Saturday, 25 June 2016

TUN M AKAN KEMBALI DIJULANG JIKA NAJIB KALAH PRU 14


Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir sebenarnya tidak perlu lagi membuang masa dengan terus berharap Najib Razak dapat diundurkan sebelum PRU 14 dan kemudian UMNO boleh diselamatkan selepas pengundurannya.

Beberapa tindakan Najib kebelakangan ini jelas memperlihatkan beliau ingin terus berkuasa selama mana yang mampu dilakukannya. Setelah Jabatan Peguam Negara berada dalam genggamannya,  akta Majlis Keselamatan Negara diluluskan tanpa memperdulikan permintaan Majlis Raja-Raja agar ia diperhalusi, SPRM bakal dijinakkan kuasanya dan kini semua musuh-musuhnya dalam UMNO mula diketepikannya.

Sebelum Muhyiddin dan Mukhriz dipecat, beberapa pemimpin UMNO peringkat cawangan yang lantang mengkritik Najib sudah pun disingkirkan. Selepas ini mungkin giliran Shafie Afdal dan sesiapa juga yang berani membuka mulut mengkritiknya.

Tun Mahathir pula sedang ditekan satu demi satu dan ia dalam masa yang sama  merupakan isyarat untuk menimbulkan ketakutan kepada yang lain-lain yang cuba berlaga angin dengannya.

Dalam penstrukturan kabinet yang dijangka berlaku tidak lama lagi, turut diperbualkan secara hangat dalam UMNO ialah Najib dikhabarkan akan mengambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri daripada Zahid Hamidi untuk mengukuhkan lagi kuasa yang ada padanya.

Zahid yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri disebut-sebut bakal diberikan tugas sebagai Menteri Pertahanan, manakala Kementerian Kewangan yang kini dipegang Najib akan diserahkan kepada sepupunya, Hishammuddin Hussein.

Berbanding Kementerian Kewangan yang boleh mengawal projek-projek kerajaan sebagaimana dikuasainya sebelum ini, fasa seterusnya memperlihatkan Najib lebih memerlukan Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan hayat politiknya dapat dipertahankan  dengan lebih lama. Lagi pula, dengan isu 1MDB yang masih banyak tersangkut, Najib boleh melepaskan beban itu kepada Hishamuddin untuk menanganinya selepas ini.

Oleh itu, mengharapkan Najib dapat diundurkan atau mungkin berundur berikutan beberapa siasatan negara luar terhadap 1MDB, adalah tidak praktikal lagi. Najib juga tidak akan mengendahkan sebarang desakan melalui Deklarasi Rakyat kerana kuasa dedak yang dimilikinya sudah sampai ke tahap ulama pun dapat ditundukkanya.

Lagi pun, Najib tidaklah memiliki jiwa  murni seperti David Cameroon yang sanggup berundur hanya kerana rakyatnya memilih untuk keluar daripada Kesatuan Eropah, suatu pendirian yang berbeza dengan keinginannya.

Jika Najib ada jiwa murni, beliau sepatutnya sudah berundur selepas pilihanraya 2013 lagi kerana keputusannya jauh lebih buruk berbanding 2008, meskipun dengan peruntukan besar dan menjaja slogan "I Love PM" sepanjang masa. Undi popular menolak BN ketika itu ialah sebanyak 52 peratus berbanding menyokong sebanyak 47 peratus.

Penentang-penentang Najib harus menyedari PRU 14 adalah penentuan segala-galanya. Kekalahan BN bukan saja dapat menyingkirkan Najib, mereformasi institusi penting dalam negara, melihat kebenaran 1MDB dan wang RM2,600  mampu diserlahkan kepada umum, bahkan juga memulihkan semula UMNO.

Kekalahan BN yang akan memaksa Najib serta sebahagian pimpinannya sekarang berundur, secara tidak langsung akan membolehkan pimpinan baru mengambil alih UMNO. Najib yang menyebabkan kekalahan UMNO dan BN hilang kuasa tentu saja akan dihukum oleh sejarah dek kelakuan beliau, isteri dan keluarganya sebagai punca utama rakyat membuat penolakan.

Tun Mahathir pula akan dianggap sebagai hero dan bakal dijulang semula oleh rakyat, tidak saja kerana telah berjaya menyelamatkan negara daripada cengkaman kerakusan Najib, tetapi juga memberi ruang untuk UMNO dipulihkan dan berubah menjadi lebih baik.

Hilang kuasa selama sepenggal semata-mata untuk negara dan UMNO dapat dipulihkan adalah lebih baik daripada ia terus berkuasa dengan segala keburukan dah kebejatan yang diakibatkan oleh Najib. Jika berubah dengan lebih baik, UMNO pasti mampu bangun semula dengan bermulanya era persilih-gantian kuasa dalam negara yang pastinya memberi lebih kebaikan kepada rakyat jelata. (SH 25/06/2016).

24 comments:

  1. Najib dah terdesak sangat, kuasa Allah akan meranapkan perancangan orang zalim yg menganiaya rakyat dan rakus kuasa serta orang yg bersekongkol tak terkecuali parti yg memperjuangkan kesenangan ulama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok guru mursyid aku berkata bahawa masalah diri setengah ulamak2 pada hari ini ialah mereka cenderung dan berhajat kepada kebendaan yang di punyai ahli2 duniawi juga!

      Delete
  2. Tuan budin,
    Saya setuju sejak dari awal lagi yang umno dan BN wajib disingkirkan dan dijatuhkan untuk membebaskan negara dari sistem yang dah rosak dan semakin rosak, Tun M wajib melupakan hasrat untuk menjatuhkan pemimpin dan mempertahankan umno kerana kesemua pemimpin dalam umno sekarang sudah rosak ,lemah dan tak berguna untuk negara cuma berguna untuk najib dan keluarga mereka.

    Sekarang masanya Tun M dan lain lain pemimpin yang disingkirkan dari umno memulakan usaha lebih serius dan menyeluruh memberi kefahamam kepada seluruh rakyat tentang kenapa umno dan pemimpin sekarang wajib disingkirkan bukan setakat 1MDB malah semua skandal perlu didedahkan , biar tindakan diambil pihak najib kerana ini la perjuangan mesti ada risiko tampa risiko tiada perjuangan , dan perjuangan ini saya rasa lebih mulia dan jujur kerana ia berlandaskan kepada kenyataan yang kita menentang penyelewengan dan kemungkaran ,bukan perjuangan untuk menutup kesalahan kita atau aib kita dengan membuat fitnah menghasut rakyat . Seperti sebelum ini yang dibuat pihak tertentu.

    Justeru pihak Tun M dan yang disingkirkan harus bertindak segera jangan buang masa dengan berduka cita,akhirnya rakyat keseluruhan akan bersama sama perjuangan ini terutama jenerasi pertengahan dan muda apa yang dibuat itu terbukti benar ,percaya la sepanjang masa berlalu menjelang PRU 14 akan banyak isu skandal najib akan terdedah terutama yang datang dari luar negara apa eksploitasi la sebaik mungkin kerjasama dari pihak pembangkang dan NGO berkiatan amat perlu dan ini harus dibuat dengan teratur tampa banyak konflik insya Allah akan berjaya.

    ReplyDelete
  3. Tun M rasanya tak kisah samada dia dijulang atau dihina. Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya. Kiranya dia mati sekarang pun, mungkin dia mahu dikuburkan di Alorstar bukan di makam Pahlawan. Masa itu kita lihat, berapa ramai negarawan dunia yang akan datang. Adakah Najib dan kabinet dapornya terkeseng-keseng nak menumpang tuiii...........??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Mahathir seorang manusia biasa yang tetap akan meninggalkan dunia ini, tetapi saya doakan Tun dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik agar boleh terus memimpin golongan yang menentang penyamun negara.
      Mudah2an sang penyamun dan gengnya tak leh tumpang tui sbb depa dah bungkuih habih masa tu.

      Delete
    2. Hidup ayahanda Tun Mahathir!!!
      Kami tidak akan mengalah selagi hayat dikandung badan. Kami tetap berdiri teguh dibelakang ayahanda Tun.
      Benar Melayu mudah lupa tetapi tak semua Melayu hari ini yg mewarisi penyakit lupa itu lagi.
      Biarlah mereka di dua kawasan negeri Perak itu saja yg memilih umno/bn tetapi di kawasan lain di negeri lain akan terus menolak umno/bn yg ada pada hari ini.

      Delete
    3. teramat sedih dgn apa yg dilakukan Tun. Tun jgn lemah, ramai yg sedia diperintah utk berkhidmat dgn Tun, tak akan biarkan penghinaan terus dilakukan ke atas hero l
      kami

      Delete
  4. Pilihanraya ke 14 akan menyaksikan isu perkauman akan dimainkan semaunya. Melayu akan digertak dengan keistimewaan mereka akan terhakis dan Islam akan terabai. Manakala kaum cina DAP akan dijadikan sebab bagi segala keburukan yg terjadi di Malaysia. Usaha ini telah, sedang dan akan berlansung. Institusi agama, NGO Melayu, persatuan silat dan pertubuhan belia melayu yg pro BN akan diberi tugasan ini. Ini adalah hala tuju piliharaya ke 14. Setakat ini mereka telah berjaya berupaya memperdayakan PAS untuk mempercayai bahawa DAP, kaum cina dan sebahagian pemimpin pembankang adalah musuh kepada Islam. Elemen agama dan bangsa serta bantuan dan sedikit keistimewaan yg ditawarkan kepada beberapa pemimpin PAS seperti Hj Hadi dan Haron Din menjadikan alasan kukuh untuk mengeluarkan PAS dari pakatan pembangkang. Strateginya adalah untuk memisahkan undi melayu daripada PKR dan yg lebih utama mengelakkan undi melayu kepada DAP. BN sangat mengharapkan undi melayu sebagai survival mereka dan pembangkang yg bersatu padu adalah resepi kehancuran BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 15.40,
      Setuju dgn kenyataan anda kerana itu la akta NSC diluluskan dgn segera tujuan untuk persediaan sebelum dan selepas PRU 14, berkait dgn isu perkauman ketidak puasan rakyat dan lain lain isu yg di reka puak puak umno dan barua nya PAS yg semata mata mempertahankan kuasa kpd najib dan kuncu kuncunya,mereka dah mula dgn kafir harbi wal hal KM sarawak dan parti komponen BN pun tentang hudud PAS tp diletak juga baban tuduhan pd DAP dgn label kafir harbi, menjelang PRU 14 kalau BN dilihat tak boleh menang maka rusuhan akan dilakukan akta NSC dikuat kuasa tp mereka yg menang dgn hasut minda melayu dgn isu perkauman dan agama dgn dibantu PAS jadi sama sama mereka ini melindungi mungkar,ya allah,aku berdoa kepada laknat la kedua dua parti yg berselindung dgn nama agama mu dan perkauman jahat,kerana hendak melindungi pemimpin mungkar dan menjarah harta negara.AMINN.

      Delete
  5. Janganlah terlalu harap kepada PRU 14. Dengan perkembangan sekarang ini di mana institusi-institusi kerajaan dibuang taringnya, suara-suara bangkangan disepikan, tidak mustahil bukan asahaja pemilihan parti UMNO tetapi juga PRU 14 ditiadakan. Kalau PM kedua boleh menggantung Parliamen, mengapa anakny a tidak boleh? Kalau ulama boleh dicairkan keimanan mengapa tidak pihak berkuasa keamanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  6. Mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya terhadap mereka. Mungkin sumpah laknat Najib sudah berlaku keatas diri nya dan kemuncaknya bakal tiba.....pada kita kebetulan tapi pada Allah tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Syabas orang2 yang menegakkan kebenaran! Teruskan berjuang!

    ReplyDelete
  7. Najib tak akn kalah atau berundur hanya allah taala yg maha kuasa dpat mematikan manusia durjana ini.sejarah membuktikan pemimpin tamak dan gila kuasa akn kecundang juga.hitler,nicolae ceacescu,shah iran,marcos,gaddafi,saddam,suharto jadi apa??berdoalah kepada yg maha esa untuk menamatkan kuasa firaun badak dlm sekelip mata.sya yakin 100% dan meneruskan hidup utk melihat kehancuran gerombolan ini.amal maaruf nahi mungkar..amin.

    ReplyDelete
  8. Yg bodohnya org melayu dan umno yg tidak boleh memikirkan yg mana baik dan mana buruk yg ahli ulamak pun sama saja dapat dedak diam saja tak berani bersuara semofa Dap dapat memerintah negara ini lebih baik

    ReplyDelete
  9. Yg bodohnya org melayu dan umno yg tidak boleh memikirkan yg mana baik dan mana buruk yg ahli ulamak pun sama saja dapat dedak diam saja tak berani bersuara semofa Dap dapat memerintah negara ini lebih baik

    ReplyDelete
  10. Bijan kuat bukan Sbb bijan tapi sebab yg di blkg bijan iaitu mak Semah
    Harap maklum

    ReplyDelete
  11. Bn akan terus memerintah. Ekonomi negara mantap dengan gst dan harga minyak yg terus naik.
    Harga runcit petrol tidak bersubsidi
    maseh stabil dan murah.
    gaji sektor awam naik
    pencen terus naik 2% tiap tahun
    orang meniaga tetap untung
    tidak ade bisnis gulung tikar .
    pekerja masih ramai buat kerja susah .Orang boleh bust kerja senang dengan gaji tinggi. tidak ade orang mati kebulur. BN akan menang beso PRU14.
    Parti PH tidak.sepakat . ketua pemimpin mereka carca malba. sibuk dengan projek buat duit di selangor dan penang.
    kes 1mbd sudah basi . sabotage projek 1mdb bandar malaysia.
    kes gst kes mereka yg dungu pasal ekonomi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong pendapat kamu 20:27,para penjawat awam di suap dgn kenaikan gaji 2X Setahun akan membuatkan mereka senyum lebar hingga ke telinga,mereka ini lah pendukong setia nanti.

      Delete
  12. Bn akan terus memerintah. Ekonomi negara mantap dengan gst dan harga minyak yg terus naik.
    Harga runcit petrol tidak bersubsidi
    maseh stabil dan murah.
    gaji sektor awam naik
    pencen terus naik 2% tiap tahun
    orang meniaga tetap untung
    tidak ade bisnis gulung tikar .
    pekerja masih ramai buat kerja susah .Orang boleh bust kerja senang dengan gaji tinggi. tidak ade orang mati kebulur. BN akan menang beso PRU14.
    Parti PH tidak.sepakat . ketua pemimpin mereka carca malba. sibuk dengan projek buat duit di selangor dan penang.
    kes 1mbd sudah basi . sabotage projek 1mdb bandar malaysia.
    kes gst kes mereka yg dungu pasal ekonomi.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. Situasi skrg perlu kalahkan umno dlm pru. Klu jibby xde pun, jika tampuk pemerintahan dpt kat hisham, zahid or kj pun hancur gak malaysia. Kita wajib lebih sayangkan negara dari mana-mana parti. Pemimpin pemuda yg hampeh2 tu pun patut ditamatkan juga riwayat politik mereka terlebih dulu

    ReplyDelete
  15. Dugaan utk pejuang sejati..stlh apa yg menimpa Tun dan rakan seperjuangan yg lain sedikit memberi kesan pd penyokong 'gerakan undur najib'..
    MT umno bijak mengatur muslihat membuat keputusan dgn memecat muhyiddin dan mukhriz didlm bulan Ramadan yg mulia ini..rakyat khususnya umat islam lebih menumpukan amal ibadat,jd kemarahan rakyat dpt dikawal atas sebab menghormati Ramadan..
    Kpd MT umno,terima kasih atas jasa baik tuan2 dan puan2..hari ini anda telah membuktikan bahawasanya didalam diri anda bknlah pejuang Melayu sejati..anda semua adalah gunting dlm lipatan,duri dlm daging dan api dlm sekam..anda membunuh perjuangan pejuang terdahulu..rencana dan wawasan anda amat tidak menepati perlembagaan..anda menjadikan rakyat sbg boneka yg boleh diperalatkan,memainkan isu perkauman dgn keterlaluan..wacana pemikiran anda semua langsung tidak membina..anda menggalakkan ketegangan didalam negara,tekanan kpd rakyat dan membunuh jiwa orang Melayu..
    Selamat berjuang wahai MT umno sekelian..terima kasih atas perpecahan orang Melayu..

    ReplyDelete
  16. Diharap DSN tetap utuh walau ditekan. Inilah pemimpin berjiwa sejati daripada Tun M dan kuncu-kuncunya. DSN tidak mahu berundur jelas menunjukkan beliau berada pada jalan yang benar. Tidak perlulah mengaku salah. Syabas DSN. Tun M dan kuncu-kuncunya sudah tiba masanya menghadap kitab. Bukannya mengejar pangkat dunia..

    ReplyDelete
  17. Teruskan usaha ,doa sentiasa mengiringi Tun dan Mukhriz dan Muyiddin serta lain lain ....undur Najib.

    ReplyDelete