Entah ke mana perginya para menteri, pemimpin dan hulubalang UMNO, alih-alih Setiausaha Akhbar Najib Razak sendiri yang ternampak paling ke depan mahukan Tun Mahathir Mohamad menamakan siapa calon PM dan TPM pilihannya bagi menamatkan spekulasi bahawa beliau sedang menyediakan laluan untuk anaknya, Mukhriz bagi jawatan tersebut.
Sedarkah pegawai Najib itu bahawa Mukhriz tidak boleh dinamakan sebagai calon PM atau TPM memandangkan kedudukannya hanya sebagai ADUN saja, bukannya Ahli Parlimen?
Jadi, menamakan sesiapa pun sebagai calon PM dan TPM, Mukhriz tidak mungkin boleh disenaraikan sama sekali dan tidak ada kaitan dengan spekulasi laluan masa depannya dalam politik negara ini.
Tetapi, jika selepas PRU 14 atau beberapa tahun akan datang tersedia laluan yang selesa untuk Mukhriz, ia tentulah tidak logik dikaitkan dengan siapa calon PM dan TPM yang akan dinamakan oleh Tun Mahathir sekarang ini.
Ketika itu, ia lebih berkaitan dengan sokongan ramai terhadapnya, selain bagaimana usaha Mukhriz sendiri melonjakkan dirinya.
Menggunakan hujah Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tidak boleh dijadikan sandaran mutlak bahawa beliau ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Berapa ramai mereka yang bertanding Naib Presiden UMNO, malah yang menang sekali pun selama ini, diketahui tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan bukan juga sebagai "material" untuk jawatan itu?
Dalam pada itu, kenapa seorang Setiausaha Akhbar yang hanya "makan gaji" dengan Najib begitu beria-ia mahu tahu siapa calon PM dan TPM seterusnya?
Jika semua pemimpin yang menandatangani Deklarasi Rakyat, bahkan rakyat yang turut menyokongnya pun boleh bersabar mengenainya kerana keutamaan mereka ialah mahu melihat Najib diundurkan terlebih dahulu, mengapa pegawai Najib sendiri tidak boleh bersabar?
Apakah beliau sudah tidak sabar untuk mendapat PM dan TPM baru untuk Malaysia?
Jika beliau begitu bersungguh mahu mengetahui siapa bakal PM dan TPM selepas ini, maka beliau semestinya segera bertukar menjadi antara yang bersungguh memastikan Najib letak jawatan dalam waktu terdekat ini.
Jatuh Najib, tahulah kita semua siapa PM dan TPM baru.
Mudah saja kan!!
Tetapi ia tetap bukan Mukhriz kerana hanya mereka yang setaraf pemikiran dengan Fuad Zarkashi saja boleh terus bermimpi seorang Adun boleh dinamakan sebagai PM atau TPM bagi negara ini. (SH 23/04/2016).
Pegawai stupid kot
ReplyDeletePhoooooooaaaattttttt...
DeleteDia nak tau, senang nak apply kerja
DeleteDari sinilah kita boleh jadikan KAYU PENGUKUR tahap pemikiran IQ dan EQ mereka dalam pentadbiran najib. Taksubnya mereka sehingga hilang COMMON SENSE. Patutnya merekalah orang yg bijak dalam berfikir, tapi rupanya mereka lebih teruk dari tahap pemikiran orang biasa.
DeleteRupanya kelulusan akademik, IQ dan EQ tak penting, janji pandai membodek, taksub dan setia buta melulu kpd tuan besar lebih diutamakan. Itulah hasilnya, maka keluarlah pendapat, idea2 atau kenyataan yg tahapnya amat RENDAH.
Tentu ini tak dapat diterima oleh golongan TERPELAJAR yg kini pemegang ijazah pun dah BERSEPAH macam anak ayam ramainya di Malaysia ni.
Sedarlah tahap pemikiran logik rakyat Malaysia sudah BERUBAH. Memalukan.
0458, Allah Taala Maha Bijaksana. Cukup cantik susunan dan aturannya.
DeletePemimpin yg bodoh bangang, disusunatur letaknya untuk rakyat yg bodoh bangang juga. Jaganlah kita merasakan akal kita canggih manggih laksana penduduk Negara Dunia Pertama.
Jika kita betul2 mampu mengubah keadaan, kita tidak akan dilahirkan di sini.
Mengapa pimimpin dan orang sekelilingnya tidak segan silu membodohkan rakyat dan orang ramai? Lihat Mueller CEO MAS, datang sini berdegar2 berita nak selamatkan MAS, akhirnya lari bogel balik gitu ja.
Nak ubah sikap2 pegawai-kontraktor dalam MAS pun cukup payah. Inikan pula rakyat Malaysia yg terkenal bodoh bangang serata dunia.
This comment has been removed by a blog administrator.
DeletePegawai dan menteri najib semuanya cakap main tembak. Kesian sebab pengetahuan mereka tahap sekolah saja. Eloklah najib hantar balik semua pegawai-pegawai keldai dia balik ke sekolah, belajar balik yang basic.
ReplyDeleteKalau dah screw-up public accountability berbillion ringgit,apa mahu pura-pura lagi?
DeleteBudin,
ReplyDeleteSaya ingat pegawai akhbar najib ini selalu tidor la asyik cakap macam orang tertinggal bas la ,daripada tanya Tun M siapa pengganti najib lebih baik la kamu tanya siapa Nama tok arab gila kasi derma kat Najib sekali dengan nombor Akaun lagi bagus dapat membantu bagi nama baik pada najib penyamun dan kerajaan malaysia ,lagi pun satu dunia nak tahu kalau betul dan tulus ikhlas.Kalau takda tak yah cakap banyak lebih baik kamu pergi tidor atau terjun gaung.
Pasal Tun M tu dia nak siapa jadi PM tu tak penting kerana tak relevan kalau najib masih PM dan tak payah la kamu nak pandai pandai buat cerita kelakar bodoh yang Tun M ada agenda yang dia mau seseorang jadi PM kerana apa apa pun Najib turun dulu dan sistem yang rosak kena di reformasikan semula kalau tidak siapa saja ambil alih jawatan PM akan ujud masalah besar dan tak berguna malah beliau akan menghadapi masalah untuk cuci najis tinggalan najib kerana najib dah merosakkan banyak sistem dan institusi negara.
Saya rasa berlambak yg layak jadi PM asalkan mereka tahu apa yang mereka tandatangani didalam sesuatu perjanjian dan untuk jadi TPM pula asalkan ada ciri ciri tahu membezakan antara betul dan salah PM.
ReplyDeleteYang paling penting berani meminta bukti transaksi bank.
Ahmad bashah for PM.
ReplyDelete...ahmad maslan
DeleteHeboh nak namakan PM dan TPM....PRU akan datang pun korang belum tentu menang. Kalau kalah jadi pembangkang macam mana??? Guna pakai sangat le PM dan TPM yg korang pilih ye?? Jangan over confident la belum tau lagi sape yg menang PRU 14. Cakap bukan main lebih, menang kalah PRU tu pun tak tau lagi. Kalau jadi pembangkang besok baru padan. Tak tau ke rakyat dah meluat. Makin hari makin kuat bau bangkai. Meloyakan je.
DeleteRosmah,Azeez,Arul Kanda,Keruak,Puad Zakar...layak jadi PM.
DeleteYa Allah.. Kenapa la ada lagi insan yang mengaku bijak tapi berfikiran seperti ini.
ReplyDeleteOverdose dedak.
DeletePemimpin diutamakan, rakyat dikemudiankan.
DeleteSebab Najib yang mengaku bijak itu pernah berkata:
Delete"There's good economic progress in Malaysia. People have a lot to look forward to."
Daripada Abu Harairah (r.a.) dari Nabi (ﷺ), ia bersabda:
DeleteAllah (Azza wa Jalla) berkata: "Memberikanlah (pada kebajikan), ya anak cucu Adam, dan Aku akan membagikan kepada kamu."
(al-Bukhari & Muslim).
Nampaknya Najib dan geng berlawan sunnatullah - bukankah dia curi dari anak cucu Adam demi syiok sendiri?
Jika Tun Mahathir tidak nama kan, dia kata telahan dia betul.
ReplyDeleteJika Tun Mahathir nama kan, dia kata telahan dia pun betul.
Telahan dia hanya salah sekiranya Tun Mahathir namakan seseorang dari perkampungan benua Afrika yang tidak kenal dan tidak tahu siapa dan bagaimana rupa Tun Mahathir.
Jika Tun Mahathir namakan bakal PM yang berumur 12 tahun (warga Malaysia) pun mereka akan mendakwa PM yang berumur 12tahun ini adalah untuk memudahkan Mukhriz menjadi PM sebab PM yang berumur 12 tahun ini kenal Tun Mahathir siapa.
Apa lagi jika Tun Mahathir namakan orang politik samada dari UMNO atau dari AMANAH.
Namakan dia sendiri yang gantikan bos dia supaya bos dia pecat dia.
DeleteRatanya umat melayu masih xfhm knp tun m tidak memyebut sape yg lebih lyk jd PM..adakah ini mungkin satu cabaran tun m kpd umat melayu..mencabar siapa yg benar2 anak jantan yg boleh memecah rekod pemimpin terbaik mengatasi rekod beliau..ini dari sudut pemerhatian lah..
DeleteTun M hanya nak najib turun. Eetakat ni xde pulak dia demand utk pilih pengganti. Itu hak demokrasi rakyat Malaysia, and Tun knows that perfectly well.
ReplyDeleteTetapi ia tetap bukan Mukhriz kerana hanya mereka yang setaraf pemikiran dengan Fuad Zarkashi saja boleh terus bermimpi seorang Adun boleh dinamakan sebagai PM atau TPM bagi negara ini.
ReplyDeleteBab nie yg paling aku suka..kah kah kah
Apa nak diherankan..kalo dah najib selaku PM tu jenih bangang lagi bahlul..takkan la orang bawahannya termasuk menteri-menteri kabinet dapor borosmohnya..tak ketinggalan seluroh manusia berjenama Umngok tu lebih bijak dan tak bangang macam dia. Kalo diorang tu bijak..dah tentu ramai-ramai tinggalkan Najib..ni daaak..tangan penyamun camtu pon sanggup cium. Tang mana barokahnya tangan dia pon tak tau lah..silap haribulan mandi wajib pun tak reti..dalilnya dulu dak skolah rendah tanya dia pe benda najis mughalazah pon dia tergagap nak jawab..tu yang banyak buat benda-benda bangang tu.
ReplyDeleteTDM dah buat silap DUA kali dengan perlantikan PM.
ReplyDeleteJadi kalaupun berlaku penukaran, TDM baik jangan masuk campur sebab kamu bukan bijak sangat....Kan!
Kamu yang paling bijak ke?Siapa kamu?Kebodohan sentiasa memusuhi kebijaksanaan.
DeletePsloi betul pegawai akhbar nsjib.dia
ReplyDeletehanya layak kutip surat khabat lama.
menteri2 pembodek najib dah bisu
'Regim "Rasuah Didahulukan Penyamun Diutamakan". lol..
ReplyDeleteAku rasa ini jawapan Tun M : Mana-mana pemimpin dalam Umno sekarang layak jadi PM dan TPM asalkan bukan Najib ( ABN).
ReplyDeleteYg cakap Tun nak lantik Anaknya jadi pm itu adalah anjing2 kurap bodoh tak tahu perlembagaan n politik negara yg anjing2 n pemakan dedak ni tahu cakap saja tak pakai otak anjing2 yg gila kuasa memang macam tu
ReplyDeleteYg cakap Tun nak lantik Anaknya jadi pm itu adalah anjing2 kurap bodoh tak tahu perlembagaan n politik negara yg anjing2 n pemakan dedak ni tahu cakap saja tak pakai otak anjing2 yg gila kuasa memang macam tu
ReplyDeletePatah Tumbuh. Hilang berganti.
ReplyDeleteCuma lebih baik atau lebih buruk.
Jika semua pemimpin yang hebat dari Tun Mahathir, Anwar Ibrahim hingga yang paling tak berguna Hj Hadi, Ku Li naik kapal laut yang sama hilang kapal laut tersebut tanpa dikesan, percayalah ada yang jadi Penganti mereka.
Tahu lah yang tinggal di darat untuk meneruskan hal-hal negara.
Sesiapa pun yang menganti Najib adalah lebih baik dari sekelian pemimpin UMNO. Kali ini bukan ikut selera Tun Mahathir atau ikut tradisi UMNO atau ikut cai PAS... tetapi ikut kehendak rakyat.
Berani test letak nama Anwar Ibrahim dan lihat respond rakyat, jika ada berani.
Trengganu?? apa citer ??? Ahmad Said dh mengamuk. Sulatn mengamok kt MB ke???
ReplyDeleteBagus utk memeningkan kepala Rosmah lagi!!!
Tun M is a brilliant person,,dia bukan stupid seperti Najib dan anak anak buahnya,, 5% kepandaian Tun M pun tiada pada diri Najib.
ReplyDeleteNajib hanya pandai menghabiskan wang rakyat dan Negara,,pandai jolli kesini-sana dan pandai ambil hati Rosmah....!!!!!
Apa saja Rosmah nak di pasti bagi sehingga halal dan haram tak dapat dibezakan...... Inilah pemimpin yang boleh membela nasib orang-orang dulu,kini dan selama-lamanya.!!