Monday, 15 February 2016

ANNUAR MUSA KINI SENJATA BARU NAJIB BALUN MAHATHIR

Perlantikan Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan kini semakin difahami berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya sejak akhir-akhir ini.

Beliau tidak lain untuk dijadikan senjata paling depan menyerang Tun Mahathir Mohamad yang terus lantang mengkritik kepimpinan Najib Razak.

Untuk rekod, Annuar bukan saja pernah menjadi menteri di era Tun Mahathir selepas pilihanraya 1990, bahkan menjadi pemimpin Kelantan paling lantang menyerang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan Presiden UMNO tahun 1987.

Dalam pemilihan itu, Tun Mahathir berjaya menewaskan Ku Li dengan kelebihan 43 undi.

Ketika timbulnya isu Raja-Raja yang membabitkan pindaan perlembagaan, Annuar Musa juga menjadi antara yang paling ke depan menyokong usaha Tun Mahathir dan kerajaan ke arah itu.

Pendeknya, kelantangan dan kepetahan berpidato Annuar bukanlah luar biasa selama beberapa lama ketika Tun Mahathir merupakan "bossnya".

Annuar, dalam perjalanan karier politiknya lebih dikenali sebagai orang Tun Mahathir sehingga dapat menjadi menteri penuh ketika berusia dalam lingkungan pertengahan 30an.

Kini, dengan  melantiknya sebagai Ketua Penerangan UMNO, Najib dilihat lebih mahu memanfaatkan kemampuan Annuar itu untuk menyerang balik bekas "bossnya" yang pernah berjasa kepadanya itu.

Beberapa kenyataan Annuar yang membandingkan tindakan Tun Mahathir ketika berkuasa dengan Najib sekarang serta serangannya kepada Mukhriz yang didakwanya tidak pernah bersuara dalam mesyuarat MT UMNO, tidak lain memperlihatkan kecenderungan ke arah itu.

Dalam kunjungannya ke Perak dan Kedah baru-baru ini,  Annuar juga dengan jelas mahukan  UMNO bersikap menyerang dan bukan lagi defensif sebagaimana yang dilakukannya sekarang ini.

Beliau juga mengajak semua pihak dalam UMNO terus mempertahankan institusi presiden yang kian teruk diserang dan dipertikaikan.
Sebelum itu, Annuar turut mengulas panjang tulisan Tun Mahathir dalam blognya yang mengkritik Peguam Negara dengan menyifatkannya suatu bentuk hasutan dan berikutan beberapa laporan polis sudah dibuat, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menegaskan, pihaknya akan menyiasat bekas Perdana Menteri itu berkaitan jenayah fitnah.

Sebagaimana dulunya Annuar sentiasa ke depan  menyerang Ku Li dan Sultan Kelantan, jawatan baru dan peredaran masa seterusnya akan memperlihatkan begitulah juga Ahli Parlimen Ketereh itu akan "membalun dan membelasah" Tun Mahathir.

Aktifnya Annuar membela dan mempertahankan Najib dengan jawatan barunya sekarang sambil cuba membandingkannya dengan apa yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir dahulu, Perdana Menteri kini seolah-olah sudah ada "senjata baru"  untuk menyerang balas pengkritik  utamanya itu.

Secara langsung, ia juga memperlihatkan "senjata lama" seperti Salleh Said Keruak, Abdul Rahman Dahlan dan lain-lain yang selama ini banyak menghabiskan masa mennyerang Tun Mahathir, semakin tumpul di mata Najib.

Pendekatan Annuar pula tidak memperlihatkan sama sekali keinginan untuk membaik dan menjernihkan semula hubungan Tun Mahathir dengan Najib, sebaliknya terus menyerang dan menyerang sehingga mungkin "seorang jadi abu, seorang lagi jadi arang."

Tidak menghairankan juga jika dalam waktu terdekat ini Tun Mahathir akan ditangkap dan disiasat berikutan jalan ke arah itu sudah pun ditunjukkan oleh Annuar yang menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai menghasut.

Jika ditangkap, bukan persoalan apa jadi kepada Tun Mahathir yang menjadi isunya, tetapi yang lebih ingin disaksikan ialah apa jadi kepada Najib selepas itu?

Adakah Najib makin selesa atau makin terjerut?

Di sebalik Najib mungkin berasa perlantikan Annuar bermanfaat untuk dirinya dalam menghadapi serangan bekas Perdana Menteri itu, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah ia juga menjadikan perkelahian Tun Mahathir - Najib terus parah dan berdarah sehingga tibanya tarikh pilihanraya akan datang, kalau pun tidak membawa sampai ke hujung nyawa. ( SH 15/02/2016).

39 comments:

  1. Tunggu malaikat baru gamaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib memang bijak.

      Bukan saja Anuar Musa, malahan lebai2 dalam parti agama berjaya di "neutralize" untuk dijadikan perisai kpd segala kemunkaran yang dibuat.

      Cash is King!!!

      Delete
    2. ..bagi lebai Ulupp tanya sat...cash is king tu apa dia ...haa...haah..haa...

      Delete
  2. Nak suruh ahli menpertahankan presiden yg dlm akaun pribadinya ada wang donation meragukan,support presiden buat tindakan salah guna kuasa dgn memecat bekas AG,bubar task force yg siasat skandal 1MDB,tangkap pegawai BNM dan SPRM yg terlibat siasatan 1MDB dan ganggu siasiatan awal PAC semua untuk elak diri presiden ditudoh,apa ini Annuar musa awak ini paria presiden korup ka,tolong la jadi bijaksana dan bermarwah sikit la,hari ini ugut org melayu,dgn kenyataan tak payah undi umno kalau tak perlu MARA lagi satu species Ahmad Maslan,ni Annuar Musa memang kami orang melayu tak akan undi umno dan tak semestinya MARA akan lesap tampa umno malah akan lebih tulus dan berintegriti dgn pengurusan baru yg bebas dari penylewengan pemimpin macam Najib dan kamu jgn perbodoh org melayu sehingga tak ada titik nokhta,kami faham sangat perlembagaan dan kuasa parlimen,serta kuasa raja raja melayu.

    ReplyDelete
  3. Nak suruh ahli menpertahankan presiden yg dlm akaun pribadinya ada wang donation meragukan,support presiden buat tindakan salah guna kuasa dgn memecat bekas AG,bubar task force yg siasat skandal 1MDB,tangkap pegawai BNM dan SPRM yg terlibat siasatan 1MDB dan ganggu siasiatan awal PAC semua untuk elak diri presiden ditudoh,apa ini Annuar musa awak ini paria presiden korup ka,tolong la jadi bijaksana dan bermarwah sikit la,hari ini ugut org melayu,dgn kenyataan tak payah undi umno kalau tak perlu MARA lagi satu species Ahmad Maslan,ni Annuar Musa memang kami orang melayu tak akan undi umno dan tak semestinya MARA akan lesap tampa umno malah akan lebih tulus dan berintegriti dgn pengurusan baru yg bebas dari penylewengan pemimpin macam Najib dan kamu jgn perbodoh org melayu sehingga tak ada titik nokhta,kami faham sangat perlembagaan dan kuasa parlimen,serta kuasa raja raja melayu.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah!,kenapa terjadi sampai bagitu pak?.Ungkit menguinkit tentang pekara lama bukan fitnahkah?.ugut menugut ini apa pula,kira hampa punya side ok-tapi bila orang yang tentang kita sudah ketegori fitnah,betulkah ini?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya dalam hal bersabit dengan penyelewengan dan salah gunakuasa Najib satu pun bukan fitnah ,dgn kenyataan yang sering bercangah dan pembohongan yang sering dibuat oleh beliau serta kenyataan AG apandi yang mengelirukan dan memperbodohkan undang undang yang ada sepatutnya rakyat wajib sedar kita memiliki pemimpin yang wajib diturunkan,bukan dipertahankan hingga membawa kepada kemungkaran dan kebatilan.

      Delete
  5. Ahli umno ni nenurut pandangan saya mcm mercenaries, langsung x ada perasaan tdrhutang budi pada jasa org yg pernah menolong mereka.
    Mcm tak ingat akhirat.

    ReplyDelete
  6. Ahli umno ni nenurut pandangan saya mcm mercenaries, langsung x ada perasaan tdrhutang budi pada jasa org yg pernah menolong mereka.
    Mcm tak ingat akhirat.

    ReplyDelete
  7. Orang macam annuar, keruak, rahman dahlan....audience mereka ialah orang kampong bermentaliti kampong habis, macam kota belud. Zaman pidato dah berlalu, kerbau jerr yang layan. Tony Pua yang tak pandai cakap pun lagi orang respek, sebab cakap ada substance.

    ReplyDelete
  8. Annuar musa binatang ternakan najib yg baru dpt sedap.tengah sedap menjilat la katakan.sampai siku tu...

    ReplyDelete
  9. Tugas berat yang terpaksa dipikul setelah panglima lain mengundur diri dan ada juga yang sembunyi dalam semak terutama yang muda.
    Pada mulanya najib merasa sedikit selamat bila berupaya mendapat sokongan penuh dari ketua bahagian.
    Malangnya langit tak selalu cerah, kebangkitan GKCM yang melantik tun menjadi penaung telah menjadi igauan mimpi ngeri najib.
    Mungkin najib tidak pernah menduga tun akan bertindak sejauh ini dalam melancarkan serangan terhadapnya.
    Penulisan tun menerusi blog umpama belati menikam jantung. Terlalu janggal untuk rakyat menerima tulisan tun itu sebagai fitnah.
    Annuar bukan lawan tun. Tak dinafikan annuar lama dalam politik dan namanya menjulang diera tun.
    Kesedapan kuih bukan terletak pada nama atau acuannya, tapi pada pembuat kuih tersebut dan resepi yang digunakan.
    Sebab itulah, annuar dilihat gelojoh seolah2 hilang pertimbangan dalam mengeluar kata2. Ia seakan2 panik dalam menghadapi tekanan dari akar umbi dan rakyat. Sekiranya perasaan hormat dan takut dikalangan ahli terhadap kepimpinan parti dapat dipecahkan oleh GKCM maka najib akan terima padahnya.
    Sesuatu perlu dilakukan untuk "menakut" dan menghalang kembangkitan ini.

    ReplyDelete
  10. Adakah rakyat masih mahu berdiam diri sekiranya Tun ditangkap???
    Pastinya rakyat Malaysia Tak Kira bangsa agama, semua akan bangun mempertahankan Tun yang amat dikasihi. Mungkinkah ia akan merupakan nohtah penamat bagi semua kemelut yang kita semua hadapi sekarang. Dan ia akan menjadikan UMNO berkubur awal Dari yg dijangkakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah..tangkaplah sapa pun.. rakyat kita ni adalah Raja Segala Bacul dan Sultan Segala Pengecut dan Penakut Pait.

      Kalo Najib toron bini kita tengah jalan di Chow Kit pun... blom ada sapa berani melawan punya..

      Sembang ugut2.. Melayu No 1. Religiuosly Overload = No 1. Nationalist n Extremist =No 1. Teknologi abadi milik melayu ialah membuat kerepek..kahkahkah

      Melayu apa tau???

      Delete
  11. Tuan penasihat.......25% komisen.

    ReplyDelete
  12. Saya secara peribadi x pernah menyukai Tun M.I cannot accept what he did to DSAI.
    Ivwish him the best of lucks in his efforts to bring down Najib
    Yg ni saya sokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I, on the other hand, cannot accept what the conniving AI did to Dr M and to all Malaysians in general.

      He deserves to be in Sungai Buloh. May he be reformed for the better when he comes out.May he repent fully.

      Delete
    2. Hi! U r entitled to ur opinion. Tapi pernahkah anda terfikir kesusahan yg kita alami skrng sedikit sebanyak angkara Tun M juga?
      How would the situation b sekiranya KuLi or Tum Musa jadi PM selepas Tun M?

      Delete
    3. Hi! U r entitled to ur opinion. Tapi pernahkah anda terfikir kesusahan yg kita alami skrng sedikit sebanyak angkara Tun M juga?
      How would the situation b sekiranya KuLi or Tum Musa jadi PM selepas Tun M?

      Delete
    4. What do you expect then..? Blaming tun m is wrong either way. Do you expect tun to know what the future is? Do you know what will happen to you tomorrow?

      The past is the past. Its over. And he resigned honourably. While our country in tip top position. Being praised by people from other country except israel...

      Now..our country in such a mess...why wouldnt najip step down asap and let other leader leads the country? Dont tell me najip is the one and only leader here that suits to be pm...even ranny kulop can do what he has been doing all this while...

      Delete
    5. Ini karma lahhh..tiap2 hari blog pro Umno menghina dn mencaci Mahathir. menteri2 propaganda Umno yg kini Musa juga menghina dan mencaci Mahathir. Anak2 Mahathir, Mukriz and akan dtg Mokzani orang2 najib tengah asah pisau utk sembelih. Mahathir kena dakwa atas Akta hasutan munkin pelengkap karma tu. Buat jahat pd orang..satu hari org akan buat pd kita.

      Aku pun setuju..bab utk jatuh kan penyamun antarabangsa Najib patu disokong olih semua rakyat. Personal differences put aside.

      Delete
  13. Ketua penerangan yg pernah dituduh samun duit orang miskin ..tak payahlah nak layan. Baik nasihat dia bertaubat je. Penyamun bela penyamun. Eloklah tu umno oiiioo

    ReplyDelete
  14. Apa makna menghasut?
    Menghasut tu adalah sumbangan atau gift tanpa mengharap apa-apa pembalasan. Jadi Tun M didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah.

    ReplyDelete
  15. Kadang2 manusia ni selalu lupa kpd org yg pernah menolong mereka menaikan mereka oleh kerana hendakan seshatu sanggup menghina org lain padahal org yg dipertahankannya ifu lebih hina dari seorang pengemis kerana pengemis meminta untuk hidup aaammmiƬiiinnnn

    ReplyDelete
  16. Kadang2 manusia ni selalu lupa kpd org yg pernah menolong mereka menaikan mereka oleh kerana hendakan seshatu sanggup menghina org lain padahal org yg dipertahankannya ifu lebih hina dari seorang pengemis kerana pengemis meminta untuk hidup aaammmiƬiiinnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat anda.Rakyat makan untuk hidup manakala penyanggak hidup untuk makan.Penyanggak akan menukar penduduk negara menjadi pengemis dalam negara.

      Delete
  17. Semua panglima ampu bodek Najib hanya kelihatan hebat-hebat pada mulanya sahaja. Selepas mengungkit kesalahan Mahathir tidak ada yang tinggal untuk mereka menyerang. Nada dan irama nya sama di ulang-ulang. Bodohnya sama satu pattern.

    Annuar Musa di anggap senjata baru tapi menguna peluru lama dengan mengungkit kesalahan Mahathir.. Sebelum ini panglima ampu bodek Najib pun mengaitkan apa yang Mahathir telah lakukan sepanjang pemerintahan nya.
    Ketepikan tindakan Mahathir.. kita lihat bagaimana UMNO semasa Mahathir dengan UMNO semasa Najib.

    Masa Mahathir tidak ada gabungan ahli UMNO ditubuhkan..
    Masa Mahathir hanya Anwar sahaja yang di pecat.
    Masa Mahathir, walaupun ada pindaan perlembangaan, tidak ada watikah dari Majlis Raja-Raja yang menegur Mahathir.

    Biar Annuar mula kan langkah, lama-kelamaan dia akan jadi macam Ahmad Mazlan dan mungkin lagi merapu dari Salleh Keruak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tuuu....masa Tun M di tampuk kuasa....sape2 yg terang2an menentang beliau pun bebas utk bertanding. Segala perkara yg melibatkan kepentingan negara akan dibentangkan di kabinet bagi mencapai keputusan. Waima kes pak sheikh pun begitu juga. Itupun setelah sekian lama beliau membakulsampahkan semua aduan dan 'suratlayang'....Tun M tidak akan sekali2 membuat keputusan mengikut amarah dan kepentingan peribadi. Sudah pasti dlm membuat keputusan ada hati yg terluka dan marah.... tapi Tun M tetap berani nemikul segala tanggungjwb. Itulah Tun M dari dulu, kini dan selamanya.... satu2nya pemimpin terbilang.... 'Anak Jantan' yg masih hidup di bumi Msia ini.... Moga Anak Jantan ini diberikan kesihatan dan dikurniakan umur yg panjang oleh ALLAH SWT.... Aamiin....

      Delete
  18. Orang umno sendiri tak caya kata2 pemimpinnya....heh heh

    ReplyDelete
  19. Berapa tahun lamanya Anwar menjadi TPM ?
    Dan berapa lama pulak Muhyiddin menjadi TPM sebelum di pecat ?

    ReplyDelete
  20. Sya rela ke penjara utk tun.m nak bagi masuk lokap ka penjara ka apa jadah no problem i dont care.najib tahu tak nasib raja louis atau ceaucescu?fikir fikirkan

    ReplyDelete
  21. Mana mungkin anak murid(Anuar M) boleh menjatuhkan Tokgurunya(Tun M)..
    Jenis anak murid yg DERHAKA pada Tokguru ni, hidupnya tak ada Berkat..
    Pesan org Tua2, jgn DERHAKA kpd IBU BAPA & Guru(org yg pernah memberi ILMU) sbb Buruk akibatnya...
    Kalau nak tunjuk SETIA pun, biarlah SETIA nya JEBAT...

    ReplyDelete
  22. Ada amalan baru sekarang...."AMAL MUNGKAR NAHI MAA'ROF". Nauzubillah Min Zalik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cash is King,
      Tuan P.sihat, masyukkkkkk!!!

      Delete
  23. Antara najib dan mahathir siapa yg akan kalah,dan siapa yg akan mati dulu,siapa yang kena main depan belakang dan siapa yg akan dihanyutkan tongkang dan dilepaskan dilautan terbuka biar di keroyok oleh jerung ganas.biar dia mampus.tapi pada lojik nya najib mengatasi segala nya dan akan perintah hingga tahun 2099 kerana dgn bangga nya dia adalah keturunan Panglima bugis yg terlalu hebat dan mahathir akan terus menjengkeli najib kerana projek nya kali ini kurang berjaya dan yg disedari oleh dirinya dia tak boleh bertahan nyawa sehingga tahun 2099.untuk kedua pejuang ini selamat bergaduh dan terus bergaduh sambil kita mengimport bangla yg berjumlah 1.5juta dan projek seterusnya import lagi ramai pendatang asing untuk menjadi rakyat Malaysia,kerana rakyat yang ada sekarang ni dah tak minat dgn najib atau umno atau bn

    ReplyDelete
  24. Apa herannya. Najib balun RM Rm2.6billion duit 1MDB dan RM69million duit Pension Fund melalui SCRI. Duit 1MDB dgn kerjasama JLow.

    Annuar semasa jadi Menteri Pembangungan Luar Bandar membalun duit PPRT dgn kerjasama penjenayah bernama Ooi. Last2 KSU dia yg tak dapat apa2 dn mengikut arahan Annuar, Dr Aziz didakwa pecah amanah dan menipu.

    Harap Sprm bukak balik fail siasatan terhadap Annuar. Dulu ditutup dgn jaminan Annuar tidak lagi bergiat dlm politik.

    ReplyDelete
  25. Dulu Tun naikkan dia Menteri, sekarang PM Najib pulak akan naikkan dia. Ibarat ayam di mana ada dedak di situlah dia pergi kejar. Ibarat lalang yang akan bergoyang mengikut kehendak angin yang meniupnya. Nak hidup senang di negara ini mesti pandai mengikut arah angin.

    ReplyDelete
  26. Dulu Tun naikkan dia Menteri, sekarang PM Najib pulak akan naikkan dia. Ibarat ayam di mana ada dedak di situlah dia pergi kejar. Ibarat lalang yang akan bergoyang mengikut kehendak angin yang meniupnya. Nak hidup senang di negara ini mesti pandai mengikut arah angin.

    ReplyDelete
  27. Semoga Allah SWT lindungi Ayahanda Tum Mahathir serta kita sebagai rakyat Malaysia yg inginkan peralihan pemimpin tertinggi. Aminn.

    ReplyDelete