Sunday, 1 May 2016

LAGI DUA MINGGU, MUDAH-MUDAHAN MATLAMAT 1 JUTA JADI KENYATAAN

Demi memastikan Deklarasi Rakyat benar-benar mendapat sokongan sekurang-kurangnya 1 juta tandatangan sebelum di serahkan kepada Majlis Raja-Raja pertengahan Mei ini, semua pihak yang terlibat nampaknya sedang bekerja keras ke arah itu.

Di pasar malam, di majlis forum, di kompleks membeli-belah, membuka meja di kaki lima, bahkan di mana-mana usaha mengumpulkan tandatangan itu menggambarkan rakyat pelbagai lapisan sedang berganding mahu dan bersatu hati mengenainya.
Tun Mahathir sendiri, selepas 28 April lalu di Jitra dan 29 April di Johor Bahru, pada malam 1 Mei ini kembali semula ke ibu negeri Kedah untuk program Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di Bandar Stargate, Alor Setar.

Pada 4 Mei, Tun Mahathir akan ke Kota Bharu dan pada 6 Mei pula ke Ipoh, kedua-duanya untuk program Selamatkan Malaysia dan mempromosi Deklarasi Rakyat yang matlamat awalnya ialah mengumpul 1 juta tandatangan daripada rakyat.
Dalam usia 91 tahun, kesediaan dan kegigihan Tun Mahathir ke sana ke mari, aduhai....amat mengkagumkan!!

Kepada yang belum tandatangan, boleh lakukannya di sini -  bit.ly/deklarasirakyat  dan kepada yang ingin menurunkan tandatangan di program-program Selamatkan Malaysia, boleh juga berbuat demikian di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai.
Yang penting, dalam tempoh dua minggu ini, matlamat mendapatkan 1 juta tandatangan itu jangan sesekali gagal. Sekurang-kurangnya hargailah kegigihan Tun Mahathir.

Bak kata Tun Mahathir, kalau 1 juta yang tandatangan ini nak ditangkap, di lokap mana nak diletakkan mereka yang seramai itu!! (SH 01/05/2016).

23 comments:

  1. Deklarasi Denyut Nadi Rakyat..hargailah penat jerih rakyat yg amat mencekam hidup rakyat marhaen.

    ReplyDelete
  2. Najib khinzir punya pasal,rakyat terpaksa kerja extra..siut lu najib..

    ReplyDelete
  3. Din, aku dah pastikan semua family aku dah tandangan and aku jugak habaq kat adik beradik yg lain and suruh depa semua tandangan deklarasi rakyat utk hapuskan Najib harami and pencacai and pemakan dedaknya secepat yg mungkin.
    aku harap hampa yg lain pun tolong usahakan jugak, yg penting harami najib turun and rakyat kembali tenang.
    Semalam aku kat Yan, semua dok kutuk Jamil khir and depa akan kalih sekali nie coz tak nak pemimpin makan duit anak yatim.
    kita keja kuat demi utk tolong Tun and rakyat malaysia utk hapuskan Najib harami yg banyak susahkan kita semua.
    Esok Isnin and Lusa Selasa...

    ReplyDelete
  4. Deklarasi Rakyat TIDAK mewakili mana2 individu, parti, pertubuhan atau kumpulan.
    Deklarasi Rakyat mewakili RAKYAT....semata-mata utk RAKYAT saja.
    Memperjuangkan HAK RAKYAT, KEHENDAK RAKYAT, SUARA RAKYAT.
    TUJUANNYA untuk RAKYAT yang CELIK.
    Bukakan mata kita lihat dan FOKUS kpd TUJUAN Deklarasi Rakyat.
    Jangan dengar tohmahan org, teliti, pertimbangkan dan fikirlah secara RASIONAL.
    Renungkan segala FAKTA, DETAIL, BUKTI, LOGIK dan RELEVAN satu2 perkara.
    Pertimbangkan dgn AKAL kita di mana LOGIKnya.
    AKAL tidak menipu tapi NAFSU lah yg BERDUSTA.
    Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  5. Walau pun saya sekeluarga ahli dna pendokong PAS tapi kami satu keluarga anak beranak telah tandatangan menyokong peteisyen Deklarasi Rakyat. Sejujurnya kami tidak sanggup membiarkan penipuan dan perompakan harta negara secara terang terangan ini terus belaku oleh Najib dan regim korupsinya. Saya berpandangan putar belit dan penipuan mega dalam isu 1MDB ini tidak wajar sama sekali berlaku dan mereka yang bertanggungjawab perlu segera diheret segera ke muka pengadilan tanpa bertangguh hanya kerana mengharapkan sesuatu yang tidak pasti dan tanpa ketentuan lagi. Alangkah zalimnya kita biarkan penguasa zalim ini terus memegang kuasa tanpa mahu bersama menjatuhkan mereka ini semata mata kerana kita mengharapkan kemenangan yang belum pasti. Dua tahun membiarkan penyamun bermaharaja lela dalam rumah sendiri tanpa lakukan apa apa adalah amat beresiko tinggi dan tidak wajar sama sekali. Tapi alangkah sedihnya kerana pimpinan yan berilmu agama tinggi yang mendakwa diri mereka ulama dan pejuang Islam tergamak membiarkan kebobrokan ini terus berlaku hanya kerana impikan kuasa yang belum ketentuan. Kenapa perlu terus resikokan negara dan rakyat walhal kesempatan yang ada ini boleh diambil unutk setidaknya merawat luka parah keatas negara yang sedang berlaku sekarang?. Apakah golongan tertentu ini mahu menunggu parah ini membawa kemusnahan dan kematian?. Untuk itu saya merayu seluruh rakyat tanpa peduli fahaman politik di Kedah agar ramai2 hadir malam ini ke Bandar Stargate (lencongan Tol Selatan Alor Setar) untuk bersama2 acara malam ini dan seterusnya beramai2 menandatangani petisyen Deklarasi Rakyat ini. Allah tidak meredakan usaha kita jika kita terus membiarkan tipu daya dan putar belit yang sedang berlaku yang menjejaskan ramai rakyat yang tidak berdosa. Apakah golongan ulama melihat ini bukan sebagai tanggung jawab dan tuntutan agama hanya kerana mengharapkan kuasa yang masih kelam dan tidak pasti di depan sana?. Gila apa kah anda yang berfahaman begini?. Tamak haloba kan kuasa???.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan dan kekuarga Tuan telah mengambil tindakan yg bijak dan wajar. Memang patut sokkong apa yg TDM perjuanggkan sekarang walaupun ditangannya ada kesan darah syuhada' Memali. Biarlah yg itu dia dgn Allah untuk selesaikannya.

      Kalau tak silap saya, pendirian PAS akan bertolongan dlm perkara kebaikan dan akan tentang habis2an dalam perkara mungkar.

      Wallahualam dan ini pendapat saya secara peribadi.

      Delete
    2. PAS patut lihat diri sendiri,dan jadikan Al-Quran sebagai panduan,bukan tok guru dan mazhab sebagai panduan.Baca dan fahami apa yang diperingatkan Allah dalam Al-Quran.Apakah benar agama orang yang tidak berakal?

      Delete
  6. tahniah tuan2 semua..kita sama2 kerja kuat bantu Tun gasak sampai turun silahabau pemusnah negara INI dan macai2nya yg tak dpt bezakan buruk baik nya bos besar nya tu..hidup Tun, hidup deklarasi rakyat!!

    Ada satu deklarasi rakyat, muncul sebab semua disekat, oleh pemimpin amanah khianat, Tun inginkan negara selamat..

    Kita sokong deklarasi rakyat, Tun dihina teramat dahsyat, namun Tun disambut hebat, pihak disana bertambah pucat..

    HIDUP TUN, HIDUP DEKLARASI RAKYAT!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MULUT RAKYAT macam mana nak ditutup?
      Sorang dua bolehlah dihalang.
      Tiga empat org bolehlah diugut.
      Lima enam org bolehlah disekat.
      Tapi kalau berjuta bagaimana nak dihalang?
      KEBANGKITAN RAKYAT tentunya TAK BOLEH DISEKAT.

      Delete
  7. Insyaallah lebih dari 1juta bang din. Banyak yg nak sugn tapi taktau kat mana. Budak2 mukriz ni tido kot. Buatlah keje sikit. Semua tunggu nak ambik untung je kalau jadi. Semua macam dulu jugak. Nanti tumpang glamour.

    ReplyDelete
  8. Lepas tu apa tindakan seterusnya dari Raja-Raja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan masih ragu ragu? Maka tuan duduklah dibelakang.

      Delete
    2. 18.54
      ko ni sekadar follower aje.. tak perlu le ambik tahu sang at.. ko bukannya ada turun signature pun..

      Delete
    3. 1- Majlis Raja-Raja akan bersidang
      2- Wallahu a'lam

      Delete
    4. Tugas kita baca faham tujuan dekelarasi....pastu sain kalu setuju...yg lain2 kita serahkan pada mereka yg pakar...

      Delete
    5. Jika dpt 29 juta signature pun, Raja-raja tetap mcm biasa ja, sumer pakat-pakat buat pekak saja.

      Najib ada ka, Najib jatuh ka.. pendapatan Sultan2, Raja2 serta anak beranaknya tetap dijamin perlembagaan.

      Satu kerja bodoh berlapis2 memohon bantuan Majlis Raja2 yg langsung x berguna ini. Hanya tahu berak cangkung makan tanggung. Kerja mengepow duit rakyat hingga kiamat. Bila la rakyat nak sedar??? Bodoh berlapais2 pun, tak sedar diri lagi.

      Delete
  9. Yg penting marolah kita berganding bahu menyokong usaha yg sedang dilakukan oleh Ybhg Tun ini juga untuk masa depan kita dan anak cucu kita agar tidak teru dianiaya dan menderita oleh penyamun dan penyangak semoga allah permudahkan usaha Tun aaammmiiiinnnn

    ReplyDelete
  10. Yg penting marolah kita berganding bahu menyokong usaha yg sedang dilakukan oleh Ybhg Tun ini juga untuk masa depan kita dan anak cucu kita agar tidak teru dianiaya dan menderita oleh penyamun dan penyangak semoga allah permudahkan usaha Tun aaammmiiiinnnn

    ReplyDelete
  11. en din, di jb tak ada booth deklarasi rakyat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di JB saya tak pasti ada booth atau tidak sebab semua ini inisiatif masing2, tapi boleh tandatangan secara online juga.

      Delete
  12. Cukup2lah undi Umno wahai Bangsa Melayu.. org2 Islam.

    Dah lebih 58 tahun duk pangkah.. cubalah tukar kpd yg lain, ASALKAN BUKAN UMNO

    ReplyDelete
  13. Jgn lupa anda bole tlg daftar untuk teman atau saudara secara online menggunakan iphone anda.key in nombor ic,nama,nombor telepon cuma email address milik pendaftar mobil sukarela.hari ini 3 nama sya daftar.selamat berjaya

    ReplyDelete
  14. Wajib kita beramai-ramai support deklarasi rakyat jika kita ingin lihat dan rasa semula zaman gemilang Negara pada waktu dulu yakni sebelum pemerintahan Najib,,kita mewah berniaga dan bekerja tanpa stress.!!
    Saya seru ayuk kita sama -sama kembalikan suasana indah dan permai Negara kita ini seperti sedia kala ....!!!!

    ReplyDelete