Friday, 13 May 2016

DI MANA NAJIB JIKA TIADA KUASA?

Antara yang disebut Najib Razak dalam ucapannya sempena sambutan ke 70 ulangtahun UMNO semalam ialah "kalau takdirnya satu hari saya berselisih faham  dengan pengganti saya, saya tidak akan keluar UMNO."

Wah...nampak hebat bunyinya!!

Lafaz itu bukan saja sebagai sindiran kepada Tun Mahathir Mohamad, tetapi juga menunjukkan keinginan Najib untuk memperlihatkan kononnya beliau akan menjadi seorang bekas Perdana Menteri yang baik, tidak lagi campurtangan apabila tidak lagi mempunyai kuasa dan akan setia kepada UMNO?

Apakah jaminan kata-katanya hari ini akan dikotakan di kemudian hari?

Bolehkah kita percaya begitu saja kata-kata manisnya itu?

Bila berkata demikian, bila sebenarnya beliau mahu menyerahkan kuasa kepada penggantinya atau semuanya sekadar "sembang kencang"  saja?

Tetapi sebelum itu, yang harus ditanya kepada Najib ialah mampukah beliau berselisih faham dengan penggantinya jika beliau tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa?

Dengan pelbagai isu dan skandal kewangan membelit dirinya ketika sedang berkuasa, jika tidak lagi berkuasa, beranikah beliau meninggikan suaranya kepada sesiapa?

Tidakkah nanti jika bersuara sedikit saja pun, beliau akan ditempelak balik oleh pemimpin dan ahli UMNO sendiri yang sudah ada "tauke baru"  berkaitan isu 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadinya, kemewahan Rosmah dan macam-macam lagi?

Maka, bukankah berdiam diri, akur dan tidak campur sama-sekali adalah pilihan paling selamat baginya?

Itu kalau UMNO masih berkuasa, tetapi kalau sudah jatuh ke tangan parti lain, apakah beliau masih berani mengangkat mukanya walau sedikit pun?

Lagi pun, dengan imej dan wajah kepimpinannya yang bagaikan "langit dan bumi"  dengan Tun Mahathir, siapakah yang sudi mendengar kata-kata Najib setelah tidak lagi menjadi Perdana Menteri?

Soalan cepumas yang patut ditanya juga kepada Najib ialah di mana beliau nanti jika tidak lagi menjadi Perdana Menteri?

Masih tinggal di Malaysia, bermastautin di luar negara atau mungkinkah Perdana Menteri baru atau kerajaan baru akan mendakwanya dengan pelbagai siri pertuduhan yang akhirnya boleh membawanya  ke penjara?

Hakikatnya, dengan risiko sedemikian, apabila tidak berkuasa nanti, Najib memang tidak mampu berbuat apa-apa pun, jauh sekali untuk berselisih faham dengan penggantinya atau menyebut mahu keluar daripada UMNO.

Boleh jadi juga beliau tidak lagi dikenang selepas kehilangan kuasa, bahkan mungkin tidak ada yang sudi mahu mengabadikan nama Najib pada jalan, kampung, balairaya atau seumpamanya seperti bekas-bekas Perdana Menteri sebelumnya atau dijadikan nama bayi yang baru dilahirkan.

Hanya pemimpin yang berani, kukuh kewibawan dan tiada skandal peribadi seperti Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir saja yang berani berbuat demikian.

Malah, beliau akan lebih diam daripada Tun Abdullah Badawi bila sudah kehilangan kuasanya nanti. (SH 13/05/2016).

65 comments:

  1. Orang macam ni mana ada integriti. Pada yang masih menyokong UMNO & BN, mereka leka dan tidak sedar bahawa parti parti tersebut telah bertukar menjadi Parti Pakatan Rosmah dan Najib. Cakap banyak, kerja asyik mengaut duit rakyat. Mereka merasakan duit rakyat hak mutlak mereka. Sambutan Najib 40 tahun diarena politik sangat glamer dan mewah. Sambutan UMNO 70 tahun parti Pakatan Najib & Rosmah sampai masjid waktu masuk waktu Maghrib. Dengan Tuhan pun dia nak menang contest red carpet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan tak hadam, sakit perut tak lawas, tidur tak lena dibuatnya bila dengar segala kepincangan najib dan 1mdb akan ditanggung oleh kerajaan (duit rakyat). Sedangkan najib tidur lena, makan sedap-sedap, pakai mewah-mewah, rakyat biasa terpaksa cari pendapatan sampingan/kerja lebih masa. Ekonomi makin teruk, sykt besar pun tutup kilang, sektor perbankan kurangkan pekerja, ramai dibebani hutang...apa yang mampu kami lakukan? Hanya berserah pada takdir Allah

      Delete
    2. Tutup jer Institut Integriti Malaysia..Suruhanjaya integriti Agensi Penguatkuasa, Suhakam..SPRM..PDRM..Pejabat Peguam Negara..mahkamah..buat perabeh duit negara jer bayar gaji diorang mahal-mahal tapi tak boleh selesaikan masalah PM yang takde integriti. Kalo dah semua orang tak ndak berintegriti..nak kaya cepat..baik kita jual jer Tanah Melayu ni kat Tok Arab..apek China..orang amareka..pastu kita pulak menyewa ngan diorang untuk tapak rumah kita. Kitakan banyak duit..apa nak ďiherankan..bayor je la!!

      Delete
  2. Bodoh dan celake lah najib rosmah

    ReplyDelete
  3. Cepat raja guling najib. Tungu malaysia bankrap kah?
    Tunggu rakyat brontak kah?
    Semua yang keluar media kerajaan makin celaru dan bodoh

    Sibuk nak campur kes penang

    Kes najib rosmah dah jelas seleweng.

    Tungu lagi tungu lahi tungu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita tengok berapa lama dua laki bini nak berpura2 berlakon bersih. Berapa lama dua ekoq tu tahan buat muka tebal selamba tak tau malu. Berapa lama dia org tahan duduk dalam maki sumpah seranah org.

      Berapa lama mereka nak membelit menipu rakyat. Berapa lama tahan makan dan bermewah dgn duit haram. Berapa lama nak supply dedak. Berapa lama nak jadikan kuasa sebagai kubu utk mereka elakkan diri dari didakwa.

      Satu hari nanti akan sampai juga ke penghujungnya. Tiap yg bermula tetap akan berakhir.

      Bagaimana seseorang bermula tu tak penting tapi bagaimana pengakhiran seseorang tu yg akan lekat dlm ingatan org sampai bila2.

      Delete
    2. 1616..selagi rakyat kekal penakut, selagi rakyat masih senang hati menjadi bacul, selagi rakyat dpt tidur nyenyak, selagi itulah Najib Rosmah boleh meratah apa saja yg diingini.

      Lu gua aku kita hangpa kami sumer sama. Mcm jilake buat bising dlm blog.. nak berdemo takut. Malulah sikik, dikurniakan kaki tangan dan kudrat, tapi bacul. Lainlah OKU yg kudung kaki tangan, x boleh berbuat apa2. Memalukan saja idup penakut, bunuh diri sajalah drpd idup bazirkan oksigen. Membebel dlm blog tidak akan mengubah apa2. Turun jalanraya berdemo 5-6 bulan.. kumpul 5 juta rakyat.. tgk camana..

      Delete
    3. Raja pun takut sekarang,risau gelaran di tarik balik.

      Delete
  4. Kalau penyamun cakap, ada kredibilit ke??????

    Dh rembat US$1billion duit 1MDB, ckp Najib samalah tarafnya dgn ckp Botak chin atau Bentong Kali. Botak Chin dan Bentong Kali lagi ada krebiliti. Mereka menyamun dan merompak dan tidak pula menafikannya. duit2 yg disamun mereka tak ckp duit 'derma'.

    ReplyDelete
  5. Sudah tiba masanya kita berlapang dada dan membuka minda bahawa Najib bukan lah Perdana Menteri yang baik untuk menerajui Negara Malaysia,,30 juta jiwa rakyat Malaysia mendabakan seorang Peminpin yang bersih,cekap dan amanah.!!!
    Bukan Peminpin yang terlalu banyak scandal dan tidak bertanggungjawab ..!!

    ReplyDelete
  6. En Budin eaa aa , kita mesti pecaya sama PM cekap maa aa !.
    UMNO punya olang semua pecaya itu macam lea aa .

    ReplyDelete
  7. Disebabkan Najib, nama Tun Razak pun tiada di catatan En Budin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama Tun Razak tak disebut sebab dia meninggal dunia dalam UMNO.

      Delete
    2. apa la sgt mati dlm umno ke tidak
      yg paling kita nak ialah mati dlm iman

      Delete
  8. lelaki takut bini tidak ada ciri kepimpinan

    dah berapa kali najib terbukti PEMBOHONG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap-cakap orang yang mengatakan Rosmah menempeling
      Najib ada kebenaran nya...semasa Najib berjawatan
      Menteri Pertahanan.

      Sesiapa sahaja yg ada kawan yang takut bini mesti
      tau ciri-ciri lelaki macam mana....dan isteri nya
      punya ciri-ciri yang tertentu...tak boleh tak nampak punya.

      Delete
  9. macamana org barat buat kat nombor 13, itulah yg kita patut buat pada nombor 6 (PM no.6).

    Kalau dibarat dilangkau no

    ReplyDelete
  10. Sorry komen tak habis dah dihantar.

    kalau di barat boleh langkau no 13, kita hitamkan aja no 6. PM no 6 ni mmg hitam hatinya.

    ReplyDelete
  11. Percayalah Najib akan berakhir disungei buluh sebagai banduan yang hina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentunya "Mappadulung & Juburi" itu adalah suatu syarikat yang tidak boleh di percayai orang.

      Delete
    2. 10:43.
      Juburi kepala bapak kau.
      Lu laknat punya manusia.

      Delete
    3. Politik bermain duit dimulakan Anwar Ibrahim sokongan Zionis luar negara lagi. Macai2 Anwar cash-is-king bukan sedikit dlm kerajaan.

      Delete
    4. 1043 mai pinjam sat jubur hang nak test betoi ka dsai balun dan 1420 mana bukti skit dsai.hampa yg otak rosak tun was in total control bkn pm haramjadah

      Delete
    5. 1043 hari jumaat pun ingat jubur otak losak.

      Delete
    6. Anwar I. - budak puak Zionis

      http://nodisinfo.com/zionist-jew-malaysian-airlines-chairman-hugh-dunleavy/

      Delete
  12. Roda berputar jib..kebanyakan menteri dedak skrg ni yg kebanyakannya ada di zaman kepimpinan Tun M dan pijak semut pun tak mati di hadapan Tun..bila dah tukar taukey...kutuk balik Tun M. Jib kena muhasabah diri..roda akan berpusing bila Jib dah tak jadi taukey nanti...tengok aje laaa

    ReplyDelete
  13. BELUM KRISIS BOLEH LAH CKP.

    DH KRISIS NNTI SILAP2 MATI ORG YG DIA KRISIS TU.

    BARU MUHYIDIN CKP SIKIT HAL DUIT 2.6B DAH KENA PECAT.

    ATAU NAJIB MERASAKAN BELIAU TK SEMPAT NK BERKRISIS DGN SESAPA SELEPAS TURUN KUASA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...kalau ada yang nak rasa kena hempap dengan badak, cuba lah berkrisis.

      Delete
    2. Kalau nak kena hempap dgn badak betina mau lah jugak tapi kalau dgn badak sumbu tak mau lah aku

      Delete
  14. Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang pernah mencetuskan kontroversi kerana dilihat menentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam isu projek penambakan laut kini mula ditekan untuk mengubah pendirian mereka.


    Wakil-wakil rakyat PKR yang memutuskan untuk berkecuali berhubung usul oleh Umno mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang pada November yang lalu ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (Penanti), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) dan Dr T Jayabalan (Batu Uban).

    Difahamkan bahawa ketegangan berada di tahap tertinggi semasa mesyuarat pra-majlis antara Lim dengan 30 ADUN Pakatan Harapan di pejabat Komtar tingkat 28 ketika membincangkan isu kontroversi tersebut.

    Sumber mendakwa, lima ADUN PKR itu diberi kata dua sama ada patuh dengan kehendak kerajaan negeri atau dilabel sebagai bertanggung jawab atas pepecahan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

    Mereka juga berisiko dinyahkan daripada menjadi sebahagian kerajaan negeri Pulau Pinang, kata sumber itu.

    “Ini merupakan pertembungan paling besar antara DAP dengan PKR di Pulau Pinang, semuanya atas meja,” menurutnya mengenai apa yang berlaku dalam mseyuarat selama dua jam tersebut.

    Namun, wujud petanda yang kuat untuk kelima-lima ADUN PKR itu untuk tidak berganjak dari pendirian mereka.

    Mereka sebelum ini mendakwa memilih untuk berkecuali menentang usul Umno itu kerana "mengikut suara hati" ekoran melibatkan isu alam sekitar yang rumit.

    Ketika ditanya, Norlela berkata, selepas mesyuarat pra-majlis dengan Lim itu, beliau masih tetap dengan keputusan menuruti kehendak pucuk pimpinan PKR dalam isu tersebut.

    “Kami akan buat yang terbaik untuk rakyat negeri Pulau Pinang,” Norlela memberitahu Malaysiakini.

    Khai Loon pula menambah, partinya belum membuat sebarang keputusan tetapi akan dimaklumkan mengenai butiran kesan penambakan laut di negeri berkenaan.

    “Walaupun parti mungkin mempunyai keputusannya, kami sebagai wakil rakyat yang dipilih juga harus menyatakan pendirian,” kata Khai Loon lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi tak lah sampai bercium mulut dengan qarun abad 21.

      Delete
  15. KUALA LUMPUR: Belum pun kering tanah pusara pertelingkahan sesama komponen Pakatan Harapan di Sarawak, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar nampaknya sekali lagi akan membongkar pakatan itu.

    Sumber yang rapat dengan PKR mendedahkan kumpulan tertentu dalam parti itu, yang dikatakan dipimpin oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini dalam rundingan dengan PAS membincangkan kerusi antara dua parti itu.

    “Aturannya adalah PKR akan bertanding di Sungai Besar manakala PAS boleh bertanding di Kuala Kangsar tanpa campurtangan daripada parti-parti Pakatan Harapan yang lain,” kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.

    Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, pertelagahan antara PKR dan DAP membawa kepada pertembungan di enam kerusi.

    Kedua parti gagal temui kata sepakat dan menurunkan calon di Mambong, Batu Kitang, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mulu. BN menang di keenam-enam kerusi ini.

    Kembali ke persoalan pilihan raya kecil di Semenanjung, FMT difahamkan Presiden AMANAH, Mohamaad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa terkilan dengan perkembangan ini kerana AMANAH mahu bertanding di salah satu kerusi itu.

    Sumber memberitahu PKR akan cuba menyelesaikan masalah berbangkit secara dalaman dengan memastikan calon-calon yang bakal diturunkan dipersetujui dan disokong oleh semua komponen PH.





    Sementara itu, sumber yang rapat kepada PH mendakwa dua pimpinan pusat PKR – seorang daripada sayap wanita dan seorang daripada sayap pemuda – kini terbabit dalam rundingan kerusi dengan PAS.

    “Dua pemimpin itu telah mengadakan mesyuarat dengan PAS mengenai Sungai Besar semalam,” menurut sumber itu.

    FMT juga difahamkan bahawa calon-calon yang dikenalpasti oleh kumpulan Azmin itu adalah Naib Presiden PKR, Shaharuddin Baharuddin atau bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

    Meskipun komen daripada dua nama yang disebutkan itu belum dapat diperoleh, Muhammad, yang menyertai PKR tahun lepas selepas meninggalkan PAS berkata dua kerusi itu patut ditandingi oleh parti Islam itu.

    “Bertanding untuk tewas bukanlah pilihan bijak dan kini adalah masa untuk konsolidasi.,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Azmin, ketika ditemui pemberita di Sungai Besar hari ini, enggan mengulas samada PKR akan bertanding atau tidak di Parlimen itu.

    “Calon belum ditentukan, masih dalam perbincangan,” katanya.

    Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada PH supaya jangan menyertai pilihan raya kecil ini jika mereka mahu menewaskan BN kerana Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kerusi tradisi parti Islam itu.

    Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong selepas Ahli Parlimen Noriah Kasnon dan Wan Mohammad Khair-il Anuar maut dalam kemalangan helikopter minggu lepas semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bagi menentukan tarikh penamaan dan tarikh pengundian dua pilihan raya kecil ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...merah lagi tanah kubur. Dah ada lak pak lebai pas dari pasir(mas)bedengung kata nak buat kejutan di prk. Kesian yang teramat sangat.

      Delete
    2. Jamal ikan tongkol dgn ali tinju drp umno dah ugut nak bunuh membunuh sesama sendiri.
      Masing2 gila kuasa masing2 pun berkelulusan srp saja.Tapi sama2 berkeinginan nak jadi YB dan menteri.
      Orang tua2 kata ular lidi nak jadi naga.
      Yg aku hairan tak ada ker orang sg besar yg masuk universiti.Mustahil semua orang sg besar setakat ada srp saja.
      Dah lah berkelulusan setakat srp saja siap ada pistol lagi.
      Ada musuh ker dia ni? Siapa musuh dia?
      Sedangkan syarat nak memohon lesen senapang patah untuk tembak babi hutan yg merosakan tanaman pun cukup punya susah.

      Delete
    3. kasih peluang Mat Taib tanding kat sg besar,

      Delete
    4. Ni zaman kelulusan, kualiti dan pengalaman tak dikira. Kriteria kabinet kayu yg mesti ada ialah pandai bodek, ampu, bijak membelit dan mengangguk jer.

      Yg penting wajib ikut telunjuk boss besar dan mem besar....kalau dapat yg buta, bisu dan pekak lagi baik.

      Delete
  16. Jawapan kepada tajuk artikel saudara : di sel penjara sebelah Anwar Ibrahim di Sungai Buloh dimana beliau "di seksa" setiap hari dengan bacaan doa dan ucapan dari Anwar .... heheheheh

    ReplyDelete
  17. apa yg saya boleh katakan, saya hanya tak reda apa yg dilakukan oleh pihak pemerintah... dan saya serahkan hal ini kepada Allah. berusahalah ahli-ahli politik yang baik... pandai macam mana pun org hari nie, kepimpinan DSN masih disitu... semoga dipercepatkan pilihan raya, tak kira lah yg kecil atau yang besar... dan mengharapkan pembetulan2 yg boleh memakmurkan kami.. dah terlalu lama kami terdedah dengan cerita politik yg memeritkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...pru? Umno najib bersama pas hadi. Maka jadi lah UMPAS. Najib kekal pm, hadi kekal penasihat.

      Delete
    2. Sungguh RUGILAH PAS kalau membiarkan diri DIPERGUNAKAN menjadi BENTENG demi mengukuhkan kuasa seorang penyamun.

      Delete
  18. Kaki kincing jgn caya sgt la...

    ReplyDelete
  19. Kalau hilang kuasa kelak hari nanti, Ahjibgor dan Maamrambut jual nasi kanda pun tak laku... kenapa? Sebab mana kita boleh pasti dia punya macai masakan boleh harap tak?!!!

    ReplyDelete
  20. Kalau dah tidak ada kuasa dia hidup dekat sg buluh saja itu tempat yg paling selamat dan boleh bertaubat dan lagi satu tempat ialah duduk dekat tg rambutan berehat sudah tentu tidak ada sesiapa boleh dakwa itylah dia rencana hidup kita boleh merancang allah yg menentukan aaammmiiiiiiiinnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tiba2 teringat dulu bila rakyat Filipina bangkit memberontak.....Marcos dan Imelda larikan diri keluar negara cari suaka politik dan duduk di Hawaii.

      Org macam ni akan ligat kepalanya fikir cara nak selamatkan diri dari didakwa. Sekali-kali tidak semudah itu mereka nak serahkan diri utk ditangkap.

      Dah tentu mudah duduk di tempat org dgn duit haram yg 7 keturunan pon makan tak habis. Walau dibuang negara tapi hidup org2 begini penuh dgn kemewahan hasil duit haram.

      Sejarah selalunya akan berulang.

      Delete
  21. SURUH berehat sementara untuk siasatan lebih telus pun tak berani..apatah lagi nak serah kuasa secara baik macam yang Tun M lakukan..

    orang yang tiada maruah camtu memang tak boleh diharap.

    ReplyDelete
  22. 1) Sebuah kampung L.B.Johnson
    Deklarasi Rakyat Najib ditentang
    malam tadi acara disusun
    Walaupun hujan ramai yang datang

    2) pahlawan Bugis berbangga keris
    tapi malang dadanya kosong
    Tun, Muhiyudin dan juga Mukriz
    wira negara wajib disokong

    3) ikan patin putih tak warna
    di Sungai Pahang bandar Temerloh
    kalau ditanya nak hantar kemana
    jawapan rakyat ke Sungai Buloh

    4) amat maslan penternak rusa
    Saleh keruak kerja di bendang
    jika hilang tampuk kuasa
    menteri sekarang selisih tak pandang

    5) pemimpin tak amanah negara lingkup
    cakap perbuatan tidak sejajar
    berkuasa rasuah bolehlah tutup
    hilang kuasa semua mengejar

    6) dulu gadis sekolah jangan
    kira kira disebut sifir
    bila kuasa hilang ditangan
    rambut gerbang menjadi leper

    ReplyDelete
  23. Kalau saya mati siapa nak jaga Najib, Rosmah? – Ali Tinju


    KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom tidak gentar dengan ugutan Jamal Md Yunos, sebaliknya beliau mencabar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bertumbuk di gelanggang yang sesuai.

    Beliau yang juga dikenali sebagai Ali Tinju hari ini membuat laporan polis mendakwa Jamal menghubunginya petang semalam dan mengugut akan memukul serta menembaknya, ekoran kenyataannya bahawa BN akan kalah teruk jika Jamal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti.

    “Saya nak nasihat Jamal jangan sombong dan ego dengan pistol yang kamu ada, negara ini ada undang-undang, tindakannya itu memalukan parti, kalau Jamal tembak mati ahli UMNO, tembak mati saya sebagai panglima Najib, siapa yang nak jaga Najib dani Rosmah?

    “Saya tidak ada kepentingan kenapa nak tembak saya? Saya Ali Tinju tidak goyang, kalau Jamal nak bertumbuk cari gelanggang bertumbuk dengan saya, kalau dia anak jantan, jangan fikir kamu ada duit kamu boleh bayar orang, kami NGO ini bukan bodoh.

    “Saya nak ulang lagi sekali, kalau Jamal bertanding di PRK Sungai Besar, rakyat ibarat telah memilih seorang samseng dalam politik UMNO dan BN, malah Najib dan Zahid Hamidi tidak pernah ajar ketua UMNO bahagian jadi samseng,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
    Tidak cukup dengan bidasan itu, Ali Tinju turut mendakwa Jamal pernah menyerahkan pistolnya kepada orang lain ketika Perhimpunan Baju Merah pada 16 September tahun lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taiko sudah mari maa...

      Delete
    2. Hehehe....kelakar betul sekarang ni kelayakan untuk duduk dalam khemah pahlawan......yg takat SPM pun ada, yg taiko samseng pun ada, yg tamatkan tempoh pun ada......wow menakjubkan.....cam ni rakyat nak respect?....kihkihkih.

      Delete
    3. Tan sri kpn tak terasa ke?

      Delete
  24. Isteri saya sedang mengandung,tak terasa nak namakan bayi tu dengan nama yang entah apa2,takut terkenan perangainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...atan toyo najib bhutto. Nama cadangan. Gabungan nama melayu, jawa, arab, pakistan.

      Delete
    2. ...(saya sambung) nama di atas takde kena mengena dengan yang hidup, yang mati atau yang di bom. Segala persamaan ada lah kebetulan semata mata.

      Delete
  25. Berkubur najib

    ReplyDelete
  26. najib dah semakin hampir nak hijrah tempat lain, semoga dapat bertemu di titian sirat

    ReplyDelete
  27. Najib ni perasan ke apa. Memanglah dia dalam penjara bila ada penganti dia. Umno ni kalau tak ada, lama dah najib duduk sungai buloh. Tak mungkin dia akan dapat berhijrah selain ke sungai buloh. Rakyat akan kerjakan dia sampai lubang cacing insyaallah.

    ReplyDelete
  28. Sebentar tadi governor bank negara yg baru umumkan siasatan ke atas 1MDB ditutup..macam pernah dengar aja..alahai!

    ReplyDelete
  29. Sebab tu dia dilantik jadi governor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suruh dia jual harta bapak dialah untuk tolong bayar balik semua hutang2 1MDB dan tebus balik aset aset negara yg kena jual tu.
      Duit rakyat satu sen pun jangan usik

      Delete
    2. Anon 18.50
      Memang dah dijangka dah.
      Jelas sungguh nampak permainan penyamun di situ.

      Delete
    3. Hangpa tak takut kat ali tinju ka?
      Dia yg dok jaga najib dgn rosmah la ni.
      Kencing berak najib dgn rosmah ali tinjulah yg dok cuci selama ini.
      Kalau rosmah pi mana tv untuk diinterview ali tinju yg paling awal sampai untuk sapu sampah sepanjang jalan yg rosmah nak lalu.
      Lantai studio habis dia lap. Dialah juga jadi tukang buka pintu kereta rosmah.
      Pengurusan tv tak pernah pun jemput ali tinju pun tapi dia datang sendiri guna nama rosmah.
      Dahlah datang pun tidak diundang dia pun orang tak kenal. Tapi memandai mandai bagi arahan kat pengurusan tv buat ini dan itu. Sehinggakan bilik VIP pun dia masuk dan duduk makan dan minum bersama sama VIP.
      Laparlah tu kot.

      Delete
  30. tidak semua pemimpin dilahirkan dengan sempurna begitu juga dengan Datuk Seri Najib..namun saya kagum dengan perwatakan beliau yang sentiasa tabah dan tenang dalam mengahadapi pelbagai serangan liar barbaur fitnah dan skandal yang belum tentu dilakukan olehnya.
    Rakyat juga semakin bosan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang cuba melemahkan kerajaan dengan cara pintas menghancurkan Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan liar tanpa bukti yang kukuh.
    Biar apa pun terjadi, sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri tetap teguh dan bersatu demi keamanan negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...anon 2154. Benar semua di atas bumi ini tiada yang sempurna. Tapi lelain komen anda macam baru keluar rahim. Seantero dunia dah nampak macam nampak badak depan mata. Agaknya kamu ni jenis buta dek dedak. Kesian teramat sangat.

      Delete
  31. Jalan tun razak pun banjir. Tanda jalan tu kotor. Habis anak tun razak pegi jual tanah situ buat disko kat cina singapore. Dulu dia yang jual tanah genting buat tempat judi. Cucu tiri pulak pegi joli dgn jho lo.

    Memang menjadilah darah bangsawan kebanggaan ni. Makan duit haram perangai macam haram kesudahnya Allah Taala cuci samak sekali nama tun razak dengan banjir lumpur. Banyak sangat najis haram pada keturunan dia. Jangan sombong bangga dirilah dengan keturunan rperasan diri banyak jasa. Itu pasal Allah tegah jangan berlaku jobor dengan kuasa dan duit haram. Bila kena samak malu kat orang.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete