Friday, 6 May 2016

MENGAPA HUSAM PERLU MENANGIS?

Mengapa Husam Musa perlu menangis dan menitiskan air mata kerana dipecat daripada Pas?

Adakah beliau sedih dan masih sayangkan Pas?

Tetapi, bukankah Pas yang diterajui Hadi Awang sekarang ini bukan lagi seperti Pas ketika Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat masih ada, sebaliknya sudah bertukar menjadi lebih mesra dengan UMNO, ingin berbaik-baik dengan UMNO dan hanya mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak yang penuh skandal dan keaiban?

Atau mungkinkah air mata yang mengalir itu tanda kegembiraan dan kesyukuran kerana secara langsung telah terpisah daripada persekongkolan antara partinya dengan kerajaan pimpinan Najib yang jelas jelik di mata rakyat dan semakin menjadi bualan buruk di seluruh dunia? (SH 06/05/2016).


Berikut ialah curahan hati Husam Musa setelah beliau dipecat daripada Pas yang bermula 23 April 2016 iaitu tarikh bersidangnya Jawatankuasa Tatatertib Pas yang dipengerusikan oleh Daeng Sanusi Daeng Mariok:-

Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.

Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.

Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara. 

Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.

Namun, saya hanya insan kerdil.

Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.

Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.

Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya. 

Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.

Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.

Sekian. Terima kasih.

Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016

25 comments:

  1. Pas pimpinan hadi bukan setakat berbaik dengan umno pimpinan najib, malah belajar bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa. Sesiapa yang banyak persoalkan tentang kepimpinan parti terutama tuan presiden maka indivudu tersebut mesti dipecat.
    PRESIDEN SENTIASA BETUL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertentangan dgn. moto business man...

      "customer's always right"...

      Delete
    2. ...bisnes agama.

      Delete
    3. Tahniah kpd DS Najib dan BN diatas kemenangan cemerlang dlm PRN SARAWAK.
      Kapada pemimpin2 parti pembangkang diucapkan selamat bergaduh dan cantas mencantas antara satu sama lain demi untuk mengisi dedak dlm perut boroi masing masing.
      Rakyat dah meluat dgn ahli ahli politik pembangkang yg mudah diperbodohkan oleh dumno/bn.

      Delete
  2. Tuan Din,
    Sebenarnya Husam gembira sebab telah terlepas dari baiah yg mencengkam jiwa beliau selama ini. Moga Husam tabah dan bersama-sama bergerak menentang kebatilan yg berleluasa di negara kita yg jelas dan nyata tanpa sebarang teguran dari ulamak kita. Aminnn.

    ReplyDelete
  3. Husam Musa sedih kerana gagal melaksanakan janji beliau kepada Almarhum Nik Abd Aziz Nik Mat. Sedang majoriti sahabatnya meninggalkan PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara, Husam memilih kekal dalam parti yang disertainya selama lebih 30 tahun itu sekalipon berdepan cantas dan penghinaan 'geng Taliban'. Bertahan sehinggalah dipecat.

    Buat Husam Musa, perjuangan saudara meneruskan legasi Tuan Guru Nik Abd Aziz masih jauh. Dan pintu-pintu perjuangan terbuka luas. Jangan mengalah. Jika Anwar Ibrahim yang dipenjarakan 3 kali masih tidak luntur semangat juangnya sehingga mendapat pujian dan dokongan Tuan Guru, maka saudara Husam mampu melakukan lebih dari itu.

    Platform baharu mampu memberi ruang kepada Husam untuk mengorak langkah. Tidak mustahil jemaah baharu akan mengangkat beliau sebagai calon MB Kelantan kerana pengaruh dan pengalaman beliau membangunkan Kelantan bersama Almarhum sekalipon berdepan pelbagai penginayaan dari Persekutuan.

    Perduli dan tinggalkan jemaah lama. Mereka sudah terjangkit wabak UMNO. Pemimpin mereka 'lelaki suci' sehingga sekumpulan pengikut memujanya bagai Nabi. Jemaah begini sudah rosak hingga ke usus. Allah telah menunjukkan pengajaran yang sangat besar dek kerosakkan yang mereka ciptakan. Malangnya mereka tidak dapat melihatnya kerana ditutup mata-mata mereka oleh serban besar mereka yang dipakaikan oleh si munafik dan si pemuja yang buta. Jika saudara Husam benar-benar mahu berjuang demi fakir miskin, demi negara dan agama, Allah akan permudahkan jalannya.

    ReplyDelete
  4. Sama kita tenguk prk yg akan berlansung diperak dan selangur yg kematian adun tersebut, pengaruh Pas tak akan membantu di situ, umno pulak menunggu hukuman rakyat kerana krisis 1 Mdb. Tak perlu tunggu Pru14 untuk menghukum mereka ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...jika ada prk, pas & umno bakal lingkup.

      Delete
  5. Elok la tu , dalam politik kalau tak ada kes kes macam ini tiada warna warni ,begitu juga dengan Muhyidin dan Muhkriz kedua dua ini masih tergantung, cuma lewat sikit sebab najib dan kuncu kuncu tengah serabut habis atau mungkin tak dibuat apa apa.Pun begitu saya rasa apa pun PAS dan UMNO lakukan saya rasa selepas PRU 14 lanskap politik Malaysia mungkin berubah sama ada mereka kekal atau dipecat dari kedua dua parti itu dah tiada ada bezanya,kerana sekiranya kedua dua parti ini mendapat hasil yang buruk dalam PRU 14 maka kedua dua organisasi ini akan tiada relevan lagi.Kerana keburukan dan kelemahan semakin terserlah dengan pemimpin pemimpin yang memimpin kedua dua parti ini kerana pemimpin pemimpin yang mewarisi kedua dua parti bukan setakat bermasalah terutama UMNO malah lemah dan tiada kemampuan untuk meneraju Malaysia ke arah kemajuan untuk kemakmuran rakyat.

    ReplyDelete
  6. Dato Husam,,bukankah masih banyak parti-parti yang lain yang boleh anda fikirkan,, jangan terlalu ikutkan perasaan dan Ingatlah pesan ulama Shalafus Sholeh "Laa thahaf wala tahzan Innaullaha ma'na.........!!

    ReplyDelete
  7. Tok Use weh..bakpo nok toyok nyo..Allah doh tulong buko mato ati kito gak bahawosonyo Pah tu hanyo sekoda pati politik jah..dop kigho la tok gughu ko..ostak ko..ulamak ko..isele dop isele ko dio tuh gatung pado kecek dio..perbuate dio..sekoda napok atau ngaku jah mace isele..keling tokeh kapa teghebe ghayani pong ngaku kapa teghebe dio ikuk isele..nok mujo takdop yeng mapoh teghempah..le ni napok gayonyo Pah nok ke isele tapi gak cagho dop keno..ambo ghoyak jah!

    ReplyDelete
  8. Saja nyusahkan diri je berpikir hal PAS. Parti berserabut ni.

    Join DAP tgk, baru best. Cam Mejar Zaidi tu. Buktikan DAP pun boleh bawa Islam gemilang spt yg TGNA cadangkan dulu2. Rintis kemungkinan. Ini asyik dgn dunia Melayu Melayu Melayu.. buleh biol woi..

    Mmg Melayu ni skema sikik. Mmg payah hidup kita bila dikelilingi Melayu. Pulak lagi payah, ditempek dgn Islam mcm PAS. Islam ni, kalo x betul2 pembawaannya, buleh jadi isim schizophrenia cam Haji Hadi. Hidup dalam dunia tersendiri. Merapu meraban pun, ahli2 PAS kena ikut dan wala'. Ooops.. wahyu tuhan rasanya? OK la.. sowi ya.. Dah mcm sistem sekolah pondok dah PAS post-TGNA ni, sapa besa masuk sekolah agama atau pondok, tau la apa sindromenya... CAMSIAL..kahkahkah.. ada branik komen??

    ReplyDelete
  9. Bila Deng Dan Rung beromen dgn President UMNO yg bergelumang dgn skandal bala negara 1MDB termasuk mempertahankan salahlaku ini.. Geng2 siku dan lutut ambil kesempatan menonjolkan diri Umno-friendly malah semua rhetoric yg keluar pro-assabiyah UMNO. Husam merupakan mangsa kerakusan politik kotor ni dan ketakutan puak2 ni yg Husam membayangi kerja2 Kotor mereka. Apa kita dengar ni ada kes x bayar tonton pay-per-view porno di Jerman semasa lawatan ahli Parlimen Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...ULATmak bergelumang dengan najiBs.

      Delete
    2. Ulat TAIK.....

      Delete
  10. Parti ini disanjung semasa hayat tok guru tetapi hari imi ia bukan lagi parti pilihan org melayu ianya akan tetkubur dlm pru14 ini biarlah pemimpinnya besekongkol dgn umno dgn mimpi2 yg indah2 serta dgn angan2 mat jenin

    ReplyDelete
  11. Parti ini disanjung semasa hayat tok guru tetapi hari imi ia bukan lagi parti pilihan org melayu ianya akan tetkubur dlm pru14 ini biarlah pemimpinnya besekongkol dgn umno dgn mimpi2 yg indah2 serta dgn angan2 mat jenin

    ReplyDelete
  12. Tiba masa pas berubah dari semata mata syariat kepada hakikat,makrifat dan tariqat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...tuan gundu terikat ada kat Cyprus.

      Delete
  13. ...tuan gundu terikat ada kat Cyprus.

    ReplyDelete
  14. Relax bro.. tweuskan betsama chedet untuk turunkan najib,..

    Pok jib turun umno selamat...

    Adajah kite lupo yg umno to mmg corrupt... kiranya umno better di mato rakyat...pabila dsn turun..adakah pemimpim lain yg ambil aleh umno tu aka berbaik ngan semua pembanfkang termsok dato husam..?

    Dato husan dok ulas hal keburukan presiden pas dari laporan newspaper, adakah newspaper melaporkan yg betul ttg tgha?

    Sejak dulu husam dok kate jangan caya ke newspaper yg sangat pro gov then nape now dato husam cedok bulat2 dari newspaper untuk hantam tghh, adilkah gitu?

    Mmg tugas newspaper di mesia ingin menjatohkan.pembangkang pada setiap masa... reality..

    Anyhow harap jatohkan umno n bn... not dsn alone..

    ReplyDelete
  15. Relax bro.. tweuskan betsama chedet untuk turunkan najib,..

    Pok jib turun umno selamat...

    Adajah kite lupo yg umno to mmg corrupt... kiranya umno better di mato rakyat...pabila dsn turun..adakah pemimpim lain yg ambil aleh umno tu aka berbaik ngan semua pembanfkang termsok dato husam..?

    Dato husan dok ulas hal keburukan presiden pas dari laporan newspaper, adakah newspaper melaporkan yg betul ttg tgha?

    Sejak dulu husam dok kate jangan caya ke newspaper yg sangat pro gov then nape now dato husam cedok bulat2 dari newspaper untuk hantam tghh, adilkah gitu?

    Mmg tugas newspaper di mesia ingin menjatohkan.pembangkang pada setiap masa... reality..

    Anyhow harap jatohkan umno n bn... not dsn alone..

    ReplyDelete
  16. Husam Musa mula menjadi perhatian pucuk pimpinan PAS apabila beliau mula tidak konsisten dalam mendukung perjuangan PAS dan lebih senang mendampingi perjuangan saudara Mohamad Sabu yang telah menubuhkan pasukannya diberi nama Parti Amanah Negara bersaudarakan DAP.. adalah sesuatu yang tidak wajar apabila hati Husam tidak lagi berada dalam kepimpinan PAS dan harus keluar dari kepimpinan PAS secara terhormat.

    ReplyDelete
  17. Mungkin beliau gembira baaiah talak tiga dah terlepas dengan sendirinya?

    ReplyDelete