Tuesday, 3 May 2016

STAIL MACAM NI PUN ADA LAGI RUPANYA!!

Setelah mengumumkan peruntukan RM250 ribu kepada Pasukan Gerakan Am atau PGA di Kuching semalam, sehari sebelum mereka membuang undi, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata beliau juga sedia mempertimbangkan permintaan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar untuk menaikkan elaun anggota pasukan tersebut.

Namun, kata Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, beliau mahu "melihat" siapa yang akan mereka undi terlebih dahulu.

"Tuan-tuan dan puan-puan, buktikanlah kepada saya. Saya cakap, saya akan buat.

"Tetapi saya nak tengok dulu, (anda) pangkah siapa?" katanya lagi.

Waduhh....ingatkan di zaman moden ini tiada lagi stail politik ugut dan gertak seperti ini?

Ingatkan juga, hanya ahli politik "cikai" atas "kelas kampungan" saja yang melakukan perbuatan seperti itu, rupa-punya orang nombor kedua dalam kerajaan yang ada pendidikan asas agama sejak kecil pun tidak terkecuali dengannya.

Perbuatan ini bukan saja memalukan Zahid dengan latar belakang agamanya itu, malah jelas merendah-rendahkan kedudukan anggota PGA keseluruhannya yang seolah-olah dipaksa dengan gertakan "you help me, i help you." 

Apakah jika undi pasukan PGA tidak memihak kepada BN, janji kenaikan elaun itu akan diabaikan begitu saja?

Kalau kakitangan kerajaan pun oleh diugut dan digertak sedemikian rupa,  orang kampung, penduduk miskin, penghuni rumah panjang dan mereka yang tidak berdaya pastilah lebih "dipermain-mainkan" lagi oleh sang penguasa semata-mata untuk kepentingan undi. (SH 03/05/2016).

53 comments:

  1. Nak buat macammana, CASH IS THE KING!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak entot anak bini Zahid pun boleh. Sekarang ni bayar saja. RM5, RM50, RM500, RM5000.. sapa pun boleh bayar.

      Skrg zaman duit boh..

      Delete
    2. Terkilan atau gembira, orang Sarawak makin cerdik atau bodoh, bukan soal besar skrg, BN tetap menang di Sarawak.

      Pakatan Harapan nak kekal 15 kerusi pun payah. Dari 71 kerusi menjadi 82 kerusi.. semakin payah nak menang. Dulu majoriti 36, skrg 42. Atas kertas nampak mudah. Jika kerusi PH meningkat dari 15 ke 30 sekalipun, Adnan Sate masih selesa dgn 52 kerusi, meningkat 7 kerusi dari last PRU 2011 dgn 45 kerusi.

      Ternyata 30 kerusi kemenangan utk PH mmg cukup menghairankan, jika mampu la. Abih kuat pun 20-25 ja..

      Delete
    3. Tengok la ajaran sapa.. Kepala nya sapa..

      Delete
  2. Aku bagi dedak, kau bagi ayam kat aku

    ReplyDelete
  3. Sape makan dedak kena ikutla tuan dedak. Inikah kualiti menteri2 Najib? PRU 14 nanti pikir dulu sebelum pangkah. Jangan menyesal sepenggal lagi.

    ReplyDelete
  4. Setahu saya cakap zahid ni macam bunyi tin kosong. Kuat tapi tak ada isi. Nak naik elaun, najib la dulu ke depan tonjolkan diri, bukan menteri dalam negeri, tapi menteri kewangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tin kosong pun. Kat Sarawak bolehlah menipu.
      Kat semenanjong tak ada orang nak percaya dah dia kata apa pun
      Kat Sarawak bolehlah berkempen kerajaan bn sanggup bagi berbilion ringgit untuk pembangunan
      Kat semenanjong bajet dah kering kontang.
      Mesyuarat jabatan pun kena bawa air sendiri
      Dulu ada juga teh, kopi dan kuih paling tidak pun dua ketul
      Sekarang ni air kencing adalah.
      Bajet jabatan habis kena potong

      Delete
  5. Ada asas agama? Xheranlah Budin... spesies cam ni belambak2 di akhir zaman ni... yg ada status ulamak pun xtau beza yg mana hak yg mana bathil...nikan plak yg ad asas agama ciput2 je...

    ReplyDelete
  6. Budin,
    Pemimpin kerajaan Malaysia yang ada sekarang dah setaraf pemimpin negara mundur Afrika yang amal rasuah , ini terserlah dari segi nilai etika dan mentaliti cara berfikir malah ada lebih teruk cuma hebat dan kelebihan dari segi berlagak dan mengada ngada , hal hak mengundi dan kenegaraan dibuat macam mak bapa mereka yang punya bukan hak rakyat , Saya rasa kalau macam ini punya pemimpin masih dipilih ,tak salah lah rakyat pun buta perut dan akhlak rendah kelas najis macam pemimpin tolol ini .

    ReplyDelete
  7. Salam bro,AÀpa hukun perbuatan Zahid dlm Islam?
    Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasulullah sendiri xmemaksa kaum yahudi & kafir harbi du Madinah utk peluk Islam.. Allah dah bg manusia akal..mreka boleh fikir yg benar & salah...tiada paksaan dlm agama...begitu juga dlm undian...kita ad hak masing2...xde sape yg boleh cmpurtangan dlm menentu hak & kbebasan kita mmilih pmimpin... jadi jelaslah hukumnya berdosa kerana mnafikan hak rakyat memilih kerajaan pilihan mreka sendiri...

      Delete
  8. Dekat PRN sarawak yang boleh "diyakini menang besar" pun ada ugutan, bagaimana nanti PRU14.
    boleh percayakah zahid ni? Hari tu cakap dia ada berjumpa dengan arab yang menderma 2.6b bagi menentang keganasan. Tapi ternyata lidahnya bercabang.

    ReplyDelete
  9. Politik JAKUN....ha ha ha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jakun jgn sebut bro...ini Keleja olang gulaiyu, atau keturunan Jowo ...APA LA LU....SAMA ITU BUSUK MUNYA KAKI...!

      Delete
  10. Lidah kata tak lakukan rasuah tapi perbuatan nya tetap melakukan rasuah. Itu lah amalan yang biasa diamalkan oleh semua pemimpin yang ada kuasa dalam kerajaan Barisan Nasional.

    Tanpa rasuah, UMNO Baru adalah parti haprak.... Pemimpin yang dilantik atau yang di sokong oleh parti semuanya bebal....bangang...tapi kelebihan nya pandai menipu...pandai membodek, sentiasa ada idea untuk mencuri duit pembangunan negara.

    Apakah orang itu akan diangkat jadi PM bila Najib tersungkur dari kedudukan nya ? Jika itu berlaku.... Deklarasi Rakyat hanyalah membazirkan masa tenaga dan duit saja. Keadaan yang berkecamuk sekarang tidak akan berubah. Rasuah tetap rasuah dan ada kemungkinan lebih teruk lagi dari Najib.

    Biar apa jua alasan, rasuah adalah salah disisi undang-undang. Dan perbuatan Zahid jelas menjolok mata..... haramjadah!

    ReplyDelete
  11. Bro Shahbudin,
    Saya nak sentuh pasal BRIM sikit.
    Utk PERINGATAN kpd mereka yg nak mengundi pada masa akan datang.
    Berapa lama duit BRIM boleh tahan dlm tangan kita?
    Berapa untung yg kita dapat dari BRIM?

    Cuba kira mana yg lebih BESAR....
    Dalam setahun, berapa duit BRIM yg kita dapat?
    Berapa pulak JUMLAH duit GST yg kita BAYAR dalam setahun utk semua barang keperluan harian yg kita beli?
    Jadi, yg mana jumlah yg LEBIH BESAR?

    Bagi org yg keluarganya ramai dan besar tentulah belanja harian pun BESAR juga.
    Lagi banyak kita berbelanja lagi banyak GST yg kita bayar.
    Jadi mari kita kira dan congakkan.

    Tangan kanan memberi, tangan kiri tarik balik.
    Satu tangan memberi, dua tangan kaut balik.
    Celikkan mata kita.
    Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  12. Jangan termakan. Itu dedak dan mengandungi dadah, kalau termakan luahkan kerana ia toxin.

    ReplyDelete
  13. Undi saja Asal Bukan BN kerana ajal kerajaan pusat BN sudah kian hampir. Anda di Sarawak serta anggota PGA tak perlu risau denga gertakan ala samseng ini. Kerajaan baru di pusat lebih memahami masalah anda semua kerana kelompok pimpinan baru ini pernah melalui kesukaran yang anda alami, tidak seperti pimpinan BN yang hidup serba mewah dan memperlecehkan kesusahan anda dengan ugutan seolah olah merekalah kerajaan tuhan.

    ReplyDelete
  14. Yang masalahnya ada pak cik mak cik di luarbandar seluruh Malaysia masih bergayut dengan kata-kata manis Pak Najib.

    Mereka-mereka inilah yang banyak membawa masalah dan membantutkan usaha perjuangan sebenar demi rakyat.

    Mereka-mereka inilah yang boleh dikatakan terlibat dengan korupsi pemimpin BN.

    Sudah terang lagi bersuluh, saya kasihan melihat umur lanjut mereka tidak mencerminkan pengalaman mereka dalam membezakan antara hak dan batil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kampung pun tak tahu membuat pilihan yg betul inikan pula 'Orang Utan'. Don't expect much from them. Biarkan Si Lunchai terjun dengan labu-labunya....

      Delete
    2. Bagi org yg kurang membaca, tak luas pengetahuan, tak buka internet memang dia org tak tahu cerita yg tersembunyi ni....mereka percaya bulat2 apa yg tv duk cakap....apa yg suratkhabar tulis. Mereka ingat apa keluar kut tv tu semua betul.

      Saya pernah terkena bila terangkan hal sebenar kat org2 jenis ni...mereka cakap kalau betul kenapa tak masuk tv? Kenapa berita tak sebut. Punyalah dia org ni duduk bawah tempurung. Pada mereka tv cakap tu semua betul. Dia org memang ketinggalan jauh.

      Delete
    3. Mus M, jujur gue cakap lu, gue talak Helan kalu olang kg. ka lumah panjang ka keliru. Bagaimana kepala2 hakim, polisi, kepala2 agama, professor2 terutama kepala hai ehwal pelajar Dan belibu libu lagi termasuk pembaca belita tv turut terlibat...?

      Tolong pikir2....

      Delete
    4. Kepada Gue

      Depa telibat kerana nafsu.. Bukan kerana ilmu..

      Delete
  15. What to expect from somebody like Zahid. Many has been suspicious on his intellegence and credibility.

    ReplyDelete
  16. Sape yg kenal zahid..takde yg heran..sejak muda lagi dia kaki rasuah..masa dia declare nepotisme..kronisme..time dia jadi org kuat Anwar..mase tu dia dah start makan rasuah..jasamu dikenang..bile dapat jawatan..ape lagi..kebash jer la..kalo tidak camane nak byar hutang dia yg berjuta-juta masa tu..perasuah dan pemakan rasuah mane ade moral..ilmu agama tinggi tapi tak ikut..same jer dgn profesor yahudi yg ngajor usuluddin utk pelajar malaysia yg buat PHD di universiti harvard. Tu yg bila balik ke malaysia jadi ularrmak..perjilat najis mughalazah.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Cuba check betul ke tidak semasa dia jadi pengerusi BSN dulu berapa banyak dia gunakan duit untuk sogok perwakilan UMMO, termasuk dengan memberi kad kredit yang dah siap dimasukkan RM5000 setiap satu kad.


      Delete
    2. Antara yg masukkan duit envelope tu dulu...aju..zahid...sampai kiamat aku tk percaya dan yakin..ckp lah ayat seluruh quran pun...aku tetep tk percaya...lidah bewak..kaki pukul..bini pun nk tiru rosmah..dah mula tiru..

      Delete
    3. Antara yg masukkan duit envelope tu dulu...aju..zahid...sampai kiamat aku tk percaya dan yakin..ckp lah ayat seluruh quran pun...aku tetep tk percaya...lidah bewak..kaki pukul..bini pun nk tiru rosmah..dah mula tiru..

      Delete
  17. Mesti mau ingat bila kenser rasuah dalam sesatu pentabhiran akan merayap dari kepala turun kekaki,malang doktor yang hendak merawat dituduh pembunoh tak sempat nak potong kepala ianya dihalau.Maka tanggunglah akibat yang menimpa.Saluran darah dah penuh dengan najis rasuah tunggu saja hari terakhir,bukan lama sangat.bersabar pada yang mau ingat dan pada yang dah ada kenser ini mereka tidak peduli lagi.

    ReplyDelete
  18. Itu adalah cara bn rasuah dan ugut pengundi sebab itu banyak anjing yg menyalak utk menyokong ditambah pula dgn pengampu dan pemakan dedak itu semua duit 1mbd agaknya yg hilang tu macam mana pun sama2lah sokong Tun utk teruskan program selamatkan malaysia

    ReplyDelete
  19. Inilah sebenarnya ciri ciri politik negara dunia ketiga atau negara mundur. Zahid Hamidi mencontohi ketuanya perasuah tegar negara Malaysia. Cash Is King. Jika anggota GPA rasa maruah mereka serendah pelacur jalanan, maka sambutlah huluran Zahid Hamidi itu. Pelacur hanya "bukakan kangkang" kerana janji2 duit. Nampaknya Zahid Hamidi samakan anggota PGA seperti pelacur, meminta "dibuka kangkang" dan beri perkhidmatan dulu sebelum dibayar. Hebat "pelanggan kaya" satu ini. Yer laa.. Bos dah kata "Cash Is King"

    ReplyDelete
  20. AGENT 117 Punya Angkara...

    Ini Semua AGENT 117 Punya Angkara...

    Dibelakang segala scam ini ialah menteri kewangan, agent 117.
    Dia yang berselindung disebalik pasal 117 dalam M&A 1MDB.
    (Petikan dari: http://sakmongkol.blogspot.my/2016/05/hikayat-1mdb.html)

    ReplyDelete
  21. Apalah nasib kehidupan miskin papa kedana penyokong UMNO yang sokong dan mempunyai pemimpin UMNO yang bersifat bangang, korup, penipu, hidup mewah dan bermacam lagi sifat bersalahan dengan ajaran Islam dan Qurn.

    ReplyDelete
  22. Teman sebagai org Perak merasa amat malu dpt TPM yg mcm ni...haramjadah punye Zahid.

    ReplyDelete
  23. Replies
    1. Selisih Malaikat 44!!!!!

      Delete
  24. Ini lah zahid bendi..lendir yang perangkap ..bengong rasuah terangan

    ReplyDelete
  25. Telah menghasilkan (enamt) buah buku poliitik .....tuan budin tolong betulkan ejaan dalam tuan punya biodata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mesti geng kangkung.sendiri salah bilang admin plak.woit mabukkah enam la bahalol mana ada enamt bingai

      Delete
  26. Apa kata Salleh S Keruk?????

    ReplyDelete
  27. Apa yang nak di pelikan dari orang yang pendek akal, itulah modal terbaik darinya.

    ReplyDelete
  28. Biasalah dah kaya raya
    Hidup pun dah senang lenang
    Orang politik kalau dah kaya raya memang MENYOMBONG wal hal dulu ni pijak semut pun tak mati.

    ReplyDelete
  29. Politik dijadikan punca rezeki tidak sama dengan politik untuk perpaduan bangsa dan kemajuan negara.Macam mana hendak mencapai perpaduan bangsa dan kemajuan negara dengan rasuah/salahguna kuasa???

    ReplyDelete
  30. Pemimpin memperbodohkan rakyat ni satu hal....rakyat yang sanggup diperbodohkan, lagi besar punya hal. Walhal majoriti pi sekolah, ramai masok kolej dan U....belajar apa entah

    ReplyDelete
  31. Entah kenapa muka zahid hamidi ni aku tengok mcm muka Donald Trump calon presiden Amerika tu.Gaya bercakap pun serupa,main taram jer...Janji org tepuk tgn bila dengar ucapan dia tanpa berpikir dulu apa kesan kata2 dia tu.

    ReplyDelete
  32. Bengong najib dan zahid biol

    ReplyDelete
  33. Sarawak bijak. Bukan dipihak gang najib
    Tak berubah. Sarawak tetap hamba kepada najib..

    ReplyDelete
  34. Bengong najib dan zahid biol

    ReplyDelete
  35. Sarawak kena tipula kata transformasi
    Hutang negara makin banyak adalah rm600 billion
    Tak nampak lagi
    Trangormasi gila biol bodoh

    ReplyDelete
  36. Bukan sokong diorg tp BN mesti menanglah kat Swk. Unless la org Swk tak dgr ckp CM yg kata 1MDB bukan masalah diorg. When I was in Swk, PM dah 3-4× dtg... sampai org Swk pun menyampah. They just love their CM. What to do... mcm yg dulu pun. Satu Swk tau how rich they are but they still vote this people. Cara diorg berckp mcm bagus sgt. Tp berapa ramai anak Swk yg takde kerja. Dgr cerita diorg boleh menangis. Yg berani dtg cari rezeki di Semenanjung. Tp kalau org Semenanjung kena transfer ke Swk kena justify mcm2. Kena ada work permit bagai.

    ReplyDelete
  37. Rasuah paling besar dalam ketamadunan manusia.

    Pemimpin politik pakai duit rakyat utk dapat undi rakyat.

    ReplyDelete
  38. Zahid Hamidi sudah terdesak beliau ambil jalan pintas dengan memberi rasuah secara terang terangan sehingga maruah dan harga dirinya sudah tiada nilai sama sekali....!!!

    ReplyDelete