Tuesday, 17 May 2016

JIKA BENAR NAJIB YANG MAHU DISINGKIRKAN, BERSATULAH MAHATHIR DAN ANWAR!!


Warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim, walaupun menyentuh banyak perkara, tetapi hanya satu aspek yang dilihat paling menjadi asas kebimbangan bekas Ketua Pembangkang itu iaitu Tun Mahathir Mohamad.

Lantaran itu, beliau cuba mengingatkan pimpinan PKR agar tidak terpesong daripada perjuangan sebenar untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah di sebalik ghairah dengan gerakan bekas Perdana Menteri yang sedang bermusuh "tahap  empat"  dengan Najib ketika ini.

Anwar juga mahukan mereka berhati-hati dengan gerakan licik Tun Mahathir dengan mengungkap perkataan "pahlawan jadi-jadian"  serta memetik kata-kata penyair Willian Shakespeare "ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota" untuk direnungkan.

Mengapakah Anwar masih melontarkan kecurigaaannya sedangkan di peringkat awal Deklarasi Rakyat dahulu beliau menyokongnya sambil mengatakan sudah melupakan segala dendam peribadinya dengan Tun Mahathir demi kepentingan negara?

Mengapa dalam mereka, Tun Mahathir dan Anwar, sama-sama mahu menjatuhkan Najib, tetapi tetap saling bermusuh dan mencurigai antara satu sama lain?

Di mana salah dan silapnya?

Dalam hal ini, kedua-duanya, Tun Mahathir dan Anwar ada salah dan silap masing-masing?

Tun Mahathir, di sebalik sedang menggunakan Pakatan Harapan, PKR, DAP,  Amanah dan pelbagai  NGO lainnya sebagai "kenderaannya" untuk menggasak dan memaksa pengunduran Najib, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu beliau masih lagi tidak dapat menerima Anwar.

Ia terlihat dalam beberapa temubual dengan media asing di mana Tun Mahathir masih lagi bercakap soal moral Anwar serta pernah mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri.

Kenapa perkara itu masih disebut lagi sedangkan di ketika yang sama Tun Mahathir mengharapkan Pakatan Harapan, PKR, DAP, Amanah serta orang-orang kepercayaan Anwar untuk membantunya menyingkirkan Najib?

Tidakkah perbuatan Tun Mahathir itu amat menyinggung dan menikam hulu hati Anwar yang sedang mendekap keseorangan dalam penjara?

Seharusnya banyak perkara sensitif yang melibatkan Anwar, bukan saja dielakkan daripada diutarakan secara terbuka oleh Tun Mahathir, malah juga ketika bercakap dengan media-media asing.

Perasaan Anwar yang berjaya mewujudkan pakatan pembangkang yang kukuh, memikat sokongan golongan muda dan membangkitkan kesedaran massa terhadap ketidakadilan dan sebagainya selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998, setidak-tidaknya haruslah juga diambil kira oleh Tun Mahathir.

Sekiranya selepas dipecat pada 1998, Anwar tidak menubuhkan PKR dah tidak menggerakkan kesatuan di kalangan parti-parti pembangkang sebagaimana yang wujud hari ini, Tun Mahathir pasti tidak dapat berbuat apa-apa melihat pelbagai karenah serta onar Najib yang menyakitkan hatinya sekarang ini.

Dalam masa yang sama, Anwar juga, meskipun berada dalam penjara dan pernah dipenjara serta oleh dipecat oleh Tun Mahathir, beliau juga sepatutnya tidak lagi mengungkit-ungkit kesalahan masa lalu bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Ungkapan-ungkapan tidak enak yang dikaitkan ketika Tun Mahathir berkuasa dahulu, kehilangan wang berbilion-bilion dan pelbagai lagi seharusnya juga diketepikan buat sementara untuk diutarakan oleh Anwar kerana yang paling utama untuk dihadapi ketika ini ialah Najib.

Meskipun banyak orang bercakap soal kehilangan wang, bail-out dan kerugian berbilion-bilion ringgit sewaktu Tun Mahathir berkuasa, tetapi yang harus dilihat juga ialah tidak ada dakwaan wang itu masuk ke poket peribadinya.

Lagi pun, semua yang berlaku ketika Tun Mahathir berkuasa dahulu, Anwar juga adalah sebahagian daripada kerajaan. Menyebut, apatah lagi mengulang-ulangnya  hanyalah ibarat menepuk air dalam dulang semata-mata.

Baik Tun Mahathir, mahu pun Anwar, kedua-duanya harus kembali bermuhasabah dan merenung matlamat masing-masing. Jika Najib yang benar-benar disasar mahu diundurkan, berjauhan dan saling kata-mengata bukanlah pilihan yang harus dibanggakan.

Tun Mahathir dan Anwar mesti sedia berlapang dada, melupakan sengketa lama dan kembali bersatu untuk menyingkirkan Najib. Sebagaimana ketika kedua-dua pemimpin itu berganding dalam kerajaan dahulu mengundang banyak kecemerlangan dan pujian, bersatunya kembali mereka pasti membuatkan Najib tidak mampu bertahan lebih lama lagi.

Oleh itu, bersatulah Tun Mahathir dan Anwar, bukan saja untuk menyingkirkan Najib, tetapi dengan tujuan yang benar-benar menyelamatkan Malaysia. (SH 17/05/2016).

75 comments:

  1. sy menyokong pendirian dsa yg mahu reformasi perubahan kerajaan yg korup dan diktator..kita nk perubahan segalany dlm membendung ketirisan dan sistem perlembagaan sedia ada untuk kesejahteraan rakyat bukan idealisme semata mata nk menjatuhkn najib tp umno itu sendiri.sy tidak bersetuju dgn idealisme mahathir yg ingin menjatuhkn najib kerana dendam peribadi.that why tiada kebaikan dlm deklarasi rakyat.bg yg bijak berfikir pakatan harus mencari fokus awal mereka untuk bt reformasi n rombakan dlm peralihan kerajaan.tujuan utama pakatan bukan semata2 kerana najib serta jatuhkn keseluruhanny.sy menyokong tindakan pas yg akhir2 ini tersebar mcm2 fitnah terhadap mereka tetapi mereka tetap pertahan untuk memperjuangkn islam dan rakyat.buka mata anda wahai rakyat yg mulia.jgn hnya terpedaya dgn idea pecahan umno yg mengkucar kacirkn perjuangan pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu sebelum nak komen tolong baca dulu isi deklerasi rakyat tersebut jangan main cakap saja nanti memalukan cuba baca perengan demi perengan dan teliti ada ka hanya disebut bukan hanya menjatuhkan najib .Sebenarnya najib dah apa apa... dengan Hadi kamu tak sedar kena main belakang.pasal itu hadi baik benor dengan Najib hihihi...

      Delete
    2. Sejarah melayu menunjukkan kita dijajah 446 tahun. Mmg ada penentangan demi penentangan, namun secara kecil kecilan saja. Hinggalah datangnya Jepun pd tahun 1940an, baru penjajah Inggeris ada rasa goyah. Entah camana, tetiba Inggeris yg telah lama menjajah, menjadi bosan tinggal di Tanah Melayu lalu bercadang nak tinggalkan TM.

      Itupun jika dipikirkan, penentangan org Melayu TM, xder la kuat mana sgt nak halau British. Mujur British nak blah. Kalo x, haha.. pikirkan sendiri la.

      Lihat video aman di KL tahun 1880-1957 di Youtube. Mmg la x nampak penentangannya. Siap British boleh buat perbarisan dan melayu jalan berlenggang2 ja..haha..

      Jadi dgn teliti lihat sejarah yg kuat menipu ini.. subjek yg boleh diubah2..dgn UMNO terus menjajah slps itu.. penentangan dlm blog2 tanpa secara terang2an.. kita mengharapkan rejim BN boleh diubah. Kahkahkah.. Blog ni sama dgn Radio Zaman Jepun.. berbuat perkara yg sama, serta mengharapkan perubahan = GILA.

      Delete
    3. Keras komen tuan ni..

      Delete
    4. Apakah skrg ada tawaran ampun oleh Penipu Mega, Najiblion kpd Anwar?

      Delete
    5. Walau apa jenis perjuangan pun, Anwar kena dilepaskan dari jendela besi dulu. Lantaklah Malaysia nak hancur atau tidak, anugerah tuhan itu adalah agenda utama.

      Mampos Melayu. Musnah Malaysia.

      Delete
  2. Bukankah Tun Masih mencerca DSAI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun bercakap mengenai fakta yang tak mungkin berubah. Yang mana kesalahan itu telah pun dihakimi di Mahkamah. 2 Kali

      dan hanya menjawab bila ditanya mengenainya.

      Tun M akan cakap fakta itu berkali kali sama seperti yang dia kata kat Najib sekarang.

      Itulah Tun M yang aku kenal

      Teringat pulak masa satu forum selamatkan malaysia anjuran.

      Tun M disuruh mintak maaf kat Anwar, kena hentam dengan orang pakatan, Tun tahan hati dari bercakap mengenainya untuk jaga hati audien

      jadi kat sini terpulang pada diri masing masing sama ada nak terus berdendam atau nak selamatkan Malaysia

      Kalau dendam lama menjadi pilihan macam tu lupakan aja hasrat selamatkan malaysia dari Najib.

      Delete
  3. yes u are right bro. ini bukan masa nyabutk berbalah..our objective n target is to najib ass out fr the ofis. byk2 buat amalan.
    yg dlm penjara tu dok sengap2 dulu jgn dok buat gelabah berok.
    tun mahadhir in on the move now n we are on track.
    we malaysian support tun mahadhir

    ReplyDelete
  4. Pak Shah, Hamba mohon maaf terdahulu, tetapi pendirian politik dan peribadi moral Anwar tidak dapat diterima rakyat jelata lagipun sebagai seorang pembimbing negarawan. Beliau adalah seorang yang berkerabat dengan puak Zionis mahupun Saudi-Wahhabi dan ia juga cenderung kepada mengesahkan perkahwinan songsang dalam masyarakat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sorang lg bangang ntah mna maklumat dy dpt xth cuba tabur fitnah.

      Delete
    2. Negarawan bercakap secara negarawan apabila di asak oleh media asing.
      Zaman TDM pun anwar masuk penjara zaman najib pun anwar masuk penjara.
      Yg penting rakyat bersatu tolak najib.
      Yg lebih penting rakyat kena tunjuk exit door kepada najib di Sg. Besar dan Kuala Kangsar.

      Delete
    3. ni mesti shaifool bukari

      Delete
    4. Ceh...najib kata Rm2,600,000,000 dari Saudi-Wahabi...

      Delete
    5. Woi...saipul bukari. Aku tau le jubo ko tu dh lunyai ditala abg2 bangla.

      Lg mau ckp pasal moral!!! Moral pale tahik kamu... Atas dunia ni kamu syok le makan hasil cerita jubo kamu. Dah mampos nanti kamu tuai le azab fitnah kamu tu.

      Teringin sangat aku nak ludah kahak kt muka kamu tu saipul bukari...haktuihhh puiiii

      Delete
    6. Sedap betul kamu memfitnah!! Apa kamu nampak sendiri Anwar meliwat?? Emak kamu pernah kena liwat dgn Anwar ke??

      Mungkin kamu ni anak yg keluar dari jubo emak kamu...hasil diliwat oleh mat bangla!!!

      Sakit tak hati???!! Apa ko ingat Anwar dan ahli keluarga dia batu ke takde hati dan perasaan serta harga diri??!

      Kamu ni mmg manusia haram jadah sampai ke anak cucu...puiii!! Harap je umur dah tua bangka...tinggal nak masuk kubur tp tk jemu2 tabur fitnah...puiii puiii dan haktuiii...

      Delete
    7. sabar sabar sabar..jgn bergaduh sebab sekoq tu dlm penjara. kita fokus jatuh kan najib

      Delete
    8. Betul FOKUS singkirkan najib.

      Delete
    9. anon 2209 yg kena liwat oleh bapa dia sendiri sebab tu dia jadi gila babi tak tentu pasal.

      Delete
    10. Ohhh mcm tu ker. Sebab tu lah dia marah sakan. Kita jgn sebut nama anuwar lagi lah takut nanti dengar saja nama anuwar gatal punggong merenyam renyam anon 22:09 datang balik.Dia bukanya boleh dengar nama anuwar sebab dia cepat horny.

      Delete
    11. Setuju jatuhkan Najib. Tapi apa-apa pun yang melibatkan Anwar, saya tak akan sokong kerana saya yakin dia seorang peliwat.Seorang peliwat tidak boleh diangkat jadi pemimpin negara.

      Delete
    12. Seorang peliwat hanya layak jadi laki kpd anon 22:09

      Delete
  5. Budin,
    Jauh dilubok hati Tun M saya rasa sukar bagi Tun M nak menerima Anuar bukan kerana beliau ini peliwat atau geng Neo- kon Anglo saxon tapi fitnah yang dibuat oleh Anuar dan kuncu kuncu nya sejak zaman reformasi keatas Tun M cukup menyedihkan Tun M ,sehingga fitnah bersama dengan geng geng agama yang menyokong anuar mengatakan Tun M menyeleweng akidah kerana bela jin dan sebagainya,tapi banyak manusia bernama melayu ketika itu lupa dan alpa serta bahalol yang Anuar ini adalah TPM merangkap menteri kewangan dari tahun 1993 hingga 1998 dan polisi pengswastaan kerajaan untuk mengurangkan beban belanja kerajaan dalam melaksanakan pembangunan negara telah banyak menguntungkan Anuar dan kroni beliau berbanding orang lain kerana beliau adalah menteri kewangan.

    Memang benar Tun M melakukan kesilapan tetapi kesilapan terbesar Tun M kepada rakyat bukan kerana sepanjang 22 tahun jadi PM banyak projek beliau sapu tapi kesilapan besar kerana membenarkan Anuar menjadi TPM dan menteri kewangan dengan meminggirkan Tun Ghafar , dengan Anuar menjadi TPM dan memberi kebebasan sebagai menteri kewangan maka bermula lah budaya politik wang ditanah melayu yang jarang kita dengar sebelum itu , budaya ini tertubuh dengan lahirnya team wawasan dalam umno yang dipelupori oleh Anuar team ini adalah barisan barisan pemimpin yang akan memimpin malaysia dimasa depan dan mereka ini lah majoriti sekarang hidup dibelakang najib kerana team ini termasuk najib sekali didalamnya ,Jadi disebab oleh ini lah sekarang UMNO menghadapi mala petaka kerana pemimpin pemimpin yang dilantik bermula era awal 90han semua nya naik melalui dedak dan rasuah ,malangnya Tun M disaat saat akhir pemerintahan nya beliau menanggis bukan semata mata kerana melayu sudah lupa tapi beliau menanggis kerana umno akan menghadapi malapetaka dimasa depan dengan politik wang ini dan sekarang beliau masih hidup dan sedang berdepan dengan malapetaka itu.

    Berbalik kepada Anuar dan Tun M wajib berbaik baik tak payah ungkit kisah lama ya saya setuju 100% cuma saya mohon la agar Anuar dan wan Azizah sedarlah negara ini berhadapan dengan maslah besar jadi jangan la bagi syarat yang dalam deklerasi itu selain singkir najib ,anuar pun wajib bebas ,ini beban kerana halangan besar pun tak boleh diatasi dah mintak yang tak ada kaitan bagi la halangan besar dibuang dulu baru buat tuntutan ,kemudian saya mohon la biar pemerintahan akan datang diberi kepada pemimpin pemimpin baru yang belum kotor lagi beri la rakyat negara ini dengan satu harapan baru tak payah la kita masih dok impikan kedudukan PM cukup la kalau kita jadi penasihat yang iklas dan jujur lagi pun saya cukup yakin Anuar pun dah cukup mewah dan cukup serba serbi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak tak cukup cerdik nak bagi nasihat kat Anwar kerana species mcm awak yang dok memerintah sekarang hasil dari ternakan TDM.Awat hang tak cerita pasal 1988 dimana bermulanya proses menapis mereka yg rebel dan menyuburkan kaki bodek dan ampu yg lansung takde kebolehan dan tak reti mrntafsir suasana dan terpisah dengan realiti masyarakat sebenar.Mmg TDM 70% punca semua ini manakala org2 mcm hang 30% memudahkan dia dengan krbodohan dan kesangupan hampa diprrkudakan.Tolonglaa..hang tak layak nak nasihat rosmah pun hang lagi teruk sebenarnya dan syukurlah hang tak prnh sampai kedudukan mcm anwar pun.Hang takkan layak

      Delete
    2. jason..anwar kenal u ke? bila dia jadi tpm. dia ada call u? so dont talk abt anwar.

      Delete
    3. Roslan, penswastaan kerajaan atau lebih tepat Malaysia Incorporated bermula sebelum Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Dr Mahathir Mohamad dan geng mamak beliau yang memulakan. Yang mendapat laba besar dari projek penswastaan adalan Daim Zainuddin. Apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan Daim lah ahli perniagaan yang paling terkesan. Anwar boleh memaafkan Dr Mahathir tapi tidak Daim kerana dialah dalang. Perbetulkan fakta anda. Rujuk benda sahih jangan sampai terbit dosa fitnah.

      Delete
    4. Anon 22.30..So kena Amwar call wa dulu laa masa dia TPM baru boleh cakap pasal dia.
      If the past and current regime had or can dig any dirt about Anwar,don't you think everything have been thrown or publish to discredit him more.
      And who the ..fu..toot..ck..(excuse my langguage abg din but not you anon 22.30)
      Are you and who the ..fu..toot..ck..(pun intended)gave you the authority to talk abt Anwar when you don't even dare too publish a pseudonym...cowards die a thousand death..

      Delete
    5. Jason kau pergi berhujah kes anwar di mahkamahlah bukan di sini.
      Tengok tajuklah kalau nak bercakap pun.
      Kat sini orang sedang bercakap hal najib jadi tolong berlaku adil lah dengan pembaca2 di blog cik din ni.

      Delete
  6. Tun M amat berprinsip...ini adalah bukti keyakinan beliau terhadap salahlaku seks Anwar bukan sengaja dibuat dan Anwar sememangnya peliwat tegar yang terbukti kesalahannya di mahkamah. Anwar sebenarnya mengambil langkah merancang menikam Tun dari awal. Hasilnya? Kita akan lihat Najib membebaskan Anwar lebih awal dari penjara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap betul kamu memfitnah!! Apa kamu nampak sendiri Anwar meliwat?? Emak kamu pernah kena liwat dgn Anwar ke??

      Mungkin kamu ni anak yg keluar dari jubo emak kamu...hasil diliwat oleh mat bangla!!!

      Sakit tak hati???!! Apa ko ingat Anwar dan ahli keluarga dia batu ke takde hati dan perasaan serta harga diri??!

      Kamu ni mmg manusia haram jadah sampai ke anak cucu...puiii!! Harap je umur dah tua bangka...tinggal nak masuk kubur tp tk jemu2 tabur fitnah...puiii puiii dan haktuiii...

      Delete
    2. alo tuan 22:11
      klu org nampak anuar pun tak buat
      kerja terkutuk tu. dia akan rasa malu
      yg nampak allah sahaja

      Delete
    3. Jgn pedulikan non 2211 ni. Dia sakit jiwa sebab tu dia asyik maki hamun orang tak tentu pasal. Agaknya anuwar dah ceraikan dia kot dgn talak 3.

      Delete
    4. Hahaha gila talak rupanya

      Delete
    5. Anon 22:11
      Bukti saintifik telah mengesahkan Anwar peliwat tapi awak kata fitnah.Teruskanlah hidup dalam dunia fantasi awak.

      Delete
    6. Anon 22:11 tu bukannya tahu saintifik tu apa. DNA tu apa sebab dia tak pi sekolah.

      Delete
    7. anon 22:11 mmg kuno, hidup dlm dunia istijak gn tukul batu utk kpuasan maksima

      Delete
  7. Jika berbalah terus menerus begini pada akhirnya Najib akan tetap Berkuasa hingga PRU 14 nanti....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la bodoh nye org melayu. sebab surat dari penjara ..semua melatah..
      kita kena fokus how to kick najib from office

      Delete
    2. Saya setuju! Bodohlah siapa2 yang masih hendak dengar nasihat daripada seorang BANDUAN atau PENJENAYAH LIWAT.

      Ini adalah fakta. Orang gila mana yang hendak biarkan air maninya disumbat sedalam 4sm ke dalam dubur orang lain melainkan dia sendiri yang lakukan ?

      Biarlah Dr Mahathir lakukan magis dalam gerakan selamatkan Malaysia kerana beliau dah lakukannya selama 22 tahun yang lepas di mana rakyat dapat hidup dengan aman dan makmur.

      Kita semua hendak Najib berundur. Bukan sedikit kesusahan yang Najib dah buat kepada negara dan rakyat. Ini yang paling utama!

      Delete
  8. Ia terlihat dalam beberapa temubual dengan media asing di mana Tun Mahathir masih lagi bercakap soal moral Anwar serta pernah mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri.
    BAGI PENDAPAT SAYA TUN MAHATHIR ORANG YANG SUKA BERTERUS-TERANG DAN IKHLAS, INI ADALAH UNTUK MEMBERITAHU DAN PERINGATAN KEPADA PARTI PKR, DEKLARASI RAKYAT ADALAH TUJUANNYA ADALAH UNTUK MENJATUKAN NAJIB SAJA, TIDAK LEBIH DARIPADA ITU, TETAPI NAMPAK SANGAT SEKIAN LAMA BARU TIMBUL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang kata 'kena save Anwar' dulu, baru 'save Malaysia'.

      Tahniahlah, tahu mana keutamaan yg perlu diambil tindakan. Camtu le orang Melayu...

      Delete
  9. Seorang diluar menikmati kehidupan yang cukup selesa dan seorang lagi duduk merengkuk siksa di penjara. Siapa yang paling tinggi pengorbanannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm penjara pengorban tak tinggi. mkn d tangung..hya berehat aja dlm cell. relax habis

      Delete
    2. So didik laa anak beranak hang anon 22.26 untuk pergi sana supaya senang hidup dorng.Hang pun tak duduk dlm penjara pun mesti relax habis mentedarah hak melayu lain..

      Delete

    3. You are a very sick person, Jason Koji.



      Delete
  10. Lagi dulu aku tak dan kurang yakin dgn ANUAR ni...masa tahun REFOMASI dulu lagi aku dah agak dah ni semua lakonan demi menjaga maruah umno sebab masa tu orang kurang yakin dgn MAHATIR tapi mengarah ke PAS...so today ANUAR dah pulak nak buat KERAJAAN GABUNGAN DGN UMNO lepas langkah KAJANG..dalam diam dia bersengkokol dgn PAS... sebabnya dia tahu ramai anak anak muda melayu dah tertarik dgn DAP setelah orang muda generasi anaknya terasa tertipu dgn muslihat ANAK BERANAK dia...nak tanya sikit ANUAR ni betul ke dia dalam PENJARA atau dia berihat dalam penjara supaya TUTUP MULUT ...lakonan perlu ada TAKE baru senang buat editting...BAIK NAJIB..ANUAR..MAHATIR DAN SESIAPA DALAM UMNO ATAU BEKAS UMNO MAHU PUN PAS tolong jangan pecaya mereka ni...itu pasal AGONG DIAM JE...orang MELAYU MALAYSIA ADA SIFAT RESIT YG BERBENTUK KASTA.

    ReplyDelete
  11. Isu pertembungan peribadi Tun M Anwar sudah lama.
    Kegusaran Anwar ketika ini setelah melihat Tun M berupaya memimpin pejuang berhaluan kiri yang sekata menyokong aspirasi Tun M.
    Adakah Anwar semakin terpinggir? Rasionalnya adalah PKR ,parti yg diasaskan anwar jika mahu bangun dari terpelosok sudah tentu berkehendakkan momentun penyertaan dan sokongan jitu. PKR adalah serpihan UMNO juga dan Anwar Ibrahim pernah menjadi timbalan presiden UMNO. Cuma apakah Tun M sekarang dilihat mahu ada kepentingan dalam PKR atau tidak.....mungkin ini yg dibimbangkan oleh Anwar. Benda ini juga menjadi kegusaran kepada DSN sekiranya tsunami sokongan ADUN mahupun Parlimen UMNO boleh beralih kepada Tun M bersama PKR.
    Sekadar pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nak sangat Najib jadi PM dulu, TDM juga... Memang TDM harus pikul tanggungjawab dan salah kan diri sendiri...

      Delete

    2. 04.10

      Sebagai negarawan, memang TDM berasa bertanggungjawab.

      Sebab itulah beliau bergerak aktif sekarang.



      Delete
  12. Sekiranya tun menwar-warkan jika pembangkang menang dan membebaskan anwar seterusnya melantik anwar sebagai pm, maka pembangkang TIDAK boleh menang. Memang anwar ada penyokongnya yang tersendiri tetapi bukan semua yang menyokong.
    Semua orang tahu siapa anwar.

    ReplyDelete
  13. Deklarasi rakyat sebenarnya deklarasi menyelamatkan UMNO Baru dari disingkirkan oleh rakyat Malaysia berbangsa melayu. Pada peringkat ini memang tidak beberapa jelas, tapi jika diamati ucapan Tun..... Fokasnya jatuhkan Najib selamatkan UMNO Baru.

    Kalau nak menyingkirkan Najib dari jawatan perdana menteri semestinya ahli UMNO Baru yang lakukan bukannya rakyat Malaysia. Persoalannya kenapa ahli parti itu tidak melakukan pekara yang sama dilakukan oleh Tun Mahathir sedangkan penerangan demi penerangan telah diberikan berasas hujah yang lojik ?

    Itu memberi petunjuk bahawa semua ahli parti itu terlibat dengan rasuah....terima rasuah, beri rasuah... Makan rasuah. Orang yang terlibat dengan rasuah tidak ada kesetian pada janji, malah pada bila-bila masa saja mereka boleh bertukar jadi pengkhianat pada agama, bangsa dan negara.

    Tun dapat merasakan kebencian rakyat Malaysia terhadap parti yang dibinanya itu. Ketakutannya akan kehilangan kuasa oleh parti itu, menjadikan dia sentiasa gelabah. Biarpun seluruh penjawat awam bersekongkol dengan SPR untuk menipu kertas undi dalam pilihanraya ke 14 nanti, kedudukan kuasa UMNO Baru dalam kerajaan Barisan Nasional masih tidak terjamin.

    Ini kerana skandal Najib amat besar, bangkai gajah tidak mampu ditutup dengan nyiru.

    Deklarasi rakyat hanya lah satu gimik tanpa memberi apa-apa impak biarpun raja melayu sudah diberi tahu kerana raja berpelembagaan tidak ada kuku. Yang menjadikan raja melayu dilihat berkuasa apabila melayu pembangkang tanya kuasa raja.

    Maka dengan cepat kilat pemimpin UMNO Baru buat laporan polis, upah orang ramai RM10, bagi t-shirt, dengan sebungkus nasi campur bikin demostrasi.... Laung sana, jerit sini.....raja melayu adalah ketua orang melayu, raja melayu adalah ketua agama orang melayu....tangkap orang itu...tangkap orang ini...kerana mereka menderhaka pada raja melayu.

    Ketika itu kita akan lihat raja melayu dengan gagahnya bersuara.....beta...itu beta ini....

    Dalam isu deklarasi rakyat....yang jadi penyamun adalah pemimpin UMNO Baru, yang mengusulkan tanda tangan rakyat adalah bekas pemimpin UMNO Baru...siapa yang akan memberi tenaga pada raja melayu agar nampak berkuasa ? Hasilnya sama seperti bercakap dengan pokok saja.

    Ucapan dalam deklarasi rakyat sudah mula mencampuri uruasan parti politik yang layak bertanding dalam pilihanraya. Tun juga sudah memberi cadangan partI mana yang patut letak calon bagi menentang calon dari BN. Tindakan seumpama itu seperti mengajar itek berenang. Tugas Tun hanyalah memberi penerangan dan kutip tanda tangan rakyat. Tidak lebih dari itu....

    Jika Tun mencampuri urusan mana-mana parti pembangkang bermakna Tun ingin menguasai parti politik dan ia adalah bersalahan dengan agenda deklarasi rakyat.

    Perbetulkan sikap itu sebelum jadi orang terbuang.......




    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat. Tidak dinafikan peranan Dr Mahathir Mohammad dalam membina semula Malaysia selepas kegagalan demi kegagalan diciptakan Mohd Najib Abd Razak. Tetapi perlu diingat, menyingkirkan Najib hanya sebahagian dari kehendak majoriti rakyat yakni 52% pengundi berdaftar yang menentang BN. Kumpulan majoriti ini menolak BN bukan kerana Najib dan Rosmah semata-mata sebaliknya kerana seluruh sistem yang ada di negara ini, dari Badan Eksekutif ke Badan Kehakiman, Badan Penguatkuasa, Keselamatan dan Pertahanan telah pincang. Jika pemimpin pembangkang berstatus Wakil Rakyat boleh diperlaku seperti pendatang tanpa izin tiada jaminan kita pembayar cukai terlepas dari layanan sehina itu. Itulah asas perjuangan Pakatan Rakyat/Harapan, mengembalikan hak-hak rakyat dan pentadbir yang amanah. Maka seruan Anwar Ibrahim dari penjara tiada yang pelik kerana reformasi menyeluruh institusi adalah matlamat partinya, yang tidak banyak terkandung dalam Deklarasi Rakyat walaupon wakil PKR dalam Jawatankuasa Penganjur DR mendesak dibesarkan konteks tuntutan DR itu sendiri. Jika mahukan pembangkang menyokong DR, maka Dr Mahathir patut memberi dan menerima. Itu tidak berlaku.

      Delete
  14. En Shahbudin,
    Apa yg tuan Syorkan Ada betulnya, iaitu para penting gabungan tenaga puak2 Anwar dgn Mahathir. Seperti yg tuan tulis, dua2 pesonaliti ini mungkin Ada kesilapan masing2.
    Mahathir memang cetuskan berbagai kebobrokkan namun gejala itu tidak timbul dalam sesuatu kelopongan ("vacuum"), mungkin juga dapat dilihat sebagai hasil kebobrokkan yg Wujud dlm satu masyarakat yg "nascent", yg baru celik Dan merabaraba, satu hasilan sejarah, satu produk 'historical process'....mungkin dgn hubungan tuan dgn elit politik tempatan Dan tulisan tuan dapat menyampaikan sorotan ini kpd kumpulan Anwar.

    Mahathir juga harus menguraikan kebencian Dan sangkaburuk beliau terhadap Anwar lantaran sikapnya mungkin lebih hamper kepada jinayah Qazaf, Dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Allah S.W.T.... Mungkin dgn mengingati maut begitu hampir....(bukan saja kepada beliau, tapi kepada semua kita yg bernyawa.)
    Sekali lagi, mohon tolong sampaikan sorotan yg tak sebarapa ini.
    WA sallam.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila anwar buat jenayah fakta saintifik tolak tepi....guna agama. Apa adahal ?

      Relax la. Ini untuk undurkan najib saja. Bukan mengenai anwar.

      Delete
    2. Anon 00.05..fakta saintifik 4sm hang sebut..tapi pasal pereira simpan bukti dna 90 jam yang diambil dlm bontot saifool yg semestinya penuh bermacam2 bakteria dan disimpan dalam locker saja(pasal chain of evidence mngkn hang tak tau kut..jadi xpayah ckplaa.)Dan pakar dna yg persoalkan dna bontot yg penuh bakteria yg nampak fresh dan dpt bg 99% results(csi pun tak boleh dapat result lagu tu melainkan malaysia boleh)..apa ada hal..Hang tak saintifik bro..
      Ini bukan pasal undurkan Najib saja..Inilah peluang menyingkirkan pak turut dan kaki ampu dan opurtunis dan rent seekers dan lintah darat yang tanpa segan segok akan sokong mana2 diktator yg lain demi jaga periuk nasi dorang dan mendirikan Malaysia yg kita inginkan demi kelansungan generasi kami akan datang.
      Tidak lagi short-cut untuk anak2 org macam hang anon 00.05 atau menteri atau bangsawan yg tak lulus srp,dunno how tapi know who boleh dpt biasiswa dan pg luar negeri dan blk isi kerusi yg hangpa pegang sampai mati.

      Delete
    3. Anon 00.05..fakta saintifik 4sm hang sebut..tapi pasal pereira simpan bukti dna 90 jam yang diambil dlm bontot saifool yg semestinya penuh bermacam2 bakteria dan disimpan dalam locker saja(pasal chain of evidence mngkn hang tak tau kut..jadi xpayah ckplaa.)Dan pakar dna yg persoalkan dna bontot yg penuh bakteria yg nampak fresh dan dpt bg 99% results(csi pun tak boleh dapat result lagu tu melainkan malaysia boleh)..apa ada hal..Hang tak saintifik bro..
      Ini bukan pasal undurkan Najib saja..Inilah peluang menyingkirkan pak turut dan kaki ampu dan opurtunis dan rent seekers dan lintah darat yang tanpa segan segok akan sokong mana2 diktator yg lain demi jaga periuk nasi dorang dan mendirikan Malaysia yg kita inginkan demi kelansungan generasi kami akan datang.
      Tidak lagi short-cut untuk anak2 org macam hang anon 00.05 atau menteri atau bangsawan yg tak lulus srp,dunno how tapi know who boleh dpt biasiswa dan pg luar negeri dan blk isi kerusi yg hangpa pegang sampai mati.

      Delete
    4. Jason koji kau pergi main jauh jauhlah. Teori kau ni sesuai dgn orang bukit saja.

      Delete
  15. nampak snagt mahde gunakan najib sebagi umpan dalam masa yang sama merobek pr
    jelas amat jelas kalau setakat najib nak diturunkan tapi amno tetap berkuasa denagn sistem yang dah makin lapok
    yang kecil selalu kena yang besar selalu terlepas
    pastikan amno diketepikan bial ada peluang
    mahde bila dipanggel kemahkamah masa kes anwar bole pulak minta soalan dulu
    curi darah kat hospital calit kat tilam usung tilam.sanggup buat macam tu punay nak bunuh maruah anwar
    memang filag mahde ni

    ReplyDelete
  16. Anon 23:47 kau ni dah lari dari tajuk.

    ReplyDelete
  17. Bagusla ada org suruh berhati2. Pada aku x der la big deal sgt. Aku tgk bila anwar bg statement berderu2 komen2 dari haters anwar. Sudah la woi! Negara nak lingkup
    Dah.

    ReplyDelete
  18. Dah makin melalut perbincangan ni. Gelak besor mat najip dan juak2nya..

    ReplyDelete
  19. last2 nanti KU LI jugak yg naik jadi PM apa nak gaduh? musang king gred A baik punya.

    ReplyDelete
  20. Siapa yang bakal naik 'takhta' PM setelah najib ditendang keluar ya? Zahid yang masih bercita-cita nak mem'Bangla'kan negara?

    ReplyDelete
  21. Melayu mudah mencuci dosa pemimpin munafik seperti Anwar.Di mana letaknya Islam orang Melayu?Kalau dirujuk kepada Al-Quran,ternyata majoriti orang Melayu menolak Al-Quran,walaupun mereka kelihatan bertudung litup dan yang lelaki pula berjubah,berjanggut serta berdahi hitam.

    ReplyDelete
  22. Salam semua

    Dendam kesumat. Dendam peribadi, dendam politik, dendam bisnes mahupun dendam cinta. Kita semua manusia dan menjadi naluri semulajadi untuk berdendam dihati walau pun ditegah oleh agama.

    Semua manusia ada dendam. Tapi kita dianugerahi AKAL untuk menimbang yang mana baik yang mana tidak baik. Begitu juga AKAL dapat membezakan Fakta dan Auta.

    Kes kerugian wang semasa pentadbiran Tun M semua kita tahu ia adalah KERUGIAN semata mata. Ini lumrah dan yang pentingnya kehilangan wang tersebut tidak masuk poket peribadi.Bukan semua yang Tun M lakukan mengalami kerugian. Kalau kita lihat sekeliling kita hari ini begitu banyak pembangunan dan prasarana legasi Tun M. Beliau berjaya melonjakkan Malaysia ke persada dunia. Dunia multimedia dan internet yang kita nikmati untuk meluah perasan sekarang ini juga adalah salah satu wawasan Tun M. Banyak lagi legasi Tun M yang kita kecapi tapi kita kadang lupa atau sengaja melupakan.

    Anwar Ibrahim juga adalah bekas anak didik Tun M. Beliau dibawa kedalam UMNO dan diangkat sehingga menjadi TPM. Namun politik tetap politik. Masing masing punya cita cita dan aspirasi peribadi yang kadang melebihi dan tidak sekata dengan apa yang dilaungkan. Anwar kecundang dalam UMNO dan kerajaan bukan kerana orang lain. Namun beliau dan penyokong tidak mahu menerima dengan AKAL yang waras.

    Kes liwat Anwar yang pertama walaupun beliau dibebas atas alasan teknikal, fakta dan mahkamah tidak menafikan. Kes beliau yang kedua, mahkamah menerima bukti dan mensabitkan kesalahan. Fakta juga membuktikan segalanya. Kalau kita guna AKAL yang waras, satu fakta yang mesti kita tanya diri kita adalah kehadiran air mani yang bukti DNAnya tidak dapat disangkal. Walau pun pembelaan megemukakan hujah membantah bukti tersebut, itu memang tugas mereka. Hakikatnya air mani bukanlah sesuatu yang boleh kita perolehi secara mudah seperti darah atau air liur. Kita semua tahu bagaimana air mani dikeluarkan. Tak munkin Anwar tak "sedar" air maninya keluar dan berada di tempat yang ditemui dalam kes tersebut...Dapatkah kita bayangkan bagaimana?...Mustahil ianya satu "planted evidence" kan? Itu sebabnya kita mesti gunakan AKAL untuk membezakan fakta atau auta. Soal hujah peguambela menyangkal dan membawa plot konspirasi itu semua cuma hujah pembelaan. Memang tugas mereka untuk menimbulkan syak.

    Kita kembali kepada kes Najib. Juga berdasarkan FAKTA. RM 2.6 billion telah disahkan masuk dalam akaun peribadi Najib. Begitu juga dengam lain lain amoun dari SRC. AG Pandi sendiri telah mengesahkan penerimaan tersebut dan menambah lagi bahwa RM 2 billion telah di pulangkan. Pertama tama kalau tak terima macam mana pulak nak pulangkan? Terima dulu baru pulangkan...betul tak? Walau apa jua alasan "derma" dan sebagainya...yang sah duit telah masuk akaun peribadi. Sebagai seorang Perdana Menteri, wajarkah Najib menerima duit terus ke akaun peribadi secara senyap senyap. Kalau tak dibongkar oleh WSJ dan SR...anda pikir Najib akan bagi tau umum?...Begitu juga dengan 1MDB. Laporan rasmi PAC walaupun cetek dan setengah jalan banyak membongkar salah laku pengurusan yang juga melibatkan Najib terutama dengan klausa Artikel 117.

    Sekarang kita guna AKAL kita yang waras dan menilai yang mana fakta dan yang mana auta. Yang mana betul dan yang mana salah. Seterusnya kita bertindak dengan AKAL yang waras dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini. Apa yang kita mahukan?...Adakah kita akan beri undi kepada BN yang juga dikira memberi sokongan kepada Najib dan UMNO yang jelas korup dan membawa malapetaka kepada Negara?...atau kita menyuarakan isi hati kita dengan memberi sokongan kepada lawan?...walaupun pahit!

    Sokongan kepada UMNO dan Najib akan membuat mereka lebih angkuh! Apakah itu juga yang kita mahukan?

    ReplyDelete
  23. "Fakta juga membuktikan segalanya. Kalau kita guna AKAL yang waras, satu fakta yang mesti kita tanya diri kita adalah kehadiran air mani yang bukti DNAnya tidak dapat disangkal" kurang tepat. Tiada bukti ada air mani Anwar dalam rektum Saiful. Mahkamah hanya dibuktikan terdapat DNA dalam anus Saiful, dan bukan hanya DNA Anwar seorang. Mahkamah dibuktikan terdapat beberapa DNA lain. Bukti ini, jika kita menggunakan AKAL yang waras, tertolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana DNAnya boleh ada disitu? Kalau bukan "air" dari mana DNA tu, air liuk Nuar sampai kedalam tu ke? Sape mai masuk?

      Delete
    2. E AH

      Hang ada baca ke tidak? atau cakap ikut apa yang mulut mau cakap langsung menidakkan fakta.

      Ini dari Utusan:
      http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm


      MAHKAMAH

      ARKIB : 25/08/2011
      Pendakwa bangkit isu air mani

      Oleh SUWARNI MOKHTAR
      dan AMIRUDDIN HARUN
      pengarang@utusan.com.my

      KUALA LUMPUR 24 Ogos – ‘‘Untuk meletakkan air mani seseorang pada sesuatu sampel atau rektum, orang yang hendak meletakkannya perlu ada air mani orang tersebut bukan?’’

      Pertanyaan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden itu menyebabkan saksi pembela ketiga dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. David Wells terdiam seketika dan pada mulanya enggan memberikan sebarang jawapan kerana baginya soalan itu lebih sesuai ditujukan kepada pakar asid deoksiribonukleik (DNA).

      Selepas Mohd. Yusof menjelaskan bahawa soalannya tidak langsung menjurus mengenai kehadiran DNA dan hanya melibatkan air mani sahaja, Wells kemudiannya bersetuju dengan cadangan tersebut.

      Soalan yang pada mulanya mengundang gelak tawa daripada mereka yang berada di galeri awam termasuk penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menyebabkan dewan mahkamah menjadi sunyi seketika selepas jawapan tersebut diberikan.

      Soalan tersebut dikemukakan ekoran dakwaan pihak pembelaan sebelum ini yang menyatakan bahan bukti telah tercemar dan air mani Anwar telah diletakkan pada calitan-calitan putik kapas.

      Mohd. Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan menimbulkan perkara tersebut hari ini semasa menyoal balas pakar patologi forensik dari Australia itu yang dilantik sebagai saksi pakar pihak pembelaan pada perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi di sini.

      Mohd. Yusof dalam hujah di akhir kes pendakwaan sebelum ini menyatakan, ‘tiada bukti bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ada menyimpan air maninya di bank sperma kecuali sekiranya pihak pembelaan mencadangkan air mani Anwar bertaburan di tempat kejadian.

      Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm#ixzz48z4hzjTK
      © Utusan Melayu (M) Bhd

      Ini pula dari The Star:
      http://www.thestar.com.my/news/nation/2010/02/04/prosecution-to-prove-case-with-semen-specimens-collected/

      KUALA LUMPUR: The prosecution in the second Datuk Seri Anwar Ibrahim sodomy trial will prove that semen specimens taken from complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan’s anus belonged to the Opposition Leader.

      Solicitor-General II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, who led the prosecution team, read out an opening statement, saying that the Chemist Department would confirm that the specimens were Anwar’s.


      Delete
    3. Anon 14:04

      Jika rujukan saudara/i dari Utusan dan The Star, saya tidak terkejut saudara/i sanggup bermatian mempertahankannya. Sudahkah saudara baca hujah pemerhati Komenwel?

      Delete
    4. Hi all

      You can argue till the cows come home. The fact of the matter is Anwar has been convicted by the court of law based on the evidences presented to the court despite having the best defense legal team available to him. He has had his case appealed to the highest court in the country.

      Who are you all to deliberate on the matter which has gone through the process of the law? BTW it was a lengthy process of almost 2 years. You believe what you want to believe and it is best to keep it to yourself. The facts of the case remains.

      Delete
    5. So we should believe utusan and tv3 that TDM intention is just to put his son as pm..

      Delete
  24. AMANAH ADALAH PILIHAN RAKYAT MALAYSIA
    GO AMANAH GO PRK NI KITA CUBA 3 PENJURU
    BN PAS AMANAH KALAU ADA BEBAS LAGI BAIK

    ReplyDelete
  25. Kita masuk ke blog ni untuk bersama sama berjuang dgn Tuan Shah. Marilah kita sama2 jaga ketertipan berbahasa.
    Walaupun pendapat kita tak sama tapi elaklah maki hamun.

    ReplyDelete
  26. http://allahridho.blogspot.my/p/larangan-bagi-orang-islam-untuk-memilih.html?m=1

    tenung2 kan lah... Alla SWT lagi mengetahui... lantas turun lah ayat tersebut...

    ReplyDelete