Antara cadangan PAC dalam laporan yang dibentangkannya di Parlimen Khamis lalu ialah agar bekas CEO, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pengurusan lain dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB disiasat oleh agensi-agensi penguatkuasa dalam negara ini.
Siasatan itu ialah atas beberapa kelemahan pengurusan dan kekangan-kekangan yang dikesan dalam 1MDB di mana mereka perlu mengambil tanggungjawab daripadanya.
Tetapi, sehingga ini siapa yang sudah memberi reaksi positif mengenai siasatan itu?
Najib diam, menteri-menteri diam dan semua yang lain juga diam?
Polis, SPRM, Bank Negara dan yang lain-lain juga, mengapa masih mendiamkan diri?
Terutamanya Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, jka dalam hal-hal lain kelihatan begitu pantas memberikan reaksinya, tetapi mengapa dalam hal 1MDN ini masih tidak berbunyi apa-apa?
Hanya Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang yang ada memberi reaksi mahukan siasatan dijalankan segera terhadap Shahrol Azral, tetapi malangnya suara beliau juga tidak disambut oleh sesiapa.
Kenapa hanya Zahid yang tampil dengan reaksi positifnya, manakala yang lain semuanya diam belaka?
Sementara Najib dan yang lain-lain seolah-olah cuba mengabaikan saranan penyiasatan oleh PAC itu, kenapa pula hanya Zahid Hamidi yang begitu pantas mahukan Shahrol Azral segera disiasat?
Najib pula, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap 1MDB, bukan saja tidak menyebut langsung mengenai saranan PAC mengenai siasatan itu, malah lebih ghairah untuk membersihkan dirinya sendiri tentang jumlah hutang RM42 bilion dan mengambil kesempatan untuk membidas Tun Mahathir Mohamad.
Bukankah sebagai pihak yang paling bertanggungjawab terhadap 1MDB, beliau sepatutnya segera menyambut saranan PAC mengenai siasatan tersebut?
Apakah yang ditakuti oleh mereka ini untuk memberi reaksi positif dan mengalu-alukan agar siasatan segera dijalankan?
Adakah kerana bimbang jika siasatan akan dimulakan, lebih banyak lagi perkara-perkara lain terbongkar akhirnya?
Atau mungkinkah yang paling dibimbangi ialah Artikel 117 M & A 1MDB yang antara lain menyebut, "kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri adalah diperlukan bagi sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia. Atas tujuan ini, penentuan maksud kepentingan negara, keselamatan negara dan polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia hendaklah dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia."
Dalam hal ini, meskipun laporan PAC tidak menuding jari secara langsung kepada Najib dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri, bukan oleh Lembaga Pengarah, CEO atau sebagainya.
Sehingga hari ini pun Najib masih lagi berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi yang boleh meyakinkan rakyat mengenai penyiasatan yang dicadangkan oleh PAC itu.
Mengapa itu berlaku? Bukankah berbanding membidas Tun Mahathir mengenai jumlah hutang, menyokong penyiasatan dan mencari kebenaran adalah jauh lebih penting?
Adakah berdiam dirinya banyak pihak, termasuk Najib sendiri dalam aspek penyiasatan itu merupakan tanda-tanda awal cadangan PAC itu bakal tidak disambut dan terbiar berlalu begitu saja? (SH 09/04/2016).
Pemimpin pas, pemimpin pan dan pemimpin pkr pun dah makan dedak ke? Ajak la rakyat pi buat laporan polis dan sprm. Pegawai sprm kata mereka tunggu laporan baru siasat. Pemimpin pas dah ada jawatan dalam kerajaan sekarang, mungkin kurang minat. Pkr dok tengah raih simpati untuk rafizi. Samm dok syok kejar tdm. So laporan pac ni untuk dibaca atau untuk tindakan susulan. Pemimpin politik lebih mahir jaga perut sendiri.
ReplyDeleteSesiapa yang menipu rakyat adalah besar punya haram jadah. Pandi oink oink
DeleteDah ramai sangat binatang kat parlimen, bila nak kena sembelih eh ? Tak sabar rasanya....
DeleteNajib wajib ditangkap, direman, dilokap, disiasat dan didakwa di mahkamah. Berasaskan peruntukan yang sedia ada selaku PM, Menteri Kewangan, Pengasas, Pengerusi malah Penasihat 1MDB, tidak ada sebab munasabah utk membiar dan melepaskan Najib Razak begitu saja tanpa apa2 tindakan. Keseluruhan rakyat Malaysia perlu bangun perbetulkan keadaan kerana institusi dan jentera yang sepatutnya menegakkan undang undang dan keadilan telah lumpuh sama sekali dan wewenangnya diperkosa oleh regim korup Najib Razak. Kehilangan berbilion wang 1MDB yang juga wang negara serta tergadainya aset penting negara disebabkan penyelewengan mega ini adalah dibawah tanggung jawab Najib Razak. Rakyat perlu tekad u tuk menjatuhkan Najib Razak dan mengheretnua ke muka pengadilan yang lebih diyakini dan dipercayai majoriti rakyat negara ini
ReplyDeleteNajib dan rosmah bonding together..
DeleteKemudian semua anak2 dia yg terlibat dlm salah guna wang rakyat..
Kalau mereka semua nie nk diletakkan dlm kandang panda pun sesuai jugak..
Semua rakyat Malaysia boleh tgk hari2..
Kemudian disusuli oleh menteri2 yg lain..
Budin,
ReplyDeleteSejak hari khamis sampai waktu ini kuncu kuncu najib masih melompat macam kera kena belacan mengatakan najib bersih dari salah laku 1MDB , mereka memetik kata kata YB Tan seng giaw dan kenyataan ini diulang malah dibuat pamplet imej dan hantar dalam wassapp ,sebenatnya YB Tan cuma beritahu yang najib setakat ini tidak dilihat terlibat secara langsung tapi ,secara tidak langsung mungkin besar kemungkinan terlibat .
Saya puji arahan ketua Audit negara kerana beliau bijak dimana arahan auditer untuk siasat semua pengurusan 1MDB dan bekas CEO tampa menyebut pengerusi penasihat kerana lebih baik siasatan dimula dari bawah dan naik keatas kalau dari atas mungkin ada yang kena bunuh atau dipecat maka terbantut lagi ,dalam laporan itu juga dinyatakan masih banyak akaun 1MDB tidak diserah untuk disiasat terutama transaksi luar negara.Jadi pada kuncu kuncu najib jangan la gumbira sangat.
Mungkin ada orang akan dikambing hitam ,tapi kebenaran akan muncul juga akhirnya ,jadi drama masih panjang dan banyak penyelewengan akan muncul dan yang paling menarik apabila siasatan luar negara sudah menemukan struktur kes 1MDB ini secara muktamat apabila ramai orang orang yang terlibat diluar negara ditahan dan disoal siasat ,tak kan mereka tak boleh cerita yang sebenar benarnya demi untuk selamatkan diri mereka juga jadi pada Najib saya nasihatkan hentikan sandiwara, sebagai orang islam mula belajar menerima hakikat sebenarnya iaitu ada masa kita diatas ada masa kita kena bersara juga ,kita tak boleh lari dari kebenaran dan harta dunia menimbung banyak mana pun tak guna kalau hidup dilingkungi keresahan dan tiada ketenteraman kerana tiada barakah.
Bod*hnya,Melayu memang mudah lupa tambah bila jadi pengikut Mahzalim.Bukan ke dari awal pun PM Najib dah kata tidak akan melindungi sebarang salah laku jika ianya di dapati di lakukan oleh mana-mana pihak hasil dari siasatan tersebut ?.Saya berharaap utk menjadi pengikut Mahathir ,tapi kewibawaan penyokong beliau dalam mengemukan hujah sangat lemah dan tidak berfakta kukuh.
ReplyDeleteKo lupa najib kata duit 2.6B takde dlm acc dia..tp apa jd? Masih percaya ckp najib? Melayu jenis ko ni yg paling bodoh.
DeleteNi pukimak punya komen...11.58 laknatullah babi haramjadah bangang nak mampus....dasar sial. Sikit2 Tun. Bahalol punya komen..anjing makan Dedak pulak dah?
DeleteMemang lah Najib tidak akan melindungi mana-mana pihak sebab mana-mana pihak itu ialah orang lain tidak termasuk Najib sendiri dan Rosmah.
DeleteSaya yakin dengan kata-kata Najib. Sekiranya adik nya Nazir sendiri yang terlibat, Najib tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadapnya. Kerana orang yang terdesak dan tersepit macam Najib sanggup buat apa sahaja.
Yang sepatutnya Najib lah yang lebih tegas suruh siasat dan menegur KPN dan SPRM kerana tidak soal-siasat pegawai-pegawai 1MDB tersebut.
Jadi Anon 11 58 kena jelaskan kenapa pulak Zahid yang minta dikena kan siasatan ? Kalau ini bukan melindungi pihak tertentu, makna nya ia nya sendiwara yang dibawa oleh pemimpin UMNO.
Hasil siasatan ialah Lembaga Pengarah bertanggungjawab dan perlu di kenakan siasatan. Semua orang tahu melainkan si bebal kemana arah nya siasatan tersebut akan menjurus akhirnya ?
Nota Terbuka Kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong:
ReplyDeleteAmpun Tuanku!
Patik ingin memohon perkenan Tuanku agar demi rakyat jelata dan kedaulatan negara tercinta ini,segerakan penukaran KPN dan Peguam Negara.Mereka berdua ini telah dimatikan fungsinya oleh PM.Lantas, Kedaulatan Undang-Undang mereka atasi sehingga memudaratkan keseluruhan Rukun Negara itu sendiri.Pentadbiran Perdana Menteri sekarang adalah satu resipi kehancuran yang boleh meruntuhkan negara Malaysia.
Sembah Patik Harap DiAmpun.
tuan..maaf cakap..nak harap agong dan raja2 melayu. mati hidup balik pun. mereka buat pekak aje. sebab mereka dah senang tak mcm kita rakyat yg susah....
DeleteMalayan Union yg akan membuat melayu merempat dinegara sendiri pun sultan2 dan Raja2 Melayu sign, ini kan pula Najib rembat duit rakyat berbilion RM.
DeleteJangan mengigau disiang hari....lebih baik usaha menjatuhkan Najib dibuat olih rakyat.
Betul kata saudara.
DeleteKita rakyat kena usaha sendiri.
Jangan harap pertolongan dari pihak lain.
PRU akan datang tolonglah beringat.
Najib patut bertangungjawap atas segala masaalah yang melanda 1MDB.Najib patut letak jawatan kerana terbabit banyak scandal dan menjatuhkan maruah negara.
ReplyDeleteMahathir patut bertanggung jawat terhadap masalah yg menimpa Proton,barulah betul.
DeleteYke anon 1255..??!! Brite hangat ni..!!tp sayang ny 1mdb syarikat yg paling terok smpai satu dunia tau apa cita nih.dan lg seeloknya WSJ atau national geographic buat dokumentari pasal 'DEDAKIAN'..
DeleteKau lah orang yang tak berakal.
DeleteJika kau adalah Najib atau Nazri atau Annuar Musa, dan cabar Mahatahir bertanggungjawab ke atas Proton, rasanya tidak jadi masalah pada Mahathir walaupun Mahathir tahu dia ada buat kesilapan besar.
Mengapa UMNO tak berani buat lapura macam Khairudin yang buat lapuran 1MDB ?
Ini menunjukkan otak kau penuh dengan dedak gred D.
Anon 1255.tun dah letak jawatan.
DeleteTapi penyamun yang sorg lg tu masih lg bertahan.
Anon 1255...proton banyak masalah? Ye ke?
DeleteOk lah, mahadhir bertangungjawap dah dah letak pun jawatan.
Kata oramg melayu,Najib je yang tak faham bahasa.
"In law a man is guilty when he violates the rights of others. In ethics he is guilty if he only thinks of doing so."
ReplyDelete- Immanuel Kant
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil lah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Maidah: 8)
DeleteTak guna bro sebab ramai org sekarang bertuhankan wang ringgit, kuasa dan pangkat. Kerana wang tergamak tempah tiket neraka awal2. Tak perlu keluarkan firman Allah. Bukan mereka tak tahu pun, cuma saja buat-buat tak tahu. Yg pengang jawatan tinggi uruskan soal2 kebajikan Islam pun rumahnya macam istana besarnya. Jauh sekali nampak zuhud. Tapi kalau bercakap kalah malaikat. Tuhan mereka ni semua ialah Dollar dan RM.
DeleteBangsa Melayu mudah lupa,mudah disogok oleh habuan dunia (duit),bangsa yg penuh hasad -dengki,fitnah sesama sendiri,adu domba ,bangsa yg berpegang dengan sentimen kenegerian (pahamam asobiyah) itulah kenyataannya (sama ada dari Umno/Pas perangai lebih kurang sama),ada yg sanggup mengkhianati sahabat/kawan asal hajat tercapai ,sanggup berbunuhan demi untuk kuasa, pangkat & Harta. Bangsa melayu akan berubah jika Agama ISLAM di amalkan dalam kehidupan keluarga, masyarakat seterusnya negara,hanya Penerapan Islam menyeluruh yg dapat mengubah nasib Bangsa Melayu menjadi bangsa yg berwibawa.Selagi dalam diri(pemimpin)tiada rasa takut dengan Ancaman ALLAH tentang hari pembalasan, jangan mimpilah Melayu akan jadi bangsa yg dihormati dan disegani?Sekarang Allah menguji bangsa Melayu( yg beragama Islam) dengan berbagai-bagai Kes yang berlaku (dalam Negara), dari sebesar-besar Kes sampailah sekecil-kecil kes, Allah suruh bangsa Melayu berfikir? Kerosakan yg berlaku di Malaysia ini disebabkan tangan-tangan kamu (manusia) itu sendiri. "Allah telah memberi peringatan "Apabila Amanah (kepimpinan)di beri kepada mereka yang bukan ahli" tunggulah saat-saat kehancuran pasti akan tiba".kita tunggu PRU akan datang adakah bangsa Melayu (dari Pas,Umno,) boleh berubah? Atau Allah akan menggantikan bangsa yg lain untuk mentadbir Malaysia? Rakyat bawahan (khususnya bangsa melayu) bertambah pelik dengan sikap Parti Islam (PAS)yg terus bermusuh dengan saudàra islam sendiri(pemimpin Amanah)tetapi dlm masa yg sama menyokong PM yg terang-terangan melakukan pengkhianatan ke atas Negara Malaysia&Rakyat.Apalagi yg kami rakyat harapkan dari mereka (PAS/Umno) ini semua? niat mereka jadi pemimpin hanyalah satu rebut kuasa&pangkat, kumpul seberapa banyak harta selagi belum Mati.Rakyat pada mereka hanyalah pelepas lelah ketika sesak nafas sahaja.Bak kata orang melayu kubur masing-masing......
ReplyDeleteGerombolan PAU (PAS AND UMNO) memang sedang memperbodohkan rakyat melayu/islam khususnya dengan konsep/wala' kpd ketua/presden walaupun mereka bercakap bohong, putarbelit dan memperbodohkan pengikut masing masing.
DeleteCash Is King!!!
Masyarakat melayu mula di rosakkan berpuluh tahun dulu bila PAS sejak Yusuf Rawa hingga ke Hadi dibiarkan mengkafirkan melayu sesama Islam... Sampai pecah belah dahsyat. Kafirlah diorang sebenar!
DeleteMaana letak akidah orang Islam dalam negara ini sekaang? Kita asyik dibuai dengan kata-kata manis álim ulama (yang buta mata dan hati) sedangkan kemungkaran berleluasa dilakukan para pemimpin. Semua sebab mahu jaga periuk nasi.....hukum hakam tolak tepi!
DeleteAgung sebenarnya najib
ReplyDeleteInilah iblis dan dajal moden...najib rosmah..laknat..
ReplyDeletesendiri bikin sendiri larang siasat.
ReplyDeleteIni bukan PAC ini FUCk..
ReplyDeleteInilah bukti kerajaan hantu. Apa pun cara kita cuba betulkan digagalkan oleh hantu dan puaka yang berpusat pada ketua suku ie. Najib dan Rosmah. Maunya rakyat beramai-ramai kepung kediaman Najib dan pulau semua acara BN!
ReplyDelete11.58..kalau nak sebut mahazalim, dalam Malaysia ni tak boleh lawan najiblah.mahazalim pada harta negara, mahazalim pada amanah rakyat, mahazalim pada perlanggaran undang2 negara,mahazalim pada rakyat yg bersuara,mahazalim pada SPRM, Bank negara, mahazalim pada ahli2 umno yg tidak bersekongkol dgnnya.mahazalim itulah dia..NAJIB! Ada faham?
ReplyDelete12.55..kenapa pulak Tun kau salahkan mengenai Proton? Salahkanlah Najib dan kuncu2nya yg memburuk2an Proton.Proton dan Tun Mahathir terlalu byk jasa dan sumbangannya pada rakyat dan negara. 1MDB? Langit dgn bumi berbandingannya. Dalam keluarga, suku sakat kau pun berlambak guna kereta Proton.tak tahulah kalau kau dan seluruh suku sakat kau dapat manfaat dari 1MDB! Proton berjasa kpd rakyat Malaysia dan produknya diguna pakai oleh rakyat malaysia dan rakyat negara asing. Dizaman Tun negara dihormati oleh dunia luar.1MDB pulak diguna pakai oleh najib sendiri, di laknat rakyat Malaysia, dicemuh oleh rakyat dan negara2 asing. Itu pun kau tak nampak mana pemimpin yg lebih berwibawa? Kesian kau ni..
Ada satu mahazalim, pakat dgn PAS nampak alim,keluar negara tak Kira iklim, shopping sakan tak Kira musim..
ReplyDeleteAda satu mahazalim, bersama isteri makan angin, main golf sama pemimpin, rakyat banjir balik tak mungkin..
Najib dan anak-anak buahnya mengangap seluruh rakyat Malaysia itu Goblok dan senang di simpan dalam kocek...!!! Jangan banyak cakap dan banyak nak korek korek hal pemerintah,,apa kami cakap jangan membantah dan harus patuh dan setia kepada PM....!!!! Faham semua
ReplyDeleteMereka mereka ni sebab mereka dah tahu akan kebenarannya berdasarkan maklumat berita luar negara dan mereka mereka sekarang sedang berkira kira dgn pandangan dan pendapatan yg berkecelaruan secara berbelah bagi...silap congkak makan diri dan memalukan keluarga sendiri ataupun baru terlopong mulut bila dah tahu duit dedak yg ditabur ke akaun mereka hasil duit haram....Maklum lah perut dan tembolok dah berat dgn duit haram dah jadi darah daging dan paling malang bila tahu yg PM mereka ni bakal di heret ke PENGGADILAN DUNIA...Nak muntah balik dah jadi tahi dah...nak SAMAK pula ULAMAK PAS dah mula tahu nak baca ayat ayat suci sebab kayu sugi hasil dari duit sedekah yg berkumungkinan HARAM..so baik duduk diam depan cermin tengok muka belajau buat mimik mulut bila ada wartawan tanya dan hafal ayat " i no komen"..." You ingat i siapa?" sebelum pakai gelang tangan murah yg tidak di derma hasil PM tapi hasil sokongan RAKYAT MALAYSIA yg dah MELUAT TENGOK MUKA NAJIB ni.
ReplyDeleteKeadilan akan terlaksana bila apa2 kes atau permasaalahan dibicarakan dimahkamah.Selagi tidak dibicarakan dimahkamah selagi itulah keadilan tidak terlaksana.
ReplyDeletePRU...lambatnya datang...beribu lubang kubur dah digali untuk Umno/BN...
ReplyDeletetlgla rakyat malaysia jgn fitnah najib jika tiada bukti..najib sebenarny ikhlas dlm mentadbir negara.pac ckp tiada bukti.mungkin media asing nk kucar kacirkn pemerintahan malaysia.diada adakn mcm2 cerita yg tidak sahih.jika sahih tentu sprm,pdrm n pac akan mengambil tindakan sepenuhny.dunia sedang menekan ekonomi malaysia.Harap rakyat malaysia tenang.Terima kasih
ReplyDeleteSoalan penting;
ReplyDeletekenapa pula HANYA Zahid Hamidi yang begitu pantas mahukan Shahrol Azral segera disiasat?
Soalan lbih penting;
kenapa pula Zahid Hamidi yang begitu pantas mahukan HANYA Shahrol Azral segera disiasat?
kes ni akan sama dgn kes atantuya..wayang yg mengkambing hitam lg pekat melekat..shahrol akn menutup segala lubang n dpt melengahkn kes.pasti berlarutan smpai pru depan
DeleteIni semuanya wayang dan drama yg mana syitan2 yg terlibat dah kayaraya senyum saja melihat kebodohan rakyst malaysia yg dok tuduh menuduh satu sama lain maka syitan itu bermaharajalela dengan duit yg dapat percuma tu itu lahdia malaysia negara islam yg jebat
ReplyDeleteIni semuanya wayang dan drama yg mana syitan2 yg terlibat dah kayaraya senyum saja melihat kebodohan rakyst malaysia yg dok tuduh menuduh satu sama lain maka syitan itu bermaharajalela dengan duit yg dapat percuma tu itu lahdia malaysia negara islam yg jebat
ReplyDeleteAssalam Bro,apa yang dikatakan oleh TSMY selamam ini adalah benar.Aku tetap sokong TSMY dan TM
ReplyDeleteMuko dio pun dah mcm jin dah aku nengok bagan datoh ni....mcm genghis khan dah kening dio ni...tu yang najib bitin tu....hahahhahahahahah
ReplyDelete