Wednesday, 18 May 2016

SELEPAS WARKAH DARI PENJARA, ADAKAH IA TANDA2 ANWAR AKAN BEBAS LEBIH AWAL?


Fakta lain yang terkandung dalam warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim ialah - "Dan tolong jangan percaya yang mengaku sebagai "sumber sahih, dipercayai"  yang mana Najib telah menghantar utusan bertemu saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas.

"Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan."

Mengapa, sementara Anwar melahirkan kebimbangan terhadap Tun Mahathir dan projek Deklarasi Rakyatnya sambil meminta pimpinan PKR agar sentiasa berwaspada terhadap bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, beliau sendiri yang turut membangkitkan mengenai pertemuan sulit dengan geng Najib yang khabar anginnya tidak banyak pun diperbualkan oleh orangramai?

Ada yang mengatakan, selain mengadakan pertemuan dengan Zahid, Najib juga menghantar wakilnya iaitu Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji untuk bertemu Anwar.

Adakah Anwar secara halus sedang cuba memberitahu sesuatu di sebalik warkahnya itu?
Adakah apabila berlaku penafian, sebagaimana yang kerap berlaku dalam banyak kes sebelum ini, ia sebenarnya adalah tanda-tanda kebenaran semakin hampir?

Malah, kata mereka yang arif dalam mengikuti perjalanan politik Anwar, ketika mahu melawan Tun Ghafar Baba dulu pun, beliau bermula dengan penafian juga.

Dalam hal ini, mungkinkah pertemuan Anwar dengan wakil Najib dan Zahid Hamidi  itu betul-betul telah berlaku?

Apakah Najib, di sebalik ditekan hebat oleh Tun Mahathir yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan disokong sebahagian pemimpin pro Azmin Ali dalam PKR, turut mengintai peluang untuk mempergunakan Anwar bagi menyelamatkan masa depan politiknya?

Itukah sebabnya, maka warkah dari penjara itu banyak sekali menyentuh mengenai Tun Mahathir dan Deklarasi Rakyat?

Itukah juga puncanya Anwar diberikan kelonggaran, sebagaimana yang diakui oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed, untuk menyebarkan warkah tersebut di sebalik peraturan Jabatan Penjara yang melarang sesuatu barang dibawa masuk atau keluar dari penjara?

Apakah selepas ini kita akan menatap lebih banyak lagi luahan Anwar berkaitan Tun Mahathir dan Deklarasi Rakyat?

Dan akhirnya, apakah Anwar  bakal dibebaskan lebih awal daripada penjara melalui pengampunan yang akan diusulkan sendiri oleh Najib?

Apakah juga nanti, melalui pembebasan awal itu, bukan sekadar membuatkan Anwar, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan lain-lain pemimpin yang masih setia dengan Ketua Umum itu rasa terhutang budi dengan Najib, malah penyudahnya akan turut  membawa perpecahan kepada PKR sama?

Di titik paling akhir sekali nanti, mungkinkah semua yang pro Anwar, termasuk Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah yang memang diketahui tidak menyokong Deklarasi Rakyat akan bertaut erat dengan Najib, UMNO serta BN dan pakatan pembangkang akan diambilalih oleh Tun Mahathir bagi meneruskan hasrat menyingkirkan Perdana Menteri dari tampuk kuasa melalui pilihanraya? (SH 18/05/2016).

71 comments:

  1. Glad to visit the site very nice and interesting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang check tgk Budin, kene ban drpd ke luar negeri ke tak?

      Terbaru, imegresen akan ban sesapa yg kritik gomen drpd ke luar negara.. mcm best je dengaq

      Delete
    2. ASD, Putramerdeka, adalah 'interference' pretty obvious but SDT (this blog) I supposed not as 'Brutal' or menusuk kalbu lanun-bugis.....

      Just sharing my take from my blog-surfings....from North America that is.

      MLN

      Delete
  2. So many questions - and yet not many have the answers. But be rest assured that sooner or later, we shall know the truth. Stay tuned. Malaysia Truly Drama! All that said, dear Shah, these are valid questions.

    ReplyDelete
  3. Tak mungkin berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian org2 yg mau bangunkan Malaysia nk jadikan Malaysia maju dan makmur, nk jadikan rakyat semua pandai2 belaka , tapi buang masa je !!!!!!!!!! tak perlu la ,,,,,,,,,,,,,,,sebab rakyat Malaysia memang tak ade otak 70 %, padah muka mereka masih mundur kerana tak ade otak dan pengecut, ,,,,,,,mengapa saya ckp tu sebab senang settle mereka rm 20, rm 50 , rm 300, rm 500 boleh settle dan jual hak mereka ......itulah sebab saya ckp BODOH......dan pembangkang jgn harap boleh menang dgn mentality rakyat Malaysia ,,,,itu sebab saya ckp BUANG MASA JE

      Delete
  4. Deal blkg2 ni yang kita taknak tgk..gov dah terdesak, mcm2 dia boleh buat.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Pada saya, yang lebih mengejutkan; para penjilat dan pembodek Najib sanggup membodohkan-diri dan tanpa rasa segan-silu tergamak memperdaya Rakyat apabila mengunakan bekas-bekas banduan untuk menyucikan dan menyilap reputasi ketua mereka yang banyak terpalit persepsi-buruk, tipu Rakyat, guna orang-tengah-kelabu-asap, songlapkan WANG Rakyat dan pengubahan wang-haram.

    Dulu mereka guna seorang pembunuh yang lari ke Australia untuk mengelak hukuman bunuh di Negara sendiri. Tergamak mereka cemar imej Islam, menyarong ketayap di kepala pembunuh untuk 'sucikan' Najib dari dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya.

    Sekarang mereka sanggup pula guna seorang bekas banduan-salah-guna kuasa. (Sebagai TPM pada 1998, dia mengarah Polis untuk menangkap Ummi Hafilda Ali & Dr.Christina). Terlepas dari tuduhan liwat-I atas sebab teknikal dan sekali lagi sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat pembancuh-kopi-peribadi pula.
    Dulu mereka sangat benci pada manusia 'penderhaka' ini dan sering memburukan beliau dengan tuduhan salah-laku rasuah, politik WANG, kronisma dan lain-lain. Setelah dipecat, beliau-sekeluarga telah menubuhkan PKR, bergabung dengan DAP dan PAS untuk mengkuburkan UMNO dan BN. Tuduhan yang sama mereka tujukan terhadap Dr.M, hari ini, walaupun Dr.M jelas hanya mahu menurunkan Najib seorang saja.

    Mungkin betul kata-kata Omputih: Birds of the same feathers flock together.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar, Anwar dan Najib memang sebulu dalam meng-tuhankan Cash! Malangnya dua-dua politikus ini sama2 berhajat sangat utk menjawat PM. Crooks boleh bekerjasamalah sampai ke masa dia saling tikam-menikam kelak....hehehe

      Delete
    2. Orang yg kurang cerdik shj percaya mengenai kes liwat 1 dan 2. Kes liwat 1 dirancang olih Mhdir dan Liwat 2 olih Najib.

      Klau lah Najib tak terlibat dlm liwat 2, sudah pasti dia bocor rahsia mengenai keterlibatan Mhdir dlm liwat 1. Org2 kanan dia jugak sudah bukak mulut.

      Delete
    3. Terserlah kebodohan dan kejahilan si pemakan desak.

      Delete
    4. Anon 18.25 tu tuan hakim mahkamah mana?

      Delete
    5. Kalau kau orang nak tahu anon 18.25 tu graduan university of Tampoi cgpa 4 flat.lepas tu dia buat phd kat university of Tanjong Rambutan pun dapat cgpa 4 flat juga.

      Delete
    6. Mahdir dan Najib sama2 kaki rasuah dan menyalahgunakan kuasa utk kepentingan diri dan kaum keluarg2. dua2 patut didkwa. Pencacai Mhdir anon 20:44 dan 20:55 tak perlu histirical.

      Tanyalah mana2 pendukung rformasi....kebencian mreka pd Mahadir sama tahap nya dgn kebencian mereka kpd Najib skarang. Dua2 kaki songlap duit rakyat.

      Delete
  7. Salah Mhdir jugak. Kan Anwar semasa dMahkamah kes lwn Nallakarupan sudah buat public statement mengatakan dia sudah maafkan semua org termasuk Mhdir. Mhdir pulak slepas tu pi bgtahu satu dunia melalu interview TV Aussie Anwar dipecat sebb salahlaku kes liwat. Apa punya malaun.

    Sekarang org Umno terutama Zahrin ysaain dh buka mulut. Mereka kata sbb Mhdir pecat Anwar ialah kerana dia bongkar isu Perwaja dan KNN. Krony, Nepotisma dan Rasuah; dan bukan sebb kes liwat yg telah pun diselesaikan pd 1993.

    Klau Najib tk terbabit dlm sodomy 2, aku percaya dia pun sudah bgtahu 1 dunia, Mhtir yg rancang Sodomy 1.

    Yg Anwar nak adalah spt diperjuangkan olih Reformasi dulu. Penghapusan rasuah dan salahguna kuasa,penghapusan ekonomi yg dicontrol oli kroni2, pembetulan sistem kehakiman dan lain2 dn bukan semata2 singkir Najib dan ganti dgn kroni lain jadi PM, yg akan meneruskan sistem korup yg sama. Walhasil balik asallah jawabnya.

    Najib disinkir dan orang yg perangai mcm Najib jugak jadi PM. walauapa2 pun, Najib patut didakwa kerana ambik wang rasuah RM42million dari SCRI dan RM2.6billion American pie. Tu tak bolih bertolak ansur...whatever lahh...interpretasi yg nak diberi kepada surat Anwar. Najib must be sent to the 'gallows' for his massive corrupt wrongdoings.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kau tak mau sekolah pandai2 dulu. Kalau tidak tentu kau dah jadi tuan hakim mahkamah tinggi skrng ni

      Delete
    2. Dulu dia maaf Tun M, sekarang dia melahap pula. Ish,ish...banyaknya biawak dan ular sawa keliling.

      Delete
    3. 18:21 & 18:25

      Yang tak cerdik nyer balik kepada kamu....seribu kali bebal. Ko ingat Malaysia boleh atau ada access SB Spore, FSB Russia ker dalam espionage activity????

      AI punya kes M16 CIA OSA-Australia pun tahu....

      Jangan hanya baca local, gi cari global and verify it!

      Delete
    4. ..pencacai Mahdir histirikal nampak?????

      Delete
  8. Cukup2 la berpolitik. Kami rakyat semakin terhimpit.

    ReplyDelete
  9. Walau apa pun dosa tun m yg tlh dibongkarkan,ternyata bertambahlah info dan jwpn satu persatu tujuan,matlamat dan faedah tlh tun m lakukan pd masa lalu..semesti ny tun m mengetahui sbb mengapa beliau membuat tindakan yg bertentangan dgn kemahuan rakyat spt memecat anwar..diakui oleh Ku li sendiri ttg sikap tun,tun sememang ny seorang yg sedar dlm melakukan tindakan..agak menghairankan,mengapa org2 besar didlm umno semasa zaman tun dahulu,senyap xberbunyi dan mengikut saja telunjuk presiden..ttp selepas tun m bersara mengapa isu kroni,nepotisme dan salahlaku dibongkarkan kembali demi menjaga survival politik dan populariti mereka..agak menjengkelkan ahli politik begini secara xlangsung mencerminkan mereka ini hanyalah ahli politik yg miskin integriti dan berpendirian spt lalang..tiadalah guna rakyat melantik mereka kerana rata2 nya mengenyangkan tembolok sendiri atas tiket memperjuang nasib rakyat..

    ReplyDelete
  10. Kemungkinannya tinggi. Jika Anwar bijak dia tidak akan berpihak kepada siapa-siapa selepas pengampunan, dan peluangnya untuk menjadi PM juga kembali cerah. Jika dia mengambil kesempatan di atas permusuhan di antara Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Najib Abd Razak dengan memilih salah satu dari mereka dia akan jatuh dan itu menjadi penyudah yang buruk kepada karier politiknya. Antara Dr Mahathir dan Najib, ular lebih baik. Jalani penjara dan bebas sebagai pemimpin merdeka bermaruah

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't play politics ok? Allah is watching over us. Good will overcome evil, just pray, walk straight and wait .....

      Delete
  11. Untuk melihat najib tumbang masih jauh Dari apa yang disangkakan....masing2 nak berkepentingan....

    1)najib mahu mempertahankan jawatan sampai mati.
    2)anwar aljuburi mahu keluar Dari penjara...
    3)zahid dah x sabar jadi PM
    4)pemakan dedak takut kehilangan sumber dedaknya.

    Yang hidup dalam mati adalah rakyat...lihatlah sepuasnya watak politik didepan mata kita semua...

    ReplyDelete
  12. Aku percaya Tun lebih dari Aku percaya Anwar lebih dari aku percaya Najib!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%. Yg buta hati je percaya anwar x salah dlm kes liwat.

      Delete
    2. aku percaya tuan penasihat je..hihi

      Delete
    3. Aku pun dulu penyokong Anwar, semasa Anwar TPM... kawan aku penyokong PAS menunjukkan kpd aku akhbar Harakah yg bertajuk besar bahawa Anwar terlibat dlm kes liwat

      Delete
  13. murah sungguh prinsip kalau betol macam dikatakan
    amno tetap amno sampai bilo bilo
    nyahkan amno dari tampok kuasa dlm pru14

    tanda orang munafik tak kira siapa

    Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.


    ReplyDelete
  14. Serangan demi serangan yang tun lancarkan keatas najib, memungkin najib membebaskan anwar dengan syarat lakukan serangan balas keatas tun.
    Jika najib meletak harapan yang seperti itu maka jelas najib mengundang padah. Anwar umpama ular tedung yang boleh mematuk siapa saja yang dia suka. Jika najib korup, anwar akan lebih korup dari najib. Sebab itu dalam pkr sendiri ada 2 kem, satu yang pro anwar, dan satu lagi yang beransur ansur tinggalkan anwar. Anwar hanya dijadikan jambatan politik mereka.

    ReplyDelete
  15. kegilaan jenis apakah ini?. yang memimpin korup. bekas pemimpin pun korup. yang duduk dalam penjara pula kaki liwat cakap berbelit belit. pemimpin muda pula bercakaran sana sini. KEGILAAN JENIS APAKAH INI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun pening, next PRU aku nak undi PAS. walaupun Presiden PAS kenyataan dia kejap ini kejap itu (flip-flop) at least dia tak buat kerja terkutuk, tak senonoh & tak makan wang haram.

      Delete
    2. tuan-tuan presiden yg di universiti tak boleh diharap ke??

      Delete
  16. Anwar boleh memilih untuk hidup bebas lama dulu lagi selepas ianya dibebaskan oleh mahkamah diera Tun Abdullah. Anwar boleh terima tawaran kerajaan luar negara untuk bertugas di luar sana dengan gaji lumayan. Dia boleh pilih teruskan hidup di negara barat malah mampu mendapatkan warganegara dengan mudah dan boleh bebas melakukan homoseksual dan aktiviti liwat yang telah 2 kali dikenakan ke atasnya. Tapi Anwar menolak peluang yang terbuka itu. Jika benar benar seorang peliwat dan homoseksual tegar, sudah pasti inilah pilihannya.

    Tapi kenapa dia tidak mengambil peluang ini?, Kenapa perlu dia kembali kesebuah negara iaitu Malaysia yang mengharamkan liwat dan homoseksual?. Bodoh lah Anwar jika itu niat dan hajatnya. Kenapa perlu dia meliwat dan melakukan homoseksual di Malaysia sedangakan ianya mampu dan boleh dilakukan dengan selamat tanpa gangguan di luar sana?. Sebab itu tuduhan, fitnah dan anggapan ramai musuh politik Anwar itu lebih bertaraf sampah dan jijik kerana mereka yang mencipta kes dan mengatur konspirasi ini adalah para pimpinan jijik. Siapa mereka2 ini?. Tidak lain tidak bukan adalah pimpinan tertinggi parti UMNO BN yang korup dan pembelit termasuk di era Tun M.

    Bila Anwar menyatakan siri liwat I dan II adalah konspirasi pimpinan tertinggi UMNO yang menggunakan segala institusi untuk menghumban beliau ke penjara, ramai terutamnya pimpinan dan penyokong tegar UMNO BN tidak percaya. Kata mereka tak mungkin AG, pihak polis dan segala instutusi undang2 telah dipergunkan untuk tujuan itu. Tapi Allah maha adil. Hari ini semua rakyat mulai nampak bahawa memang konspirasi ini berlaku malah Tun M dan para juaknya terpaksa menelan hakikat ini. Kalau ini tidak berlaku, masakan Tun M sendiri telah menuduh Najib Razak mempergunakan AG, KPN, Gabnor Bank Negara malah sesuka hati menukar pegawai tertinggi SPRM dalam kes siasatan yang melibatkan Najib. Jika ini boleh berlaku, maka dalam kes melibatkan isu liwat I dan II Anwar, bukan mustahil ianya berlaku iaitu peranan orang2 dalam institusi undang2 dan penguatkuasaan untuk membenarkan tuduhan ke atas Anwar.

    Ini boleh disahkan lagi dengan kepincangan dan huru hara yang boleh dikesan sepanjang siasatan dalam 2 isu ini berbeza ini dimana banyak klik kluk klik kluk dikesan sepanjang perbicaraan dan siasatan. Ini kerana banyak yang tidak kena disebabkan percubaan mengubah fakta, menutup dsn mencipta bukti.

    Pandangan Shahbudin bahawa ada usaha kerjasama Najib-Anwar sukar untuk diterima malah ini tidak mungkin akan berlaku kerana jika ini yang Anwar mahu, rasanya dia sudah lama boleh memilih untuk berkompromi dengan Tun M lama dulu. Tapi disebabkan prinsip yang kukuh di pegang Anwar, maka tidak mudah pendirian Anwar untuk berubah.

    Apa yang lebih dipentingkan oleh Anwar ialah hak yang lebih banyak dan terbuka kepada orang kebanyakan. Beliau mahu kek ekonomi diagih secara lebih merata dan tidak dibolot atau dimonopoli oleh kelompok tertentu. Dan inilah yang menghantui pimpinan perasuah dalam UMNO BN termasuk Tun M sendiri yang dihantui oleh kesilapan silam beliau. Tulisan Shahbudin ini tidak kurang dan tidak lebih bertujuan untuk mengurangi kesan keraguan ramai terhadap Tun akibat surat tulisan Anwar dari penjara itu. Kata maaf Anwar kepada Tun M hanyalah kesalahan peribadi Tun M terhadaonya tapi tidak kesalahan Tun M kepada negara dan rakyat teramai. Ini perlu Shahbudin bijak untuk memahaminya, Kata maaf Anwar kepada Tun M tidak merangkumi semuanya kerana Anwar bukan berhak memaafkan kesalahan Tun M terhadap puluhan juta rakyat Malaysia yang dizalimi di era beliau itu. Sebab itu Anwar konsisten menyebut bahawa Tun M perlu kembalikan apa saja pemilikan yang melampaui kepada rakyat termasuk monopoli minyak petronas.

    Saya juga boleh untuk memilih hidup dan masa depan yang senang lenang dengan menjadi sebahagian kroni Tun M dulu mau pun era Najib Razak, tapi bagi saya, lebih penting berkata dan berbuat baik sekali pun ianya amat pahit kerana pahit itu lazimnya baik untuk penyembuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjangnya.
      MALAS NAK BACA KARANGAN BUDAK TINGKATAN 3

      Delete
    2. ya betul sebab tu sekarang kena fokus pada isu yang satu dahulu. Yang lain2 fikir kemudian. Orang tua nyanyuk tu dah cakap awal awal lagi.

      Anwar sokong Najib patut berhenti
      Mahathir pun sama
      ada dari PAS yang skong gerakan ni
      ada dari UMNO sokong gerakan ni
      dan kebnyakan dari penyokong pakatan.

      Untuk reform yang konon korang perjuangkan tu. Ni la platformnya jatuhkan Najib.

      Jika Najib atau perdana menteri boleh dijatuhkan kali ini

      Kita boleh buat perkara yang sama untuk PM yang akan mengganti najib nanti.

      BUKANKAH INI REFORM ? Kuasa dikembalikan kepada rakyat seperti !!

      Delete
    3. Kau pun sama,....sokong peliwat dan pencuri.

      Delete
    4. Fanatik betul saudara dengan Anwar. Hujah saudara yang panjang lebar memerlukan satu motivasi dan daya tahan yang tinggi untuk menghasilkannya. Bertuah sungguh Anwar mempunyai laskar siber seperti saudara. Sangat produktif dan tinggi ketaatannya.

      Delete
    5. Matlamat parti dan maksud perjuangan PKR tu apa sbnr ny..menentang tun m atau mmperjuang nasib rakyat..itu shj persoalany..agenda ny masih kabur dan matlamat ny masih sama spt DAP,malaysian malaysia..sayang ny majoriti melayu menolak slogan tersebut..tp bagaimana 1malaysia anjuran najib..?hancuss,rakyat malaysia masih dlm dilema perkauman,syak wasangka masih ada..mengapa ini berbeza dgn pemerintahan tun m..perkongsian kuasa dpt diimbang sekiranya kepimpinan pusat menjalankan gerak kerja yg dinamik seiring kehendak rakyat,bersih,dan samarata..tidak timbul isu sensitif yg melibatkan agama dan perkauman tidak spt sekarang yg bebas menghina antara satu sama lain..bkn hanya menjuarai isu rakyat,pandai berhujah tp xbuat dan hanya tahu menyalahkan sebelah pihak..prestasi pakatan rakyat pun makin suram dan berpecah belah..jadi sbg rakyat biasa yg bergantung pd pihak pemerintah,kemana hala tuju yg anda semua bawa jikalau keikhlasan anda sbg pemimpin anda semua abaikan..berbalik pd suara majoriti malaysia iaitu orang melayu,apa nak jd nasib mereka ini..?masih lagi nak percaya si tikus yg membaiki labu..?

      Delete
    6. Saya setuju dgn che minah. Memang susah nak bercakap dgn budak yg ada srp ni.

      Delete
    7. Anon 20.59 ni minat sungguh dia dgn liwat.Mungkin dia marah sebab namanya tidak disebut sama sekali oleh semua media arus perdana sebagai salah seorang mangsa yg pernah diliwat oleh anwar

      Delete
    8. Marahlah tu sebab anwar bagi lima kupang saja kat dia sekali liwat

      Delete
    9. Bahas lah dengan cerdik. Anon 20:59 sekurang-kurangnya beradab dalam bahasa dan motifnya. Tak perlu mencemuh pendapat beliau jika tak setuju. Bagi fakta anda dan bukti-bukti. Jangan tuduh orang lain ilmu tingkatan 3 jika kita masih belajar mengeja. Makin bosan membaca komen-komen yang makin kurang bijak. Tidak membina!

      Delete
    10. Pencerahan kpd pro anwar..maaflah E AH,byk kenyataan anon2059 kelihatan agak berat sebelah..jika benar tun m byk melakukan salah laku,harap anwar bertindak berani menyaman tun m spt tun m memfailkan saman terhadap najib baru baru ini..rasanya dah byk kempen parti memburukkan tun m ttg slh laku tun m melibatkan petronas dan bla bla bla..bukankah anwar sgt berpengaruh di seluruh dunia terutama US..jd apa nak takot..dan lg1,adakah kita semua percaya apakah najib kini mengikut jejak langkah tun m?slh laku yg membabitkan beberapa negara yg menyiasat kes 1mdb,derma arab, GST dan sebagainya..maaf tuan,beza langit dan bumi..

      Delete
    11. Saya setuju sgt dgn pendapat anon 00.18
      Diminta anon 2059 banyak2lah bersabar dalam menghadapi liku liku cabaran hidup ini.
      Lagi pun tak lari gunong dikejar.
      Kalau dah jodoh tentu tak kemana.
      Bersabarlah..

      Delete
  17. Sudah jadi harbatah dan rojak politik di Malaysia,,Najib,Anwar dan Mahathir berbalah tak sudah,,cuba beri kaum Tiong Hua memerintah mana lah tahu boleh jadi Negara maju macam Singapura LEE KUAN YEW

    ReplyDelete
  18. tunggu najib mati je lah..tak boleh nak buat ape lg..biar dia jawab dgn Tuhan yang Maha Esa..kita begaduh dlm ni pun tak guna..Najib King of Cash

    ReplyDelete
  19. Najib pengkhianat semakin tenat,jadi bantuan seorang lagi pengkhianat negara sangat diperlukan untuk merosakkan Dr.Mahathir.Najib yang tak ada teloq sangat perlukan bantuan seorang banduan,yang kononnya dalam fikiran bodohnya dapat menewaskan perjuangan Mahathir.Malangnya Najib yang bangang ini lupa yang banduan yang dia rasa sangat boleh diharap itu hanyalah sekadar Raja Auta,Raja Liwat dan seorang gay tua.Ayuh keluarkan Anwar segera wahai Najib bangsat,dan kita tengok apa Mahathirisme akan lakukan kepada kamu petualang semua.

    ReplyDelete
  20. perkara ini pasti akan menjadi sesuatu yang menarik apabila dalam satu masa keluarga anwar cuba bangkit dalam arena politik beliau dan tiba-tiba Tun Mahathir muncul meraih simpati meminta izin untuk meminjam pengaruh PKR setelah gagal begerak sendiri untuk menjatuhkan Perdana Menteri seperti mana Tun Mahathir menjatuhkan Anwar..sesuatu yang pelik apabila setelah 17 tahun berlalu baru kini Datuk khairuddin menafikan beliau yang menulis buku '50 dalil mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau kekasih baru Anwar ke?

      Delete
  21. benar,azeez ada jumpa anwar semasa anwar dlm perjalanan ke hkl tempohari...

    ReplyDelete
  22. Anwar tetap Anwar, perangai lama tidak berubah, walaupun dalam penjara masih lagi nak berpolitik.

    Perjuangan kena ikhlas, Anwar kena ingat sejarah dia masuh penjara dulu, adalah tidak ada keikhlasan dalam perjuangan. Perjuangan yang mementingkan diri akhirnya akan makan diri.

    Perjuangan Tun adalah jelas, meminta Najib letak jawatan kerana telah gagal sebagai PM dan si Najib sudah mencuri wang negara.Pencuri tidak layak menjadi PM, apatah lagi gagal dalam projek 1MDB dan memalukan negara dipersada antarabangsa dengan skandal rasuahnya.

    Kerana keikhlasanlan Tun dapat menjadi PM dan memajukan negara sehingga dihormati dipersada antarabangsa. Hatta negara Rusia, Jepun, Peranchis amat menghormati Tun dan Malaysia. Tapi sekarang apa Najib dan lakukan, memalukan negara.

    ReplyDelete
  23. Sudah la biarkan la Anwar itu saja tempat paling sesuai untuk dia kerana dia pencetus masalah kepada negara.

    ReplyDelete
  24. Semasa anwar jadi menteri kewangan, bapanya mendapat lesen balak disabah.
    Bila pas pecah lubang, anwar bersumpah yang dia tak tahu yang bapanya ada lesen balak. Semua orang ketawa sebab yang luluskan lesen itu adalah menteri kewangan. Mungkin juga menteri kewangan tandatangan saja tanpa baca. Bapa anwar pun bersumpah juga yang dia tak tahu macam mana namanya tertulis dalam lesen tu. Katanya dia tak pernah mohon lesen tersebut. Tersembur-sembur air liur anwar masa ceramah kat guar perahu.
    Jadi apa bezanya anwar dengan najib yang rm42juta masuk keakaun nya. Najib kata dia tak tahu macam mana duit sebanyak itu boleh berada dalam akaunnya tetapi guna pula duit tu.
    Begitu juga anwar, katanya itu konspirasi dalam mof untuk burukkan reputasi dia dan bapanya. Tapi dia tak pergi buat repot polis pun dan tak ada siasatan dilakukan dalam mof walaupun dia ada kuasa sebagai menteri kewangan.

    ReplyDelete
  25. Bagi saya.. Nak kembalikan malay seperti yg anwar cita2kan tu (refomasi menyeluruh) agak susah.. Pkr dan pakatan pun tak berjaya lagi dari dulu..bagi saya cara tun agak berkesan permulaan refomasi walau bukan urk menyeluruh.. Mula2 mesti tumbangkan najib dulu.. Lepas semua pengikut yg terlibat (bukan sikit tu hampir semua dlm umno ni ta boleh pakai).. Lepas singkir mereka2 ni (singkir melalui korek keasalahan.. Dan buang jawatan terus) baru boleh layan permintaan pembngkang. Kalu masa tu buat pilihan raya sekali pun bn tetap kalah sbb bn takda penganti.. Org muda kurang.. Yg dok ada la ni pun byk yg tak boleh pakai.. Najib jatuh semua jatuh.. Masa ni la refomasi boleh ambik tempat.. Tapi sayang.. Skali lg saya sependapat dgn tun.. Pembangkang takkan menang sampai bila2 selagi tak bersatu.. Bn lemah.. Byk kesalahan.. Rayat benci tapi depa sentiasa bersatu walau dlm menipu.. Pakatan pembangkang byk idea baru.. Rakyat harap dpt bergantung harap tapi rakyat kecewa kerana merekatak penah bersatu.. Anwar dgn takut hilang popularnya.. Dap dgn rasisnya.. Amanah dgn jawatannya.. Pas dgn agamanya... Umno srntiasa dgn korup kroni dan bersatunya utk membeban rakyat.. Dimana hilangnya patriotik anda.. Walaupun tun org bersalah.. Saya tetap kagum dgn patriotik negara yg ada padanya..

    ReplyDelete
  26. amno dengan perangai burok jangan terus dibior berkuasa banyak masaalah setiap tahun terbongkar
    lepas 1 pm 1 pm sama saja
    gilo kuasa samapi sanghup tembak puak sendiri ada yang kena potong 18 belas ini semua tanda gila kuasa terlampau dalam amno
    amno pencetus segala masaalah tolong rakyat tak bnayak mano merembat saja lebih
    dekat pru macam peminta sedekah tabur habok dedak merata bial dapat kuasa tak reti nak guna
    kuasa.pastikan buakn amno

    ReplyDelete
  27. Alaaaa...saya pasti dengan perangai ANUAR ni ..siapa yg bole tolong dia ....dia akang bergoyang lalang...tiada perdoman so hari ni tengok peranai Tun dia dah cuba baik baik dgn macai macai UMNO...ITU SEBAB AZMIN JADI SUDU SUAP ORANG SEBAN TAPI TANGAN KIRI TEPUK BONTUT DAP.

    ReplyDelete
  28. x sangka Pkr dah berpecah kpd team Anwar Ibrahim vs Tun Mahathir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kat sini semua orang PKR. Kah kah kah. UMNO cytro detect aka pemakan dedak

      Delete
    2. Tun tidak akan sertai pkr, apatah lagi mabjadi ahli pkr. Team pkr yang memihak kepada tun adalah untuk meraih sokongan orang-orang umno yang senada dengan tun. Dalam politik tidak ada kawan atau musuh tetapi kena bijak cari peluang.
      Sekarang ini popolariti anwar sudah tepu (umpama air laut yang sudah berhenti arus pasang dan menunggu surut).

      Delete
    3. Kalau UMNO ada TEAM A TEAM B, sama juga PKR DAP PAS.

      Delete
    4. Anonymous 23:49 kau ni bebal ke ape? tak baca apa yg tuan punya blog tulis?

      Delete
    5. yang ko anon 0041 macam tersedak dedak ni apahal

      dari aku baca bukan sebab Tun M kalau pecah pun .. sebab dari kebodohan orang PKR sendirilah. Kah kah kah

      Tak fokus pada perjuangan. Bodoh, bangang, baghal.

      tak perlu kaitkan Tun M kalau korang berpecah sebab korang yang pilih untuk berpecah.

      Delete
  29. Ini kes air dah naik kepalalah ni.
    Dipenjara seorang Azizah tak datang azizah tak datang.
    Tu yang nak keluar cepat tu. Dulu balaih pungkok orang tanak pikir.

    ReplyDelete
  30. Saudara budin,
    Off topic . Mohon buat article calon2 dan strategi yg bh kalahkan bn di k.kangsar seandainya pas dan amanah bertembung dah tentu bn mnang. Kalo Amanah nk sgt tanding k.kangsar.. undi pembangkang berpecah, Pro Tun kena masuk campur bertanding di k.kangsar juga.. kasi pecah undi BN juga.biar jd 4 pnjuru..kasi turun Pro Tun masuk btanding..peluang Pas atau Amanah menang sgt cerah..jd kan pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir pada thn 2005
    Sbg pengajaran yg berharga.. jika bukan kerana Ibrahim Ali sbg calon bebas, BN x mungkin menang..masa itu BN menang hanya 134 undi.. jika Pro Tun diturunkan.biar pun bakal hilang deposit, pas atau amanah berpeluang menang .

    ReplyDelete
  31. Anwar hanya perlu 18 bulan saja untuk mendapat kebebasan dia, dan bukan 10 atau 15 tahun, jadi kenapa dia nak dipergunakan untuk menghancurkan pkr?
    Anwar telah bertahan siksaan selama 20 tahun, tak akan dia tidak boleh tahan 2 tahun lagi.
    Pada saya, surat itu bertujuan mengingatkan parti2 dalam PH tentang niat Azmin, yang pada saya dia ada niat hendak menetepikan Anwar dari pkr, supaya dia boleh mengambilalih pimpinan pkr.
    Pada saya Azmin tidak boleh dipercayai dan banyak pengundi di Selangor telah dapat tahu niat dia dan pada PRU akan datang tidak akan menyokong dia lagi.

    ReplyDelete
  32. Dalam politik,kawan bole jadi musuh dan musuh pun bole jadi kawan.

    ReplyDelete
  33. sesak nafas baca komen2 skrg.nampak sgt slow2 deception berjaya.basic issue. ....kita semua kena kencing...tanya jho low tanya jasmine tanya nik..tanya sharol..tanya arul.ketawa besar depa sambil pm duk tebal muka tutup lubang.gila betul kitaasih nostalgia pada hal ahli politik ambil kesempatan utk diri sendiri

    ReplyDelete
  34. at the end of the day, umat manusia tetap kecundang kepada hawa nafsu.

    ReplyDelete
  35. Issu banglow guan eng dan trowong tak de pula yang komen semuanya tak betul belaka

    ReplyDelete