Saturday, 20 February 2016

"DENGAR BOLEH, PERCAYA NANTI DULU"

Daripada beberapa komen dalam blog ini,  berbual dengan rakan-rakan dan luahan yang didapati di media sosial, ternyata banyak sekali keraguan berhubung pembekuan pengambilan pekerja asing sebagaimana yang diumumkan oleh Ahmad Zahid Hamidi,  semalam.

Kesimpulan yang boleh diambil daripada semua suara-suara itu ialah, "dengar bolehlah, nak percaya nanti dulu."

Ramai yang tanpa ragu-ragu menyatakan penangguhan itu sebenarnya tiada kaitan sama sekali dengan sebarang kajian mengenai keperluan pekerja asing, sebaliknya hanya untuk "menanti kabus berlalu pergi" sahaja.

Paling-paling dua tiga bulan selepas ini, kata mereka, akan keluarlah semula kenyataan kononnya banyak industri kekurangan pekerja dan belia kita masih tidak minat merebutnya. Walhal, tiada usaha pun yang dibuat untuk menggalak dan merangsang golongan belia dan anak muda tempatan mengambil alih ruang pekerjaan itu.

Jika ada yang rajin, simpanlah keratan kenyataan atau rakaman video Zahid sejak beberapa hari yang lalu dan cuba bandingkan dengan apa yang bakal dikatanya dua atau tiga bulan akan datang nanti.

Secara umumnya,  beberapa aspek yang menimbulkan keraguan rakyat berhubung pengumuman Zahid itu, antaranya:-

- Pengumuman penangguhan itu diumumkan oleh Zahid di Sarawak di ketika beliau dalam rangka lawatan bertemu rakyat yang ada kaitan dengan tarikh pilihanraya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi. 

Maka, sudah tentu keputusan menangguhkan itu tidak lari daripada keinginan untuk menunjukkan bahawa kerajaan yang ada begitu prihatin dalam menjaga kepentingan rakyat.

Selepas pilihanraya, lebih-lebih lagi jika menang selesa, nadanya boleh jadi berbeza. Tempoh untuk berubah nada itu juga mungkin tidaklah terlalu lama daripada tarikh pembekuan itu diumumkan.

- Isu 1.5 juta pekerja Bangladesh ini mempunyai persamaan dengan arahan menjual tanah TRX milik Tabung Haji tidak lama dulu. 

Apabila isu 1MDB sudah agak reda, Tabung Haji tiba-tiba membuat keputusan untuk terus mengekalkan pemilikan tanah itu, walaupun sebelumnya mengatakan penjualan itu kerana tidak mahu agensi yang terlibat dalan urusan ibadah umat Islam turut terkait dalam kemelut untuk menyelamatkan syarikat pelaburan sarat hutang itu.

- Memorandum persefahaman membawa 1.5 juta pekerja Bangladesh itu baru saja ditandatangani di Dhaka iaitu sehari sebelum Zahid mengumumkan pembekuannya dan mustahil perjanjian yang boleh menjana keuntungan dari segi kewangan dan sokongan politik itu mahu ditangguhkan lama-lama.

Akhirnya, semua akan kembali kepada "wal hasil balik asal" dan itulah stail bagaimana negara kita ditadbir sebenarnya. 

Untuk itu mari kita dengarkan sebuah lagu  yang dikirimkan oleh seorang rakyat Malaysia di London yang memang merupakan pembaca setia blog ini yang katanya bukan saja kegemarannya, malah dihafalnya suatu ketika dahulu.
(SH 20/02/2016). 

24 comments:

  1. Komen admin"dengar bolehlah,percaya jangan dulu"
    Faktanya,rakyat malaysia dah tak percaya pada menteri-menteri ni.cakap belit-belit.penipu semua ni.

    ReplyDelete
  2. zahid anak buah Anwar ibrahim .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa billion yang anwar dah rompak duit rakyat. Berapa tahun hidup zahid dalam sel penjara.

      Delete
    2. Sikalang apa cekap pon tatak bolih pakai lor rr . Manyak susah maa aa kalau itu lakyat sutak tatak caya maa aa .

      Delete
  3. Menteri2 termasuk PM cakap menipu rakyat bukan sekali 2x atau 3x tapi dah berkali2. Kalau di negara luar walaupun negara kapir menteri2 disana jujur dan menjaga kesejahteraan rakyat yg mengundinya. Tapi negara islam melayu malaysia ni masing2 mementingkan perut sendiri. Kununnya percaya akhirat dan padang mashyar. Tapi perbuatan mereka tak mengambarkan wujudnya alam akhirat tu benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ayat akhir diatas ..Tapi perbuatan mereka tak menggambarkan yang mereka percaya wujudnya alam akhirat itu benar

      Delete
  4. "Dengar boleh, percaya nanti dulu"
    Tajuk artikal ini kurang tepat. Sepatutnya ialah "Dengar boleh, percaya jangan". Tepat 'kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tuan..

      Berjiwa Rakyat Bangla.. kahkahkah..

      Suruh Zahid gi kerja Bangladesh la.. sibuk sangat nak jaga rakyat kat sana..

      Delete
  5. Cadangan slogan PRU14: BN Menang Bangla Senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan slogan tapi manifesto bn

      Delete
  6. Rakyat terpaksa telan semua keputusan umngok.setuju atau bantah, setiap tindakan umngok bermula dengan = kelentong -> putar -> blah (jalan)

    ReplyDelete
  7. Dasar kerajaan penipu. Video clip majlis tandatangan perjanjian dgn kerajaan Bangladesh pun dah keluar kat tv. Nak bohong apa lagi zahid???? Nak bohong apa lagi keruak???? Kamu semua ni lebih hina daripada pariah.
    Selepas pru 14 nanti tahulah nasib kamu semua.
    2 tahun saja lagi. Tak lama mana dah. Rakyat akan menjadi hakim.
    2 tahun saja lagi menteri2 semua akan masuk kandang. Jadi babi dlm kandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah melayu..kejap ja.. mcm kote lepas pancut..

      Dapat BRIM, main isu agama dan racist, hudud sikik..Cina DAP.. trus sokong UMNO balik la..

      Lps ada isu.. marah UMNO..pusing isu sikik2.. dapat BRIM..marah Cina DAP..trus nangis teresak2 sokong UMNO..

      Hingat hang sorang ja mcm ni?? Hadi Awang Sotong ngan Harun Din pun 2x5 dgn hang ja when comes to politics.

      Delete
  8. Saya dah kata awal lagi jangan percaya dongeng menteri ni mereka main wayang je rayat menjeritlah tengah jalan bantah mereka senyum je mereka peduli apa org umno yg mangkuk2 ni sokong moral ceritanya lagi sekali rakyat ditipu ayuh pru14 benam umno dan bn aaammiiìinnñn

    ReplyDelete
  9. MEMANG BETUL ,,,"DENGAR BOLEH , PERCAYA LANGSUNG TAK BOLEH" KAT MENTERI-MENTERI KAT KABINET LA NIE.....DOK NAK MENIPU RAKYAAT JE LE......

    PM JANGANLAH PEKAK KAN TELINGA DAN BUTA KAN MATA........JANGAN SAMPAI RAKYAT YANG MENDERITA.

    ReplyDelete
  10. Saya dah kata awal lagi jangan percaya dongeng menteri ni mereka main wayang je rayat menjeritlah tengah jalan bantah mereka senyum je mereka peduli apa org umno yg mangkuk2 ni sokong moral ceritanya lagi sekali rakyat ditipu ayuh pru14 benam umno dan bn aaammiiìinnñn

    ReplyDelete
  11. 3 months is a long time for the crooks to hatch some more lies. The immediate concern is for every single day that passed, these Ali Baba and his 40 Thieves were dead-focus to consolidate their hold on to power.....therefore for the majority of the people whom are against blatant disregard for the Rule of Law (in Malaysia), the offensive to pressure the current Ali Baba and his 40 Thieves to be sent One-Way ticket to oblivion is TOP PRIORITY!

    The country's wellbeing comes before the interest of any would-be dictator or deadset dictator.

    People should take consolation that from the far east to the land of Americas, however powerful or unyielding a dictator, these dictators always ends up in the ditch and in disgrace!

    And that, as history has shown is a gruesome possibility for the Chief-Pirate and his Cabinet and UMNO's hierarchy to contemplate!

    Having said that, do they have the slightest speck of conscience in them???

    MLN

    ReplyDelete
  12. Sekarang dah ke tahap "DENGAR TAK BOLEH, PERCAYA LAGI TAK BOLEH"

    Bagitau bila masa UMNO kalau bercakap tidak menipu.

    Kalau tidak dari mula menipu, di hujung menipu.


    ReplyDelete
  13. Menjelang malam ini, kita bertanya ... apa lagi yang pemimpin UMNO akan menipu keesokan hari?

    Dengan menipu sahaja mereka dapat kekalkan kuasa.

    Bagi orang melayu pemakan dedak, ini lah politik. Fahaman politik UMNO ini lebih berbahaya dari wahabi .

    ReplyDelete
  14. Zahid pakai SOP Umno. Biasalah.Bila nak pilihanraya, janji menggung, lepas pilihanraya abuk pun tak da. Dalam kes nak bawa masuk Bangla ni, betul telaan sdra, depan bakal pengundi Sarawak Zahid cakap tunggu dulu, dah menang nanti cerita tunggu dulu tu lenyap. Bila isu ni nanti dah kurang diperkatakan selepas dua tiga bulan, kerajaan ni akan bawa masuk secara senyap2. Cuma harapan kita agar rakyat jangan berhenti menyuarakan tentangan sehingga berakhir pru14 nanti. Gunakan modal hinaan Zahid dan Khairy terhadap gulongan muda sebagai semboyan pru14 bagi menumbangkan umno/bn.

    ReplyDelete
  15. melayu dan malaysian...membantah hangat-hangat tahi ayam dan mudah lupa .... zahid kata tangguhkan, rakyat happy...dalam happy-happy tu.... import bangla tu jalan juga senyap-senyap......!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  16. Bukan Zahid saja malah suara kabinet NR ni tak boleh pakai. Slang org Sabah:ayam mati.
    Zahid d tv ckl berkobar2 tapi hakikatnya dia pembohong.
    Sampai hari ni dia x umumpun dalang pencerobohan Lahad Datu.
    D Msia politikus masuk politik untuk buat harta bkan mcm negara lain, rata2 dah kaya, masuk politik kerana ideologi.

    ReplyDelete
  17. Bukan Zahid saja malah suara kabinet NR ni tak boleh pakai. Slang org Sabah:ayam mati.
    Zahid d tv ckl berkobar2 tapi hakikatnya dia pembohong.
    Sampai hari ni dia x umumpun dalang pencerobohan Lahad Datu.
    D Msia politikus masuk politik untuk buat harta bkan mcm negara lain, rata2 dah kaya, masuk politik kerana ideologi.

    ReplyDelete