Monday 30 May 2016

BELUM TERLAMBAT UNTUK MASTURA TARIK DIRI BAGI ELAKKAN BN KALAH DAN NAJIB TERUS DILEMAHKAN


Berbanding pemilihan Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN di Sungai Besar yang tidak menimbulkan banyak isu, kecuali kedudukannya yang sudah menjadi Adun sedikit dipertikaikan, tetapi keputusan mencalonkan Mastura Mohd Yazid untuk bertanding di Kuala Kangsar dilihat sebagai pemilihan terburuk sepanjang sejarah UMNO sejak ia ditubuhkan.

Bukan saja kedudukannya sebagai balu Wan Khairil Wan Ahmad yang baru meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak menjadi pertikaian kerana seolah-olah kerusi Ahli Parlimen merupakan harta warisan keluarga yang boleh difaraidkan, malah pemilihannya juga menggambarkan tiada yang layak di kalangan pimpinan UMNO bahagian Kuala Kangsar yang selama ini merekalah bersengkang mata dan banyak berkorban membawa obor perjuangan.

Lebih memburukkan lagi ialah kerana Mastura juga didapati ahli dan Ajk UMNO cawangan Chembong, dalam bahagian Rembau, Negeri Sembilan.

Sudahlah pimpinan UMNO bahagian diketepikan, anak tempatan Kuala Kangsar dan anak kelahiran Perak juga nampaknya turut tidak dijadikan pertimbangan untuk dijadikan calon.

Semua ini memungkinkan berlakunya rasa tidak puas hati, sabotaj, memulaukan kempen, tidak turun mengundi dan sebagainya daripada kelompok UMNO sendiri.

Ditambah lagi kedudukan Mastura yang masih dalam edah dan tidak boleh keluar rumah untuk berkempen serta bertemu pengundi, pemilihan beliau sebagai calon benar-benar kelihatan cacat serta menjejaskan peluang untuk meraih kemenangan.

Sedikit sabotaj atau tidak turun mengundi daripada kelompok yang rapat dengan UMNO Bahagian Kuala Kangsar saja sudah memadai untuk memungkinkan BN kecundang kepada pihak lawan pada 18 Jun nanti, lebih-lebih lagi kemenangan pada 2013 lalu hanyalah 1,082 undi sahaja.

Kekalahan BN di Kuala Kangsar tidak dapat dielakkan akan memberi kesan buruk kepada imej Najib yang sudah sedia dibelit dengan pelbagai isu kebelakangan ini.

Najib sendiri diketahui amat mengharapkan kemenangan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, tidak saja untuk menjadi sedikit penawar bagi memulihkan imejnya, tetapi juga sebagai persediaan memacu persaingan dalam PRU 14 akan datang.

Malangnya, semua harapan Najib itu akan musnah jika BN kalah sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar atau di kedua-duanya.

Lebih mengaibkan jika kekalahan itu hanyalah disebabkan pemilihan calon yang tidak cermat dan tidak tepat sehingga timbul terlalu banyak isu yang akhirnya pengundi membuat keputusan tidak memberikan undi mereka.

Berdasarkan respon awal daripada beberapa pihak di Kuala Kangsar, isu utama di kalangan UMNO ialah berkaitan pemilihan calon. Isu-isu lain hampir tidak berbangkit sama sekali.

Ramai yang menolak dan tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura atas kedudukannya sebagai balu wakil rakyat terdahulu dan mereka mahukan anak tempatan atau sekurang-kurangnya orang Perak juga sebagai calon.

Pemilihannya sebagai calon yang pada awalnya dijangka mampu meningkatkan rasa simpati pengundi, kini beransur-ansur membesar dengan bayangan perasaan tidak puas hati, marah, kecewa dan luka sehingga harapan untuk menang semakin jauh daripada gapaian.

Kekalahan BN tentu saja akan menjadikan kedudukan Najib terus dilemahkan menjelang pilihanraya akan datang, sama ada melalui serangan pembangkang yang bergabung bersama Tun Mahathir atau dengan kemungkinan munculnya gerakan daripada dalam UMNO sendiri.

Dalam soal ini, Mastura harus ada pertimbangan yang rasional dan tidak membiarkan dirinya menjadi penyebab untuk menjadikan kedudukan seorang Perdana Menteri terus dilemahkan.

Jika dahulu beliau selalu menemani Wan Khairil untuk berkempen dan bertemu pengundi dengan tujuan bahawa kemenangan suaminya akan menambah-kukuhkan UMNO, Mastura kini sebaliknya mampu mengukuhkan UMNO dan kedudukan Najib serta  memberi lebih cahaya kepada kemenangan BN di Kuala Kangsar dengan segera menarik diri daripada bertanding sebelum penamaan calon pada 5 Jun depan.

Kembalikanlah segera watikah pencalonan yang sudah diterima dan biarlah UMNO Perak memutuskan semula calon baru yang lebih sesuai yang tidak lagi menyebabkan timbulnya isu edah, kesukaran berkempen sehingga terpaksa menggunakan kaedah multimedia, isu calon luar, jawatan wakil rakyat difaraidkan, rasa tidak puas hati pengundi, kemungkinan sabotaj di kalangan UMNO sendiri dan sebagainya.

Tanpa semua isu dan elemen negatif itu, calon BN yang baru nanti pasti lebih berpeluang untuk mengekalkan kerusi Kuala Kangsar, malah tidak mustahil dengan majoriti yang lebih baik lagi dan seterusnya mengelakkan nama Najib dipertaruhkan untuk lebih diaib serta dijatuhkan.

Berbeza dengan Budiman yang boleh meneruskan perjuangannya di Sungai Besar kerana tidak banyak isu yang timbul berkaitan dirinya yang boleh menjejaskan harapan mencapai kemenangan, Mastura sebaik-baiknya harus melakukan sedikit pengorbanan demi masa depan UMNO dan Najib.

Inilah masanya untuk membuktikan "Love PM" bukan sekadar kata-kata di depan Najib semata-mata. (SH 30/05/2016).

56 comments:

  1. Kita cuma perlu lihat apa UMNO buat atau dengar apa UMNO cakap. Kita tak payah nak bagi 'nasihat' tentang baik-buruk tindakan mereka....buat mengabihkan beras aje!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Ni dah mcm masih sayangkan umno. Hentam2 tp masih berharap pd umno..

      Delete
    2. Dah tentu sesiapa pun calon bn atau pas pasti perit utk berhadapan dgn DS NIZAR sbg calon amanah...

      Hanya DS NIZAR yg mampu beri saingan dan berpeluang utk menang! Amanah jgn letak calon lain...

      Nanti jenuh dan abis masa utk perkenalkan calon. Kalau DS NIZAR..hatta nyamuk dlm hutan pun kenal akan beliau...!!

      Delete
    3. Hahahaha.... Amboi kome..sampei chegitu skali...nyamuk dlm hutan pun kenai yea

      Delete
  2. Pemilihan calon ni mmg telah dirancang. Permainan silap mata ni bertujuan utk memberi kemenangan kpd Pas sebagai isyarat "u help me i help u".
    "Satu utk aku satu utk kau" najib-hadi diterjemah secara halus dlm prk ni.

    ReplyDelete
  3. Pemilihan calon ni mmg telah dirancang. Permainan silap mata ni bertujuan utk memberi kemenangan kpd Pas sebagai isyarat "u help me i help u".
    "Satu utk aku satu utk kau" najib-hadi diterjemah secara halus dlm prk ni.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. WargaUmnoMarhein30 May 2016 at 07:16

    Cash is king...time letak terompah kayu pun BN boleh menang kembali lagi. Wow factor ada dlm diri Mastura. Calon pembangkang bersedialah untuk gigit jari kali ni...landslide win untuk Mastura di kuale!

    ReplyDelete
  6. Rafidah Aziz patut bertanding sebagai bebas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno cuak..sapa ura2 nk bertanding bebas pasti dpt dedak kelas A sampai x jd bertanding.

      Delete
  7. 1 undi BN = 1 undi penyamun

    ReplyDelete
  8. 1 undi BN = 1 undi penyamun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taik busuk kau lah..

      Delete
    2. Anon 11.13. Memang la taik dia busuk. Mana ada taik wangi dlm dunia ni. Mungkin anon 11.13 dah cium taik Kak mah kot. Kihkihkih....

      Delete
  9. Ceramah Pan tidak dapat sambutan di Sg Nibong. Ada la dalam 30 org hadir. Itu pun lebih ramai petugas PAN terdiri daripada geng IKRAM dari pendengar. Biar betul?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,,

    Ekoran pembentangan RUU pindaan akta 355 di Parlimen oleh Presiden PAS, ada pula suara sumbing yang dilaungkan yang kononnya PAS sudah boleh bubar kerana Umno sudah ikut Islam.Suara ini dipercayai satu sindiran kepada apa yang pernah ATGNA sebut,kalau Umno ikut Islam, Kami akan bubar PAS dan masuk Umno semuanya.Tetapi apakah dengan membenarkan RUU ini dibentang dan dibahas serta diluluskan di Parlimen Umno sudah ikut Islam? Sedangkan yang mencadangkan agar RUU ini dipercepatkan ialah seorang MP wanita Umno yang tak tutup auratpun, jadi macam mana kata Umno ikut Islam? Nampak benar sindiran sebegini agak premature dan tergesa gesa.


    Bermula dengan orang yang mencadangkan itu seorang muslimah yang dedah aurat, kita tak perlu pergi jauh untuk mengambil kesimpulan Umno masih terlalu jauh dengan Islam.Apatah lagi kalau kita teliti lebih jauh, dari segi amalam harian, dari segi kepimpinannya dan dari segi keilmuan orang orang yang memimpinnya, semuanya masih terlalu jauh dari Islam.

    Sebab itu, mengatakan Umno sudah mengikut Islam hanya kerana sebagai kerajaan, ia membenarkan RUU persendirian dibawa ke Parlimen adalah tergesa gesa . Orang yang cepat mengambil kesimpulan ini pula orang orang yang mempunyai dendam kesumat kepada PAS yang sentiasa mengambil kesempatan dari apa jua perkara yang boleh dimanupulasikan.Itu jelas sama jelasnya dengan kumpulan manusia yang sejak dari awal memperlekehkan usaha PAS untuk membawa peraturan hidup Islam dalam kehidupan umat.Lihat saja kepada kumpulan yang sekarang sentiasa berusaha mencari kelemahan PAS dalam pembentangan RUU tersebut adalah kumpulan yang sama yang menuduh PAS dengan berbagai bagai tuduhan berkaitan ikthiar PAS ini.

    Pada awalnya, kumpulan ini menyifatkan PAS tidak ada maruah kerana membiarkan diri dipermainkan Umno kerana usul RUU ini tidak mendapat tempat di Parlimen kerana masalah keutamaan, kemudian usul ini dikatakan ditangguhkan oleh PAS sendiri kerana sudah mahu menangguhkan Hudud atas alasan bergabung dalam blok ketiga dan kini menangguhan perbahasan RUU dijadikan alasan kenapa PAS mahu menggunakan Hudud untuk tujuan PRK serta kedengaran dakwaan bahawa kalau PH yang menangguhkannya akan dicop kufar oleh PAS.Demikain cukup mudah mereka membawa PH dalam usaha ini sedangkan semua tahu pendirian PH dalam soal Hudud ini.

    Pendek kata kumpulan manusia ini tidak akan pernah mengaku kalah atau mengaku salah tetapi akan terus mencari apa jua bahan yang boleh dijadkan alasan untuk membuktikan PAS hanya menggunakan ugama untuk politik dan kerana itulah antara kedengaran sekarang ialah sindiran untuk membubarkan PAS kerana Umno sudah disimpulkan mengikut Islam.Kesimpulan yang tergesa gesa dan kebudak budakan tapi tak apa asal boleh dijadikan peluru.

    Saya menyebut dalam tajuk artikal ini, PAS tidak boleh dibubarkan kerana sebab yang sama, kesimpulan Umno sudah ikut Islam adalah terlalu tergesa gesa.Sebagai sebuah pertubuhan atau jemaah Umno masih terlalu jauh untuk menjadi sebuah jemaah Islamiah malah terlalu jauh dari amalan jemaah Islamiah yang diamalkan oleh PAS.Amalan solat sunat seperti dibuat oleh Presiden PAS sebelum membentangkan RUU dipandang enteng oleh Umno tetapi ianya menjadi perkara penting dalam amalan jemaah Islam.

    Oleh kerana amalan jemaah Islamiah hanya boleh didapati dalam PAS dan kepimpinan Islam sebenar hanya ada dalam PAS, maka hakikatnya PAS tidak boleh bubar.Apa yang ATGNA sebut itu tak akan terjadi dalam masa terdekat ini tanpa perubahan yang menyeluruh dalam Umno kepada Islam.Harap faham!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemaah Islamiah PAS khususnya lebai-lebai segera yang hidup bermewah hasil rakyat disaran membantu mangsa banjir besar Kelantan 2014 yang masih berumahkan khemah dan minum air dari lori. Jika tidak kerana bantuan dari kerajaan kafir Pulau Pinang dan Selangor angka penghuni khemah tidak berkurang seperti hari ini. Jemaah Islamiah PAS khususnya 'ulama' yang mengkaji Quran dan Hadith disaran bertindak ke atas peningkatan kes hubungan luar nikah, anak luar taraf, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah, curi-rompak, AIDS dan kemiskinan di negeri Serambi Makkah, antara tertinggi di Malaysia. Jemaah Islamiah PAS khususnya yang memuja individu berserban berjubah disaran mendalami perintah Allah agar menjauhi fitnah, umpat dan kebencian terhadap sesama Muslim. Allah menurunkan Rasul dan Nabi yang ramai ke Tanah Arab menghapuskan dosa assobiyah dan berkabilah. Jemaah Islamiah PAS disaran berhenti merosakkan alam semulajadi dengan aktiviti pembalakkan dan pencerobohan hutan secara besar-besaran. Malapetaka banjir adalah amaran Allah kepada munagiqun.

      Wahai orang-orang yang BERIMAN! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan? Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan (61:2-3)

      Delete
    2. Anon 8.30
      Spekulasi ini ujud ekoran daripada tindak tanduk presiden PAS dan pemimpin lain yang sealiran dengan sekarang ini ,saya bukan penyokong parti AMANAH ,tapi buka mata dan minda anda tajamkan pendangan terhadap Hj Hadi dengan kenyataan serta tindakannya terhadapat UMNO dan najib terlalu jelas macam mempertahankan kedudukan perasuah itu dengan ini sudah tentu PAS diserang habis bahisan oleh rakyat yang bencikan penyelewengan dan pemimpin tak amanah,jadi jangan salah orang lain salahkan pemimpin yang ada didalam barisan kepimpinan sekarang yang banyak bersandiwara dan tak ada minat pun nak memimpin umat kearah kemajuan islam hanya main politik saja.

      Delete
    3. Anon 8.30
      Spekulasi ini ujud ekoran daripada tindak tanduk presiden PAS dan pemimpin lain yang sealiran dengan sekarang ini ,saya bukan penyokong parti AMANAH ,tapi buka mata dan minda anda tajamkan pendangan terhadap Hj Hadi dengan kenyataan serta tindakannya terhadapat UMNO dan najib terlalu jelas macam mempertahankan kedudukan perasuah itu dengan ini sudah tentu PAS diserang habis bahisan oleh rakyat yang bencikan penyelewengan dan pemimpin tak amanah,jadi jangan salah orang lain salahkan pemimpin yang ada didalam barisan kepimpinan sekarang yang banyak bersandiwara dan tak ada minat pun nak memimpin umat kearah kemajuan islam hanya main politik saja.

      Delete
  11. Berdasar pengalaman pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, PAS menjangka parti serpihan, PAN dijangka berdepan dengan PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

    Malah PAN juga menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi berhadapan dengan PAS.

    Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sedangkan teras politik Melayu di negara ini hanya PAS atau Umno.

    Katanya, berdasar sejarah pilihan raya di kawasan majoriti Melayu yang menguasai pentas politik sama ada PAS atau Umno.

    “Jadi maknanya rakyat kena cerdik sama ada hendak memberi kemenangan kepada PAS atau Umno. Semua undi yang tidak datang kepada PAS akan memberi kemenangan kepada Umno.

    “Begitu juga sesiapa yang mengundi PAN secara tidak langsung akan memberi kemenangan kepada Umno. Mengundi PAN bermakna ada pihak yang berhasrat untuk menangkan Umno,” katanya di sini.

    Pada PRN Sarawak baru-baru ini PAS bertembung dengan PAN di lima kerusi iaitu Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

    Semalam PAN pula mengumumkan bersedia bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada pilihan raya kecil 18 Jun ini sebagai mewakili Pakatan Harapan.

    Che Abdullah juga berkata PAS Kelantan telah menyusun jentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang.

    “Boleh dikatakan setiap malam kita mengadakan dialog dan penerangan kepada rakyat.

    “Kita tidak ada masalah untuk berdepan dengan Umno atau PAN. Kita yakin biar pun kerajaan ada kelemahan kecil namun kita tidak menganiayai rakyat,” ujarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gile ke aper KO? X menganiya rakyat katanya.. Yg bnjir besar kt klantan tu pasai apa? Yg msih duduk dlm kemah tu sbb apa... Yg x byr caruman kwsp guru guru YIK tu ape ke heeeeee.....

      Delete
  12. Pindaan yang dicadangkan oleh Presiden PAS TG Hadi Awang di Parlimen beberapa hari lepas disambut baik oleh hampir keseluruhan umat Islam di Tanah Air ini. Namun, sebaliknya tokoh-tokoh politik Cina samada dari parti chauvinist DAP atau MCA, mereka senada mempersoalkan tentang cadangan pindaan tersebut.


    Apa isunya?

    Akta 355, seperti mana yang telah saya terangkan secara ringkas (klik di sini) – jelas adalah suatu akta yang berkaitan HANYA kepada orang-orang Islam SAHAJA. Tidak ada kaitan langsung dengan orang bukan Islam. Ianya adalah akta berkaitan jenayah syariah – minum arak di tempat terbuka, judi dan seumpamanya.

    Habis kenapa mereka yang tidak ada kena mengena mahu menyibuk?

    Jika mereka hendak menyibuk, kita mempunyai lebih hak dalam membangkitkan isu tentang SJKC yang sepatutnya tidak ada dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana mereka orang-orang Cina seperti itulah yang bercakap tentang kesatuan pelbagai bangsa di Tanah Air ini. Mereka cakap tida serupa bikin.

    Atau apakah ada MUSLIHAT lain di sebalik bantahan mereka?

    ReplyDelete
  13. Di antara kesalahan yang bakal menerima kenaikan hukuman ialah minum arak. Apabila orang Melayu minum arak mereka bakal menerima hukuman yang lebih tinggi. Ini mungkin membuat orang Melayu makin takut untuk melakukan kesalahan ini. Maka siapa yang akan rugi perniagaan mereka?

    Kedua, jika orang Islam ditangkap bersama pasangan bukan muhrimnya, contoh yang menjadi pelacur, maka dengan hukumannya mungkin lebih tinggi akan membuat “bakal pelacur Melayu-Islam” ini mulai takut. Maka sukarlah untuk untuk mencari pelacur-pelacur Melayu selepas ini.

    Malah, ibu ayam dan bapak ayam mungkin selepas ini sukar untuk mencari makan. Umum tahu siapa yang banyak meraih keuntungan hasil pelacuran yang diumpan dengan anak-anak gadis Melayu. Kalau dulu setakat satu dua ribu mereka pejam mata sahaja. Sekarang jika dendanya semain tinggi – ianya bakal merosakkan peluang “perniagaan” mereka.

    Dan senarai andaian seperti ini mungkin boleh dipanjangkan lagi. Apakah ini sebenarnya mereka risaukan tentang kutipan hasil perniagaan yang tidak lagi lumayan.

    ReplyDelete
  14. RUU yang dibentangkan oleh Presiden PAS adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syriah ini bermakna memperkasa Islam di Negara kita, tapi malang RUU ini menyebabkan orang kapir bersatu menetang. Ini benarlah janji Allah bahawa orang kapir akan benci pada Islam. Tapi malangnya AMANAH @ PAN @ IKRAM pun sama-sama menentang RUU ini. Baca kenyataan mereka.

    Amanah Kelantan menyifatkan usul pensendirian yang dibawa presiden Pas berkaitan Pindaan Akta 355 bagi mengubah kadar hukuman di mahkamah syariah hanyalah satu perancangan memporak perandakan parti-parti pembangkang dan sama sekali tidak berkaitan dengan perlaksanan hudud dan qisas seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Jenayah Syariah II negeri Kelantan (1993) 2015. "Usul persendirian Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 telah mengundang berbagai reaksi dan polemik.

    ReplyDelete
  15. Ada pihak yg mendakwa kejayaan membentang usul ini membuka ruang kearah pelaksanaan hukum hudud, manakala pihak yang lain pula menafikannya. "Ada pihak bangkit membantah kerana hukum hudud, selain ada yang tidak bersetuju kerana bercanggah dengan perlembagaan negara," kata Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed pada satus facebooknya.

    Bagi beliau, Akta 355 tidak ada kaitan degan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (2015) kerana cadangan pindaannya hanya sekadar menambah kuasa hukuman bagi bidangkuasa jenayah yang sedia ada dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985, bukannya bagi membolehkan mahkamah syariah membicarakan kesalahan-kesalahan hudud dan qisas seperti yang diperuntukkan dalam KJS II (1993) 2015.

    "Cadangan meminda Akta 355 bukanlah suatu yang pelik kerana semenjak diluluskan tahun 1965, akta ini sudah dua kali dipinda iaitu tahun 1984 dan 1988, cuma pindaan kali ini dicadangkan oleh pihak pembangkang, memang suatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara," katanya Gaya bahasa dan teknik pindaan yang dikemukakan dalam draf RUU MP Marang juga katanya agak kelainan dan nampak pelik berbanding dengan format yang lazim digunakan dalam draf pindaan undang-undang termasuk penggunaan istilah " Undang Undang Persekutuan" kepada Perlembagaan Persekutuan.

    "Cadangan pindaan dengan memansuhkan Seksyen 2 dalam Akta Ibu dan menggantikannya dengan Seksyen 2 yang baru tidak menampakkan apa-apa perubahan atau pindaan kapada bidangkuasa asal mahkamah syariah seperti yang diperuntukkan dalam Butiran Satu, Senarai II Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan kecuali sekadar mengubah struktur ayatnya yang asal, seolah-olah menampakkan pindaan ini tidak ada apa-apa perubahan undang-undang. .

    Beliau turut menyentuh cadangan memansuhkan Perenggan Dua dlm Seksyen 2 Akta Ibu dan menggantikannya dengan Seksyen 2A yang baru menjadikan Akta tersebut semakin bercelaru dan tidak jelas di segi kuasa hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah kerana ianya hanya diperuntukkan secara umum " mengikut hukum syarak", cadangan ini tidak mencapai matlamat pengkanunan undang-undang yang sepatutnya disebut secara jelas bentuk dan kadar hukuman yang hendak diperuntukkan.

    "Semua ini menjadikan saya beranggapan draf RUUP ini telah dibuat secara tergesa-gesa dengan kesilapan yang disengajakan untuk memerangkap Presiden Pas dan pemimpinnya yang lain dslsm polemik isu pelaksanaan hukum hudud yang sengaja dicipta untuk memporak perandakan parti-parti pembangkang. -malaysiadateline

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada apa yang nak perangkap sesiapa sudah diketahui umum plan pembentangan ini adalah rancangan UMNO/PAS sejak awal tahun lagi apabila Hj Eddy mulakan usul tersebut jadi tak yah salahkan sesiapa ini sudah jadi standard parti politik melayu kita guna apa saja untuk tujuan kekal kuasa atau undi.

      Delete
    2. pernah jugak dengar dari kadir2 pemuda bulan, tak jadi bentang hudud ari tu sbb klu toklebaihadi bentang hudud, menyebabkan ramai melayu yg bantah, & ramai pulak yg berdosa. Tu pasal tak jadi bentang, sbb dapat sms dari langit, ramai yg akan masuk nereka, sbb bantah... entah la? tup-tup declare pulak dapat bentang, pastu ketua kerajaan kata pulak bukan, pastu ketua cina pulak bantah... mmg wayang betul la...

      Delete
  16. Assalamualaikum,,,

    Khalid Samad ulangi lagi apa yang dikata Suhaizat, bahawa PAS tidak serius melawan Umno.Dakwanya meletakkan Dr. Abdul Rani sebagai calon hanya bertujuan menarik undi cina di Sikincan dan kalau PAS serius melawan Umno, sudah tentu akan meletakkan calon yang popular di kalangan pengundi melayu.Apa punya hujah macam ni? Mana dia tahu Dr.Rani hanya mesra dengan pengundi cina dan tak popular dengan pengundi melayu? Tetapi bukan itu tujuan artikal yang saya tulis kali ini.Tujuan artikal ini adalah nak bertanya Khalid apakah PAN benar benar serius nak lawan Umno? Cuba baca apa Khalid kata selanjutnya.


    Katanya, AMANAH tidak akan menyerang Abdul Rani secara peribadi sebaliknya menumpukan perhatian kepada dasar dilaksanakan PAS.

    "Abdul Rani orang yang baik dengan kami (AMANAH) tetapi hakikatnya dia duduk dalam parti PAS yang mempunyai sikap begitu sombong serta angkuh, tidak mesra dengan masyarakat khususnya masyarakat bukan Islam.

    "(Kepada) orang yang tak setuju dengan mereka, PAS isytihar sebagai musuh, seperti DAP mereka isytihar sebagai musuh Islam.

    Itu apa yang Khalid kata, menunjukkan tumpuannya untuk melawan PAS bukan Umno.Apa faedah yang akan diperolehi oleh orang Islam yang menyokong PAN dengan sikap melawan PAS yang ditunjukkan oleh PAN ini? Apa faedah yang diperolehi oleh orang Islam dengan sikap PAN yang menyokong DAP yang sudah terang terang menolak hukum Islam dengan menggunakan kaedah melawan PAS? Hakikatnya bukan PAS yang dilawan tetapi Islam.Tapi PAN tetap bebal mengatakan yang dilawan itu adalah PAS bukan Islam.

    Di mana betulnya DAP ketika menentang perlaksanaan Hudud di Kelantan kerana Hudud itu hukum Islam bukan hukum PAS, jadi kalau DAP menentang Hudud sudah tentu ia menentang Islam bukan PAS.Tapi PAN mengatakan ia lawan PAS bukan Islam.

    Itu yang boleh kita lihat dari apa yang Khalid Samad baru kata, malah Khalid mengesahkan PAN pun turut melawan dasar yang dilaksanakan PAS serta menuduh PAS sebagai sombong dan angkuh dan tidak mesra dengan masyarakat bukan Islam.Itu yang menjadi sebab utama PAN nak lawan PAS, Umno biarkan dulu, malah PAN sanggup masuk pilihanraya untuk memecah undi dan memberi kelebihan kepada Umno untuk menang asal PAS dapat ditewaskan.

    Itu yang penting bagi Khalid Samad sebagai pengarah stratejik PAN, tewaskan PAS atas alasan yang diciptanya sendiri, kebejatan pemerintahan biarkan dulu, PAS adalah halangan utama dan PAS mesti dilawan.

    Kesimpulannya, PAN bukan nak lawan Umno tetapi PAS.PAN merasakan merekalah yang bawa Islam, merekalah yang mesra bukan Islam yang menjadi keutamaan dalam Islam, perkara lain seperti meninggikan syiar, berusaha melaksanakan hukum ALLAH itu kemudian, yang utama berbaik dengan orang bukan Islam.Kalau ada orang bukan Islam tidak setuju dengan undang undang Islam maka kena sokong dan pihak yang nak bawa undang undang Islam itu mesti ditentang, itu dasar PAN dan dengan sebab itu jugalah PAN menyokong DAP dan melawan PAS.

    ReplyDelete
  17. PKR dilihat mengambil sikap menentang (boikot) dengan tidak menghadiri majlis pelancaran gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini.


    Majlis pelancaran gerakan gerak kerja PAN untuk PRK Kuala Kangsar itu diadakan di Lot 5, Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong Kuala Kangsar hari ini bermula dari 9 pagi hingga 1 tenghari.

    Ia dirasmikan oleh Penasihat Umum parti itu, Ustaz Ahmad Awang.

    Selain kepimpinan PAN Perak yang diketuai Asmuni Awi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, majlis itu turut dihadiri oleh Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bersama kepimpinan DAP negeri.

    Namun, tiada kelihatan seorang pun kepimpinan daripada PKR sama ada di peringkat pusat dan negeri.

    Sebelum ini Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad telah BERBOHONG kopnonnya PKR mungkin akan mengambil sikap berkecuali dalam kedua-dua PRK sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar. Kononnya atas semangat yang sama telah pun disebut dan kita (PAN) tidak ambil hati, sekiranya PKR tidak membantu dalam PRK ini. SEDANGKAN HAL SEBENAR MENGIKUT SUMBER IALAH PKR BOIKOT PAN!!!

    Kalau betullah PKR berkecuali kenapa tidak ada satu pun kenyataan daripada PKR sendiri sehingga Khalid Samad, si mulut Microfon itu perlu buat kenyataan bagi pihak PKR. Bodoh sangat ke PKR ini sehingga tak mampu nak nyatakan pendirian sendiri???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhentilah menggunakan agama untuk menghalalkan pekerjaan fitnah kamu.

      Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi FITNAH, dan menjadilah agama itu seluruhnya BAGI ALLAH SEMATA-MATA. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufuran nescaya mereka diberikan balasan yang baik) sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan (8:39)

      Delete
    2. kuatnya macai PAS Chai tabur fitnah....setakat main copy paste tak payah laa...

      Delete
  18. Masihkah anda ingat..???

    Suatu masa dulu mereka inilah yg paling kuat lawan UMNO mempertahankan HUDUD dan ingin meminda akta 355.



    Mereka menulis, berceramah dan berdebat dgn mana2 ahli atau pemimpin UMNO yg menentang HUDUD dan Akta 355.


    Itu dulu....

    Sekarang merekalah paling kuat MENENTANG HUDUD dan AKTA 355 bila keluar dari PAS dan sertai PAN. Mereka pula berperangai seperti UMNO.

    Dulu mereka tentang umno kerana umno tentang hudud dan akta 355... Sekarang mereka JADI perangai umno dan menentang HUDUD dan Akta 355.

    Sekejap je Allah bolak balikkan hati mereka.

    Kredit
    Mohd Zubit Lebai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhentilah menggunakan agama untuk menghalalkan pekerjaan fitnah kamu.

      Kalaulah mereka keluar bersama kamu tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakkan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu (dengan tujuan) menimbulkan FITNAH di kalangan kamu; sedang di antara kamu ada yang suka mendengar hasutan. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zolim (9:47)

      Delete
  19. Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang dibawa oleh ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bertujuan meminda Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah 1988) dan tiada kaitan dengan hudud.




    Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, RUU Persendirian tersebut hanyalah untuk memperluas kuasa Dun bagi meminda enakmen jenayah syariah kepada hukuman yang lebih berat.



    “Buat masa ini, enakmen jenayah syariah hanya mengguna pakai hukuman tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan di mana hukuman itu lebih rendah berbanding mahkamah majistret.




    “Tiada apa-apa di dalam RUU Persendirian tersebut menyatakan tentang kesalahan hudud qisas mahupun taazir. Pihak yang mendakwa RUU tersebut berkaitan hudud mungkin terkeliru atau mahu mengelirukan orang ramai,” katanya ketika dihubungi sinar Online.




    Selain daripada itu, Zainul memaklumkan bahawa RUU Persendirian Seksyen 2 yang diterangkan tersebut jelas memaklumkan bahawa ia hanya terpakai buat orang Islam sahaja dan tidak melibatkan golongan bukan Islam.




    Zainul berkata, beliau merasa pelik mengapa orang bukan Islam dilihat melenting dan membantah undang-undang Islam yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan.




    “Dalam perlembagaan ada menyatakan bahawa sesuatu agama itu mesti ditadbir urus oleh orang dalam agama itu sendiri.




    “Macam mana nak orang Islam dapat bebas mengamalkan agama ini jika orang bukan Islam campur tangan dan ini bertentangan dengan apa yang ada dalam Perlembagaan,” katanya.




    Dalam pada itu, Zainul turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak melihat RUU Persendirian tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia sememangnya telah termaktub di dalamnya.




    “Saya selalu dengar RUU ini dikatakan melanggar Perlembagaan tapi di mana yang dilanggar tidak dijelaskan oleh pihak berkenaan.




    “Ia dikatakan langgar perlembagaan kerana didakwa ada perbezaan undang-undang orang Islam dan bukan Islam. Namun bagi saya, itu adalah kesamarataan dan satu perkara umum,” katanya.

    ReplyDelete
  20. Akta 355 baru baca sudah bising. Ada yang ugut, ada yang kata bertentangan dengan Perlembagaan, ada yang kata akan berlaku krisis Perlembagaan.




    Ada yang kata akan gugat keharmonian kaum. Ada yang kata kenapa tidak bincang dengan pembangkang. Ada yang kata ini modal PAS di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.



    Ada yang kata PAS jual agama. Ada yang kata PAS kena kencing dengan Umno. Ada yang kata ini taktik untuk PAS bantu Umno terus berkuasa.




    Ada yang kata kenapa tidak bincang dengan orang bukan Islam. Ada yang kata ini tidak menepati maqasid syariah. Macam-macam lagi alasan mereka yang menentang.




    Ada yang keras, ada yang halus. Semuanya matlamatnya tidak setuju.




    Padahal perkara yang dibawa tidak menyentuh hak agama lain. Ini hanya memperkukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah sahaja. Itu sahaja.




    Saya tertanya-tanya adakah mereka yang menentang ini, jika diandaikan Mahkamah Syariah tidak ada lagi di dalam Perlembagaan sejak dahulu, dan baru sahaja hendak diluluskan penubuhannya sekarang, adakah puak-puak ini akan bersetuju untuk menubuhkan Mahkamah Syariah?

    ReplyDelete
  21. Jika betul lah ada perbuatan sabotaj dari PKR, saya sangat2 kecewa.....penyokong PH mengharapkan kemenangan bergaya meleburkan umno/bn.
    PH WAJIB meletakkan calon TEMPATAN yg berwibawa/di sukai penduduk kk/sg Besar.
    Kelihatan gaya penulisan Budin ini maseh mengharapkan umno menang? Betul ke?

    ReplyDelete
  22. Jika betul lah ada perbuatan sabotaj dari PKR, saya sangat2 kecewa.....penyokong PH mengharapkan kemenangan bergaya meleburkan umno/bn.
    PH WAJIB meletakkan calon TEMPATAN yg berwibawa/di sukai penduduk kk/sg Besar.
    Kelihatan gaya penulisan Budin ini maseh mengharapkan umno menang? Betul ke?

    ReplyDelete
  23. Yg ini ikut kitab lama ke kitab atau baru mana dia parti yg penuh degan ulamak tak cakap pun senyamp saja

    ReplyDelete
  24. Yg ini ikut kitab lama ke kitab atau baru mana dia parti yg penuh degan ulamak tak cakap pun senyamp saja

    ReplyDelete
  25. Menang atau kalah dalam perjuangan politik sepatutnya tidak bersangkut paut langsung dengan criminal act yang dilakukan olih pemimpin2 dan tidak menjadi ukuran pada perbuatan penyelewengan mereka.Olih itu jika umno menang sekalipun dalam 2 prk ini pemimpin yang melakukan jenayah tetap bersalah dari segi undang2. Jika tidak mahu diadili di mahkamah malaysia, pasti membuka peluang bagi mahkamah luar negara bertindak. Yang pasti mereka2 ini tidak akan terlepas dari yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  26. Cantik sdr din.. Kasi taruh minyak lagi pastu kasi api sama depa..

    ReplyDelete
  27. Babun yang tulis panjang-panjang tu bukan apa,sebab kena cukupkan minimum tertentu patah perkataan untuk claim duit dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar kemungkinan mereka ini adalah 'tentera' JASA yang kini membantu PAS menang persepsi. Disebabkan mereka tidak mampu lagi mempertahankan Regim Mohd Najib Abd Razak ketika sekarang ini paling tidak 7 negara sedang menyiasat Presiden mereka maka mereka menulis membantu memulihkan imej 'penasihat kerajaan' yang baharu. Mereka mencari rezqi dengan menulis, maka menulislah mereka sekalipon sekadar cut & paste dari blog UMNO mesra PAS dan blog PAS mesra UMNO.

      Delete
    2. Kalau tentera jasa tu tentera Phoooooooooaaatttttt...zakar...shit lah tu.

      Delete
  28. Sapa pulak malaun yg komen panjang lebar kat sini?? Bukak blog sendiri lah bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu copy paste je dari geng-geng WALAUNTA PAS Chai...utk dapat dedak ikut posting...harakah dah tak laku...terpaksa mencacai ikut posting...asal masyukkk...dua hinggit satu posting....

      Delete
  29. *gulingnajib*

    Ini taktik najib

    BN kalah=peluang pas menang
    BN kalah= modal jadikan provokasi
    BN salah calon= biar media buat spekulasi

    ReplyDelete
  30. What they believed to be a "senjata" has turned into 'senjata makan tuan". And believe it or not, there is a chance that once the lady nominee steps down from the MP post (in case she does win the by election which is actually a doubt), one of her sons will take over the post. Kuala Kangsar people will never ever be able to escape the family's capture of the parliamentary area for years to come. (It is similar to what appears to be happening now for the pm post when what the nation need is really the most capable person for the post and not a son, son in law or daughter of a former pm!) The only solution: umno voters need to make sure that she shall not win the seat! Simple but effective solution good for the long run if not for the short run too.

    ReplyDelete
  31. pemimpin umno kk sendiri tak yakin menjadi calon untuk menang. letak calon balu dlm edah boleh playsafe. jika menang katakan najib kuat dan bila kalah katakan tersilap letak calon. apapun hadi amat mengharapkan king untuk tanggung pru14. old king dlm tirai besi..

    ReplyDelete
  32. Tuang amanat 1981 bertindak islamik pas di kajang tapi tidak di kangsar.Mungkin tuang amanat pil kuda belum ada idea untuk melabel calon umngok.Nampaknya ular dalam semak sedang dipermainkan umngok.Katakanlah pada komponen be end bahawa hudud tu hudud islam atau hudud tuang amanat?

    ReplyDelete
  33. Komen panjang2 memang tak guna dalam prk ini.apalagi komen copypaste, rasa-rasa nak komen panjang lebar buatlah blog sendiri.Ikutlah resmi tuang presideng suka pelabel orang.kalau tuang label pil kuda, barua, broker, ternak babi lembu dan sebagainya.cepat sikit orang faham.kita tunggu apa lebel kuala kangsar, adakah sama islamik ala past seperti kajang.

    ReplyDelete
  34. Hayati kehidupan Almarhum Tok Guru elak pembaziran


    Keperibadian Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat wajar dijadikan contoh dalam mengelak gejala pembaziran dalam kehidupan.

    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Amirudin Shari, berkata bekas Menteri Besar Kelantan itu amat cermat menggunakan keperluan asas seperti air dan elektrik.

    “Jika beliau meninggalkan pejabat, lampu segera dipadam. Amalan itu kini menjadi ikutan dalam kalangan anggota pentadbiran di pejabat SUK terutama pada jam 1 petang ketika ramai keluar untuk makan tengah hari.

    “Ketika mengambil wuduk, Almarhum menadah air di tangan, kemudian pili air dimatikan dan dibuka semula untuk bahagian lain dan seterusnya,” katanya dipetik Selangor Kini.

    Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Ibu dan Ihya Ramadan peringkat Dun Batu Caves dan Parlimen Gombak, hari ini.

    Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves menggesa kaum wanita dan ibu memainkan peranan memastikan tiada pembaziran di rumah.

    “Selaras dengan program kerajaan negeri Jom Jimat Air, saya harap kaum ibu di sini lebih peka.

    “Jangan ada sampai terlupa menutup pili air dan membiarkan pembaziran sedangkan air adalah sumber penting yang seharusnya dijaga dengan baik,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut Al-Quran,...bukan tok guru!

      Delete
  35. Kebodohan rakyat marhaen terserlah pabila terpercaya komen2 mengarut panjang dan lebar.Umngok sengaja isukan idah mas dan dibantu hudud hadi, ianya bukan soal akidah tapi soal nak menutup 1mdb yang semakin terlondeh.mca,mic dan ridiuan tea tumpang sekaki dalam projek melalaikan rakyat dari isu sebenar 1mdb.

    ReplyDelete
  36. Giler ke nak tarik diri. Yazid Baba dan kowtim dah Najib. Kalau menang dah boleh berangan jadi timbalan menteri atau boss glc. Berapa banyak pun rugi kalau tarik diri. Bab iddah ni ketepikan dulu. Kuasa tu ambik dulu. Hahahahahhaahaa

    ReplyDelete
  37. ลองเล่นได้ง่ายๆกับสล็อตxo แจกโบนัส slotxo มากกว่า 1000 บาท

    https://www.slotxd.com/slotxo

    ReplyDelete