasik,,kalau pemimpin fasik pengikut pun dikelas yg sama,nak ke kehidupan begitu, tak nak tolak umno bn dalam lombong .

    ReplyDelete
  39. Nak jugak dengar suara pendapat dr. staf yg bekerja dengan 1MDB. Ramaike staf 1MDB kat Malaysia ni?

    ReplyDelete
  40. Payah sgt nak mengaku MO1, walhal sapa lagi dlm m'sia ni duduk hirarki teratas kalau bukan pm atau agung. Kena guna DNA untuk bukti sapa MO1 dgn ambil sampel darah riza dgn darah keluarga beliau kat sini......agak2 boleh kenal pasti MO1

    ReplyDelete
  41. Tidak tepat untuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membandingkan pilihan raya negeri Pulau Pinang dengan pilihan raya kecil didakwa digerakkan PKR tanpa berunding dengan sekutu parti pembangkang kata Fahmi Fadzil.

    Pengarah komunikasi PKR itu berkata pilihan raya negeri - jika diadakan - melibatkan 40 kerusi dalam DUN Pulau Pinang, serta memberi implikasi kepada lebih satu parti.

    Katanya ia berbeza dengan tiga pilihan raya kecil yang disebut Lim sebelum ini kerana memberi kesan langsung kepada PKR yang meletakkan calonnya.

    "PKR sentiasa menjadi rakan yang konsisten dalam gabungan politik sama ada ia adalah Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
  42. Siapa bijak sudah tahu yang najib sudah taichi masalah ni pada orang yang dinamakan. Sebenarnya nama najib sudah ada. Salah seorang yang dinamakan dalam kertas siasatan sudah memberikan namanya. Cuma DOJ sengaja tidak mahu nama itu keluar hingga ke hari perbicaraan. Kalau tahu undang-undang sivil, maka tahulah juga kenapa ada nama yang tidak boleh disebut sehingga perbicaraan. Tindakan jenayah akan menyusul !

    ReplyDelete
  43. Kepada macai2 pematuk dedak sekalian:

    Yang masih dok kata dalam laporan 136 pages DOJ "Malaysia Official 1" tu bukan mat najib, silalah bukak n baca artikel 263 mukasurat 73-74 laporan tu yg dah terang2 mengambik statement appandi kandasamy bulat2 merujuk kepada siapa orang misteri "Malaysian Official 1" ni (mamat yg dia personally handpicked lepas dia tendang melayang ghani patail), lepas tu TOLONG:

    1) DIAM
    2) GUNA OTAK DAN FIKIR (guna hak berfikir dahulu sebelum guna hak berbicara - ni lirik lagu ni)

    DAN

    3) LARI JAUH2 TAKUT2 TERSERET SAMA BILA MAT NAJIP DAH KE DALAM NANTI


    Sebenarnya masa mat najib buat statement yg menyatakan bahawa org2 yg disamarkan namanya oleh DOJ tu utk bersihkan namanya, dah sah dia xbaca habis (atau xbaca langsung pun sebenarnya - dah la ada lawyer pun xboleh harap punya kaki) report tu.

    Maka di sinilah "fardu kifayah" kita utk sebar dan terangkan apa isi perut report tu pd yg baca lg, sebab macai2 ni masih beranggapan bahawa org Malaysia xbaca pun report tu.

    *p/s: "Malaysian Official 1" disebut sebanyak 36 kali dalam report tu

    ReplyDelete