Sunday, 27 March 2016

JANGAN LUPA, KONGRES RAKYAT DI SHAH ALAM CONVENTION CENTRE PETANG INI

Petang ini akan berlangsung Kongres Rakyat di Shah Alam Convention Centre atau SACC, dengan pendaftaran bermula pada jam 12.30 tengahari dan majlis akan berlangsung antara 2.00 petang dan dijangka berakhir pada 6.30 petang.

Program ini diadakan secara tertutup dengan kehadiran berdasarkan jemputan sahaja dan bukannya perhimpunan terbuka sebagaimana anggapan sesetengah pihak.

Kongres Rakyat ini adalah susulan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pada 4 Mac lalu dan ia diinisiatifkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim.

Susunan mereka yang akan berucap ialah seperti berikut:-

-  Zaid Ibrahim membuka tirai kongres.

- Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pendebat terbaik Asia mewakili pemimpin pelajar.

- Fahmi Zainol, bekas pemimpin pelajar UM.

- Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat yang mewakili MTUC.

- Teresa Kok, Naib Pengerusi DAP

- Ambiga Sreenevasan, bekas Presiden Majlis Peguam.

- S Murugesan, bekas Setiausaha Agung MIC.

- Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Kedah.

- Maria Chin Abdullah, Pengerusi Bersih.

- Husam Musa, bekas Naib Presiden Pas.

- Sallahuddin Ayub, Timbalan Presiden Amanah.

- Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR.

- Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah.

- Mohamad Sabu, Presiden Amanah.

- Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP.

- Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor.

- Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya.

- Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang ucapannya adalah kemuncak kongres kali ini.

Satu resolusi kongres juga dijangka akan dimuktamadkan selepas itu.

Jadi, jangan lupa...semua ini untuk negara!! (SH 27/03/2016).

35 comments:

  1. MESTI SUPPORT. PM NAJIB DAN REGIM PENDOKONG KORUPSI WAJIB DIUNDURKAN SEBERAPA SEGERA DEMI NEGARA TERCINTA. MALAYSIA PERLUKAN BARISAN KEPIMPINAN YANG AMANAH, TELUS DAN MEMILIKI INTEGRITI UTK ANJAKAN KE HADAPAN MENERUSI PASUKAN TADBIR YANG BEBAS RASUAH SELAIN MENDAHULUKAN RAKYAT DALAM SEMUA PERKARA. KEENGGANAN SERTA SIKAP DOLAK DALIH NAJIB UTK MENJAWAB BANYAK PERSOALAN BERKAITAN 1MDB RM2.6 BIL DAN RM42 MIL YANG TERBUKTI DIPINDAHKAN KE AKAUN BANK PERIBADINYA YANG SEHINGGA KINI TIDAK KETAHUAN STATUS WANG TERSEBUT DAN TANPA ADA JAWAPAN JELAS BERPAKSIKAN FAKTA ADALAH ANTARA BUKTI KUKUH BAHAWA ADA UNSUR PENYELEWENGAN DAN PECAH AMANAH. MAKA TERLALU WAJAR REGIM BEGINI DIJATUHKAN SEGERA. GERAKAN MASSAL DARI SEMUA GOLONGAN RAKYAT PRIHATIN SANGAT2 DIPERLUKAN DAN APA SAJA GERAKAN MEMBEBASKAN MALAYSIA DARI KEBOBROKAN DAN SALAH URUS TATA KELOLA INI WAJIB DISOKONG SEPENUHNYA.

    ReplyDelete
  2. Kongres akan kekal pada namanya dan segala resolusi hanya kekal atas kertas jika Majlis Raja-Raja tidak seaktif nenentang Malayan Union. Melayu tidak dengar cakap Dr Mahathir, Muhyiddin atau Mukhriz. Mereka taat perintah Raja kerana 'fatwa' bayangan Tuhan di Bumi. Di sini lah Dr Mahathir kalah kepada Najib. Regim pegang Raja, Mahathir pegang penentang. Tidak cukup untuk berjuang dan menang. Anwar telah membuktikan, tanpa sokongan Raja menang 53% undi masih tidak mampu kawal Putrajaya. Zaman gelap Malaysia sudah tiba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju pendapat E AH

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Tuan admin tolong block indon judi ni

      Delete
    4. Tk baca sejarah??? Majlis Raja2 menentang Malayan Union??? Harold McMichael dtg Malaya dan gertak semua Sultan2 supaya sign Malayan Union. Yg menentang Malayan Union ialah nationalist2 yg diketuai olih Onn Jaafar. Baru Sultan2 support Onn Jaafar. Sekarang cucu Onn Jaafar, menyokong lanun bugis yg merompak rakyat.

      Raja2 & Sultan asyik kena pegang shj slepas British dtg hinggalah sekarang. Jgn haraplah Sultan2 nk tolong rakyat.

      Tu fasl sokong habis, deklarasi yg nak singkirkan penyamun bugis. Sultan2 patut diingatkan, kalau tak de rakyat menentang M/Union, munkin kedudukan mereka adalh spt dlm perjanjian Mlayan Union. British pandang meeka rendah. Mereka patut berterima kasih kpd rakyat dan bersama2 berusaha utk singkirkan lanun bugis. Kalau tidak keturunan malaysia akn kecam mereka nanti.

      Delete
    5. datin seri rosmah memang hebat mengemut ....

      Delete
    6. EverythingToHide27 March 2016 at 18:24

      Deklarasi rakyat ialah utk menentang penyahgunaan kuasa, penipuan dan rasuah.
      Tapi ia diputar belitkan oleh pendedak konon tujuannya ialah Tun M nak jadikan Mukhriz sbg PM.
      Pada semua yg ragu2 tolonglah BACA Deklarasi Rakyat tu BETUL2 utk dapatkan kesimpulan yg sebenar.
      Baca dan fahamkan apakah segala butir2 dlm Deklarasi itu relevan atau tidak.
      Jangan dengar cakap2 org.
      Apabila dengar sesuatu berita, siasat dulu ujung pangkalnya.
      Sila buat analisa sendiri.
      Buat pertimbangan sendiri.

      Delete
  3. Apalah ko E AH....masih di pemikiran kuno...hanya kamu yg kata melayu hanya taat pada raja...hanya taat pada allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya melayu kapir taat pada Jesus.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Anon 18.25 ko dah kenape..?? Jilake!

      Delete
  4. Kepala e ah penuh dgn dedak. .tu je yg boleh keluar dari kepala bebal dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa yg kecam E AH kurang faham apa yg di tulis. Ini bukan datang dari pemakan dedak. Apa yg dia kata tu ada juga benar. This is realpolitik.
      Cer baca semula....
      Sedih dgn ayat akhir tu. "Zaman gelap malaysia sudah tiba"

      Delete
    2. Anon 10.29

      Terima kasih kerana memahami yang tersirat. Masalah Melayu ialah mereka tidak mahu berfikir. Sifat gemar amuk dan berasa samseng sangat tebal dalam diri. Malangnya mereka suka amuk dan samseng secara tidak bertempat. Yang mengangkat Najib dan mengekalkan Regim ditampuk kuasa adalah bangsa Melayu. Melayu yang mana?

      Allah mengarah hambaNya supaya berfikir. 88 ayat Al Quran mengarah secara langsung untuk berfikir. Jika Melayu gagal berfikir dengan aqal yang baik maka makin ramailah si Ahmad, si Bung, si Annuar, si Hassan, si Jamal dan si buta hati. Malah mereka ini akan kekal menjajah aqal dan tubuh warga Melayu yang mengaku merdeka dan Muslim! Kasihan, bukan?

      Delete
    3. Patut lah nasib sebegini rupa.....tiada jati diri. Sultan raja pun manusia biasa malah kadang2 kemanusian nya bolih hilang. Bacalah blog Ameno yang mempaparkan nota bertulis parlimen dimana merogol, membunuh dan dekriminasi kemanusiaan adalah halal bagi mereka. Nasib baik ada pemimpin yang dalam sejarah berani memotong kuku kotor mereka. Jadi jangan terlalu mempertaruhkan nasib kita kepada mereka yang pernah satu ketika dulu dapat dibeli oleh penjajah British.

      Delete
    4. EverythingToHide27 March 2016 at 18:57

      Pada pendapat saya pula pemikiran rakyat M'sia sekarang bukan spt dulu2 lagi melulu tanpa berfikir.
      Keadaan sudah berubah, saya lihat rakyat M'sia sekarang lebih berani bersuara (daring kata org putih) berbanding dulu, lebih2 lagi yg terpelajar.
      Kita boleh rujuk komen2 rakyat dlm blog2 tempatan spt di blog Shahbudin, Malaysiakini, dulunya Malaysian Insider dan juga blog2 lain.
      Mereka beri komen2 dgn terus terang tanpa mengira kedudukan dan taraf org yg dikomen.
      Tinggal lagi mereka ini tidak kuasa utk tampil ke hadapan. Mungkin jugak takut.
      Namun dalam diam mereka tahu permainan masa kini.
      Jadi utk kita katakan mereka hanya mengikut buta tuli itu adalah kurang tepat.
      Mereka diam sebab takut akan tindakan dikenakan ke atas mereka terutamanya yg melibatkan periuk nasi mereka, keselamatan keluarga dan sebagainya.
      Oleh itu mereka diamkan diri tapi tidak bermakna mereka setuju dgn permainan sekarang.
      Jadi jln yg selamat yg mereka pilih ialah menunggu waktu pilihanraya dan bersuara melalui kertas undi.
      Inilah pemerhatian saya yg mungkin berlainan dari pendapat org lain.
      Apa pun nanti akhirnya kebenaran akan timbul juga.
      Walaubagaimana disekat pun tetap yg hak itu akan mengatasi yg batil.
      Itu janji Allah.

      Delete
  5. E AH..kalau pemimpin berkata layar dikibarkan sauh dilabuh masihkah kita nak ikut nahkhoda tu?
    Kita tak tentang dgn kekerasaan
    Kita tak akan hancurkan negara yg telah maju dibina ini.
    Kita gunakan demokrasi. Kita berusaha dalam ruang yg dibenarkan demokrasi.
    Apakah berkumpul itu salah dalam demokrasi?
    Demokrasi adalah hak untuk kita memilih dan menukar pemimpin.
    Dalam demokrasi ada pencadang dan ada pembangkang.
    Kalau kita tidak boleh terima pembangkang itu bukan demokrasi namanya.




    ReplyDelete
    Replies
    1. TEMAN SETUJU BEBENOR..maghi la kita oghang Melayu sakalian toksah lagi laa dok jadi pemakan dedak..ingat Allah tu MAHA BESOR camane yang kite laungkan mase takbir dalam solat. Pikio le..kome ade aka..jangan sampa hak yang saloh kome rase betoi..esok-esok nyesa kome!

      Delete
    2. TEMAN SETUJU BEBENOR..maghi la kita oghang Melayu sakalian toksah lagi laa dok jadi pemakan dedak..ingat Allah tu MAHA BESOR camane yang kite laungkan mase takbir dalam solat. Pikio le..kome ade aka..jangan sampa hak yang saloh kome rase betoi..esok-esok nyesa kome!

      Delete
    3. rata-rata orang kapir tak perlu ingat allah pun untuk tidak memilih dedak, yang betulnya orang melayu kebanyakan BODOH lembu dan syok sendiri

      Delete
  6. Ada siaran langsung diinternet?

    ReplyDelete
  7. din, aku doakan semoga acara ptg nie success and mendapat berkat drp Allah SWT. Yang penting najib, dan seluroh MT, Kabinet 1mdb, serta ahli umno bengong yg dok sokong cara buta tuli tu lingkop habih semua. aku , seluruh keluarga and kawan kawan dok pangkah umno and bn selama nie, but not this time din, confirm kami tak akan pangkah umno bn dah din...biaq lingkop kali nie. selagi najib tak turun and pencacainya sekali, umno akan confirm bungkuih kali nie din...

    ReplyDelete
  8. Salam,....penolakan terhadap parti UMNO daripada orang UMNO sendiri adalah sangat berbeza dengan penolakan daripada pembangkang.Namun,kali ini adalah sangat tidak benar dan tidak konsisten sekiranya pembangkang tidak menentang rejim Najib ini.Dr. Mahathir mengepalai penentangan terhadap rejim Najib demi negara dan untuk rakyat.Pembangkang dengan tradisi tidak konsisten mereka itu,ikut di belakang.Semasa dalam pejabat, perjuangannya untuk negara,di luar pejabat juga perjuangannya untuk negara.Perjuangan seorang yang bernama Mahathir itu sangat berbeza daripada seorang ahli politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed 11:02, for a 90 year old still with the will to fight for the right of the country to be administered with relative Just & Fair (sometimes there is just no ABSOLUTE hence I'd say 'relative') is that showing there are/is something VERY WRONG with the man heading the country....errr a PIRATE is also a LEADER in a sense, right? Except all for the WRONG reasons!

      Thus, if the Chief-Pirate Bugis wants to sink, let him take his cabinet and MT UMNO and all that crap giving him life-support to sink altogether!

      It will be good riddance.

      MLN

      Delete
  9. Sekarang Raja-Raja tidak boleh mencampuri hal-hal politik. Raja-Raja cuma boleh memuji pemerintah dan menyeru supaya rakyat bersatu-padu membantu kerajaan tidak kira lah Najib ke atau Raja Bomoh ke sekiranya yang jadi PM ialah Raja Bomoh. Raja-Raja kerja nya ialah .....Apa ya kerja dan tanggung-jawab Raja ?

    Raja-Raja dulu menentang Malayan Union sebab tidak mahu di jajah. Orang melayu jahat atau baik, rasuah atau penyamun, bukan lah penjajah seperti Malayan Union. Jika Raja-Raja ingin aktif berpolitik kena lupakan kedudukan Istananya. Jadi macam Ku Nan dan Ku Li.

    Walaupun pun ber'Tengku' mereka cuma orang bawahan sama juga macam pemakan dedak.

    Jangan berharap sangat pada Raja-Raja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11.28

      Kita tidak lagi berharap sebaliknya mendesak vampur tangan pembela bangsa Melayu dan negeri. Umum maklum bagaimana Putrajaya menguasai Istana Negara namun cengkaman mereka 'longgar' ke atas Istana Negeri. Raja berkuasa mempertahan 'subjek' mereka yakni rakyat dari diinaya melainkan Raja-Raja terjangkit virus 'cash is king' Regim

      Delete
    2. EverythingToHide27 March 2016 at 19:10

      Apa sekalipun kita tak boleh nafikan kuasa rakyatlah yg paling besar pengaruh dan gelombangnya.
      Ia boleh jatuhkan satu2 kerajaan dan boleh juga menaikkan satu2 kerajaan.
      Boleh menjatuhkan seseorang dan boleh juga menaikkan seseorang.
      Banyak terbukti dan boleh kita ambil iktibar dari apa yg jadi di negara-negara luar.
      Rakyat tahun 2016, sama ada berplejaran atau tidak, tidak boleh dipandang remeh.

      Delete
  10. Elok kalau Kongress tu di buat di Stadium SA,kerana lebih besar,sekurang-kurang nya kalau tak ramai yg datang,boleh di katakan Stadium terlalu besar,jadi tak kelihatan kehadhiran yg ramai walaun ramai yg datang(sebenarnya mememang tak ramai).Tentu PM Najib boleh terduduk dan akan meletak jawatan nanti.Kah,kah,kah,kah....

    ReplyDelete
  11. Realitinya penganjur perhimpunan ini tidak mempunyai cukup keberanian untuk menjadikan perhimpunan ini sebagai perhimpunan terbuka. Dato Zaid sangat berhati2 untuk mengelakkan tindakan undang2 diambil jika ini dijadikan perhimpunan terbuka. Penguasa pula khususnya melalui KPN sedang menanti kesilapan dilakukan oleh penganjur untuk menghalalkan tindakan kekerasan diambil. Undang2 dipergunakan utk menekan dan mencambahkan ketakutan di pihak penganjur agar hasrat dan gerakan awal penentangan ini gagal. Makanya gerakan ini tidak ubah umpama menarik benang di dalam jarum dan impaknya tidak akan kelihatan jelas oleh ramai. Andainya Anwar masih bebas, bahang kepanasan perhimpunan serta gerakan rakyat ini sudah pasti telah lama membakar semangat juang rakyat dan menjadi ancaman besar yang pastinya tidak menyenangkan pimpinan regim korup Najib Razak. Walau apa pun diharap perhimpunan tertutup ini mampu membuka mata umum semaksima mungkin dan secara berterusan mengekalkan sentimen penolakan terhadap Najib Razak dan regimnya meski pun kesannya tidak sesegera dan secepatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau MCA dan MlC suka sgt kat najib ambillah dia jadi presiden parti mereka.
      Pemimpin MCA dan MIC nak kutuk Tun Mahathir tu kenapa?
      Tun Mahathir tak kacau parti mereka. Kenapa pula mereka pula menyibuk lebih sgt skrng ni.
      Di Pulau Pinang pun kalah teruk di Selangor dan Perak pun punah di Johor pun hanyut lagi mau cakap besar ker??? Lancau lah

      Delete
    2. Realitinya DAP dan PKR tidak tulus dan ikhlas untuk menjatuhkan Najib. Mereka lebih suka Najib pimpin BN pada PRU akan datang. Mereka tahu semakin ramai Rakyat yang dah muak dengan Najib. Senang pembangkang tawan Putrajaya PRU akan datang.

      Kerha Tun seolah2 sia sia sahaja

      Delete
  12. Kita hidup dalam satu negara. Kalau para pemimpin saja yg hidup senang lenang kaya raya rakyat hidup susah barang makanan mahal menjadi jadi kaki tangan kerajaan pun marah dan mengamuk.
    Buat apa ada kerajaan kalau setakat pandai bercakap dan memberi angka pencapaian kemajuan negara saja kononnya ekonomi negara bertambah baik setiap masa. Mana realitinya kepada rakyat? Apa yg rakyat dapat? Masuk akal ker kalau negara makmur tapi rakyat hidup miskin.

    ReplyDelete
  13. Kakitangan kerajaan ada lebih kurang 1.4 juta..ramai yg masih boleh berfikir dengan waras, tahu mana yang benar mana yang salah tetapi tidak dapat menzahirkan kebenaran bila ketua-ketua yang dilantik dan dinaikkan pangkat terdiri dari pemakan dedak, pencuri, perompak yang rakus dan musang berbulu ayam sehingga wujud budaya "vultures" (burung pemakan bangkai yang sanggup berebut bangkai sesama sendiri). Sistem penilaian prestasi dalam skim perkhidmatan adalah sistem yang zalim dan hanya bagus atas kertas sahaja selain menternak budaya bodek yang maha dahsyat - hanya untuk menaikkan diri sendiri sahaja.Jadilah kakitangan kerajaan seramai 1.4 juta itu tidak lebih dari bangkai bernyawa ditambah dengan tagline "Saya yang menurut perintah (penyamun).

    ReplyDelete
  14. Perjumpaan yg bakal di kenang saja...tidak ada apa yg bakal belaku..TABUR DEDAK pasti ramai mematuk...SRPERTI APA YG SPRM KATA
    ..TINDAKAN KEBODOHAN TIDAK BOLE DI DAKWA..Jatuh BODOH semua AHLI PROGRAM RAKYAT NI.

    ReplyDelete