Tuesday, 5 April 2016

NAJIB, PRODUK PELANCONGAN TERHEBAT DUNIA

Tidak dinafikan bahawa Najib Razak dan skandal 1MDB serta wang RM4,200 juta yang dikaitkan dengannya telah menjadikan Malaysia sebagai perhatian mega di seluruh dunia.

Bukan saja di Malaysia tidak ada Perdana Menteri yang berjaya mendapat perhatian sebegitu sebelum ini, malah di dunia moden juga, Najib telah berjaya meletakkan dirinya dalam kelasnya yang tersendiri yang tidak mampu disaingi oleh sesiapa jua pun.

Sehubungan itu, dalam tulisannya di blognya semalam, Tun Mahathir Mohamad menyenaraikan sekurang-kurangnya 53 organisasi media antarabangsa yang telah memberi liputan tentang Najib yang dikaitkan dengan 1MDB serta wang tunai yang masuk ke akaun peribadinya.

Senarainya adalah seperti berikut:

1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australia Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune
6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine
12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews
16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today
21. ​Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)
26. Bangkok Post
27. ​Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters
31. ​Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch
36. MWC News
37. ​East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent
41. ​NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times
46. Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada
51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times

Tidakkah Najib sebenarnya telah "membanggakan" nama Malaysia ke seluruh dunia dan menjadikan negara kita semakin dikenali?

Tak pasal-pasal publisiti percuma melimpah ruah untuk untuk negara kita? Siapa lagi di dunia ini yang mampu melakukannya selain Najib?

Jika dulu Tun Mahathir telah melakukan pelbagai perkara - daripada bercakap di pelbagai forum antarabangsa, melawat banyak negara, memberi bantuan kemanusiaan dan pelaburan  di sana sini serta pelbagai lagi semata-mata untuk menjadikan Malaysia dikenali dan menjadi sebutan dunia, Najib sebaliknya hanya bermodalkan 1MDB dan  keghairahan terhadap "cash is king" saja telah meletakkan dirinya jauh lebih berjaya.

Dengan popularnya Malaysia kerana Najib itu, harus diakui bahawa beliau adalah "produk pelancongan"  yang paling hebat dan berkesan sekali untuk negara kita.

Sebab itu, Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan merupakan menteri yang paling gembira sekali sekarang ini. (SH 05/04/2016).

37 comments:

  1. Pak Shah, Najib has become INFAMOUS for his arrogant behavior in public office ... dari kamus DBP:

    adj 1. notorious, terkenal: one of the most ~ swindlers of all time, salah seorang penipu yg paling terkenal dr dulu hingga sekarang; 2. scandalous, shocking, dahsyat: an ~ crime, jenayah yg dahsyat.

    ReplyDelete
  2. Manyak hebat maa aa ,semua olang tau Malaysia .

    Itu menteli pelanchongan kelja lagi senang maa aa ,lapat free promosi luar negala .

    I LOVE PM .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apek lu tau ka ,sikit hari nanti ini si najib itu korup punya country boleh angkat dia jadi presiden persatuan negara negara korup. Itu Mugabe dia punya macai,itu Brazil punya presiden najib punya setia-usaha. Satu tahun satu kali dia bikin oscar award kasi siapa champion sapu banyak luit.Ooo...love bloody PM.

      Delete
  3. TERBAIKKKK. HE BREAK WORLD RECORD! BILA AGAKNYA AKN MASUK GUINESS BOOK RECORD?. NEGARAWAN BAPA PELINGKUP MALAYSIA. HANCUSS MALAYSIA DPAT MALAON NI SBG PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Genius Book of World Record ada ka? Memang genius Perdana Menteri Malaysia ni. Memang takleh dinafikan lagi.

      Mintak siapa2 tolong cadangkan dekat menteri pelacugan kita (yg kurang ajar tu) supaya tambahkan satu lagi destinasi - Seri Perdana. Ramai yg teringin nak kira berapa beg Birkin Wanita Pertama kita ada. Berapa pasang kasut, panties, spray rambut dan hmmmm... banyak sangat kalau aku nak senaraikan di sini...

      Delete
  4. Tertinggal satu lagi, "Pulau Pandan Jauh Ketengah Daily".

    Kah..kah..kah.....kira ni rekod kalahkan Guiness!

    ReplyDelete
  5. tapi budget untuk promote malaysia sbg destinasi pelancongan ini amat besar...RM4,200 juta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia ni destinasi pelancungan kecil tetapi destinasi pelencungan cukup besar. Cukup luas terbuka. Daripada utara selatan timur barat duit saja saja.
      Malaysia dah jadi lembah wang ringgit yg bertaburan.
      Di Malaysia kalau buat kerja 3D tak sampai 10 tahun boleh bergelar bilioner.
      Tak payah pi kerja petik buah apple di Australia.

      Delete
    2. Mohd Najib buat 1C saja dah boleh jadi multi-bilioner.
      Coorrrrrruuuuupppppttttttttttt...

      Delete
  6. Kebanyakkan pemimpin diasia tenggara tamak duniawi dengan prinsip "cash is king".Saya ingat masaalah kepimpinan negara-negara asia tengara lain akan dijadikan iktibar rupa2nya 2x5 serupa malah lebih hebat lagi.Mungkin ini suatu evolusi kepimpinan.Evolusi teruk kepada yang lebih hebat teruknya.Ingat suharto ingat marcos ingatkan pada diri sendiri.

    ReplyDelete
  7. Malaysia harus wujudkan universiti rasuah dan penyamun supaya lebih ramai pelajar dan pelancong asing datang pensyarahnya kan ramai gunakan anjing2 belaan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketinggallan zaman cik oiiii...kan dh ada University of Umno. Bashah ckp dia keluar dari situ. Yg graduate situ semua kaki penyamun dan kaki rasuah.

      Kan Ku Li ckp Umno parti rasuah. hidup, minum dan bernafas rasuah. Berapa U penyamun dan kaki rasuah yg u mahu???

      Delete
  8. Generasi kita di 70an dan 80an ketawakan indo, filipines, thailand, burma, kerana sistem pentadbiran mereka yang korup, rakyat mundur, golongan elit kuasai politik dan perniagaan. Kini giliran rakyat mereka ketawakan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dipimpin oleh manusia yang bijak tak boleh ikut, bodoh tak boleh ajar.Penganas alaf baru tidak semestinya menjadi pengebom berani mati atau menculik orang.Penganas tidak semestinya menganas kerana topeng bangsa atau agama.Mungkin penganas baru muncul kerana mempertahankan kuasa ditangan.

      Senarai penganas dikenal pasti :

      1. Penganas agama
      - isis

      2. Penganas bangsa
      - klax klux klan

      3. Penganas politik
      - ?

      Delete
    2. kita dah jd negara pariah

      Delete
  9. pelancongan meningkat sebab mereka kagum dan ingin menyaksikan sendiri 3 juta ahli umno yang boleh di cucuk hidung serentak dan bagaimana segelintir yang makan dedak.

    pesta terbesar, pameran rakyat diperbodohkan dan hidupvdalam ketakutan.

    tetapi objek dan ikon yang setaraf chimpaze, tersangat mereka nak tengok .menteri pelancongan dan mandornya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling di nantikan ialah acara memberi makan dedak.

      Pelancung dah biasa tenguk buaya diberi makan, bagi beruang dan bagi harimau makan.... 'jenis yang makan dedak' kat sini yang belum pernah dia orang tenguk.

      Buat mesyuarat di dalam sungai. Sebab buat dalam sungai ialah dedak akan di hanyutkan.


      Delete
  10. Veteran UMNO & MUBARAK hidup senang lenang. Rezeki melimpah ruah. Harta dunia bertambah tambah.
    Cash is King
    Rakyat makan tak makan itu mereka punya
    Pasal seban mereka malas.
    Semua kerja 3D hak milik pemimpin saja.
    Kalau masuk jail sekali pun dah ada parol.
    Hamba rakyat curi 6 tin ikan sardin kena penjara 2 tahun.
    Lahanat UMNO ni curi bermilion ringgit penjara 6 bulan saja.
    Keluar daripada penjara tetap bergelar jutawan.
    Apa susah?
    Pergi surau buat muka selamba.
    Pakai kepiah putih pakai jubah pegang tasbih.
    Yg penting AKU KAYA..

    ReplyDelete
  11. Apasal Utusan, NST tak de??? Mangkuk hayun yg kerja dgn dua paper ni semuanya hampehh. Penyokong kaki rasuah..haiwan yg dilaknat Allah dan Rasul.

    Semua makhlok dunia perlu dtg kat Msia utk tengok muka Najib dan Rosmah..manusian yg paling korupt dlm sejarah Msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya tak bertelur dan mengharapkan dedak turun dari langit yg kian mendung.

      Delete
  12. Ada satu Najib rosmah,satu dunia cemuh kerenah, jadi pemimpin patut amanah,tapi terburuk dalam sejarah..

    Ada satu Najib rosmah, pasangan negara terlampau mewah, rakyat bertanya endah tak endah,dapat jawatan menteri tak kisah..

    ReplyDelete
  13. Yang buat kerja Mahathir.
    Yang nak jadi PM, Tengku Razaliegh.
    Siapa sebenarnya yang nak selamatkan negara?


    Lepas dapat jadi PM, tersandar di atas kerusi pejabat sambil tersenyum. Macam tak percaya dah tua pun dapat jadi PM.

    Masalah yang Najib buat tidak dapat di selesaikan, tambah masalah baru. Tak reti nak buat kerja. Ke hulu ke hilir tunjuk muka yang dia ialah PM baru.

    Harap sangat dia dengan Zahid kempunan tak dapat jadi PM.

    ReplyDelete
  14. Myanmar Times pun ada !!

    Ada tak di siarkan sekali gambar Ketua Penyamun Bugis dalam akhbar tersebut?

    Jika negara dunia ketiga lain yang buat kerja macam Najib, Amerika dah balun habis-habis. Sebab apa? Sebab mereka bukan Islam. Dunia di perlihatkan keburukan agama Islam yang di muliakan oleh umat Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun terperasan myanmar times tu
      kalau dah myanmar pun boleh look down on mesia maknanya najib ni dah terlajak teruk

      Delete
  15. Akhbar-Akhbar dan TV-TV di negara kita semuanya dikerasi bukan demokrasi. Semuanya tak berani kerana takut dipancung habis-habisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan hang.kalau demokrasi semua media bebas, mana yang terlajak bohong bolehlah kenakan saman tapi di kangkungland amalan dikerasi , takut tak dapat saman pada hari selasa maka media-media yang tak makan dedak telah disekat dan dikerasi dengan undang2 dan ayam itik umngok.

      Delete
  16. Tersenyum membaca tajuk ini.....hai Najib,Najib,suruh undur tak mau (takut didakwa lah tu,sebab banyak sangat bukti yang boleh didakwa)...sekarang nama baik negara dah tetcemar...sampai hati tergamak merosakkan segala penat lelah serta usaha pemimpin dahulu,sehingga rakyat juga terkesan.....undurlah,buat apa lagi jadi Pm,di mana majoriti rakyat sudah tidak mahu Najib sebagai Pm lagi.

    ReplyDelete
  17. Semua orang tahu kenapa segala macam cukai dihapuskan di Sarawak skrng ni?
    Sebab najib nak BN menang besarrrr

    Kenapa cukai yg sama tidak dihapuskan di semenanjung ni?
    Apa beza rakyat Sarawak dan Sabah dan semenanjung?
    Bukankah kami pun sama2 rakyat Malaysia juga.
    Kenapa Pan Borneo highway tak dikenakan tol?
    Kenapa highway di semenanjung masih dikenakan tol?
    Yang buka cerita skandal rasuah 1 MDB najib ni adalah media yg berpusat di Sarawak bukan media2 Semenanjung

    ReplyDelete
  18. Macam beruk dapat bunga..begitulah komen2 bangkai busuk bernyawa..teruskankan tuduhan2 karut..macam tak siuman lagi puak2 rejim pembangkai ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruk dapat bunga???...patutlah dapat pendedahan media diseluruh dunia.

      Delete
    2. Bukan 2 dan bukan 3.
      Bukan 10, Bukan 20.

      Tetapi 53 !!!!

      Delete
  19. Kalu pentadbiran najib nak saman... Kena saman semua media diatas... Byk selasa diperlukan

    ReplyDelete
  20. AGENSI ANTARABANGSA YANG MENYIASAT KES 1MDB

    1. LUXEMBOURG ​: Public Prosecutor’s Office, Luxembourg
    2.SWITZERLAND ​: Swiss Attorney General’s Office
    3.SINGAPORE ​ : Singapore Police Commercial Affairs Department
    4.​ Monetary Authority of Singapore
    5.USA : U.S. Department of Justice
    6.Federal Bureau of Investigation
    7.HONG KONG ​ : Hong Kong Police
    8.UNITED KINGDOM : Serious Fraud Office
    9.UNITED ARAB EMIRATES : The UAE authorities have issued travel bans and frozen the assets of Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny two top executives of the Abu Dhabi sovereign wealth fund closely linked to the 1MDB.
    10.FRANCE​ : French national prosecutor’s office (in relation to the purchase of two submarines)

    Police Msia bawah Khalid tweet asyik siasat pembangkang yg condemn Najib. Kes kecurian 1MDB tak nampak hasil siasatan.
    Khalid Tweet juga bolih jadi produk pelancongan utk agensi2 luar menimba ilmu bagaimana dpat gaji tak perlu siasat kes2 berat.

    ReplyDelete
  21. PDRM kini musuh rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu cakap Pelindung Demokrasi Rakyat Malaysia. Sudah tukar ka?

      Delete
    2. lama tak dengar komen para prof. spt R Adam,Atory,hero film tamil mantan Uitm jangan mare..pakailah otak masa balun khalid mb selamgor

      Delete