Sunday, 31 January 2016

PERSOALAN BARU DALAM KEMELUT MB KEDAH

Rancangan menggugurkan Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar kini menimbulkan persoalan baru  berikutan Jemaah Pemangku Diraja Kedah dilaporkan ingin menemui kesemua 21 ADUN BN negeri itu secara individu terlebih dahulu.

Pertemuan itu dikatakan akan diadakan pada Isnin (esok) untuk membolehkan Jemaah Pemangku Diraja Kedah menilai sama ada majoriti ADUN bersetuju dengan rancangan menukar Mukhriz atau sebaliknya.

Mukhriz juga akan turut dipanggil, tetapi beliau akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Jemaah Pemangku Diraja Kedah.

Yang menimbulkan persoalan ialah mengapa Jemaah Pemangku Diraja Kedah ingin menemui kesemua 21 ADUN BN itu?

Apakah ia semata-mata kerana Mukhriz enggan mengundurkan diri dan yakin sokongan masih berpihak kepadanya?

Jika begitu, apakah akuan bersumpah yang sudah dibuat oleh 19 daripada 21 ADUN BN sebelum ini masih lagi tidak mencukupi atau ianya tidak begitu diyakini?
Apakah pertemuan Najib Razak dengan Jemaah Pemangku Diraja Kedah pada Jumaat lalu untuk maksud yang sama sambil mempersembahkan nama calon Menteri Besar yang baru, dianggap gagal dan menemui jalan buntu?

Apakah pertemuan pemimpin UMNO Kedah dengan Najib di ibu pejabat UMNO dan kemudian diikuti dengan pertemuan kedua antara ADUN-ADUN Kedah dengan Perdana Menteri serta sidang akhbar di Alor Setar yang diketuai oleh Ahmad Bashah minggu lalu, dianggap tidak bermakna apa-apa dan membuang masa saja?

Tidakkah permintaan untuk bertemu dengan ADUN-ADUN itu merupakan tanda tersirat bahawa Istana Kedah lebih mahukan Mukhriz terus dikekalkan memimpin negeri itu?

Apakah kesemua ADUN yang sudah menandatangani akuan bersumpah itu terus kekal dengan pendirian mereka atau akan "goyang" apabila bercakap dan diminta berterus-terang secara individu di depan Jemaah Pemangku Diraja?

Mungkinkah juga ADUN-ADUN itu nanti akan diyakinkan untuk terus menerima Mukhriz demi kepentingan rakyat dan negeri Kedah secara keseluruhannya? (SH 31/0122016)

28 comments:

  1. semua orang tahu najib kan kaki lebong.....akaun bersumpah tu kerana diugut dan dipaksa olej najib.....kalau tak sign penggal depan tidak akan dipilih...kecut batu yang dua biji tu........kah..kah..kah...!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia yg bernama najib ni dah tak ada kerja yg nak dibuatnya.
      Dia dah punahkan ekonomi negara. Dia dah hancurkan UMNO. Dia dah joli sakan sehingga hutang negara meningkat.La ni dia nak nak jadikan kedah sebagai kambing hitam.
      Koman punya perdana menteri.Tak dak AKAI punya manusia.

      Delete
    2. najib ni agen israel, tugas dia menjahanmkan Malaysia dan Melayu dari dalam dan dia telah melakukan tugas dia dgn cemerlang sekali.

      Delete
    3. Itu tindakan Majlis Masyurat Raja-Raja Kedah atak manyak patut lea aa .

      Baru bolih betut-betut jelas maa aa ,siapa mau siapa ,siapa tak mau siapa lor rr.

      Delete
    4. Pak Budin, "akuan bersumpah". Bukan "akaun bersumpah". SD - Sworn Declaration.

      Delete
  2. jemaah sultan kedah enggan di persendakan oleh umno janji orang lain lepas tu nak letak orang lain,ini negeri kedah bukan parti umno yang boleh diperkuda oleh mamat ketua bahagian yang nak tukar ketua sekerat jalan ikut suka depa masa depan negeri kedah lebih penting lagi daripada masa depan umno,ni dok kira tak boleh satukan ketua parti takut kalah PRU 14,hampa umno bersatu macam mana pun kalau negeri kedah tak membangun dok asyik nak bela kontraktor kalah juga,rakyat kedah bukan bahalol macam hampa dok cerita pusing pusing,depa tau cerita sebenar hampa umno dok perasan orang tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi cakap hang...

      Delete
    2. Persoalannya kejujuran dan amanah telah dipersoalkan

      Delete
    3. Najib ingat rakyat kedah ni boleh dibodoh bodohkan macam rakyat pahang.
      Negeri pahang tu cukup huru hara dgn bauksit dan bangla ceroboh tanah secara haram di Cameron Highland. Bukit bukau habis gondol oleh pembalakan haram.
      Negeri sendiri pun tak boleh nak jaga ada hati pula nak jaga negeri Kedah.Ada hati nak atur kehidupan anak Kedah.
      Kedah tak perlukan najib dan barua barua najib.
      Kedah perlukan Mukriz.Tak ada skandal dan tak ada rasuah.Hasil bumi kedah selamat.
      Kalau najib nak manpus dia boleh bawa barua barua dia tu pi mampus sekali.


      Delete
  3. En Din,
    Ini lah masalahnya kalau buat sesuatu menimbulkan syak wasaka ,walaupun PM lanun ini mempunyai kuasa dan budibicara nya untuk melantik sesiapa saja daripada 21 adun tersebut tapi tolong lah jangan buat negeri kedah macam mak bapa hang yang punya Najib hoi ,Ya Tun M pun pernah lucut Osman Aroff tapi keadaan berbeza ,Osman Aroff hampir 11 tahun jadi MB muhkriz baru 3 tahun ,kemudian Osman Aroff peringkat awal disukai rakyat tapi pada penggal kedua diakhiri dengan skandal yang buruk seperti projek udang harimau Kerpan yang mengalami kerugian sebab penyelewengan begitu juga dengan penyelewengan pusat pelancongan jerai belum lagi cerita cerita pembanguan di Sg petani dan kulim sehingga kan imej umno buruk terpaksa ditukarkan sebab rakyat berbunyi dan mengeloh tapi ketua bahgian UMNO biasa la memang cukup suka Osman ini jadi demi rakyat kena lah tukar , beliau bebeza dengan mukhriz disukai rakyat dan salah satu akujanji BN untuk beliau jadi MB dan tidak ada skandal dilakukan sehingga hari ini jadi tiada ada keperluan beliau handak ditukar .

    Sebenar kesemua 21 Aduan kedah tersebut dipaksa untuk setuju untuk singkir muhkriz begitu juga ketua bahagian saya dapat tahu Ahmad Bashah pun tiada terlintas di benaknya untuk minta mukhriz turun bagi nya sudah cukup selesa dengan jawatan timbalan menteri dengan kelulusan yang hanya SPM pun tak lepas ,tapi apa boleh buat tekanan terlalu tinggi takut segala gala hilang ,tengok betapa puakanya orang yang beri tekanan ini ingat saya najib bugis pun tak sezalim ini .

    Jadi apabila timbul mushkil seperti ini tak hairanlah pihak istana terpaksa memanggil 21 aduan dan MB nya untuk pencerahan dan cerita sebenar seperti di perak supaya tidak berlaku zalim ,tidak seperti Osman Aroff pihak istana tiada masalah terus bersetuju kerana Tun M buat ikut kehendak rakyat dan pihak istana pun sudah maklum dengan jelas sebelum itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman laa ni kalu luluih takat SPM...keja kilang kat jaa laaa.

      Delete
    2. Apa kelulusan lebai sudin?

      Delete
  4. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU..
    Kami hamba Rakyat menaruh harapan yg sangat TINGGI pada KEBIJAKSANAAN Tuanku..

    ReplyDelete
  5. Bukan semua orang politik Ada pendirian n prinsip. Lebih2 lagi dari UMNO N BN, kebykan hanya untuk kepentingan diri sendiri..

    ReplyDelete
  6. Brpa persoalan timbul bila Sultan Kedah arahkan DUN2 mengadap:
    1. Apakh YDP Negeri terikat dengan Surat Akuan itu?

    2. Jika ADUN menyatakn mereke tandtangan kerana terpasksa, bukankh itu berbohong - iaitu kesalahan dibawah Akta Deklarasi itu dan boleh didakwa?

    ReplyDelete
  7. Ini bukti najib dah x dipercayai. Sbb tu majlis pemangku raja kena buat penilaian sendiri. Satu dunia dah x caya najib. Pengikut dia sendiri pun x caya tp nak soru kena ikut bos le

    ReplyDelete
  8. Takda kah satu ahli politik bn yg bersih,cekap dan amanah era tun.m lagi ka?satu skandal demi satu.tak fikirkah kematian menunggu satu hari nanti.hidup ini bkn di hitung dgn harta yg dikumpul tpi fikir2 dulu bro.

    ReplyDelete
  9. Takda kah satu ahli politik bn yg bersih,cekap dan amanah era tun.m lagi ka?satu skandal demi satu.tak fikirkah kematian menunggu satu hari nanti.hidup ini bkn di hitung dgn harta yg dikumpul tpi fikir2 dulu bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Bro tapi awal2 lg dah kena cantas sbb tak nak bersubahat..
      Yg tinggal skg ni seperti perumpamaan: Hidup segan Mati tak mahu..

      Delete
  10. Ini semua salah Mahfuz. Mahfuz cakp SD2 tu kertas jamban(toilet paper). Jemaah Pemangku Sultan telah terasa hati kerana Najib telah memberi mereka 19 Ketas jamban. Tu sebab nak jumpa mereka: tiap2 Adun temu 3 ahli Jemaah, one by one. Kertas jamban tak pakai.

    Mukriz pula ditemuduga akhir. Kalau dari 21 Adun, lebeh 11 tetapi kurang 19 orang tak percaya dia, Jemaah akan tanya a. nak bubar DUN ke??? atau b. pakat dgan 15 lagi Adun pembangkang & terus jadi MB?

    ReplyDelete
  11. Confirmlah macam tu. PM kau semua bohong lagi. Cakap semua dah settle. Apalah nak jadi PM kau semua ni. Compulsive liar ..jadi arang kat neraka nanti sama dengan golongan al kafirun insyaallah

    ReplyDelete
  12. Buat macam 1MDB. Sebulan hanya dua orang adun di panggil.... Lepas Puasa dan Raya sambung .. hantar lapuran kepada Sultan di tolak minta betul kan lapuran kerana bercanggah ..

    ReplyDelete
  13. adun di pggl utk pstikn status sd sbnr, rela or pksa. sbb mukhriz mohon bubarkn dun negeri dgn perkenan sultan. sultan hmpir setuju namun masih kumpulkn asas kukuh sblm beri perkenan. biar rkyat kedah adili siapa yg mereka ingin sbgai mb. hidup mukhriz!

    ReplyDelete
  14. Bagus. Barulah nampak ada pengurusan pentadbiran yang betul. Kita manusia hidup ada aturan cara tertib. Laksana tanggungjawab dengan betul. Jangan ingat masuk sebuah pentadbiran, kemuka dokumen yand diperlukan kpd pihak yg buat keputusan/utk beri perkenan...ingat dah selesai. Pihak yg beri perkenan ada akal dan cara tata tertibnya. Syabas. Pengajaran pada semua : Jangan ingat ada pangkat,ada nama besar, jawatan hanya perlu air liur dan dokumen sikit-sikit budak suruhan yang buat untuk dapat apa yang dihajati. Kalau tak layak tu tak layak lah. Cukup-cukup era zaman bodek. Hiduplah dengan nilai moral berintegriti

    ReplyDelete
  15. Semoga Kedah menjadi Negeri CONTOH didalam kemelut POLITIK yg tidak berkesudahan akhir2 ini..
    Menjadi suatu peringatan kpd mana2 parti politik agar jgn mempermainkan AMANAH/MANDAT yg Rakyat telah berikan utk 5 tahun..Berkhidmatlah utk Rakyat & Negeri/Negara dan bukannya mencipta bermacam-macam isu yg menyusahkan Rakyat jelata..
    Jalankanlah AMANAH yg telah Rakyat berikan dan seandainya tidak lg mampu menggalas AMANAH itu maka lepaskanlah..
    Dari Rakyat,Untuk Rakyat,Bersama Rakyat & Kepada Rakyat..krn pd suatu ketika nanti pemimpin pun akan menjadi rakyat biasa juga akhirnya..

    ReplyDelete
  16. Adun umno dan ahli parlimen umno dari kedah ni memang gila kuasa gila pangkat gila harta gila duit itu je nak asal dapat kuasa moto umno pula hasad dengki khianat ada org konon alim dlm umno pun sama je bawalah bertaubat aaammmiiiiinnnn

    ReplyDelete
  17. Adun umno dan ahli parlimen umno dari kedah ni memang gila kuasa gila pangkat gila harta gila duit itu je nak asal dapat kuasa moto umno pula hasad dengki khianat ada org konon alim dlm umno pun sama je bawalah bertaubat aaammmiiiiinnnn

    ReplyDelete
  18. Yg tak suka mukhriz hanya 19 org. Yg suka berjuta org.. Takkan tak paham

    ReplyDelete