Thursday, 30 June 2016

DAKWALAH 1,000 ORANG SEKALIPUN, TIDAK TERTEGAK KEADILAN SELAGI NAJIB BEBAS MERDEKA


Pendakwaan atas tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng memperlihatkan beberapa perkara yang di luar daripada kebiasaan.

Pertama, walaupun Lim Guan Eng sebelum ini memberi kerjasama penuh ketika siasatan, tetapi beliau tetap diserbu dan ditahan di pejabatnya oleh sekurang-kurangnya oleh lapan orang pegawai SPRM seolah-olah untuk menangkap seorang penjenayah besar yang berpotensi untuk melarikan diri.

Atas kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, kenapakah sedikit penghormatan tidak boleh diberikan kepadanya dengan sekadar memintanya hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan tanpa perlu bermalam di lokap SPRM?

Kedua, pasukan pendakwaan seramai enam orang diketuai sendiri oleh Peguam Negara, Apandi Ali.

Ketiga, jaminan yang agak besar iaitu sebanyak RM1 juta bersama seorang penjamin dikenakan ke atas Lim Gun Eng.

Keempat, penglibatan Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwaan dan jumlah jaminan yang dikenakan seperti tidak sepadan dengan kes iaitu hanya berkaitan pembelian banglo yang bernilai RM2.8 juta dan pertukaran status sebidang tanah.

Ia secara nyata jauh lebih kecil, bukan saja berbanding RM42 juta yang diterima Najib Razak daripada SRC International, tetapi juga daripada RM2,600 juta atau mengikut dakwaan WSJ RM4,200 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib, yang kemudian kesnya tidak diteruskan dengan pendakwaan, malah diarahkan dihenti penyiasatannya oleh Peguam Negara.

Tindakan membesar-besarkan penangkapan, jumlah jaminan dan Peguam Negara sendiri mengetuai pendakwaan, bukan saja memperlihatkan dengan jelas sebagai bermotif politik untuk melemahkan Pakatan Harapan, bahkan juga untuk mengalihkan perhatian kepada skandal kewangan berskala besar yang melibatkan Najib dan 1MDB yang sedang diperkatakan di seluruh dan disiasat oleh sekurang-kurangnya tujuh negara.

Ia juga bertujuan untuk menjadikannya kelihatan besar dan begitu serius kesalahannya di mata umum.

Hanya dengan membesar-besarkan segala apa yang boleh diperbesarkan, barulah ia diharapkan mampu menutup apa yang diperkatakan ramai mengenai Najib selama ini.

Tetapi, seperti yang pernah disebut oleh Tun Mahathir, jika dulu rasuah berlaku secara sorok-sorok dan dibawah meja, sebaliknya di era Najib ini ia sudah terang-terangan berlaku di atas meja.

Sebab itu, dalam kes SRC International, selain Najib tidak dikenakan apa-apa pertuduhan walaupun mengakui menerima wang tersebut, dua pengarahnya iaitu Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin, turut juga terlepas begitu saja.

Kedua-duanya bukan saja hilang melarikan diri atau dihilangkan ke luar negara, bahkan masih dikekalkan sebagai pengarah SRC International sehingga kini.

Berbanding dalam kes Lim Guan Eng di mana Peguam Negara mengetuai pendakwaan, beliau sebaliknya menjadi hakim dalam kes melibatkan Najib dengan mengarahkan ia ditutup dan dihentikan penyiasatan.

Pendeknya, apa yang berlaku melibatkan Najib, 1MDB dan kaitan kedua-duanya dengan Najib jauh lebih besar dan mengancam negara berbanding kes Lim Guan Eng yang tidak melibatkan kerugian kepada penjual banglo tersebut.

Jika tidak cukup besar, mana pernah sebuah syarikat milik kerajaan sampai disiasat oleh tujuh buah negara dan menyebabkan sebuah cawangan bank yang berusia ratusan tahun ditutup akhirnya di Singapura.

Membesar-besarkan nyiru kes Lim Gun Eng tidak akan menutup bangkai skandal yang lebih besar dan sudah berbau ke seluruh dunia. Malah jika 1,000 orang sekali pun didakwa dan dihadapkan ke mahkamah serta diperbesar-besarkan seperti kes Ketua Menteri Pulau Pinang itu,  keadilan tetap tersembunyi selagi Najib bebas lepas dan merdeka seperti sekarang. (SH 30/06/2016).

60 comments:

  1. Rasuah tetap rasuah walau siapa pun yg melakukan . Dua2 makan rasuah cuma yg sorang lagi tu belum didakwa. Lambat laun akan kantoi jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro ...setuju sangat. Kita berdoa lak yg satu lagi masuk kedalam sama.

      Delete
    2. Najiblis tu kan dah kata dia tidak boleh dijalankan.Peguam Negara, Apandir tu hebat betul moral, maruah dan air mukanya. Tiada kemaluan.

      Delete
    3. SPRM dan buat lebih baik drpd yang sepatutnya iaitu dakwa ketua eksekutif negeri walaupun mereka cuma perlu Siasat Pesalah Rakyat Marhaen saja, bukan Najiblis.

      Delete
    4. Benar. Rasuah tetap rasuah.
      Tapi kenapa LGE saja yang kena.
      Yang lain-lain tu apa cerita?
      Bagus juga Najib buat begitu makin
      ramai yang menyampah dengan Umno.
      Makin mudah ditalqinkan macam Pas.

      Delete
    5. Betulkah LGE rasuah?

      Delete
  2. Tak setuju. Tak kisah Guan Eng beri kerjasama ke tak masa siasatan. Mana yang perlu, mesti di lakukan dek SPRM dan PDRM.

    Penjenayah ada lah penjenayah. Begitu jugak suspek nya. 8 orang Pegawai SPRM "serbu" pejabat nya, tapi harus ingat, DAP jenis yang mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Ramai thugs and gangsters di antara ahli dan penganut nya.

    Jadi, 8 orang datang itu ada lah bagi bersedia, kalau ada beberapa penyokong nya yang memikir nak buat hal, depa fikir dua kali bila melihat ada 8 orang pegawai, yang antara nya, rasa nya, bersenjata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah otak mcm kau di tindas oleh umno elite. Bodoh dan mengarut.

      Delete
    2. Bodoh dan bonggok punya komen..!!

      Delete
    3. Aku ingat kau ni x faham apa yang Syahbudin nak sampaikam. Guan Eng tu masih pegang jawatan Ketua Menteri masa dia didakwa jadi beliau masih berstatus VVIP yang kena dilayan berdasarkan statusnya iaitu sebagai ketua kerajaan Pulau Pinang. Apabila seseorang masih pegang jawatan besar macam tu orang putih kata still holding an office, kau tak boleh layan dia macam penyangak. Itu salah. Telah melanggar protokol dan istiadat. Itu dah dikira melanggan prosedur how to treat the head of government. Kalau kau tak percaya cakap aku, kau boleh rujuk dekat Bahagian protokol dan istiadat di JPM.
      Khir Toyo dulu pun tidak diserbu dan ditangkap untuk dihadapkan ke mahkamah walaupun masa tu beliau hanya berstatus bekas MB. Mentang-mentanglah dia dari pembangkang kau layan dia macam penjenayah besar yang sangat merbahaya. SPRM kena beri penjelasan pasal perkara ni.

      Delete
    4. tatang dan salwah tu budak kecik. Atau org dewasa tapi pemikiran budak kecik. Kot dia orang yang sama memnyamar, spt benaklah yang di gelar Jing Projibo selalu buat di sana sini.

      Tak baca laporan terakhir, Polis blok jalan nak tentukan jangan penganut2 Tokong Lim menjahat dan menggengster bila si Cina Bukit tu di dakwa secara rasmi di mahkamah?

      Delete
    5. Betulkah DAP yang mencetuskan 13 Mei 1969? Jangan buta sejarah. Kalau arwah Dato' Harun ada, tanya dia.
      Pencuri selalunya menjerit dan menuduh orang lain sebagai pencuri.

      Delete
  3. Din, betoi apa yg hang kata.
    PN tak Ada teloq and tak Ada intergriti.
    Patutlah Kena boooo....
    Najib and MT umno, laknatullah hampa semua.
    Allah Akan membalasnya tak lama lagi ...In Sya Allah.

    ReplyDelete
  4. Aku sokong SPRM ambik tindakan ke atas Tongkang Lim. Yang aku tak sokong ia lah Apandi Peguam Negara yang dulu di katakan tak hiraukan apa yg SPRM rekomen pasal siasatan 1MDB dan RM2.6 bilion (kemudian nya di laporkan RM4.2 bilion) masuk dalam ekaun Najib.

    Lagi tak setuju dan tak sokong ia lah Najib. Yang dulu gunakan "tangan ghaib", tukarkan tempat kerja pegawai2 tinggi SPRM dengan serta merta. Terakhir ini, 2 pegawai tertinggi SPRM di katakan di "pressured to resign".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lagi satu otak udang. Berbau racist. Sebab tu lah najib ketawakan orang yang berfikiran begini.

      Delete
    2. Ni lagi satu otak udang. Berbau racist. Sebab tu lah najib ketawakan orang yang berfikiran begini.

      Delete
    3. Lama tatangka tak komen welcome back.need positive thinkers like you.

      Delete
    4. Pm bila mau dakwa a.g.mcm2 hampa belit abuk pun tada taik mdb merata2

      Delete
    5. Komen tatang tu datang dari orang yang nak terbongkang.

      Lansong tak coba keluarkan fakta dan hujah bagi pertahankan najib.

      Jenis ini yang Najib kata di masa kempen PRU13 dulu sebagai bangang dan hamjadah.

      Delete
  5. kes Lim Gun Eng tidak akan menutup bangkai gajah? Gajah tuh belom jadi bangkai lagi, Beb. Kita harap2kan amat sesangat jadi bangkai secepat mungkin.

    Politik nya le jadi bangkai. Kalau ada sesiapa yang nakkan orang nya jadi bangkai, itu tak tau lah.

    ReplyDelete
  6. Ada...hang pun salah sorang drp 999 orang tu. Hang nak lari pi mana. Sat lagi depa nak mai kerat kote hang mat awi oiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kerat kote dia. Kesian. Kerat bola dia.

      Delete
    2. Biasanya kalau ada jenazah mau dikebumikan gue perati ada saja kanak2 yg berlari lari, bergelak ketawa, bergurau... semacam mau memecah suasana kemurungan dan hiba dan ada pula orang2 tua menghulur sedikit wang syiling pada anak2 itu.
      Contohnya mungkin 'entry' seperti berikut:-

      "Alwi Mohd30 June 2016 at 21:42
      Mana lagi 999 orang ?
      Reply

      Anonymous30 June 2016 at 22:05
      Ada...hang pun salah sorang drp 999 orang tu. Hang nak lari pi mana. Sat lagi depa nak mai kerat kote hang mat awi oiiii
      Reply
      Replies

      Anonymous30 June 2016 at 22:16
      Jangan kerat kote dia. Kesian. Kerat bola dia."

      Sekiranya benar pemerhatian gue, soalnya siapakah yg pergi mengadap tuhannya...?

      Delete
    3. "Sekiranya benar pemerhatian gue, soalnya siapakah yg pergi mengadap tuhannya...?"

      Yang sabar ikhlas serta jujur melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di bumi ini akan tersenyum bahagia di jemput oleh Maha Pencipta dan dikurniakan ganjaran yang setimpal.. manakala yang bongkak sombong degil penipu perampok korup yang kerap menghadap wang sebagai tuhannya maka mereka akan di heret diseret direntap dipaksa diberkas dan dicekup untuk menghadapi keadilan sambil menerima balasan sewajarnya keatas segala tindak tanduk mereka.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Inilah akibatnya apabila pembangkang berpecah. Senang2 dilaukkan oleh Najib Razak. Percayalah, esok lusa akan tiba giliran PKR dan Pas pula untuk diratah oleh Najib bersama serigala BN

    ReplyDelete
  8. Yang ni saya suka dengar. Baru seronok. Kita tak perlu pada pembangkang yang bercakaran sesama sendiri. Baik bagi BN je menang majoriti dlm PRU 14 nanti, baru semua ada akai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usry lebih baik suruh GST naik 50% tentu rakyat mcm kamu sokong BN sebab BRIM bagus utk pelincir,harga minyak pun dah naik oii hidup BN hidup ROSMAH liked pungkoq U mcm tu la baru penyokong BN

      Delete
    2. Percayalah. Jika GST di naikkan 50% pun, BN tetap di sokong! Asalkan, hidup Melayu!! Bangang!!

      Delete
  9. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri,banyak perkara-perkara pelik akan berlaku.

    Perkara yang mendatang,entah apa lagi.

    ReplyDelete
  10. Apa apa isu sekalipun sekarangt,semua itu tidak akan dapat mengalih atau menutup kesalahan serta penyelewengan Najib ....sebab di muka Najib sudah ada trade mark 1mdb....cara Najib berucap sekarang seperti orang yang jiwanya kacau....senyum dalam keresahan.....Dulu semasa di zaman Tun ,jika membaca sejarah serta biografi pemimpin dunia tak pernah terfikir akan wujud klon pasangan marcos and imelda di negara kita....malangnya sekarang memang wujud,umpama mimpi buruk....doakan semoga Allah melindungiTun serta lain lain ....teruskan usaha memberi tekanan supaya Najib terpaksa diundurkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, amin, Ya Rabbal alamin.

      Delete
  11. orang dah tak heran lagi denagn matjib
    cuma harap lombu dedak saja lagi
    pinjam untuk projek kubau tapi beli kondom
    tak salahkah ???

    ReplyDelete
  12. PAS lebih rela rasuah terus menjadi amalan di Malaysia sekiranya hudud tidak dapat dilaksanakan. PAS lebih rela rakyat Malaysia terus hidup susah jika hudud tak dapat dilaksanakan. Bagi PAS hudud adalah segala galanya. Biarlah pemimpin UMNO BN korup dan penyamun bagaimana pun, PAS sedia dan rela terima kalau hudud tak juga dapat dilaksanakan. Dalam kepala hotak pemimpin PAS hanya hudud semata mata seolah2 Allah tidak langsung bertoleransi dan mahu ia dilaksanakan dalam serta merta dan dalam apa keadaan sekali pun. Allah anugerahkan otak kepada setiap manusia tapi pemimpin PAS mengguna kepala lutut dan siku untuk berfikir dan berpolitik. Kerajaan UMNO BN yang dulu adalah kerajaan toghut bagi PAS, tapi kini kerajaan yang sama ini malah lebih teruk dan parah sudah diterima oleh PAS kerana bermimpi hudud yang jatuh ke riba sedangkan Islam PAS dulu dan kini tetap sama, tapi hukumnya sudah berbeza. Hebat pemimpin2 PAS selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz sekarang ini.

    ReplyDelete
  13. Malaysia kian menjurus ke arah negara Komunis dan diktator. Kalau anda pemimpin dan penyokong Melayu UMNO BN, menyamun dan merompak sebanyak mana pun, ia adalah derma dan kebajikan. Tapi jika anda China dan menentang Melayu UMNO BN, walau pun anda tidak pun dibuktikan merompak dan mencuri, anda akan dituduh bersalah dan akan disumbat ke lokap dan penjara sekali pun duit yang terlibat hanya 1 sen. Sudah jelas Najib Razak dsedang membawa negara ke arah negara diktator ala Idi Amin. Perompak dan penyamun negara ini mendapat mandat dari sebahagian rakyat Melayu yang bodoh dan bangang bahawa merompak dan mencuri oleh pimpinan Melayu UMNO BN bukan lagi satu dosa dan kesalahan. Negara Malaysia bakal hancur oleh manusia syaitan bertopeng manusia bernama Najib Razak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baik nya kalau kamu berikan contoh bagi tuduhan tuduhan kamu itu. Lebih senang pembaca menerima tuduhan tuduhan tersebut bila ada contoh contoh yang kukuh.

      Delete
  14. Regim UMNO BN sedang menyemai api perkauman ketika ini sebagai taktik untuk meraih undi Melayu. Najib Razak sedang menyalakan bom jangka permusuhan kaum di negara ini sebagai helah agar kaum China membenci Melayu. Penangkapan Lim Guan Eng yang dituduh rasuah jelas bermotifkan politik sedangkan perbuatan Najib menggelapkan dan melesapkan wang negara dan rakyat berbilion Ringgit Malaysia dianggap derma dan perbuatan suci. api perkauman sedang ditiup agar berlaku sentimen perkauman dan pergaduhan kaum di Malaysia dan UMNO BN akan cuba menjadikan juara untuk menyatukan Melayu di bawah pertubuhan paling korap dan rasuah di dunia ini. Awas rakyat Malaysia. Penentangan mati matian mantan PM Tun Mahathir terhadap perbuatan Najib adalah satu petanda bahawa Najib Razak adalah sebenar benarnya perosak dan penyamun negara yang perlu ditumbangkan dengan apa cara jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awas. Kamu mirip kpd melanggar Akta Hasutan mengata "sedang menyalakan bom jangka permusuhan kaum di negara ini sebagai helah agar kaum China membenci Melayu."

      Aku tak suka Najib. Tapi semua rakyat perlu jangan mengipas api pergaduhan kaum. Lim Guan Eng di tangkap dan di dakwa bukan kerana dia Cina tapi kerana dia buat salah, melanggar undang undang.

      Kamu bunyi seperti orang DAP yang anti-Melayu, anti-Islam dan menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Baca Kertas Putih menerangkan Tragedi 13 Mei 1969 itu - boleh di google.

      Insaf lah, berhemah lah bila berpolitik, elakkan berlaku nya lagi. Takda siapa yang dapat faedah dari nya.

      Delete
  15. Kezaliman demi kezaliman mula melanda Malaysia, maka berhatixlah anda semua diluar sana.

    ReplyDelete
  16. Begitulah dia kalau dah pemimpin dah buta mata buta hati hilang pemikiran yg waras nama saja beragama islam yg salah jadi benar yg benar jadi salah semoga diberi balasan keneraka jahanam aaammmiiinnn

    ReplyDelete
  17. Betul ke dap yg menyebabkan 13 Mei? Hahaha kena kaji sejarah bro.
    Cuba fahami maksud kambing hitam, anda akan dapat jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha nya ultra kiasu ungrateful ingrate Cina Bukit pendatang DAP yang nak coba tulis sejarah baru tak ngaku depa anti-Melayu, anti-Islam, mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei itu.

      Baca lah

      "13 May 1969: A Tragedy. National Operations Council, October 1969" (boleh di google) dan anda boleh dapat the gory details pun.

      Delete
  18. PAS menganggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah.

    “PAS tetap berpegang pada pendirian yang dinyatakan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

    “Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan.”

    Tuan Ibrahim turut mempersoalkan layanan berbeza yang diberikan peguam negara dalam penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan wang RM2.6 bilion membabitkan perdana menteri.
    “Sehingga hari ini, PAS tetap kesal dengan tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menjadi hakim kepada siasatan SPRM terhadap Datuk Seri Najib Razak sebelum ini tanpa membawa kes tersebut ke mahkamah untuk dibicarakan seperti yang berlaku pada Guan Eng, di mana beliau menjadi ketua pendakwaraya,” katanya.

    Pagi tadi, Guan Eng mohon dibicara atas pertuduhan berkait salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan sebuah syarikat menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman.

    Beliau turut didakwa menyalah guna kedudukannya dalam pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta.

    Kedua-dua tuduhan boleh membawa hukuman penjara sehingga 22 tahun, denda lima kali suapan atau rampasan hartanah.

    ReplyDelete
  19. Pagi tadi ada kawan saya bertanya, tak ulas ke mengenai isu Lim Guan Eng (maksud penangkapannya)? Nak ulas juga, tapi dah ramai yang mengulas sehingga ramai pula menjadi hakim sebelum lagi pembicaaraan bermula.

    Lim Guang Eng menegaskan kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan kerana perbuatan rasuah adalah jelas penganiayaan atau pendakwaan politik yang semata-mata untuk menghancurkan saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

    "Saya lebih rela mati daripada hidup melutut", mengakhiri kenyataan rasminya selepas dia ditahan semalaman oleh pihak SPRM.

    Dalam isu LGE, saya berpegang kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan rasmi parti PAS berkata parti itu tetap berpegang pada pendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.

    Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan. Elak daripada kita menjadi hakim kepada pembicaraan media.

    LGE adalah antara mereka yang lantang menentang hukum Islam, termasuk hukum hudud. Jika dia bersama PAS memperjuangkan kebaikan hukum Islam, rasanya ada banyak perkara LGE akan dapat manafaat daripada hukum Islam kerana hukum ini lebih adil terutama dalam isu yang melanda dirinya sekarang.

    Saya kira LGE memilih peradaban China kuno bila dia menyebut "Saya lebih rela mati daripada hidup melutut".
    Saya pelik juga LGE menolak hukum Islam sedangkan ada beberapa hukuman China kuno ada persamaan dengan hukum hudud. Misalnya rogol berat dikenakan 100 sebatan dengan kayu berat.

    Tapi mungkin LGE lebih suka memilih hukum China kuno (falsafahnya) sesetengahnya lebih kejam daripada hukum Islam.

    Cuba kita rujuk kepada mati berdiri.
    Ini adalah contoh hukuman mati berdiri zaman China kuno Dinasti Tang. Kalau kita sorot kembali sejarah kerajaan China sekitar 1900an kita dapati bahawa ada hukuman yang keras untuk mengawal selia masyarakat china yang begitu ramai serta terdapat pula pegawai yang rasuah.

    Jika kita menonton filem klasik China kita akan dapati banyak perkara tentang pegawai tinggi yang korup dan wujud juga hakim yang adil dan saksama seperti kisah Hakim Bao.
    Terpulanglah kepada LGE nak mati berdiri atau nak mati duduk, tetapi selagi dia dan DAP menentang hukum Hudud dan RUU 355 Private Bill memperkasakan Mahkamah Syariah yang khusus untuk orang Islam dia akan berhadapan dengan pegawai yang korupsi kerana undang-undang ini sahaja mampu membenterasnya.
    Jangan mengharap bayangan atau inspirasi keadilan dari Judge Bao Zheng, Zhong Kim Nam, atau Ahok kerana bayangan dan roh keadilan itu ada bersama dengan PERJUANGAN PAS.

    ReplyDelete
  20. Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menarik balik semula perkataan kesat yang dikeluarkan terhadap penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada sesi debat terbuka di sini, malam tadi.


    Pendirian itu dinyatakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, sebentar tadi.



    Guan Eng berkata, pihaknya tidak akan menarik balik perkataan kesat seperti 'bodoh' dan 'samseng' yang digunakan Exco Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Utiliti negeri, Lim Hock Seng pada sesi debat berkenaan.



    "Tak payah cakap lagi (mengenai penggunaan kata kesat pada sesi debat terbuka). Kita ada perkara lebih besar yang perlu difikirkan," katanya kepada pemberita.



    Terdahulu, Hock Seng yang hadir pada sidang media sama dihalang Guan Eng daripada menjawab soalan sama ada akan menarik balik kenyataannya pada sesi debat berkenaan.



    Semalam, sesi debat terbuka berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama menjadi tegang selepas Hock Seng gagal mengawal emosi dan mengeluarkan pelbagai perkataan kesat sehingga menyebabkan pasukan keselamatan campur tangan.



    Debat terbuka kira-kira dua jam di antara Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng itu diadakan di Dewan Kompleks Penyayang bagi membincangkan isu berhubung pembinaan projek terowong dasar laut yang dirangka kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  21. Hidupkan kembali Pakatan Rakyat (PR) jika PAS, DAP dan PKR tidak mahu serahkan Selangor kepada Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), cadang ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi.


    Ujar Sallehen mengadakan kembali persefahaman antara tiga parti itu adalah cara paling berkesan untuk parti pembangkang mengelakkan berlakunya pertandingan tiga penjuru seterusnya mendepani Umno BN secara tuntas.



    "Kita boleh kembali balik pada tahun 2008. Wujudkan satu persefahaman dalam politik. Sebab uniknya di Selangor walaupun kita bertengkar di luar (tapi) dalam konteks kerajaan negeri masih lagi ditunjangi tiga parti penting ini.



    "Tapi itu pun (perlu) lalui satu proses yang akan diputuskan secara prinsipnya oleh Majlis Syura Ulama. Tapi bagi saya, kita tak (perlu) bergabung (cuma persefahaman).



    "Kalau tidak, takkan ada satu penyelesaian dalam konteks politik di Selangor. Selain daripada terima realiti, PRU akan datang kita akan bertembung lagi (rebut kerusi lagi) dan kita serah Selangor pada BN," ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.



    Tambahnya lagi jika cadangan seumpama itu tidak dipertimbangkan, PAS, DAP serta PKR akan terus berebut kerusi yang akhirnya menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU akan datang.



    Jika itu yang berlaku, tentunya peluang untuk Umno BN memenangi kerusi tertentu semakin cerah.



    Sallehen yang juga bekas Exco Selangor menambah, jika DAP dan PKR turut merasakan wujudkan kembali Pakatan Rakyat sebagai yang terbaik untuk berdepan dengan Umno BN, parti-parti itu perlulah merendahkan ego dan menghormati PAS.



    "Persefahaman yang membawa wujudnya Pakatan Rakyat itu boleh diwujudkan kembali. (Tapi) DAP kena hormati prinsip Islam yang kita bawa sebagaimana kita hormat prinsip demokrasi DAP bawa.



    "DAP kena bersedialah sebab nanti DAP akan dilihat sebagai berasa kalah dan sebagainya. Kita nak bagitahu PAS tetap pertahankan prinsip. Kita banyak cara (jalan) ke Putrajaya tetapi kita tidak putus harapan dengan hanya semata-mata pilihan raya tak dapat Putrajaya," ujarnya.



    Meskipun bersedia untuk kembali berhubungan dengan DAP dan PAS, Sallehen begaimanapun masih kritikal terhadap Amanah, yang kini membentuk Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR.



    "Saya tak sebut tentang PAN (Amanah) sebab parti itu tidak wujud dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri.



    "PAN (Amanah) kita serahkan pada DAP dan PKR. Mungkin kalau DAP nak bagi kerusi pada dia sebab DAP dah buat kenyataan bahawa PAN hanya boleh tanding di kawasan majoriti bukan Islam, jadi DAPlah bagi kerusi pada PAN," ujarnya lagi.



    Amanah adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan sekelompok bekas pemimpin parti itu selepas kecundang dalam pemilihan parti Jun 2015.



    Ditanya apakah tempoh masa tidak sampai dua tahun sebelum PRU14 dijangka diadakan, PAS, DAP dan PKR mampu capai kata sepakat atau tidak, Sallehen optimis perkara itu boleh dilaksanakan.



    "Ibarat orang yang dah rasa sangat nak terberak, (akan) ada saja jalan yang (akan di cari untuk) nak buang najis dia. (Cara itu) kotorlah sikit tapi itulah ibaratnya," kata Sallehen.


    ReplyDelete
  22. Hari ini Timbalan Presiden PKR mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak melangkaui sempadan salahguna kuasa apabila memulakan dakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

    Sehubungan itu, Azmin menggesa pembangkang yang berpecah-belah untuk merapatkan barisan. Katanya “Pembangkang kini perlu bersatu dan kekal fokus kepada perjuangan tunggal kita".

    “Kini masanya untuk kita mengenepikan prejudis dan perbezaan pada masa lalu dan kembali mengatur langkah bersama", katanya lagi.

    “Kita wajib membulatkan muafakat, jauh lebih teguh dari sebelum ini, dan bersama membina blok pembangkang yang kuat untuk pilihan raya umum akan datang.”

    “Ia sudah dapat dijangka apabila mengambil kira kempen berlarutan melibatkan cercaan dan pembunuhan watak oleh pentadbiran Najib."

    Saya percaya Azmin Ali mempunyai kepintaran politik yang baik dikalangan pimpinan PKR. Malah dia mampu bersama Anwar Ibrahim sehingga sekarang sedang ramai pimpinan yang bersama Anwar berpaling tadah (kalau saya senaraikan mungkin lebih daripada 20 orang termasuk paling rapat Ezam mohd Nor). Azmin juga tak macam Rafizi, Saifudin atau lain-lain yang tidak dapat memahami sejauh mana kekuatan tahaluf dengan PAS.

    Saya setuju semua kenyataan di atas yang Azmin luah dan tujukan kepada Najib dan Barisan Nasional itu benar, tetapi sebelum Azmin tuju kepada Najib, Azmin juga seharusnya melihat kepada Pakatan Rakyat atau Kini Pakatan Harapan buat kepada PAS dan mereka yang tidak sehaluan dengan kepimpinan Pakatan Harapan.

    Azmin membicarakan tentang CERCAAN dan PEMBUNUHAN WATAK oleh Najib dan Barisan Nasional. Azmin sedar tak? bahawa Pakatan Harapan yang terdiri daripada PAN (dulunya geng GHB), PKR sendiri dan DAP yang banyak mencerca rakannya seperti PAS apabila tidak sependapat.

    Malah mereka cuba membunuh watak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan tuduhan yang sangat buruk, sehingga imej Presiden yang sebelum ini baik menjadi sangat buruk kepada mereka yang tidak mengetahui maklumat sebenar.

    Siapa yang mengungkit-ungkit tentang PAS nak bersama UMNO?
    Siapa yang sebar kononnya jika kumpulan ulama dalam PAS berjaya dalam pilihan Muktamar, PAS akan mudah bergabung dengan UMNO. Sedangkan setelah semua jawatan AJK dan Dewan-dewan disapu oleh kumpulan ulama tetapi gabungan UMNO-PAS tak pun wujud.

    Siapa yang menyebar maklumat kononnya PAS tamak jawatan nak jawatan Menteri Besar sehingga tersebar bahawa Abdul Hadi Presiden PAS telah menghantar 3 nama pimpinan PAS untuk menjadi MB Selangor kepada Sultan sedangkan perkara sebenar Abdul Hadi hantar nama pimpinan PKR termasuk Azmin sendiri dan menjadi MB Selangor Azmin adalah sokongan kuat Abdul Hadi.

    Siapa yang sebar 91 tuduhan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga PR menjadi celaru dan tak menentu sehingga akhirnya tuduhan itu sebenarnya palsu.

    Siapa yang menyebabkan pertandingan 3 penjuru di PRK baru-baru ini sedangkan 2 tempat itu adalah tempat yang pernah PAS bertanding sebelum ini. Siapa membantu UMNO untuk menang dengan sikap "DARIPADA PAS MENANG LEBIH BAIK UMNO/BN"? Kononnya wujud dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan untuk memastikan PAS tidak akan menang di kedua-dua PRK itu supaya PAS tidak besar kepala? Siapa? Jawab siapa???

    Setelah DAP, PAN dan PKR cerca, hina, bunuh watak pimpinan PAS. Malah sebar fitnah, kita Azmin bercakap SOAL NAK MUAFAKAT?

    Mana maruah Pakatan Harapan dalam hal ini?
    Apakah jika PAS tak bersama Azmin dan Pakatan Harapan nak kambing hitam PAS kononnya PAS tak bersama maka BN boleh menang??

    Rakyat dah muat dengan Pakatan Harapan yang perangai mereka saling tak tumpah perangai Najib atau BN.

    Oleh itu perlu ada satu alternatif baru dalam politik Malaysia. Politik yang lebih matang dan politik yang bersifat 'keIslaman" yang mampu membawa kepada kesajteraan rakyat. Itu yang kini PAS cuba buat.... Soal berjaya atau tidak kita kena sokong untuk usaha ini. Tinggalkan politik kotor jijik yang saling tuduh menuduh tetapi semuanya bermatlamatkan kebendaan dan duniawi semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang sangat kamu khutbah, Mamat.

      Boleh dapatkan Najib di ganti, tapai taidak boleh UMNO/BN di buat demikian.

      Ha nya jika Najib tak di ganti sehingga PRU14, pada masa itu nak jahanam ke UMN?BN, lantak lah.

      Delete
  23. Asssalamualaikum,,,Menjemput untuk berbuka puasa, kemudian duduk menghadap makanan sambil menunggu waktu berbuka dan meningggalkan majlis sambil sendawa kekenyangan itu dakwah kepada pemimpin DAP? rasanya tidak, sebaliknya majlis sebegitu lebih kepada majlis untuk bersuka ria, berseronok sambil menjamu makanan percuma kerana majlis berbuka puasa yang menjadi sebahagian uslub dakwah tidak begitu halnya.


    Pertamanya majlis berbuka puasa itu sendiri perlu serdehana dan makan makan di majlis itu juga serderhana di mana mukmin yang hadir turut berbondong bondong untuk menunaikan solat fardu maghrib selepas berbuka.Mukmin yang hadir tidak sesekali akan over eating kerana kelaparan dan turut dikongsi bersama kafir DAP yang hadir,yang patut dikongsi ialah bagaimana mukmin meletakkan solat maghrib dalam majlis berbuka tersebut.

    Kalau kafir DAP yang hadir tidak dapat melihat bagaiaman mukmin yang berpuasa sehari suntuk makan ala kadar ketika berbuka dan bergegas untuk berjemaah maghrib maka jangan kata majlis berbuka puasa itu adalah dakwah kerana sebenarnya ianya hanyalah satu majlis untuk menunjuk nunjuk sahaja.Jangan mudah gunakan perkataan dakwah di sini.

    Dakwah juga bermakna kafir kafir DAP akan dibawa kepada situasi yang lebih hampir untuk memahami undang undang Islam atau lebih mudah disebut Hudud hari ini.Kafir DAP seharusnya ditunjukkan dengan segala perkara yang boleh memahamkan mereka kepada Hudud tapi kalau tidak ada langsung inisiatif untuk menunjukkan Hudud kepada kafir DAP maka jangan mudah sebut majlis berbuka puasa itu dakwah.

    Lebih melucukan lagi apabila ada yang mendakwa kritikan yang dilemparkan kepada pengajur majlis berbuka puasa ini, dilihat sebagai dakwah bentuk baru, Hudud dulu baru buka puasa, peliknya komen yang sebegini kerana dakwah sepatutnya tidak ada bentuk.Selagi ianya merupakan kerja mengajak orang kepada kebaikan dan kebenaran, itu adalah dakwah, tak ada bentuk lama atau baru.Jadi ajak orang buka puasa dulu kemudian Hudud atau Hudud dulu sebelum buka puasa, kedua duanya tiada masalah, asal yang dibuat itu adalah kedua duanya sekali.

    Yang jadi masalahnya, yang ada pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan hari ni kepada kafir DAP tidak ada usaha untuk menjelaskan Hudud, yang ada hanyal berbuka puasa sampai sendawa dan kekenyangan.Pandailah mereka bermain dengan kata kata hanya untuk memperlekehkan teguran yang kita sampaikan berkaitan ugama yang seharusnya diambil serius sebagai orang Islam, bukan kerana mereka orang PANgang atau kerana kita orang PAS, tetapi kita semua orang Islam yang perlu ingat mengingati sesuaai dengan firman ALLAH dalam surah Al Asr'.

    Tapi agak malang, masih ramai juga orang Islam yang tak mahu faham pengajaran al Quran sebaliknya dengan mudah dan rapuh hanya menggunakan akal mereka sahaja dalam membuat kesimpulan atas apa yang berlaku, sebab itu dalam kes majlis berbuka puasa ini, mereka datang dengan dakwaan dakwah cara baru dan lama............

    ReplyDelete
  24. Masa Anwar kena tuduh di mahkamah kerana kes Liwat I dulu,Tok Guru Haji Hadi tulis buku bab Qazf pertahankan Anwar berdasarkan prinsip undang2 jinayah Islam. Lepas dibebaskan kali pertama,Anwar kena pulak sekali lagi!

    Masa LGE mula2 kena siasat kerana kes banglonya,Tok Guru Haji Hadi pemimpin pertama yang kata dia tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

    Masa DAP nak diharamkan sebelum PRU13,Tok Guru tawarkan DAP bertanding guna logo PAS.Masa krisis MB Selangor hasil dari Langkah Kejang,Tok Guru tanpa berbelah bagi beri sokongan kepada Azmin sebagai MB walaupun Tok Guru boleh ambik kesempatan dgn lebihan kerusi yang ada pada PAS di Selangor.Bila Azmin jadi MB,kuota exco PAS ditambah dari 4 kepada 3. Pandai sungguh Azmin membalas budi.

    Jiwa besar Tok Guru tidak pernah dihargai oleh DAP dan PKR.Pimpinan DAP penuh mulut menuduh Tok Guru penyebab pecahnya Pakatan Rakyat. Nyanyuk,bodoh...jadi mainan bibir pimpinan DAP.

    Masa PRK Sungai Besar,Azmin jemput Dr Rani ke Majlis Berbuka Puasa. Pergilah orang tua tu kerana menghormati Menteri Besar.Tiba2 tanpa ada rasa malu alah Azmin malukan Dr Rani di depan orang...dia kata dia sokong calon PAN di Sungai Besar.

    Yang jahat dan buruk,semua diletak atas kepala Tok Guru. Yang molek dan bagus semua dapat kat DAP,PKR dan PAN.

    Atas kapasiti peribadi ambe bercakap:cukuplah kita nak mengalah dan merendah diri dengan puak2 ni.Baik buruk, kalah menang biarlah kita tanggung sendiri. Terlentang sama2 minum embun,tertiarap sama2 kita makan pasir!

    Selamat istirehat sahabat...

    (Wan zainuddin)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa tu tahaluf siyasi? Dari mana Awang kutip dalil yang membolehkan bekerjasama dengan Kristian Zionis? Dia tak sayang pada orang Palestin ke? Cakap tidak serupa bikin...

      Delete
    2. Pagi Jumaat pukul 9 dah khutbah berjela jela. Nasib tak berterusan salepas sembahayang Jumaat.

      Ada yang cakap pasak hidupkan semula Pakatan Rakyat. Dah basi lah, Mamat Wan Zaiduddin. Dah bersepai PR, tinggal Pan tat aje sekarang.

      Delete
  25. en shah kita.. kat johor tu tak ada ker tanah kerajaan yang dijual? rasanya ada ..kita kat johor dah jadi menang sorak kampung tergadai.. mampu tengok aja

    ReplyDelete
  26. Budin apa kata engkau dan barua barua kau kat sini buat satu lagi kempen surat "deklarasi cacat akal" sampai 10 juta kali ni. Data peribadi rakyat senang aje nak beli kan? Lepas tu boleh hantar kat Agong supaya dia lepaskan LGE. Bukan kah ini suatu Idea yang bernas? Oh jangan lupa ajak Tun Mahathir sekali. Nanti kecik hati pula orang tua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko dgn usry barua penjilat mem badak da mkn taik atau haid badak komen korang stim sendiri.meluat da komen bajingan pro badak rasuah birkin.

      Delete
    2. Jing Projibo yang menyamar sebagai Khalid Samad,

      Kau tak dapat jawab pun berbagai yang di tanya dek rakyat. Paling penting nya bila Najib nak saman WSJ dll. Anti-jub dah kata banyak Selasa dah berlepas masih belom saman jugak.

      Sekurang kurang nya kau kata lah Najib hilang bola, takut di paksa ke kotak saksi di tanya bertalu talu berborai lagi skandal dia No. 2,3,4.

      Delete
    3. Tukar khalid semut ka samun ka kbab ka tpi jgn samad.beliau one of the best n respect#khalidsamad

      Delete
    4. Oh yeah? one of the best? Says who? Says you?

      But you don't count. You can't even count.

      Delete
    5. Anon1714 ko ingat ko cakap mat salleh bole kelentong ka.otak ko pun ta le fikir.yes one of the best bcoz he is not corrupted like who ever u compare with the present regime.he could easily betray p.h to be an b.n friendly so he doednt eat dedak like u.i can comment here as an individual and its my opinion and i stand by it.so do u have a problem dedak badak.

      Delete