Friday, 8 January 2016

KALAU SUKA SANGAT BERGURAU, BERHENTI SAJA JADI MENTERI!!

Hamzah Zainuddin akhirnya mendapat "penangan pertama" media berikutan kenyataannya yang meminta rakyat membawa bekal ke pejabat sebagai salah satu cara untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Kebetulan beliau yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil alih tempat Hassan Malek yang digugurkan daripada kabinet, kenyataannya itu rata-rata membuatkan Hamzah mula dilihat sebagai mempunyai gaya pemikiran yang sama dengan pendahulunya itu.

Hasan Malek merupakan menteri yang paling banyak dipertikaikan umum berikutan kenyataan tidak cerdik yang dikeluarkannya yang antata, "jangan makan ayam jika harganya mahal" sehingga akhirnya digugurkan dalam rombakan kabinet Julai 2015 lalu.

Setelah beberapa hari menjadi mainan di media sosial, Hamzah kemudian tampil mengakui kenyataannya itu hanya gurauan sesama kakitangan di kementeriannya saja.

"Itu saya bergurau di perhimpunan bulanan kementerian, bukan ucapan yang ditujukan kepada rakyat.

"Saya tak suruh rakyat bawa bekal. Selepas ini saya tak boleh melawak lagi dengan media", kata Hamzah membetulkan salah tanggapan yang sudah tersebar luas mengenai kenyataannya itu.

Sebagai menteri, Hamzah sepatutnya sedar isu berkaitan kenaikan kos sara hidup bukanlah perkara yang boleh digurausendakan atas kapasitinya mengetuai kementerian yang bertanggungjawab secara langsung mengatasi masalah itu.

Beliau adalah penyelesai masalah dengan sepatutnya menunjukkan jalan keluar yang munasabah dan dapat diterima rakyat dalam isu kos sara hidup, bukannya dengan cuba meringankan beban mereka melalui ketawa dan lawak jenaka.

Kalau pun berucap di program bulanan kementerian dan di depan kakitangan, apakah perlu membuat lawak sedemikian rupa, apatah lagi bila mengetahui pihak media turut hadir sama?

Menyalahkan media yang membuat laporan terhadap ucapannya juga merupakan tindakan yang tidak betul kerana jika beliau tidak bercakap "mengarut" sedemikian rupa, sudah tentu tidak timbul sebarang masalah mengenainya.

Lagi pun, semua menteri yang lain turut membuat perhimpunan bulanan dan memberikan ucapan, tetapi mengapa ianya disiarkan secara baik-baik saja?

Selain itu, Hamzah juga mesti ingat beliau mengambil alih tempat Hasan Malek yang banyak dipertikaikan logik kenyataannya sebelum ini dalam pelbagai isu yang melibatkan kenaikan harga barang dan pengguna.

Maka, beliau seharusnya membuktikan perlantikannya adalah pilihan yang lebih baik yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak dan bukannya seperti "pelawak menggantikan pelawak" juga.

Barangkali kesilapan pertama dengan cuba bergurau dan membuat lawak jenaka ini merupakan pengajaran yang berguna buat Hamzah. 

Jika beliau belajar, mengambil iktibar daripadanya dan menjadikan ianya sebagai sempadan, pasti ada kebaikan buat dirinya, tetapi jika tidak, kehadirannya tidak lebih dianggap hanya sebagai "Hassan Malek kedua" dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

Berhentilah bergurau dan membuat lawak, terutama dalam hal yang berkaitan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Ia bukan perkara yang wajar dijadikan bahan lawak oleh seorang menteri. 

Rakyat mahukan penyelesaian yang boleh menggembirakan mereka sekeluarga, bukannya dengan digeletek untuk terhibur dan ketawa.

Cukuplah yang membuat rakyat ketawa ahli lawak jenaka atau peserta program Maharaja Lawak saja, kecualilah jika Hamzah juga peminat tegar  program televisyen itu , sama seperti Hasan Malek yang kelihatan gembira sekali ketika hadir sebagai penontonnya tidak lama dulu.

Jika ingin terus menjadi menteri, fahamilah betul-betul tugas yang diamanahkan dan jangan sesekali mengambil alih kerja ahli lawak jenaka. (SH 08/01/2016).

41 comments:

  1. boleh buat lawak cumanya jangan buat lawak bodo aja ... awak tu menteri buat la cara menteri. kalau nak melalwak pegi kerja ngan sarkas jadi badut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm orang yg cakap 'saya pun cari makan' sebg gurauan'kepala at.....dia? rakyat makin susahlah. harga bahan makanan makin mahallah.ikan kat pasar bertambah mahal.kata bahan ini zero rated tapi kenapa lebih mahal sangat sebelum GST dikenakan?Bodoh.............. punya orang.

      Delete
    2. Hari ini menteri cakap main lepas saja. Kau orang ingat rakyat ni apa? Batu ker kayu ker tunggul ker?
      Kau orang ingat kau orang ni menteri rakyat hairan ker? Nak jadi wakil rakyat pun sanggup masuk kampong sembah rakyat merayu rayu minta tolong. Minta undi dan minta dibagikan peluang.
      Ingat menteri menteri semua. Rakyat belum pernah sembah kau orangsebagaimana kau orang sembah kami. Rakyat tak pernah merayu kepada kau orang sebagai mana kau orang merayu rayu kepada kami dulu.
      Ingat ya menteri menteri semua jangan biadap dengan rakyat.Jangan perlekehkan rakyat.
      Tolong sedar diri sama siapa yang lebih memerlukan siapa. Kau orang yang lebih memerlukan rakyat atau rakyat ker yang lebih memerlukan kau orang. Dalam erti kata yang sebenarnya kau orang tolong sedar diri kau oranng tu sikit.J

      Delete
    3. Lain kali kau dia orang datang sembah.. tahan dia orang. Bagitahu rakyat tak nak dia orang sembah pada rakyat..

      Suruh dia orang buat LAWAK .

      Delete
    4. Menteri menteri sekarang ni semakin hari semakin kurang ajar

      Delete
    5. Kalau binatang2 tu datang merayu undi kali ini memang akan kena penendang.

      Delete
  2. Kalah lawak mung banding dengan Mat Maslan

    ReplyDelete
  3. they are all jokers in the useless rotten cabinet

    ReplyDelete
  4. Kita harusnya memaafkan mereka yang lebih lemah, baik dari sisi tenaga, harta dan akal. Walaupun dia seorang menteri, mungkin akalnya lebih lemah dari kalian.. Jadi besarlah pahala kita dengan memaafkan mereka.. (Salah satu cara untuk kurangkan rasa geram.. Ha ha).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah ambil duit gaji menteri, dia harus berikan perkhidmatan setimpal taraf menteri. Tiada kompromi dan makan free.

      Delete
    2. Bengongnya nizam yusof,,,, klau otak dah lmbap lbih baik jgn jd mntri,,, dah mkn duit rkyat,, otak pun mcm lmbu

      Delete
    3. En Nizam.. jika nak berlunak begini, lebih mulianya anda membunuh diri saja. Berpada2lah nak jadi baik pun.. jangan sampai bebal dan bangang berlapis2 pulak.

      Terlalu ramai rakyat yg baik dan x berbuat apa2 menyebabkan 68 orang menteri ni jadi naik lemak.

      Delete
  5. masuk je maharaja lawak atau lawak parodi.....

    Jangan le perangan tu sama dengan menteri cap ayam sebelum nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan hina pelawak dalam maharaja lawak.

      Mereka ada bakat. Menteri tak ada bakat.
      Bakat adalah satu kelebihan yang bukan ada pada semua orang.

      Delete
  6. Taraf menteri 2 di malaysia. Memalukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala butuhlah tok uban.

      Delete
    2. ..diSOKONG penuh...syabas..ni nasihat konon...kepala PELIRrrr cak uban...

      Delete
  7. Seorang pencuri ditangkap kerana memasukan barang dalam poket nya tanpa membuat bayaran .
    "Alaa towkey saya cuma melawak saja..."kata pencuri itu.
    "Ya lah ..bila gua nampak you cakap melawak ..bila tak nampak you bawak (bawa)...." he he he

    ReplyDelete
  8. Baru minggu lepas kata tak dak sense of humor.

    Kini, bila tunjuk sense of humor, kena jugak...hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melawak kena lah bertempat, orang yg ramainye tengah susah dengar menteri, semestinya kaya lah dr org kebanyakan buat kenyataan sensitif mestilah sakit hati! Cuba pembantu gerai kecik jual cenderamata ckp, tak de lah org bising...kalau nak backing pun biar betoi...ke engkau pun dah dpt $$$ dar puak x2 ni?

      Delete
  9. Dalam umngok mana ada yang cerdik.Sejarah warisan berulang kembali.Nama-nama dibawah sudah tidak asing lagi bagi rakyat malaysia , sila padankan dengan pelawak-pelawak umngok.

    1. PAK KADUK

    2. PAK PANDIR

    3. MAT JENIN

    ReplyDelete
  10. salah satu teori kepimpinan bertujuan untuk mengekalkan kepimpinan adalah melantik pembantu dikalangan pak turut agar mudah mengawal dan menyuruh-arah mereka....dan si pemimpin akan kelihatan lebih hebat dan lebih cerdik dari mereka .......itu yang najib lakukan.....!!!!

    ReplyDelete

  11. ..bulu peliak menteri ni putih macam rambut nya juga agaknya..sebab tokwan kata...orang yg bulu sama warna rambut memang suka buat lawak bahlol...

    ReplyDelete
  12. Hello Jin,
    nasib baik kau ckp tokwan kata,mati2 aku ingat kau dah skodeng bulu peliak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..haa...haa...MNor..Jin kg x bleh skodeng.. ramalan boleh...KOSONG@zero mcm otak dia juga...cuba kamu bayangkan..yaa tuhannn...

      Delete
  13. Hello Jin,
    nasib baik kau ckp tokwan kata,mati2 aku ingat kau dah skodeng bulu peliak dia.

    ReplyDelete
  14. Menteri2 Umno bawah najib nie memang bodoh. tak tau lah najib jumpa mereka kat longkang busuk mana...

    ReplyDelete
  15. tak tumbuh tak melata
    tak sunggoh orang tak kata...

    buka mulut bau longkang
    keluar ayat lidah bercabang
    bila berjanji macam gampang
    xsedar..idup didunia cuma menumpang

    ReplyDelete
  16. Sudah lah suruh buat dua kerja, Kena pulak bangun awal nak elak tol.
    Sekarang bawak pulak bekal ke pejabat.

    Seteruk rakyat Jepun yang maju menjalani kehidupan pun masih ada waktu tidur !!

    ReplyDelete
  17. Jika betul dia bergurau di perhimpunan bulanan kementerian, tentu lah semua kakitangan kementerian ketawa terbahak-bahak...

    Apa kata, lain kali kementerian jemput Nabil dan Jehan jadi pengacara majlis.. dan lancarkan lah KEMPEN MEMBAWA BEKAL ..

    ReplyDelete
  18. wabak ahmad maslanlisme rupanya sedang menular.keupayaan utk memerhati menilai memproses input dan menghubungkan otak dan mulut agak serabut kerana terlalu yakin rakyat tiada pilihan kecuali terus memberi mandat kepada badut2 yg semakin terserlah bakat melawak ni.

    ReplyDelete
  19. Rakyat kini dah susah tapi masalah tak nampak penghujung sebab menteri kita LEMBAB!!! Maslan ajar masak nasi goreng tak berGST, Rahman suruh pindah ke kampung, Hamzah kata bawa bekal atau masak kat pejabat. Macam mana nak masak dalam pejabat? Masa makan 1 jam, nak bawa sayur dan daging ke pejabat? Berapa besar dapur yang diperlukan untuk staff yang banyak? Atau masak kat pejabat tu maggie mee masuk air panas saja? Bila kena marah,menteri kata percakapan disalahfaham atau melawak saja. Ya la, kehidupan menteri senang lenang walaupun otak lembab dan perwatakan yang angkuh, boleh cakap banyak bila pangkat tinggi...kita rakyat biasa apa yang bising, dia orang peduli ke?

    ReplyDelete
  20. Mengong punya olang9 January 2016 at 11:03

    Ko nak bergurau dengan bini muda ko jangan depan orang ramai..terlebih makan nasi celah kangkang tu pasat jadi mengong punya olang

    ReplyDelete
  21. Itulah dia standard menteri najib bila dah kena hentam baru cakap bergurau saja sebanarnya memang allah nak tunjukan perangai org umno ni itulah dia kawan menteri bangang ada juga menteri kata kalau tak nak bayar tol ikut jalan kampong itu menteri sabah pula kata jadi pi mai pi mai tang tu je

    ReplyDelete
  22. Itulah dia standard menteri najib bila dah kena hentam baru cakap bergurau saja sebanarnya memang allah nak tunjukan perangai org umno ni itulah dia kawan menteri bangang ada juga menteri kata kalau tak nak bayar tol ikut jalan kampong itu menteri sabah pula kata jadi pi mai pi mai tang tu je

    ReplyDelete
  23. Kebanyakkan menteri umngok bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut.walau bagaimana pun kehidupan mereka ini kayaraya, mewah dan senang lenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka kaya ker senang lenang ker ada ker pernah rakyat pergi minta sedekah kepada mereka.
      Pernahkah rakyat minta makan dengan mereka???

      Delete