Sunday, 29 May 2016

SEMUA INI HANYA WAYANG


Satu demi satu menteri kabinet daripada parti komponen BN mengugut mahu meletakkan jawatan daripada kerajaan sekiranya usul persendirian Hadi Awang yang bertujuan meningkatkan taraf Mahkamah Syariah diluluskan oleh Parlimen.
Mula-mula ia dilontarkan oleh Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong.

Kemudian Presiden MIC, S Subramanian menyertai Liow dan Mah untuk turut mengambil tindakan yang sama sebagai protes terhadap usul tersebut.

Terbaru, dua lagi anggota kabinet daripada MCA iaitu Wee Ka Siong dan Ong Ka Chuan serta seorang timbalan menteri, Chew Mei Fun juga menyatakan komitmen untuk sama-sama meletakkan jawatan mereka.
Walaupun telah diberitahu melalui kenyataan Najib Jumaat lalu bahawa usul Hadi Awang itu bukan usul hudud, para pemimpin komponen BN nampaknya lebih percaya bahawa kelulusan usul tersebut adalah langkah awal ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan.

Malangnya, di sebalik mengugut mahu meletakkan jawatan itu, tiada pula ternampak hasrat mereka untuk membawa keluar parti masing-masing meninggalkan BN.

Jika benar marah kepada kerajaan dan kerana usul Hadi Awang itu dilihat menggambarkan wujudnya kerjasama antara UMNO dengan Pas untuk melaksanakan hudud, mengapa mereka tidak mahu keluar BN?
Sebenarnya semua ini  hanya wayang untuk menjaga penyokong masing-masing menjelang pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

Dalam masa yang sama, tidak kedengaran pula pemimpin-pemimpin UMNO menempelak ugutan yang dilakukan oleh menteri-menteri bukan Islam yang mahu meletakkan jawatan itu.

Pas sebagaimana biasa, lebih menyalahkan dan memarahi DAP berbanding MCA, MIC dan Gerakan berkaitan usul berkaitan hudud itu.

Ya, semuanya adalah wayang belaka di mana masing-masing sedang melakukan pementasan untuk kepentingan penyokong masing-masing yang kesudahan ceritanya hudud tetap tidak ke mana-mana.

Panjang umur sama-samalah kita saksikannya. (SH 29/05/2016).

26 comments:

  1. Setuju. Dan bagi PAS hanya DAP kafir di Malaysia. Tak lama lagi PKR masuk senarai. Malangnya masih ramai yang menyembah 'ulama' parti juban serban tersebut dan mengangkat kesucian 'undang-undang Syariah' PAS-UMNO. Sempitnya mereka melihat Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin hari semakin pening tok lebai dan tok aji di kampung.

      Delete
  2. Pas dah tak apa apa modal politik lagi dah selain daripada hudud.
    Hanya hudud sajalah yg menjadi talian hayat pas.
    Sembang saja lebih. Dah bertahun tahun dah dok jaja hudud ni. Tak akan ada kesudahannya.
    Dah masuk angin pun ruu hudud sla pas ni.

    ReplyDelete
  3. Filem Hudud sedondon arahan lebai malang ular dalam semak.Mustahil buta mata tak nampak undang2 dunia pun belum terlaksana dengan adil saksama, hendak pula juai hudud.Lain yang mencuri lain yang kudung gamaknya.

    ReplyDelete
  4. PAS dimana?
    1. UMNO ~ berta`awun?penasehat?
    2. Ikatan ~ blok ke3? hudud bkn utama?
    3. PKR ~ PR tahalul siasi? DAP parti kafir?
    4. PH ~ musuh? Amanah pengkhianat?

    Sesiapa yang masih berakal... Lu pikir la sendiri

    ReplyDelete
  5. Ini semua wayang kulit klu nak ikut keputusan pru13 mca mic gerakan ni tak layak pun jadi menteri tak ada siapa sokong mereka sjadi bukan senang nak letak jawatan menteri dia ingat kita ini bodoh ke mana org sabah sarawak senyap je sokong ke he he he he

    ReplyDelete
  6. Budin,
    Macam MCA ,Gerakan dan MIC saya nasihat pada depa lebih baik mereka melikup la kerana apa , pengundi cina dan india malah lain lain bangsa tak macam pengundi melayu bagi mereka BN dah jadi macam parti bawa bahana.

    Tapi tang duit depa sapu kalau bagi tapi undi memang pangkah DAP kalau cina dan PKR kalau india, jadi sebenarnya BN sekarang ini cuma tinggal UMNO ja kerana apa, sebab orang melayu masih boleh ditipu bab bangsa dan agama disamping boleh ditaboq dedah murahan.

    Berbalik kepada sandiwara ,sebenarnya bab hudud ini dulu UMNO depa tak pernah nak layan sebab mereka ingat cina dan lain lain bengsa masih jilat BN memangdangkan sekarang cuma tinggal melayu saja yang depa boleh tipu dan terpaksa la juga UMNO pun sandiwara tumpang barang dangangan PAS untuk hidup iaitu hudud . Jadi sekarang kedua dua parti melayu yang tak ada maruah dan malu ini terpaksa la kongsi barang dagang untuk dilacurkan berasama semata mata untuk terus kekal dalam mendapat hasil dan habuan dunia melalui mainan politik.

    Bagi orang yang dah lama mengikuti permainan politik di malaysia ini memang dah masak dengan tektik PAS bila dekat pilihan raya dia bawa keluar cerita hudud untuk di dagang kepada melayu bahalol ,kemudian bila tak pilihan raya dan cuba nak jilat punkoq cina dia kata hudud bukan maslahah utama ,kerajaan kebajikan lebih utama ,ini hadi sendiri yang ucap dan beberapa ulama PAS sebut termasuk Nik Aziz jadi dia tau pula tentang pokok utama dalam islam dalam hal kenegaraan dan hudud dia kata perkara cabang jadi pandai pula dia ubah haluan yang tak exstreams dan ikut jalan tengah ,ini semua sandiwra dan mainan sejak dahulu.

    Sebenarnya PAS faham benar dengan keadaan malaysia dan mereka pun sangat akrif dengan kehendak tuntutan keutamaan dalam islam dalam hal ehwal kenegaraan iaitu keadilan dan kebajikan dituntut dan menjadi keutamaan utama kepada sesiapa saja pemerintahan islam yang lain lain itu lebih kepada maslahah antara individu itu dengan penciptanya iaitu allah swt mengenai Jenayat dan hukum sudah memadai dengan Takzir kalau kita tak mampu.Tapi memainkan perkara cabang lebih mudah bagi mereka kerana mereka tahu perkara ini sukar dilaksana malah mungkin tak akan dilaksana ,kalau perkaran pokok dalam islam nak dibuat isu PAS dah lama tak relevan.

    Jadi sebagai menghentikan sandiwara UMNO dan PAS ini orang melayu wajib berubah dengan menendang terus kedua dua parti ini dari arus politik negara kerana isu agama hanya diguna sebagai perkara untuk didagang dan penipuan ini wajib dihentikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian Melayu.. Kesian bangsaku ditipu dari dulu kini selamanya. Bila mereka akan sedar aku pun tak tahu.

      Delete
  7. Tak sabar nak tenguk wayang PRK ni, nak tenguk latah dari tuan penasihat serban bila undi mereka jatuh pada parti amanah/pakatan,

    ReplyDelete
  8. Kejap lagi najib tabur dedak, semua senyap. Meeting kabinet pun datang awal. Nak letak jawatan konon. Tak sudah2 buat rakyat macam org bodoh. Cakap tak serupa bikin menteri2 ni semua. Depan ahli parti semua cakap macam petir. Bila jumpa najib je, semua jadi tikus.

    ReplyDelete
  9. bila pas diam pasal hudud amno kata pas lari dari prinsip perjuangan
    bila pas minta bantuan amno nak laksanakan
    amno pi kat kapir bagi tau jnagan undi pas nanti ada hudud
    apa keja puak amno selama 60 tahun ni adakah depa terkecuali dari perintah Allah untuk tegakkan hukum hukum Allah
    kapir tentang Islam dari zaman nabi lagi
    amno pun kuat berdolak dalik
    itu orang mau letak jawatan letaklah sapa kesah

    kalau bab merekacipta undang undang manusia tak mau pakai hukum dari Allah buakan main hebat
    tapi apa yang jadi tengok sendiri lah
    duduk rumah pun macam duduk dalam zoo keliling rumah penuh pagar besi
    tu pun ramai tak sedar kediri

    sebab tu pencuri bial disemak rekod ada banyak rekod kerja masuk keluar penjara.mana ada takut untuk buat jinayah lagi .ini hukum manusia
    hukum Allah pencuri dipotong tangan tak payah susah payah masuk penjara
    mana lebih baik pencegahan nya?

    Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa

    Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    apa status manusia yang Islam memilih milih hukum dari Allah ?
    apa status manusia yang Islam menykong puak yang
    engkar deangn perinath Allah ini
    sendiri jugak mau tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan , PAS sebenarnya tak pernah nak laksana hudud pun ,kalau dia nak laksana dah lama dia buat diKelantan semasa Nik Aziz dulu kerana Dewan negeri dan Sultan kelantan yang berkuasa dari segi agama dan maslahah islam dah bagi kelulusan dengan jelasa ketika itu ,tapi sejak 1993 mereka berdolak dalih putar belit salahkan orang lain kemudian mereka Draf hudud pun langsung tak ikut syariat sebenar ,mana ada undang undang Allah swt ini hanya terpakai kepada orang melayu islam saja ,kalau kita nak jatuh hukum dimesti jatuh kepada semua umat manusia dibawah naungan pemerintahan islam tersebut itu baru ujud konsep keadilan yang paling dituntut lebih dari hudud itu dalam islam jadi kalau tak ada keadilan itu bukan hudud atau syariat islam itu undang undang syaitan kerana zalim faham ini ,jadi kalau rasa tak mampu mengikut mazhab 4 sunnah waljamaah boleh kita takzir ,kecuali la kamu ikut ajaran salafi dan wahabi mereka ini tak boleh semua mesti ikut jalan yang keras seperti bunuh sebagainya walaupun nabi muhammad swt dalam syirah beliau banyak amalan jalan keluar di utamakan terutama bertaubat kerana dengan jelas disebut dalam alquran cuma kita saja tak mahu baca habis cuma ambil sekerat sekerat ayat tersebut ini lah masalah dengan orang melayu islam malah umat islam sendiri sehingga pemikiran menjadi kaku dalam hal maslahah umat dan agama.

      Delete
  10. Wayang skrip UMNO dimainkan sicina buta PAS kononnya Hudud jadi smoking gun tutup cerita 1MDB semasa PRK.

    Silanun menrencana tapi Allah menentukan yang baik dan bathil.

    Tup..Tup WSJ keluar cerita pemilik Goodstar tiada org perseorangan tiada kaitan dgn PetroSaudi spt salinan Surat BNM.

    Apalah musibah malang 1MDB ni.. Aritu IPIC Abu Dhabi declare 1MDB bayar berbillion kpd salah orang, syarikat bogus nama seakan sama anak syarikat IPIC diBVI. Dari cerite WSJ ni, 1MDB bayar berbillion pulak kesalah orang, Goodstar diSeychelles bukan PetroSaudi.

    Asyik 1MDB tersalah bayar..bikin pening pengundi2 PRK ni.

    Bila keluar cerite 1MDB ni, anticlimaka pulak cerite Cina buta Hadi dan Hudud..err RUU yg nak dioverkan Utusan Dan TV3 berhari2 sehingga selesai PRK..hmmm

    ReplyDelete
  11. Apa? Nak letak jawatan? Bila tu? Esok boleh?
    Dah nak sangat letak jawatan,apa tunggu lagi letak je la,kita buat lagi PRK apa ada susah. Letak jawatan pergi main jauh2. Ini semangat anda kpd negara? Ptuiii...
    Tu bapak penyamun tu kau tak soal apa yg dia dah buat? Kau dlm parlimen tu berapa kali kena tipu? Ok ke tu? Rakyat kata tak ok. Semua yg dok bersidang tu memikul amanah rakyat,tapi apa yg kau pulangkan? Jawaban bodoh kpd isu2 penting. Isu melibatkan maruah negara. Zaman gemilang negara kian musnah,tu pun kau tak faham? Sibuk nak main wayang. Yg alim nak tunjuk ilmu tinggi,yg setengah alim lagi lah tinggi yg tak alim langsung,togok arak...ok tu?
    Menteri sekelian,skrg 2016 bukan era 70an utk kau tipu rakyat lagi. Cukup2 la. Dah tua belaka dah semua tu bawak2 bertaubat. Mcm tajudin p.salak,pergi lagi tak ke genting berjudi? Tu kawan kau yg bagitau aku,sbb dia pergi sama dgn kau!

    ReplyDelete
  12. HUDUD ?

    Yang mencuri berbillion pun masih disokong, tak ada nada anti mencuri wang negara, tak mahu penjenayah wang negara dibawa ke pengadilan, INIKAN pula nak bawa HUDUD?

    INI SEMUA POLITIK PAS DULU DAN SEKARANG. BAK KATA AWIE, INI SEMUA POYO !

    ReplyDelete
  13. Letak jawatan selasa depan.

    ReplyDelete
  14. hudud pas hanyalah lagu untuk dimainkan sebelum pilihanraya dan pemilihan pas sejak azali lagi. hudud pas ibarat menderam untuk memperbodohkan penyokong pas dan orang islam. .

    ReplyDelete
  15. Apabila si perompak dan pencuri menyokong hudud!

    ReplyDelete
  16. amno tak bantu ke pas saudara islam untuk laksanakan hukum hukum Allah???
    ni kan negara islam
    hebat amno ada kuasa tak bantu saudara islam untuk laksanakan di negeri
    takut obama pbb yahudi marah ka?
    patutlah bala demi bala Allah timpakan dalam negara ni padan muka semua pakat tanggung
    ingkar perintah Allah hidup pun atas muka bumi
    milik Allah tapi sombong
    orang pun dah tahu perangai puak amno ni sia sia Allah bagi kuasa tapi ingkar suruhan Allah
    jadi pulak penggalak maksiat di tv dengan program
    maksiat bercampur aduk denagn ugama
    dah terok amno ni

    ReplyDelete
  17. Dlm penipuan mdb semua bangsa terlibat,tujuan mereka jual maruah dan amanah dan tidak takut allah merrka takut dedak putus.bangsato malaysia.semoga semua makan viagra dgn bini2 mereka cari jigolo

    ReplyDelete
  18. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai . Perletakan jawatan saya ini adalah kerana tidak bersetuju dengan usul yang tidak dibahaskan walaupun sudah dicadang dan disokong oleh MP dari kerajaan. Perletakan jawatan ini akan berkuatkuasa pada hari Selasa tahun .

    Yang benar,

    *contoh surat berenti khoja.

    ReplyDelete
  19. Kejap lagi najib tabur dedak, semua senyap. Meeting kabinet pun datang awal. Nak letak jawatan konon. Tak sudah2 buat rakyat macam org bodoh. Cakap tak serupa bikin menteri2 ni semua. Depan ahli parti semua cakap macam petir. Bila jumpa najib je, semua jadi tikus.

    ReplyDelete
  20. Syaitan sedang berpesta,
    Sijahil menipu dan berdusta,
    Si Alim aminkan untuk bermuka muka,
    Kuasa dan wang bermaharajalela.

    Syaitan sedang berpesta,
    Sijahil SiAlim bermain kata kata,
    Rakyat tertipu semakin derita,
    Ya Allah, lindungilah kami dari segala bala....

    ReplyDelete
  21. WAYANG...untuk tarik undi China menyokong BN. PAS/ TGHH telah memainkn peranan dgn bagus sekali..TERBAIK untuk membantu BN..caya lu Tuan Guru..

    ReplyDelete
  22. WAYANG...untuk tarik undi China menyokong BN. PAS/ TGHH telah memainkn peranan dgn bagus sekali..TERBAIK untuk membantu BN..caya lu Tuan Guru..

    ReplyDelete
  23. Yang sebenarnya yang menjadi syaitan bertopengkan manusia ialah orang2 yang suka melakukan kejahatan seperti menipu, mencuri, rasuah, aktiviti pelacuran dan sebagainya yang golongannya ada yg terdiri dari orang politik dan individu yang berkepentingan.Hukum hudud boleh dilaksanakan jika pemerintah, Raja dan Sultan menjadikan Brunei sebagai contoh. Malah kita boleh mempelajari dari Brunei dan Aceh sebagai rujukan.Hanya ego org politik/terpengaruh yg tidak mahu mengikutnya. Bagi rakyat Malaysia yg dari agama lain, saya yakin mereka akan menyokong kerana keselamatan mereka akan lebih terjamin jika hukum Hudud dilaksanakan.Insha Allah tiada atau kurang org yang akan mencuri, meragut atau mungkin membunuh.Contoh terkini, sejak permintaan dan wajib 'HALAL' dilaksanakan,ramai yg bukan Islam turut inginkan produk HALAL kerana mereka begitu yakin dengan kebersihan dan kesucian yg ISLAM tuntutkan khususnya makanan.Parti PAS ialah parti mempersendakan ISLAM.JIka PAS inginkan Hudud dilaksanakan, cukup dengan keizinan Tuanku Sultan kerana Tuanku Sultan ada kuasa dlm hukum ISLAM di setiap negeri dan undang2 tubuh/negeri memihak kpd Tuan ku Sultan.Sebagai orang ISLAM kita patut melaksanakan hukum2 ISLAM kerana tuntutan agama ISLAM, MALAYSIA adalah negara ISLAM,malah jika kita mati biar sebagai org2 mukmin seperti disebut dlm Al-Quran. Bukan mati sebagai MELAYU, UMNO, PAS,PAN, ARAB, atau mati kerana bangsa/parti.

    ReplyDelete