Thursday, 3 March 2016

MAHATHIR - ANWAR SUDAH BERGABUNG, LAGI TERTUTUP LALUAN NAJIB NAK LARI...


Tanpa menunggu lebih lama setelah meninggalkan UMNO, Tun Mahathir Mohamad terus mengorak langkahnya dengan membentuk persefahaman dengan parti-parti pembangkang untuk menyingkirkan Najib Razak daripada kerusi Perdana Menteri.

Esok, jam 3.30 petang dan bertempat di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri itu akan mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan seterusnya akan menandatangi deklarasi bersama untuk menuntut pengunduran Najib.
Selain pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan dan beberapa wakil rakyat Pas yang akan turut hadir, yang lebih menarik ialah bila Nurul Izzah Anwar sendiri turut mengadakan sidang akhbar bagi mengalu-alukan program bersama Tun Mahathir itu.

"Ya, esok kami akan mengadakan sidang akhbar bersama Tun Mahathir pada jam 3.30 petang dan ia dilakukan dengan semangat keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut negara.

"Bukan isu dendam, peribadi atau marah, tetapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah yang konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi," tegas anak sulung Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Dengan sedianya Nurul Izzah khususnya dan PKR amnya dalam menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir esok, ia sudah boleh dianggap leburnya permusuhan antara Anwar dan keluarganya dengan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Bermakna Tun Mahathir dan Anwar sekarang sudah "sehati sejiwa" dan "selagu seirama" dalam perjuangan menyingkirkan Najib yang dianggap beban dan  lebih "durjana" kepada negara.

Jika dulu PKR ditubuhkan tidak lain untuk menjatuhkan Tun Mahathir, kini kedua-duanya menampakkan sudah saling bekerjasama menjatuhkan Najib dan menyelamatkan negara serta melupakan luka-luka lama mereka.

Walaupun Anwar kini di dalam penjara, tentunya kesediaan Nurul Izzah dan PKR menjalinkan persefahaman itu sudah pun mendapat restu daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri.

Jika gandingan Tun Mahathir dan Anwar dalam kerajaan dulu pernah dianggap  terbaik untuk negara, tidak mustahil bercantumnya kedua-dua mereka kali ini, gelombang kebangkitan rakyat lebih bergelora untuk terus "memukul" dan "membadai"  Najib.
Lebih dari itu, walaupun keputusan Muhyiddin Yassin untuk terus bersama UMNO, ia juga tidak lagi memberi kelebihan kepada Najib memandangkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menyatakan persetujuan untuk hadir dalam perhimpunan anti Najib pada 27 Mac nanti.

Akhirnya, kalau pun dalam tempoh yang singkat itu Najib tidak berjaya diundurkan, beliau hampir pasti akan terdampar oleh keputusan pengundi dalam PRU 14 nanti berikutan bergabungnya Tun Mahathir dengan Anwar serta apa yang dilakukan oleh Muhyiddin ini. (SH 03/03/2016).

46 comments:

  1. Masa bertindak bermula....moga menjadi sejarah yang paling manis...Dan apapun berlaku, rakyat hendak melihat kejatuhan najib,rosmah bersama kuncu2nya dalam keadaan paling hina....itu harapan kami semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn Ya Allah...Amiinn Ya Allah...Amiinn Ya Allah

      Delete
  2. nak tengok juga apa yg lee hsien loong... obama...pm australia ....dpt membantu gelombang penentangan najib ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri. Jgn harap pada bantuan luar, nanti terhutang body, susah jadinya. Thailand berpuluh2 kali tukar pemimpin, mrk buat sendiri x pakai bantuan luar. Ada paham?

      Delete
  3. Yang paling penting selamatkan negara ini dulu daripada lembah yg paling hina. Maruah anakbangsa sekarang dan akan datang bergantung kepada nama baik dan maruah negara ini.
    Busuk nama negara maka busuklah maruah anakbangsa. Hinanya negara maka hinalah nama anakbangsa.
    Tolong selamatkan negara ini dulu kerana hutang boleh membuatkan negara ini tergadai. Hutang boleh membuatkan negara ini dijajah.

    ReplyDelete
  4. Mahu kah Tun Mahathir bergabung dengan Anwar Ibrahim yang di percayai sebagai seorang peliwat ?

    Selama ini UMNO memang jahat. Tun Mahathir tidak bersalah yang bersalah ialah UMNO.

    Kebenaran akhir nya terbukti ...

    ReplyDelete
  5. Tanpa Pas di sisi, mimpi akan kekal sebagai mimpi. Buang karan.

    Apapun tahniah Zaid Ibrahim bila jadi orng Melayu terakhir menyatukan dua insan yang terpisah lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa berpakat dgn lebai lebai tu.Mereka ni kalau ada kenduri mereka datanglah.
      Kalau tak ada kenduri mereka akan buat U Turn. Hampar serban kat tepi jln minta derma mereka nak lah.
      Kalau tabur dedak menderu deru mereka dtg berebut menggalahkan ayam kampong dan itik serati

      Delete
    2. Episod penyudah penuh syahdu, BersamaMU 27/3. he he

      Delete
    3. Mahathir yang hina Anwar Ibrahim sehina-hinanya... Mahathir juga yang angkat semula Anwar Ibrahim semulia-mulianya.....

      PAS semakin mundur. Hj Hadi sebagai ulamak sepatutnya bersama Anwar Ibrahim dan mempertahankan maruah saudaranya sendiri tetapi ini tidak, Mahathir yang muliakan Anwar Ibrahim.

      Kalau emas tetap emas. Kalau loyang tetap loyang. Emas nilai nya semakin tinggi.

      Delete
  6. umno n bn hanya benteng najib n rosmah. kasi dedak pd mt...ketua bahagian....sayap2 umno...dia ingat dah dapat bertahan.

    wahai ahli2 umno dan ketua2 cawangan... pm n isteri hanyalah biawak hidup..... jangan dipikul 2 orang ini.

    ReplyDelete
  7. Haha.. pakat2 merapu.. ingat senang ka nak terajang Najib..

    Mageran dan Operasi Lalang sedang menunggu.. tangkap saja boh dalam kepala2 masam ni.. selamat la Najib..

    Polis, SPRM, dan seluruh jabatan gomen sedia menganjingkan diri utk Najib.

    Melayu oh Melayu.. spesis kehidupan penuh tahyul.. hanya wujud pahlawan2 tahyul.. tetiba 2016.. mcm jin mata satu.. terjaga dari lena.. tetiba sang penakut segala bacul merancang bangun nak berjuang.. lawak ketahian apakah ini??

    Plan A Plan B Plan C hingga Plan Z. X mungkin Najib berdiam diri. Najib tahu melayu pengecut.. Ahmad Maslan pun org x berani jentik telinga.. malah boo pun x berani.. Raja2 mmg tempat bergantung UMNO..tabur dedak ja.. menderu ja datang segala kerabat..

    Jgn berangan lebih..Haji Hadi pun x berani diboo Melayu.. khuatir akan kena panah petir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Anon 21:06. Ada juga kebenaran hujah2 kamu tuu..

      Ada satu kaum sakti;
      Luar suci dalam benci;
      Hatinya lembut macam roti;
      Walau ditipu berkali-kali.

      Sorong papan tarik papan;
      Buah keranji diatas perahu;
      Suap BRIM mereka makan;
      Suruh bertindak mereka tak mahu.

      ~ Pantun Melayu Negro..

      Delete
  8. Jgn takbur 2106 jangan sampai malaikat yg jentik telinga kau pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa kali Najib boleh memperalatkan SPRM ... Muhyiddin terang-terang tunjukkan bukti, sepatutnya tindakan telah di ambil ke atas Muhyiddin.

      Dulu yang buat kerja ini cuma pembangkang boleh lah reka cipta segala fitnah tapi kali ini bukan seorang tapi ramai orang UMNO yang terlibat. Macamana nak guna operasi lalang...

      Lagi lama Najib diam lagi bagus.

      Delete
  9. Nurul Izzah Anwar menafikan akan mengadakan sidang media bersama Dr Mahathir Mohamad. Sebaliknya beliau menawarkan kesanggupan untuk bekerjasama sekiranya Dr Mahathir bersetuju dengan langkah PKR melakukan reformasi menyeluruh sistem pentadbiran negara. Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah pula menegaskan kerjasama PH - Dr Mahathir, sekiranya berlaku, adalah minimal dan terhad kepada menyelamatkan negara dari kerosakkan berterusan oleh kepimpinan negara sedia ada.

    Dari dahulu saya dan kebanyakkan rakyat Malaysia mengimpikan perdamaian Dr Mahathir Mohamad - Anwar Ibrahim. Dan perdamaian yang membawa kepada kerjasama Dr Mahathir - Anwar adalah kunci kepada pengakhiran kebobrokan dan jenayah pengurusan peringkat tinggi. Ramai mendoakan dan merasakan hanya perdamaian mereka peluang mengembalikan keamanan dan keadilan di Malaysia. Namun adakah ini akan berlaku? Jika bakal berlaku, bagaimana?

    Selamatkan Malaysia mampu berlaku hanya bila kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar perlu merendahkan ego mereka. Malah ia mampu mempercepatkan proses memulihkan negara yang tenat disebabkan kegagalan kepimpinan.

    Antara Dr Mahathir dan Anwar, bekas PM itu lah yang paling besar egonya. Masakan tidak 3 orang timbalannya/pengantinya semua diperanginya.

    Dr Mahathir ternyata salah penilaiannya bahawa Anwar seorang pemimpin yang lemah dan tunduk kepada kuasa asing serta rendah moral dan buruk pekertinya. Penganti-penganti beliau Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abd Razak yang disanjung dan diangkatnya ke kedudukan mereka membuktikan mereka lebih lemah dan buruk dari Anwar, mereka bukan hanya gagal secara peribadi malah gagal memimpin Malaysia menjadi negara yang lebih baik.

    Dr Mahathir juga ternyata salah dalam perhitungannya menjatuhkan Anwar melalui konspirasi pembunuhan karektor. Konspirasi 'agung' itu gagal mematikan karisma, pengaruh dan sokongan terhadap Anwar sebagai pemimpin (1/2).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singkirkan Anwar bukan satu kesilapan tapi sesuatu yang perlu dilakukan...kita tak perlukan pemimpin punya selera dua alam...

      Delete
    2. An in 00:03. Mana lu tau anwar dua Alan. Jubut lu dah biasa kena sondol ka...

      Delete
    3. Anon 00.03.
      Apa, lu nampak ke Anwar
      liwat bini atau emak kau.
      Bangang!

      Delete
    4. Mmm
      Mahkamah tu silap kot !
      Sperm yang ada dalam dubur Saiful tu bukan Anwar punya kot ! Ni mesti salah DNA.

      Delete
    5. Itu semua komplotlah, bahlol.

      Delete
    6. Itu konspirasi...air mani Anwar bersepah merata-rata sebabtu orang boleh masukkan kedalam dubur Saiful.

      Delete
  10. Anwar, sebagai sebuah institusi, berjaya memimpin kumpulan-kumpulan pembangkang yang bertelagah menjadi satu menentang BN. Dengan sumber kewangan yang terhad, akses kepada umum terbatas dan serangan bertalu-talu seluruh jentera parti lawan terhadap dirinya, berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN di Parlimen serta merampas 4 negeri Semenanjung selain mempertahankan Kelantan. Bukan sekali, sebaliknya dua kali Anwar menempah tiket cemerlang yakni PRU12 dan PRU13.

    Kualiti ini tidak ada pada mana-mana pemimpin UMNO-BN. Dr Mahathir sedar tanpa 'dedak' UMNO-BN sudah lama berkubur. Amalan 'dedak' yang dimulakannya itu kini memakan diri. Tidak cukup menghukum dirinya, budaya 'dedak', pembunuhan karektor, cium tangan yang melarat kepada sembah kaki kini membunuh parti politik yang diasaskannya, UMNO Baharu.

    Kemarahan Dr Mahathir terhadap Najib bertempat. Rumah yang dibinanya kini dihancurkan tangan-tangan yang dahulu beliau usap dan pimpin berjalan. Dr Mahathir juga sedar adalah sangat mustahil menyelamatkan rumah yang sedang mara terbakar. Apa yang Dr Mahathir mampu lakukan sekarang ialah menghalang kebakaran merebak keseluruhan perkampungan.

    Bila ego masing-masing direndahkan mudahlah mereka berfikir dengan baik dan bijaksana. Dr Mahathir hampir pasti tidak dapat memimpin semula negara. Kekuatannya untuk menasihat juga terbatas disebabkan faktor usia dan kesihatan. Untuk mengharapkan pemimpin sedia ada menjadikan Malaysia negara yang lebih baik peluangnya hampir kosong. Maka memberi peluang (memulangkan) kepada yang selayaknya adalah pemberian terakhir terbaik darinya kepada negara.

    Anwar masih dipenjara bagaimana mampu merubah kepincangan?

    Anwar Ibrahim merengkok di Sungai Buloh kerana Dr Mahathir. Hanya Dr Mahathir yang mampu menjadikan Anwar warga merdeka semula.

    Sekiranya esok Dr Mahathir mengakui bahawa pemenjaraan Anwar pada 1999 adalah satu pengadilan yang salah dan semuanya sebuah konspirasi, Anwar mendapat peluang yang sangat cerah untuk dibebaskan. Bahkan, dengan pengakuan tersebut menjadikan pemecatannya dari kerajaan dan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden parti dan Menteri Kewangan adalah salah. Pemecatannya dari parti juga salah. Tidakkah ini indikasi Anwar layak dipulangkan kedudukannya sebelum ini? Dan jika Anwar kembali ke kedudukannya sebelum ini semudah itu, tidakkah ini bakal memudahkan agenda dan proses 'pembersihan' Malaysia dan regim korup lagi zalim?

    Sudah semestinya jika Dr Mahathir sanggup merendahkan ego dan sanggup mengakui 'kesilapan' 1998, maka akan adalah yang terpaksa dikambinghitamkan. Rakan/pengampu bertukar musuh Dr Mahathir sekarang amatlah ramai. Tidak sukar untuknya memilih.

    Sanggupkah Dr Mahathir? (2/2)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak checkmate PAS dan Hj Hadi, biarlah Mahathir dan Anwar Ibrahim bergabung.

      Anwar Ibrahim dalam penjara bukan salah Mahathir. Ini kes Saiful yang berjumpa Najib.

      Kes Anwar yang melibatkan Mahathir dah lama selesai. Bukankah Anwar Ibrahim telah menjadi Ketua Pembangkang dan di penjara sebagai Ketua Pembangkang.

      Delete
    2. hadi@pilkuda dan pas harus sedar.
      dalam pru13 lalu mereka dapat
      banyak kerusi kerana kredibiliti anwar.
      dalam pru14 nanti tanpa anwar dan
      keadaan semasa pas akan terkubur.

      Delete
  11. Tun nak selamatkan negara, bukan umno. Jadi siapa2 pon boleh join dia, termasuk pembangkang. Logiknya, pembangkang sepatutnya biar najib terus jadi PM, sebab BN makin parah. Tapi pembangkang nak pertukaran, jelas tujuannya untuk selamatkan negara. Mungkin sebab tu Tun sedia terima mereka. PAS pulak tak payah harap, bukan dia faham pon isu 1MDB. Pasal ceramah boleh laaa

    ReplyDelete
  12. Saya doakan agar Tun dan DSAI bersama pemimpin arti bangkang dapat bersatu dan mempastikan pemimpin durjana tidak bermaharajalela bersama2 dgn penvampu2nya dan terkubur aaammmiiinnn terus berjuang Tun untuk rakyat

    ReplyDelete
  13. Saya doakan agar Tun dan DSAI bersama pemimpin arti bangkang dapat bersatu dan mempastikan pemimpin durjana tidak bermaharajalela bersama2 dgn penvampu2nya dan terkubur aaammmiiinnn terus berjuang Tun untuk rakyat

    ReplyDelete
  14. Gabungan dua tokoh yg telah tewas.Mula-mula Anwar di tewaskan oleh Mahahtir dgn memecatnya dari jatan TPM,kemudian Mahahtir pula di tewaskan oleh Gerakan Reformasi dan Laman Mahafiraun,hingga terpaksa teresak-esak berlakun mahu meletak jawatan mengharapkan simpati.Berikutnya Anwar di tewaskan pula oleh Najib dalam PRU 13,walau pun Anwar yg berdendang lagu 'tanya sama Najib'.Sekarang Mahahtir pula di tewaskan oleh PM Najib,sehingga terpaksa merajuk keluar dari Umno utk juga meraih simpati kerana gagal menjatuhkan Najib.Kalau nak di kirakan di antara mereka bertiga,Anwar dan Mahahtir adalah mereka yg pernah tewas,tapi Najib masih belum pernah tertewas.Agaknya siapa pula yg akan tewas selepas ini?.Rasanya Najib akan tetap gah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib belum tewas sebab kuasa PM yang ada padanya.

      Jika Mahathir boleh tewas kerana gerakan reformasi, Najib juga akan tewas dengan gerakan rakyat yang di pimpin oleh Mahathir sendiri.

      Delete
  15. Mampukah semangat mengalahkan cash?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suap BRIM mereka makan;
      Suruh bertindak mereka tak mahu.

      ~ Pantun Melayu Negro..

      Delete
    2. Cash hanya untuk pemimpin tertentu dalam MT. Dedak untuk semua ahli UMNO yang disuruh makan, mereka makan. Disuruh mengkaji, mereka tidak tahu.

      Hanya masa akan menentukan ... tapi sejarah menunjukkan pemimpin yang guna cash akhirnya bersendirian.

      Delete
  16. Selama beberapa waktu ini saya melihat orang bercakap mengnai najib, baik luar maupun dalam negara, baik akhbar zionist di sini atau di sana,tetapi saya masih cuba menenangkan diri. Masih melihat-lihat(jauh) perkara tersembunyi.

    Sungguhpun pada 2009 ketika menatap wajahnya di sebuah akhbar ketika di pejabat, naluri saya tetiba berkata 'mati dia ni', namun saya tidak mengetahui kenapa saya benaluri demikian pada saat itu.

    Tahun lepas, saya tertanya di dalam hati, siapakah sebenarnya utusan dajal di Malaysia? Mengapa 'perkara2x dalam negara' seperti supaya cepat2x dilangsaikan (DENGAN APA CARA SEKALIPUN)? Adakah dajjal sudah mengungatkan utusannya, time has a limit... we cannot wait any longer.

    2020 sudah dekat, Zionist israel tidak sabar dah... seperti masalah di Malaysia ini menganggu persiapan NWOnya...

    Terpulanglah pada anda semua, hendak memilih yang mana...
    Tapi saya merasakan, kita semua akan 'sakit', masanya akan datang tidak berapa lama jua...

    SIAPAKAH KURBANNYA UNTUK HADIAH HARIJADI SETAN DISEMBER 2016 NANTI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zionist, Dajjal pulak. Pakai teori makluk asing akan tawan 1mesia la pulak. Baru lah power, Star Wars.

      Delete
  17. Tun m cuma aplikasikan kaedah the enemy of my enemy is my friend saja.Tidak ada yang berubah tanggapannya terhadap anwar ibrahim.Sebab buat masa ini najib lebih berbahaya kepada negara berbanding anwar yang sudah dijinakkan di dalam penjara menerima hukuman atas kesalahannya.

    Kepentingan negara mengatasi kepentingan individu.Itu sifat negarawan.

    Ketepikan dulu perbezaan buat sementara.Kita selesaikan masalah bersama yang lebih utama.Beruk yang degil mesti dijatuhkan dari pokok.

    ReplyDelete
  18. Rasa nak muntah pulak bila ada yang buat kesimpulan TDM akan bekerjasama dengan anuar. Di kan dalam penjara, apa yang dia boleh buat. Rasanya TDM tak lah desperate sgt sampai nak make up dgn anuar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa hak Anwar Ibrahim untuk berjumpa Peguam di sekat dan hanya keluarga Anwar Ibrahim sahaja yang boleh berjumpa Anwar Ibrahim? Mengapa sampai sekarang Anwar Ibrahim dikawal ketat semasa di mahkamah? Siapakah yang menguna akaun FB Anwar Ibrahim ?


      PH perlu mendapatkan pandangan Anwar Ibrahim sebelum memutuskan apa-apa tindakan.

      Tun tidak ada penyokong seperti Anwar Ibrahim. Tun keluar UMNO dan yang ikut seorang ahli UMNO yang kebetulan ada lah isterinya.

      Yang terpenjara ialah jasad Anwar Ibrahim tetapi suara perjuangan nya sampai ke hutan belantara.

      Delete
  19. Saudara Anon 20:38,

    Kalo betoi nak selamatkan negara..umno perlu dikuburkan segera. Setakat pejatuhkan najib dan ganti ngan orang umno jugak..kompem wal hasil balik asal. Jgn cepat terpesona dgn tindakan Tun Mahathir kuar dari Umno..dia cuma buat-buat merajuk utk tarik simpati dari orang umno khasnya sbg cara tekan najib hingga letak jawatan dgn segera..taktik yg sama macam masa Pak Lah dulu..tu pasai Muhyidin, Mukhriz dan Shapie Apdal tak kuar dari Umno..kalo najib terpaksa akur dgn tekanan yg pelbagai..dari luar dan dalam umno..nescaya Muhyidin akan dilantik menjadi PM dan Mukriz akan dibawa balik ke federal utk dijadikan TPM dan seterusnya jadi PM. Itu cita-cita Mahathir. Apa cara skali pon Mahathir akan ambik balik Umno yg dia tubuhkan selepas Umno asal diharamkan. Sbb diharamkan tu pon suatu konspirasi mahathir jugak krn dia tau dia tak boleh menguasai Umno yg asal sbb bukan dia yg punya. Jgn ingat najib tu kecik anak..dia akan buat apa saja utk hapuskan musuh disekelilingnya..cash is king.. Kepada PKR jgn terjebak dgn mainan politik licik Mahathir..dia lah perosak negara..telunjuk lurus kelingking berkait..dan tak nampak tanda insaf atas dosa-dosa kezaliman yg dia buat sepanjang 22 tahun jadi PM..sanggup jilat ludah sendiri atas kepentingan agenda sendiri. Ingat pesan almarhom TGNA dan Ustaz Fadzil Noor..jgn terjatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali..enough is enough..hapuskan musuh rakyat negara yakni UMNO bukannya najib semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap memang senang ...kau tuduh la tun macam2, ada kau tanya diri kau, kalau bukan tun, sapa lagi nak buat gerakan buang najib? So far ada tak?

      Nak buang umno bukan senang, sebab orang kampong pro umno banyak tak faham isu derma, 1mdb, TH, etc. Tapi sekarang lebih senang (senang sikit laaa, tak banyak) kalau tun sendiri jadi ketuanya. Orang kampong baru sedar ni kes serious. Itu tujuannya tun keluar, nak sedarkan penyokong tegar umno di luar bandar, dan juga pro BN sabah sarawak. Hasilnya kita tak tau jadi ka tak, janji ada cuba. Tun tu doktor, satu ubat tak jadi, dia kasi ubat lain. Ubat lain tak jadi, dia cucuk la jarum tang mana patut.

      Pasal anak dia tu, satu dunia dah tau, tun nak mukhriz naik sendiri, bukan tumpang dia. So tarak isu la bro. Aku rasa kau ni orang PAS. Apa PAS ada buat masa ni? (kalau bukan PAS, tak pa, minta maaf tanya).

      Delete
    2. Aku rasalah.
      PM anak beranak cukuplah
      Razak & Najib saja.
      Janganlah nak tambah
      Mahathir & Mukhriz.
      Bagilah orang lain pula.

      Delete
  20. Ada satu kueh koci, luar tepung dalam inti, Tun/ Anwar 1 janji, mana Najib mau lari?

    Ada satu kueh bangkit, taruk kelapa sama gula,sengketa lama jangan ungkit, gabung semula demi negara!

    ReplyDelete
  21. saya bukanlah penyokong mahathir sejak di bangku sekolah di tahun 80an dan kerana mahathir juga saya anti bn, tapi dalam situasi sekarang saya lebih membenci najib. maka saya sekarang sokong usaha mahathir.
    the enemy of my enemy is my friend

    ReplyDelete
  22. Muhyiddin kata:
    Saya masuk UMNO bukan kerana Najib.
    Lagi cantik kalau Muhyiddin kata:
    Jangan buat UMNO mak bapak kau punya.

    ReplyDelete
  23. Saya yakin DSAI orang yg berjiwa besar. Saya yakin baru lani TDMM baru sedar yang mana kaca dan yang mana intan. Kalau betul depa ini bergabung dalam satu group nak tumbangkan DSNTAR, harus DNSTAR menyerah kalah.

    Apa pun tunggu dan lihat. Boleh jadi group ini sedang melaksanakan amar makrof nahi mungkar bagi memastikan kesejahtetaan kehidupan rakyat negara ini.

    Walaupun jika ditadbir oleh BN, tetapi BN jenis yg kira ok ok belajar drp kesilapan dan keegoan selama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Api dah mula merebak.
      Kita tengoklah sejauh mana
      Zahid Hamidi bertindak.
      Cerdik ke bangang.

      Delete