Friday, 19 February 2016

JANGAN SAMPAI GELARAN PALING PANJANG NAJIB TURUT MEMALUKAN BANGLA YANG BAKAL TIBA

Apa agaknya yang sedang berputar ligat dalam kotak fikiran Najib Razak sekarang bila membaca kenyataan terbaru pengarang The Wall Street Journal ini?

Tidur lenakah Apandi Ali malam tadi?

Apa lagi yang mahu mereka lontarkan apabila pengarang kewangan WSJ, Ken Brown secara terbuka memberitahu dunia bahawa pihaknya menolak andaian wang  RM2,600 juta yang diterima Najib merupakan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya dengan yakin menyatakan ia datangnya daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan datang daripada keluarga Arab Saudi, tetapi daripada syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami tidak pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan," tegas Ken dalam wawancara dengan ABC News Australia.

Bagaimana Najib dan Apandi mahu menepisnya sedangkan dalam masa yang sama WSJ juga menegaskan mereka mempunyai banyak bukti sokongan?

Beranikah mereka terus mempertahankan wang itu tetap derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi?

Bersediakah Najib dan Apandi menghadapinya jika WSJ dalam laporannya selepas ini mendedah satu demi satu bukti-bukti sokongan yang mereka miliki?

Pilihan kini di tangan Najib. Berterus terang dan berlaku jujur dengan mengiyakan wang itu memang daripada 1MDB barangkali bukanlah pilihan yang kita harapkan akan dilakukan oleh Najib.

Sempena 40 tahun penceburannya dalam politik yang bakal diraikan Sabtu ini, Najib hakikatnya tiada pilihan lain selain melakukan saman berganda terhadap WSJ bagi mempertahankan dirinya.

Hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ  berkaitan pendedahan wang RM2,600 juta yang dulunya diheboh-heboh tapi sehingga ini masih belum menjadi kenyataan mesti disekalikan dengan   saman terhadap dakwaan terbarunya yang mengatakan wang itu datangnya daripada 1MDB.

Jika tidak berani mengambil tindakan saman terhadap WSJ,  adalah memalukan bagi 30 juta rakyat Malaysia, lebih 5 juta pendatang asing sedia ada dan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang bakal tiba, untuk terus mempunyai Perdana Menteri yang mempunyai gelaran paling panjang dalam dunia sebagaimana yang selalu disebut oleh Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin iaitu "Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib bin Abdul Razak". (SH 19/02/2016).

37 comments:

  1. Mampus kau kali ni

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya "sanrobangla"

    ReplyDelete
  3. Saya cukup yakin En Din,menjelang PRU 14 satu demi satu skandal najib aka Rosmah akan terkeluar ,bukan saja dari WSJ malah dari banyak pihak yang mungkin tidak kita jangka ,siasiatan luar negara masih berjalan, pokok cerita selagi najib masih jadi PM selagi itulah beban imej buruk terpaksa ditanggung oleh umno selagi itu lah persepsi buruk keatas kerajaan terpaksa dihadapi dan selagi itu lah pengampu terdiri dari menteri menteri dan pemimpin atas umno akan melakukan kesilapan kerana hidup dalam zon pembohongan dan kemungkaran ,akhirnya umno akan lingkup ,percaya lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masaalahnya berapa ramai orang kampung yang ada internet untuk mendapatkan maklumat pans dan terkini? Tanpanya, sampai ke nunlah mereka akan ditipu kira dan kanan!

      Delete
    2. Jangan risau....ni specialty orang2 PAS.

      Delete
    3. Isu TH pun PAS telan bulat-bulat ...

      Delete
  4. Skrg najib dan pak pandir tgh pening bagaimana nak tepis fakta WSJ.tengah pening bagaimana nak belit lg.kah..kah..kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang layak dan selayak layaknya AG Apandi mendapat gelaran Pak Pandir Negara

      Delete
  5. Saya cadang agar saman sekali menteri luar arab saudi, yang menyatakan duit tu bukan derma, tapi pelaburan.

    ReplyDelete
  6. Najib serba slh nk saman @ tdk..nk saman,xda hujah kukuh..klu xsaman,wsj korek kluar mkin byk fkta. Moral crita ni,always do right..bcoz it will gratify some people but astonish the rest. Salute pd wsj meskipun bkn islam tp kebolehpercayaannya sgt tggi.

    ReplyDelete
  7. PATUTLLAH TUN MAHATHIR DAH AWAL-AWAL BAGI TAHU CUMA ORANG ARAB GILE JE BAGI DERMA RM2.6 BILLION.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat setuju dgn Tun M bahawa Arab gila aja yg nak derma begitu banyak kpd Najib.

      Untuk kuatkan lagi, saya ingin tambah bahawa sebenar Arab gila pun takkan nak derma sebanyak itu kpd Najib.

      Karut, karut, langsung tak masuk akal. Orang gila pun tak percaya.

      "Itu pun engkau suka.., Sabariah..." (Filem Ibu Mertuaku)

      Delete
    2. Saya amat setuju dgn Tun M bahawa Arab gila aja yg nak derma begitu banyak kpd Najib.

      Untuk kuatkan lagi, saya ingin tambah bahawa sebenar Arab gila pun takkan nak derma sebanyak itu kpd Najib.

      Karut, karut, langsung tak masuk akal. Orang gila pun tak percaya.

      "Itu pun engkau suka.., Sabariah..." (Filem Ibu Mertuaku)

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. Hari ni hari Jumaat. Najib tunggu nak saman hari Selasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak selasa depan, selasa minggu depan.
      Kalau tak selasa minggu depan, selasa minggu satu lagi.
      Kalau tak selasa minggu satu lagi, selasa satu lagi.
      Kalau tak selasa satu lagi, selasa yang terakhir dalam bulan itu.

      Jika tak juga bulan depan.

      Kalau tak selasa minggu ini, selasa minggu depan.
      Kalau tak selasa minggu depan, selasa minggu satu lagi.
      Kalau tak selasa minggu satu lagi, selasa satu lagi.
      Kalau tak selasa satu lagi, selasa yang terakhir dalam bulan itu.

      Jika tak juga bulan depan lagi satu.

      Letih laaaaa ... nak tunggu selasa

      Delete
    2. Cik Jamil kena warning macam tu dlm madu Tiga.

      Delete
    3. Biarkanlah WSJ nak lapor apa sekali pun. Selagi tidak ada mana-mana undang-undang di dunia ini yang boleh dikenakan atas Najib, selagi itulah WSJ tulis lah apa pun....

      Karut ke tak karut, betul ke tak betul, fikirkanlah apa kesannya pada negara?

      Negara lain pun ada berketuakan yang jahat macam Najib tapi di selesaikan oleh rakyat dan sistem negara tersebut. Jadi maruah negara tersebut masih dapat menyelamatkan negara tersebut.

      Perbuatan Najib diketahui oleh dunia. Najib menelanjangkan negara sehingga Malaysia tidak ada apa yang tinggal. Sikit maruah pun tidak.

      Terlalu sukar untuk membangunkan semula Malaysia atau memperbetulkan semua nya kerana kita perlu mendapatkan kembali maruah terlebih dahulu.

      Rakyat Jepun membangunkan Hiroshima, kerana punya maruah ... begitulah pentingnya maruah.

      Delete
    4. Dah jadi seteruk nih, ada maruah ke dia? Buah belum tentu lagi ada......dia sekarang dekat dengan saya di America, tapi ada cerita dia keluar?

      Dia seram sejuk kalau jadi macam di UK kena heckled teruk. So buat muka tembok jer lah bergaul dengan yang lain tapi dalam pada itu orang cuba mengelak.....

      Satu lagi, terbang sana sini, balik ada dia bawa FDI ke? Shopping jelas ada, bayar credit card guna duit yang masuk account PERIBADI TERBUKTI ADA! Tak salah lagi?

      Dan lagi, gaji PM 1/2 Juta RM p.a. lebih kurang, tapi belanja sakan 3 Juta lebih! Kira 6 tahun punya gaji belanja seminggu, gila ke apa? Masih bukan rasuah? Oh derma dari arab-gila......

      Delete
    5. Guna duit yang masuk ke account peribadi 3 Juta lebih bayar credit card.....duit tuh jatuh dari langit ke? Itu tak songlap ke? Itu bukan rasuah, tapi apa yer? Buat kelentong pun kelentong cheaps scale!

      Delete
  9. Saya berani bertaruh 20 pokok durian saya yg mamat ni tak berani buat saman.
    Jaguh kg lah katakan.

    ReplyDelete
  10. Saya berani bertaruh 20 pokok durian saya yg mamat ni tak berani buat saman.
    Jaguh kg lah katakan.

    ReplyDelete
  11. Silap haribulan wsj buktikan plak duit dr akaun najib masuk ke akaun apandi..kuat nau backing nya.

    ReplyDelete
  12. Sampai kiamat puak puak2 rejim yahudi pembangkang tak akan puas hati selagi mereka tak dapat putrajaya..teruskanlah cerita2 karut kau orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intellectually bankrupt punya argument. Di mana mana blog pun, takat ni jerr tahap perbahasan cybertrooper prepaids. UPSR ke SRP?

      Delete
    2. Anon 14:28..klu ya pun bongok,simpan2 lah cket.xyah tunjuk kt org

      Delete

    3. 14.28

      Apa kata kalau kau simpan bodoh sombong kau tu sikit sampai hari selasa depan.

      Delete
    4. Kamu 14:28 kata karut, 1MDB kata Ken Brown bohong, apasal tak dibuktikan sebalik nya? Sikit masa dulu mula Tun dah hentam, penjilat dan Najib sendiri kata buktikanlah.....

      Tun follow up dengan tuduh Najib pencuri.....WSJ tak saman, Tun lagi seram nak saman walau dah tuduh penyamun.....

      Tapi yang teruk anon 14:28 kerana akal tahap.....nak bagi grade pun tak cukup lagi!

      Delete
    5. Anon 14.28..apa laa ko ni...asyik sokong puak sesat lagi menyesatkan tak sedar ka?!! Sampai kiamat juga ko bawak skali fahaman sesat ko tuhhh.

      Delete
    6. Anon 14:28, kalau hang x komen kami x tau hang bodoh piang.40 kali hari selasa pon tetap bangang.

      Delete
  13. Biarkanlah WSJ nak lapor apa sekali pun. Selagi tidak ada mana-mana undang-undang di dunia ini yang boleh dikenakan atas Najib, selagi itulah WSJ tulis lah apa pun....

    Karut ke tak karut, betul ke tak betul, fikirkanlah apa kesannya pada negara?

    Negara lain pun ada berketuakan yang jahat macam Najib tapi di selesaikan oleh rakyat dan sistem negara tersebut. Jadi maruah negara tersebut masih dapat menyelamatkan negara tersebut.

    Perbuatan Najib diketahui oleh dunia. Najib menelanjangkan negara sehingga Malaysia tidak ada apa yang tinggal. Sikit maruah pun tidak.

    Terlalu sukar untuk membangunkan semula Malaysia atau memperbetulkan semua nya kerana kita perlu mendapatkan kembali maruah terlebih dahulu.

    Rakyat Jepun membangunkan Hiroshima, kerana punya maruah ... begitulah pentingnya maruah.

    ReplyDelete
  14. Rakyat Malaysia yg cintakan negara jgn berangan lah nk tengok Najib jawab WSJ. Seperti biasa dia buat derk jer. WSJ blh buat apa pd Najib. Malu? mana ada dah malu. Dia ni dah kena sumpah berbu kali oleh rakyat malaysia. Dah bertukar jadi sumpahan tu.Mana ada maruah.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

  16. เกมออนไลน์ เครดิตฟรี โจ๊กเกอร์123 slot online คลิกเลย
    https://www.slotxd.com/jokergaming123

    ReplyDelete