Monday, 23 May 2016

BAGAIMANA AGAKNYA NAJIB AKAN DIKENANG 20 TAHUN AKAN DATANG?


Pepatah ada mengingatkan - harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Pepatah lain pula mengingatkan - yang penting bukan bagaimana kita bermula, tetapi di mana pengakhiran kita.

Kedua-dua pepatah ini adalah ingatan untuk kita agar sentiasa menjaga nama baik dalam kehidupan. Bila baik perbuatan kita, maka yang ditinggalkan pun tentulah nama yang baik juga.

Sebaliknya jika buruk perbuatan atau perlakuan kita, maka buruklah juga nama yang ditinggalkan.

Lebih-lebih lagi sebagai pemimpin, meninggalkan nama serta jasa yang boleh dikenang dan pengakhiran yang baik itu memang jauh lebih penting berbanding orang biasa sebagai kebanggaan kepada waris-waris yang ditinggalkan.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan serta pemimpin yang banyak mengajak rakyat pelbagai kaum untuk saling bertolerasi sebagai asas penting mengisi pembebasaan negara dari penjajahan.

Tun Razak diingati sebagai Bapa Pembangunan berikutan beberapa dasar yang diperkenalkannya untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang antara kaya dengan miskin.

Tun Hussein Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan berikutan tindakannya yang lebih ke arah memupuk keharmonian dan hubungan baik sesama rakyat.

Tun Mahathir Mohamad disanjung sebagai Bapa Pemodenan yang bukan saja merubah negara dengan mencipta pelbagai kejayaan dan kecemerlangan, bahkan juga menjulang nama Malaysia lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

Tun Abdullah Badawi lebih sinonim dengan memperkenalkan Islam Hadhari, memperluaskan industri makanan halal dan menggalakkan peningkatan modal insan.

Walaupun pencapaiannya agak sederhana serta terpalit dengan pelbagai isu, tindakan Tun Abdullah meletakkan jawatan lebih awal telah menyelamatkan namanya daripada lebih tercemar lagi.

Najib Razak?

Bagaimana agaknya rakyat dan negara ini akan mengenang beliau dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang berikutan imej yang melekat pada dirinya sekarang ini?

Bolehkah kita membayangkan bagaimana namanya disebut dan keluarganya dikenang ketika itu nanti? (SH 23/05/2016).

55 comments:

  1. Shahbudin,
    Najib ini sekiranya ditakdirkan UMNO terlingkup pada PRU 14 maka tak dapat dilarang dan dihalang akan mencipta nama dalam catatan sejarah moden malaysia sebagai PM paling tertonjol nama berbanding PM dari parti umno yang terdahulu ,beliau akan dikenang selama lamanya sebagai:

    1. Pelingkup parti UMNO.

    2. Pengamal tabur dedak " CASH IS KING"

    3. PM paling galak berlagak macam pemimpin negara maju
    tapi sebenarnya manteliti sama dengan pemimpin korup
    negara mundur pasir dua butir atau macam PM pasola.

    4. Dikenang mempunyai isteri yang kuat joli dan kuat
    queen control.

    5. Penyamun yang sama naik dengan cerita P ramlee Ali
    Baba bujang lapok dia ini sama la dia ketua yg 40
    orang pengikut tu kira menteri la.

    Tapi senang cakap tak payah kenang la hantar pi Sungai buloh lagi bagus la.Nak buat catitan pun buat rugi kertas .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib akan si kenang sebagai....alamak! Lupa la pulak.Takde sapa pun nak terkenang kat beliau....masa ada ni ada dia kenangkan nasib rakyat? Ni kan pulak bila beliau dah takde!
      Tapi kalau nak ingat pun sebagai bapa bahan lawak boleh jugak dari takde apa.

      Delete
    2. bapa segala malapetaka dan rasuah !!

      Delete
    3. Bapa penyamun negara.....

      Delete
    4. Dia patut sujud syukur & buat kenduri kesyukuran jika setakat ke sg buloh je..

      Silap2 tali yg menunggu dia dek kes Antal..

      Delete
  2. Beli aset juta2 kt US takkan la dia nak tinggal kt malaysia lg..dia dah biasa hidup mewah. Nampak perangai najib dari awal? Dia tak peduli keluhan/kata2 org...dia buat tak tahu/tak ambil peduli dalam banyak perkara. Mesti ada yg beri tunjuk ajar supaya jadi begitu. Dia tak peduli pun orang kenang dia atau tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak kenangkan juga boleh. Tukarkan nama hospital bahagia Tanjung Rambutan tu ke nama dia.

      Delete
    2. Tempat saya kerja tu. Biar betul..

      Delete
  3. selama ini pun amno memang terkenal denagn budaya suka simpan pemimpin haprak
    50tahun lagi pun memang dikenagn macam tu
    mp amno yang pertahankan sihaprak
    ahli amno disumbat dedak diam sekejap
    amno memang dah haprak

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni dari chedet.cc... Kena hentam kat sana. Menyemak kat blog kau pulak din.

      Delete
  5. Org Mesia ni bodoh piang Budin. Sbg PM, dia tetap dikenang berbagai cara. Datang PM baru, tetap perabih duit rakyat. PM lama pun dah x sangga dah perabih duit, datang PM baru, bagi jadi lagi haramjadah.

    Melayu ni, xder benda lain. Produk dari tahi, mengeluarkan produk baru jadi tahi juga.

    Mmg pukimak, pukimak dan pukimak. Itu saja. Khalas. Xdak perkataan lain dah yg sesuai melainkan P.U.K.I.M.A.K dan berterusan P.U.K.I.M.A.K.

    X ramai pun melayu boleh pakai, melainkan 99% mcm jilake.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sayang kat Mak ker dok sebut benda tu byk2.

      Delete
    2. Entah apa bangsa pukimak 22:28 nampak sangat otak sex maniac,Komem lah yang bernas atau diam je jika tak pandai berbahasa cerdik.

      Delete
    3. saya iban bos...tp bkan smua melayu camtu...nie sglintir umat UMNO yg perangai cam jilake...

      Delete
    4. anon 2228,ko pun adalah salahsatu dari produk yg telah ko senaraikan sendiri..bodoh!

      Delete
  6. Kita jadikan dia sebagai satu kenangan...ibarat seorang anak yg di anak tirikan bapak sendiri...so dia bole di KENANG SEBAGAI BAPAK BANGAP.,BAPAK PUAKA..,BAPAK BANGSAT...KEPALA BANA...so polih lah yg mana sesuai..

    ReplyDelete
  7. Nanti kita akan ada bapa penyamun dan bapa penyangak seta makhluk perosak dan memalukan nagara dan bangsa malaysia serta org melayu itulah kenangan yg ada

    ReplyDelete
  8. Mappudulung akan kata kenangkan daku dalam doa mu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taigor Jib ini akan jumpa malang dibelakang tabir kubur, wa Allahu 'alam.

      Delete
  9. Saya teringat sejarah mesir kuno, firaun yang maha jahat dan zalim pun tidak pernah diadili oleh undang-undang ciptaan manusia.

    ReplyDelete
  10. Boleh dikenang sebagai kenangan paling pahit pada diri setiap rakyat Malaysia,dan kalau boleh masukkan sekali di muzium Negara sebagai sejarah hitam Negara mempunyai pemimpin paling korup dan tersangatlah bangsat di Malaysia khususnya......!!

    ReplyDelete
  11. Najib tabur duit dah di terengganu dan suap kumpulan agama

    ReplyDelete
  12. Tun Razak- Bapa Pembangungan. Najib Razak akan dikenang sebagai- Bapak Penyamun dan/atau Bapak Rasuah.

    ReplyDelete
  13. Najib dikenali sebagai Bapa Najis.

    Bapa segala keburukan.

    ReplyDelete
  14. Menteri Fasolah,,lepas curi duit belah...!!!

    ReplyDelete
  15. Sekarang dia jual ASSET PETRONAS kepada Russia.
    Adakah asset itu PETRONAS TWIN TOWER......?????
    Atau, semua perigi minyak di Malaysia.....???
    Adenan Satem nak tuntut 20% Royalty,
    tetiba dapat 20% utang Petronas untuk ditanggong!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kerajaan persekutuan tak mampu tadbir urus petronas sampai tahap juai asset, berilah petronas kepada kerajaan negeri pengeluar minyak.Hasil 95% kerajaan negeri punya dan pusat dapat 5% royalti.Negeri pengeluar minyak dapat subsidi dan negeri takda hasil minyak harga ikut pasaran dunia.amacam ada brani???

      Delete
  16. Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata bukti dakwaan rasuah di Selangor kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    Beliau berkata parti akan menentukan langkah susulan dan samada maklumat itu patut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    “Barangkali, perkara itu akan diangkat ke peringkat parti esok malam,” katanya.

    Sebelum ini, pesanan WhatsApp Rafizi dalam perbualan tertutup ahli parti dan penyokong Reformasi, berkenaan dakwaan permintaan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan Selangor, telah dibocorkan.

    Dalam satu kenyataan Jumaat lepas, Rafizi mengesahkan dakwaan rasuah itu bersifat khusus, namun ia tidak ditujukan kepada mana-mana ADUN atau pegawai kerajaan dalam mana-mana jabatan kerajaan negeri.

    Rafizi berkata pesanan yang dibocorkan itu merupakan satu peringatan bahawa rasuah tidak boleh dipandang ringan.

    “Itu yang selalu saya ingatkan pada parti,” katanya.

    Ketika ditanya samada beliau mempunyai bukti dakwaan rasuah di Selangor, Rafizi berkata: “Bila saya kata saya ada bukti, saya ada banyak bukti.”





    Bagaimanapun, katanya, ada sebahagian pihak berpendapat pendedahan isu ini tidak kena pada masanya.

    Rafizi menjawab masyarakat cukup bijak untuk menghakimi isu yang dibangkitkan dan ditangani.

    Ahli Parlimen Pandan juga berkata beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap individu yang membocorkan pesanan WhatsApp itu kerana apa yang dinyatakan secara tertutup patut dinyatakan secara terbuka.

    “Saya akan bercakap perkara yang sama di dalam dan luar parti. Adakalanya, ia diluar konteks. Tetapi itu sesuatu yang boleh kita perjelaskan,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

    Rafizi berkata apabila seseorang itu memegang satu-satu jawatan, individu itu perlu akui apa yang ditulis boleh terbocor ke pengetahuan orang ramai.

    Beliau juga menyedari pendiriannya berkenaan satu-satu isu itu berlainan daripada orang lain.

    “Pendirian saya mengenai apa yang betul dan salah mungkin berbeza daripada orang lain. Saya percaya ahli parti perlu dilihat lebih bersih daripada bersih.”

    “Jika tidak, apa bezanya kita dengan Barisan Nasional atau UMNO?”

    Beliau menekankan pentingnya menjaga tindak-tanduk semasa berkhidmat supaya tidak menjadi perbualan orang ramai.

    “Atau apabila spekulasi berlaku dan jika kita tidak memberi jawapan yang bagus, apa bezanya kita dengan (pengendalian) isu 1MDB,” katanya.

    Maka atas sebab itu, kata Rafizi, beliau tetap menegaskan parti perlu menangani aduan yang diterima daripada masyarakat.

    “Sekiranya mereka tidak bersetuju (dengan saya), elok beritahu pada saya. Ada aduan-aduan yang perlu parti tengok.

    “Saya tidak mahu parti berkata ada aduan, tetapi tidak ada bukti jadi tiada tindakan boleh diambil.”

    ReplyDelete
  17. DI mana-mana sekarang, baik dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil di luar Pulau Pinang bertanding tiga penjuru atau lebih akan memberikan kemenangan selesa kapada Barisan Nasional.

    Ia ada realiti politik di negara ini. Itulah sebabnya menjelang PRU 1999 semua parti pembangkang terutama PAS dan DAP menyuarakan politik satu lawan satu. Semua tahu pertandingan tiga penjuru adalah yang amat selesa bagi BN.

    Maka dalam beberapa PRU yang lalu pembangkang berjaya mewujudkan politik satu lawan satu dan ia memang nahas bagi BN dan sepanjang Mahathir memimpin BN, dia buat apa saja menghalang wujudnya politik satu lawan satu.

    Politik satu lawan memang sukar berlaku di mana-mana di dunia. Apabila Pakatan Rakyat dapat capai, ia ada keajaiban. Pada PAS ia adalah anugerah Allah.

    Mewujudkannya susah, maka mengekalkannya pun susah. Patutnya dicari formula mengekalkannya. Tetapi semuanya tidak mencari formula itu. Maka ia berkecai bila PAS tarik diri bertahaluf dengan DAP. Hendak mencantumkan benda yang pecah memang payah.

    PAS bila tarik diri, tiada mahu bersama dengan yang lain kecuali PKR. Tapi yang masih bersama dalam Pakatan Harapan pun tak upaya pertahankan satu lawan satu. DAP ada hujah dan PKR ada hujah mengapa tak boleh elak lawan banyak penjuru?

    Sekarang datang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. PAS dari awal isytihar akan bertanding di kedua-duanya. Siapa nak lawan silakan. Ia mungkin tidak dapat dielak.

    Banyak pro satu lawan satu menyesalinya, justeru politik pecah itu mengutungkan BN. Pro pembangkang yang tidak menyertai pertandingan berhak menyesalinya. Mereka berhak membantah dan pandangan mereka betul.

    Akan tetapi ada yang kata begitu tidak berhak menyesalinya kerana mereka dari belum politik itu pecah menyumbang kepada perpecahan itu khususnya mereka yang meninggalkan PAS. Mereka menyediakan diri unuk menggantikan PAS dalam Pakatan dengan menubuh NGO. Ada juga orang PAS ikut. Mereka tak keluar PAS dulu tapi sudah jadi parti dalam parti.

    Kemudian mereka sertai orang PAS yang menubuhkan parti sendiri. Menubuhkan NGO anti PAS dan parti lain menentang PAS, puncaknya adalah bertentang dengan PAS dalam pilihan raya. Dalam PRN Sarawak mereka berlawan dengan PAS. Bila PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar mereka ajak PAS jangan lawan banyak penjuru kerana ia untungkan BN. Dianjurkan PAS berunding.

    Yang ini tidak layak menganjurkan begitu. Jika mereka sendiri mengadakan kumpulan baru menentang PAS, maka mereka tidak layak bercakap tentang satu lawan satu. Tindakan mereka menambah bilangan parti pembangkang yang tujuannya juga untuk bertanding. Di mana mereka hendak bertanding yang tidak disertai oleh PAS sedang semasa dalam PAS dulu mereka tidak biarkan BN menang percuma?

    Adakah dengan mereka keluar PAS, maka PAS tak usah bertanding! Biar mereka saja bertanding?

    Ia adalah politik kartun. Tidak ada dalam dunia orang berpolitik begitu. Maka ia adalah politik buluh kasap. Hujung ilang, pangkal lesap.

    Oleh
    Subky Latif


    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 08:33 baguih hang buat blog sendiri.dah ada blog sendiri suka ati mak bapak hang nak tulih.

      Delete
    2. Politik pas kartun macam hanglah jugak subky oiiiii..Hang dulu pun bertanding diatas tiket pas tak pernah menang. Hilang wang pertaruhan adalah.

      Delete
    3. topic lain tulis benda lain... bo layann, blahhh!!

      Delete
  18. 100 tahun ag...Nama Rosmah yg akan kekal..PERMATA BERKIN NEGARA.

    ReplyDelete
  19. sial tak habis habis. dari lahir sampai sekarang ni asyik siallll memanjang.

    ReplyDelete
  20. Harimau mati tinggal kan belang
    Najib mati tinggal kan hutang

    Kalu bole... Nak pi tu bawak la FLOM skali. Rakyat jenuh tanggung hutang 2 insan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosmah mati tinggalkan jamban

      Delete
  21. Najib akan dikenang sebagai PM Malaysia pertama yang menghabiskan sisa hayatnya dalam keaiban di Penjara Sungai Buloh.

    ReplyDelete
  22. Najib akan di kenang sebagai bapa kpd anak2nya....
    Hahahaha

    ReplyDelete
  23. Kenapa perkasam dan sewaktu dengannya diam membisu? Apakah peranan mereka telah digantikan oleh ular dalam semak bila mereka berbicara tentang ternakan lembu dan babi pabila overdose lebel melabel pil kuda? Inilah kehebatan dan kejayaan dedak mengubah arah amanat 1981 terhadap umngok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada unsur2 rasis macam berahim katak perkasam maka past tuang amanat pun jadi paskatak.Tak hairan bila sedondon dengan umngok.

      Delete
  24. Apa lah yang boleh diharapkan sangat kepada PERKASAM tu?Presidennya pun sekapal dengan si Pandi.

    ReplyDelete
  25. Apa lah yang hendak dikenangkan dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang jika tiada apa-apa pun yang terlekat pada dirinya selain lekapan air ludah.

    ReplyDelete
  26. Semua mata akan tertumpu kepada susuk tubuh Rafizi Ramli berhubung kedudukan beliau selaku setiausaha agung PKR, ketika pucuk pimpinan parti itu akan duduk semeja dalam mesyuarat biro politiknya malam ini.

    Suhu mesyuarat tersebut dijangka lebih 'panas' daripada kebiasaannya di tengah-tengah kemelut dan perselisihan antara pimpinan utama parti itu.

    Ini berikutan tindakan Rafizi yang mahu menyerahkan bukti dakwaan habuan wang dan perempuan ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat itu.

    Rafizi dikatakan masih mahu menyerahkan bukti itu walaupun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor telah mengatakan tiada keperluan untuk menyiasat perkara itu.

    Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu-menahu jika biro politik akan membincangkan kedudukan beliau pada malam ini.

    "Namun, sesiapa jua adalah bebas untuk membawa apa isu sekalipun," katanya dalam mesej teks.

    Baru-baru ini, Rafizi mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

    Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.

    "Mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut atas tuduhan yang khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum.

    "Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau.

    Antara yang disebut-sebut untuk mengambil alih jawatan Rafizi itu ialah ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

    "Saya tidak sedar kewujudan khabar angin itu, saya baru pulang dari persidangan di Indonesia," jelas Kamaruddin ketika ditemui di lobi Parlimen.

    Apabila ditanya apakah beliau akan menerima jawatan baru itu, Kamaruddin sekadar berkata, " Tidak, saya tidak rasa perkara ini berbangkit sekarang."

    ReplyDelete
  27. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar mengesahkan keputusan terletak atas budi bicara presiden parti.

    Pemimpin parti boleh berbincang atau mencadangkan sama ada Rafizi dikekalkan atau diundurkan namun presiden mempunyai kuasa prerogatif untuk menentukannya.

    "Setiausaha agung dilantik oleh presiden, pimpinan boleh memberi pandangan mereka( mengenai kedudukan Rafizi), yang pasti keputusan akhir di tangan presiden," ujar beliau.

    ReplyDelete
  28. SOALAN ITU SEHARUSNYA:

    BAGAIMANA AGAKNYA NAJIB AKAN DIKENANG SELEPAS PILIHANRAYA AKAN DATANG?

    ReplyDelete
  29. Najib akan dikenang seperti 'Si Tenang'.

    Din, layak ke dia ni masuk buku teks sekolah? Memalukan je. Dah lah anak anak ini yang kena tanggung hutang dia, pastu nak suruh anak anak ini belajar pasal dia? Buat kena bakar je buku sekolah tu.

    ReplyDelete
  30. Nak Tanya Menteri Agama sikit.
    Apa hukum Kita menyokong sesaorang yang me punyai si fat sifat orang munafik

    ReplyDelete
  31. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete