Wednesday, 6 January 2016

TAK PERLU KATA APA-APA







44 comments:

  1. Ish ish ish. Ini la politik Melayu. Sat cakap kot nu.. Sat cakap kot ni

    ReplyDelete
  2. PAS cuma kata tidak akan masuk BN. Itu kami semua sudah sedia maklum. Sekarang ni pun PAS sudah ada kerjasama dengan PKR untuk kerajaan negeri Selangor.

    Jadi kerjasama sama ada untuk politik atau pilihanraya masih boleh terjalin walaupun PAS tidak masuk BN.

    Putar-putar sampai belit. Bila dah belit dia cuba putar balik. Alahai, kalau dah terbelit biarkan sahaja. Tidak payah nak putar balik pulak !!

    ReplyDelete
  3. Teori yang cukup mudah. PAS memang tidak akan bergabung dengan UMNO sekarang. PAS hanya akan bergabung apabila menang kerusi DUN atau Parlimen. Ini akan berlaku apabila sesuatu Parti tidak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.

    Kes seumpama ini hampir berlaku di Perak dan Selangor selepas pilihanraya 2008. Jadi di sini PAS akan mengambil kesempatan untuk bergabung dengan UMNO sekiranya di tawarkan jawatan MB atau Menteri. PAS sanggup ketepikan rakan PR yang lain ketika 2008 semata untuk membentuk kerajaan dengan UMNO ketika itu. Namun ALLAH maha mengetahui segalanya.

    Tunggu PRU14 nanti, kaedah yang sama akan digunakan. JIka Bergabung sekarang tiada nilainya bagi PAS. Bergabung selepas PRU, PAS akan di angkat parti lebih bernilai oleh UMNO/BN kerana menyelamatkan mereka.

    Ketika semua rakyat menderita dan cuba menjatuhkan UMNO/BN, PAS datang sebagai penyelamat.

    Ketahuilah bahawa rakyat sedang memerhatikan tindakan PAS ketika ini....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Strategik PAS bergabung untuk membentuk Kerajaan tidak membawa PAS ke mana-mana. Jauh dari tujuan PAS sebagai Parti Islam kerana dalam banyak perkara PAS kena berunding dengan UMNO dan UMNO kena jaga hati MCA MIC.

      Di Terengganu dan Kedah pun PAS tidak membawa apa-apa kesan pada rakyat dan negeri.

      Delete
    2. Setuju dgn Anon 17:38,
      2008 TGNA masih ada, rancangan UG gagal. PRU14 nanti... yg ada ialah Din Ayam "pakar" strategi PAS. PR nampak gaya bakal dikhianati oleh Ulama U-turn. Serban yg dipakai belum tentu menjanjikan kejujuran...

      Delete
  4. Pegangan PAS kononnya tidak akan bersatu dengan UMNO Baru memang boleh diterima kerana kalau parti itu duduk dalam Barisan Nasional, lojiknya parti itu akan pupus secara mendadak. Ramai ahli parti lompat ke parti lain, yang tetap kekal hanya orang yang berstatus baruah saja.

    Selain dari itu, parti PAS boleh bergerak bebas tanpa sebarang ikatan dengan UMNO Baru malah dengan suka rela mereka berperanan sebagai parti pengacau dalam block pembangkang bagi mempertahankan kewibawaan pemimpin UMNO Baru yang tercalar dengan jenayah.

    Biar pun ahli parti akan mempertikaikan tindakan itu, pemimpin tertinggi parti itu akan keluarkan hadis nabi, firman tuhan bagi merealisasi matlamat mereka. Ahli yang bangang akan terima tanpa berfikir.

    Dalam urusan politik, berbaik antara pembangkang dan pemerintah seperti PAS dan UMNO Baru bukan satu kesalahan malah mencipta kebaikan demi mengukuhkan kedudukan parti masing-masing yang dirasa sedang nazak.

    Tapi yang menjadi kesalahan apabila mereka berpolitik guna agama untuk memperbodohkan penganut, sedangkan dalam politik keutamaan nya adalah mendapatkan kuasa dan menguasai ekonomi bukan menguruskan agama seperti yang diheboh oleh PAS.

    Percanggahan nafsu seumpama itu membuatkan ada puak mengatakan pemimpin PAS guna agama hanyalah untuk kepentingan perut dan bawah perutnya saja. Mereka peralatkan ahli yang asyik bertakbir....Allah huakbar ! Allah huakbar!

    Dalam keadaan hidup rakyat yang serba susah.....siapa peduli PAS nak berkerjasama dengan mana-mana parti yang disukainya kerana parti itu dilihat tidak faham ekonomi dan kurang aktif sebagai ahli parlimen yang memperjuangkan nasib rakyat.

    Tambah lagi, PAS berpolitik bukan nak rampas kuasa, kecuali nak jadi penasihat kerajaan BN saja...... Hanya orang gila saja yang undi calon PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak nanti......





    ReplyDelete
  5. Kah kah kah kah...ini dinamakan PUTARJAYA....PUTAR -PUTAR DENGAN JAYANYA....BUKANNYA BERJAYA KE PUTRAJAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingin bertanya kepada macai @ paschai, apakah ulama dan ostad hanya mampu membawa haluan islam setakat uturn label-melabel menjadi penasihat diputarjaya, apakah mereka ini tidak mampu memartabatkan islam di tampuk kuasa Putrajaya?Lu pikir sendiri la ostad.

      Delete
  6. Sandiwara. Dua-dua mahir sandiwara. Dua-dua mahir U Turn. Sama padan. Yang tak padannya, mereka tiada tempat dalam pemerintahan. Tunggu PRU14 kita didik mereka cara politik bersih dan berhemah. Negara ini bukan milik lebai atau maharaja. Ia milik Tuhan

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Pas Dan umno ada perbezaan ke??masing2 pergunakan agama demi peribadi....puih

    ReplyDelete
  9. Tiada kawan yg kekal dan tiada lawan yang kekal.

    Kawan boleh jadi lawan dan sebaliknya lawan boleh jadi kawan.

    Untuk apa berkawan dengan kawan sedia ada kalau kawan tadi cakap tidak serupa bikin.

    Meskipun sudah berkerat rotan dan berpatah arang, namun persepsi hidung tidak mancung...yang mahu dielakkan... mudah difahami alasannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam politik Islam tidak ada ungkapan 'Tiada kawan yg kekal dan tiada lawan yang kekal.' Yang Islam tekan kan ialah Amanah.

      Delete
    2. Amanah dimulut tidak pada perbuatan adalah apa yang OmPuteh panggil munafiq.

      Delete
  10. Sebenarnya kita keliru dgn pemimpin pas ni setiap pemimpin nak tunjuk pandai cakap ikut suka hati je akhirnya ahli bercelaru dan bosan yg rugi pas itu sendiri cuba lihat kenapa pas dapat perintah terengganu dan kedah satu penggal je kerana pemimpin pas tak pernah bersatu hati dan tamak dengan kuasa fiki2kanlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sendiri tanya sendiri jawab..hmm

      Delete
  11. Sebenarnya kita keliru dgn pemimpin pas ni setiap pemimpin nak tunjuk pandai cakap ikut suka hati je akhirnya ahli bercelaru dan bosan yg rugi pas itu sendiri cuba lihat kenapa pas dapat perintah terengganu dan kedah satu penggal je kerana pemimpin pas tak pernah bersatu hati dan tamak dengan kuasa fiki2kanlah

    ReplyDelete
  12. jgn terlalu yakin dgn kerjasama politik ini.nama pun politik.faham2 je wahai UMNO.ukur kekuatan sendiri..betulkan keadaan dalaman..prihatin keluhan di luar tu.kaji balik majoriti kemenangan yg nyawa nyawa ikan..kemenangan yg 1000 ke bawah maupun 2000 ke bawah.kaji kerusi umno yg diwakilkan kepada parti mic mca dan gerakan yg confirm pupus pru14 nanti.yg penting jgn syok sendiri dan masih liat utk pandang ke bawah.yg teramat penting parti penting atau individu dlm parti penting....ahmad maslan perlu berubah memberi penerangan kepada mula mendengar penerangan.

    ReplyDelete
  13. kan dah cakap Pas ni cume pandai u-turn je,...kekekekek

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya ke mana-mana PAS pergi dan apa-apa yang PAS buat, PAS tetap parti cabohcai. Bergabung atau tidak dengan UMNO, PAS parti pariah. Begitu juga ketika bersama PR, PAS parti menempek.

    Bagi lah 8 jawatan menteri atau 2, 3 negeri PAS tadbir... PAS tak buat apa-apa selain mulut menyebut Islam, Islam, Islam.

    ReplyDelete
  15. Jangan percaya dengan ulamak PAS lagi.

    Yang bagus nya, ada orang PAS menulis beri sedikit ruang kepada pemimpin untuk buat keputusan dan samakan tindakan Hj Hadi dengan Fadzil Noor. Lagi bagus sama kan kisah teladan Nabi saw tanpa mengambil-kira peribadi pemimpin PAS sekarang dan faktor-faktor dengan siapa dia berkerjasama. Adakah Fadzil Nor berdolak-dalih dan merahsiakan pertemuan nya begitu lama berjumpa Anwar. Adakah Fadzil Nor membantu Anwar kerana politik ?

    Masa UMNO lemah lah PAS ambil peluang untuk mendekati UMNO sedangkan PAS pun tidak sekuat mana sekarang ini. Mengapa tak tunggu PAS kuat baru tarbiyahkan UMNO ?

    ReplyDelete
  16. PAS tak perlupun masuk BN. Cukup UMNO sahaja masuk BN. Perlaksanaan taawun ni nanti samalah seperti PAS masuk BN....Macamana tu?

    Keuntungan politik bagi UMNO dalam BN jauh melebihi dari keuntungan bertaawun dengan PAS. Jadi dalam melaksanakan taawun dgn PAS, UMNO akan bertaawun dengan mengambil kira kepentingan UMNO dalam BN.

    Jadi secara tak langsung serupalah seperti PAS menyertai BN kerana kepentingan BN juga diambilkira oleh UMNO dalam bertaawun dgn PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni taawun pas diganti pula dgn so'un. Boleh buat masak lodeh. Selepas pas dan umno sama sama terlondeh dlm pru14 nanti

      Delete
  17. Di bawah kepimpinan Almarhum TGNA & Almarhum Ust.Fadzil Nor PAS dilihat jitu dan berwibawa seolah-olah mereka bakal menggantikan UMNO. 2-Ikon ini dihormati kawan dan lawan. Namun semua itu hilang sekelip mata..Allah ta'ala lebih mengetahui dengan melambatkan kemenangan mereka,(agar rakyat berfikir). Gara2 sikap segelintir kelompok yg menggelarkan diri mereka ulamak/ustaz sewenang-wenangnya mereka menghina,mencaci, maki hamun,melebel dgn pelbagai gelaran kumpulan yg berbeza pendapat,mereka mudah mengeluarkan perumpamaan hodoh, seolah-olah tiada jalan keluar lagi untuk menyelesaikan masalah dalaman(di sini rakyat tertanya-tanya Adakah ini adab & akhlak sebuah Jamaah ISLAM??)..melihat peranan mereka di Parlimen seolah-olah hanya untuk cukupkan SYARAT sahaja. Rasa nak ponteng kami ponteng,rasa nak sokong kami sokong,biarpun mengetahui masalah Negara yg semakin serius & rakyat yg semakin teruk di himpit dari hari ke hari...jawapan diberi mudah,rakyat kene redho,istiqomah,taat pada pemerintah,syukur Malaysia masih aman..Bak kata Pepatah-PAS hari ini dilihat umpama "Paku dulang paku bersepih mengata orang kamu yg lebih".

    ReplyDelete
  18. Di bawah kepimpinan Almarhum TGNA & Almarhum Ust.Fadzil Nor PAS dilihat jitu dan berwibawa seolah-olah mereka bakal menggantikan UMNO. 2-Ikon ini dihormati kawan dan lawan. Namun semua itu hilang sekelip mata..Allah ta'ala lebih mengetahui dengan melambatkan kemenangan mereka,(agar rakyat berfikir). Gara2 sikap segelintir kelompok yg menggelarkan diri mereka ulamak/ustaz sewenang-wenangnya mereka menghina,mencaci, maki hamun,melebel dgn pelbagai gelaran kumpulan yg berbeza pendapat,mereka mudah mengeluarkan perumpamaan hodoh, seolah-olah tiada jalan keluar lagi untuk menyelesaikan masalah dalaman(di sini rakyat tertanya-tanya Adakah ini adab & akhlak sebuah Jamaah ISLAM??)..melihat peranan mereka di Parlimen seolah-olah hanya untuk cukupkan SYARAT sahaja. Rasa nak ponteng kami ponteng,rasa nak sokong kami sokong,biarpun mengetahui masalah Negara yg semakin serius & rakyat yg semakin teruk di himpit dari hari ke hari...jawapan diberi mudah,rakyat kene redho,istiqomah,taat pada pemerintah,syukur Malaysia masih aman..Bak kata Pepatah-PAS hari ini dilihat umpama "Paku dulang paku bersepih mengata orang kamu yg lebih".

    ReplyDelete
  19. Dulu amanat Hadi sebut boleh jadi KAFIR kalau kerjasama dan meyokong UMNO BN yang menolak Al Quran dan berpelembagaan penjajah. Lepas tu PAS kerjasama dengan DAP yang memang tidak bersandarkan alquran serta PKR yang lebih kpd sekular. Hadi kata boleh atas nama TAHALUF SIYASI.

    Sekarang PAS dan Hadi cakap TAHALUF ni dah tak boleh dengan DAP. Hadi dan Dewan Ulama PAS kini popularkan pula istilah TAAWUN untuk halalkan kerjasama dengan UMNO BN yang masih kekalkan perlembagaan yang sama. Kenapa sekrang PAS dan Hadi baru jumpa istilah TAAWUN ni? Kenapa tidak dulu lagi?. Besok besok PAS dan Hadi tak mustahil akan gunakan pula istilah lain untuk halalkan kerjasama dengan Parti Komunis China dan tak mustahil PAS dan Hadi akan terima Shiah nanti untuk kerjasama atas nama kejadah apa pula istilah.

    Terang dan nyata pimpinan PAS dan Hadi hari ini adalah jenis KAKI PUTAR ALAM atau lebih layak disebut Saudagar Penjual dan Pelacur Agama. Pengikut2 PAS tak payahlah nak nafikan. Kalau benar pimpinan PAS membenarkan TAAWUN hari ini, kenapa TAAWUN ini tak dilaksanakan dulu dengan UMNO BN walhal UMNO BN tetap kekal dengan perlembagaan yang sama dan tidak beralih pun kepada Al Quran. Memang pimpinan PAS dan Hadi kaki puta alam lagi putar belit. Lebih jijik, agama diperdagangkan untuk kepentingan peribadi dan kelompok sendiri.

    Dari
    Saudagar Minyak Unta
    (lebih mulia jual minyak unta dari melacurkan agama)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hu hu hu..lambat laun TAAWUN akan jadi Ta'un (cirit birit). Kalau baik sikit boleh jadi soun. Hadi tak ubah macam Pak Maun dlm cerita P Ramlee jer aku tengok. Betul tak wahai saudagar minyak unta?. Harap harap jangan dia sampai jadi firaun nanti!

      Delete
    2. Kah kah kah. Tepat sekali bro.

      Delete
    3. Kah kah kah. Tepat sekali bro.

      Delete
  20. PM = Pak Maun
    Pak Maun memang takut bini dia yg gemok gedempol tu
    Tak malu takut bini..hehe

    ReplyDelete
  21. Kerjasama tu dalam bab membalak dan membahagi-bahagikan rampasan perang, bersama-sama mempertahankan penyelewengan....itulah maksudnya.

    ReplyDelete
  22. TAHALUF TAAWUN ke apa ke.. semua nya memberi satu makna yang sama,

    SEDONDON.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. HARAP SHAHBUDIN DAH INSAF DAN MENGGUNAKAN AKAL YANG
    WARAS DALAM MENILAI. JANGANLAH DI SALAHKAN MANA-MANA PIHAK TANPA BUKTI

    ReplyDelete
  25. Nampaknya macam terlampau banyak sudah penasihat agama di Malaysia ni. Penasihat ekonomi pula yang tiada.

    ReplyDelete
  26. Nampaknya macam terlampau banyak sudah penasihat agama di Malaysia ni. Penasihat ekonomi pula yang tiada.

    ReplyDelete