Tuesday, 16 February 2016

SAMA SEPERTI ISTERI, ANAK PEMIMPIN JUGA HARUS BIJAK MEMBAWA DIRI

Bagaikan satu trend kebelakangan ini di mana anak-anak pemimpin sering saja tampil bersuara mempertahankan bapa mereka yang dikritik ramai atas sesuatu isu.

Ketika isu pertukaran Menteri Besar Kedah baru-baru ini, anak Ahmad Bashah dan anak Mukhriz Mahathir, masing-masing tampil bersuara mempertahankan serta memuji bapa sendiri.

Walaupun ada yang memuji, hakikatnya lebih ramai yang tidak berkenan di hati, malah tidak kurang yang mengeji.

Kali ini dan sebenarnya bukan kali pertama pun, anak Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah bersuara lagi. Beliau mempertahankan bapanya berhubung rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau tidak saja menganggap isu pekerja Bangladesh itu sebagai isu kecil dan bersetuju dengan bapanya bahawa ramai yang memilih kerja, malah membalas kritikan Amran Fans, satu watak jelmaan dalam media sosial dengan membangkitkan soal hari pembalasan dan Padang Mahsyar.

Kenapa sampai Amran Fans yang tidak ketahuan asal usul pun mahu dilayan juga?

Mengapakah sejak akhir-akhir ini anak-anak pemimpin begitu galak bersuara mempertahankan bapa masing-masing sedangkan mereka tidak terlibat pun dalam kancah politik?

Apakah ini sesuatu yang sihat atau menambah rasa menyampah masyarakat?

Di mana pula para penyokong dan jentera maya yang sepatutnya lebih ke depan mempertahankan seseorang pemimpin itu?

Walaupun mungkin boleh difahami luahan rasa anak-anak itu kerana simpati dan ingin sama-sama mempertahankan ayah sendiri daripada pelbagai serangan, tetapi berdiam dirinya mereka adalah jauh lebih baik bagi karier sang bapa.

Dunia politik adalah pilihan bapa mereka dan biarlah hanya orang-orang berkaitan saja mengurus dan berdepan segala hal berkaitan dengannya secara terbuka.

Bukankah dengan berjawatan dalam kerajaan, bapa mereka mempunyai ramai pegawai, pencatur media, penyokong, pendokong, pembodek dan segala macam lainnya yang sanggup bekerja siang dan malam demi menjadi perisai kepada pemimpin yang disayangi?

Sebagai ahli keluarga, tugas anak, sama seperti isteri, ialah memberi sokongan moral dan kekuatan dalaman kepada bapa masing-masing untuk mengharungi cabaran karier politik yang dilalui, bukan turut sibuk di lapangan sambil menonjol-nonjolkan diri.

Tidak perlu dilihat sampai keterlaluan mahu mempamer diri untuk mempertahankan bapa sendiri dalam setiap isu yang timbul seolah-olah bapa mereka itu begitu sempurna sekali sifat kepimpinannya.

Duduk diam-diam, jaga keluarga serta karier dan jika ada kekayaan lebihan hasil pemberian bapa, lebih baiklah bergembira menikmati betapa indah dan seronoknya dunia ini.

Tidak dikenali sebagai anak menteri, apatah lagi jika dapat bertahan daripada dikenali ramai, dikerumuni dan dibanggai, ia sebenarnya jauh lebih terpuji dan memberi nilai yang tinggi kepada karier bapa untuk terus melonjak tengah-tengah masyarakat.

Kalau sayang karier bapa sendiri, sebaiknya sebagai anak, berpada-padalah membawa diri. (SH 16/02/2016).

56 comments:

  1. Budak perempuan tu mempertahankan bapaknya Zahid sebab yg untung berbilion2 ialah bapak saudara dia.

    Dia dan bapak dia, 2x5 shj. Fikir untung kaum keluarganya shj tapi memikir apa kesan dari socio- ekonominya. Soalan: Ada ke permintaan dari industri utk pekerja bangla ni. Dilaporkan ada 5juta pendatang haram yg bekerja disini..tidak ada pun Menteri ni ambik pot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan SH,

      Juga satu trend baru dlm politik Malaysia sekarang ini jawatan dlm parti akan jadi harta pusaka utk anak2 pemimpin, maka wajarlah anak anak pemimpin menyibukkan diri dgn mencari publisiti murahan.

      Delete
    2. Sengaja nak promosi diri sebab nak cari laki lah tu.Paling tidak anak sultan di Msia atau Brunai.Kena dgn mail kerbau baru dia tau.

      Delete
    3. ...lapak kot... to'wan petua gitu...caman bagi orang dulu² kata dia...orang betina kalau dok reyuh rendah macam²...sah dia lapak...

      Delete
    4. Haa...dia kena dgn mail kerbau terberak kot...

      Delete
  2. But them Shah that person has the dream of becoming an ADUN or an MP. Like in other cases before where she came out to the open, it is never really a case of defending her father. Instead, it is to promote herself in the eyes of the so called the first couple so that in the next general election she can very well be one of her beloved party's candidates... And with a father the TPM surely she can follow the footsteps of other sons of former PMs? Yes, the post of PM is probably her end goal!

    ReplyDelete
  3. Nampak sangat kegagalan pencatur media dan pengampu zahid sehingga keluarga pun terpaksa keluar bersuara. Terima duit dan habuan, tapi kerja tak sempurna. Macam mana nak lawan blogger secara sukarela hentam kjaan ? Malang sunnguh nasib kau zahid. Takkanlah MyKmu tak masuk nak sokong ?

    ReplyDelete
  4. I think this girl will consider a bangla to become her husband. It is obvious that she is condemning the malaysians as lazy and selective..so call the banglas are extremely hardworking..did she ever come across social issues involving them?? Sorry to say, if you are promoting yourself in effort to be like nurul izzah anwar, you will not afford to. Because the gene of stupidity derives from your father made you just like him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1610
      Please refrain yourself from denigrating someone's family. This is really below the belt.
      Passing comments on a person's ideas or comments is perfectly allowed.
      Just for the record, bringing in Bangla workers is not my cup of tea either.

      Delete
  5. "Sama seperti isteri ,anak pemimpin pon harus bijak"

    Wa sikalang kita punya pimpinan atak manyak bijak kaa aa ?. Wa tatak tau lea aa , Wa lengar mayak olang cekap lain maa aa .

    ReplyDelete
  6. Senang cerita, pak menteri istiharkan harta masing2, kita nak tahu kekayaan yang bakal diwariskan kepada anak2 menteri.Rakyat yang terbeban sekarang hanya mampu mewariskan isu ketuanan kepada anak mereka hasil dari permainan politik agama dan bangsa puak umngok.

    ReplyDelete
  7. Siapa nak kerja sektor 3D?
    1. Dedak
    2. Dalih
    3. Dunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dungu, bro. Bukan dunggu... any way, good comment. :-)

      Delete
  8. Saudara Shah, bagus teruskan isu Bangla & undocumented PATI ni. Dengan tentangan berterusan rakyat, KDN nampak nya dah mula goyah. Statement yg keluar pun dah mula soften. Tapi puak puak ni bukan bole percaya. Bila kita senyap nanti, dia teruskannya juga... keep it up, Shah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat isu nak diketengahkan.isu derma 2.6, isu bangla 1.5, isu dungu 3.85 dan semuanya seperti ditakdirkan bernombor. Cuba ingat kembali isu2 lepas seperti cencen 24, altan c4, scorpen 500, gst 6 dll, ironinya semuanya ada nombor.

      Delete
  9. Lahir tahun 1982 bapa dia da jadi pol sec n.r.4tahun kau pun bapa kau da senang apakah jada kau kerja gaji 1700.bapa kau da masuk circle dalaman tak kan bapak kau tak mkn komisyen ka nurul h?kau jgn kena sumpah dari batin rakyat yg menjerit ni allah mendengar kmi.

    ReplyDelete
  10. Pekerjas Banglalah yang paling pemalas, kuat mengular dan curi tulang. Tak percaya, tengok pekerja-pekerja Bangla di Majlis-majlis Perbandaran. Sapu sikit, dah mengular, duduk-duduk berbual-bual. Tak caya, cua cek kat surau or kawasan rekriasi - tengok, siapa yang terbaring kat rumah-rumah pondok istirihat.......??????
    Seburuk pekerja Indon, dia orang tak curi tulang macam bangla. Satu lagi, bila kontrak habis, diaorang tak mahu balik. Menyusup masuk balik, rampas kerja rakyat Malaysia. Tengok kat kawasan perumahan, semua berkeliaran jadi tukang sabit rumput. Dah takda lagi penyabit rumput bangsa Malaysia - India dan Melayu, semua disapu Bangla. Suruh anak si Zagid ni kawen dengan Bangla, since dia begitu kagum dengan Bangla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila bulan posa morey pulun kat depa..bw sekali kwn2 ntah dari ceruk mana
      aku x kedekut atau berkira tapi la ni dah menjolok mata kehadiran mrk

      Delete
  11. Abang ladesh ooh abang ladesh...moochi moochi.
    boleh menyanyi lagu kuch hotak hai dgn mereka kan kan mereka rajin

    ReplyDelete
  12. Rakyat kau org permainkan.patriotik sungguh menteri haramjadah smua ni lagi kluarga nak cover line.kami tak makan wang haram tpi titik peluh kami sendiri.

    ReplyDelete
  13. anaj zahud nak jual minyak tapi tak laku.
    makin banyak dia melalak orang tambah
    benci

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin lama mengedik budak tu. Zahid Kahwinkan saja anak dara kau dgn Ahmad maslan nanti dapat cucu 4 flat

      Delete
  14. Dahulu isteri seorg pemimpin negara amat berhemah bersopan dan disukai rakyat tapi la ni isteri anak pemimpin nampaknya nak tunjuk belang sebenarnya rakyat pun benci tengok muka dia orang ni terhegeh2 nak tunjuk hebat sedar2lah sedikit langit tidak selalu cerah hari kat atas esok....... bermuhasahlah dan cermin diri tu satu jari tunjuk kat orang 4 jari tujuk diri sendiri aaaàmmmmiiiiiiinnnnnnnn

    ReplyDelete
  15. Dahulu isteri seorg pemimpin negara amat berhemah bersopan dan disukai rakyat tapi la ni isteri anak pemimpin nampaknya nak tunjuk belang sebenarnya rakyat pun benci tengok muka dia orang ni terhegeh2 nak tunjuk hebat sedar2lah sedikit langit tidak selalu cerah hari kat atas esok....... bermuhasahlah dan cermin diri tu satu jari tunjuk kat orang 4 jari tujuk diri sendiri aaaàmmmmiiiiiiinnnnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah kualiti anak bini menteri sekarang, mengalahkan layanan tangungjawap laki dan bapa mereka sebagai menteri.

      Delete
  16. Inilah kemajuan yang telah diperkenalkan oleh TDM semasa menjadi PM Malaysia maka sekarang kita boleh lihat dengan kemajuan dihujung jari yang ada pada hari ini sesiapa pun gatal untuk meluahkan pandangan/pendapat.Dont worry be happy.Mungkin anak berpihak kapada beliau (TPM) dan kita pula kearah lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so hang kata salah la tun dr M bawa kemajuan?

      Delete
    2. Mahatir akan di ingat kerana kebodohan dia

      Delete
    3. Ya lah mahathirbodoh proton tu bodoh,jambatan pulau pinang bodoh,putrajaya tu bodoh,cyberjaya tu bodoh pandang timur bodoh,amerika dan australia bodoh.mappudulung pandai pecah amanah,pandai korupsi pandai belit

      Delete
    4. Madpudulung jual tanah air sendiri lagi pandai

      Delete
    5. Beli proton mahadir kita akan makan sesak jalan dan bayar tol walaupun dapat subsidi harga minyak sebaliknya jika kita naik pengangkutan awam yang canggih, moden dan laju boleh tinggal dikelantan tapi kerja kat johor.Di Bolehland atas dasar boleh, apapun kita boleh buat tapi atas dasar boleh kita mungkin boleh dapat kerugian.Dinegara maju tempoh kereta diatas jalanraya hanyalah 5-10 tahun beza dengan tempoh pengunaan kereta dinegara malaysia.Banyak beza pemberian subsidi minyak dengan subsidi tambang pengangkutan awam.

      Delete
  17. biarlah dia bersuara..kebebasan bersuara mcm kita semua.....nilai pendapat dia.suara org berpendapatAN tinggi pasti akan pertahankan sumber kemewahannya.

    ReplyDelete
  18. Bini dan anak harus dikawal.bukannya sibuk hendak mengawal rakyat sahaja.sayangkan bini ikut-ikutkan, sayangkan anak, tangan2kan.cukuo duit pi umrah cuci dosa (macam main game pula kehidupan pak menteri)

    ReplyDelete
  19. ADA KALA LEBIH BAIK DIAM DARI BERCAKAP,

    Marie Antoinette permaisuri terakhir Perancis menobatkan dirinya sebagai bonda kepada semua kanak-kanak di Perancis. Satu hari ketika baginda sedang naik kereta kuda, baginda terdengar orang kampung yang sedang berdemo melaung-laungkan:

    “Kami mahu roti! Roti, roti, roti!”

    Lalu baginda bersuara "Qu'ils mangent de la brioche" – “kalau tak ada roti makanlah kuih”.

    SEBIJIK MACAM YANG BERLAKU SEKARANG DI MALAYSIA...

    BIMBANG AKU... SILAP2 KEPALA AKU YANG DIGUILLOTINE

    ReplyDelete
  20. BERKATA RAKYAT KAMI MAHU PELUANG PEKERJAAN, KAMI MAHU KERJA, KAMI MAHU KERJA...

    Lalu berkatalah, KITA AKAN BAWA MASUK LAGI 1.5 JUTA BANGLA UNTUK KERJA DI MALAYSIA...

    ReplyDelete
  21. Kenapa menteri2 Malaysia, anak2 menteri suka bergaduh dgn rakyat. Mereka ni sedar tak jawatan lubuk emas yang disandang skrang yg dapat mengkayakn kaum keluarga ni adalah hasil belas ikhsan rakyat yang memangkahnya sbg undi. Sang menteri dn keluarga ni ingat dpt jadi menteri kerana keturunan atau jawatan turun dari langit. Ingatlah sesuap nasi yg kau telan adalah krn undi rakyat. Mengapa setelah menjadi menteri suka bergaduh dgn rakyat dan tidak memahami kesusahan rakyat. Hanya mementingk perut dan klrga sendiri. Amanahkah anda. Betul ke rakyat yg tertindas dan dikhianati ini yg akan merangkak di padang mahsyar mencari sang menteri. Fikir2kan lah.

    ReplyDelete
  22. Thailand, singapore, indon...lumba bawa masuk FDI. Kita sibuk nak bawak masuk bangla. Horeyyyy....kita hebat

    ReplyDelete
  23. Sebenarnya Zahid dan anak nya tidak sedar bahawa cuci longkang, cuci tandas, sapu lantai dan potong rumput bukanlah kerja kotor
    Yang lebih KOTOR lagi menjijikan adalah kerja menipu rakyat. Mencuri harta negara dan menyalah guna kuasa itu lebih kotor dan hina

    ReplyDelete
  24. Bodoh sangat anak zahid ni. Janganlah dilayan bangang ni. Bapak dia pun sama aja bangang. Cakap tak pakai otak. Duduk diam sajalah makan hasil bapak kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat kalau jadi bini no 2 ahmad maslan

      Delete
  25. Dulu tun cakap korang hantam dia mana nazri,mana s.kera,bukalah mulut tong sampah korang.hina sangat t.mahathir dia klas lky pembina negara bkn jahanamkan negara.

    ReplyDelete
  26. Salam,
    disyorkan usaha nak bawak bangla dtg malaysia dihubungkaitkan dengan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI . apa perlu dua2 usaha macam nak meramaikan dan mensahkan pendatang asing di negara ni? dahlah bangla pun nak dibagi ic khas lagi nanti. apa beza british yg bwk masuk pekerja india, cina dulu dgn kerajaan sekarang yang bwk masuk pndatang asing. makin majmuk dan berkecamuklah negara ni, sdangkan melayu dgn cina yg dah berzaman duduk malaysia pun x berapa ngam, ni kan pulak nanti dgn datang tsunami bangla pulakkk...patutnya filem naweemee tajuk banglasia tu patut dilepastayanglah, ada ptut dibanned.

    ReplyDelete
  27. Cun jugak eh anak perempuan zahid bangladi ni,Tentu cocok kalau dikawinkan dengan mat bangla.

    ReplyDelete
  28. Cun jugak eh anak perempuan zahid bangladi ni,Tentu cocok kalau dikawinkan dengan mat bangla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishh ke situ pulak .... walaupun aku rasa mmg patut pon. hahaha !

      Delete
  29. Ada kah bangla yang tidak berkerja di negara ini telah jadi malas seperti rakyat Malaysia sehingga terpaksa angkut bangla yang batch baru? Mereka telah berpengalaman dan boleh bertutur melayu mengapa tidak guna tenaga mereka? Dan batch yang akan di angkut pun selepas bertahun duduk diMalaysia pun akan jadi malas...

    Bangla yang rajin dan tidak bermasalah tentu di ambil berkerja di tempat lain oleh kenalan bekas majikannya yang mendapat kerja 3D. Itu sebab bangla yang ramai tidak berkerja dalam kategori pemalas.

    Dalam tidak sedar, pendatang asing juga ada dalam MAS dan dalam sukan.
    Malaysia sangat bergantung pada pendatang dalam semua hal. Dari mesin rumput ke CEO dan jurulatib/pegawai sukan semua nya pendatang. Alasan sebab rakyat Malaysia pemalas dan tidak suka jadi CEO MAS ...


    ReplyDelete
  30. Korang jgn jadi bangang..ni kan usaha Najib utk menang PRU 14..projek pengundi antu 2.0. Wak Jahid kene la tolong sbg menteri KDN kalo nak kompem jwtn TPM..tu 1.5 juta yg diwar-warkan..campor dgn indon, myanmar, filipina, pakistan, kemboja, china, siam tah brp juta la pulak? Selain tu, ubah sempadan kawasan pilihan raya..kompem menang punye lah..korang jer yg bangang melalak sana melalak sini..tindakan..habok pon tarak..cube korang buat mogok ramei-ramei..toksah pegi kerja 1 malaysia dalam seseminggu atau sampai najib kuncu-kuncunye step down..setakat kutok..diorang ni keturunan telinge kuali dan kulit muke boye..ade diorang kesah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap senang lah. Apa lagi tak guna otak. Skop pemikiran sempit.

      Apa sebab gaji Tentera di naikkan ? Walaupun kita tidak bantah tetapi dalam keadaan sekarang apa yang di beri oleh kerajaan Najib adalah 'dedak'.

      Turun harga minyak, dedak.
      Turun kan GST, dedak.
      Sekalipun hapuskan PTPTN, pun dedak.

      Tapi buat masa ini Tentera dan Polis lah yang diberi 'dedak' dulu.

      Delete
  31. Kepada bocah zahid kalau tak faham perasaan rakyat skrg jgn buka mulut.kami da hilang sabar dgn pimpinan skrg.letak jawatan fresh poll.

    ReplyDelete
  32. Burrrrppp.....fuh..lega ckit.laku juga isu 1.5 ni.lega ckit dari terburai 2.6.Terimakasih kepada komidi dan pekerja sektor 3D (DEDAK, DALIH, DUNGU)

    ReplyDelete
  33. Bila minah dunggu ni dah tersepit, dimintak pulak kita bersatu. Kepala hotak minah ni mmg tak guna langsung. Dia gagal untuk faham yg sebenarnya TSMY lebih layak jadi TPM dan bukannya bapak dia !

    ReplyDelete
  34. Bangla skang ni dah nak pencen. Jadi dia mintak pulak yang baru masuk untuk ganti. Sama jugak macam kes di Myanmar lerr. Dia org nak buat Msia ni mcm Negara sendiri. Yg lebih teruk ketua kepala hotak bangla sini pulak nak buka laluan untuk mereka masuk !

    ReplyDelete
  35. Bapak dia orang Jawa dapat billion billion... Anak hidup mewah macam puteri 2, apakah anak 2 ni kesah akan kesusahan rakyat, merasakan sentimen rakyat, yang atasan sudah pandai menyalahgunakan kuasa, apa tah lagi anak2 da nampak cahaya kemewahan Di depan mata... Juga mahu mandapatkan publiciti babe...

    ReplyDelete
  36. Stiap hari sy bdoa supaya anak n kaum kerabat yg perempuan selamat dari bala 1.5 yg dibawa masuk plus yg sedia ada dlm ngra. Risaunya hati sy sbg parent hnya Allah yg tahu. Kecurian,ragut,rogol n bunuh oleh warga kita sendiri dah cukup byk..inikan pulak nak ditambah dgn kemasukan bangsa lain yg smkin byk. Lindungi kami ya Allah..

    ReplyDelete