Sunday, 26 June 2016

MUHYIDDIN, MUKHRIZ PALING TIDAK BERPOTENSI TUMBANGKAN BN DI JOHOR DAN KEDAH


Sebaik dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir sudah hilang peluang untuk menjatuhkan Najib Razak melalui saluran dalaman parti itu. Permusuhan mereka juga tidak lagi bersifat terhadap batang tubuh Perdana Menteri sahaja.

Muhyiddin dan Mukhriz kini sudah menjadi musuh kepada UMNO. Melalui pemecatan yang dilakukannya, Najib telah memindahkan permusuhan kedua-dua pemimpin itu terhadapnya kerana membangkitkan kecurangannya berkaitan 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya, kepada parti untuk menanggungnya.

Sesuai dengan itu, Muhyiddin dan Mukhriz harus juga mengambil sikap bermusuh dengan UMNO mulai sekarang. Adalah tidak jantan jika dalam keadaan UMNO sudah mengambil sikap bermusuh, mereka sebaliknya masih lagi bernada syahdu kepada UMNO. Harus diletakkan titik noktah dalam hal ini.

Mereka kini mesti menjadikan PRU 14 sebagai detik perhitungan dengan Najib, kecuali kalau ingin bersara dan reda dengan segala keburukan Najib selama ini. Tetapi jika itu pilihannya, Muhyiddin dan Mukhriz tidak lagi dianggap pejuang, malah akan dibenci dan dikecam.

Ada dua langkah yang boleh dilakukan sekiranya Muhyiddin dan Mukhriz ingin terus berjuang dan berlawan dengan UMNO dan Najib yang kini dimusuhinya.

Pertama, ia boleh dilakukan dengan salah seorang daripadanya sedia menentang Najib di Parlimen Pekan dalam pilihanraya akan datang. Tumbang Najib di Pekan, tergoleklah jawatan Perdana Menteri yang disandangnya meskipun jika sekiranya BN masih menang dalam pilihanraya nanti.

Namun, persaingan itu amat berat dan hampir mustahil untuk mencapai kejayaan. Dengan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri serta kuasa dan wang yang dimilikinya, tentu saja banyak dedak yang mampu ditaburkan untuk memastikan kemenangan kekal dalam genggamannya.

Kedua dan ini langkah paling praktikal, iaitu segera mewujudkan persefahaman dengan Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Tempoh dua tahun sebelum pilihanraya akan datang lebih daripada mencukupi untuk tujuan itu.

Bersama Tun Mahathir Mohamad yang sudah ditarik banyak keistimewaannya kerana mengkritik dan ingin menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman Najib yang nyata merosakkan, kehadiran Muhyiddin dan Mukhriz sebenarnya mampu membawa impak besar dalam melonjak serta mengalihkan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan.

Dengan berjuangnya Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz bersama Pakatan Harapan, ia bukan saja mampu memberi lebih harapan untuk mengalahkan BN dan menjadikan Najib kehilangan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya serta Rosmah tidak lagi glamour dengan gelaran First Ladynya, paling tidak yang boleh berlaku ialah menjadikan Johor dan Kedah beralih tangan kepimpinan.

Dengan pengalaman pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor, Muhyiddin sebenarnya mampu membuatkan BN hilang kuasanya di negeri itu. Pengaruhnya di Johor masih lagi berbekas dan dikenang oleh ramai orang.

Begitu juga dengan Mukhriz yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah, pengaruhnya bersama Pakatan Harapan lebih memungkinkan negeri tersebut jatuh kembali ke tangan pembangkang. Jika dalam PRU 2013, kehadirannya menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat, Mukhriz kini boleh melakukan peralihan kuasa sekali lagi di negeri itu.

Walaupun menumbangkan BN dan menjatuhkan Najib tetap sebagai keutamaan, sekurang-kurangnya dengan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz mampu menyebabkan BN di Johor dan Kedah  kehilangan kuasa,  adalah juga suatu kebanggaan besar bagi Pakatan Harapan.

Akhirnya, jika pun BN menang lagi dan Najib terus kekal (mudah-mudahan tidak) sebagai Perdana Menteri, tetapi dengan semua negeri-negeri kaya seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor berada dalam tangan Pakatan Harapan, kerajaan Pusat pimpinannya akan menjadi tidak bermaya masa demi masa kemudiannya. (SH 26/06/2016)

31 comments:

  1. Sdr budin,
    Tiada jln yang menarik kecuali bersama pakatan harapan,kalau tubuh parti baru pun cuma impak tidak besar hanya sebagai pengacau,pemecatan muhyidin dan muhkriz jelas atas dasar zalim utk menutup mulut,hanya mempersoalkan perkara penyelewengan dan kebathilan terus kena pecat,bukan kerana ada kes jenayah atau rasuah salah guna kuasa mcm Anuar.perkara pemecatan secara zalim ini boleh dieksploitasi disamping dedahkan lagi skandal najib dan keburukan pemimpin pemimpin umno,jgn tunggu mula sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DARIPADA TUBUH PARTI BARU - LEBIH BAIK GERAKKAN RAKYAT SIGN DEKLARASI RAKYAT DAN GERAKKAN AGAR CAW2 ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR UNDI TAK PERCAYA KPD DS NAJIB - UMNO HAK KITA KENAPA NAK TUBUH PARTI BARU - SELAMATKAN UMNO DRIP DI HIJACK OLEH DS NAJIB!

      Delete
    2. Ingat sama parti PIS yg sedang enak memamah dedak. Undi kacau daun drpd parti PIS mmg cukup lumayan.

      Rakyat dgn agama mmg senang sangat diperbodohkan. Sebut api neraka, sebut akhirat, sebut ulamak, jual agama = checkmate la. Melayu ni, ini ja pantangnya.

      Pantang Melayu ialah menjadi cerdik dan pandai. Kene jadi bodoh selamanya.

      Delete
  2. Sokong Budin. Perosak itu perlu dinyahkan. Perlu ada pakatan politik untuk kembali meletakkan negara di landasannya. Negara kita tergelincir dengan tindak tanduk Najib.

    ReplyDelete
  3. Kalau jibbiniros main kotor dlm PRU, kita pun main kotor juga mcm mana? Berhabisan untuk satu Parlimen saja......

    ReplyDelete
  4. Kalau jibbiniros main kotor dlm PRU, kita pun main kotor juga mcm mana? Berhabisan untuk satu Parlimen saja......

    ReplyDelete
  5. Kalau umno kalah dalam PRU14 nanti....najib akan dikenali sebagai Bapa Pemusnah Umno.

    ReplyDelete
  6. Bermimpi la kamu. Taukeh dah tiada punca ke budin?

    ReplyDelete
  7. Muhyidin nak berjuang.? Tolong...Aku nak pengsan. Asyik meratap menangis ke kerja beliau. Baik balik rumah main dengan cucu. Sekali Najib batuk, terus terkencing. Melayu Jawa lagi teruk dari Melayu Bugis. Baik Melayu Cheruk Tok Kun. Sanggup masuk prnjara demi perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat!TS Mahyuddin masa ni lah nak tunjuk tokoh perjuanagan beliau. Kalau setakat betcakap & menulis selamat tinggal umno..saya pun boleh!
      Jadi la lelaki sebenar dlm prrjuangan!


      Wassalam
      # wanita/ibu tinggal yg berjuang utk hidup demi sesuap nasi utk keluarga.

      Delete
  8. Masaalah sekarang ialah PAS..... sebagai pembawa tangki oksigen...

    ReplyDelete
  9. DR n pkr/harapan wajib mula menggempur (blitzkrieg) kawasan parliament Pekan sekarang.

    saya tlh berkali kali menyatakan bahawa selaku anak kelahiran Pekan, saya bersedia membantu.

    penduduk Pekan(tinjauan saya) sudah mula menyampah dgn ds rosmah n lebih rela mengenyahkan nya drpd persada politik Tanah air.

    utk ini menjadi kenyataan maka ds najib perlu lah d jadi mangsa 'collateral damage'.

    inilah saja setakat ini tindakan yg mungkin dpt menyelamatkan Tanah air.
    kalu perlu melawan 'money wth money, so b it!!'

    ReplyDelete
  10. letak jawatan ahli parlimen , biar pilihanraya kecil parlimen di johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada dah prk sbb nak dekat pru14

      Delete
  11. akan adakah lagi pru jika semau maklumat yang diteriam oleh puak matjib menunjukkan
    amno bn akan runtuh???

    ini jugak satu persoalang

    ReplyDelete
  12. Korang yg emosional yg gelojoh nak kalahkan Najib tapi tak rancang betul betul.
    Gelojoh korang bawa padah kpd rakyat biasa yg dah menanti lama umno ditukar seluruh kepimpinannya. Atau melayu mendapat parti atau kerajaan melayu yg baru.

    Malangnya kegelojohan kamu budin dan yg lainnya bawa masalah kpd perjuangan yg mulia.

    Kamu asyik nak bawa DAP. DAP kena dijauhkan dr usaha kita ini.

    PAS dan NGO NGO melayu byk yg bencikan Najib. Kemudian tubuhkan atau ajak parti cina yg baru selain DAP. Mesti ada formula baru tanpa DAP.
    Melayu tetap akan menolak komunis DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello bro...nak babitkan PAS??? semua hancur binasa...dah makan dedak dacing senget...boleh lihat tindak tanduk PIS akhir-akhir ini...

      Tang mana DAP Komunis??? kemukakan bukti...setakat cakap tanpa bukti dah jadi fitnah....kepimpinan melalui teladan....macam tuang presideng PIS...fitnah pil kuda...

      Delete
    2. Setuju,dap parti cina chauvinis.Semua orang nampak tapi pura2 tak nampak disebabkan semangat sempit kepartian.Bila sokong semuanya bagus.Bila tak sokong semua hentam.Rasionallah sikit dlm politik.Terima kenyataan.

      Kerana bencikan cina dap yg chauvinis dan rasislah sokongan Melayu terutama luar bandar kembali semula kepada umno bn.Tak percaya sudah.Kaji sendiri jangan syok sendiri.

      Kenapa pas keluar drp PR?Bukankah sebab kebiadapan dap juga.Tak mengaku jugak.Lantak koranglah.Selama2lah korang jadi pembangkang picisan yg digelakkan saja oleh ahjibgor.Ahjib jugak yg untung.

      Delete
  13. TSMY bersama DSMM wajar tubuh parti baru dan TDMM adalah penasihat parti tersebut. Mereka punya hiraki tersendiri dan kurang sesuai menyertai parti pembangkang sedia ada. Kemudiannya perlu bergabung dalam PH bagi menumpaskan Umno-BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat dah banyak bagi pendapat. Terpulanglah kpd muhyiddin dan mukriz untuk merencanakan sesuatu.
      Tun Mahathir yg kita amat sayangi akan tetap membantu.
      Kalau muhyiddin dan mukriz masih tak tahu nak buat apa dan lambat bertindak untuk menentukan hala tuju maka kepercayaan rakyat terhadap mereka pasti akan luntur.
      Shafie Apdal yg digantung keahliannya mustahil tak reti lagi nak berfikir melainkan dia masih ingin nasibnya ditentukan oleh najib.
      Jangan jadi budak manja shafie oiiii!!! Awak tu jantan.
      PRU 14 dah tak lama lagi.
      Cepat cepatlah susun barisan perjuangan dan perkuatkan jentera serta tentukan hala tuju.Yg dok pi layan najib tu nak buat apa?
      Bengong.

      Delete
  14. Dr taun lepas kita dah habaq dah, muyidin mesti kuar UMNO sbb lambat laun dia mesti kena tendang punya. Tapi byk org gelak. Hahahaha.
    Muyidin ni lembab dan samdol, kunun2x ala sopan santun style zapin Johor. Dengan UMNo dipenuhi pemimpin bodoh piangnya, perangai yahudinya, perangai nasraninya, perangai liberalnya dan mcm3 jenis bangsa lah, kita habaq dah suh dia cpt2 gabung dengan NGO melayu dan islam, tapi nak wat camner. Dia punya bacaan lain, kitorg punya bacaan lain + naluri hati semulajadi, dia mana nak pakai.
    Kalo gerakan baru ini dulu tangkas bergerak ke akar umbi, meraih sokongan skit2x lama2x jadik bukit, nescaya 2 PRK lepas bley test market, cari mana kurang mana lebih.
    Dengan masa semakin suntuk PRU14, aq agak2x timbang kati, sudah terlwat lah langkah gemelai dia ni. Tapi boleh cuba, mana tau bulan jatuh ke riba. Tapi bukan time nk berhiba2 mengadu2x dngn rakyat UMNO zalim la pecat dia bla bla bla, tapi mesti menyeru semua kakak abg ayah ibu datuk nenek di kg2x di desa2x di bandar2x bersatupadu menyahut cabaran parti baru dengan perubahan baru (kalau peel mcm UMNO, bungkuslah, nanti org kata paku dulang paku serpih, 2x5 jer perangainya). Pandai2x ko la nk ngayat camner. Tapi kena kencang la ckp dan pencak langkah! Hehehehe.
    Tapi, hmm, najib pun pandai. Sebelum parti baru korang nk cuba2x garang, dia pun kasik pangkah buat PRU, x sempat ko nak jelajah ceruk kg. Hahahaha. Check mate.
    Tapi aq lebih kuat merasakan, no PRU 14. Naper ek?
    Hati2xlah, nasib untung kita belum tentu selamat. Dijangkakan wilayah nusantara ini akan digodak. Belum tentu jiran kawan kita yang berseban berjanggut yg senyum ari2x kat kita adalah jiran dan kawan sejati kita, silap2x hari bulan kena kapak la ko.
    Dengan cabaran KPN kepada ISIS, jika berani dtglah Malaysia, aku cuak dah, mungkin bacaan aku betul. Dengan pergolakan agama (yang dicpta/drncg ilumuniati) barangkali, akan memanciskan WWW3 bermula dari belah sini sampai bawak ke timur tengah. Indonesia mungkin tempt terbaik utk mencetuskn peperangan yg dirncg, maka dengan sndirinya akan memudaratkan Malaysia sekali. Selatan Thai lagi panas main combat2x ngan askar telend.
    Disamping itu jgn lupa, Laut cina selatan pun dah bawak angin panas2x. Tunggu timing jer.
    Well, semoga ALLAH masih memberi kita rahmat dan kasihNya. Jika ditadirkan ini terjadik, ada hikmahnya. Cari sendri nanti kalau umur korang panjang. Hehehe….. Ada sebab beb!
    Berkaitan PAN, aku sumpah cakap, bungkuslah. Mana ada melayu ex UMNo dan atas pagar nak percaya bulat2x kat mat sembap tu. Parti jajaan cecehan dan kurap kudis belaan DAP jer. Tak boleh makan UNDI melayu secara total. Bawaklah imej berserban ker imej ala ala islam syumul ker hadahri ke, takder orang nak percaya pun! (hehehe, buka tkder lgsung, tapi well, tetap bukan pilihan majority org Melayu yang sedang bz memikirkan nak pangkah sapa selain UMNO), PAS dah dijinakkan, jadik orang melayu yg kunun2x nya nak pangkah PAS la nanti, skrg mati kutu. Pandai Najib cek mate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN memang belaan dap.Hek eleh mat sabu je pun presidennya.Melayu bandar mungkin boleh pejam mata pangkah parti oren ni sebab benci umno tapi orang agama,orang kampung tak siyor kata orang perak.

      Parti majoriti pilihan Melayu tetap umno dan pas sama ada korang suka atau tidak.Sekarang najib dah pegang kedua2nya.Sebab tu najib rilek aje,tak takut apa,pru14 dalam genggaman dia.

      Bersekongkol dengan dap adalah seperti menanggung biawak hidup.Yg paling berjaya dan untung tetap dap,manakala parti2 yg dianggap parti Melayu spt pkr,pas(sbl keluar) merudum dengan teruk.Pakatan pembangkang tetap akan dimonopoli oleh bukan Melayu.Melayu bandar mungkin tak kisah tapi Melayu kampung sangat2 kisah dan peduli.

      Hanya ada satu cara.Singkirkan dap.Tubuh sekutu baru yg lebih berasaskan Melayu dan Islam sebagai tunjang(tak semestinya dinamakan parti Melayu atau Islam).Gabungan yg aku boleh fikirkan adalah GKCM dari umno,ngo2 Melayu dan Islam dan juga parti pas sendiri.

      Tun M dan kumpulannya harus dekati tuan ibrahim tuan man supaya dapat pujuk hj hadi dan harun din untuk menjauhkan diri dari najib.Tun M kena buang ego dengan pas.Nak dapat pengaruh Melayu sama ada melalui umno atau melalui pas saja bukan parti2 lain dan BUKAN dengan lim kit siang dap!

      Ini kesilapan besar tun M.Memang lks dap dan tun m mempunyai musuh yg sama iaitu najib tapi tak perlu ditunjuk sangat yg tun dan lks berganding bahu sangat spt dlm deklarasi rakyat.Kehadiran dap menghancurkan reputasi tun m dikalangan orang Melayu.

      Nak memang total PRU14 adalah hampir mustahil sekiranya semua pihak yg 'bertentangan' mahu dimasukkan sekali dalam satu bakul seperti apa yg Pakatan Rakyat/Harapan lakukan.Kononnya mahu meraih undi semua kaum dan semua pihak.Akhirnya cuma dapat sokongan solid dari satu kaum manakala kaum majoriti menjauhkan diri.Yang dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.

      Sekarang apa yg perlu dilakukan adalah fokus.Fokus sokongan daripada kaum terbesar iaitu orang2 Melayu.Kumpulkan kekuatan pas yg sedia ada sebagai parti kedua terbesar Melayu,ngo2 Melayu dan kekuatan tokoh2 seperti tun m terutamanya bersama org2 umno yg anti najib.

      Pakatan Melayu Islam baru adalah sebagai alternatif kepada umno yg korup dan licik.Bila umno kalah automatik BN akan hancur.Pakatan Melayu Islam baru akan ambil alih kepimpinan negara.Sokongan dari parti2 bukan Melayu akan datang secara sendiri.Ketika itu barulah dibentuk gabungan dengan parti2 bukan Melayu yg lain untuk memperkukuhkan pemerintahan.

      Delete
  15. Pru 14 ini dedak kelas A yg lebih berkhasiat diberi. Mesti lahap org kg dan kurang cerdik memakannya.
    Kalah lg PR gamaknya.
    Import dedak negara utk ternakan biru dan hijau semakin meningkat.
    Syukur Malaysia aman Dedak pun banyak

    ReplyDelete
  16. Ahli umno dan majoriti melayu ramai yang meluat dengan karenah pemimpin bn namun tiada pilihan. ada baiknya muhyiddin tubuh parti baru kemudian bergabung dengan semua parti pembangkang dalam menjatuhkan bn dlm pru14.. Namun yang tak kenyang kenyang adalah pemimpin ngos yang sentiasa laparkan dedak najib..

    ReplyDelete
  17. PRK sungai besar dan kuala kangsar batang hidung Muhyiddin dan Mukhriz pun tak nampak langsung sepatutnya back up sikit Tun Mahathir dan pakatan baru lah seru sikit....!!!!

    ReplyDelete
  18. Pemimpin umno ni bijak semua....bijak bersandiwara bila nak jaga kepentingan masing2.
    Yang bodoh nya org melayu. Bila pemimpin dah terdesak mula lah isu2 menakutkan orang melayu keluar.....konon nya kedudukan orang melayu terancam.
    Lepas itu ancaman tersebut di hiasi pula dengan wang dan pemberian itu dan ini.
    Bukan org melayu sahaja....parti yang kuat memperjuangkan islam pun terpesona dan terpukau dengan kelicikan pemimpin umno.....memang hebat depa ini bermain silap mata.
    Kalau kebijaksanaan tersebut di gunakan untuk usaha membangun negara....munkin singapura pun cemburu dengan kejayaan malaysia.
    Cakap panjang pun tak guna....melayu mudah terpedaya dan mudah lupa.

    ReplyDelete
  19. Pemimpin umno ni bijak semua....bijak bersandiwara bila nak jaga kepentingan masing2.
    Yang bodoh nya org melayu. Bila pemimpin dah terdesak mula lah isu2 menakutkan orang melayu keluar.....konon nya kedudukan orang melayu terancam.
    Lepas itu ancaman tersebut di hiasi pula dengan wang dan pemberian itu dan ini.
    Bukan org melayu sahaja....parti yang kuat memperjuangkan islam pun terpesona dan terpukau dengan kelicikan pemimpin umno.....memang hebat depa ini bermain silap mata.
    Kalau kebijaksanaan tersebut di gunakan untuk usaha membangun negara....munkin singapura pun cemburu dengan kejayaan malaysia.
    Cakap panjang pun tak guna....melayu mudah terpedaya dan mudah lupa.

    ReplyDelete
  20. Assalam Bro,Aku setuju dengan Jaafar Yunos.TSMY,Mukriz dan DSA tidak perlu menubuhkan atau menyertai mana-mana parti politik.Mereka harus bergerak melalui Deklarasi Rakyat.Itu lebih baik.Jadi UMNO tiada asas nak menuduh mereka bersekongkol dengan pembangkang.Aku dapat rasakan ahli-ahli UMNO yang bersimpati dengan mereka lebih selesa jika mereka bergerak melalui Deklarasi Rakyat....HIDUP UMNO SINGKIRKAN NAJIB....

    ReplyDelete
  21. Salam Tuan,

    Inilah peluang terbaik pembangkang. Dengan adanya Muhyidin dipehak pembangkang, maka hilanglah ketandusan calon PM.

    Sekarang ini di pehak pembangkang, sekiranya menang PRU, kita tidak jelas siapa yang layak jadi PM kerana sosok yang selayaknya berada dalam penjara.

    Nak kata Haji Hadi yang layak, mungkin ramai yang akan muntah hijau!

    Mat Sabu?, Wan Azizah?

    Entahlah..!!!

    Jadi yang sebaiknya Muhyidin cepatlah berada dalam Amanah.

    Jangan lembab sangat.

    ReplyDelete
  22. Pada pandangan aku,group-group Mahathir kena tubuh parti baru,dan join PH,Muhyiddin pernah bersama anwar dlm umno dulu dalam team wawasan,Apakata mereka berbaik kembali demi negara,jika PR14 ph Menang,Anwar/muhyidin boleh berganding. pm/tpm.Anwar dah lebih 70thn,mungkin 2pengal sahaja,lepstu,muhyidin ambil alih.

    Tujuan Parti baru yg diketuai oleh mahathir/muhyidin,mukrizh dan Safiee Afdal,untuk dapatkan undi melayu totok kat kg2.Barulah Pkatan Harapan mempunyai sokongan melayu dari kg2,kawasan luar bandar(pkr +dap+amanah+ x-umno).Bagi mengimbangi PAS yg akan membawa melayu totok PAS sokong BN.Safiee Apdal boleh gegarkan sabah kawtim dgn PBS.

    kEMENANGAN pr dulu 52% mengatasi BN cuma 48%.kALAU KITA DI us DAN uk. dah lamadah pebangkang menang.TACTIK Najib gunakan PAS,Semata-mata nak buang geng2 Mahathir,takut % penyokong umno lari.jadi % yg lari dapat diimbangi oleh adee yg bangang.Itulah sebab huku ruu355 dihebuhkan,semata-Mata nak kelabui rakyat tentang "PENGSONGLAPAN 2.6 BILLION NAJIB"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata tubuhkan partimelayu di Johor,dinamakan pertubuhan melayu bersatu malaysia,mengantikan umno(baru).Saya rasa tentu Sultan johor restu,sebab sultan johor sekarang inimemang tak suka umno najib.Jika sesuatu parti dapat restu dari sultan yg berpengaruh,tentu partiitu dapat sambutan,terutamarakyat diluar bandar.

      Delete