Sunday, 10 April 2016

1,000 JE....

Semalam, Pas mengadakan perhimpunan awam membantah Dual Language Programme atau DLP di Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Dilaporkan hanya hampir 1,000 orang yang menyertai perhimpunan aman tersebut.

Ehhh...1,000 saja?

Minggu lalu pula, sempena setahun perlaksanaan cukai GST, Pakatan Harapan telah mengadakan perhimpunan anti GST di Dataran Merdeka. 

Ramai yang menyebut kehadirannya ialah antara 2,000 hingga 3,000, tetapi Rafizi Ramli menjangkakan jumlah mencecah 5,000 orang.

Namun ketika itu, Pas mendabik dada mengatakan kehadiran yang rendah dalam demo anti GST itu ialah disebabkan mereka tidak menyertainya.
Kata Tuan Ibrahim Tuan Man, kehadiran yang rendah itu membuktikan Pas adalah kuat. 

Kalau Pas menyertainya, jumlah kehadiran lebih besar, kata beliau.

Tapi apa sudah jadi dengan perhimpunan anti DLP semalam?

Jika benar-benar kuat, kenapa 1,000 je?  Kenapa tidak 10,000 atau 20,000?

Tidakkah ini bermakna, jika pun Pas terlibat dalam perhimpunan anti GST minggu lalu, pertambahan kehadiran yang akan berlaku pun hanya 1,000 juga?

Adakah mungkin bertambah 10,000 atau 20,000 jika Pas menyertai perhimpunan anti GST minggu lalu?

Mungkinkah kemerosotan semangat berdemo ini antara bahana yang dialami oleh Pas kerana terlalu ingin "cium mulut" dengan Najib Razak? (SH 10/04/2016).

35 comments:

  1. Pemimpin Pas bukan cium mulutlah..mereka dh jadi arse-licker Najib.

    Tuan Brahim pun dh bengong. Ckp melalut. Kalau PAS telah menang 70 kerusi MP ke, ckp besar ada maana lahhhh. Ni ketidakhadiran Pas pd demo GST, dia nak mendabik dada. Betul2 lebai bengong. Aku agak, dia ni ok sikit kalau dibangingkan dgn Hadi, Abodoh, amr. Tontowi dll. 'Bird of the same feathers' rupanya..

    Dual language pun nk demo???? Patut kerajaan galakkan bukan dual tapi triple atau quadraple language kalau anak2/murid2 mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pru 14 nanti aku cukup yakin pas tak akan menang 1 kerusi pun.
      Sebab pas ni cakap tak serupa bikin.
      Zaman nabi dulu mana ada para sahabat yg berniaga pil kuda atau pil unta atau pil taik kambing. Dhob pun tidak.
      Dalam harakah tu usahawan pas bergantung hidup dgn berniaga pil ubat kuat saja. Tak padan dgn perut buncit asyik nak menutuh saja.

      Delete
    2. Gila punya lebai. Apa ada setakat bantah bawak pokok.
      Lebih baik main masak2 mcm budak2 di kampong dulu

      Delete
    3. PRU akan datang kita tak ada pilihan.....kena pangkah PKR sebab PAS dah lebih kurang UMNO jer.

      Delete
    4. nabi suruh kita hormat dan sayang ulamak,sebab ulamak itu pewaris nabi,adakah ulamak2 sekarang ini ada ciri2 [pewaris nabi....tuduh org pil kuda,tapi nayata fitnah,.maki org barua.,anjing,kafir,munafik,sesat dan mcm2 lagi....ada kah nabi muhamad bersikap[ mcm tu....klu takde ciri2 nabi pada diri ulamak2 mcm tu,patutkah kita iktiraf mereka itu pewaris nabi.klu setakat pi azhar dapat ilmu,lepas tu jadi syaitan yg berjubah dan berseban,golongan2 orientalis tu lebih tinggi ilmu mereka tentang islam,tapi mereka itu kafir,cuma ulamak2 syaitan yg berjubah dan berserban ini takut dgn gelaran kafir itu,maka mereka masih mengaku yg mereka masih beriman,padahal mereka ini le yg paling banyak menyesatkan org2 is;lam,tak caysa ker.....cuba kaji....ajaran2 yg sesat2 itu klu bukan ulamak2 yg mengasaskan nya...agak2 org jahil klu jadi pengasas ajaran sesat itu,berapa ramai kah pengikut2nya....yg mampu mengumpulkan sampai berjuta2 pengikut ni ialah ulamak yg sesat....yg sesetengahnya m,enmgaji di mekah sampai berpuloh2 tahun tapi menyesatkan....fikir2kan leeee

      Delete
  2. Triple language laaaa...satu BM, satu ganu, satu kelate....baru PAS sokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhimpunan lebai lebai malang. Di dalam dunia ni mereka sajalah islam. Mereka sajalah yg betul. Mereka sajalah yg akan masuk syurga pas.
      Syurga pas ada kat chow kit tu namanya Syurga Belakang Mati.

      Delete
  3. Bila Haji Haron Din, Haji Abd Hadi Awang dan ahli Majlis Ulama kerap cium pipi dengan Mohd Najib Abd Razak inilah hasilnya. Mereka terjangkit sindrom Bodoh Sombong, Penafian, Hasad dan Tamak. Mahu bertanding dalam pilihanraya, mahu jadi wakil rakyat, mahu duduk dalam Dewan Rakyat, mahu jawatan tetapi tidak mahu perintah. Hanya mahu jadi penasihat. Apakah?

    Penasihat tempatnya Mursalla, Pejabat Kadi, Jabatan Agama Negeri atau mahu gah dan mewah lagi, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam/JAKIM. Tak perlu bertanding pilihanraya, bertegang urut bertelanjang kain dengan PAN/PKR/DAP untuk jadi Menteri Penasihat. Boleh masuk pintu belakang, dan bermeriah di Dewan Negara sebagai Senator. Syaratnya, lagi kerap cium pipi lagi tinggi peluang dan lagi banyak jawatan untuk direbut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok alim pas dok bersila bawah pokok saja ker?
      Kesian tak mampu nak tempah dewan.

      Delete
    2. Minum pun air tasek jer lah..

      Delete
    3. Apa nak buat. Tak ada bajet. Dok bawah pokok jer lah.

      Delete

    4. Itu bukan demo. Itu berkelah hujung minggu dengan keluarga.

      Dalam bonet siap tikar dan mee hoon karipap...

      Delete
  4. Rakyat skrg silent vote... mgkin smngat demo xsegah zaman Anwar kerana karisma yg ad pd Anwar telah berjaya menarik puluhan ribu berdemo... pas hanya tumpang semangkuk kat situ..konon mereka kuat...hakikatnya selepas pemergian arwah TG Nik Aziz, pas di bawah Hadi kelihatan sngat lemah & xberwibawa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... rakyat silent votes cukup bagus. Ini yg UMNO BN nak. Duduk diam2.. undi adalah rahsia.

      Biar SPR susun strategi. Walaupun dgn gaji minimum sekalipun, jentera SPR adalah aset bermakna utk UMNO BN.

      Tambah2 dgn keadaan skrg, PH lintang pukang, PASIK jadi blok ketiga, UMNO BN lagi x sabar2 nak buat PRU. Gerenti majoriti mudah dah tentu.

      Cuma pujuk hati rakyat dgn 90-100 kerusi pembangkang ja, dah cun dah tu.

      Rakyat dpt habuk dedak dan bayar GST pun jadila.. cakap bodoh pun alhamdulillah..

      Delete
  5. Sebenarnya parti ini pun dah sampai kepenghujung hayatnya sejak pemimpinnya celaru dan bercumbu dgn umno lepas pru14 ini kelantan akan hanyut itulah dia disebabkan oleh ketamakan dan kesombongan pemimpin yg tidak ada pendirian

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya parti ini pun dah sampai kepenghujung hayatnya sejak pemimpinnya celaru dan bercumbu dgn umno lepas pru14 ini kelantan akan hanyut itulah dia disebabkan oleh ketamakan dan kesombongan pemimpin yg tidak ada pendirian

    ReplyDelete
  7. PAS mungkin dapat mempertahan kerusi yg mereka ada sekarang sekirannya mereka ada kerjasama dgn umno yakni umno tarik diri dari berlawan dgn PAS bg kerusi yg PAS telah menang. Kalau 3 penjuru PAS, BN dan PH pastinya BN ada peluang cerah.

    ReplyDelete
  8. Next election PRU14.
    PAS satu kerusi pun tarak.
    Kalau bantah Najib terima RM50 Bilion.
    Tentu ramai yang datang mungkin 20,000.
    Ini DLP hanya 1,000 sajalah jawabnya.
    Pak Lebai... Pak Lebai... Pak Lebai...
    Dah jadi Pak Lebai Malang...

    ReplyDelete
  9. PAS dah jadi hamPas..langsung ketinggalan dlm membangkitkan isu semasa. Ahlinya dlm PAC bisu..tidak kedengaran bersuara.

    ReplyDelete
  10. PAS dah jadi hamPas..langsung ketinggalan dlm membangkitkan isu semasa. Ahlinya dlm PAC bisu..tidak kedengaran bersuara.

    ReplyDelete
  11. 1,000 kehadiran? Berapa pula kehadiran ahli2 PAS dari jumlah tu? 900? 800? 700? Hanya ratus2 aje yang datang menyahut seruan Timbalan Presideng PAS, TITM yang sombong kununnya PAS kuat tu? Agak2nya berapa buah Bas Perlancongan yang digunakan untuk mengangkut ahli2 PAS untuk pergi makan angin kat KL ni? Atau ahli2 PAS dijanjikan dengan pahala2 "mati syahid" atau pahala umrah 1000 kali? Atau "tiket ekspres ke syurga kerana mendokong ulamak2 (walaupun ulamak2 tu semua perangai sama je macam pemimpin UMNO)"?

    1,000 je yang menyahut seruan ulamak2 tu? Tabung dan tin derma ada gak diedarkan ke? Berapa boleh dapat kalau 1000 je yang datang? 1 billion? 2.6 billion? Atau dapat tanah nilai tinggi pada harga yang murah? Dapat hadiah rumah banglo harga diskaun 50% bawah pasaran? Atau dapat pengecualian cukai kalau buka dana pelaburan strategik yang gagal, rugi dan banyak hutang? Atau dapat tawaran jawatan yang bergaji dan berelaun tinggi duduk bawah kelangkang Najib dan Zahid?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  12. dalam parlimen pn senyap je,wakil rakyat Amanah, Pkr & Dap yg paling lantang berhujah.

    ReplyDelete
  13. Allah maha adil. Keceluparan mulut pimpinan PAS dan keangkuhan mereka berbayar. Malah tidak mustahil kerajaan PAS Kelantan turut akan runtuh tidak lama lagi jika pemimpin PAS berterusan dengan sikap bongkak mereka yang merasa mereka begitu diterima kaum Melayu. PAS lupa dan merasa mereka berpolitik di negara padang padir yang majoriti penduduknya muslim. Pemimpin PAS gagal menjenguk situasi dan menilai perkembangan politik negara jiran Indonesia.

    ReplyDelete
  14. Kurang sebab 99% ahli2 pas yang berjumlah sejuta orang pergi bertugas di PRU DUN Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi ke sana untuk berniaga pil kuda
      Balik sini beli gambir sarawak

      Delete
  15. Kini PAS dah sahih mempunyai lembu-lembu sebagai ahli. Ke sana tidak dan ke sini pun tidak. Ada hati cakap besar pulak tu.

    Kalau berani cuba letak calon bawah PAS sahaja dalam PRU14 nanti dan kita mahu lihat hebat mana pak lebai malang semua ni.

    ReplyDelete
  16. Kalau pas bertanding merebut kerusi adun sarawak aku gerenti pas dapat telur..mutek!!!
    Pasti hilang wang pertaruhan.

    ReplyDelete
  17. Tak susun tin milo ker?

    ReplyDelete
  18. Kalo PAS dengan UMNO Haji Hadi buleh jadi TPM. Orang Isle buleh nikah 4 takyah mintak izin bini tua...isle PAS mudoh :p

    ReplyDelete
  19. Pas siku lutut rasa tak mampu tewaskan gerembolan 2.6 biliong, jadi apa salahnya tumpang sekaki derma biliong-biliong.Kalau jadi payah jadu pembangkang pas rasa ada baiknya jadi penasihat.Elak masaalah dapat lagi habuang.

    ReplyDelete
  20. Kehadiran rendah bukti pas dah monopos.

    ReplyDelete
  21. Kalau nak berpolitik berpolitiklah asalkan jangan memperalatkan agama dan menyesatkan orang lain.

    ReplyDelete
  22. https://youtu.be/Lg3o1UWOuhY

    USTAZ AZHAR IDRUS - orang Islam Umno pun wajib sokong Pas

    ReplyDelete

  23. Kira ramai lah sebab geng Hj Hadi tidak turut serta.

    Lagi pun DLP apa isu nya sangat. Bukan turun pun cukai GST. Tak ada kena mengena dengan pendakwaan dan perundangan negara. Rasuah lagi lah, takut-takut pulak terkait dengan balak.



    ReplyDelete
  24. Kesian ahli ahli Pas yg x bersalah dan tertipu oleh pimpinan yg bercelaru dan harubiru akibat "bercium mulut" dgn pemimpin umno yg mabuk nasikangkang.

    ReplyDelete