Tuesday, 26 April 2016

SEMASA MENGHADAP SULTAN TERENGGANU, SUDIKAH NAJIB MENCALONKAN AHMAD SAID SEMULA?

Hanya beberapa jam setelah Perdana Menteri, Najib Razak bercakap dengan media di Sarawak bahawa beliau akan menghadap Sultan Terengganu berhubung kemelut politik di negeri itu, pihak Istana Terengganu telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perlucutan semua gelaran yang telah dikurniakan kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Sultan Terengganu setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, telah melucutkan semua Darjah-Darjah Kebesaran Negeri daripada Ahmad Razif berkuatkuasa 22 April 2016.

Jika sebelum ini isu perlucutan gelaran "Datuk Seri"  daripada Ahmad Razif oleh Sultan Terengganu hanya bersifat spekulasi, ia kini dengan sendirinya menjadi sesuatu yang sahih dan rasmi.

Apakah maknanya kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Istana hanya tidak berapa lama selepas Najib mengatakan akan menghadap Sultan Terengganu itu?
Ertinya  tidak lain ialah pihak Istana Terengganu tidak berkehendakan lagi dengan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar negeri itu.

Mesej tersebut pasti dengan mudah difahami oleh sesiapa pun juga dan Najib tidak harus buat-buat tidak faham dengannya.

Dengan itu, beliau tidak perlu lagi membuang masa cuba mempertahankan kedudukan Ahmad Razif, sebaliknya kunjungan menghadap Sultan Terengganu nanti mestilah terus dengan membawa senarai beberapa nama untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar yang baru.

Harap Najib tidak lupa, masukkan sekali nama Ahmad Said, bekas Menteri Besar yang dibuangnya sebelum ini  untuk pertimbangan pihak Istana sama. (SH 26/04/2016).

66 comments:

  1. bn dgn masalah yg ni, ph dgn masalah prn sarawak, pening politik skarang ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa peningnya? PH bergaduh secara terbuka, telus...rakyat boleh nilai. BN semua buat secara tertutup....tup tup duit 1 MDB masok akaun "salah", banker Nazir boleh agih agih cash macam la tak paham AMLA, Umno terengganu buat taik lagi....sekarang hutang 1MDB dah berapa pon tak terkira...banyak sangat, pening. Lebih baik undi PH yang lebih open. Kalau ada debat terbuka, lagi bagus

      Delete
  2. Idris Jusoh apa kurangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idris Jusoh???

      Tuanku Sultan lagi tak berkenan kat mamat ni!

      Delete
    2. Orang Besut kata Pak Jusoh ketika MB dulu berperangai samseng sikit...apa macam dia mengurus bajet stadium Trengganu sampai teruntuh bumbung?

      Delete
  3. Inilah padahnya bila hilang rasa hormat pada pucuk pimpinan parti dan kerajaan. Selama ini dengan gah dan megah najib mengunakan kuasanya untuk memperbodohkan rakyat.
    Jerat tak lupa pelanduk, sekarang ini cermin lah diri banyak kali sikit sebelum jumpa sultan mizan. Suluh tengok kuasa apa yang masih ada ditangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini gurindam Raja Ali Haji fasal yang keenam:

      Cahari olehmu akan sahabat,
      yang boleh dijadikan obat.
      Cahari olehmu akan guru,
      yang boleh tahukan tiap seteru.
      Cahari olehmu akan isteri,
      yang boleh dimenyerahkan diri.
      Cahari olehmu akan kawan,
      pilih segala orang yang setiawan.
      Cahari olehmu akan abdi,
      yang ada baik sedikit budi.

      Delete
  4. Mat Razif dilihat sebagai MB lembik lagi tidak berwibawa...hanya mampu menjadi badut kepada Ah Jib Gor...MB lembik yang tidak memberi apa apa manafaat kepada rakyat Tranung...molek dah kena buang...solut Tuanku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultan nak buat side income pun susah. Sumer kroni MB dah balun. Ingat sama, bini sultan pun gemok gedempol, status bini orang kaya, mestilah gemok maksimum, sendat, ketat, kelat..

      Mentekendarah sikik2 dah la. Ini angan tinggi nak jadi mcm Shahidan Kasim di Perlis, habis sumer dia nak sapu!!! Raja nak enjoy projek juta2 pun, jenuh mencekik.. susah.

      Delete
    2. Ko mengarut apa ni???

      Ko ni dah jatuh fitnah ni! Permaisuri T'ganu tuu punya la slim...

      Ko tengah cakap pasal sultan mana ni???

      Ko dah makan ubat belum?

      Delete
    3. mmg bodo, org komen dia pun nk komen tp apa yg dia komen haram dia sendiri xfaham

      Delete
  5. Ada citer tak pasai tnb tuan shahbudin dengornye nak buang orang dan juga pasai ipp yang kene jual kat syk china tu yang juga ada kene mengene dengan tnb

    Mail

    ReplyDelete
  6. Bawa nama ADUN PAS juga. Kan dah berbaik dengan Hadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi terlalu dekat dengan kemunafikan... dia enggan tarik balik Amanatnya yang telah mengkafirkan UMNO Dr. Mahathir. Hari ini dia mahu bersekutu dengan Abjibgor Raja Wang Tunai... Hey, Hadi bermazhab Isle apa ya?

      Delete
  7. Padan muka raxif dan najib.mereka
    bersekongkol buang ahmad said.semua
    najib nak kontrol.rakyat susah dia tak
    peduli.siksa rakyat dengan gst.1mdb
    bagai betniaga bulu kassp.modal satu
    juta hutang 50 ribu juta.14 ribu juta
    lessp begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duit lesap sebab kena tipu dgn tok arab...boleh kesian gak...ini duit lesap masuk akaun sendiri2....last2....rakyat yg kena bayar hutang..macai dapat dedak aje.

      Delete
    2. KEDAH macam itu juga.
      yang baik jadi MANGSA.
      MASA AKAN MENENTU KAN...

      Delete
    3. Sapa suruh dia gatai punggong pi kacau rumah tangga orang? La ni tanggunglah akibatnya.
      Kalau asyik terpaksa berlari sana berlari sini lama2 mati kat tengah jalan kot.
      Selama ni orang bagi dia madu tapi dia yg balas balik dgn tuba.
      Bila rakyat dah marah pengundi pun dah benci buat lagu mana pun dah tak jadi apa dah. Ibarat curah air ke daun keladi sajalah

      Delete
    4. Sapa suruh dia gatai punggong pi kacau rumah tangga orang? La ni tanggunglah akibatnya.
      Kalau asyik terpaksa berlari sana berlari sini lama2 mati kat tengah jalan kot.
      Selama ni orang bagi dia madu tapi dia yg balas balik dgn tuba.
      Bila rakyat dah marah pengundi pun dah benci buat lagu mana pun dah tak jadi apa dah. Ibarat curah air ke daun keladi sajalah

      Delete
  8. Muka2 tak malu ini apa yang dikesah sangat,sekiranya dikesah tentu dah letak jawatan MB/PM.malangnya mereka2 ini kemaluan mereka dah hilang hanya sondol sahajalah apa yang boleh.

    ReplyDelete
  9. Sultan terengganu mengajar PM,kuasa kamu bukanlah Mutlak,wang bukanlah segala-galanya,tolong belajar adab,sopan & hormat jajahan negeri kepunyaan Baginda,PM tidak hormat langsung atas kehendak Rakyat terengganu..inilah natijah yang najib dapat..atau ini masej jelas baginda kepada MAJLIS RAJA2 MELAYU untuk melakuan sesuatu bagi menyelamatkan Negara Malaysia khususnya?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultan x leh nak mencekik la bro. Habis sumer projek UMNO kontrol. Sultan pun mentenen tinggi gaks.

      Delete
    2. La ni baru dia tau sapa king. Dulu dia dok kata cash is king

      Delete
    3. Anon 10:05 salah tu. Cash is not King. Yang ' king ' ialah B.B ( BB King ). Cash sebenor ialah Johnny. ( Johnny Cash ). Dan untuk pengetahuan umum yang satu satu nya kaya ( rich ) ialah Charlie. ( Charlie Rich ). Yang banyak berlian ialah Neil Diamond.

      Delete
  10. Sudi kah Sultan menerima kunjungan penjenayah rasuah yg paling tersohor diduna iaitu Najib anak Razak????

    Sultan patut memberi nasihat kpd Najib supaya lepaskan jawatan penjawat awam iaitu PM Msia. Kedudukannya memalukan Msia dan rakyatnya.

    ReplyDelete
  11. Harap DYMM TUANKU MIZAN tidak cemar duli untuk berjumpa dengan pengkhianat yang hendak mencagar telaga minyak negeri terengganu....AMPUN TUANKU

    ReplyDelete
  12. Muhasabahlah diri jgn ingat kita ada kuasa boleh buat apa saja kita ingat kita besar ada yg lagi besar dan berkuasa iaitu allah ini adalah permulaan utk umno sedar diri apa jadi dgn pemakan dedak tu kenapa diam saja fikir2kanlah

    ReplyDelete
  13. Ada mana mana ADUN ganu lulus form 3? Bolah apply jadi MB

    ReplyDelete
  14. Ketika PAS bertanding di Kota Damansara dan Sungai Acheh, ahli dan penyokong rakan seteru PAS habis-habisan mengutuk PAS. Bukan setakat mengutuk, mereka turut menfitnah dan menghina PAS dan Presidennya dengan pelbagai hujah dan cacian. PAS dikatakan mengkhianati kawan, tidak menepati janji dan sebagainya. Nah hari ini aku menunggu apa pula sikap mereka apabila DAP dan PKR bertembung sama sendiri di lima kerusi di PRU Sarawak.


    Apa yang dapat kita kata terhadap sikap PKR dan DAP itu? Siapa pula yang keras kepala dan mungkir janji. DAP akan berkata PKR mungkir janji kerana persetujuan telah dicapai antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Setelah perjanjian ditandatangani pada 7hb April 2016, mengapa pula sikap Azmin Ali (PKR) berubah setelah Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian begitu tegas menolak perjanjian itu? Kemudian mengapa pula DAP sanggup menawarkan kerusi Batu Kitang kepada PKR kalau betul perjanjian itu adil dan seimbang pawa awalnya? Jelas bahawa perjanjian awal menunjukkan kemenangan berat sebelah bagi pihak DAP. Memang DAP kaki pembelit dan kaki ugut.Ini disedari oleh PKR kemudiannya. Yang anehnya, di mana suara Presiden, Wan Azizah yang dulu ingin dijadikan MB Selangor oleh PKR, DAP dan pemuka-pemuka PAN?

    PAN setakat ini tidak pula memberi sebarang reaksi. Aku rasa akhirnya PAN akan hentam PKR. Boss besarnya, DAP telah menyetujuinya bertanding di 13 kerusi yang dikehendakinya. DAP sedar Pakatan Harapan tiada harapan menang satu kerusi pun di tempat yang PAN gila nak bertanding itu. Kalau menang pun, yang pastinya bukan kerana kekuatan PAN yang berusia setahun jagung itu. Dijangka 85% undi yang akan diperolehi PAN adalah undi dari penyokong DAP dan PKR. Kejayaan bagi PAN satu saja; berjaya memecahkan undi Muslim. Biar BN menang. PAS jangan. Inilah PAN, konon parti Islam baru yang sebenarnya bersifat dajal. Congakan aku ini boleh dibuktikan apabila keputusan pilihanraya diketahui nanti.
    Motif tulisan aku kali ini ialah sekali hentam mampus tiga ekor ular. "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum hentam ular...hentam kepala kau dulu.

      Suka menyampuk ... kalau masuk cerita dengan tajuk tuan rumah tak apa lah jugak. Hormat lah tuan punya tanah.

      Buka meja satu kat kedai kopi, panggil kawan-kawan datang dengar cerita pasal nenek kau mengurat datuk kau pun,kau punya pasal.

      Delete
    2. Ini lah dia contoh pemakan dedak penjilat tegar kaki bodek..


      "Spin spin spin, alih tiang gol, spin spin spin"

      'Tajuk posting' lain tapi komen yg diberi lain..


      "Motif tulisan aku.." - Cakap Ikut Tajuk


      Ko ni sebijik macam Ajib! Orang tanya lain, Ajib jawab lain.. Memang sah2 BINGAI!

      Delete




  15. Tawaran Istimewa Web Hosting
    - masih ada satu iklan kosong di ruang ini -



    Alhamdulillah, PAS Dah Nampak Tembelang PKR
    Posted on Tuesday, April 26 @ 09:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



    Isu Semasa "

    Alhamdulillah. PAS mula sedar akan sikap PKR yang bermain kayu tiga. Ini disuarakan oleh AJK PAS Pusat, Dr. Zuhdi. Aku pernah menulis tentang permainan PKR yang umpama gergaji dua mata. Aku bimbang seandainya PAS tidak bersedia, PAS akan ternganga dengan tindakan PKR dalam PRU14 nanti. Kini PRN Sarawak telah membenarkan telahan aku. PKR atas strategi Pakatan Harapan telah meletakkan calon di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS.


    PAS awal-awal lagi mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi yang telah ditentukan. Kini semua kerusi PAS tersebut turut ditandingi oleh parti-parti Pakatan Harapan. PKR-PAS di 4 kerusi, PAN-PAS di 5 kerusi dan DAP-PAS di 2 kerusi. Apa makna semuanya itu? Inilah ‘pakatan rahsia’ yang turut digerakkan oleh PKR. PH ingin nyahkan PAS daripada persada politik Negara.

    Aku percaya, strategi inilah turut dirancang untuk PRU14 nanti. Mujur Allah mendedahkan niat jahat mereka awal-awal. Namun aku tak pasti sama ada PH masih wujud ketika itu berdasarkan senario perbalahan PKR dan DAP dalam PRN Sarawak hari ini. Adakah akhirnya PKR sedar akan perangai DAP yang berlagak tuan besar? Maka atas strategi lain PKR sanggup berpadu pula dengan PAS dengan mengekalkan Pakatan Rakyat. Mana tahu PKR juga bakal terbelah dua; satu puak yang ingin kekal bersama DAP dan PAN dan satu puak lagi ingin mengukuhkan kembali Pakatan Rakyat bersama PAS. Semuanya dalam ilmu Allah.

    Motif tulisanku kini ialah ingin mengerakkan kesedaran PAS agar bersedia dengan pelan A dan pelan B serta pelan C. Dan sebaik-baiknya ialah mengambil kata putus PKR di mana mereka untuk PRU14 nanti. Masa semakin singkat.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah dia contoh pemakan dedak penjilat tegar kaki bodek..


      "Spin spin spin, alih tiang gol, spin spin spin"

      'Tajuk posting' lain tapi komen yg diberi lain..


      "Motif tulisan aku.." - Cakap Ikut Tajuk


      Ko ni sebijik macam Ajib! Orang tanya lain, Ajib jawab lain.. Memang sah2 BINGAI!

      Delete
    2. Untuk makluman kau orang melayu baru sedar pemimpin umno dan pas merupakan golongan menjual agama dan kuasa untuk kemewahan dunia.

      Delete
    3. Untuk makluman kau orang melayu baru sedar pemimpin umno dan pas merupakan golongan menjual agama dan kuasa untuk kemewahan dunia.

      Delete
  16. Aku masih ingat lagi pada 9 Januari 2016, awal tahun Rafizi Ramli menyebut Pakatan Harapan tidak lagi mengguna pakai prinsip ‘setuju untuk tidak bersetuju’ seperti dahulu. Suhaizan Kait yang kalah pemilihan Ketua Pemuda PAS, kecewa dan bersama menubuhkan parti PAN @ AMANAH juga mengeluarkan kenyataan yang sama.

    Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli, berkata mana-mana parti yang melanggar persetujuan bersama akan dipecat. “Prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju tidak lagi boleh digunakan dalam Pakatan Harapan,” katanya

    Pada hari itu Rafizi membentangkan tiga fasal pertama iaitu keputusan bersama, pembinaan kesatuan politik dan penyelesaian pertikaian daripada tujuh fasal perjanjian.


    Manakala Setiausaha Organisasi Nasional DAP, Anthony Loke pula membentangkan fasal empat dan lima iaitu dasar bersama serta perjalanan pilihan raya.Katanya Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili sesuatu pilihan raya di mana-mana peringkat.

    “Majlis presiden perlu mempertimbangkan faktor parti manakah yang mempunyai kebarangkalian paling tinggi untuk menang dalam pilihan raya itu,” Tambah Anthony Loke.

    Suhaizan Kaiat, Setiausaha Organisasi Amanah membentangkan fasal enam dan tujuh iaitu perjalanan kerajaan, pembangkang serta keabsahan Pakatan.

    Fasal tujuh Perjanjian Pakatan Harapan menghuraikan prinsip yang diguna pakai untuk menentukan status Pakatan Harapan jika ada pelanggaran mana-mana perkara yang dipersetujui dalam perjanjian ini.
    Aku paling nak gelak Suhaizan pernah menyebut “Kita belajar daripada kesilapan dulu, tak ada kuasa untuk mengambil tindakan ke atas parti yang melanggar perjanjian."

    Sehingga aku menulis artikel ini, aku masih belum dengar apa-apa ulasan dua orang kuat PAS dulu ini si Suhaizan dan Khalid Samad. Mana pergi dia orang ni dalam isu pertindihan kerusi aku pun tak tahu. Apakah PAN sudah tak tahu nak pilih siapa? PKR atau Bos besarnya DAP?

    Aku rasa Pakatan Harapan dah tak ada harapan lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah dia contoh pemakan dedak penjilat tegar kaki bodek..


      "Spin spin spin, alih tiang gol, spin spin spin"

      'Tajuk posting' lain tapi komen yg diberi lain..


      "Motif tulisan aku.." - Cakap Ikut Tajuk


      Ko ni sebijik macam Ajib! Orang tanya lain, Ajib jawab lain.. Memang sah2 BINGAI!

      Delete
    2. "Spin spin spin, alih tiang gol, spin spin spin"

      Itu sama dengan cara "kaum baru" PAS itu yang berputar belit akidah ahl sunnah wal jamaah hingga Allah duduk bersila di atas Arash - ikut pegangan Nik Aziz. Malang sekali, kita "kaum tua" yang tak pasrah kepada diorang di-cap kafir! Audzubillah minash shaitanir rajim.

      Delete
  17. Beliau tersangat dukacita melihat dua komponen terkuat Pakatan Harapan berlaga dan bertembung untuk beberapa kerusi dalam pilihan raya Sarawak.

    Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat DAP hari ini, pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa sedih apabila menyaksikan PKR tidak mahu mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui dengan DAP.

    Terdahulu, anaknya Lim Guan Eng mengatakan DAP berasa telah ditipu PKR. Kini, Kit Siang berkata tidak pernah berasa sesedih ini.

    “Saya tersangat sedih dengan apa yang berlaku ketika penamaan hari ini. Kita berhempas-pulas sejak lapan tahun lalu, untuk membina gerakan yang kuat yang boleh menggantikan BN di Sarawak dan Malaysia, telah mengalami halangan yang besar.

    “Malang sekali pimpinan PKR tidak boleh berpegang kepada persetujuan yang telah diikrarkan oleh kedua belah pihak.”

    Kegagalan rundingan antara DAP dan PKR menyaksikan dua parti rakan itu bertembung di enam kerusi iaitu Mulu, Mambong, Murum, Simanggang, Ngemah dan Batu Kitang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah dia contoh pemakan dedak penjilat tegar kaki bodek..


      "Spin spin spin, alih tiang gol, spin spin spin"

      'Tajuk posting' lain tapi komen yg diberi lain..


      "Motif tulisan aku.." - Cakap Ikut Tajuk


      Ko ni sebijik macam Ajib! Orang tanya lain, Ajib jawab lain.. Memang sah2 BINGAI!

      Delete
    2. Itu hal dap n pkr...nak suroh Najib turun je mcm mb terengganu ni...Yg g melalut knp? Kan Adnan satin dah ckp Serawak dgn serawak nya... Hal pusat biar Najib uruskan

      Delete
    3. hoi Bengap 9.33,
      Kau bawa cerita ini dimasa orang sangat meluat dengan najib tak bawak banayk faedah utk pengetahuan kau aku ini ahli umno dan sekarang disebabkan pemimpin atasan umno mempertahankan kemungkaran najib dan penyelewengan nya bermakna parti umno bukan untuk melayu tapi untuk pemimpin atasan dan najib jadi aku berjanji PRU 14 aku berkerjasama dengan musuh umno semata mata diberi pengajaran supaya bersih dari kekotoran najis rasuah dan kejijikan menipu orang melayu.Kerana perjuangan ini lebih penting untuk negara malaysia.

      Delete
    4. hoi Bengap 9.33,
      Kau bawa cerita ini dimasa orang sangat meluat dengan najib tak bawak banayk faedah utk pengetahuan kau aku ini ahli umno dan sekarang disebabkan pemimpin atasan umno mempertahankan kemungkaran najib dan penyelewengan nya bermakna parti umno bukan untuk melayu tapi untuk pemimpin atasan dan najib jadi aku berjanji PRU 14 aku berkerjasama dengan musuh umno semata mata diberi pengajaran supaya bersih dari kekotoran najis rasuah dan kejijikan menipu orang melayu.Kerana perjuangan ini lebih penting untuk negara malaysia.

      Delete
  18. Niat nak beri DEDAK EMAS tidak kesampaian...rupa rupanya LEBIH BERMARUAH...lagi di sanjung..INI BARU DI KATAKAN KEKEBALAN bukan seperti pemberi DEDAK YG BEBAL..sepatutnya DI HUKUM ORANGNYA DENGAN MELUCUT SEKALI KUASA KEPIMPINANNYA YG dah bercelaru selain dari MENIPU DAN MEROMPAK Intelek rakyat Malaysia yg sudah mula BOSAN DGN KEKEBALAN YG BEBAL mengetuaiMALAYSIA selama di di beri kuasa rakyat.

    ReplyDelete
  19. Amat mencemarkan DULI TUANKU menerima mengadap perompak wang negara. Satu dunia tahu dia songlap duit rakyat, cuma ia masih dapat berselindung dengan menyalahgunakan kuasa.

    ReplyDelete
  20. Razif tidak ada pilihan lagi selain meletak jawatan. Imej beliau sebagai pemimpin No 1 Terengganu telah tercalar teruk. Mustahil untuk dipulihkan. Walaupun beliau berkeras untuk terus menyandang jawatan tersebut, namun sukar bagi beliau untuk terus menjalankan tugas sebagai MB dengan imej yang sudah terjejas teruk.
    Rakyat Terengganu will not going to take him seriously anymore. Jika beliau ada sifat malu dan maruah diri, maka dia kena letak jawatan. Beliau tidak perlu berkeras dengan membuat muka tembok untuk terus duduk di atas kerusi empuk MB. Walau pun mengikut Perlembagaan negeri, Sultan tiada kuasa untuk memecat a sitting MB, tetapi baginda sultan telah memberi bayangan yang khidmat beliau tidak lagi diperlukan. Yang empunya badan hendaklah faham akan mesej yang baginda hendak sampaikan. Pingat dilucutkan dalam keadaan beliau masih memegang jawatan. Belum pernah lagi berlaku sebelum ini. Jangan sampai baginda sultan murka buat kali kedua. Adalah ditakuti mesej yang lebih keras menyusul. Dirgahayu bawah bumi Tuanku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan rahsia lagi Razif byk mengkhianati bekas rakan gurunya dulu. Ramai guru dimalukan dgn membuat pertukaran keluar daerah bg mereka yg disyaki menentang parti nya. Alasannya menentang kerajaan. Ada yg lebih dahsyat membatalkan beberapa pertukaran guru ke PPD dan JPNT atas alasan yg sama hasil maklumat tali barutnya yg membuat tapisan keutuhan. Majoriti guru di Trg tahu hal ini. Bekas pegawai JPNT yg bertanding dlm PRU 13 lalu semuanya lingkup sbb dibalas olh guru atas perangai mereka masa duduk di JPNT.Razif dah terkena kifarah atas khianatnya terhadap guru di Trg sama dgn dgn Mat Said yg memalukan SUK nya dulu dgn membehentikan Datuk Mukhtar.Allah bayar cash kpd Mat Said tp Razif tidak ambil pengajaran. Ingatan kpd MB seterusnya jgn buat perangai yg menyusahkan orng nanti bala dtg kepada kita. Ingat ini bumi DARUL IMAN atau digelar Tanah Hitam @ Tanah Tua ada magiknya.

      Delete
    2. "Ingat ini bumi DARUL IMAN atau digelar Tanah Hitam @ Tanah Tua ada magiknya."

      Aku rasa keimanan ko sendiri ada kekeliruan..


      Ko cakap berkaitan dengan kekuasaan Allah SWT

      -TAPI-

      Dalam masa yg sama ko percaya pada 'magik'


      Keimanan jenis apa ni???


      Inilah yg dikatakan "SESAT DALAM CAHAYA"

      Delete
    3. Sesat Dalam CAHAYA buleh kira lagi bohh, Takut Sesat Dalam Gelap Gulito jahhh...nyo tepohh Tiang lah bohh...huhuhu

      Delete
  21. Tuan Shah

    Saya dah mula menyampah nak masuk blog tuan.

    Lebih baik tuan delete cerita mengarut yang tidak ada kena mengena dengan tajuk tuan.

    Jangan samakan tahap kita dengan orang macam itu. Pengacau dan menyemak ada lah.

    Saya datang ke blog tuan tanpa di beritahu oleh sesiapa selepas blog kegemaran saya mengambil keseluruhan tulisan tuan sebagai entah nya. Sudah tentu dengan izin tuan.

    Jangan biarkan banyak sampah dalam blog tuan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Setuju 2.6B Peratus!

      Eh! Silap!

      Saya sokong 4.2B peratus!

      Delete

    2. Penat ibu jari saya kena scroll cari komen yang berkaitan.

      Delete
  22. Razif jangan buat muka bontot lombu. Kalau al-Sultan tak suka cow chalo lah lombu. Nanti malu rakyat ganu ada mb tak bermaruah cam bontot lombu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mana tau malu!

      Tengok la "bigboss" dia... Dah rompak duit rakyat tapi masih SELAMBA JE!

      Delete
  23. PAS tidak terlibat dengan apa yang berlaku antara DAP dan PKR berhubung pembahagian kerusi di Sarawak.


    PAS sekadar berdiri di tepian kerana tidak dianggap penting.

    Dalam NST hari ini Lim Kit Siang sebut pertembungan DAP dan PKR di 6 kerusi DUN dalam PRN Sarawak sangat nendukacitakan beliau.

    Katanya: " I feel very sad over what happened today".

    Memang terkadang apa yang kita rancang tidak nenjadi.

    Akan tetapi apabila kita naik berang dan bertindak angkuh serta biadap ianya bukan lagi amalan berkawan tetapi bermusuh.

    Ng Wei Aik ahli parlimen DAP Tanjong yang popular dengan video enggan bayar caj letak kereta di sebuah premis di Pulau Pinang tidak lama dulu telah post kan satu kenyataan yang sangat kurang ajar terhadap PKR.

    Kata Ng "Ask PKR to go to hell" atau "Suruh PKR pergi jahanam".

    Reaksi itu diberikan beliau berikutan penjelasan yang dibuat Timbalan Presiden PKR Dato Seri Azmin Ali.

    PAS walaupun tidak terlibat dalam PH namun masih kekal bertahaluf dengan PKR. Serangan biadap dan kurang ajar seumpama itu yang dituju terhadap PKR pasti mengusik hati kami dalam PAS kerana PKR masih kawan kami.

    Terserlahlah keangkuhan dan besar kepala DAP.

    Dalam tempuh kempen beberapa hari ini merela sanggup serang dan ludah muka kawan asal mereka menang.

    Semoga PKR ambil iktibar insyallah PAS tidak sekali-kali akan perlakukan kawan seperti itu.

    - Roslan SMS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi barua najib nak merepek jangan guna anon kemudian pandai pula songlap nama Roslan ,barua.

      Delete
    2. Hoi barua najib nak merepek jangan guna anon kemudian pandai pula songlap nama Roslan ,barua.

      Delete
  24. Ini lah dia contoh pemakan dedak penjilat tegar kaki bodek..


    "Spin spin spin, alih tiang gol, spin spin spin"

    'Tajuk posting' lain tapi komen yg diberi lain..


    "Motif tulisan aku.." - Cakap Ikut Tajuk


    Ko ni sebijik macam Ajib! Orang tanya lain, Ajib jawab lain.. Memang sah2 BINGAI!

    ReplyDelete
  25. PKR hari ini menuding kembali jari kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng susulan pertindihan kawasan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

    Naib presidennya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata PKR telah membuka pintu rundingan sehingga tengah malam tadi tetapi gagal mendapat maklum balas Lim.

    “Dalam erti kata lain, Lim Guan Eng membuat keputusan untuk bertanding di kelima-lima kerusi yang bertindih tanpa mempertimbangkan cadangan PKR untuk berunding secara saksama dan situasi menang-menang.

    “Ini bukan semangat yang sepatutnya ada pada rakan politik.

    “Yang menyedihkan hati kami jumlah kerusi yang bertindih diperbesarkan dari lima ke enam kerusi, termasuk Batu Kitang,” katanya.

    Shamsul berkata keputusan itu boleh disimpulkan sebagai tindak balas yang membawa kerugian, melanggar persetujuan asal serta mengurangkan peluang kemenangan calon wanita muda profesional PKR Voon Shiak Ni.

    Lim sebelum ini menyatakan kekecewaan dengan keputusan PKR bertanding menentang parti itu di lima kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak dan merasakan ditipu.

    Kedua-dua sekutu itu akan menghadapi satu sama lain di sekurang-kurangnya lima kerusi - Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.



    Sebagai tindak balas, DAP pula meletakkan calonnya, Abdul Aziz Isa di Batu Kitang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah dia contoh pemakan dedak penjilat tegar kaki bodek..


      "Spin spin spin, alih tiang gol, spin spin spin"

      'Tajuk posting' lain tapi komen yg diberi lain..


      "Motif tulisan aku.." - Cakap Ikut Tajuk


      Ko ni sebijik macam Ajib! Orang tanya lain, Ajib jawab lain.. Memang sah2 BINGAI!

      Delete
  26. Aku org trengganu,ada aku kisah pasal Sarawak!!

    ReplyDelete
  27. kecoh la semua
    org terangganu duk sengsara barang mahal kerja takdok
    mat rempit bersepah
    korang dok bising pasal mb
    mana tuan preseden nasihat skit itu sultan dgn mb
    pi jenguk rakyat jelata
    pi pasar tgk harga barang
    pi padang midin tgk org muda ganu buat apa
    bakal pemimpin ganu
    pirraahhhh
    tak habis berpolitik kerja tak jalan
    highway pun segan hidup tak mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro...hidup marhaen semakin perit.Kais pagi petang malam masih tak cukup. Dapat dedak brim cukup sekali telan. Kroni pemimpin enjoy sakan. Semoga Terengganu Darul Runtoh bertukar MB. Jangan asyik dapat MB cap ayang.

      Delete
  28. Budak radzif ni pun satu sengal. Langsung tak pandai nak ambik hati raja sendiri. Org bugis memang macam tu agaknya. Biadap tak kena tempat. Samalah dengan najib. Muka je baik tapi adap takde. Semua pecacai najib memamg acuan macam tulah. Tengok muka man dahlan. Muka je baik macam pondan sopan. Tapi perangai macam langsuir. Baru nak hidup tapi dah biadap

    ReplyDelete
  29. DYMM Sultan telah membuat keputusan sebegitu mungkin ada isu lain yg lebih besar drp kesilapan teks yg telah dibaca oleh razif. Nak tahu juga si sengal yg menyediakan teks tersebut? Hrp Tunku dpt membuat keputusan yg rasional agar membaca kehendak rakyat....bubar dun utk diadakan pilihanraya. Cukuplah selama ini kita meletakkan harpan yg tinggi pada bn/umno yg nyata telah merosakkan dan telah menjual maruah negara sebegini hina. Benci melihat permainan rasuah politik kotor oleh negara yg kononnya agama rasminya adalah ISLAM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau salah teks ..ni niaya punya keje ni bro. Kesian lak radzif ni. Dia pun patut check dululah teks. Jangan main baca je.

      Delete