Saturday, 11 June 2016

NAJIB SENDIRI TURUN PADANG DALAM PRK, APAKAH ZAHID HAMIDI TIDAK BERFUNGSI?


Sebenarnya bukanlah amalan biasa bagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk turun berkempen dalam mana-mana pilihanraya kecil. Lazimnya tugas itu diterajui sepenuhnya oleh Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Ketika era Tun Mahathir Mohamad, semua pilihanraya kecil dipertanggungjawabkan kepada timbalannya. Ketika Tun Abdullah Badawi, Najiblah yang bertungkus lumus bergelumang dalam semua pilihanraya kecil.

Malah ketika Najib mempunyai timbalan yang bernama Muhyiddin Yassin, kelaziman dan kebiasaan memberi mandat kepada orang nombor dua itu sentiasa diamalkan.

Jika kita masih ingat juga, dalam beberapa pilihanraya kecil sejak 2009 lalu di mana Najib bertimbalankan Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatan itulah yang turun padang siang malam, pagi petang dan macam berkampung di lapangan bertemu pengundi serta mengumumkan pelbagai peruntukan pembangunan di semua kawasan yang diadakan pilihanraya.

Tetapi kelaziman dan kebiasaan itu nampaknya sudah tidak dipakai lagi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini. 

Najib sendiri mengambil keputusan turun padang di kedua-dua kawasan pilihanraya kecil itu untuk bertemu pengundi, turun ke bazar Ramadan, mengumumkan macam-macam projek pembangunan dan janji-janji yang lain.

Jika ketika Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, mengumumkan pembinaan Jambatan Manong, naik taraf universiti, bantuan kepada kaum India dan sebagainya, itu adalah antara peranan yang sepatutnya dilakukan oleh Zahid Hamidi, bukannya Najib.

Kenapa ini berlaku, adakah Najib tidak meyakini kemampuan Zahid Hamidi?

Mengapa tidak diberi peluang sepenuhnya kepada Zahid Hamidi menunjukkan bakat ketrampilannya, tambahan lagi ini adalah pilihanraya kecil pertama sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO?

Mungkinkah sebagaimana yang ditanggapi banyak pihak bahawa pilihanraya ini ialah untuk menghantar mesej penolakan terhadap Najib, maka membuatkan Perdana Menteri sendiri turun padang dan berusaha sehabis baik yang mungkin bagi mengelakkan kekalahan BN benar-benar menjadi kenyataan?

Adakah turunnya Najib di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menunjukkan beliau sedang cemas?

Dalam hal ini, adakah Najib merasakan Zahid Hamidi tidak begitu berfungsi atau kelihatan tak bersungguh hati untuk memastikan kemenangan BN di kedua-dua kawasan tersebut?

Di sudut yang lain, tidak mustahil kesediaan Najib sendiri turun padang  juga ialah kerana telah diyakinkan oleh Noh Omar dan Zambry Abd Kadir bahawa BN mampu boleh di kedua-dua kawasan tersebut.

Ini bermakna sekiranya kemenangan benar-benar menjadi kenyataan nanti, "mileage"  kemenangan itu awal-awal lagi sudah ditempah Najib sebagai miliknya dan bukan disebabkan sesiapa yang lain, termasuk Zahid Hamidi.

Sama ada kehadiran Najib berkempen itu menandakan BN sedang cemas atau isyarat nyata sebuah kemenangan hampir pasti dalam genggaman, ia sebaliknya adalah petanda awal yang tidak baik bagi Zahid Hamidi.

Kecuali jika BN kalah di Sungai Besar atau Kuala Kangsar atau di kedua-duanya, Zahid Hamidi lebih mungkin menjadi seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang dikecundangkan di hujung pendakian mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri. (SH 11/06/2016).

18 comments:

  1. Najib turun sbb spt ade riak2 gelombang penolakan besar2 an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa cerita tabur dedak melalui adik Najib si CEO CIMB tu.. banyak sangat kesalahan BN dan Najib.

      Sesungguhnya sesuatu kesalahan atau kebejatan lama itu boleh ditutup dgn kesalahan dan kebejatan yg baru. InsyaAllah hidup kita akan BERJAYA. Ala BN sajalah. Jahat, haprak macam mana pun, jika dia UMNO atau BN, lama kelamaan, rakyat yg panas hati membuak2 pun, akan jadi sejuk.

      Kita lihat kes 1mdb ni, dah makin sejuk dan kendur dah. Dulu Altantoya.. jajalah kehulu kehilir..siang malam.. sampai penat dan benci pulak nak sebut Altantuya punya nama.. kendian benggali karpet.. skrg 1mdb.. rakyat mcm anak ayam ikut ibu ja.. pernah tgk tak bebudak kampung bermain bola.. mcm ayam dpt makanan, kerumun saja makanan.. tanpa apa2 strategi utk menang.. kita pun samalah dgn budak2 main bola kat padang kampung..

      InsyaAllah, kita sama2 amalkan.. yg jahat akan dapat ditutup dgn kejahatan yg baru.. asalkan jadi ahli BN..

      Delete
  2. Budin,
    Saya rasa mungkin kali ini Najib sendiri nak lakukan acara tabur dedak secara terang terangan kepada sesiapa yang lapar dedak didua kawasan ini kut.Sehari lepas beliau beritahu semua Ajk mesjid dikawasan sg .besar boleh jumpa dia untuk bantuan lepas undi ,kemudian beri pula dedak kepada pekebun kecil dengan kenyataan mesti undi BN.

    Taktik lama tapi cara berubah PM sendiri kasi tabur takut TPM tabur tak sampai.Harap sangat la orang melayu faham sebenar kalau ia pun pemberian dibuat memmang patut pun kerana tugas kerajaan wajib bantu rakyat ,jangan la dengan mudah ingat yang apa saja bantuan itu datang dan diberi kerana wang dari perti BN silap tu.

    Di Penang tempat saya kerajaan yang dikatakan kapir pun setiap tahun tabur dedak macam najib dengan beri elaun pada warga mas dan sebagainya ada juga beri elaun tambahan kepada guru guru agama(kafa) ada juga bantu pembinaan mesjid dan surau ,jadi tak akan lah bodohnya saya nak kata itu bantuan parti DAP ,salah tu ,itu bantuan kerajaan dan menjadi kewajipan sebagai kerajaan membantu.

    Tapi macam mana sekali pun dedak ditabur menurut ajaran islam yang syumul ,pemimpin yang tak berAMANAH dan pemimpin mungkar dunia akhirat dan pemimpin yang hidup keluarganya boros duit rakyat wajib disingkir kita sebagai rakyat wajib memperbetulkan tuntutan agama iaitu kerajaan wajib berlandaskan kepada tuntutan syariat iaitu wajib AMANAH ,berlaku ADIL dan mengutamakan KEBAJIKAN rakyat sebelum menjalankan lain lain syariat termasuk hukum hudud faham ini maka baru la ujudnya kepimpinan islam sebenar(saya tak sebut negara islam sebab tidak ada dalam alquran)seperti mana dituntut dalam alquran.

    ReplyDelete
  3. Undi saya & 7 klrga TETAP bukn utk umno/BN. Sorry lah tidak mampu nk jawab kemudian hari, mengapa maseh menyokong parti & pemimpin yg korup, suka menipu,suka creat gaduh/ rasis.ckp tk serupa bikin, mewah klrga terlampau2 dgn duit rakyat pulak tu...mcm2 lagi.

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan menyesal bro. Kalu undi BN mike dapat tambahan dedak. Fikir masa sekarang jangan fikir masa depan. Mike tumpo yeop kalu undi PAN. Dedak diutamakan, bangsa di kebelakangkan.

      Delete
  4. Undi saya & 7 klrga TETAP bukn utk umno/BN. Sorry lah tidak mampu nk jawab kemudian hari, mengapa maseh menyokong parti & pemimpin yg korup, suka menipu,suka creat gaduh/ rasis.ckp tk serupa bikin, mewah klrga terlampau2 dgn duit rakyat pulak tu...mcm2 lagi.

    .

    ReplyDelete
  5. ini menunjukkan semangat berpasukan yang cuba dipamerkan najib untuk menggerakkan sebuah pasukan untuk mencapai kemenangan.. lagipun zahid baru kehilangan menantu kesayangannya dan adalah penting untuk beliau meluangkan masa kepada anak beliau..terima kasih kepada najib sanggup bekerja dengan rakyat dan beliau sentiasa berada di sisi rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat berpasukan dalam merompak harta negara.

      Delete
    2. Satu lagi pemakan dedak yg tegar.....dakwah lah seba,nyak mana...dedak jugak idaman hati.

      Delete
    3. Satu lagi pemakan dedak yg tegar.....dakwah lah seba,nyak mana...dedak jugak idaman hati.

      Delete



  6. Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber AMANAH
    AMANAH yg Teguh...Ber Sinar Ber CAHAYA
    CAHAYA Menyuloh...PenCURI = Perasuah
    Menyuloh Onar...Pem FITNAH Pendusta
    Menyuloh Menerangi...PUNCA Masaalah
    Yg Men CURI Mem FITNAH...Itulah PUNCA Nya!


    Men CURI Itu...Luas TAFSIRAN Nya
    Harta yg Di Ambil...Tanpa Kerelaan
    Harta Yg Di Songlap = TIRIS Di Sengaja
    Projek Di Mark-UP...Rakyat Di Bebankan
    Tender Ter TUTUP = Rakyat BUTA Tak Tau APA
    HUTANG Di Timbun...Rakyat Jadi HAMBA
    Beratus2 Biliyun...Di PAKSA Membayarnya
    RAKYAT Di Timpa...BALA Derita


    Ber ZINA Itu Pun...Men CURI Juga
    Men CURI 'HAQ'...Ke LUHURAN Yg'ESA
    Men CURI Maruah...Individu dan KELUARGA
    Men CURI Susila...FITNAH pun Ber Leluasa




    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Jgn lah Sesekali...Jadi Pen CURI
    Pen CURI Itu...Di Murkai TUHAN
    Jd lah Pengaseh...Yg Kaseh Mem-BERI
    Yg Kaseh Mem-BERI...Cinta dan HARAPAN
    Yg Kaseh Mem-BERI...Sumbangan dan BAKTI
    Yg Kaseh Mem-BERI...TAK Mintak Di Puji
    Semoga Sahabat2...Di LIMPAHI Nikmat-NYA dan DiRahmati







    ReplyDelete
  7. Dia kena turun pasal Rafizi dah buat onar..cover line..

    ReplyDelete
  8. jibo turun padang kasi dedak kepada pengundi. mulanya rm500 untuk kakitangan awam, kemudian rm500 untuk pekebun kecil, jadi bapa sekolah tamil, untuk kasi lebih lagi, dan akhir, kasi jambatan manong. tpm tak boleh kasi dedak. tpm hanya boleh kasi bunyi tin kosong ajer.

    ReplyDelete
  9. kunci peti duit semua najin pegang..kalau orang lain umum..tak lar nampak kemurahan hati..taklar nampak nnt kunun dia yang perihatin dengan nasib rakyat....sebab tunggu dia datang baru nak declare semua...

    ReplyDelete
  10. Salam ramadan,

    PM Najib org Sarawak dah berbunyi tu,harap segala janji ditunaikan.Jangan nanti org KK dan Sg B pula berbunyi lepas PRK.

    Kpd. yg akan mengundi,selalunya org yg pernah ada rekod "berbohong" kalau tak banyak sedikit pun dia akan cuba bohong.

    Cuba kita selidiki betul-betul adakah PM2 yg lepas pernah berbohong.

    ReplyDelete
  11. Salam ramadan,

    PM Najib org Sarawak dah berbunyi tu,harap segala janji ditunaikan.Jangan nanti org KK dan Sg B pula berbunyi lepas PRK.

    Kpd. yg akan mengundi,selalunya org yg pernah ada rekod "berbohong" kalau tak banyak sedikit pun dia akan cuba bohong.

    Cuba kita selidiki betul-betul adakah PM2 yg lepas pernah berbohong.

    ReplyDelete
  12. Si Pembohong dan Pencuri nak turun Padang tak ape lah turun lah tak ada sesiapa yang melarangnya tapi untuk tipu hati rakyat jangan harap lah kami sokong,, Perdana menteri paling haprak..!!

    ReplyDelete
  13. UMNO 2PRK ni dah pecah kepada 3 kem. Satu juak yang sokong PAS berbaik dgn UMNO. Satu langsung menolak termasuklah kem dari MCA dan MIC. Group ketiga adalah group Zahid Hamidi yang dari awal sabotage utk pastikan Najib kalah. Sebab bila Najib kalah, peluang besar untuk bos mereka jatuhkan Najib. Sbb tu mereka tak ambik bahagian dan just wait pada PRK ini.

    ReplyDelete