Friday, 25 March 2016

JASA MENOLAK NAJIB LEBIH BESAR DARIPADA 22 TAHUN MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI


Dalam usia melebihi 90 tahun, Tun Mahathir Mohamad ternyata masih gagah dan tidak pernah habis ikhtiar dalam usahanya mahu menyingkirkan Najib Razak.

Daripada menulis di blog, bercakap dengan media, menghadiri pelbagai program, membuat rayuan agar melakukan undi tidak percaya, mengusahakan Deklarasi Rakyat dan terbaru pula menyaman Najib di mahkamah.

Dalam masa yang sama, Ahad 27 Mac ini pula, beliau akan memberikan ucaptama dalam Kongres Rakyat di Shah Alam Convention Centre bersama tokoh-tokoh pembangkang dan pemimpin  masyarakat sivil negara ini.

Terdengar khabar-khabar bahawa selepas kongres itu, Tun Mahathir turut menyatakan kesediaan untuk turun ke negeri-negeri bagi menemui rakyat yang menyokongnya.

Tujuan turun ke negeri-negeri itu tidak lain ialah bertujuan untuk memberi lebih tekanan kepada Najib, selain sebagai salah satu usaha mengumpul sebanyak mungkin tandatangan bagi Deklarasi Rakyat.

Sama seperti gigihnya beliau membangunkan negara selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, begitulah usaha kerasnya dalam menolak Najib sekarang ini.

Dalam usia yang sepatutnya lebih banyak berehat, semua ini dilakukannya demi kepentingan negara dan maruah rakyatnya.

Selama ini Tun Mahathir membangunkan negara dengan berjaya membina KLCC,  Putrajaya, KLIA, Cyberjaya, Litar Sepang dan lain-lainnya adalah semata-mata untuk mengangkat martabat negara di mata dunia.

Ia menjadikan masyarakat dunia memandang tinggi kepada negara kita, malah ketika pentadbiran Tun Mahathir, ke ceruk dunia mana pun kita pergi,  mendengar pujian dan sanjungan bukanlah perkara yang luar biasa.

Tetapi semua keagungan dan sanjungan itu musnah di era Najib berikutan kemeut 1MDB dan wang RM2,600 juta yang diterima di dalam akaun peribadinya.

Dalam usaha memperkukuhkan kuasanya, beberapa institusi awam seperti Jabatan Peguam Negara, polis, SPRM dan Bank Negara turut dikacau-ganggu kemudiannya.

Akhirnya, bukan saja media-media antarabangsa banyak memberi laporan buruk mengenai Malaysia, malah agensi penguatkuasa beberapa negara juga telah memulakan siasatan mereka.

Dengan itu, jika kita keluar negara, soalannya lebih bernada "apa sudah jadi dengan negara anda sekarang ini?"

Imej negara sudah menjadi begitu buruk sehingga apabila kita ke luar negara, kita seperti tidak mampu lagi berjalan mendongak seperti selalunya. 

Lebih ramai yang berjalan menunduk kerana malu bertentang mata dengan masyarakat luar yang mungkin menyoal keadaan semasa dalam negara atau tersenyum-senyum sinis kepada kita.

Tidak kurang juga ada yang memberitahu, mereka lebih selesa mengaku berasal daripada Singapura atau Brunei jika ke luar negara.

Hakikatnya, imej buruk kepada negara yang diakibatkan oleh Najib ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana era sebelum ini.

Lantaran itu, apabila Tun Mahathir terus berusaha menyingkirkan Najib, ia tidak lain adalah untuk memulihkan imej dan maruah negara.

Jika beliau memikirkan kepentingan diri, keluarga dan masa depan anak-anaknya dalam politik dan perniagaan, menyokong dan terus berada di sisi Najib yang mengaku mengamalkan "cash is king" adalah jauh lebih menguntungkannya.

Namun, sudah tentu pertimbangan untuk negara melebihi segala-galanya bagi Tun Mahathir. Hanya dengan Najib disingkirkan, imej dan maruah negara dapat dipulihkan, bukan saja di kalangan rakyatnya, malah juga di peringkat antarabangsa.

Hanya dengan penyingkiran Najib juga, semua pembangunan fizikal dalam negara ini benar-benar bermakna dan kita semua dapat berjalan mendongak semua apabila ke luar negara.

Sebab itu, usaha menyingkirkan Najib ini mesti disokong oleh kita semua kerana nilainya lebih besar daripada 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum ini. Ia adalah untuk mengembalikan maruah dan nama baik negara yang telah hilang disebabkan oleh Najib. (SH 25/03/2016).

34 comments:

  1. MASAELAHNYE..SAPE KAT MESIA NI YANG BULEH GANTI NAJIB?? Wak Sate? Muhyideng? Mukriz? Kayjay? Bang Nuar? Kak Wan Jijah? Nuar Muse? Mat Maslan? Sally Buah Geduaq? Coolie? Malek Ah Sang? Sapiee Tak brape afdal? Doraemon Dahanlan? Bang Toyyib? SAAAPE?? CER BAGITAU..SENANG RAKYAT NAK FOKUS..pliiiiiizz!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib jadi macam ini sebab sistem porak-peranda. Nak betulkan sistem tak boleh harapkan Najib.

      Bila Najib disingkirkan, Polis, SPRM, Peguam Negara dan SPR dibebaskan. Mereka tidak perlu tunduk pada arahan PM.

      Tenguk berani ke tak berani PM yang ganti Najib buat duit untuk kaya kan diri sendiri?

      Setiap tindakan yang akan di buat akan di persoalkan dan dipertanggungjawabkan.

      Delete
    2. MASAELAHNYE..SAPE KAT MESIA NI YANG BULEH GANTI NAJIB??

      Aku rasa Kak Ros boleh. Dia ada pengalaman LUAS sebagai pentadbir di belakang tabir. NKRA pun ciptaannya, dibawah arahannya kan? SOSMA dan apa ntah lagi...

      Kan itu jugak cita2nya dari kecik...

      Delete
    3. Soalan bodoh. Dalam 28 juta rakyat Malaysia takde yang layak ganti najib? Najib tu terlalu hebat sampai taktau sape boleh ganti dia?

      Delete
    4. Encik Shah

      Anyone is better than Najib.

      Delete
    5. Soalan bodoh tu la yang memerangkap
      manusia bodoh. Kalau ramai yang layak dalam 28 juta rakyat Malaysia ni..takkan si malaun macam Najib dan konco-konconya boleh bermaharajalela. Nak jatuhkan Najib sorang tu pun korang tak terdaya..ni kan pulak nak memerintah negara..mana cerdik pandai korang yang ramai tu?

      Delete
    6. Dalam Malaysia ni ramai cerdik pandai. Tapi takde sorang pun yg cerdik dan jahat semacam Mohd Najib. Rasanya dalam dunia pun takde Perdana Menteri yg durjana semacam Mohd Najib.

      Tahniah Mohd Najib, number one in the world. Malaysia boleh!!!!

      Delete
    7. Anon 11.53, ramai yang cerdik dari najib. Kalau nak najib jatuh tak susah, buatlah pemilihan umno tahun ni, ataupun benarkan usul tak percaya di parlimen, ataupun buatlah pru tahun ni.

      Denial syndrome zaman paklah dah berjangkit ke penyokong najib. Sebenarnya geng2 penyokong paklah bertukar ke kem najib. Geng cari makan. Pas najib jatuh geng yang sama gak cari makan ikut bos baru.

      Delete
    8. Bro..aku setuju 200% ngan kau..masalah kita nih ramai yg cerdik tapi tak jahat..yg jadi tak jahat tu pasal tak bodoh..jadi kalo gitu najib tu tak la cerdik sbb dia jahat..orang cerdik takkan la jahat sbb bodoh..hanya yang bodoh jer jadi jahat..kang kalo kita jadi jahat dah orang kata kita ni bodoh..HAAA..Pening la cenggini..

      Delete
    9. HAAA..Pening la cenggini..

      Hahaha... Itulah bahana 1MDB
      - Satu Malaysia Dah Bengong

      Heh heh heh... Sekali sekala seronok jugak asah lawak politik camni. Tak membosankan... Kan kan kan???

      Delete
  2. Insiden memalukan berlaku 2 minggu lepas bila saya melancong ke India, tersentap bila disapa orang sana 'kamu orang Malaysia? bagaimana Prime Minister kamu terima berbilion DONATION dari Saudi? itu CORRUPT. Saya hanya mampu tersenyum kelat. Berbeza situasi lawatan saya 2 tahun lalu bila pegawai imigresen Mumbai menyapa sambil memuji2 kebersihan Kuala Lumpur. Moral of the story.... renung2kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah terkena..dengan terang dan jelas kawan mat salleh saya cakap 'there is no such thing called donation into your personal account! It is corruption!'

      Malu siot.

      Sebab nak cover malu...saya pun kata..
      Indeed. They cannot lie forever. Sooner or later they will get punished..

      Delete
    2. agaknya begini la rakyat filipina rasa masa marcos dan imelda dulu.
      nak angkat muka di kalangan masyarakat atrbangsa pun segan silu

      Delete
    3. Saya ada sepupu duduk di Perth. Cam tulah jugak org putih sambil tersengih2 menyindir kata malaysia is the luckiest country being given such a huge donation.

      Delete
  3. Skandal Najib dan 1MDB ciptaan beliau telah tersebar dan menjadi buah mulut masyarakat dunia. Majalah-majalah perniagaan antarabangsa seperti The Economist, Time, WSJ, Asiaweek kerap memberi liputan kepada skandal tersebut. Tiada apa yang nak disorokkan lagi. Nama Malaysia sekarang sudah begitu sinonim dengan korupsi dan maruah negara begitu tercemar sekali.
    Sebut sahaja nama Malaysia apabila anda tiba di airport di mana-mana negara di dunia ini, perkara pertama yang terbayang di kepala fikiran mereka apabila mendengar nama Malaysia adalah malapetaka kapal terbang dan duit billion-billion dalam akaun perdana menterinya. Aduh malunya. Ini sama sekali berbeza di zaman Mahathir. Sebut saja anda dari Malaysia, anda akan dilayan seperti VIP khususnya di negara-negara Timur Tengah. Masyarakat antarabangsa begitu mengkagumi Dr. Mahathir.
    Dalam keadaan yang sedemikian, yang peliknya PM dan para menteri kita boleh buat muka selamba pasal skandal tersebut. Dikala negara diselubungi skandal wang, tidakkah mereka berasa malu dan segan apabila ke luar negara? Dunia memandang jelek kepada kita. Bila tiadanya sifat malu, itulah sebenarnya selemah-lemah Iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar..

      Saya telah melalui pengalaman di zaman dua orang PM tersebut.

      Dulu...cukup bangga pegang passport Malaysia. Layanan terhadap Malaysian di luar negara boleh tahan. Pergi umrah lagi lah....

      Sekarang...hanya mampu tersenyum pahit bila orang2 negara luar merenung muka kita sambil tengok passport kita..

      Kerajaan dan barisan pemimpinnya...apa korang dah buat? Korang langsung takde rasa malu ke?

      Delete
  4. Tidak dapat bayangkan sekiranya Tun Mahathir memekakkan teliga dan membutakan matanya dengan apa yang Najib lakukan.

    Breakfast relaks. Berjalan relaks. Selesai solat jumaat bersalam dengan jemaah yang berebut-rebut sambil tersenyum dan releks. Orang lambai, Tun pun melambai. Sana-sini orang ambik gambar Tun tetap relaks.

    Tun tidak peduli langsung semua akibat yang Najib buat. Hutang, 1MDB, Rasuah kedua didunia, ambil duit masuk akaun dan nama Malaysia membusuk di luar negara.

    Bila Tun tidak peduli, kena lah harapkan pada pemimpin pembangkang. Najib tuduh pembangkang main politik dan sengaja membuat fitnah !

    Jika Tun tidak bersuara, begitu juga beberapa pemimpin dan ahli UMNO tidak bersuara, isu Najib dah tutup.

    Dalam keadaan semakin teruk dah tidak tahu nak buat apa-apa, beberapa orang pun mengadu pada Tun termasuklah pada Muhyiddin.

    Tetapi harapan kita hanya ada pada Tun. Siapa lagi kalau bukan Tun. Hanya Tun Mahathir sahaja yang tidak akan berdiam dengan hal begini.

    Jika kita berharap pada Tun Mahathir, berilah sokongan yang padu pada Tun Mahathir.

    Saya bukan penyokong Tun Mahathir tetapi penyokong Saudara Anwar Ibrahim. Jika Anwar Ibrahim tidak di penjarakan saya meletakkan harapan saya pada Anwar Ibrahim.

    Najib mesti disingkirkan.

    ReplyDelete
  5. Harap Tun akan turun ke Penang juga...

    ReplyDelete
  6. To our dear Tun, even if he does not achieve the dream of many by doing what he is doing now, he could be rest assured that for millions of us Malaysians today and in the future, his name shall be remembered for trying to do what is right for Malaysia - this is in short Tun's more permanent legacy for us all in comparison to the KLCC and whatnot mentioned above. May Allah swt shower him with His blessings in this world and the next one. Go Mahathir Go. Go Rakyat Go.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We, ex BN voters, support Tun M!

      Delete
  7. Puak yang terlibat dalam perang saraf masih mengkaji dan meninjau kelemahan musuh masing-masing. Keadaan nya umpama api dalam serkam.

    Jika Najib berjaya menguasai peperangan itu, Malaysia akan jadi hina, kucar-kacir, negara akan muflis. Kalau Mahathir menang, UMNO Baru akan berwajah baru, bersemangat baru yang akan diterima semua kaum dalam Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Tuan Shabudin...
    Saya suka baca ulasan Tuan. Tapi kali ini saya tak berapa setuju dengan pandangan Tuan bahawa TDM lakukan semua ini kerana mahu memulihkan imej dan maruah negara.

    Memang betul...jika Najib berjaya disingkirkan masyarakat dunia pasti mengucapkan tahniah kepada rakyat negara ini yang berani mengambil langkah menyingkirkan pemimpin yang korup dan secara tidak langsung imej dan maruah kita akan pulih kembali.

    Akan tetapi TDM bukanlah lakukan segala tindakan ini kerana matlamat tersebut. Sebenarnya TDM, Tun Daim dll bimbang teramat, jika Najib dibiarkan bermaharajalela bersama Jho Low dan MDBnya, BN dikhuatiri akan tewas dalam PRU14! Dan jika BN kalah, tidak mustahil DSAI akan keluar dari Sungai Buluh Resort sementara Najib, Rosmah, TDM sendiri ditemani Tun Daim akan menjadi penghuni di situ pula..... Inilah ketakutan sebenar TDM.

    Apa pun kita perlu sokong sebarang usaha oleh sesiapa saja yang ingin membetulkan kepincangan dan menolak penyelewengan bagi menyelamatkan negara ini. Maruah dan imej tidak menekan sangat. Tetapi kesan terhadap ekonomi negara akibat penyelewengan pemimpin no 1 amat memberi kesan buruk terhadap setiap rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Mahathir takut BN tewas dalam PRU14 kerana takut dipenjarakan? Atas faktor apa kamu katakan Tun takut dipenjarakan?? Tun sendiri telah berkata bahawa beliau sanggup dipenjarakan disebelah sel DS Anwar jika polis menangkap beliau kononnya menyerang Najib. Lagi pula sekarang Tun Mahathir sudah tidak berkuasa, jadi kalau betul ada kes berkenaan zaman Tun menjadi PM dulu kenapa tidak dakwa atau saman je Tun Mahathir sekarang?

      Delete
    2. Pandai pandai 15:35 hujah yang logik. 15:08 pula goblock taksuda.

      Delete
    3. Kalau TunM takut dipenjarakan dah lama dia pi duduk di Luar Negara..kerana banyak Negara yg ingin Meminjam KEBIJAKSANAAN beliau dalam Membangunkan sesebuah Negara..

      Delete
  9. Ada Najib kesah?...Najib manusia yang langsung tak ade harga diri...sama jugak menteri-menteri UMNOnya...Kenapa saya sebut menteri-menteri UMNO je?...ternyata hanya mereka dari UMNO yang nampak terlalu dungu...goblok...dan totok kepada Najib. Salleh Kruak, Hamid Komidi, Azalena, Nazri Aziz, Rahman Dahlan, Mat Maslan, KuNan, Hishamuddin, Puad Gergasi, Anuar Musa, Shahrizat lembu susu, Hassan cari makan, termasuk juga AG Apandir yang kempunan jawatan dalam UMNO....

    Semua mereka adalah penjilat tegar Najib!...Orang politik memang sedia maklum cakap tak serupa bikin...janji manis...itu semua rakyat masih boleh terima....TAPI...dalam kes menyokong Najib....mereka semua jadi bongok... buta hati...buta akal...buta segalanya...

    Apa orang kampung cakap?....

    "SCHOOL HIGH HIGH, STUPID NEVER FINISH!..."

    ReplyDelete
  10. Peguam Negara diganggu???? Tapi kalau Agong cerdik sikit dan prihatin sukar utk Najib nk ganggu. Najib bohong Agong ckp Gani Patail, kalau Agong bijak, dia akan mintak sijil pengesahan sakit dari Lembaga Perubatan.

    Dlm Msia ni, susah Najib nak ganggu sesiapa kalau Agong, Majlis Raja2 dan Mahkamah memainkan peranan masings.

    ReplyDelete
  11. Team NAJIB adalah terhebat. KULI PAK LAH RAIS YATIM SAMY VELLU pencen tp BANGANG

    ReplyDelete
  12. Kupasan yang paling bernas mengenai Perosak Bangsa, Agama dan Negara. Syabas Tuan Shahbudin.

    ReplyDelete
  13. Semasa Tun Mahadhir sebagai PM,saya sering kali ke Cape Town, Africa Selatan kerana tugas.Bertapa rasa bangganya bila berbual dengan beberapa penduduk tempatan,rata-rata memuji Dr Mahadhir dan Malaysia dari berbagai sudut.Ikhlas katakan Malaysia amat dikenali.
    Berbanding sekarang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang terpalit dengan berbagai sekandal,reputasi Malaysia mungkin telah menjunam dan tidak boleh dibanggakan seperti dulu lagi.

    ReplyDelete
  14. Agung ditipu oleh Najib. Agong atau majlis raja-raja tidak rasa apa-apa ke ?. Kalau ya demikian, apa fungsi Agung dan Majlis Raja-raja ?

    ReplyDelete
  15. Insyaallah Tun rakyat akan bersama2 demi untuk maruah negara dan agama islam dan tidak akan sesekali menyokong pemimpin yg buta hati rasuah salah guna kuasa penyamun dan penyangak biarlah anjing2 yg ada itu menyokong mereka teruskan tun kami doakan semoga tindakan itu diberkati allah aammiiinnn

    ReplyDelete
  16. Insyaallah Tun rakyat akan bersama2 demi untuk maruah negara dan agama islam dan tidak akan sesekali menyokong pemimpin yg buta hati rasuah salah guna kuasa penyamun dan penyangak biarlah anjing2 yg ada itu menyokong mereka teruskan tun kami doakan semoga tindakan itu diberkati allah aammiiinnn

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete